kajian 3 artikel

16
TUGASAN INDIVIDU ANALISIS ARTIKEL PSIKOLOGI SILANG BUDAYA GGGB6423 DISEDIAKAN OLEH: MOHD IZZUDDIN BIN CHE AZAHARI (P69069) DISEDIAKAN UNTUK: DR NORHAYATI BINTI MOHD NOOR DR KU SUHAILA BINTI KU JOHARI

Upload: mohd-izzuddin-che-azahari

Post on 16-Nov-2015

280 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian silang budaya berdasarkan analisis 3 artikel kajian budaya

TRANSCRIPT

TUGASAN INDIVIDU ANALISIS ARTIKEL PSIKOLOGI SILANG BUDAYAGGGB6423

DISEDIAKAN OLEH:MOHD IZZUDDIN BIN CHE AZAHARI(P69069)

DISEDIAKAN UNTUK:DR NORHAYATI BINTI MOHD NOORDR KU SUHAILA BINTI KU JOHARI

TARIKH:1 APRIL 2014

PENGENALAN

Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat:It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural complexof Malaya.Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat.Tiga artikel dipilih bagi menerangkan secara am bagaimana silang budaya berlaku dalam atmosfera pendidikan di Malaysia. Artikel tersebut antaranya ialah Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan oleh Dr.Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM), Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, dan Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and Learning: An Analysis) oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. Artikel Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan oleh Dr.Ahmad Ali bin Seman adalah mengenai kajian yang membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut perspektif Islam. Artikel ini menerangkan mengenai asas teori multikultural (kepelbagaian budaya) yang terdapat tiga perspektif utama bersesuaian yang mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik untuk memupuk perpaduan dan pembentukan integrasi nasional. Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya) melihat dari perspektif sejarah budaya yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang unsur kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita Malaysia. Kedua, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi. Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada berintegrasi membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia.Artikel Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim pula menerangkan mengenai kajian untuk menguji sejauh mana sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan pelbagai etnik di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kajian ini adalah berdasarkan kepada empat teori utama berkaitan dengan isu prejudis iaitu teori Scapegoat, Keperibadian Autoriti, Prejudis dan budaya, serta Prejudis dan konflik social.Artikel bertajuk Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and Learning: An Analysis) oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody pula menerangkan mengenai isu berkaitan kemampuan komunikasi budaya silang dan perkongsian maklumat pembelajaran di dalam kelas pelbagai budaya di Australia. Dua metadologi utama iaitu Metadalogi naratif personal dan auto ethnography diguna pakai untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar dari sudut bahasa seperti penggunaan perbendaharaan kata yang berbeza, slanga, simpulan bahasa dan kata kunci dengan mengambil kira pengetahuan budaya yang diperlukan oleh pengajar dan pelajar dari pelbagai negara dan budaya. Aspek yang dilihat dalam kajian ini ialah konteks kepentingan budaya pengajaran, kompetensi komunikasi, kurikulum tersembunyi, perencah pengajaran, memahami keterbukaan terhadap budaya lain, mengiktiraf kekayaan dan pengalaman kepelbagaian budaya pelajar yang releven dari sudut akademik pengkhususan komunikasi.

DAPATAN ARTIKEL

Berdasarkan kepada artikel Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan oleh Dr.Ahmad Ali bin Seman, dapatan kajian yang dilakukan ialah pendidikan multikultural dapat diertikan sebagai suatu proses komprehensif pembaharuan di sekolah dan dasar pendidikan untuk semua siswa IPGM menerusi mata Pelajaran Hubungan Etnik yang bersesuaian dengan prinsip Islam. Ia merupakan cabaran iaitu penolakan rasisme dan bentuk diskriminasi lain di sekolah dan masyarakat dan penerimaan serta menegaskan pluralisme (etnik, rasial, linguistik, keagamaan, ekonomi, dan gender, di antara orang yang lain) adalah keistimewaan dalam kaum di Malaysia yang perlu difahami oleh semua siswa IPGM, komuniti mereka, dan gambaran para guru kelak. Pendidikan multikultural menembus kurikulum dan strategi pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah, seperti halnya interaksi antara para guru, siswa, dan anggota masyarakat lain dan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebab dengan menggunakan pengajaran danpembelajran pendidikan multikultural yang kritis itu sebagai dasar pemikiran pendidikan sejarah di peringkat institusi tinggi di Malaysia agar dapat memusatkan pada pengetahuan, refleksi, dan tindakan sebagai asas untuk perubahan sosial, maka pendidikan multikultural mempromosikan prinsip keadilan yang demokratik bersesuaian dengan prinsip keadilan dalam Islam.Pembentukan integrasi nasional melalui platform pendidikan menjadi misi penting negara kerana penerapan dan penghayatan nilai-nilai kebersamaan, kesatuan dan perpaduan perlu dipupuk sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi, agar sebati, kekal dalam minda dan menjadi budaya kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Pendapat ini disuarakan oleh Omar Mohd Hashim. (1992) dalam bukunya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu, usaha konkrit perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat ini. Bagi menggalas tanggungjawab besar ini, tidak dapat tidak peranan pensyarah dan guru sebagai perantara kurikulum dan penterjemah dasar kerajaan menjadi begitu crucial kerana pensyarah dan guru menjadi pegawai barisan hadapan bagi menjayakan hasrat murni untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar (Jemaah Nazir Persekutuan, 1997). Usaha konkrit yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah dan guru ialah memilih model dan pendekatan yang strategik bagi membolehkan pelajar menghayati elemen perpaduan kaum dan perspektif integrasi agar merasai semangat kekitaan dan kesatuan, tanpa prejudis atau perkauman. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik menjadi faktor penentu keberkesanan matlamat integrasi nasional sesuai dengan amalan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.Bagi artikel Artikel Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, dapatn kajian yang dijalankan dinyatakan dengan ringkas iaitu kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan. Pengkaji juga turut menyatakan bahawa kajian ini akan dapat menyumbangkan kepada proses pembentukan polisi di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memupuk integrasi murid pelbagai etnik. Ini juga akan menggalakkan sekolah dalam proses polisi pendidikan untuk mencapai integrasi nasional. Memetik pandangan Ozga (2000), perkara-perkara yang berkaitan dengan polisi tidak sepatutnya hanya menjadi kegiatan eksklusif di peringkat atasan (kerajaan ) , sebaliknya proses penghasilan polisi perlu juga melibatkan peringkat mikro seperti sekolah bagi mencapai tujuan dasar di peringkat nasional. Artikel bertajuk Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and Learning: An Analysis) oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody mempunyai dapatan kajian dengan menyatakan bahawa terdapat perbezaan budaya di antara individu tempatan dan antarabangsa yang mewujudkan situasi kegagalan memahami dan mengintepretasi mesej yang akhirnya menyebabkan salah tafsir dan kegagalan dalam menghantar mesej. Perbezaan berlaku apabila pelajar antarabangsa tidak berupaya memahami kehendak tenaga pengajar dan pelajar tempatan yang lebih mahir dari segi bahasa dan komunikasi. Contohnya seorang pelajar antarabangsa tidak dapat memahami isu negara yang dibincangkan akan rasa tertekan, keadaan ini juga akan dialami oleh pengajar tempatan apabila berdepan berdepan dengan pelajar antarabangsa yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan isu semasa dan politik negara itu akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem individu. Tenaga pengajar yang mengikuti yang mengikuti model deficit melihat pelajar antarabangsa kurang berkemahiran berbahasa Inggeris sebagai satu masalah. Walau bagaimanapun pandangan ini adalah steroetypical dalam masalah penulisan akademik kerana tidak semua warga bumiputera mempunyai penguasaan yang bagus dalam kemahiran menulis (Nagata 1999). Kebanyakan pengajar mengelaskan pelajar mengikut warna kulit dan menganggap pelajar satu masalah walaupun pelajar itu warganegara dan dapat mengemudi sistem pembelajaran sedia ada dengan baik, ini adalah disebabkan oleh sistem prejudis yang meluas dalam kalangan pengajar yang menghadapi permasalahan kemahiran penulisan bahasa Inggeris oleh kumpulan Angolo Australia atau pelajar domestik berkulit putih. Sikap prejudis dipraktikan oleh sesetengah pelajar antarabangsa apabila berurusan dengan pengajar yang berlainan kulit tanpa mengira kelayakan dan kemampuan pengajar itu ataupun ketinggian terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Sikap prejudis juga dipraktiskan oleh sesetengah pelajar antarabangsa apabila berurusan dengan pengajar yang berlainan warna kulit tanpa mengira kelayakan dan kemampuan pengajar itu ataupun ketinggian tahap penguasaan bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, terdapat laporan daripada pengajar mengenai pelajar tempatan yang berasa kecil hati apabila diajar oleh pengajar yang sama bangsa kerana menganggap pengajar tersebut sebagai kekurangan kredibiliti. Oleh itu, cara yang terbaik bagi menguruskan kepelbagaian di dalam kelas pembelajaran adalah melalui budaya pengajaran responsif.

KESIMPULAN ANALISIS

Kesimpulan yang dapat dihuraikan mengenai artikel yang dianalisis ialah melihat bagaimana silang budaya berlaku dalam pendidikan di Malaysia, khasnya di sekolah. Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah.Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain.Ringkasnya , sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Ini kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu silang budaya di dalam persekitaran sekolah. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya yang membentuk satu pembudayaan yang terhasil melalui beberapa aspek-aspek penting dari faktor persekitarannya.Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor iaitu : Faktor pertama:Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang. Faktor disiplin akan mempengaruhi pembentukan budaya di sekolah berdasarkan kepada pentadbiran dan penglibatan guru dan murid di sekolah.Faktor kedua:Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda.Faktor Ketiga:Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita, seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.Faktor Keempat:Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah dan sebagainya.Faktor kelima:Dalam konteks yang lebih luas, budaya sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya , sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.Menurut Bantock (1973) pula budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua faktor yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. Semenjak dahulu lagi , pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan.Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumba-lumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan budaya pelajar yang tidak sihat di sekolah .Secara simplistik, ciri-ciri yang saya anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya : Longman

Appadurai, A. 1990. Disjuncture and Difference in the Global Cultural Economy. Theory, Culture, Society 7: 295-310

Asiah Abu Samah (1985). Pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan Dalam Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books. Abu Talib Putih (2001). Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Al Hurwitz, Michael Day. (1995). Children and their art: Methods for Elementary School. United States of America.

Brechwald, W.A.& Prinstein, M.J 2011. Beyond Homophily : A Decade of Advances in Understanding Peer Influence Processes. Journal Of Reasearch on Adolescence. 21(1) : 166-179.

Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ibrahim Saad (1986). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 2000. Kuala lumpur: Percetakan Negara.

Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah.

Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publications.

Samsudin Suhaili (2008). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia: Suatu Pengenalan. Dalam Mien A.Rifai (Penyunting). Rampak Serantau (Terbitan pada sidang ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211-223). Republik Indonesia : Panitia Kerjasama Kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional.

Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. [On-line]

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Volet, S. & Renshaw, P. 1996. Chinese Student at an Australian university; Cultural Psychological and Contextual issues, edited by D. Watkins & J Biggs(eds.). Comparative Education Research Centre, University of Hong Kong and Australian Council of Education Research, Melbourne.

Zaragoza, N.1997. Rethinking languange arts : Passion and Practice. New York : Gerland Publisher In.