kajian bahasa melayu dalam hikayat abdullah - tajuk 3
DESCRIPTION
Kajian Sejarah BMTRANSCRIPT
KAJIAN BAHASA MELAYU DALAM
HIKAYAT ABDULLAH
• Kenyataan tersebut disebabkan oleh;
a) Karya-karya Abdullah tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan juga kehidupan di istana semata-mata.
b) Karyanya lebih bertumpu kepada pemikiran yang kritis yang bersifat individualistik yang merupakan ciri sastera moden.
• Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufata’n-Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja.
• Pendeta Za’ba dalam karangannya “ Moden Development” menyatakan bahawa “ kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir”
(Hassan, 1988:236).
Kajian Bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah
ASPEK KAJIAN
Budaya dan kemasyaraka
tan
Jenis Aksara Sistem Ejaan
Penggunaan Bahasa
• Kenyataan tersebut disebut oleh Zuber Usman (1966:6)yang menekankan pelbagai ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imiginasi dan teknik diterapkan dalam karya Abdullah.
• Selain itu, karya Abdullah juga banyak menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral.
“Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang
sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke
dunia kenyataan.”
Aspek Budaya dan Kemasyarakatan
• Abdullah berpendapat masyarakat Melayu pada ketika itu mengamalkan dasar tutup pintu terhadap bahasa Inggeris.
• Contohnya: Hikayat Abdullah halaman 119 yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu;
• Dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut.
Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-
ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil
sahaja susunya, baik yang muda yang tua;
• Abdullah menyatakan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan memalukan.
• Melalui penulisan beliau, jelas menunjukkan kemajuan-kemajuan barat telah banyak meresap dalam diri Abdullah yang menjadi faktor utama beliau mencela budaya Melayu.
• Pada sudut lain, penulisan beliau secara tidak langsung telah mendedahkan kemunduran orang Melayu disebabkan adat dan budaya.
Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada
berjamban; semua orang pergi buang air ketepi laut
berbanjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang
dengan seorang.
• Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi.
• Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa (ف), nga (غ), ga (ک), nya .( چ) dan ca ,(ث)
• Jelasnya, penulisan dalam Hikayat Abdullah Munsyi masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi.
Jenis Aksara yang digunakan
• Sistem ejaan yang diguna pakai dalam Hikayat Abdullah Munsyi melalui beberapa peringkat perubahan.
Sistem Ejaan
Sistem ejaan Arab Asli (beserta baris)
Tanda-tanda baris tersebut dihilangkan
Diletakkan huruf saksi (vokal)
Membuang huruf saksi (vokal) pada kedua-dua suku kata
• Dalam bidang pembentukan perkataan, hikayat Abdullah ini telah mula menunjukkan kemodenan perkataan yang digunakan.
• Sebagai contoh, dari segi penggunaan imbuhan, beberapa baris dalam halaman 69 Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbuhan meN-
Penggunaan Bahasa Melayu dalam Karya
Morfologi
• Hikayat Abdullah sangat gemar menggunakan ayat yang terlalu panjang sehingga mencecah 50 perkataan dalan satu ayat.
• Ayat yang terlalu penjang merumitkan pembaca dalam mencari makna ayat sehingga terpaksa membacanya berulang kali.
• Hal ini menunjukkan penulisan beliau masih lagi mengekalkan gaya penulisan tradisional.
Sintaksis
• Kajian semantik dalam Hikayat Abdullah ini banyak merujuk kepada cara penterjemahan perkara yang ingin disampaikan oleh penulis dalam bentuk ayat.
• Kadangkala, apa yang ingin disampaikan itu tidak seperti yang ditulis kerana penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut individu.
• Tetapi bagi Abdullah dalam Hikayat Abdullah, maksud ataupun perkara yang disampaikan adalah melalui makna tersurat.
• Dalam kata lain, penulisan beliau banyak menyatakan terus secara langsung pandangannya terhadap masyarakat Melayu pada ketika itu.
• Contoh:
Semantik
• Hikayat Abdullah, (halaman 119)
• Karya Abdullah pada peringkat awalnya masih lagi tidak dapat lari daripada penggunaan kosa kata asli.
• Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu lama, tetapi struktur ayatnya juga masih lagi seperti penulisan lama.
• Sebagai contoh, penggunaan perkataan seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila’.
• Penulisan beliau juga banyak terdapat kata nasihat.
• Penggunaan perkataan ‘hikayat’ itu sendiri dapat menjelaskan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
Kosa kata : Kata Asli
• Karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman asing sebagai pilihan kosa kata penulisannya.
• Kata pinjaman ini kebiasaannya bagi menunjukkan nama dan pangkat seseorang itu khususnya pegawai Inggeris yang melopori negara ketika itu.
• Kata pinjaman Bahasa Inggeris:
Kosa kata : Kata pinjaman
Halaman: 6
• Kata pinjaman Bahasa Arab:
Halaman: 35
Halaman: 4