kajian berkaitan pengaplikasian teori · pdf filepida 5 baru, jln. sanglang, 06100 kodiang,...
TRANSCRIPT
KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM
PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALA
BORANG PENGESAHAN STAT
JUDUL: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEODALAM PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJAKALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKUL
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI (K.P: 85
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan sepe
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan memb
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bah
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang ber SULIT atau kepentingan Malaysia seperti dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHA ditentukan oleh organisasi/badan d dijalankan) TIDAK TERHAD Disah
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATAN Alamat Tetap: DR. JAMALLPida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/0 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan s
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menya tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT ata
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Fsecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PS
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
YSIA
US TESIS
RI PEMBELAJARAN RAN DIGITAL DI
TI PENDIDIKAN.
0407-02-6052)
disimpan di Perpustakaan
rti berikut:
uat salinan untuk tujuan
an pertukaran antara institusi
darjah keselamatan yang termaktub di
D yang telah i mana penyelidikan
kan oleh,
GAN PENYELIA)
UDIN BIN HJ. HARUN
4/2008
urat daripada takan sekali sebab dan u TERHAD. alsafah dan Sarjana
ara kerja kursus dan M)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penyelia : Dr. Jamalludin Bin Hj. Harun
Tarikh : 23 APRIL 2008
ii
KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM
PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .........................................................
Nama Pengkaji : NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI
Tarikh : 23 HB. APRIL 2008
iv
k
se
Kepada ayah bonda tercinta,
ekanda dan adinda kesayangan,
rta teman-teman seperjuangan...
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia tesis saya; Dr. Jamalludin bin
Haji Harun yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh
penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Semoga jasa beliau serta sikap profesional dalam
membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna, Allah S.W.T jua yang
membalas dan merahmatinya.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada pihak yang telah memberikan
kerjasama, komitmen dan segala informasi yang telah dihulurkan. Diharapkan kerjasama
yang telah dijalinkan ini akan berterusan dan akan membuahkan hasil yang akan
menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat.
Tidak ketinggalan buat keluarga tersayang, teman-teman seperjuangan dan juga
individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
Projek Sarjana Muda ini. Pandangan, dorongan, bantuan dan kritikan yang diberikan
telah banyak membantu dan meningkatkan mutu penghasilan Projek Sarjana Muda ini.
Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga buat semuanya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian teori pembelajaran dalam
pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 69
orang bakal guru daripada kursus 4SPP, 4SPK dan 4SPT Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 57 orang perempuan.
Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang soal selidik yang mengandungi 39 item
terdiri daripada 5 bahagian. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala 5
mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Sciene (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam
bentuk peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah
0.94. Kajian mendapati bahawa skor min bagi tahap pengetahuan bakal guru terhadap
ciri-ciri teori pembelajaran ialah 4.14 dan boleh dianggap tinggi. Hasil kajian juga
mendapati min skor bagi tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori
pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital ialah 4.10 yang juga boleh
dianggap tinggi. Kajian juga mendapati, responden mempunyai pandangan yang positif
terhadap keberkesanan P&P dengan sokongan bahan P&P digital (min=4.18). Selain itu,
terdapatnya hubungan yang signifikan di antara pandangan responden itu tadi dengan
kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teori P&P dalam pembangunan bahan P&P
digital (r=0.56, p=0.000) pada aras signifikan α=0.01. Akhirnya, analisis data menerusi
kaedah penetapan tema bagi soalan terbuka mendapati majoriti bakal guru menghadapi
masalah atau kebimbangan dari aspek kefahaman bagaimana untuk mengaplikasi teori
ke dalam pembangunan bahan P&P digital. Secara kesimpulannya, beberapa cadangan
dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk meningkatkan tahap pengaplikasian
teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate the application of learning theories in
development of digital learning materials among final year students of Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia. The subjects were 69 student teachers from
4SPP, 4SPK and 4SPT of Faculty of Education, UTM which consists of 12 males and 57
females. A set of questionnaire was used as the instrument for this study which is
consists of 39 items and devided into five parts. The responses given will be analyzed by
five points scale and then descriptively analyzed by using Statistical Packages For Social
Science (SPSS) version 11.5 software. The findings are presented by using percentage
and mean. The reliability value of Alpha Cronbach for this research is 0.94. Research
found that mean score of student teachers knowledge level of learning theories was 4.14
which is considered high. The results also show that mean score of student teachers level
of skill for the application of learning theories in digital learning materials development
was 4.10 which also can be considered high. The study also indicated that the
respondents have positive perceptions on the effectiveness of digital teaching and
learning materials in teaching and learning process (mean=4.18). Also, there was a
significant relationship between the respondents perceptions and their level of skill for
the application of learning theories in digital learning materials development (r=0.56,
p=0.000) at the significant level α=0.01. Lastly, the results by decision as theme for
open ended question showed that majority of student teachers are facing the problem and
worriedness of understanding on how to apply the theories in development of digital
teaching and learning materials. As a conclusion, a few suggestions were discussed to
increase the level of integration of the learning theories in development of digital
learning materials among final year students of Faculty of Education.
viii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS JUDUL
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
i
ii
iv
v
vi
vii
viii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
xvii
xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN.
1
1.1 Pengenalan . 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 3
1.3 Penyataan Masalah. 6
ix
BAB PERKARA
1.4 Objektif Kajian.
MUKA SURAT
7
1.5 Persoalan Kajian.
1.6 Rasional Kajian
8
8
1.7 Kepentingan Kajian. 9
1.8 Skop/Batasan Kajian.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Reka Bentuk
1.9.2 Bahan Pembelajaran Digital
1.9.3 Pedagogi
1.9.4 Teori Pembelajaran
1.9.5 Bakal Guru
1.10 Penutup
BAHAGIAN DUA
10
10
11
11
11
11
12
12
BAB II SOROTAN PENULISAN.
14
2.1 Pengenalan.
2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran
2.3 Teori-Teori Pembelajaran Dalam Proses
P&P
2.3.1 Teori Pembelajaran
Behaviourisme
2.3.2 Teori Pembelajaran Kognitif
2.3.3 Teori Pembelajaran
Konstruktivisme
2.4 Teori Pembelajaran dan Aplikasinya Dalam
Pembangunan Bahan P&P Digital
14
14
15
16
18
19
20
x
BAB PERKARA
2.4.1 Teori Behaviourisme
2.4.2 Teori Kognitif
2.4.3 Teori Konstruktivisme
2.5 Peranan Reka Bentuk Pengajaran Dalam
Pembangunan P&P Digital
2.6 Integrasi Teori Pembelajaran Dan
Teknologi
2.7 Penutup
MUKA SURAT
20
21
23
24
26
28
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN.
29
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian. 29
3.3 Prosedur Kajian
3.4 Persampelan Kajian
31
32
3.5 Instumen Kajian
3.5.1 Bahagian A
Demografi Responden
3.5.2 Bahagian B, C dan D
Persoalan Kajian 1, Persoalan Kajian 2 Dan
Persoalan Kajian 3
3.5.3 Bahagian E-
Persoalan Kajian 5
33
34
34
35
3.6 Kajian Rintis
3.7 Analisis Data
36
38
xi
BAB PERKARA
3.8 Penutup
MUKA SURAT
40
BAB IV
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data: Bahagian A – Demografi
Responden
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Berdasarkan
Persoalan Kajian
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1
Analisis Dapatan Bagi Tahap
Pengetahuan Bakal Guru Terhadap Ciri-
Ciri Teori Pembelajaran Yang Utama
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2
Analisis Dapatan Bagi Tahap Kemahiran
Bakal Guru Terhadap Pengaplikasian Teori
Pembelajaran Dalam Pembangunan Bahan
P&P Digital
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3
Analisis Dapatan Bagi Pandangan Bakal
Guru Terhadap Keberkesanan P&P Dengan
Sokongan Bahan Pembelajaran Digital
4.3.3.1 Rumusan Pandangan Terhadap
Keberkesanan P&P Dengan
Sokongan Bahan Pembelajaran
Digital
42
42
42
44
45
48
52
57
xii
BAB
BAB V
PERKARA
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis
4.5 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 4
Analisis Dapatan Bagi Hubungan Antara
Pandangan Terhadap Keberkesanan P&P
Dengan Sokongan Bahan Pembelajaran Digital
Dengan Kemahiran Mengaplikasikan Teori
Pembelajaran Dalam Membangunkan Bahan
Pembelajaran Digital
4.6 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 5
Analisis Dapatan Bagi Masalah-Masalah Yang
Dihadapi Bakal Guru Dalam Mereka Bentuk
Bahan Pembelajaran Digital Supaya Dapat
Diselaraskan Dengan Konsep Atau
Pengetahuan Pedagogi
4.7 Penutup
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1
Tahap Pengetahuan Bakal Guru Terhadap
Ciri-Ciri Teori Pembelajaran
MUKA SURAT
59
61
62
65
66
66
66
67
xiii
BAB
PERKARA
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2
Tahap Kemahiran Bakal Guru Terhadap
Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam
P&P Digital
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3
Pandangan Bakal Guru Terhadap
Keberkesanan P&P Dengan Sokongan
Bahan P&P Digital
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4
Hubungan Di Antara Pandangan Tersebut
Dengan Kemahiran Pengaplikasian Teori
Pembelajaran Dalam Membangunkan
Bahan Pembelajaran Digital
5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5
Masalah Dan Kebimbangan Di Kalangan
Bakal Guru Terhadap Pengaplikasian Teori
Pembelajaran Dalam P&P Digital
5.3 Rumusan Kajian
5.4 Implikasi Hasil Kajian
5.5 Cadangan Kajian
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
5.7 Penutup
MUKA SURAT
69
72
73
75
77
79
80
81
82
xiv
BAB PERKARA
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
Lampiran A
MUKA SURAT
84
88
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1. Pembahagian Reka Bentuk Kajian Kuantitatif
Berdasarkan Jenis Data Yang Dipungut
30
3.2. Jadual Rancangan Kerja Kajian Yang Sebenar 31
3.3. Bilangan Sampel Pelajar Bagi Setiap Kursus 32
3.4. Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 34
3.5. Taburan Skor Mengikut Skala 5 Mata/Nilai Mata
Skala Bagi Soal Selidik
35
3.6. Jadual Pekali Alpha Cronbach 37
3.7. Julat Nilai Min 39
3.8. Jadual Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 40
4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2. Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
4.3. Taburan Responden Mengikut Kursus 44
4.4. Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 1 45
4.5. Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 2 49
4.6.
4.7.
Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 3
Analisis Min Bagi Pandangan Terhadap
Keberkesanan P&P Dengan Sokongan Bahan
Pembelajaran Digital
53
58
xvi
NO JADUAL
4.8.
4.9.
4.10.
TAJUK
Analisa Skor Min Subskala
Nilai Min Subskala Bagi Setiap Item
Hubungan Pandangan Keberkesanan P&P Digital
Dengan Kemahiran Pengaplikasian Teori
Pembelajaran Dalam P&P Digital
MUKA SURAT
59
59
61
4.11.
Masalah Dan Kebimbangan Bakal Guru Berkaitan
Dengan Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam
Mereka Bentuk Atau Membangunkan Bahan
Pembelajaran Digital
63
xvii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
Hukum-Hukum Dalam Teori Pelaziman
Operan Thorndike
17
xviii
SENARAI SINGKATAN.
ABM : Alat Bantu Mengajar
CD-ROM : Compact Disk-Read Only Memory
ICT : Information Communication and Technology
IT : Information Technology
KPLI : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
S-R : Stimulus-Response
SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences.
TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A
Borang Soal selidik
88
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang bertulang
belakangkan sistem dan rangkaian komputer telah mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran (P&P) menggunakan bahan pembelajaran digital atau digital
learning materials. Ianya dapat memudahkan proses penyampaian maklumat serta
memberi kesan kepada pencapaian para pelajar. Peningkatan pengajaran di universiti
atau instituisi pendidikan bergantung kepada ’multiple media’, iaitu pengimbangan
yang wajar di antara nilai pedagogi yang dipelajari dan juga melalui kepercayaan
mempelajari teknologi.
Menurut B. G Yaxley dalam Ee Ah Meng (2002) menyatakan pengajaran
merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi
kepercayaan, nilai dan makna. Jadi, pengajaran bersangkut paut dengan proses
perubahan yang lebih menjurus kepada aktiviti yang lebih intelek. Kalau dahulu,
kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah penggunaan kapur dan penerangan
(chalk and talk) atau lebih kepada `bercakap dan menulis’ tetapi pada zaman moden
ini pengajaran dan pembelajaran kian berubah dengan kaedah yang lebih intelek.
Menurut Ee Ah Meng (2002), pembelajaran boleh difahamkan sebagai proses
perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan
yang diteguhkan. Ini bermaksud apabila terdapat ransangan yang diproses oleh otak
2
seseorang, ini menjadikan ia suatu pengalaman. Pengalaman ini dapat dikaitkan
dengan suasana pembelajaran dengan bahan pembelajaran digital.
Darling-Hammond dalam Carolyn Staudt (2005) menjelaskan bahawa untuk
mewujudkan perubahan di dalam bagaimana pelajar diajar dan bagaimana mereka
belajar, para guru perlu bersedia untuk menggunakan bahan pembelajaran yang baru
dan bersedia untuk mengubah peranan mereka di dalam kelas. Ini bermaksud
bahawa guru-guru atau para bakal guru perlulah menyediakan diri mereka dengan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baru selaras dengan perkembangan
teknologi pada dekad ini.
Menurut Bitter dan Pierson (1999) di dalam bukunya yang bertajuk ”Using
Technology in The Classroom”, para guru yang bakal menggunakan komputer
dikaitkan dengan teknologi terkini membantu serta menyokong proses pengajaran
pada peringkat tertentu dan juga lingkungan subjek yang diajar. Mereka perlulah
merancang dan menyampaikan unit pengajaran dalam pelbagai bentuk perisian
(software), aplikasi dan bahan pembelajaran. Perkembangan pengajaran mestilah
terhasil daripada tindak balas kumpulan yang efektif dan strategi penilaian untuk
populasi yang pelbagai iaitu :
i. Menyelidiki, menilai, dan menggunakan sumber-sumber komputer atau
teknologi termasuk application tools, perisian pendidikan, dan dokumentasi
yang berkaitan.
ii. Menjelaskan prinsip pengajaran pada masa sekarang, penyelidikan, dan
praktis penilaian yang bersesuaian yang berkait dengan penggunaan
komputer dan teknologi di dalam kurikulum.
iii. Mereka bentuk, menyampaikan dan menaksir aktiviti pembelajaran pelajar
yang mengintegrasikan komputer atau teknologi untuk pelbagai strategi
kumpulan pelajar dan juga latar belakang pelajar yang berbeza.
iv. Mempraktis tanggungjawab, kesusilaan, dan kesahan penggunaan
teknologi, informasi dan sumber-sumber perisian.
3
Sebagai insan bergelar pendidik, pendidikan era digital bakal merubah serta
memberi impak terhadap cara pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas.
Persoalannya kini memberi fokus kepada kesediaan bakal insan yang akan bertapak
di dalam bidang perguruan untuk menyahut perubahan melalui integrasi Teknologi
Maklumat (IT) dan pengetahuan teori pedagogi. Pastinya, sebagai pendidik,
keperluan pelajar menjadi keutamaan dalam proses P & P.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) di dalam buku
mereka yang bertajuk ”Falsafah dan Konsep Pendidikan” menyatakan bahawa
pendidikan mengikut semulajadi mempunyai pernyataan bahawa punca tunggal
pengetahuan sebenar ialah pengalaman terus-menerus pelajar mengenai semulajadi
melalui pancainderanya. Ini bermaksud jika pelajar tidak melihat, memegang atau
mendengar sesuatu objek, pelajar itu tidak ada pengetahuan sebenar, nyata dan tulen.
Ini sinonim dengan cara penyampaian atau bahan yang digunakan untuk
menyampaikan pengetahuan tersebut.
Berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri, kelemahan penguasaan
pengetahuan teori pembelajaran serta cara yang betul untuk mengintegrasikan teori
tersebut di dalam pembangunan bahan pengajaran digital menjadikan proses P& P
lebih cenderung ke arah tradisional. Seorang guru atau para bakal guru perlu
mempunyai pengetahuan yang kuat tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dan
ini bukan sahaja kepada pengetahuan bahkan pada kemahiran bagaimana menjadikan
strategi P&P tersebut menarik dan praktikal. Seiring dengan persekitaran teknologi,
cabaran juga kian meningkat. Dengan nyata, terbukti penghasilan bahan pengajaran
digital sangat penting.
Peralihan guru-guru ke peringkat penyalinan atau pengambilan (adoption
stage) dimana mereka mulai mengambil pendekatan menghadapi cabaran melalui
komputer dengan mulai mengajar para pelajar bagaimana menggunakan perisian
4
(software) dan perkakasan (hardware). Mereka melibatkan kelas supaya lebih hidup
dengan menjadikan teknologi bekerja untuk mereka. Format pengajaran secara
tradisional masih digunakan cuma dengan adanya teknologi menghasilkan sesuatu
yang produktif dan senang (Bitter dan Pierson, 1999).
Fenstermacher (1994), menyuarakan bahawa untuk mengukur pengetahuan
seorang manusia memerlukan sesuatu yang kelihatan seperti suatu ujian sama ada
ianya melalui kertas atau borang temubual berstruktur atau sesuatu yang boleh
mewakili aspek pengetahuan guru, terutamanya yang merujuk kepada kandungan
pengetahuan pedagogi yang ternyata menjadi rujukan abstrak yang sukar untuk diuji.
Bagi menjadi guru era digital, seseorang itu perlu tahu secara sendiri
bagaimana mereka membangunkan bahan pembelajaran dan pengajaran. Ini merujuk
kepada kurikulum perguruan serta kurikulum pendidikan di Malaysia sehingga
terbentuknya sekolah bestari. Berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan
negara Malaysia, pendidikan ke arah sekolah bestari adalah pendidikan yang
berusaha untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis.
Ini memberi kelebihan kepada guru atau bakal guru yang bukan sahaja mempunyai
teknik atau strategi pengajaran malah mahir mengintegrasikan teori pembelajaran ke
dalam teknologi bagi setiap pengajaran mereka. ”Professional teachers require
professional development” (Wilson dan Berne, 1999).
Seperti mana wujudnya sekolah bestari bagi peringkat pendidikan rendah dan
menengah, begitu juga bagi peringkat universiti dimana terdapat universiti yang
menyedari betapa pentingnya melahirkan graduan perguruan yang mahir dalam
teknologi pendidikan. Contohnya, Universiti Teknologi Malaysia yang menawarkan
pelbagai kursus berkaitan teknologi pendidikan di dalam kursus perguruan di Fakulti
Pendidikan. Dengan wujudnya saluran seperti ini, tujuan pendidikan untuk
mengoptimumkan kemampuan anak didik bagi perkembangan kemampuan yang
sempurna secara fizik, intelektual dan emosi.
5
Berdasarkan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras
kelima yang menyentuh kepada memartabatkan profesion perguruan. Ini
menunjukkan guru perlu bersedia unuk menempuh suasana pengajaran serta
pembelajaran yang bersandarkan kepada ’digital learning materials’. Terdapat
perubahan dalam sistem pendidikan maka kajian perlu dilakukan bagi menilai tahap
penguasaan bakal guru dari segi konsep reka bentuk bahan pembelajaran digital
berasaskan pengetahuan teori pembelajaran iaitu pedagogi meliputi kemahiran,
kesediaan, kepercayaan dan kebimbangan serta masalah yang dihadapi oleh mereka
untuk menjadi generasi guru era digital.
Menurut Alan November (2005) di dalam bukunya yang bertajuk ”Changing
How We Teach And Learn With Handheld Computers” menjelaskan perkara bahawa
kejayaan cabaran integrasi di kalangan para guru dan pelajar adalah untuk
menggunakan teknologi dengan kreatif dan memberi makna dalam pelbagai cabang.
Dengan adanya komputer serta teknologi, mewujudkan bahan pembelajaran digital
yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran yang aktif serta menggalakkan
penjelajahan ilmu dan kolaborasi pengetahuan. Ini bermaksud para guru perlulah
mengubah atau memperbaharui cara pengajaran mereka bagi menjadikan pelajar
lebih bersedia untuk menghadapi cabaran teknologi.
Menurut Richardson (1996) menjelaskan bahawa objektif utama dalam
perkembangan profesional adalah perubahan pada seorang guru meliputi
pengetahuan, kepercayaan serta sikap. Ini menjelaskan bahawa seorang guru yang
profesional akan mengalami suatu perkembangan yang profesional. Profesional
yang dimaksudkan adalah penggunaan teknologi di dalam pengajaran. Kurangnya
keprihatinan terhadap perkembangan teknologi ini membuatkan tahap pengajaran
masih berada pada takuk yang lama.
”Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka
mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba
belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara
penyelesaiannya untuk diselesaikan kepada pelajar. Mereka adalah pembimbing,
ahli falsafah dan rakan.” (Newcomb,1979).
6
1.3 Pernyataan Masalah
Golongan pendidik bukan sahaja perlu berpegang kuat kepada teori
pembelajaran malah kekuatan kemahiran untuk mewujudkan suasana P&P yang
lebih interaktif dan berkesan. Ini dapat dikukuhkan dengan kemahiran untuk
menghasilkan bahan P&P digital yang dapat mengubah pendekatan secara tradisional
kepada pendekatan yang lebih realistik.
Menurut Mok Soon Sang (1996), perubahan pada sistem pendidikan pada
dekad 80-an memerlukan golongan guru mengubah diri ke arah pandangan, sikap,
kemahiran dan daya usaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran demi mempertingkatkan prestasi dan keupayaan di dalam bidang kerja
yang kian mencabar. Adalah amat penting bagi bakal-bakal guru bersedia dari segi
pengetahuan, akademik serta kemahiran bagi membolehkan mereka memberikan
mutu pengajaran yang berkualiti melalui teknik pengajaran berunsurkan teknologi.
Menurut David Thourbun (2004), teknologi akan memberi impak positif jika
para guru tahu cara yang betul untuk mengintegrasikan elemen pedagogi serta teori
pembelajaran ke dalam penghasilan bahan P&P digital. Keyakinan, daya juang dan
kreativiti para guru menjadi elemen tambahan terhadap penghasilan bahan P&P
digital.
Apa yang menjadi sasarannya adalah teknologi dapat melahirkan para guru
cemerlang. Bahkan bukan sekadar guru, namun teknologi melahirkan pengguna
aktif iaitu pelajar yang berpengetahuan. Tambahan pula, teknologi akan memaksa
guru untuk memperkembangkan definisi pembelajaran dengan memasukkan konsep
pembelajaran yang baru. Pada zaman kini, adalah susah bagi kita untuk menilai
sejauh mana penguasaan teknologi di kalangan bakal guru. (Duran, 1999)
Justeru itu, berdasarkan kajian-kajian terdahulu serta pengalaman pengkaji
sendiri, dapat diperhatikan bahawa walaupun seseorang guru pernah mempelajari
ilmu teori pembelajaran serta pedagogi namun kelemahan akan wujud apabila guru
7
itu tidak tahu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam pembinaan bahan pengajaran
digital. Ini disokong dengan masih ada lagi para guru yang menggunakan
penyampaian mengikut kaedah tradisional iaitu ”chalk and talk”.
Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan
bakal guru terhadap ciri-ciri teori pembelajaran, tahap kemahiran terhadap
pengaplikasian teori pembelajaran untuk membangunkan bahan P&P digital, dan
mengenalpasti pandangan mereka terhadap keberkesanan bahan pembelajaran digital.
Selain itu, turut dikaji adalah masalah-masalah dihadapi oleh bakal guru untuk
mereka bentuk bahan pembelajaran digital selaras dengan teori pembelajaran bagi
tujuan P&P yang berkesan dan interaktif.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru terhadap ciri-ciri teori
pembelajaran yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori
pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital.
iii. Mengenalpasti pandangan bakal guru terhadap keberkesanan P&P dengan
sokongan bahan pembelajaran digital.
iv. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
pandangan tersebut dengan kemahiran mengaplikasikan teori pembelajaran
dalam membangunkan bahan pembelajaran digital.
v. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh bakal guru dalam mereka
bentuk bahan pembelajaran digital supaya dapat diselaraskan dengan teori
pembelajaran.