kajian geografi tempatan tingkatan 1 2010
DESCRIPTION
SMK AMINUDDIN BAKI KUALA LUMPURKERJA KURSUS GEOGRAFI 2010 HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA,SETAPAK KUALA LUMPUR.NAMA NO.K/P TINKATAN NAMA GURU : : : : SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL 970520-14-5498 1 JAYA PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUDTANDATANGAN MURID ««««««««««««««««« (SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL) TANDATANGAN GURU «««««««««««««««« (PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD)SENARAI ISI KANDUNGANBIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14Penghargaan Pendahuluan ObjeTRANSCRIPT
SMK AMINUDDIN BAKIKUALA LUMPUR
KERJA KURSUS GEOGRAFI2010
HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA,SETAPAK KUALA LUMPUR.
NAMA : SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL
NO.K/P : 970520-14-5498
TINKATAN : 1 JAYA
NAMA GURU : PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD
TANDATANGAN MURID
……………………………………………(SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL)
TANDATANGAN GURU
…………………………………………(PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD)
SENARAI ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT1 Penghargaan 32 Pendahuluan 43 Objektif Kajian 54 Kawasan Kajian 65 Peta Daerah Kawasan Taman
Bunga Raya7
6 Peta Bentuk Muka Bumi 87 Peta Kawasan Kajian 98 Kaedah Kajian 109 Dapatan atau Hasil Kajian 11-23
10 Bahan Grafik 24-2911 Rumusan 30-3112 Lampiran 31-5613 Gambar/Foto 57-6014 Rujukan 61
2 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur,Pn Latifah Binti Hj Mahfod kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu Pn.Norhidayah Binti Mohd Daud yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang telah banyak membantu saya memantapkan lagi hasil kajian saya ini.
3 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pihak luar dan responden yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN
Tajuk kajian yang telah diberi oleh guru geografi saya ialah HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA,SETAPAK,KUALA LUMPUR . Berdasarkan tajuk ini,saya memilih Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian untuk melaksanakan kerja kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar tingkatan 1. Saya memilih kawasan ini adalah kerana ianya merupakan tempat kediaman saya dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian dan mencari maklumat.Saya juga lebih memehami keadaan persekitarannya kerana
4 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
saya telah tinggal di sini selama 13 tahun lamanya.
Semua maklumat dan data yang diperolehi melalui keadaan kajian yang saya pilih telah direkodkan dengan baik dan sempurna.Untuk menyiapkan kajian ini,saya mengambil masa selama 5 hingga 6 minggu.
Harapan saya semoga projek KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN yang saya hasilkan ini dapat memberi sedikit sebanyak sedikit sebanyak kefahaman kepada umum tentang halangan dan potensi bentuk muka bumi di Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk menepati objektif-objektif yang berikut :
5 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-ciri di Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Menyelidik tentang potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia .Mengkaji samada terdapat halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.Mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Menyenaraikan langkah atau kaedah yang sepatutnya untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian saya.
KAWASAN KAJIAN
6 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Taman Bunga Raya merupakan satu kawasan utama di Setapak.Tempat-tempat yang berhampiran Taman Bunga Raya ialah Setiawangsa, Titiwangsa, Taman Melati, Sentul, Chow Kit dan Kampung Bandar Dalam.
Kawasan Taman Bunga Raya merangkumi keluasan 13.91 km persegi. Majoriti penduduk Taman bunga Raya terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara purata bilangan Bumiputera 83,200 (54%) dan bukan Bumiputera 69,700 (46%). Populasi Setapak ialah 52,900 orang pada tahun 2000.
Bilangan Melayu - 26,693 orang Bilangan Cina - 19,382 orang India - 4,605 orang Bumiputera Sabah - 66 orang Bumiputera Sarawak- 218 orang Orang Asli - 36 Orang Lain-lain - 222 Orang Jumlah 50,682 Orang ----> kajian daripada keputusan pilihanraya pada tahun 2004
Taman Bunga Raya sebagai kawasan utama di Setapak
Pusat bandar Setapak ialah diTaman Bunga Raya. Taman Bunga Raya ialah sebuah perbandaran moden dan utama di Kuala Lumpur, Malaysia,dikelilingi oleh kawasan perumahan dan perdagangan Setapak. Wangsa maju Seksyen 10 terdiri dari blok penginapan blok A,B dan C serta ada dua blok bangunan perniagaan. Berhampiran dengannnya ada kondominum Sri Kinabalu, Sri Ledang dan Sri Loging. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) terletak di Wangsa Maju.
Dari segi sejarah, Taman Bunga Raya ini dahulunya ialah estet getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Kawasan perbandaran Taman Bunga Raya ditubuhkan
7 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
pada tahun 1984.Taman Bunag Raya telah menjadi salah satu perbandaran terancang di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.
PETA DAERAH
TAMAN BUNGA RAYA
Taman Bunga Raya
8 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
PETA BENTUK MUKA BUMI
9 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
PETA KAWASAN KAJIAN
10 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
KAEDAH KAJIANSaya melaksanakan kaedah-kaedah di bawah dalam proses menghasilkan kajian ini.
PEMERHATIANSaya membuat pemerhatian terhadap halangan dan potensi bentuk muka bumi di sekitar Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Dari pemerhatian ini,saya dapat mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.Saya juga telah menangkap gambar di sekitar kawasan kajian sebagai sokongan dapatan kajian saya.
SOAL SELIDIKSaya telah mengedarkan boring soal selidik kepada 20 orang penduduk di kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Melalui boring soal selidik ini,saya dapat mengenalpasti halangan dan potensi bentuk muka bumi
11 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
RUJUKANSaya juga telah membuat rujukan di internet,buku-buku rujukan,buku teks,surat khabar dan saya banyak merujuk kepada ahli keluarga untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kawasan yang saya kaji.
DAPATAN KAJIAN
Terdapat beberapa dapatan hasil kajian saya ini yang betajuk HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA, SETAPAK,KUALA LUMPUR.Antaranya ialah:
1.Terdapat beberapa bentuk muka bumi di kawasan Setapak dan ciri-cirinya.
2.Potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan penduduk dan pembangunan di Taman Bunga Raya.
12 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
3.Halangan bentuk muka bumi di Setapak terhadap kegiatan penduduk dan pembangunan.
4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Setapak.
5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Setapak.
1.Bentuk muka bumi taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur dan ciri-cirinya.
TAMAN BUNGA RAYATanah Tinggi
Kira-kira 60% kawasan Taman Bunga Raya adalah kawasan tanah tinggi.Ianya dijadikan kawasan penempatan bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut.Kawasan tanah tinggi ini juga dijadikan institusi pendidikan,pusat telekomunikasi dan selebihnya dijadikan hutan simpan untuk generasi akan datang.Antara institusi pendidikan yang
13 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
terdapat di kawasan tanah tinggi Taman Bunga Raya adalah Universiti Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai UNITAR.
Tanah PamahSetelah menkaji kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya,saya mendapati bahawa kawasan tanah pamah di sini sangat strategik dan sesuai untuk menjalan aktiviti perniagaan.Ini kerana terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di kawasan tersebut.Antaranya ialah kedai serbaneka,gerai-gerai makan,restoran mewah,pusat beli belah,pusat mendandan rambut,kedai cenderahati dan lain-lain.Terdapat juga sebilangan penduduk yang memilih untuk tinggal di kawsan tanah pamah.Walau bagaimanapun,kawasan penempatan di tanah pamah ini,kebanyakkan berkos rendah.
14 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMESaya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang selesa dan menetap di kawasan Taman Bunga Raya walaupun saiz keluasannya tidak terlalu besar. Oleh itu setiap individu mesti menanam rasa cinta dan tanggungjawab
terhadap negara serta menjaga kedaulatannya setiap masa.
2.Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian.
TANAH TINGGI
15 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Petempatan Kebanyakkan petempatan di kawasan tanah
tinggi Taman Bunga Raya berkos tinggi.Penduduk di kawasan perumahan di kawasan tanah tinggi ini juga kebanyakkannya daripada golongan orang-orang kaya.Walaupun untuk membina rumah di kawasan tanah tinggi memakan jutaan ringgit,namun masih ramai yang membina dan membeli rumah di kawasan ini.
Pembalakan Memandangkan kawasan tanah tinggi di sini
mempunyai hutan-hutan kecil yang subur,syarikat-syarikat yang memerlukan bekalan kayu balak di Taman Bunga Raya mendapat bekalan yang secukupnya kerana pembekal kayu balak tidak perlu bersusah-payah mencari kawasan pembalakan untuk mendapatkan kayu balak.Tambahan pula,kayu-kayu balak di sini berkualiti tinggi.
Pelancongan Terdapat juga beberapa homestay yang
beroperasi di kawasan tanah tinggi yang terletak di Taman Bunga Raya.Ada juga yang mengadakan aktiviti perkhemahan di
16 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
hutan yang terdapat di sini.Ini kerana permandangan di kawasan tanah tinggi ini sangat indah dan menenangkan.
TANAH PAMAH
Pengangkutan Terdapat pelbagai kemudahan
pengangkutan di kawasan tanah pamah yang terletak di Taman Bunga Raya.Antaranya ialah kereta,bas,motosikal, LRT dan lain-lain.Ini dapat memudahkan penduduk di kawasan Taman Bunga Raya untuk berhubung dengan kawasan lain.
Petempatan Petempatan di kawasan tanah pamah ini
kebanyakkanya berkos rendah dan sederhana rendah.Namun,di kawasan tanah pamah ini juga terdapat banyak pilihan rumah sama ada yang berkos rendah atau berkos tinggi.Antara jenis rumah yang terdapat di kawasan tanah pamah ini ialah rumah pangsa,rumah teres, rumah banglo dan lain-lain.Ini dapat memberikan tempat tinggal untuk golongan yang kurang
17 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
berkemampuan untuk memebeli rumah yang berkos tinggi.
Perniagaan Ramai peniaga yang memilih untuk
berniaga di kawasan ini.Ini kerana kawasan tanah pamah yang terletak di Taman Bunga Raya sangat strategik dan sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Kawasan yang ramai penduduk antara faktor yang menyebabkan kawasan ini sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMETerdapat pelbagai potensi bentuk muka bumi
di kawasan Taman bunga Raya dan saya
18 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
berasa bersyukur .Rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab untuk mengekalkan potensi bentuk muka bumi di seluruh
Malaysia tanpa menjejaskan kedaulatan di negara yang tercinta ini.
3.Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.
TANAH TINGGI
Cerun Curam Terdapat beberapa halangan yang terjadi
terhadap kegiatan manusia jika sesebuah cerun itu terlalu curam.Antaranya ialah kenderaan yang terlalu besar dan berat contohnya kenderaan yang memebawa
19 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
simen dan batu-bata tidak boleh melalui kawasan cerun tersebut kerana boleh mengakibatkan kemalangan.Ini menyebabkan kesukaran untuk membina rumah di kawasan tanah tinggi.
Gelongsoran Tanih Hujan yang turun terlalu kerap
megakibatkan gelongsoran tanih.Gelongsoran tanih berlaku apabila kawasan tadahan air hujan tidak mampu lagi untuk menahan air hujan yang turun terlalu banyak terutamanya pada musim tengkujuh.Apabila kawasan tadahan air hujan tidak dapat menampung air hujan,lalu tanah di kawasan tanah tinggi pecah dan berlakunya gelongsoran tanih.
Tanah Runtuh 13 Februari 2001 ialah kali terakhir
berlakunya tanah runtuh di kawasan tanah tinggi yang terletak di Taman Bunga Raya.Tanah runtuh berlaku kerana gelongsoran tanih yang terjadi terlalu kerap.Ini meyebabkan rumah,jalan perhubungan dan lain-lain musnah.
TANAH PAMAH
20 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Berpaya Sesetengah kawasan tanah pamah di
Taman Bunga Raya berpaya kerana hujan turun dengan lebat dan air hujan bertakung di kawasan tanah pamah yang rendah.Ini mengakibatkan kesukaran untuk membina bangunan,rumah dan jalan raya di kawasan tersebut.Pihak-pihak yang ingin menjalankan aktiviti membina bangunan,rumah dan jalan raya di kawasan berpaya tersebut perlulah menambaknya terlebih dahulu.
Mudah Banjir Kawasan tanah pamah di Taman Bunga
Raya mudah banjir kerana tanah runtuh dan gelongsoran tanih yang berlaku di kawasan tanah tinggi.Tanah dan air yang turun mengakibatkan kawasan tanah pamah ini mudah banjir. Selain itu,hujan lebat yang turun sepanjang tahun juga adalah antara faktor yang menjadikan kawasan tanah pamah tersebut mudah banjir.
Sempit Taman Bunga Raya adalah sebuah kawasan
yang mula membangun.Sudah pasti aktiviti pembangunan sedang pesat
21 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
dijalankan.Semakin lama,semakin banyak bangunan-bangunan yang dibangunkan.Jadi,kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya sangat sempit.Tambahan pula kepadatan penduduk yang makin meningkat.Kenderaan awam dan kenderaan sendiri semakin banyak menyusuri jalan raya.Ini menyebabkan kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya sangat sempit dan tiada lagi kawasan untuk dijadikan hutan simpan,pusat rekreasi dan sebagainya.
NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMEWalaupun terdapat pelbagai halangan bentuk
muka yang berlaku terhadap manusia,kita masih boleh mengurangkannya dengan
menanamkan sifat sayang akan bumi dan kita
22 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
sebagai warga Malaysia seharusnya berbangga dengan bentuk muka bumi yang
terdapat di negara kita.
4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Tanah Runtuh Antara kesan kegiatan manusia terhadap
alam sekitar di Taman Bunga Raya ialah tanah runtuh.Manusia menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tanah tinggi yang menyebabkan pokok-pokok yang menahan tanah daripada runtuh di tebang.
Banjir / Banjir Kilat
23 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Banjir / banjir kilat juga antara kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang semakin berleluasa.Sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di sungai dan saliran yang menjadi tempat air hujan mengalir.Ini menyebabkan tempat air hujan megalir tersumbat lalu air hujan melimpah dan berlakulah banjir / banjir kilat.
Pencemaran Udara Pembakaran terbuka,asap-asap kederaan
dan juga asap-asap kilang antara kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang menyebabkan pencemaran udara yang sangat teruk.Selain itu,kesihatan penduduk di Taman Bunga Raya akan terjejas kerana menghirup udara yang tidak elok.
24 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMESeluruh warga Malaysia seharusnya
menanamkan rasa tanggungjawab untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan memperbaiki
keadaan alam sekitar yang sedia ada ini.Dengan ini kita dapat memajukan Malaysia dari segi prasarana dan keindahan bumi yang
tercinta ini.
5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
25 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Penanaman Semula Penanaman semula adalah cara yang paling
baik untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar iaitu tanah runtuh.Penanam semula boleh dilakukan di lereng bukit dan di puncak bukit.Ini kerana iainya dapat menahan tanah daripada runtuh.
Pembinaan Kolam ‘Takungan banjir’ Untuk mengurangkan banjir/banjir
kilat,aktiviti pembinaan kolam takungan banjir boleh dijalankan.Ini kerana kolam takungan takungan banjir tersebut boleh menakung air hujan yang melimpah dari sungai atau saliran berdekatan.Pembinaan kolam takungan banjir sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah yang luas.
Alat catalytic converter Alat catalytic converter atau lebih dikenali
sebagai alat mengurangkan asap ekzos beracun anatara cara yang efektif untuk mengurangkan pencemaran udara.Memandangkan 70% punca pencemaran udara di Taman Bunga Raya
26 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
adalah asap kenderaan,jadi wajarlah setiap pendudk di kawasan Taman Bunga Raya mendapatkan alat itu.Ini bagi mengurangkan asap kenderaan dan menjadikan udara lebih berkualiti.
NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMEWalaupun kita terpaksa membelanjakan
sejumlah wang untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar,tetapi ianya sangat bebaloi kerana ianya akan megekalkan warisan alam
ini.Tambahan pula,bumi ini akan diwariskan kepada genersi akan datang.Kepada yang
kurang berkemampuan,mereka boleh menanam pokok secara kecil-kecilan,pergi ke
mana-mana dengan menaiki kenderaan
27 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
awam dan lain-lain.Ingatlah,cintai nagara kita yang bebas daripada ancaman penjajah ini.
BAHAN GRAFIKPOTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA
KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN.
JADUAL KEKERAPAN
POTENSI BENTUK MUKA BUMI
KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN
PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
KEKERAPAN
Petempatan IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
28 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
IIIII IIIII IIIII IIIIIPembalakan IIIII IIIIIPelancongan IIIIIPerniagaan IIIII IIIII IIIII
Pengangkutan IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
JADUAL BILANGAN
POTENSI BENTUK MUKA BUMI
KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN
PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
BILANGAN
Petempatan 45Pembalakan 10Pelancongan 5Perniagaan 15
Pengangkutan 25
CARTA PAI
29 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
45%
10%5%
15%
25%
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN
KAWASAN KAJIAN
PetempatanPembalakanPelanconganPengangkutanPerniagaan
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
JADUAL KEKERAPAN
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP
KEGIATAN MANUSIA
KEKERAPAN
30 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
Cerun Curam IIIII IIIII IIIII IIIII IIIIIGelongsoran Tanih IIIII IIIII
Tanah Runtuh IIIII IIBerpaya IIIII IIIII IIIII IIIII
Mudah Banjir IIIII IIISempit IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
IIIII
JADUAL BILANGAN
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP
KEGIATAN MANUSIA
BILANGAN
Cerun Curam 25Gelongsoran Tanih 10
Tanah Runtuh 7Berpaya 20
Mudah Banjir 8Sempit 30
CARTA PAI
31 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
25%
10%
7%20%
8%
30%
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Cerun CuramGelongsoran TanihTanah RuntuhBerpayaMudah BanjirSempit
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
JADUAL KEKERAPAN
KESAN KEGIATAN MANUSIA
KEKERAPAN
32 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
Tanah Runtuh IIIII IIIII IIIII IIIIIBanjir / Banjir Kilat IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
IIIIIPencemaran Udara IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
JADUAL BILANGAN
KESAN KEGIATAN MANUSIA
TERHADAP ALAM SEKITAR
BILANGAN
Tanah Runtuh 20Banjir / Banjir Kilat 30Pencemaran Udara 50
CARTA PAI
33 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
20%
30%
50%
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Tanah RuntuhBanjir / Banjir KilatPencemaran Udara
RUMUSANMenerusi kajian saya terhadap POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI DI
34 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
TAMAN BUNGA RAYA telah membolehkan saya mengetahui objektif-objektif yang ingin dicapai semasa kajian dilakukan.
Saya telah mengenalpasti cirri-ciri fizikal (bentuk muka bumi) Taman Bunga Raya yang sebahagian besarnya terdiri dari tanah pamah dan juga terdapat sebahagian kecil tanah tinggi.Melalui kajian Geografi ini juga,saya dapat mengetahui potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan penduduk Taman Bunga Raya.Terdapat lima potensi bentuk muka bumi di Taman Bunga Raya iaitu petempatan,pembalakan,pelancongan,pengangkutan dan perniagaan.Satu perkara yang amat menarik perhatian saya kerana selama ini saya tidak pernah mengetahui potensi ini sehinggalah kajian ini dibuat.
Walaupun bentuk muka bumi Taman Bunga Raya berpoteni untuk kegiatan manusia dan pembagunan,namun masih terdapat beberapa halangan bentuk muka bumi di Taman Bunga Raya iaitu cerun yang curam,tanah runtuh, gelongsoran tanih,kawasan berpaya,tanah pamah yang
35 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
mudah banjir dan kawasan yang sempit dan penuh dengan pembangunan.
Sepanjang kajian ini,saya telah menyelidik kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kaedah yang sesuai untuk mengurangkan kesan terebut di Taman Bunga Raya.Pencemaran udara dan gangguan pada ekosistem adalah kesan utama yang terhasil akibat kegiatan peduduk di Taman Bunga Raya dan saya telah mencadangkan supaya kita menggunakan alat catalytic converter atau lebih dikenali sebagai alat mengurangkan asap ekzos beracun dan cuba untuk menggunakan kenderaan awam jika hendak ke mana-mana.Selain itu,saya mencadangkan usaha-usaha bagi penanaman semula untuk menggantikan tumbuhan hutan yang telah musnah hasil daripada proses pembangunan.
Saya berasa amat bertuah dan bangga kerana menjadi penduduk di Taman Bunga Raya.Pembangunannya yang strategik,meyakinkan saya bahawa Taman Bunga Raya mampu berkembang menjadi
36 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
sebuah bandar setelit yang berjaya.Saya juga memilih untuk menjalankan kajian Geografi di Taman Bunga Raya dengan tujuan untuk mengetahui tentang potensi dan halangan bentuk muka bumi di samping untuk saya mengenal lagi tentang tempat kediaman saya sendiri.Saya sentiasa memelihara nama baik Taman Bunga Raya dan akan terus memperkenalkannya kepada sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan ini.
37 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
38 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
39 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
40 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
41 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
42 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
43 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
44 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
45 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
46 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
47 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
48 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
49 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
50 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
51 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
52 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
53 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
54 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
55 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
56 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
57 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
58 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
59 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
60 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
GAMBAR / FOTO
GAMBAR MENUNJUKKAN ANTARA CONTOH RUMAH DI TAMAN BUNGA
RAYA.
61 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
GAMBAR MENUNJUKKAN KAWASAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIAL DI TAMAN
BUNGA RAYA
62 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
GAMBAR MENUNJUKKAN LAIN-LAIN PEMBAGUNAN DI TAMAN BUNGA RAYA
63 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
GAMBAR MENUNJUKKAN HUTAN SIMPAN DI TAMAN BUNGA RAYA
64 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
RUJUKAN
Saya telah membuat rujukan dari sumber-sumber berikut semasa menjalankan kajian geografi tempatan ini.
BUKU TEKS GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1Pengarang : Rape’ah Binti Ahamed Khalijah Binti Maimon
Aziah Binti IsmailFoo Ho Loke
Penerbitan : ARUS INTELEK SDN BHDTahun Terbitan : 2002
65 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
LAMAN WEBWWW.GOOGLE.COMWWW.DROMOZ.COMWWW.WIKIPEDIA.COM
RUJUKAN DARI ORANG SUMBERSaya juga telah membuat rujukan dari maklumat-maklumat yang diberikan oleh responden dan borang soal selidik yang telah saya edarkan.Selain itu, saya juga telah merujuk kepada folio kajian geografi tempatan tahun lepas yang dibuat oleh senior saya untuk dijadikan contoh dan panduan semasa saya menjalankan kajian geogarafi tempatan ini.
66 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN