kajian kemahiran literasi maklumat di kalangan pengguna...
TRANSCRIPT
Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna Perpustakaan Negara Malaysia
YAZID IBRAHIM Perpustakaan Negara Malaysia
ABSTRAK
Kejayaan mengekpolitasi maklumat telah menyaksikan banyak negara-negara maju berjaya mewujudkan
masyarakat bermaklumat yang menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan
maklumat untuk menjana pendapatan tinggi dan memajukan ekonomi negara. Negara-negara ini juga berjaya
mewujudkan masyarakat yang bijak menggunakan maklumat untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat.
Uterasi maklumat adalah elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat bermaklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan
pengguna Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi membantu PNM mewujudkan program literasi maklumat
yang baik dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan pengguna PNM masih kurang berpengetahuan dalam
menilai dan memilih sumber maklumat dengan tepat. Justeru itu PNM perlu meningkatkan dan menggiatkan
lagi program literasi maklumat untuk mendidik kemah iran literasi maklumat di kalangan penggunanya.
Kata kunci: kemahiran maklumat, literasi maklumat, pembelajaran sepanjang hayat
LATAR BELAKANG
Malaysia sedang menuju ke arah negara maju dari segala aspek terutama dari aspek perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini secara tidak langsung n:enuntut rakyat
Malaysia mengguna dan mengekploitasi maklumat secara optimum untuk menjana pendapatan dan
untuk menjadikan rakyat negara kita sebagai masyarakat bermaklumat yang sentiasa menghasilkan
maklumat berkualiti, patuh kepada etika penggunaan maklumat dan mempunyai kefasihan yang
tinggi dalam penggunaan ICT.
Oleh itu, para pustakawan harus sedar akan peranan mereka untuk mendidik pengguna
perpustakaan dengan ilmu literasi maklumat supaya mereka boleh kenalpasti, guna, nilai dan
mematuhi etika penggunaan maklumat dengan betul.
Definisi Literasi Maklumat
Definisi literasi maklumat yang paling popular dipetik daripadaAmerican Library Association (ALA).
ALA mentakrifkan bahawa orang celik maklumat seharusnya dapat:
31
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
i. Mengetahui keperluan maklumat
ii. Mengenalpasti maklumat yang berkaitan dengan sesuatu isi atau masalah
iii. Berkebolehan mencari maklumat
iv. Menilai maklumat
v. Menyusun maklumat
vi. Menggunakan maklumat secara berkesan.
(ALA,2008)
Manakala, American College and Research Libraries (ACRL), mentakrifkan orang yang celik
maklumat mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mengenalpasti keperluan maklumat
ii. Menentukan sejauh mana maklumat yang diperlukan
iii. Mengakses maklumat dengan cekap
iv. Menilai sumber-sumber maklumat secara kritikal
v. Menyusun, menyimpan, dan memanipulasi maklumat yang dikumpul atau dihasi lkan
vi. Menggabungkan maklumat terpi lih dengan as as pengetahuan mereka.
vii. Menggunakan maklumat dengan berkesan untuk belajar, mewujudkan pengetahuan baru,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
(ACRL, 2000)
PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM PROGRAM LlTERASI MAKLUMAT
Ulasan Kesusasteraan Literasi maklumat di definisikan sebagai kemampuan untuk mengenalpasti, mencari, mengguna,
menilai dan mematuhi etika penggunaan maklumat (ALA, 2001) dan pembangunan pesat
dalam teknologi maklumat telah mengubah manusia dalam mengekploitasi dan menggunakan
maklumat dan ini menjadikan literasi maklumat sebagai kompetensi yang penting di dalam era
ekonomi berasaskan pengetahuan (Jingxia, 2002). Oleh itu, perpustakaan awam harus berubah . .
daripada peranan sebagai pusat repositori maklumat kepada pemangkin perkongsian maklumat
dan membuka peluang kepada masyarakat untuk belajar mencari maklumat (Goodman, 2009).
Perpustakaan awam adalah organisasi yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan
berkeupayaan untuk merapatkan jurang antara kurang maklumat dan kaya maklumat dengan
menawarkan akses Internet percuma dan menawarkan latihan untuk memperbaiki kemahiran literasi
maklumat (Horng-Ji Lai, 2011). Hal ini disokong oleh Harding, 2008 yang menyatakan bahawa
perpustakaan awam adalah tempat ideal dan berkemampuan untuk mengurus perkembangan
maklumat yang sentiasa bertambah dan membantu pengguna untuk belajar mencari, mengguna
dan menilai maklumat. Perpustakaan awam juga memainkan peranan penting dalam merapatkan
jurang digital antara mereka yang mempunyai akses Internet dan mereka yang tidak memilik akses
Internet. Masyarakat yang kurang kebolehan untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat
secara efektif akan ketinggalan dalam aspek pekerjaan, pembelajaran sepanjang hayat, kualiti
hidup dan akses kepada maklumat asas (Ward, 2006).
32
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Pihak kerajaan di seluruh dunia telah mengiktiraf peranan perpustakaan awam dalam
membangunkan kemahiran literasi maklumat di kalangan rakyatnya. Oi Malaysia melalui
Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya membangunkan garis panduan literasi maklumat
pada tahun 2011 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepent ingan literasi maklumat di
kalangan rakyat Malaysia. Oi Kanada, pihak kerajaan telah mengenalpasti perpustakaan awam
sebagai organisasi yang ideal untuk menjalankan program akses komuniti (Community Access
Programmes) iaitu satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan akses Internet yang berpatutan
dan kemah iran yang mereka perlukan untuk menggunakannya secara efektif (Ju lien & Hoffman,
2008).
Perpustakaan awam adalah salah satu jenis perpustakaan yang terli bat secara langsung
dengan literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Perpustakaan awam mempunyai
peranan besar untuk menjayakan literasi maklumat dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara
aktif dalam proses pembinaan pengetahuan kumpulan sasarannya dan bekerjasama dengan pihak
lain yang berkepentingan (Skov, 2004).
Program Literasi Maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia PNM melalui Pelan Strategik Perpustakaan Negara Malaysia 2009 - 2013 iaitu memperkukuhkan
Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dengan membangunkan Progam Literasi
Maklumat secara bersepadu telah berjaya mewujudkan panduan program literasi maklumat.
Projek ini dijalankan bermula pada Mac 2011 dan telah di lancarkan pada 23 Oisember 2011 di
Maran , Pahang. Program literasi maklumat ini ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat
dengan menyediakan tiga jenis modul iaitu modul asas, pertengahan dan lanjutan. Program literasi
maklumat ini dijalankan di sekolah menengah, perpustakaan desa, agensi kerajaan dan swasta.
Selain daripada itu, PNM mengadakan program Sesi Pendidikan Pengguna khusus
untuk pelajar sekolah menengah. Para pelajar di beri penerangan dan pendedahan berkaitan
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PNM, jenis-jenis bah an maklumat, penggunaan
OPAC, pangkalan data MyLib, Ebscohost, Nexis, BUS, pangkalan data tempatan dan lain-lain .
Para peserta turut diberikan peluang untuk mempraktikkan sendiri segala kemah iran yang telah ' .
dipelajari.
Sesi Pendidikan Kakitangan juga di jalankan bagi memahirkan kakitangan dengan maklumat
terkini iaitu maklumat pangkalan data, sumber elektronik dan perkhidmatan yang tersedia di PNM.
Sebagai langkah untuk memastikan kakitangan dapat mempromosi perkhidmatan PNM semasa
bertugas di kaunter rujukan. Pengguna perpustakaan akan lebih mempercayai kakitangan yang
berpengetahuan dan akan berpuas hati dengan layanan yang sempurna.
PNM juga ada menyediakan program literasi maklumat yang diadakan di sekolah-sekolah
menengah seluruh Malaysia. Program ini dikenali sebagai Program Literasi Maklumat PNM: Teknik
Pencarian dan Pempakejan Maklumat. Inisiatif in i dimulakan pada tahun 2010 yang dikenali
sebagai Program Outreach Perkhidmatan Maklumat Komuniti: Bengkel Rintis Teknik Pencarian
dan Pempakejan Maklumat. Kumpulan sasarannya adalah pelajar tingkat 1-5. Antara aktiviti yang
dijalankan dalam program ini adalah taklimat literasi maklumat, latihan (hands on), kuiz dan aktiviti
berkumpulan.
33
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengkaji kemahiran maklumat pengguna PNM
ii. Mengkaji kemahiran penyelidikan pengguna PNM
iii. Mengkaji peranan PNM dalam membangunkan progam literasi maklumat
Metodologi penyelidikan Penyelidikan secara kuantitatif telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi maklumat
dikalangan pengguna PNM berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran penyelid ikan mereka.
Enam elemen telah dikenalpasti untuk tujuan kajian iaitu:
i. Latarbelakang pengguna
ii. Maklumat as as kemahiran maklumat
iii. Mengenalpasti , mengguna, mengurus dan kepatuhan terhadap undang-undang dan etika
penggunaan maklumat
iv. Penilaian maklumat
v. Persepsi pengguna terhadap kemahiran penyelidikan mereka
Enam elemen ini dipilih kerana dapat memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana pengguna
PNM mencari dan menggunakan maklumat.
Kajian telah di jalankan selama sebulan iaitu pada 1 - 30 Mei 2012. Seramai 276 orang pengguna
PNM telah menjawab daripada 300 soal selidik yang diedarkan. Responden ini terdiri daripada
semua lapisan masyarakat tanpa mengira status pend idikan dan pekerjaan. Soal selidik yang
diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan yang disediakan berbentuk objektif dan subjektif
serta disediakan dalam bahasa Melayu.
Keputusan Tema 1 : Latarbelakang Responden
Jantina _ Lelak i _ W ani t a
Rajah 4.1: Jantina Respoden
34
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Pekerjaan
• Kerajaan .Swasta . Sendiri • Pelajar _ Tidak Bekerja
Rajah 4.2: Pekerjaan Responden
Pendidikan • SRP/PMR • SPM/SPMV • Sijil/Diploma .Ijazah . Sarjana • PhD
0%
Rajah 4.3: Pendidikan Responden
Tema 2: Maklumat Umum
120
100
80
60
40
20
o Sangat ker ap Kerap
(Harian) (mingguan) Kadangkadang
Jarang (> 1 Tidak pernah kali sebulan)
Rajah 4.4: Kekerapan Penggunaan Perpustakaan oleh Responden
35
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Rajah 4.5: Kekerapan Penggunaan Sumber Maklumat Perpustakaan oleh Responden
250
200
150
100
50
o
Rajah 4.6: Latihan Literasi MaklumatiKemahiran Maklumat/Kemah iran Perpustakaan oleh Responden
Rajah 4.6 menerangkan bahawa seramai 41 responden (15%) telah mengikuti latihan literasi
maklumat manakala seramai 235 responden (85%) t idak pernah menghadiri latihan berkaitan
literasi maklumatlkemahiran maklumat/kemahiran perpustakaan. Ini jelas menunjukkan bahawa
pustakawan perlu melat ih pengguna untuk mendapat kemah iran mencari maklumat.
Lai n-lain
Rajah 4.7: Tujuan Datang ke Perpustakaan oleh Responden
36
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Tema 3: Pencarian Maklumat dan Sumber Maklumat, Guna dan Susun, Undang-Undang
dan Etika Penggunaan Maklumat
Jadual 4.2: Pencarian Maklumat
Va Pencarian
Kekerapan Peratus
Judul 169 61 .2
Penerbit 37 13.4
Subjek 110 39.9
Pengarang 58 21
Tidak Tahu 70 25.4
Kebanyakan responden menjawab dengan betul iaitu menggunakan "judul" atau "subjek"
dengan 61.2% memilih "judul" dan 39.9% memilih "subjek" untuk mencari maklumat mengenai
Mahathir. Manakala seramai 21 .0% (58 responden) memilih "pengarang" , diikuti 13.4% (37
responden) memilih "penerbit" dan 25.4% (70 responden) memilih "tidak tahu".
Jadual 4.3: Cara Terbaik Mencari Buku
Va Pencarian
Kekerapan Peratus
Kata Kunci 114 41 .3
Subjek 121 43.8
Pengarang 71 25.7
No. Panggilan 49 17.8
Tidak Tahu 71 25.7
Kurang daripada separuh responden memilih jawapan yang betul kaedah terbaik mencari buku .
di perpustakaan. Hanya 41.3% (114 responden) memilih kata kunci dan 43.8% (121 responden)
memilih subjek sebagai kaedah terbaik mencari buku. Ini diikuti oleh pengarang sebanyak 25.7%
(71 responden), nombor panggilan 17.8% (49 responden) dan 25.7% (71 responden) tidak tahu.
Jadual 4.4: Cara Pengguna Mencari Maklumat
Va Cara Guna
Kekerapan Peratus
Melalui OPAC 139 50.4
Melalui Pustakawan 126 45.7
Cari di rak 161 58.3
Melalui Pengguna lain 13 4.7
Melalui Kawan 36 13
Tidak tahun 9 3.3
Lain-lain (Internet, nota) 6 2
37
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Separuh daripada responden mahir mencari maklumat di perpustakaan iaitu 50.5% (139
responden) menggunakan OPAC untuk mencari maklumat di perpustakaan. Malangnya 58.3%
(161 responden) terus mencari di rak koleksi untuk mencari maklumat. Manakala 45.7% (126
responden) mencari maklumat melalui pustakawan, diikuti 13.0% (36 responden) melalui kawan,
4.7% (13 responden) melalui pengguna, 2.0% lain-lain seperti internet dan nota. Sebanyak
3.3% (9 responden) menjawab tidak tahu. Jelas menunjukkan bahawa kemah iran menggunakan
perpustakaan masih kurang dikalangan pengguna PNM.
Jadual 4.5: Mahir Dalam Sesuatu TopikiSubjek Baru
MahirTopik Kekerapan Peratus
Ya 58 21
Tidak 217 78.6
Tidak tahu 1 0.4
Keputusan: Jadual 4.5 menunjukkan bahawa sedikit sahaja pengguna menjawab dengan betul
iaitu ensaiklopedia sebagai sumber utama untuk mahir dalam subjekltopik baru iaitu sebanyak
21 % (58 responden) dan 78.6% (217 responden) menjawab jawapan yang salah.
JaduaI4.6: Operator Boolean AND
Strategi Pencarian Kekerapan Peratus
Ya 93 34
Tidak 183 66
Kajian menunjukkan bahawa hanya 34.0% (93 responden) memilih jawapan yang betul.
Manakala 66.0% (183 responden) memil ih jawapan yang salah. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakkan pengguna PNM tidak memahami Boolean Logik.
Jadual 4.7: Kenalpasti Petikan Jurnal
Kenai Jurnal Kekerapan Peratus
Ya 120 43
Tidak 156 57
Kurang daripada separuh responden memilih jawapan yang tetap iaitu hanya 43.0% (120
responden) dan seramai 57% (156 responden) memilih jawapan yang salah walaupun dua petikan
jurnal diberikan
38
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Jadual 4.8: Rujuk Pustakawan
Rujuk Pustakawan Kekerapan Peratus
Tidak Pernah 59 21
1 kali 74 27
2-5 kali 97 35
< 5 kali 36 13
Tidak tahu 10 4
Kajian menujukkan bahawa pengguna perpustakaan kurang merujuk kepada pustakawan
kerana hanya 13.0% (36 responden) merujuk pustakawan untuk mencari maklumat. Manakala
35.0% (97 responden) merujuk pustakawan 2-5 kali, 27.0% (74 respond en) merujuk 1 kali,21.0%
(59 responden) tidak pernah merujuk pustakawan dan 4.0% (10 responden) t idak tahu. Hal ini
berlaku berkemungkinan pengguna sudah mah ir dalam pencarian maklumat atau pustakawan
PNM tidak mesra pengguna.
Jadual 4.9: Kaedah lain Mendapatkan Maklumat
Kaedah Lain Kekerapan Peratus
Pinjaman antara perpustakaan 59 21
Cari tempat/organisasi lain 74 27
ImejNideol Aud io 97 35
Tidak Tahu 36 13
Lain-lain seperti internet, bel i buku, tesis,jurnal 40 14.8
Sebanyak 35.0% (97 responden) akan mencari imej/video/audio untuk mencari maklumat,
manakala 27.0% (74 responden) mencari maklumat di tempat/organisasi lain, 21.0% (59 responden)
memilih pinjaman antara perpustakaan, 14.8 % (40 responden) memilih Internet, membeli buku', .
rujuk tesis dan jurnal. Seramai 13.0% (36 responden) tidak tahu.
JaduaI4.10: Kaedah Menyimpan Maklumat
Kaedah simpan maklumat Kekerapan Peratus
Simpan dalam komputer/Pen drive 137 50
Cetak dan simpan dalam fail 52 19
Tiada sistem simpanan 20 7
Pelbagai sistem simpanan 67 24
39
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Kajian menunjukkan bahawa 50.0% (137 responden) menyimpan maklumat di dalam
komputer/pen drive . Ini menunjukkan keb anyakkan pengguna menggunakan Internet atau jurnal
atas talian untuk mencari maklumat. 19.0% (52 responden) mencetak maklumat dan simpan di
dalam fai l, 24.0% (67 responden) mempunyai pelbagai sistem simpanan dan 7.0% (20 responden)
tiada sistem simpanan.
Jadual 4.11: Kaedah Mendapatkan Maklumat Terkini
Maklumat Terkini Kekerapan Peratu5
Buku 65 23
Jurnal 37 13
Ensaiklopedia 7 2.5
Internet 156 56
Tidak tahu 11 4
Jadual diatas menunjukkan bahawa 56.0% atau 156 responden menggunakan Internet untuk
mencari maklumat terkini. Responden mungkin mencari maklumat melalui jurnal atas tal ian atau
enjin carian. Manakala sebanyak 23.0% (65 responden ) memilih buku. Pengguna mungkin tidak
menyedari bahawa buku adalah sumber maklumat sekunder. 13.0% responden (37 responden)
memilih jurnal, 2.5% (7 responden) memilih ensaiklopedia manakala 11 .0% tidak tahu.
JaduaI4.12: Akta Hak Gipta
Jawapan Betul TidakTahu Maklumat
Kekerapan Peratu5 Kekerapan Peratus
Gambar Siti Nurhaliza dari Internet 114 41.3 86 31 .2
lagu tema Ombak Rindu oleh KRU 72 26.1 95 34.4
Teks yang anda imbas dari Harry Potter and The 67 24.3 111 40.2
Prisoner of Azkaban
Teks artikel dari Malaysian Business yang mengkritik 94 34.1 122 44.2
Akta kementerian Kewangan yang anda imbas
Teks dari Akta Hak Cipta yang diperkenalkan oleh 46 16.7 129 46.7
Kabinet Malaysia
Kajian menunjukkan bahawa pengguna PNM tidak mempunyai pengetahuan yang baik
mengenai isu hak cipta di mana 41.3% responden menjawab dengan betul bahawa mereka boleh
menggunakan gam bar Siti Nurhaliza dalam laman web mereka dan 31.2% memilih t idak tahu.
Manakala 26.1 % responden menjawab dengan betul bahawa mereka tidak boleh meletakkan lagu
tema Ombak Rindu dalam laman web mereka tanpa mendapat kebenaran dan 40.2% memilih
tidak tahu. Keputusan lain juga menunjukkan bahawa hanya 24.3% memil ih jawapan yang betul
40
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
bahawa mereka tidak boleh mengimbas teks dari Harry Potter and The Prisoner of Azkaban untuk
laman web mereka.
JaduaI4.13: Peni laian maklumat
Kriteria Penilaian Kekerapan Peratus
Kelayakan Pengarang 92 33.3
Kelayakan Penerbit 39 14.1
Bandingkan dengan sumber lain 154 55.8
Bincang dengan pustakawan/ pensyarah/guru 114 41 .3
Bincang dengan kawan 101 36.6
Rujuk pakar 85 30.8
Lain-lain seperti Internet, peni laian sendiri dan buku rujukan 3 1.2
Keputusan menunjukkan hanya 33.3% (92 responden) memilih kelayakkan pengarang didalam
menilai maklumat yang diperoleh. Hal ini amat menyedihkan kerana kelayakkan pengarang adalah
faktor utama didalam menilai sumber maklumat. Hanya 41 .3% (114 responden) memi lih bincang
dengan pustakawan/pensyarah/guru untuk menilai maklumat. Kebanyakkan responden memilih
jawapan band ingkan dengan sumber lain di dalam menilai maklumat iaitu sebanyak 55.8% (154
responden). Jelas menunjukkan bahawa pengguna PNM tidak mempunyai kemah iran yang baik
di dalam menilai maklumat.
Jadual 4.15: Kebolehpercayaan Sumber Maklumat
Sumber maklumat Sangat dipercayai Dipercayai Kurang dipercayai Tidak dipercayai
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Internet 14 5.1 147 53.3 112 40.6 3 1.1
Katalog Perpustakaan 82 29.7 179 64.9 12 4.3 3 1.1 . .
Jurnal 109 39.5 150 54.3 16 5.8 1 0.4
Buku 115 41.7 152 55.1 9 3.3 0 0
Tesis/Oisertasi 71 25.7 164 59.4 37 3.4 4 1.4
Majalah 15 5.4 114 41.3 127 46 20 7.2
Hanya 39 .5% dan 25,7% responden memilih jurnal dan tesis sebagai sumber maklumat
yang paling dipercayai walaupun ia adalah sumber primer dan 54.3% dan 59.4% memilih jurnal
dan tesis sebagai dipercayai. Ini menunjukkan bahawa pengguna tahu memilih sumber maklumat
yang terbaik. Manakala 40.6% responden memilih Internet sebagai sumber maklumat yang kurang
dipercayai.
41
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Jadual 4.16: Jenis Sumber Maklumat
Jenis Sumber Kekerapan Peratus
Buku 186 67.4
Buku Rujukan 152 55.1
Jurnal 88 31.9
Tesis 44 15.9
Internet 242 87.7
Surat khabar 118 42.8
Kajian menunjukkan bahawa 87.7% (118 responden) memilih Internet sebagai sumber rujukan
yang paling banyak digunakan dalam kajian mereka. Ini dikuti oleh buku sebanyak 67.4% (186
responden). Agak menyedihkan hanya 31.9% dan 15.9% responden memilih jurnal dan tesis
sebagai sumber maklumat mereka.
KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap literasi maklumat pengguna PNM dan untuk membantu
PNM membangunkan Program Literasi Maklumat dengan baik dan berkesan dalam menyokong
hasrat kerajaan untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat iaitu salah satu elemen penting
didalam mewujudkan masyarakat bermaklumat.
Secara keseluruhannya di dapati bahawa pengguna PNM masih tidak mempunyai kemahiran
literasi maklumat yang baik terutama dari segi elemen asas pencarian maklumat, penilaian
maklumat dan kesedaran terhadap undang-undang dan etika penggunaan maklumat. Berikut
adalah keputusan berdasarkan tema.
Tema Keputusan Masalah Dikenalpasti
Pencarian · 39.9% memilih subjek untuk cari Kurang pengetahuan dalam controlled Maklumat maklumat mengenai Mahathir vocabulary di dalam Pangkalan Data
· 41.3% dan 43.8% pilih kat a kunci dan dan kesalahan dalan penggunaan subjek sebagai cara terbaik cari buku. Boolean AND
· 34% memilih dengan betul operator AND
Ciri-ciri dokumen · 43% dapat mengenalpasti petikan jurnal Tiada kebolehan untuk mentafsirkan jurnal ilmiah atau ciri-ciri sesuatu karya
Penilaian Maklumat · 33.3% memilih Kelayakan Pengarang Kurang pengetahuan di dalam menilai untuk menilai sumber maklumat. sumber maklumat
Sumber Maklumat · 31.9% dan 15.9% memilih jurnal dan Kurang pengetahuan dalam memilih tesis sebagai sumber maklumat utama sumber maklumat yang tepat , sahih
dan sah
Undang-undang · 26.1 % memilih jawapan yang betul Kurang pengetahuan dalam Akta Hak dan etika bahawa mereka perlu mendapatkan Cipta penggunaan kebenaran untuk meletakkan lagu tema maklumat Ombak Rindu dalam laman web mereka.
42
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
CADANGAN
Berdasarkan kepada analisis dan terjemahan kajian, projek ini mencadangkan:
1. Mewujudkan Program Literasi Maklumat khusus untuk pengguna PNM. Program ini boleh
dilaksanakan pada hujung minggu. Modul program mesti lah menekankan as as pencarian
maklumat, penilaian maklumat dan undang-undang dan etika penggunaan maklumat.
2. Mewujudkan kursus literasi maklumat secara atas tal ian. Kajian mendapati bahawa
kebanyakkan pengguna PNM lebih gemar menggunakan teknologi maklumat untuk mencari
maklumat. PNM boleh menawarkan kursus literasi maklumat secara atas talian yang
menekankan kepada aspek asas pencarian maklumat seperti Boolean.
3. Pembangunan kemahiran literasi maklumat kepada kakitangan PNM. Ini adalah elemen yang
sangat penting untuk menghasilkan program literasi maklumat yang berkesan. Kakitangan
yang terlibat perlu memperbaiki kemahiran maklumat dan kemahiran mengajar.
4. Persepakatan pintar dengan organisasi/institusi kerajaan dan swasta. PNM harus sedar bahawa
program literasi maklumat seharusnya diajar kepada orang ramai yang memerlukannya.
PNM seharusnya mengadakan kerjasama dengan pelbagai institusi dimana mereka boleh
menghadiri program literasi maklumat di mana-mana sahaja seperti di pusat-pusat belia dan
sukan, rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat serenti, dan pusat-pusat komunit i.
PENUTUP
Hasi l kajian menunjukkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia menghadapi cabaran yang
besar di dalam membangunkan kompetensi kemahiran maklumat di kalangan penggunanya.
PNM perlu bertindak dengan agresif di dalam menawarkan latihan kemah iran maklumat kepada
penggunanya. Kajian membuktikan bahawa pengguna-pengguna PNM tidak mempunyai tahap
kemahiran literasi maklumat yang baik. Oleh itu, PNM seharusnya bertindak lebih jauh dengan
bekerjasama dengan semua institusi lain untuk menyebarkan kemahiran literasi maklumat di
kalangan penduduk Malaysia.
BIBLIOGRAFI
American Library Association. (2008). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: www.ala.org/ala/ acrl/acrlproftoo/s/informationliteracy.htm - 25k - 2007-07-05
Association of College and Research Library. (2000). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://www. ala. org/ ala/ acrl/ acrlstandards/ standards. pdf
Bahagian Teknologi Pendidikan (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html
Behrens, Shirley. (1994). A conceptual analysis and historical overview of information literacy. College and Research Library. 55(4), 309-320
Chan, J. & Dudley, J.(2009). Information literacy and public libraries, inCite, 30(1/2), p.18
Che Norma Bahri (2004). Program literasi maklumat diperpustakaan akademik: Satu tinjauan kaedah
dan pencapaian (Information literacy programmes in academic libraries: a review of methods and achievements). Paper presented at Seminar Kebangsaan Perpustakaan Malaysia.
43
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Goodman, J. (2009). Web 2.0 and public libraries: Essential innovation requires a national solution, Aplis, 22(3) ,1 04-105
Harding, J. (2008). Information literacy and the publ ic library: We've talked the talk, but are we walking the walk?, Australian Library Journal.
Harding, J. (2008). Information literacy and the public library. Aplis, 21(4),157-167.
Jingxia, Li (2002). The public library and citizens' information literacy education in China. A case study of
Wuhan area, China.IFLA Council and General Conference: Conference Programme and Proceedings , 18-24 August 2002. Glasgow, Scotland.
Jul ien, H., & Hoffman, C. (2008). Information literacy training in Canada's publ ic libraries. Library Quarterly, 78(1), 19-41.
King , Lizette. (2007). Information literacy of incoming undergraduate arts students at the Univeristy of the Western Cape: assessment of competencies and proficiencies. PhD Thesis, University of Western
Cape
Lai, Horng-Ji (2011). Information literacy training in public libraries: a case from Canada. Educational Technology and Society, 14(2), 81-88.
N.N. Edzan (2008). Information literacy development in Malaysia: a rev iew. Libri, 58, 265-280.
Pieper, L. (2010). Information literacy in public libraries.ALlA Access, 1-3 September 2010, Brisbane, Austral ia.
Pustaka Negeri Sarawak (2012). Program kemahiran literasi maklumat. Diakses pada 23 Mei 2012 dari:
http://www.pustaka-sarawak.com/Pustaka-Sarawak/perkhidmatan_kami.php?do=program_kemahiran_ literasi_maklumat
Skov, A (2004), Information literacy and the role of public libraries, electronic version , Scandinavian Public Library Quarterly, 37(3), 4-7
Salma Chowdry (July/Disember 2011) "The Information Literacy Education Readiness of Central Publ ic Library (CPL) in Dhaka of Bangladesh. International Journal of Information Science and Management, 1 (2),22-44
Ward, D. (2006). Revisioning information literacy for lifelong meaning. Journal of Academic Librarianship, 32(4) , 396-402.
Webber, S. and Johnston, B. (2003) "Information literacy in the United Kingdom: a critical review. " In: Basi li, C. (Ed) Information Literacy in Europe. Rome: Italian National Research Council. 258-283.
44
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia