kajian luar geo
DESCRIPTION
ORANG TUATRANSCRIPT
BAB 1
1.0 PENGENALAN TERHADAP KAJIAN
1.1 Pengenalan
Peningkatan jumlah warga tua berumur 60 tahun dan keatas pada abad ini, turut
berlaku di Malaysia. Jika diteliti, peningkatan penduduk warga tua di Malaysia ini pada abad-
abad sebelumnya tidaklah berlaku sederas abad ini. Akibat dari peningkatan jumlah warga
tua, maka penduduk kategori warga tua ini menjadi agenda penting bagi negara ini.
Menyedari jumlah dan peratusan warga tua yang semakin bertambah dalam masyarakat
Malaysia, pada tahun 2000 kerajaan Malaysia telah mewujudkan sebuah dasar bagi memberi
tempat atau kedudukan sosial yang baik khas untuk warga tua, terutama untuk menjaga
kebajikan mereka. Melalui dasar itu, satu pelan tindakan, iaitu Dasar Warga Emas Negara
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat, pembuat polisi dan orang ramai tentang kesejahteraan penduduk
warga tua. Maka tidak hairanlah, pelbagai pihak kini sering dilihat memberikan perhatian
serius kepada usaha penyelidikan berkaitan dengan warga tua, termasuklah Malaysia,
terutama mengenai implikasi penuaan penduduk, termasuk meningkatkan usaha penyelidikan
ke atas implikasi peningkatan warga tua dalam masyarakat serta meneroka pendekatan
alternatif untuk menjaga kebajikan warga tua, keluarga serta komuniti. Banyak juga
penyelidikan dilakukan untuk menganalisis isu warga tua, terutama implikasinya ke atas
pembangunan, perkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan dan lain-lain implikasi yang
berkaitan (PBB, 1987). Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran negara dan penduduk
dunia mengenai implikasi penuaan penduduk, PBB telah menjadikan tahun 1999 sebagai
Tahun Warga Tua. Selaras dengan kesedaran yang semakin meningkat dalam negara sedunia,
perhatian ke atas isu warga tua, termasuk usaha penyelidikan menjadi semakin bertambah
meluas. Namun begitu, penyelidikan mengenai warga tua boleh dikatakan masih baru di
1
Malaysia. Penyelidikan mengenai warga tua sebenarnya agak banyak, tetapi penglibatan
sarjana tempatan ke atas bidang ini masih belum cukup meluas. Ironinya, peningkatan
populasi warga tua telah meningkatkan minat penyelidik ke arah memberikan tumpuan kajian
ke atas warga tua.
Pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih ditahap
yang rendah dan kurang diberi perhatian sewajarnya oleh anak-anak, keluarga, jiran,
masyarakat dan kerajaan. Kebanyakan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih
ramai yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak kecil. Rata-rata mereka terpaksa
menyara diri sendiri walaupun masih tinggal bersama ahli keluarga atau anak sendiri. Mereka
terpaksa berkerja untuk menyara kehidupan di waktu usia semakin lanjut. Mujurlah masih
ada pihak majikan yang ingin menerima mereka untuk bekerja walaupuan dengan gaji yang
kecil. Kebanyakan responden bekerja dalam sektor swasta. Ada juga yang bekerja sebagai
peniaga, dan lain-lain. Selain itu terdapat sebilangan warga tua yang bekerja sebagai buruh
upahan di sektor pembinaan. Sebilangan yang lain pula bekerja sebagai kakitangan awam dan
swasta, bekerja sendiri sebagai pekedai dan mengusahakan perkhidmatan pengangkutan.
Berdasarkan banci penduduk 2010 terdapat 1 561 383 orang penduduk di Pulau
Pinang, manakala penduduk negeri Kedah pula seramai 1 257 941 orang pada tahun 2010
(banci penduduk, 2010) daripada jumlah tersebut terdapat seramai 159,285 orang warga tua
di Pulau Pinang mnakala di Kedah pula seramai 101 630 orang (jadual 1.1). Untuk
mengenali warga tua perbincangan laporan ini membincangkan satu hasil kajian ke atas
warga tua yang telah dilakukan pada tahun 2012. laporan ini mempunyai dua tujuan, iaitu (1)
menganalisis beberapa ciri profil sosial dan ekonomi warga tua, dan (2) menganalisis pola
pengaturan kehidupan mereka.
2
Jadual 1.1: Populasi Warga Tua Di Pulau Pinang dan Kedah Berdasarkan Kategori
Umur.
NEGERI KEDAH PULAU PINANG
UMUR
60-64 26,786 58,624
65-69 18,823 38,259
70-74 17,897 29,290
75 dan keatas 18,951 33,112
JUMLAH 82,457 159,285
Sumber: disesuaikan daripada banci penduduk 2010
1.2 Saiz dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tua di Malaysia
Pada tahun 2010 berdasarkan banci penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, saiz
penduduk Malaysia adalah seramai 28,334,135 orang (rajah 1.1). Daripada jumlah itu, saiz
penduduk lelaki adalah seramai 14 562 638 orang. Manakala penduduk perempuan pula
seramai 13 771 497 orang. Selain itu, daripada 28 juta lebih bilangan penduduk Malaysia
pada tahun 2010, jumlah warga tua sahaja adalah seramai 3 397 145. Rajah 1.2
menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di Malaysia pada 1970, 1980, 1991,
2000 dan 2010. Kadar pertumbuhan penduduk menurun daripada 3.9 peratus pada 1970
kepada 2.3 peratus pada 1980. Pada 1991, ia mula meningkat kepada 2.6 peratus dan kekal
pada 2000. Pada 2010, kadar pertumbuhan menurun kepada 2.0 peratus. Manakala kadar
3
pertumbuhan penduduk tua pula seperti dalam Jadual 2.2. Jadual 1.3 menunjukkan kadar
pertumbuhan penduduk tua meningkat daripada 4.8 peratus pada 1960 kepada 5.9 pada tahun
1991. Kadar pertumbuhan ini dijangka akan terus meningkat kepada 6.1 pada tahun 2000
dan 7.3 peratus pada tahun 2020.
Rajah 1.1: Saiz Penduduk Malaysia 1980-2010
Sumber: Data banci
Rajah 1.2: Kadar Pertumbumbuhan Penduduk Malaysia 1970,1980,1990,2000,Dan
2010.
Sumber: Data banci perumahan 2010 disesuaikan oleh penulis.
1.3 Isu dan Permasalahan Kajian
4
Pernyataan masalah penting untuk diulas dalam sesebuah kajian bagi mengetahui
apakah masalah yang berlaku hingga mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidik.
Maka, tanpa penyataan masalah yang baik, sesuatu kajian akan dianggap lemah kerana gagal
menunjukkan sebab atau alasan yang relevan berkaitan perkara yang hendak dikaji
Dalam kajian yang dilakukan, ia mengkhusus kepada mengkaji profil sosio-ekonomi
dan pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang. Analisis kajian yang dilakukan adalah
melibatkan analisis profil sosio-ekonomi warga tua, pengaturan kehidupan warga tua dan
perkaitan pengaturan kehidupan warga tua dengan profil sosio-ekonomi mereka termasuk
pengetahuan warga tua mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Berdasarkan
kesemua parameter yang diambil kira tersebut, ia membantu proses penyelidikan dan kajian
dapat dilakukan dengan lebih jitu, tepat, dan mempunyai maklumat yang terperinci. Selain
itu, ia juga membantu dalam memperolehi data yang berkaitan.
1.4 Objektif Kajian
1. Menganalisis profil sosioekonomi warga tua.
2. Mengkaji pengaturan kehidupan warga tua.
3 Mengkaji perkaitan antara pengaturan kehidupan dengan profil sosio-ekonomi
warga tua.
1.5 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual ialah rangka atau lakaran yang dibuat secara ringkas untuk
menjelaskan perkara-perkara yang akan dilakukan dan dibincangkan dalam kajian. Dalam
kerangka konseptual ini, fokus utama yang diberi perhatian adalah kendalian hidup warga tua
di Pulau Pinangmdan Kedah dari perspektif profil sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan.
5
Daripada kerangka konseptual yang dibina ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan
input, implikasi terhadap warga tua, dan implikasi terhadap output dapat dijelaskan dan
dibincangkan. Berdasarkan rajah berikut, ia menunjukkan kerangka konseptual yang telah
dibina untuk kajian ini.
Rajah 1.3: Kerangka Konseptual
Sumber: Diubahsuai dari Phillips (1992)
1.6 Batasan dan Masalah Kajian
6
Dalam kajian ini batasan adalah dalam mencari responden yang sihat dan cergas
supaya kajian dapat berjalan dengan lancar. Hal ini kerana ramai warga tua (responden)
mengalami masalah kesihatan. Kajian lebih sukar untuk dilakukan jika responden yang
ditemubual mengalami masalah pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas. Namun
pendekatan yang sesuai adalah menggunakan kaedah kualitatif kerana responden suka
bercerita dan suka didekati dan barulah sanggup memberi kerjasama. Selain itu, batasan
sampel (responden) juga hanya melibatkan sejumlah kecil iaitu 360 orang responden dan
hanya melibatkan kawasan di Pulau Pinang dan kedah sahaja. Jumlah sampel yang kecil akan
menyebabkan hasil kajian tidak luas dan menyeluruh. Batasan kajian kendalian hidup warga
tua adalah respon daripada responden yang sebahagiannya enggan berkerjasama disebabkan
beberapa faktor seperti sikap malu yang amat tinggi, ingin merahsiakan maklumat berkaitan,
dan sikap prejudis terhadap pengkaji.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah mengenai latar belakang sosio-ekonomi dan pengaturan
kehidupan warga tua di Pulau Pinang Kedah. Maka, bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji
telah menemubual dan menjalankan soal selidik kepada 360 orang warga tua sebagai
responden di kedua-dua negeri ini. Selain itu, dalam kajian ini, penekanan diberi terhadap
beberapa aspek meliputi latar belakang sosial dan ekonomi yang merangkumi angkubah
seperti sumber kewangan dan pekerjaan,tahap pendidikan dan tahap kesihatan serta
penglibatan dalam organisasi sosial. Penekanan apek ini penting dalam usaha untuk mencapai
dan mengelakkan sebarang kecuaian atau kesilapan ketika melengkapkan data.
1.8 Kepentingan Kajian
7
Setiap kajian mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Ia juga mempunyai
kepentingan-kepentingan tertentu berdasarkan skop kajian yang dibuat. Kepentingan kajian
adalah penting kerana ia memberi maklumat baru dan juga boleh menjadi panduan untuk
kajian berikutnya yang berkaitan. Dalam kajian ini, salah satu kepentingan yang dicapai
adalah ia mampu mengetahui kendalian hidup warga tua berdasarkan pengaturan kehidupan
dan perkaitannya dengan profil sosio-ekonomi termasuk pengetahuan mereka mengenai
kemudahan yang tersedia untuk mereka. Selain itu, kepentingan kajian ini adalah
memberikan maklumat kepada kerajaan, masyarakat dan individu dalam memberikan
keprihatinan dan sokongan yang sewajarnya melalui data yang telah diperolehi. Di samping
itu, kajian yang kami lakukan juga mampu memberi maklumat tambahan kepada penyelidik-
penyelidik yang melakukan kajian mengenai warga tua.
1.9 Organisasi Tesis
Dalam laporan kajian ini, secara keseluruhannya dibahagikan kepada lima bahagian
atau bab. Bab pertama merangkumi pengenalan kepada kajian yang mana pengkaji memberi
penerangan baerkaitan kajian seperti objektif kajian ini dibuat, batasan dan masalah kajian,
permasalahan kajian, skop kajian, kepentingan kajian ini, rangka konseptul, organisasi tesis,
metodologi yang digunakan termasuk kaedah kajian, kawasan kajian dan lokasi. Dalam bab 2
pula, pengkaji cuba memberi perkaitan atau sandaran kajian ini melalui kajian literatur iaitu,
sorotan kajian terhadap pengkaji dahulu yang pernah mengkaji mengenai warga tua sama ada
dalam atau luar negara, melihat trend penuaan didunia, negara maju, negara membangun,
negara malaysia khasnya.
Dalam bab ketiga pula, adalah bahagian dapatan kajian yang membincangkan objektif
pertama kajian iaitu mengkaji profil sosio-ekonomi responden. Sosio-ekonomi responden
8
yang diberi penekanan oleh pengkaji adalah seperti kewangan dan sumber pendapatan, taraf
pendidikan, taraf kesihatan dan status perkahwinan. Angkubah ini penting bagi melihat
kesannya kepada pengaturan kehidupan warga tua.
Bab keempat pula mengenai objektif kajian yang kedua iaitu mengkaji pengaturan
kehidupan warga tua. Dalam bahagian ini juga pengkaji cuba membuat perkaitan antara
pengaturan kehidupan warga tua dengan latar belakang sosio-ekonomi responden iaitu
objektif kajian yang ketiga. Pengkaji menggunakan angkubah-angkubah seperti tempat
tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama keanggotaan isi rumah yang
lain, kegiatan sosial warga tua dan kenderaan yang dimiliki mereka..Selain itu juga kajian ini
menganalisis pengaturan kehidupan warga tua, laporan ini juga cuba untuk menganalisis
tahap pengetahuan warga tua di Pulau Pinang dan kedah mengenai kemudahan yang tersedia
untuk mereka.
Bab lima pula, merupakan bab kesimpulan dimana pengkaji akan membincangkan
mengenai penenmuan kajian, sumbangan kajian, dan cadangan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi warga tua.
1.10 METODOLOGI
Kawasan Kajian
Lokasi
Untuk kajian yang dilakukan ini, lokasi kajian yang telah dipilih adalah bertempat di
sebuah negeri diutara Semenanjaung Malaysia iaitu Pulau Pinang. Negeri tersebut dipilih
sebagai lokasi kajian kerana kesesuaian tajuk atau keadaan yang ingin dikaji. Bagi kajian ini,
9
keseluruhan negeri Pulau Pinang terlibat. Negeri Pulau Pinang meliputi bahagian pulau iaitu
daerah Timur Laut dan Barat daya serta Seberang Prai.
Rajah 1.4 : Peta Negeri Pulau Pinang.
Sumber: http://yusriarshad.blogspot.com/
10
Rajah 1.4: Peta Negeri Kedah
Sumber: http://kedah2u.com.my
Kaedah di lapangan
Soal Selidik
Antara kaedah utama yang perlu dilakukan ketika menjalankan kajian ini adalah
melakukan soal selidik. Soal selidik boleh dirujuk sebagai aktiviti mengambil data secara
kuantitiatif untuk dianalisis di makmal mengguakan perisian SPSS. Untuk kaedah ini,
sebanyak 360 set soalan di edarkan kepada responden. Hal ini kerana semakin banyak
11
responden semakin jitu dan tepat hasil kajian nanti. Oleh itu, responden perlu menjawab 9
seksen soalan A-G. Semasa aktiviti soal selidik dilakukan, setiap set borang sampel soalan
tersebut akan dilabel dengan kawasan kajian, penemubual, alamat responden, dan tarikh, Ia
bagi memudahkan kami untuk mengesan setiap set borang sampel soalan terutama jika
berlaku sebarang kekurangan atau masalah serta analisis mengunakan SPSS juga dapat
dijalankan dengan mudah dan jika ada masalah pengkaji dapat menemui semula responden
tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 360 set borang sampel telah berjaya dikumpul semula.
Berdasarkan gambar berikut, pengkaji sentiasa mendampingi responden memandangkan
faktor usia dan pemahaman terhadap sampel soalan tersebut.
Temu Bual
Dalam kajian ini, kaedah temu bual turut digunakan bagi mengatasi kesukaran
penggunaan borang soal selidik. Untuk megunakan kaedah ini, pengkaji perlu berbual dalam
keadaan santai agar memudahkan proses mendapatkan data dan juga demi menjaga
keselesaan responden. Memandangkan berurusan dengan manusia mempunyai banyak
kelemahan pengkaji perlu memikirkan cara terbaik bagi memudahkan soalan.
1.11 Rumusan
Bab ini telah membincangkan beberapa perkara yang menjadi asas kepada pengenalan
sesuatu kajian atau penyelidikan sebelum menjurus kepada tajuk kajian pengkaji.
Perbincangan berkisar mengenai objektif kajian, skop kajian, permasalahan kajian serta
metodologi atau kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Semua perkara yang telah
dibincangkan itu merupakan elemen penting untuk mengukuhkan dan menjadi dasar atau hala
tuju kepada penyelidikan ini.
12
BAB 2
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perbincangan akan lebih berkisar kepada beberapa perkara berkaitan
warga tua secara umum. Perbincangan ini juga mengandungi perkara-perkara asas seperti
definisi,trend penuaan penduduk dunia, trend penuaan penduduk di negara maju, trend
penuaan penduduk di negara membangun, dan trend penuaan di Malaysia. Seterusnya,
pengkaji juga membuat sorotan mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
dalam dan luar negara bagi memahami dengan lebih lanjut topik yang ingin difokuskan.
Penelitian pengkaji terhadap kajian terdahulu juga mendapati banyak pengkaji cuba
mengaitkan isu pengaturan kehidupan warga tua yang disebabkan oleh latar belakang sosio-
ekonomi warga tua itu sendiri. Hal ini kerana kekuatan sosial dan ekonomi memainkan
peranan yang sangat besar dalam memberi sokongan dari segi kewangan dan sosial kepada
warga tua ini.
2.2 Definisi Konsep Penuaan
Proses penuaan merupakan fenomena yang sukar untuk dihuraikan. Hal ini demikian
kerana proses penuaan merupakan proses yang mengambil masa panjang dan semua manusia
pasti melalui proses ini, kecuali disebabkan oleh kematian semasa usia muda. Penuaan
penduduk merujuk kepada proses peningkatan bilangan warga tua daripada jumlah penduduk.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2008), proses penuaan adalah merupakan satu
proses semulajadi di mana berlakunya perubahan fizikal, sosial dan psikologi. Proses
penuaan ini tidak semestinya dikaitkan dengan penyakit. Ia merupakan satu proses sepanjang
hayat yang berlaku semenjak seseorang insan itu dilahirkan.
13
Warga tua adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas (World Assembly On
Ageing, 1982). Dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara (1999) pula, golongan
warga tua didefinisikan sebagai golongan yang telah meningkat usia 60 tahun dan ke atas dan
golongan ini juga dikatakan sebagai golongan orang kurang upaya (OKU). Warga tua
ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 65 tahun (World Health Organization, 2008). Pakar
gerontologi pula mentakrifkan warga tua kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri
daripada mereka berumur 65 hingga 74 tahun iaitu pada peringkat umur tua awal. Manakala
kategori yang kedua ialah peringkat umur tua akhir iaitu mereka yang berusia 75 tahun ke
atas. Kerajaan Malaysia mentakrifkan warga tua sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke
atas. Takrifan 60 tahun ke atas oleh kerajaan ini adalah lebih rendah daripada apa yang
ditetapkan oleh WHO (World Helath Organization) iaitu 65 tahun.
2.3 Trend Penuaan Dunia
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2008), pada tahun 1999 penduduk,dunia
yang berumur lebih dari 60 tahun adalah dianggarkan sekitar 355 juta orang dan 61.2%
daripadanya di negara-negara membangun. Dijangkakan pada tahun 2020 warga tua di dunia
akan meningkat kepada 1,000 juta (1 billion) orang. Ini adalah merupakan peningkatan
sebanyak 75% berbanding dengan peningkatan sebanyak 50% untuk keseluruhan penduduk
dunia.
Myers (1985), Dunia sekarang ini sedang mengalami pertambahan penduduk tua
yang pesat. Ia dijangka bertambah sebanyak tiga kali ganda, iaitu daripada 259 j uta
dalam tahun 1980 kepada 761 juta dalam tahun 2025. Berdasarkan jangkaan ini, dalam
tahun 2025, dalam setiap tujuh orang penduduk dunia, terdapat seorang warga tua yang
berumur 65 tahun dan lebih. Sebelum abad ke-20, tidak ramai penduduk mana-mana
masyarakat yang mencapai umur tua. Ketika jangkaan hayat penduduk masih rendah,
14
bilangan penduduk tua adalah sedikit (Usman, 1989). Namun begitu, dengan adanya
kemajuan dalam bidang perubatan, penambahbaikan ke atas aspek pemakanan dan taraf
kesihatan masyarakat, jangkaan hayat penduduk mengalami peningkatan yang jauh lebih
tinggi berbanding jangkaan hayat penduduk pada masa lalu. Kesanya, penduduk yang
mencapai umur 65 tahun dan lebih di seluruh dunia kini mengalami peningkatan.
Jadual 2.1: Taburan Peratusan Penduduk Berumur 65 Tahun
dan Lebih Di Dunia Tahun 1950-2050
Benua 1950 1975 2000* 2025* 2050*
Afrika 3.5 3.1 3.2 4.8 9.3
Amerika Latin 3.4 4.0 4.7 6.9 12.2
Amerika Utara 8.1 1 0.3 12. 1 17.0 17.5
Asia Timur 4.7 5.5 7. 8 13 .4 1 7. 1
Asia Selatan 3.4 3.0 3 .7 6.2 1 2.2
Eropah 8.7 12.3 14.3 1 7. 1 1 7.7
Australia /New Zealand 7.5 7.6 8.9 1 2.5 1 5.4
Rusia 6.1 8.9 12.0 1 4.3 1 6.4
*unjuran
Sumber: Hooyman dan Kiyak (1988). Disesuaikan oleh Penulis
2.4 Trend Penuaan Penduduk di Negara Maju
Menurut satu anggaran (PBB,1982), penduduk berumur 65 tahun dan lebih di dunia
pada tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 166.0 juta terdapat di negara
maju. Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di dunia ialah 760.6 juta, di mana 230.3
15
juta daripadanya terdapat di negara maju. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut,
penduduk tua negara maju hanya mencapai 28 peratus sajaha (PBB.,1982). Namun apabila
ukuran dibuat menggunakan tujuh peratus sebagai aras argeing population, negara maju
melebihi ngara membangun. Maka sebab itulah Hooyman dan Kiyak (1998), menyatakan
dari segi peratus dalam struktur penduduknya, peratus warga tua di negara industri adalah
lebih tinggi. Ini bermakna, struktur penduduk di sesetengah negara maju telah dikategorikan
sebagai Argeing population sejak tahun 1950 lagi, dan mencapai struktur penduduk tua
sepenuhnya sejak tahun 1975 lagi.
2.5 Trend Penuaan Penduduk di Negara Membangun
Trend penuaan penduduk di negara Membangun pula dilihat mempunyai pola yang
berbeza berbanding dengan negara maju, walaupun peningkatan penduduk tua merupakan
fenomena sejagat. Menurut satu anggaran (PBB.,1987), penduduk berumur 65 tahun dan
lebih di dunia pada tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 236.9 juta
penduduk tua berada di negara membangun. Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di
negara membangun 530.4 juta orang. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut, negara
membangun akan mempunyai 72 peratus penduduk tua, sementara hanya 28 peratus di
negara maju (WHO., 19827). Walaupun negara membangun mempunyai lebih ramai
penduduk tua, namun apabila di ukur menggunakan kaedah ukuran tujuh peratus, peratus
warga tua di negara maju adalah lebih tinggi. Ini bermakna semua negara membangun hanya
mencapai umur tua keseluruhannya pada tahun 2050 berbeza dengan negara maju yang telah
mencapai argeing population sejak 1950-an lagi dan sepenuhnya pada 1975 (Jadual 2.1 ).
2.6 Trend Penuaan di Malaysia.
16
Trend penuaan di Malaysia, seiring dengan trend penuaan dunia, yang menunjukkan
perubahan yang signifikan dalam komposisi penduduk dunia pada abad ini (World
Population Ageing 1950 – 2050, 2002), trend ini menunjukkan peningkatan warga tua begitu
pesat terutama sekali di beberapa negara di Asia. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan
Malaysia (Jadual 2.2) pada 1960 hanya 4.8 peratus populasi Malaysia yang berumur 60 ke
atas. Pada tahun 2000, mereka yang berumur dalam lingkungan tersebut dijangka meningkat
ke 6.1 peratus dan tahun 2020 meningkat ke 9.5 peratus. Menurut Pala (1998),bilangan warga
tua di Malaysia menjadi dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun iaitu daripada 546, 000 orang
pada tahun 1970 dan meningkat kepada 1 032 000 orang pada tahun 1991. Trend ini
dijangkakan akan terus meningkat.
Jadual 2.2: Trend Warga Tua di Malaysia antara tahun 1960-2020
Tahun Bilangan Warga tua
(‘000)
Peratusan daripada jumlah penduduk (%)
Kadar pertumbuhan warga tua
1960* 386.6 4.8 -
1970 546.1 5.2 3.5
1980 745.2 5.7 3.1
1991 1032.3 5.9 3.0
2000** 1418.2 6.1 3.5
2010** 2076.1 7.3 3.8
2020** 3209.8 9.5 4.4
Nota: *Anggaran **Unjuran
Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 1998
Kandiah, (1990) juga sebelum itu meramalkan peratusan warga tua akan meningkat
daripada 8.1 peratus pada 1985 kepada 9.8 peratus pada tahun 2020 (dengan
17
mempertimbangkan umur persaraan wajib ialah 55 tahun). Pada masa yang sama, jika
merujuk kepada definisi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, populasi dikatakan mengalami
penuaan sekiranya golongan yang berumur 65 tahun ke atas melebihi 7.0 peratus. Maka, pada
2020, Malaysia diramal akan mencapai peringkat masyarakat tua. Hal ini menunjukkan
bahawa penambahan jumlah penduduk tua adalah satu fenomena yang akan berterusan
malahan, peratusannya juga akan terus meningkat setiap tahun.
Perubahan trend penuaan di Malaysia ini dijangka akan menimbulkan implikasi
sosial, ekonomi dan emosi kepada warga tua. Penambahan bilangan mereka diikuti dengan
peningkatan dalam penjagaan dan sokongan sosial, baik dalam sektor formal mahunpun tidak
formal (Douglas, 1983). Susunan tempat tinggal, pilihan penjagaan dan perkhidmatan
penjagaan amat perlu dalam memenuhi keperluan mereka yang berubah ekoran daripada
peningkatan penyakit, kekurangan keupayaan fizikal dan ekonomi. Pilihan yang ada boleh
mempengaruhi pengaturan kehidupan mereka. Pengaturan kehidupan warga tua mempunyai
pelbagai dimensi, iaitu sosial, emosi, spiritual, fizikal dan informasi. Pengaturan kehidupan
warga tua dinilai daripada sudut status sosial, kemudahan infrastruktur (jalan raya, sanitasi,
perparitan, bekalan air bersih dan elektrik) dan perkhidmatan asas (pemungutan sisa buangan,
penjagaan kesihatan asas dan perkhidmatan kecemasan), kadar jenayah, jenis dan tempat
kediaman, pencemaran, sokongan sosial dan kesihatan (iaitu sosial, fizikal, emosi dan
spiritual) yang selalunya berubah akibat daripada proses pembandaran yang berlaku dalam
persekitaran mereka (Aishah@Eshah et al., 2008).
2.7 Sorotan karya
18
Sorotan kajian lepas merupakan tinjauan dan penelitian pengkaji terdahulu yang telah
mengupas atau membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian yang bakal dilakukan.
Sehubungan dengan itu, sorotan kajian lepas dapat menjana pengembangan idea pengkaji
terhadap bidang pengkajiannnya. Sorotan kajian ini cuba melihat hasil kajian pengkaji-
pengkaji lain dari peringkat global hinggalah ke peringkat lokal yang meliputi pelbagai isu.
Di peringkat global, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap warga tua.
Martin (1989) telah menjalankan kajian berkaitan pengendalian hidup warga tua di beberapa
negara iaitu di Fiji, Korea, Malaysia, dan Filipina dengan memberi tumpuan kepada sosio-
ekonomi, budaya, dan juga penentu-penentu demografi. Menurut kajiannya, mempunyai
pasangan atau anak-anak adalah penting dalam mengharungi kehidupan sebagai warga tua.
Penentu-penentu demografi seperti jantina dan umur boleh mempengaruhi kendalian hidup
warga tua. (Martin, 1989:639). Hasil kajian Martin (1989) terhadap beberapa buah negara ini
juga mendapati golongan lelaki didapati lebih berminat untuk tinggal bersama anak-anak
berbanding golongan wanita apabila menjadi warga tua.
Seterusnya, satu kajian berkenaan sokongan sosial terhadap warga tua telah
dijalankan di Wuhan, China. Kajian yang dilakukan oleh Liang et al. (1992) pada 1990 ini
bertujuan untuk melihat hubungan di antara sokongan sosial terhadap warga tua di kawasan
luar bandar. Menurut Liang, et al. (1991), sokongan yang diberikan itu meliputi samada dari
segi material dan juga emosi. Dapatan kajian ini mendapati terdapat 87% warga emas tinggal
bersama keluarga sementara 12% lagi tinggal bersendirian. Warga tua di kawasan tersebut
bukan hanya menerima sokongan dan bantuan tetapi sebaliknya juga banyak menghulurkan
bantuan kepada yang lain.
19
Knodel, et al. (1992) pula membuat tinjauan berkenaan sistem sokongan keluarga
terhadap warga tua yang mengkhusus di Thailand. Hasil kajian beliau juga mendapati
sebayak 94% warga tua di negara terbabit tinggal bersama anak mereka atau tinggal bersama
keturunan yang lain selain anak mereka sendiri. Beliau berpendapat warga tua dikalangan
masyarakat Thai pada masa hadapan perlu berdikari dan kurang bergantung kepada keluarga.
Maka, sebagai persediaan, pengumpulan harta kekayaan perlu dirancang sejak muda untuk
jaminan kehidupan di hari tua mereka.
Pada tahun yang sama, Kim dan Choe (1992) pula turut mengkaji isu warga tua dan
perubahan peranan keluarga sebagai institusi sokongan utama tetapi lebih memfokus kepada
Republik Korea. Kajian ini turut melihat bagaimana kendalian hidup warga tua di negara
terbabit ketika Korea mengalami kemajuan yang pesat. Kajian juga mendapati kadar anak-
anak yang berkahwin adalah lebih tinggi dalam menjaga dan tinggal bersama ibu bapa
mereka berbanding yang tidak berkahwin. Selain itu, sepanjang tahun 1981 hingga 1989,
semakin ramai warga tua di Korea yang tinggal bersendirian. Menurut penyelidik, keadaan
ini disebabkan oleh institusi keluarga sebagai sokongan kepada warga tua berubah
disebabkan kepesatan transformasi sosio-ekonomi dalam dekad tersebut.
Selain itu, Gore (1997) pula mengkaji mengenai masalah yang melanda golongan
warga tua di India. Kajian beliau bukan sekadar melihat dari aspek sosiologi iaitu bagaimana
usia boleh memberi kesan terhadap fungsi sosial malah meneliti dalam aspek bagaimana
faktor-faktor sosial memberi kesan kepada proses fizikal dan sosial waga tua di dalam
masyarakat tersebut. Beliau menetapkan elemen seperti umur, jantina, status perkahwinan,
keadaan ekonomi, status pekerjaan, pendidikan, struktur keluarga, perbezaan lokasi, dan latar
belakang sosial sebagai penentu-penentu yang perlu dititikberatkan dalam pengkajian warga
tua kerana mempunyai peranan-peranan tertentu.
20
Bougaarts dan Zimmer (2002) pula telah menjalankan kajian untuk menguji kendalian
hidup warga tua di 43 buah negara membangun dan membandingkan pola berdasarkan jenis
jantina, wilayah, dan petunjuk-petunjuk makro peringkat perkembangan sosial ekonomi yang
lain. Penyelidik telah menggunakan negara sebagai unit analisis dan data-data pula diambil
daripada survei Demografi dan Kesihatan. Hasil dapatan kajian mereka juga mendapati warga
tua lebih ramai yang tinggal bersendirian berbanding dengan individu di peringkat umur
yang lain. Warga tua jantina perempuan pula didapati lebih ramai yang tinggal bersendirian
berbanding jantina lelaki. Selain itu, anak-anak yang tinggal bersama dengan ibu bapa
mereka yang sudah tua juga menjadi satu kelaziman di negara-negara Asia namun situasi ini
adalah berbeza di negara-negara Afrika.
Di Malaysia pula, terdapat banyak kajian mengenai warga tua telah dijalankan dalam
pelbagai disiplin mengikut kepakaran masing-masing. Yaacob Harun (1991) cuba melihat
warga tua sebagai perkaitan fungsi keluarga. Dalam proses sosialisasi, warga tua masih
memaainkan peranan penting sebagai pembimbing moral dan sumber untuk mendapatkan
nasihat dan petua. Mereka sepatutnya menjadi tempat untuk anak cucu bermanja dan
kehadiran mereka dalam keluarga juga membantu mengisi kekosongan emosi cucu mereka.
Tanggung jawab ini dipikul bagi kerana keprihatianan ini dapat mengelak generasi muda dari
terjerumus ke dalam gejala tidak sihat. Malah, warga tua juga menjadi simbol kontituniti
keturunan budaya dalam sesebuah keluarga. Maka, menurut Yaacob Harun (1991), peranan
yang dimainkan oleh warga tua sebagai datuk dan nenek ini menyebabkan fungsi keluarga
akan wujud dalam satu unit yang lengkap.
Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa (2000) pula, menjalankan tinjauan dan
penelitian secara umum terhadap warga tua di Malaysia. Kajian ini cuba melihat secara
umum kehidupan warga tua masa kini dan masalah yang dihadapi golongan ini pada masa
21
kini. Permasalahan warga tua pada hari ini lebih mencabar sekiranya dibandingkan dengan
dengan masa dahulu disebabkan proses pembangunan yang banyak berubah dan secara
langsung telah mengubah entiti sosial.
Seterusnya, Suhana Saad (2000) pula mengupas dengan lebih mendalam mengenai
warga tua dan hubungan kekeluargaan. Pengkaji cuba untuk membincangkan bagaimana
perubahan saiz keluarga boleh mempengaruhi hubungan kekeluargaan antara warga tua
dengan generasi muda khususnya bagi masyarakat yang tinggal di bandar. Namun, Suhana
Saad (2000) mengakui bahawa proses perbandaran dan kemajuan sesebuah negara secara
tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan kekeluargaan masyarakat setempat. Namun
begitu, faktor ras dan etnik juga juga didapati memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan
antara generasi muda dengan generasi tua terutamanya di negara maju.
Aziz Shafie, et al. (2004) pula telah menjalankan kajian berkaitan penjagaan sosial
dan kesejahteraan hidup warga tua di negeri Perlis. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
dengan lebih mendalam tentang keperluan-keperluan warga tua serta sumbangan yang boleh
diberikan oleh warga tua terhadap masyarakat dan juga kepada warga tua itu sendiri bagi
mewujudkan suasana kehidupan yang lebih sejahtera. Hasil kajian ini akhirnya mendapati
bahawa tahap penjagaan sosial dan kesejahteraan warga tua di negeri Perlis adalah masih
memuaskan.
Kajian mengenai warga tua ini juga boleh dijalankan dengan melakukan analis
berdasarkan ruangan menggunakan Geographic Information System (GIS). Usman Yaakub,
Tarmiji Masron dan Fujimaki Masami (2009) telah menganalisis taburan warga tua di
Semenanjung Maaysia pada 1991 dan 2000 menggunakan GIS. Analisis ruangan
menggunakan GIS ini berjaya menunjukkan taburan warga tua di Semenanjung Malaysia
22
dengan jelas. Penyelidik dapat memaparkan melalui pemetaan bahawa berlakunya
ketakseimbangan populasi warga tua di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Hasil
kajian memaparkan bahawa warga tua didapati lebih tertumpu kepada pantai Barat Kedah,
Perlis, Perak, Melaka dan Johor.
Seterusnya, Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Hj Yaakob (2010) telah
membentangkan hasil kajian mengenai kendalian hidup warga tua di Pulau Langkawi yang
telah dijalankan pada akhir tahun 2008. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam kertas
kerja ini adalah seperti jantina, struktur umur, status perkahwinan, tempat tinggal, hubungan
kekeluargaan, taraf pendidikan, status kesihatan dan penyakit, sumber pendapatan, pekerjaan
dan lain-lain. Selain itu, kertas kerja ini turut membincangkan cadangan beberapa langkah
yang boleh dijalankan bagi membaiki taraf sosio ekonomi warga tua di Pulau Langkawi.
Menurut pengkaji juga, sistem kekeluargaan Melayu masih lagi kukuh diamalkan apabila
ramai warga tua yang tinggal bersama anak-anak dan menjaga kebajikan mereka berbanding
kaum atau negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Indonesia dan China yang
mengendahkan warga tua akibat lebih mengutamakan kerjaya.
2.8 Rumusan
Bab ini merupakan bahagian yang penting iaitu tinjauan literatur terdahulu. Tinjauan
ini adalah sangat penting bagi meningkat pemahaman terhadap tajuk pengkaji serta
memberikan idea terhadap kajian yang bakal dijalankan. Pengkaji juga dapat melihat isu yang
sering dibahaskan mengenai warga tua sama di peringkat global mahupun lokal terutama
berkaitan kendalian hidup warga tua. Bab ini juga mengandungi maklumat umum mengenai
trend-ternd penuaan didunia, negara maju, membangun dan Malaysia khasnya.
23
BAB 3
3.0 ANALISIS PROFIL SOSIO-EKONOMI WARGA TUA
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian terhadap objektif pertama. Objektif
pertama adalah untuk mengkaji profil sosio-ekonomi responden yang merangkumi sumber
pendapatan, pekerjaan dan taraf pendidikan responden di kawasan kajian. Selain itu, pengkaji
juga ada membincangkan status penyakit dan jenis-jenis penyakit yang dihidapi oleh
responden di kawasan kajian. Dalam bahagian ini juga pengkaji akan membincangkan
perkaitan antara profil sosial dengan profil ekonomi melalui khi kuasa dua kaedah jadual
persilangan. Disebabkan kawasan kajian hanya membabitkan dua buah negeri sahaja, maka
hasil dapatan kajian juga mungkin berbeza berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Hal ini
kerana terdapat banyak faktor yang saling berkaitan dalam mempengaruhi kendalian hidup
warga tua ini.
3.2 Profil Responden
Profil warga tua (responden) ditunjukkan melalui Jadual 3.1. Daripada 360 responden,
warga tua lelaki berjumlah 194 orang (53.9%), manakala warga tua wanita pula 166 orang
(46.1%). Jika dilihat dari segi umur, sebahagian besar warga tua berumur 60-64 tahun.
Responden yang berumur antara 60-64 tahun adalah 46.1%, sementara yang berumur antara
65-69 tahun pula 27.2 %, warga tua yang berumur 70-74 adalah 16.4 %, umur 75-79 pula
sebanyak 6.1% dan 80 tahun dan keatas mewakili 3.6% daripada 360 orang responden. Ini
bermakna kumpulan umur 60-64 tahun mewakili kumpulan responden paling besar manakala
kumpulan umur 80 tahun dan ke atas kumpulan yang paling sedikit.
24
Jadual 3.1: Beberapa Ciri Sosio-Ekonomi Warga Tua
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Latar Belakang Bilangan Peratus
Jantina
Lelaki 194 53.9
Perempuan 166 46.1
Umur
60-64 168 46.1
65-69 98 27.2
70-74 59 16.4
75-79 22 6.1
80 ke atas 13 3.6
Status Perkahwinan
Tidak pernah berkahwin 20 5.6
Berkahwin 223 62.8
Bercerai 11 3.1
Balu/duda 66 37.6
Duda 35 9.7
Tahap Pendidikan
Tidak bersekolah 50 13.9
Sekolah rendah 174 48.3
Sekolah agama 13 3.6
Menengah rendah(SRP) 43 11.9
25
Menengah atas (SPM) 56 15.6
Menengah atas (STPM) 4 1.1
Kolej/university 16 4.4
Lain-lain 4 1.1
Jumlah Anak
0 1 0.3
0-1 242 67.2
2-3 38 10.6
4-5 7 1.9
Lebih 5 6 1.7
Jumlah Pendapatan
Kurang RM500 42 11.7
RM501-RM1000 113 31.4
RM1001-RM1500 23 6.4
RM1501-RM2000 15 4.2
RM2000 + 19 5.0
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah Responden 360 100.0
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: kajian lapangan 2012/2013
Sebahagian besar daripada responden juga masih mempunyai pasangan (62.8%).
Hampir separuh daripada responden mempunyai pendidikan secara formal pendidikan rendah
sahaja iaitu sebanyak 48.3 %. Dari segi pendapatan, responden memperoleh pendapatan
daripada pekerjaan sendiri, sementara ada yang lain menerima sumbangan kewangan
26
daripada anak-anak atau saudara mara dan juga bantuan bagi responden yang layak
menerima bantuan. Bagi responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan pula adalah
memwakil seramai 148 responden dengan nilai dalam peratus ialah 41.1 %. Jumlah ini
adalah tinggi kerana kebanyakan responden mengharapkan bantuan kewangan anak atau
daripada institusi bantuan serta terdapat di antara mereka yang tidak berupaya untuk bekerja
lagi.
Jadual 3.2: Kumpulan Umur Berdasarkan Jantina.
Bil Kumpulan umur Jantina Jumlah
Lelaki Perempuan
BIL PERATUS BIL . PERATUS BIL. PERATUS
1 60 - 64 tahun 84 23.3 84 23.3 168 46.7
2 65 - 69 tahun 53 14.7 45 12.5 98 27.2
3 70 - 74 tahun 37 10.3 22 6.1 59 16.4
4 75 – 79 tahun 14 3.9 8 2.2 22 6.1
5 80 tahun ke atas 6 1.6 7 1.9 13 3.6
Jumlah 194 53.9 166 46.1 360 100
Sumber: kajian lapangan 2012/2013
27
3.3 Profil Sosio-Ekonomi Responden
Pekerjaan dan sumber kewangan
Apabila membincangkan isu sosio-ekonomi warga tua, aspek kewangan merupakan
satu angkubah yang sangat penting. Perbincangan mengenai pekerjaan dan sumber kewangan
adalah penting untuk melihat cara golongan warga tua dalam menjalani kehidupan selepas
berakhirnya dunia pekerjaan secara rasmi. Umumnya, warga tua dianggap tidak produktif
lagi untuk bekerja disebabkan oleh faktor usia iaitu tahap kesihatan dan keupayaan yang
semakin merosot sekaligus menurunkan produktiviti jika mereka masih lagi bekerja. Oleh itu,
menjadi kelaziman bagi mana-mana negara termasuklah Malaysia menetapkan umur
persaraan bagi seseorang individu yang bekerja. Contohnya bagi negara malaysia umur
persaraan ditetapkan kepada 55 tahun namun, sekarang kerajaan mula meningkatkan umur
persaraan kepada 60 tahun. Hal ini demikian kerana umur 55 tahun masih lagi produktif
untuk bekerja dan belum dikira sebagai golongan warga tua. Oleh sebab itulah, majoriti
daripada golongan warga tua ini sudah bersara secara rasminya. Namun, berdasarkan kajian
ini didapati masih ramai warga tua yang bekerja selepas umur rasmi persaraan, sama ada
secara kontrak mahupun bekerja sendiri atau sektor tidak formal. Walau bagaimanapun, satu
perkara yang tidak dapat dinafikan adalah golongan warga tua ini masih mempunyai
kelebihan dan kepakaran tertentu hasil gabungan pengalaman dan kemahiran yang boleh
memberikan sumbangan berharga baik diperingkat masyarakat mahupun negara. Malahan,
produktiviti bagi sesetengah pekerjaan yang dilakukan oleh warga tua diakui adalah jauh
lebih baik daripada hasil usaha pekerja-pekerja muda yang lazimnya masih kurang
pengalaman dan kemahiran.
Di kawasan kajian, status pekerjaan warga tua dalam kajian ini sama ada bekerja atau
tidak didapati tidak begitu ketara dan seimbang. Secara jelasnya data menunjukkan lebih
28
ramai responden yang masih bekerja biarpun telah melepasi umur bersara, dan ini merupakan
fenomena yang berlawanan dengan apa yang telah dibincangkan di atas yang mana pada usia
tua ini sepatutnya warga tua telah bersara. Buktinya, data kajian menunjukkan golongan
yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6.0 peratus manakala yang masih bekerja pula
sebanyak 51.4 peratus dengan perbezaan 2.8 peratus seperti yang ditunjukkan dalam jadual
3.3. Lazimnya, di luar bandar, hampir separuh warga tuanya masih menjalankan pekerjaan
secara tidak formal (Warnes, 1992, 197). Meskipun, sudah mencapai usia yang sepatutnya
berehat, masih ramai warga tua yang bekerja termasuklah di kawasan luar bandar seperti di
kawasan kajian seperti di Balik Pulau.
Jadual 3.3: Status Responden Yang Masih Bekerja Mengikut Jantina
STATUS PEKERJAAN
JANTINA
BILANGAN PERATUS (%)
LELAKI % PEREMPUAN %
YA 100 27.8 85 23.6 185 51.4
TIDAK 94 26.1 81 22.5 175 48.6
JUMLAH 194 53.9 166 46.1 360 100
Sumber: kajian lapangan 2012/2013
Umumnya, warga tua didapati bekerja sendiri atau berniaga. Antara kerja sendiri yang
dilakukan seperti pertanian atau penternakan, perniagaan atau peruncitan. Pekerjaan yang
dijalankan ini adalah sesuai dengan keupayaan, minat dan kemahiran yang mereka miliki.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, sektor ini (berniaga/bekerja sendiri) yang paling banyak
diceburi oleh responden iaitu sebanyak 26.9% (Jadual 3.4). Seterusnya diikuti lain-lain
sektor 15.6% dan sektor kerajaan sebanyak 3.6%
29
Jadual 3.4: Sektor-sektor pekerjaan yang diceburi responden
SEKTOR PEKERJAAN BILANGAN PERATUS (%)
Berniaga/ Bekerja sendiri 97 26.9
Pekerja kerajaan 13 3.6
Pengawal keselamatan 9 2.5
Operator pengeluaran/ Pekerja kilang 7 1.9
Pekerja supemarket, Jurujual 2 .6
Lain-lain 56 15.6
Tidak bekerja 146 40.6
88 9 2.5
99 21 5.8
JUMLAH 360 100.0
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati majoriti responden berpendapatan di
antara RM500-RM1000 (Rajah 3.1) iaitu mewakili 31.4% jumlah responden. Selain itu,
peratus kedua tertinggi dicatatkan ialah pendapatan responden yang kurang daripada RM500
iaitu sebanyak 11.7%. Manakala bagi lain-lain kategori pendapatan iaitu pendapatan melebihi
RM1001 adalah sangat sedikit. Jika ditinjau berdasarkan purata pendapatan isi rumah ini
bermakna majoriti responden tergolong dalam golongan miskin. Ini belum termasuk
30
responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang mana mencakupi 33.9% daripada
responden. Peratusan terendah pula adalah bagi pendapatan diantara RM1501-RM2000 iaitu
hanya sebanyak 4.2 %, dan RM2001 keatas sebanyak 5.3%. Individu yang mempunyai
pendapatan ini adalah terdiri daripada pendapatan yang bersumberkan pencen dan bekerja
sendiri.
Rajah 3.1: Jumlah Pendapatan Bulanan Responden
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
Taraf Pendidikan
Apabila kita membincangkan mengenai profil sosial, antara aspek yang perlu
dimasukkan adalah seperti tahap pendidikan, tahap kesihatan, dan status perkahwinan. Profil
sosial warga tua sebenarnya mempunyai saling kaitan dengan profil ekonomi mereka. Secara
umumnya, profil sosial dan ekonomi bergerak seiringan dalam menentukan pengaturan
kehidupan warga tua. Dari segi taraf pendidikan warga tua di kawasan kajian, didapati
sebanyak 86.1 % warga tua pernah menerima pendidikan formal manakala 13.9 % responden
tidak pernah bersekolah (Jadual 3.5).
31
11.7%
31.4%
6.4%
4.2%
5.3%
33.9%
7.2%
100%
Petunjuk
Kurang RM500 RM501-RM1000 RM1001-1500 RM1501-RM2000RM 2001 ke atas TIDAK BERKAITAN TIDA JAWAPAN JUMLAH
Namun begitu, ada juga responden yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi
iaitu mempunyai tahap pendidikan sehingga pendidikan menengah atas iaitu Sijil Pelajaran
Menengah (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu berjumlah masing-
masing 15.6 % dan 1.1%. Manakala responden yang pernah melanjutkan pelajaran ke menara
gading pula sebanyak 4.4%. Meskipun nilai ini adalah sangat kecil namun ia menggambarkan
bahawa masih wujud kesedaran terhadap pendidikan di kalangan masyarakat setempat di
Pulau Pinang dan kedah.
Jadual 3.5: Tahap Pendidikan Responden
TAHAP PENDIDIKAN BILANGAN PERATUS (%)
Tidak bersekolah 50 13.9
Sekolah rendah 174 48.3
Sekolah agama 13 3.6
Menengah rendah (SRP) 43 11.9
Menengah atas (SPM) 56 15.6
Menengah atas (STPM) 4 1.1
Kolej / Universiti 16 4.4
Lain-lain 4 1.1
JUMLAH 360 100.0
Sumber: kajian lapanan 2012/2013
32
Status Kesihatan Responden.
Warga tua juga sering dikaitkan dengan masalah kesihatan akibat proses penuaan.
Menurut Helman (1994), kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli sosiologi dan
antropologi menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti kelas sosial, kedudukan ekonomi,
peristiwa hidup dan kepercayaan serta amalan budaya boleh mempengaruhi taraf kesihatan
dan taburan penyakit dalam sesebuah petempatan. Namun begitu, Kart (1977), pula
berpendapat kesihatan warga tua mempunyai kaitan dengan kemerosotan sistem biologikal
mereka di bawah pengaruh faktor-faktor seperti psikologikal, sosial dan cara hidup akan
menentukan status kesihatan mereka (Warnes, 1992, 197). Ini bermakna status kesihatan juga
mempunyai saling kaitan dengan profil sosio-ekonomi warga tua itu sendiri..
Berdasarkan kajian ini, sebanyak 173 orang responden atau 48.1% responden
mengakui mempunyai masalah kesihatan sementara 163 orang atau 45.3 % lagi mendakwa
tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan dari semasa ke
semasa dan selebihnya menyatakan tidak pasti (Jadual 3.2). Keadaan ini menunjukkan taraf
kesihatan responden di kawasan kajian adalah agak rendah. Malah, pengkaji meramalkan
peratusan bagi yang mengalami masalah kesihatan adalah lebih tinggi seperti yang
dinyatakan. Hal ini kerana terdapat responden yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah
mendapat sebarang rawatan kesihatan sepanjang hidupnya. Maka, responden ini merasakan
beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Keadaan ini menunjukkan tahap
kesedaran mengenai penjagaan kesihatan yang sangat rendah.
Peralihan epidemiologi di negara ini menyebabkan bilangan warga tua meningkat
yang pada masa yang sama peralihan ini turut membawa bersama-sama ‘penyakit buatan
manusia’ akibat daripada gaya hidup, pemakanan, dan keadaan persekitaran yang tidak sihat
(Aziz et al., 2004). Penyakit biasanya akan timbul apabila organ dalam sistem badan gagal
33
berfungsi dengan sempurna sehingga akhirnya membawa kepada kelemahan anggota badan
dan keuzuran (Helman, 1994). Di antara masalah kesihatan dan jenis penyakit yang sering
dikaitkan dengan warga tua ialah seperti masalah gigi, deria rasa dan menghidu, masalah
penglihatan dan pendengaran, osteoporosis (tulang merapuh), penyakit kencing manis,
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dimentia (kenyanyukan), dan asthma (lelah).
Rajah 3.2: Status Penyakit Yang Memerlukan Rawatan
ADA TIADA TIDAK PASTI TIDAK MEMBERI JAWAPAN
JUMLAH
173 163
222
360
48.1 45.36.1
0.600000000000001
100
BILANGAN PERATUS (%)
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
Di kawasan kajian, kebanyakan warga tua menghadapi pelbagai jenis penyakit yang
memerlukan rawatan dan penjagaan yang berterusan. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
terdapat sembilan penyakit utama yang dihadapi oleh responden sama ada lelaki mahupun
wanita. Secara umumnya, kebanyakan responden memiliki lebih daripada satu penyakit,
namun dalam kajian ini pengkaji hanya memilih penyakit responden yang paling kritikal
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.6. Secara keseluruhannya, jenis penyakit tertinggi
ditunjukkan oleh masalah darah tinggi iaitu sebanyak 20%. Seterusnya, penyakit kencing
manis merupakan peratusan kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 18.6%
34
Sementara itu, jumlah peratusan ketiga tertinggi pula ditunjukkan bagi penyakit
lelah/penat iaitu 9.2% daripada jumlah responden. Sementara itu, penyakit-penyakit lain
dengan mengikut susunan peratusan tertinggi ialah rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%,
masalah otot dan saraf dan lain-lain penyakit masing-masing sebanyak 2.8 %, kurang
pendengaran, barah,batu karang pula sebanyak 0.8%, manakala sakit tulang belakang dan
nyayuk masing-masing 0.6% dan 0.3%.
Jadual 3.6: Penyakit Yang Dihidapi Responden
Jenis penyakit Bilangan Peratus (%)
Lelah/penat 33 9.2
kencing manis 67 18.6
Lemah/sakit jantung 20 5.6
Rabun mata 21 5.8
Darah tinggi 72 20.0
Kurang pendengaran 3 0.8
Barah/kanser 3 0.8
Masalah otot dan saraf (artritis) 10 2.8
Tulang belakang(Spine) 2 0.6
Batu karang 3 0.8
Nyanyuk/Dementia (kemerosotan akal/ingatan) 1 0.3
Lain-lain 10 2.8
88 107 29.7
99 8 2.2
JUMLAH 360 100.0
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
35
Kebiasaannya aspek kesihatan dan profil ekonomi responden mempunyai saling
kaitan antara satu sama lain. Warga tua yang sihat didapati mempunyai latar belakang
ekonomi yang baik, begitu juga sekiranya seseorang yang mepunyai taraf ekonomi yang baik,
biasanya mempunyai taraf kesihatan yang baik. Hal ini demikian kerana seseorang yang
mempuyai taraf kesihatan yang baik dapat melakukan aktiviti untuk menambah sumber
pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan walaupun sudah mecapai usia tua.
Manakala bagi seseorang yang mempunyai taraf ekonomi yang baik biasanya aspek kesihatan
diberi keutamaan terutama dangan cara mendapatkan rawatan terbaik, makanan berkhasiat,
dan sebagainya. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga mereka.
Selain itu, Warga tua sebenarnya menyedari bahawa tahap kesihatan yang semakin
menurun akan menghalang mereka untuk bekerja lagi. Keadaan ini jelas ditunjukkan di
kawasan luar bandar yang lebih berorientasikan aktiviti pertanian. Sebahagian besar daripada
mereka akan terus bekerja dan hanya akan berhenti apabila tidak lagi mempunyai kudrat
untuk melakukannya lagi (Hugo, 1992). Keadaan ini disebabkan mereka mengusahakan tanah
milik mereka sendiri. Maka, tiada siapa yang dapat menghalang mereka mengerjakannya
sehinggalah apabila mereka sendiri tidak lagi berkemampuan atau jatuh sakit.
3.4 Perkaitan Profil Sosial Dengan Profil Ekonomi Responden
Tahap pendidikan dengan Pendapatan bulanan Responden
Tahap pendidikan merupakan salah satu aspek yang memberikan kesan atau pencorak
kepada pengaturan kehidupan warga tua melalui aspek ekonomi dan sosialisasi seperti
hubungan dengan masyarakat. Selain itu, peningkatan tahap pendidikan dan kadar celik huruf
di kalangan warga tua dikatakan mampu meningkatkan status mereka terutamanya dalam
penjagaan kesihatan. Selain itu, tahap pendidikan juga dapat membantu mereka memberikan
36
perkhidmatan yang berterusan dan menjalinkan hubungan sosial yang baik dikalangan
anggota masyarakat (Usman Haji Yaakob, 2001).
Jadual 3.7 menunjukkan penjadualan silang perkaitan antara dua pemboleh ubah iaitu
tahap pendidikan dengan pendapatan bulanan responden. Dalam analisis ini, pengkaji ingin
melihat sama ada tahap pendidikan responden di Pulau Pinang dan kedah mempengaruhi
pendapatan bulanan mereka. Melalui ujian khi kuasa dua, analisis yang dijalankan oleh
pengkaji didapati benar. Data menunjukkan responden yang mempunyai pendidikan yang
baik, pendapatan bulanannya juga baik. Ini boleh dirujuk pada jadual 3.7. Bagi responden
yang tidak pernah mendapat pendidikan formal pendapatan bulanan mereka biasanya diantara
RM 501 hingga RM 1000 iaitu 19 orang daripada 50 orang. Manakala tiada seorang pun yan
pendapatanya lebih daripada RM 1501. Ini berbeza dengan responden yang mempunyai
pendidikan sehingga ke STPM yang mana ada responden yang mempunyai pendapatan
melebihi RM 1501 hingga RM2000 dan rm2001 ke atas.
Bagi membuktikan perkaitan ini, analisis menggunakan ujian khi kuasa dua
dijalankan (jadual 3.7). dengan melihat kepada analisis pearson chi-square, perkaitan antara
tahap pendidikn dengan pendapatan responden dapat dibuktikan. Analisis pearson chi-square
menunjukkan nilai 94.536a dengan nilai kebebasan 42 dan nilai signifikan adalah .000. nilai
signifikan .000 ini adalah kurang daripada nilai 0.05. justeru itu, terdapat perkaitan yang
signifikan antara tahap pendidikan dengan pendapatan bulanan.
37
Jadual 3.7: Perkaitan Di Antara Tahap Pendidikan Dengan Pendapatan Bulanan
Jumlah gaji bulanan sekarang
Total
Kurang daripada RM 500
RM 501-RM 1000
RM 1001- RM 1500
RM 1501- RM 2000
RM 2001 ke atas 88 99
Tidak bersekolah 11 19 1 0 0 16 3 50
Sekolah rendah 26 66 11 4 2 51 14 174
Sekolah agama 0 5 1 0 0 6 1 13
Menengah rendah (SRP)
2 13 2 3 5 17 1 43
Menengah atas (SPM)
3 9 8 5 7 20 4 56
Menengah atas (STPM)
0 0 0 1 1 1 1 4
Kolej / Universiti 0 1 0 2 4 8 1 16
Lain-lain 0 0 0 0 0 3 1 4
JUMLAH 42 113 23 15 19 122 26 360
Chi-Square Tests
Value df Asymp. Sig. (2-sided)
Pearson Chi-Square 94.536a 42 .000
Likelihood Ratio 98.436 42 .000
Linear-by-Linear Association 5.271 1 .022
N of Valid Cases 360
a. 38 cells (67.9%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .17.
Sumber: kajian Lapangan 2012/2013
38
Tahap Kesihatan Dengan Pendapatan Bulanan
Jadual 3.8 menunjukkan penjadualan silang perkaitan antara dua pemboleh ubah iaitu
tahap kesihatan dengan pendapatan bulanan responden. Dalam analisis ini, pengkaji ingin
melihat sama ada tahap kesihatan responden di pulau pinang mempengruhi pendapatan
bulanan mereka atau tidak. Melalui ujian khi kuasa dua, analisis yang dijalankan oleh
pengkaji mendapati status kesihatan responden tidak mempengaruhi pendapatan bulanan
mereka. Hal ini dibuktikan dengan mereujuk jadual 3.8 dimana. data menunjukkan responden
yang mempunyai status kesihatan yang baik, pendapatan bulanan nya juga baik ini boleh
dirujuk pada jadual… Melihat kepada analisis pearson chi-square, perkaitan antara status
kesihatan dengan pendapatan bulanan responden dapat dibuktikan. Analisis pearson chi-
square menunjukkan nilai 27.288a dengan nilai kebebasan 18 dan nilai signifikan
adalah .074. nilai signifikan .074 ini adalah lebih daripada nilai 0.05. Justeru itu, tidak
terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan pendapatan bulanan.
39
Jadual 3.8 : Status Penyakit Dengan Jumlah Gaji Bulanan Sekarang
Jumlah gaji bulanan sekarang
Total
Kurang
daripada RM
500
RM 501-
RM 1000
RM 1001-
RM 1500
RM 1501-
RM 2000
RM 2001
ke atas 88 99
Penyakit yang
memerlukan rawatan
Ada 25 52 5 9 14 52 16 173
Tiada 15 53 17 5 5 61 7 163
Tidak
pasti
2 7 1 1 0 9 2 22
99 0 1 0 0 0 0 1 2
Total 42 113 23 15 19 122 26 360
Chi-Square Tests
Value df Asymp. Sig. (2-sided)
Pearson Chi-Square 27.288a 18 .074
Likelihood Ratio 27.077 18 .078
Linear-by-Linear Association .213 1 .645
N of Valid Cases 360
a. 12 cells (42.9%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .08.
Sumber: kajian lapangan 2012/2013
40
3.4 Rumusan
Bab ini lebih tertumpu kepada analisis hasil dapatan kajian terhadap sumber
pendapatan , pekerjaan, dan taraf pendidikan serta tahap kesihatan warga tua di kawasan
kajian. Analisis yang dilakukan mengikut angkubah-angkubah ini penting bagi mencapai
matlamat objektif kajian pertama iaitu mengkaji profil sosio-ekonommi warga tua. Jelasnya,
walaupun sudah mencapai umur rasmi pencen namun, ada sebahagian responden yang masih
bekerja dalam pelbagai sektor bagi menampung perbelanjaan diri dan keluarga seperti
bekerja dalam sektor swasta dengan menjadi tukang cuci, pegawai keselamatan dan lain-lain.
Manakala warga tua yang menetap di kawasan kampung-kampung pula ada yang masih aktif
dalam bidang pertanian dan penternakan.Dari aspek pendidikan, warga tua di kawasan kajian
rata-ratanya pernah mendapatkan pendidikan formal namun ramai yang keciciran terutama
sehingga sekolah rendah sahaja, dan bagai yang mempunyai status kehidupan yang lebih baik
pernah berlajar sehingga ke sekolah menegah dan universiti. Status pendidikan ini sangat
memberi impak kepada pengaturan kehidupan responden khasnya. Bagi status kesihatan pula,
majoriti responden mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan dan pemantauan dari
semasa ke semasa. Tahap kesihatan juga merupakan faktor utama bagi pengaturan kehidupan
warga tua. Maka mahu tidak mahu dalam laporan ini serba sedikit perlu memasukkan
mengenai tahap kesihatan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa taraf kesihatan warga tua di Pulau pinang dan Kedah berada di tahap
yang sederhana dimana nisbah lebih daripada responden didapati mempunyai penyakit dan
tiada penyakit hampir seimbang. Daripada ujian khi kuasa dua pula, perkaitan antara tahap
pendidikan dengan jumlah pendapatan bulanan adalah signifikan manakala, bagi perkaitan
status kesihatan dengan pendapatan bulanan pula didapati tidak signifikan atau saling
mempengaruhi.
41
BAB 4
4.0 OBJEKTIF 2: ANALISIS PENGATURAN KEHIDUPAN WARGA TUA DAN PERKAITAN DENGAN PROFIL SOSIO-EKONOMI.
4.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini perbincangan bermula dengan penerangan corak yang sedia ada
dalam data kajian berkaitan dengan pengaturan kehidupan Warga tua. Selepas itu, pengkaji
cuba menganalisis perkaitan antara pengaturan kehidupan warga tua dengan ciri-ciri sosio-
ekonomi merekaa yang mana analisis ini lebih formal yang menjurus kepada objektif kajian
dalam konteks pengaturan kehidupan warga tua Pulau Pinang. Antara angkubah yang
penting dalam bahagian ini ialah tempat tinggal responden, kegiatan sosial warga tua di
kawasan kediaman dan pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang tersedia untuk warga
tua di kawasan kediaman mereka.dalam menganalisis perkaitan antara pengaturan kehidupan
responden dengan ciri-ciri sosio-ekonomi responden, pengkaji mengunakan kaedah
penjadualan bersilang dan ujian khi kuasa dua.
4.2 Pengaturan Kehidupan Warga Tua.
Tempat Tinggal Responden
Secara umumnya pengaturan kehidupan dalam laporan ini juga bermaksud pilihan
warga tua untuk memilih tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal
bersama keanggotaan isi rumah yang lain. Keanggotaan isi rumah bermakna orang yang
tinggal serumah bersama responden semasa kajian dilakukan. Mereka ini boleh terdiri dari
pasangan, bersama pasangan dan anak yang belum berkahwin, bersama pasangan, anak yang
berkahwin dan cucu, bersama saudara mara atau bersama anak atau cucu. Terdapat juga
responden yang tinggal bersendirian.
Dapatan kajian (jadual 4.1)menunjukkan sebanyak 11.4 % responden tinggal
bersendirian. Responden yang tinggal bersama pasangan adalah 25 %. Responden yang
42
tinggal bersama pasangan dan anak belum berkahwin sebanyak 25.8 %. Ramai responden
yang tinggal bersama pasangan, anak dan menantu 4.7 %. Responden yang tinggal bersama
saudara mara juga agak ramai 0.8 %. Warga tua yang tinggal bersendirian terdiri daripada
mereka yang tidak berkahwin, balu atau duda yang tinggal berjauhan daripada anak cucu.
Namun begitu terdapat juga responden yang tidak berkahwin dan mereka tinggal bersama
dengan saudara mara. Warga tua balu atau duda kebanyakannya tinggal bersama dengan
anak atau cucu mereka.
Jadual 4.1: Tempat Tinggal Responden Berdasarkan Jantina
Tempat Tinggal Bilangan Lelaki Perempuan Jumlah (%)
Seorang diri 41 25 16 11.4
Pasangan 90 45 45 25.0
Anak 64 35 29 17.8
Pasangan dan anak 93 52 41 25.8
Pasangan, anak, dan menantu 17 10 7 4.7
Pasangan, anak dan menantu,cucu 28 14 14 7.8
Saudara mara 13 7 6 3.6
Jiran terdekat 3 0 3 0.8
Lain-lain 10 6 4 2.8
Tidak berkaitan 1 - - 0.3
Jumlah 360 194 166 100.0
Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013
Walaupun bukan semua warga tua menghadapi masalah untuk tinggal bersama anak
namun keinginan hidup yang semakin mendesak menyebabkan anak-anak mula merasa ibu
bapa sebagai bebanan (Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob, 2010). Bagi kaum
melayu biasanya warga tua bukanlah bebanan tetapi merupakan tanggungjawab yang
43
sepatutnya digalas. Bagi merapatkan jurang antara golongan muda dan golongan tua,
kerajaan telah mewujudkan beberapa slogan seperti ‘Warga Tua Teras Masyarakat’, dan
‘Yang Tua Dihormati dan Yang Muda Dikasihi’.
Kegiatan Sosial Responden
Aktiviti pada masa lapang dan penglibatan dalam organisasi sosial, politik dan
sebagainya juga adalah penting bagi melahirkan suasana kehidupan yang selesa bagi warga
tua (Aziz Shafie, et al. 2004:21). Maka, kajian ini turut melihat dan meninjau kegiatan dan
aktiviti sosial yang masih dilakukan oleh warga tua. Antara empat aktiviti yang dipilih
pengkaji untuk melihat aktiviti sosial yang dijalankan responden adalah berdasarkan
penglibatan dalam ceramah agama, ceramah politik, gotong royong dan mesyuarat.
Penglibatan responden dilihat melalui kehadiran dalam aktiviti-aktiviti tersebut pada sebulan
yang lepas (ketika soalselidik dijalankan) sama ada hadir atau tidak hadir. Dapatan kajian
menunjukkan warga tua masih lagi aktif dalam aktiviti sosial dimana rata-rata mereaka
mengahdiri lebih daripada satu aktiviti yang dikemukakan. Secara kasarnya, peratusan
responden menghadiri aktiviti yang disenaraikan adalah sebanyak, 64.7%, manakala tidak
menghadiri pula sebanyak 21.1 %. Bagi jawapan untuk tidak berkaitan pula, keadaan ini
disebabkan oleh masalah kesihatan atau kurang upaya responden untuk bergerak iaitu
sebanyak 0.8 % (rajah 4.1).
Rajah 4.1: Kehadiran Responden Dalam Aktiviti-Aktiviti Sosial
44
Menghadiri Tidak Menghadiri
Tidak Berkaitan JUMLAH0
50
100
150
200
250
300
350
400
KEHADIRAN RESPONDEN DALAM AKTIVITI SOSIAL
BILANGANPERATUS
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
Bagi ceramah agama, sebanyak 50.6% daripada responden adalah menghadiri lagi
tidak hadir(rajah 4.2). Kehadiran bagi ceramah agama menunjukkan peratusan yang paling
tinggi berbanding aktiviti-aktiviti lain. Keadaan ini disebabkan kesedaran golongan warga tua
terhadap agama. Masa yang terluang seharusnya diperuntukkan untuk mendalami agama
untuk persediaan hari akhirat. Namun, pada masa yang sama, masih terdapat responden yang
masih tidak hadir dalam aktiviti bercorak keagamaan seperti ini. Antara alasan yang sering
diberikan adalah tidak mempunyai pengangkutan dan tidak tahu menahu tentang majlis
tersebut.
Seterusnya, bagi aktiviti mesyuarat, sebanyak 3.6 % responden adalah hadir
manakala, ceramah politik pula, daripada 360 orang responden sebanyak 1.4 % daripadanya
adalah menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya. Penyertaan responden dalam
aktiviti-aktiviti ini kurang menjadi pilihan untuk warga tua untuk menghadirinya kerana
dirasakan kurang bersesuaian dengan umur mereka. Bagi mensyuarat, warga tua dilihat sudah
kurang berminat dalam aktiviti pembangunan dan pembuat keputusan terutama berkaitan
45
perkara-perkara formal. Namun begitu, bagi perkara-perkara informal, terdapat juga
keputusan yang sememangnya memerlukan pandangan warga tua seperti dalam persatuan
khairat kematian atau kenduri-kendara. Pengalaman yang dimiliki menyebabkan golongan
warga tua ini sering dirujuk untuk mendapat nasihat dan teguran.
Seterusnya, bagi aktiviti gotong-royong sebanyak 10% daripada responden
menghadiri aktiviti tersebut. Kehadiran yang ditunjukkan bagi aktiviti ini agak
membanggakan. Golongan warga tua masih berminat dalam aktiviti yang menghubungkan
antara masyarakat. Selain itu, dengan menyertai aktiviti gotong-royong, warga tua dapat
melakukan aktiviti yang berfaedah terutama untuk kebaikan kesihatan diri mereka.
Rajah 4.2: Kegiatan Social Yang Dihadiri Oleh Responden
Ceramah Agama
77%
Ceramah Poli-tik2%
Mesyuarat6%
Gotong-Royong
15%
KEGIATAN SOSIAL
Sumber: Kajian lapangan 2012/2013
Seterusnya, dalam kajian ini, pengkaji juga ingin melihat penglibatan warga tua di
dalam organisasi sosial. Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak
66 orang manakala selebihnya iaitu sebanyak 293 orang lagi adalah tidak terlibat dan tidak
berkaitan di dalam organisasi sosial (Jadual 4.2). Ini menunjukkan bahawa warga tua di
kawasan kajian sudah kurang aktif, namun sebahagian kecil masih aktif berpersatuan.
46
Responden di kawasan kajian terlibat dalam pelbagai aktiviti dan menyertai pelbagai
pertubuhan yang diwujudkan. Malahan, penglibatan warga tua ini bukanlah menjadi ahli
biasa semata-mata. Ada di antara mereka yang menjawat jawatan penting sebagai pengerusi,
naib pengerusi, bendahari, setiausaha, dan juga ahli jawatankuasa. Ertinya, golongan warga
tua ini masih dianggap menjadi ‘orang penting’ di dalam masyarakat.
Jadual 4.2: Penglibatan responden di dalam organisasi sosial berdasarkan jantina
Jantina
Penglibatan Dalam Organisasi Sosial
Terlibat Tidak terlibat Tidak berkaitan Peratusan(%)
Lelaki 8.9 44.7 0.3 53.9
Wanita 9.4 36.7 - 46.1
Peratusan (%) 18.3 81.4 0.3 100
Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013
Dapatan kajian menunjukkan, warga tua sudah tidak terlibat dengan organisasi sosial
dimana lebih 80 % tidak lagi aktif dan hanya lebih kurang 20 % sahaja yang terlibat.
Peratusan ini sangat rendah dan sebenarnya meliputi responden yang tinggal diluar bandar
terutama berkaitan kemasyarakatan dan keagamaan. Terdapat beberapa organisasi sosial
yang diceburi oleh responden. Organisasi sosial yang paling ramai yang diceburi adalah ahli
Ahli JKK masjid seramai 18 orang (5.0%) (Jadual 4.3). Organisasi ini sangat aktif dan
memainkan peranan penting dalam kariah tempat tiggal mereka. Maka, menyertai organisasi
sosial seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban individu terbabit malah pada masa
yang sama juga dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.
Jadual 4.3: Organisasi Sosial Yang Diceburi Oleh Responden
47
Organisasi sosial Bilangan (orang) Peratus (%)
Rukun tetangga 17 4.7
AJK Masjid 18 5.0
Pers. Khairat Kematian/kenduri kendara 5 1.4
Pers. Bekas perajurit 4 1.1
RELA 1 0.3
Lain-lain 20 5.6
Tidak Berkaitan 289 80.3
Tiada jawapan 1 0.3
Jumlah 360 100.0
Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013
Selain itu, organisasi lain yang diceburi adalah seperti rukun tetangga, 17 orang, Ahli
Persatuan khairat kematian 5 orang, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan PIBG
masing-masing sebanyak 1 orang, persatuan pesara dan bekas parajurit pula masing-masing
seramai 4 orang dan lain-lain pula sebanyak 20 orang (5.6 %). Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa warga tua masih lagi dapat memberikan sumbangan yang berharga
kepada masyarakat setempat dan juga kepada proses pembangunan negara secara
keseluruhannya walaupun hanya sebahagian kecil yang terlibat. Semangat yang ditunjukkan
warga tua ini patut dicontohi oleh golongan muda agar dapat membentuk semangat jati diri.
Maka, warga tua di kawasan kajian terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan menyertai
organisasi sosial dalam mengisi masa-masa mereka yang terluang. Ini membuktikan bahawa
warga tua tidak menjalankan aktiviti sosial yang memberi faedah kepada mereka di waktu
lapang adalah tidak benar sekali.
4.3 PERKAITAN PENGATURAN KEHIDUPAN DENGAN PROFIL SOSIO-
EKONOMI RESPONDEN
48
Pengaturan kehidupan warga tua mempunyai kaitan yang kuat dengan profil sosio-
ekonomi mereka. Sebagai contoh, bagi kaum melayu, ibu bapa seboleh-bolehnya cuba untuk
mempunyai bilangan anak yang ramai. Hal ini supaya mereka ada tempat bergantung apabila
mereka mencapai umur tua. Salah satu bentuk warga tua boleh bergantung ialah dengan cara
tinggal bersama anak-anak. Kajian yang dilakukan di Indonesia, Singapore dan Taiwan
mendapati lebih 70 % warga tua tinggal sekurang-kurangnya bersama dengan seorang anak
dewasa (United Nations, 2002). Wan Ibrahim Wan Ahmad (1999) dalam kajiannya di negeri
Kelantan mendapati masih ramai warga tua yang memilih tinggal bersama anak-anak.
Pengkaji berpendapat bahawa warga tua memilih Namun begitu ada juga anak-anak yang
terpaksa meninggalkan ibu bapa hidup bersendirian terutama apabila merek berhijrah untuk
bekerja di banda-bandar. Penghijrahan mengurangkan keupayaan mereka untuk memberi
penjagaan dan sokongan sosial kepada ibu bapa (Aishah@Eshah & Katiman, 2010). Ibu bapa
yang telah tua tidak dapat mengikut anak yang baru memulakan kerjaya berhijrah kerana
tempat tinggal mereka sempit, kos hidup tinggi dan tidak ada penjaga (Martin, 1989).
Perkaitan Status Penyakit Dengan Kehadiran Dalam Aktiviti Social Yang Terpilih.
Dari satu segi kesihatan pula, ia mempengaruhi kegiatan sosial warga tua di Pulau
Pinang dan Kedah. Hal ini kerana mereka yang mencapai tahap umur tua selalunya
mengalami penurunan dari segi keupayaan fizikal (seperti pendengaran, penglihatan,
pergerakan dan pemikiran) dan lebih terdedah kepada penyakit terutama penyakit tamadun
(misalnya jantung, kencing manis dan kanser) (Lauer & Lauer, 2002). Keadaan ini
menyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti sosial yang digemari. Bagi menganalisis
pendapat ini, pengkaji telah mengunakan kaedah penjadualan bersilang dengan ujian khi
kuasa dua.
49
Jadual 4.4: Perkaitan Status Penyakit Dengan Kehadiran Dalam Aktiviti Sosial Yang Terpilih.
Penyakit yang memerlukan
rawatan
Menghadiri perjumpaan berikut
Totalceramah agama tidak
tidak berkaitan mesyuarat
ceramah politik
gotong royong 99
Ada 85 45 15 9 1 18 0 173
Tiada 90 26 23 4 4 15 1 163
Tidakpasti 7 2 8 0 0 3 2 22
99 0 2 0 0 0 0 0 2
jumlah 182 75 46 13 5 36 3 360
Chi-Square TestsValue df
Asymp. Sig. (2-
sided)
Pearson Chi-Square 52.562a 18 .000
Likelihood Ratio 39.270 18 .003
Linear-by-Linear Association .013 1 .908
N of Valid Cases 360
a. 17 cells (60.7%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .02.
Sumber : kajian lapangan 2012/2013
Jadual 4.4 menunjukkan penjadualan silang perkaitan antara dua pemboleh ubah iaitu
status kesihatan responden dengan kehadiran mereka dalam kegiatan sosial yang terpilih..
50
Dalam analisis ini, pengkaji ingin melihat sama ada tahap kesihatan responden di Pulau
Pinang mempengaruhi aktiviti sosial mereka. melalui ujian khi kuasa dua, analisis yang
dijalankan oleh pengkaji didapati benar. Data menunjukkan responden yang mempunyai
kesihatan yang baik, dapat menyertai aktiviti yang dikemukan oleh pengkaji. Ini boleh
dirujuk pada jadual 4.4. Bagi responden yang mendakwa mereka tiada penyakit, mereka
mampu menghadiri perjumpaan dalam aktviti seperti ceramah agama, ceramah politik,
mensyuarat dan gotong royong.
Bagi membuktikan perkaitan ini, analisis menggunakan ujian khi kuasa dua
dijalankan (Jadual 4.4). dengan melihat kepada analisis pearson chi-square, perkaitan antara
status kesihatan dengan penyertaan dlam aktiviti sosial dapat dibuktikan. analisis pearson chi-
square menunjukkan nilai 52.562a dengan nilai kebebasan 18 dan nilai signifikan adalah .000.
nilai signifikan .000 ini adalah kurang daripada nilai 0.05. justeru itu, terdapat perkaitan yang
signifikan antara status kesihatan responden dengan kehadiran dalam kegiatan sosial mereka.
Perkaitan Jumlah Pendapatan Bulanan Berbanding Jenis Kenderaan Yang Di miliki
Responden
Selain itu, warga tua juga memerlukan kemudahan untuk meneruskan kehidupan.
Kemudahan yang dimaksudkan termasuk kemudahan untuk bergerak seperti kenderaan
persendirian, kemudahan yang mesra warga tua di tempat kediaman mereka serta bantuan
daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dalam kajiaan ini, pengakaji ingin melihat
sama ada warga tua mengetahui hak mereka untuk mendapatkan kemudahan atau menilai
pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka.
Dapatan kajian mendapati, warga tua di Pulau Pinang lebih daripada separuh
mempunyai kemudahan diri sendiri seperti motosikal, kereta, kedu-duanya sekali, lori ,dan
51
van. Dalam jadual 4.6 menunjukkan bilangan responden yang memiliki kenderaan adalah
sebanyak 60.8 % atau 219 orang, dan baki tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tidak
memberikan jawapan (jadual 4.5).
Jadual 4.5 : Status Responden Yang Memiliki Kenderaan
BILANGAN PERATUS (%)
YA 219 60.8
TIDAK 132 36.7
88 8 2.2
99 1 0.3
JUMLAH 360 100
Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013
Dalam rajah 4.1 pula, daripada 219 orang responden yang memiliki kenderaan 97
orang (26.9%) memilik motosikal, manakala 89 orang memiliki kereta(24.7%), 39 orang
memiliki kedua-duanya sekali dan 5 orang (1%) lagi mempunyai van. Kemudahan diri
sendiri ini juga berkait rapat dengan profil sosio-ekonomi responden. Hal ini demikian
kerana, warga tua yang mempunyai latar belakang ekonomi yang kukuh dapat memiliki
kenderaan yang lebih baik berbanding warga tua yang mempunyai pendapatan yang rendah.
Seperti yang telah dibincangkan di bab tiga, rata-rata warga tua mempunyai pendapatan
RM500-1000 sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki kenderaan yang lebih
baik terutama kereta. Bagi menguji keadaan ini, pengkaji menggunakan kaedah yang sama
seperti diatas bagi menguji perkaitan antara jumlah pendapatan bulanan dengan jenis
kenderaan yang dimiliki responden.
Rajah 4.3 Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Responden
52
MOTOSIKAL13%
KERETA12%
MOTOSIKAL DAN KERETA
5%VAN1%
TIDAK BERKAITAN
17%991%
JUMLAH 50%
jenis kenderaan yang dimiliki responden
Sumber: kajian lapangan 2012/2013
Jadual 4.5 menunjukkan penjadualan silang perkaitan antara dua pemboleh ubah iaitu
jumlah pendapatan bulanan dengan jenis kenderaan yang dimiliki responden. Dalam analisis
ini, pengkaji ingin melihat sama ada jumlah pendapatan bulanan responden di pulau pinang
mempengruhi jenis kenderaan yang dimiliki oleh mereka. Melalui ujian khi kuasa dua,
analisis yang dijalankan oleh pengkaji didapati benar. Data menunjukkan responden yang
mempunyai jumlah pendapatan bulanan yang tinggi, dapat mempengaruhi jenis kenderaan
yang dimiliki. Ini boleh dirujuk pada jadual 4.5 Bagi responden yang mempunyai
pendapatan RM 501-RM 1000 rata-rata mereka mampu memiliki kendaraan seperti motosikal
kereta dan kedua-duanya sekali, contohnya dalam data, kategori pendapatan RM 501-RM
2000, 37 orang memilik motosikal, 17 orang memiliki kereta dan 14 orang mempunyai
kedua-daunya.
Jadual 4.6: Perkaitan Jumlah Pendapatan Bulanan Berbanding Jenis Kenderaan Yang Di miliki
53
Jumlah gaji bulanan sekarang
Jenis kenderaan yang dimiliki
TotalMotosikal KeretaMotosikal dan
kereta VanTidak
berkaitan 88 99
Kurang dari RM 500 9 7 2 0 7 16 1 42
RM 501-RM 1000 37 17 14 5 20 19 1 113
RM 1001- RM 1500 11 5 6 0 1 0 0 23
RM 1501- RM 2000 1 11 1 0 0 1 1 15
RM 2001 ke atas 2 11 4 0 1 1 0 19
88 28 31 12 0 17 32 2 122
99 9 7 0 0 4 5 1 26
Jumlah 97 89 39 5 50 74 6 360
Chi-Square Tests
Value df Asymp. Sig. (2-sided)
Pearson Chi-Square 89.558a 36 .000
Likelihood Ratio 93.176 36 .000
Linear-by-Linear Association 2.972 1 .085
N of Valid Cases 360
a. 29 cells (59.2%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .21.
Sumber : kajian lapangan 2012/2013
Bagi membuktikan perkaitan ini, analisis menggunakan ujian khi kuasa dua
dijalankan (jadual 4.6). dengan melihat kepada analisis pearson chi-square, perkaitan antara
jumlah pendapatan bulanan dengan jenis kenderaan yang dimiliki oleh responden dapat
dibuktikan. analisis pearson chi-square menunjukkan nilai 89.558a dengan nilai kebebasan 36
dan nilai signifikan adalah .000. nilai signifikan .000 ini adalah kurang daripada nilai 0.05.
54
justeru itu, terdapat perkaitan yang signifikan antara jumah pendapatan bulanan responden
dengan jenis kenderaan yang dimiliki oleh responden.
Tahap Pendidikan Berbanding Pengetahuan Responden Tentang Kemudahan Yang
Disediakan Untuk Warga Tua
Daripada aspek mengenai kemudahan yang disediakan untuk warga tua di tempat
tinggal mereka pula, hasil kajian menunjukkan seramai 64 orang menyatakan tiada, manakala
seramai 253 pula menyatakan ada, reponden yang tidak pasti pula seramai 128 orang
manakala selebihnya tidak tahu dan tidak menberikan jawapan bagi soalan ini (jadual 4.7).
Bagi menganalisi keadaan ini, pengkaji berpendapat pengetahuan responden mengenai
kemudahan warga tua yang tersedia di kediaman mereka berkait rapat dengan tahap
pendidikan mereka. Oleh itu, sekali lagi pengkaji menjalankan ujian mengunakan Khi kuasa
dua.
Jadual 4.7:Pengetahuan Responden Mengenai Kemudahan Warga Tua Di Tempat Kediaman
Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013
Jadual 4.8 menunjukkan penjadualan silang perkaitan antara dua pemboleh ubah iaitu
tahap pendidikan dengan pengetahuan tentang kemudahan yang disediakan untuk warga tua.
55
BILANGAN PERATUS (%)
Ada 64 17.8
Tiada 153 42.5
Tidak Pasti 128 35.6
Tidak Berkaitan 2 0.6
Tidak Menjawab Soalan 13 3.6
JUMLAH 360 100
Dalam analisis ini, pengkaji ingin melihat sama ada tahap pendidikan responden di Pulau
Pinang mempengaruhi pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang disediakan di tempat
kediaman mereka. Melalui ujian khi kuasa dua, analisis yang dijalankan oleh pengkaji
didapati benar. Data menunjukkan responden yang mempunyai tahap penendidikan yang
baik, mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kmudahan yang tersedia di tempat
kediaman mereka. Ini boleh dirujuk pada jadual 4.8 Semakin baik pendidikan semakin baik
pengetauhan mereka mengenai kemudahan yang tersedia di tempat kediaman mereka.
Bagi membuktikan perkaitan ini, analisis menggunakan ujian khi kuasa dua
dijalankan (jadual 4.8). Dengan melihat kepada analisis pearson chi-square, perkaitan antara
tahap pendidikan dengan pengetahaun mengenai kemudahan di tempat kediaman responden
dapat dibuktikan. analisis pearson chi-square menunjukkan nilai 221.395a dengan nilai
kebebasan 28 dan nilai signifikan adalah .000. nilai signifikan .000 ini adalah kurang
daripada nilai 0.05. justeru itu, terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pendidikan
dengan pendapatan bulanan.
56
Jadual 4.8: perkaitan Tahap Pendidikan berbanding pengetahuan responden mengenai kemudahan yang disediakan untuk warga tua di tempat tinggal mereka.
Tahap pendidikanTempat anda tinggal menyediakan kemudahan warga tua
TotalAda Tiada Tidak pasti 88 99
Tidak bersekolah 5 19 25 0 1 50
Sekolah rendah 29 86 53 0 6 174
Sekolah agama 1 1 10 0 1 13
Menengah rendah (SRP) 10 15 16 0 2 43
Menengah atas (SPM) 11 26 18 0 1 56
Menengah atas (STPM) 3 0 0 0 1 4
Kolej / Universiti 5 4 6 0 1 16
Lain-lain 0 2 0 2 0 4
jumlahl 64 153 128 2 13 360
Chi-Square Tests Value df Asymp. Sig. (2-sided)
Pearson Chi-Square 221.395a 28 .000
Likelihood Ratio 60.935 28 .000
Linear-by-Linear Association 3.808 1 .051
N of Valid Cases 360
a. 24 cells (60.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count
is .02.
sumber : kajian lapangan 2012/2013
57
Kemudahan ditempat kediaman secara amnya juga memberi kesan kepada penaturan
kehidupan warga tua dimana, dengan adanya kemudahan warag tua di tempat kediaman,
warga tua dapat bergiat aktif dalam aktiviti dan organisasi sosial. Antara kemudahan yang
dinyatakan oleh responden adalah seperti bank, klinik, bilik air awam, pengangkutan seperti
bas rapid dan teksi, dewan, dan surau serta masjid. Selain itu, dapatan menunjukkan warga
tua memerlukan kemudahan seperti lift di bangunan tempat tinggal mereka, klinik, bank,
pondok rehat dan rumah orang-orang tua harian. Sebab itu, jika dilihat rata-rata warga tua
berkehendakkan kemudahan yang mesra warga tua dan ini sekurang-kurangnya dapat
menjadikan kehidupan warga tua lebih bermakna sepanjang melalui usia tua mereka.
Secara umumnya, objektif ini penting dimana tahap pengetahuan responden terhadap
kemudahan yang tersedia secara langsung dapat merubah corak pengaturan kehidupan
mereka. Melalui kemudahan seperti rumah orang tua harian warga tua dapat menjalankan
aktiviti sosial dengan lebih terjamin. Mereka dapat berkongsi pengalaman dengan rakan
seusia dan rutin harian mereka akan lebih tersusun. Begitu juga kemudahan seperti bantuan
kerusi roda untuk warga tua dapat memudahkan pergerakan mereka dan ini secara lamgsung
membantu warga tua untuk bersosial dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Contohnya kemudahan rumah warga tua harian amat penting supaya mereka dapat berjumpa
dan bergaul dengan rakan seusia tanpa tekanan daripada orang lain seperti anak-anak dan
cucu. Begitu juga kemudahan seperti masjid yang amat diperlukan oleh warga tua dalam
menjalani kehidupan seharian dimana surau atau masjid ini menjadi tempat warga tu
beribadah seterusnya menjamin emosi dan psikologi mereka sentiasa dalam keadaan yang
baik. Secara umumnya kemudahan yang tersedia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi
pengaturan kehidupan mereka.
58
4.4 Rumusan
Bab ini telah membincangkan analisis hasil dapatan kajian terhadap objektif kedua
dan ketiga kajian ini. Perbincangan adalah mencakupi status sosio-ekonomi terhadap
kehidupan warga tua, hubungan kekeluargaan dan kegiatan sosial yang dilibatkan oleh
responden. Dalam bab inI penting bagi pengkaji memberi penekanan terhadap pengaturan
kehidupan warga tua, seperti tempat tinggal, corak dalam aktiviti sosial, keadaan kesihatan
warga tua dan kegiatan sosial. Dari segi kegiatan sosial, responden didapati masih terlibat
dalam kegiatan masyarakat walaupun bukan semua yang terlibat. Bagi mencapai objektif
ketiga ini iaitu mengkaji perkaitan pengaturan kehidupan dengan profil sosio-ekonomi warga
tua, pengkaji dengan jelas memberikan bukti dimana, pengaturan kehidupan sangat
bergantung kepada latar belakang responden tersebut. Contohnya, responden yang tidak
mempunyai kewangan kukuh mempunyai anak yang ramai untuk bergantung harap, begitu
juga status kesihatan yang mana mencorakkan kehidupan warga tua yang mana membataskan
warga tua dalam kegiatan sosial mereka. Selain itu, warga tua memerlukan kemudahan unutk
bergerak dan kemudahan ditempat kediaman dimana ianya perlu untuk mereka melakukan
aktiviti sosial mereka. Melalui pengetahuan mengenai kemudahan yang telah tersedia untuk
warga tua, mungkin boleh merubah pengaturan kehidupan mereka yang kurang baik kepada
lebih baik mahupun baik kepada lebih baik.
59
BAB 5
5.0 RUMUSAN, CADANGAN, SUMBANGAN KAJIAN DAN PENUTUP
5.1 Pengenalan
Pengaturan kehidupan warga tua sangat dipengaruhi oleh profil sosio-ekonomi warga tua.
Pengaturan kehidupan yang tidak terurus selalunya wujud apabila kemampuan fizikal dan
ekonomi mula menurun. Ekonomi menurun bermaksud apabila seseorang mencapai usia tua,
daya produktiviti tidak lagi berkembang dan mula pencen secara rasmi kerana tiada keupayaan
tersebut. Apabila seseorang tidak bekerja bukan sahaja tidak ada pendapatan tetapi pada masa
yang sama kehilangan kawan-kawan. Mereka juga terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan
yang berlaku dalam hidup, baik dari segi perubahan fizikal, sosial mahupun ekonomi. Ada juga
dalam kalangan mereka yang merasa diri terdera. Bagi warga tua yang tidak mempunyai anak
dan kaum keluarga lain, mereka terpaksa hidup bersendirian dengan mengharap bantuan jiran
tetangga dan pihak kerajaan.
5.2 Penemuan Kajian
Terdapat beberapa penemuan yang diperolehi berdasarkan kajian mengenai kendalian
hidup warga tua ini. Penemuan ciri-ciri sosial dan ekonomi serta pengaturan kehidupan yang
melibatkan, tempat tinggal, hubungan kekeluargaan, taraf pendidikan, status kesihatan dan
penyakit, sumber pendapatan, pekerjaan aktiviti sosial dan lain-lain lagi.
Golongan warga tua yang bekerja adalah lebih ramai dengan peratusan sebanyak 51.4 %
manakala yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6 %..Bagi pendapatan bulanan pula, 11.7
peratus responden berpendapatan kurang daripada RM500, manakala 33.4 peratus lagi adalah
dalam lingkungan RM501 hingga RM1000. Sedikit sekali adalah pendapatan yang lebih tinggi
60
dimana pendapatan bulanan diantara Rm1001-RM1500 adalah sebanyak 6.4 %, manakala
RM1501-RM2000 adalah 4.2 % dan RM2001 ke atas ialah 5.0 % namun, peratusan lebih besar
adalah warga tua yang tidak mempunyai pendapatan bulanan iaitu sebanyak 33.9% .
Berdasarkan tahap pendidikan pula, 13.9% tidak bersekolah, 48.3 peratus bersekolah
rendah, 3.6% bersekolah agama, bersekolah menengah rendah (SRP) 11.9 %, menengah atas
(SPM) 15.6 % manakala menengah atas (STPM) sebanyak 1.1 %
Berdasarkan tahap kesihatan, 48.1% responden mengakui mempunyai masalah kesihatan
sementara 45.3% lagi mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang
memerlukan pemantauan dari semasa ke semasa. Sementara 5.1% lagi tidak pasti. Maka, ini
menunjukkan taraf kesihatan responden warga tua di kawasan adalah diparas dan sederhana dan
mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap penjagaan kesihatan.
Bagi jenis penyakit pula, 20% mendakwa mengalami darah tinggi dan kencing manis
18.6 %. Bagi lain-lain penyakit pula, 9.2% daripada responden mempunyai penyakit lelah/penat,
rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%, masalah otot dan saraf dan lain-lain penyakit masing-
masing sebanyak 2.8 %, kurang pendengaran, barah,batu karang pula sebanyak 0.8%, manakala
sakit tulang belakang dan nyayuk masing-masing 0.6% dan 0.3%.
Di kawasan kajian, sebanyak 11.4 % responden adalah tinggal bersendirian, sementara
yang tinggal bersama pasangan sebanyak 25% anak-anak terutama anak yang belum berkahwin
pula adalah sebanyak 17.8% dan pasangan dan anak pula sebanyak 25.8% . Bagi beberapa
ketegori yang lain, kesemuanya dibawah 10% terutama bagi yang tiggal bersama anak-anak yang
sudah berkeluarga.
61
Dalam aktiviti sosial pula, kehadiran sebanyak 77% peratus ditunjukkan dalam ceramah
agama, 15% peratus dalam gotong-royong, 6% mesyuarat, sementara 2% lagi pernah
menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya.
Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak 13.8% manakala
selebihnya iaitu sebanyak 81.4% lagi adalah tidak terlibat dalam organisasi sosial. Ini
menunjukkan bahawa warga tua di kawasan kajian berasa pada usa tua mereka sudah tidak
sesuai untuk berpersatuan.
Organisasi sosial yang diceburi dan paling digemari ialah Ahli Jawatankuasa masjid iaitu
sebanyak 5%. Selain itu warga tua juga aktif dalam rukun tetangga dengan peratusan penyertaan
sebanyak 4.7%. Manakala Persatuan Khairat Kematian sebanyak 1.4%, dan Ikatan Relawan
Rakyat Malaysia (RELA) sebanyak 1.1% dan selebihnya adalah Persatuan Bekas Perajurit iaitu
sebanyak 0.3%.
Bagi kemudahan warga tua, 60.8% daripada responden mempunyai kenderaan sendiri
manakala selebihnya tidak memiliki sebarang kenderaan. Antara kenderaan yang dimiliki oleh
responden seperti motosikal (26.9%). Kereta (24.7%), motosikal dan kereta (10.8%) dan van
(1.4%).
Tahap pengetahuan responden mengenai kemudahan warga tua ditempat tinggal mereka
adalah baik dimana, hampir semua responden memberikan jawapan ada (17.8%) dan tidak
(43.5%), manakala selebihnya tidak pasti (35.6%).
62
5.3 Cadangan
Setelah menghasilkan kajian ini, pengkaji melihat terdapat pelbagai masalah yang wujud
di dalam pengendalian hidup warga tua. Justeru pengkaji akan mencadangkan beberapa strategi
yang pengkaji rasa boleh diguna pakai bagi membantu dan memperbaiki pengaturan kehidupan
warga tua.
Dari segi masalah kewangan pengkaji merasakan pihak berwajib perlu memainkan
peranan yang baik dimana memastikan bantuan untuk warga tua sampai ke tangan yang berhak.
Contohnya, ramai responden mendakwa susah untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) disamping pengagihan yang tidak adil. Selain itu, pihak kerajaan
juga perlu lebih komited dalam menjaga kebajikan warga tua seperti menyediakan modal untuk
perniagaan dan membuka ruang pekerjaan yang sesuai untuk warga tua. Hal ini kerana
pembiayaam daripada kerajaan atau swasta dalam aspek kewangan juga boleh membantu
program penjagaan sosial warga tua. Disamping itu, pelaksanaan umur pencen yang baru
daripada 56 tahun kepada 60 tahun amat bertepatan jika dilaksanakan sekarang..
Dalam segi kesihatan pula, pngkaji melihat tahap kesedaran dan pengetahuan yang
rendah membabitkan kesihatan diri warga tua. Oleh itu, pendedahan yang sewajarnya perlulah
dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Di usia ini, warga tua sangat memerlukan perhatian
daripada segi kesihatan, oleh itu, mutu perkhidmatan kesihatan oleh kementerian kesihatan perlu
ditingkatkan. Klinik kesihatan seperti klinik 1Malaysia perlu diperbanyak dan diperluaskan
fungsinya terutama untuk rawatan pesakit warga tua.
Bagi mengelakkan masalah yang berlaku berkaitan warga tua semua pihak perlu
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek penjagaan warga tua. Kempen seperti ‘Warga
63
tua teras masyarakat’ dan ‘yang tua di hormati yang muda di sayangi’ perlulah menyeluruh agar
semua pihak mendapat kesan yang positif daripada kempen tersebut. Selain itu, langkah
perundangan juga peru di wujudkan mengelak pengabaian terhadap warga tua.
Dari segi sosial pula, pelbagai kemudahan perlu disediakan oleh pihak kerajaan
tempataan dimana kemudahan-kemudahan ditempat kediaman, kemudahan bergerak dan lain-
lain mampu membawa perubahan kepada pengaturan kehidupan warga tua. Dengan adanya
kemudahan seperti rumah jagaan harian warga tua yang berfungsi ketika anak-anak pergi bekerja
sekuran-kurangnya, warga tua tidak sunyi dan mempunyai kawan untuk berbual. Ini menjadikan
warga tua lebih sejahtera dan bersosialisasi.
5.4 Sumbangan Kajian Terhadap Disiplin ilmu
Kajian ini melihat secara terperinci mengenai profil sosial dan pengaturan kehidupan
warga tua selepas umur persaraan rasmi. Kajian menggunakan kaedah borang soal selidik dan
temu bual bersemuka. Hasil kajian ini boleh memberi input yang berguna kepada pengkaji,
kerajaan, masyarakat dan penggubal dasar dengan mengambil kira semua aspek berkaitan warga
tua untuk merencana sesuatu perkara. Contohnya pengubal dasar yang ingin mengubal dasar
baru bagi penduduk malaysia perlu memasukkan elemen warga tua agar dasar yang digubal
mampu memberikan impak holistik kepada semua. Selain itu, bagi disiplin keilmuan, diharap
kajian ini mampu memberikan panduan dalam melaksanakan kajian mengenai warga tua
disamping menjadi sebahagian ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam menyelidiki pengaturan
kehidupan warga tua khususnya. Dalam menjayakan sesebuah penyelidikkan seharusnya semua
elemen perlu diperhatikan dan diambil kira agar hasil daripada kajian tersebut tepat dan jitu.
64
BIBLIOGRAFI
Aziz Shafie, et al. (2004). Penjagaan Sosial dan Kesejahteraan Hidup Warga Tua di Negeri
Perlis. Jurnal Kerja Sosial Malaysia. 3-28.
Aishah@Eshah Haji Mohamed, Katiman Rostam, Abd. Rahim Md Nor, Zaini Sukaimi (2008)
Kualiti hidup warga tua di pinggir bandar: Kes Selangor. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam International Conference On Social, Development And
Environmental Studies: Global Change and Transforming Spaces, organised by Centre
for Social, Development & Environment, Faculty of Social Science and humanities,
UKM. 18 – 19 November.
Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 (2011). Taburan Penduduk Dan Ciri-Ciri Asas
Demografi Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bougaarts, J. dan Zimmer, Z. (2002). Living Arrangement of Older Adults in the Developing
World: an Analysis of Demographic and Health Survey Household Surveys.Journal of
Gerontology, 57B(3):145-157.
Brown J.W. et al. (2002). Transitions in Living Arrangements among Elders in Japan:Does
Health Make a Difference?. Journal of Gerontology, 57B,(4):209-220.
Chang, T.P. (1992). Implications of Changing Family Structures on Old-age Support in the
ESCAP Region. Asia-Pacific Population Journal, 7(2):49-65.
65
Domingo, L.J. dan Casterline, J.B. (1992). Living Arrangements of the Filipino Elderly. Asia
Pasific Development Journal, 7(3):63-87.
Douglass RL (1983) Domestic neglect and abuse of the elderly: Implications for research.
Relations 32 (3), 395-402
Helman, C.G. (1994). Budaya, Kesihatan dan Penyakit. (Terj.) Hashim Awang A.R. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (1991). Siri Masa Perangkaan Penting, Semenanjung
Malaysia 1911-1985. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (1998). Laporan Perangkaan Penting Semenanjung
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kalish, R.A. (1982). Late Adulthood: Perspective on Human Development. Second
Edition. California: Brooks Publishing Company.
Kandiah, M. (1990). Ketuaan dan Kesejahteraan Warga Tua. Jurnal Kebajikan
Masyarakat, 12 (2):1-5.
Kim, I.K. dan Choe, E.H. (1992). Support Exchange Patterns of the Elderly in the Republic
of Korea. Asia-Pasific Population Journal, 7(3):89-104.
Knodel, J. et al. (1992). The Familial Support System of Thai Elderly: an Overview. Asia-
Pasific Population Journal, 7(3):105-125.
Lauer RH, Lauer JC (2002) Social problems and the quality of life. 8th ed. McGraw Hill, Boston.
66
Liang, J. et al. (1992). Social Support among The Aged in Wuhan, China. Asia-Pasific
Population Journal 7(3):33-61
Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa. (2000). Warga Tua; Satu Penelitian Umum. Dlm
Abdul Aziz Jemain, et al, (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Martin, L.G. (1989). Living Arrangement of The Elderly in Fiji, Korea, Malaysia and The
Philiphines. Demography 26 (4): 627-643.
Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob. (2010). Aspek Kendalian Hidup Warga Tua:
Kajian Kes di Pulau Langkawi. Dlm. Pembangunan, Sosial dan Persekitaran: Ke arah
Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ke-3,
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran,Universiti Kebangsaan
Malaysia 20-21 Julai 2010.
Pala, J. (1998). Warga Tua dan Penuaan Penduduk di Malaysia. Siri Monograf Banci
Penduduk No 4. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (1987). Population aging: Review of emerging issues.
Asian population studies series No. 80. Bangkok: Economic and Social Commission for
Asia and the Pacific
Phillips, D.R. (1992). Hong Kong: Demographic and Epidemiological Change and Social
Care for Elderly. Dlm. Phillips, D.R. (ed). Ageing in East and South-east Asia. Great
Britain: Edward Arnold.
67
Suhana Saad (2000). Warga Tua Dalam Hubungan Kekeluargaan. Dlm. Abdul Aziz Jemain,
et al; (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
United Nations (2002) World population ageing 1950 - 2020.
Usman Haji Yaakob. (1989). Prinsip kajian kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Usman Haji Yaakob. (2001). Peranan Keluarga dalam Penjagaan Warga Tua di Malaysia.
dalam Abdul Aziz Jemain, et al; (ed). Jaminan Sosial warga Tua. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Usman Hj. Yaakob, Tarmizi Masron and Fujimaki Masami, (2009) Spatial Distribution of
Senior Citizen in Peninsular Malaysia 1991 and 2000. The Journal of Ritsumeikan
Geographical Society, 21, 59-68.
Wan Ibrahim Wan Ahmad. (1999). Hubungan sosial, sokongan dan kesejahteraan warga tua di
pedesaan negeri Kelantan. Tesis Ph.D, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.
Warnes, A. (1992). Population ageing in Thailand: personal and service implications. Dlm.
David R. Phillips Ageing in East and Southeast Asia, Great Britain: A Division of
Hodder & Stoughton.
Yaakob Harun. (1991). The Malay Urban Family: an Analysis of Change, Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
68
Bahan Daripada Internet
Kementerian Kesihatan Malaysia (2008). Panduan Penjagaan Warga Emas. Dicapai pada 21
november 2010 dari http://www.infosihat.gov.my/media/garisPanduan/GP_Warga20Emas
Peta Negeri Kedah. http://kedah2u.com.my dicapai pada 12 disember 2012
Peta Negeri Pulau Pinang: : http://yusriarshad.blogspot.com/ dicapai pada 12 disember 2012
69
LAMPIRAN 1
Foto 1: Responden Di Sekitar USM. Foto 2: pengkaji sedang tekun menemu bual responden
Foto 4: membantu responden menjawab soalselidik
LAMPIRAN 2
Borang soal selidik
70