kajian tindakan 2009(laporan)

Upload: siti-norlina

Post on 19-Jul-2015

122 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2009 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID PEMULIHAN KHAS DALAM KEMAHIRAN KVKV MELALUI PENGGUNAAN TEKNIK KLIK. Oleh En. Hasrul bin Abdul Rahman Sekolah Kebangsaan Kampong Dew 34400 Simpang Empat, Semanggol,Kerian Perak.

Kelolaan

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID PEMULIHAN KHAS DALAM KEMAHIRAN KVKV MELALUI PENGGUNAAN TEKNIK KLIK. SK. KAMPONG DEW TAHUN 2008 OLEH : EN. HASRUL BIN ABDUL RAHMAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah member kerjasama semasa saya menyiapkan kajian ini terutama kepada : Pn Rubiah binti Abdul Karim Guru Besar SK Kampung Dew Guru-guru Penolong Kanan SK Kampung Dew Ahli-ahli Panatia Bahasa Melayu SKKD Semua guru SKKD

ABSTRAK Membaca merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata,membatangkan dan membaca perkataan, ayat seterusnya petikan ataupun karangan. Aspek membaca perkataan dua suku ,kata KV + KV salah satu isi kandungan Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti punca kesukaran murid menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kataKv dan suku kata terbuka. Kajian ini dijalankan ke atas 3 orang murid pemulihan iaitu 2 orang murid Tahun 2 dan seorang murid Tahun 3 di sekolah saya. Hasil dapatan daripada Ujian Pra yang dijalankan didapati murid ini lemah dan tidak dapat mengusai kemahiran kvkv . Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan ayat dan petikan. Apabila saya memperkenalkan teknik klik' Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, didapati 2 orang murid pemulihan khas tahun 2 dan 1 orang murid tahun 3 tidak dapat menguasai kemahiran KVKV dengan baik. Mereka didapati mudah lupa dalam menyebut suku kata Kv dan tidak dapat membunyikan Perkataan KVKV dengan betul.Ejaan dan sebutan yang salah akan menjejaskan makna perkataan dan barangkali mereka akan teruskan juga sebutan itu dalam bacaan mereka walaupun sebutannya itu salah. Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid-murid dapat menyebut suku kata Kv dan Perkataan Kvkv dengan betul dan baik . Teknik Klik yang berasaskan ICT ini adalah cetusan idea bagi menyelesaikan permasalahan murid tersebut.

2.

ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIAN Melalui pengalaman yang lalu, masalah utama yang dikenal pasti ialah murid Pemulihan Khas seramai 3 orang gagal menguasai kemahiran Kv dan perkataan Kvkv dengan baik dan betul. Mereka lambat dan sukar mengingat apa yang mereka baca. Kajian ini dilakukan untuk memastikan murid-murid Pemulihan khas dapat menyebut dan membunyikan suku kata Kv dan Kvkv dengan betul dan baik.Seterusnya dapat menguasai kemahiran lain dengan cepat dan akhirnya menguasai kemahiran 2M dengan baik.

3.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am Mengurangkan masalah kadar buta 2M. Objektif Khususi. ii. iii.

Menyebut dan membunyikan suku kata Kv dan perkataan Kvkv dengan betul. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap kemahiran Kv dan Kvkv dengan baik. Meningkatkan peratus murid di dalam penguasaan kemahiran membaca.

4.

SASARAN 3 orang murid Pemulihan Khas (Tahun 2 seramai 2 orang,Tahun 3 seramai 1 orang).

5.

PERLAKSANAAN KAJIAN Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tindakan masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut;

5.1 Tinjauan Masalah Berdasarkan soal selidik,saya dapati bahawa banyak factor yang mempengaruhi kelemahan murid dalam menguasai kemahiran ini 5.1.1 Malas untuk menyebut dan kurang bersedia untuk belajar 5.1.2 Cepat bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran

5.1.3 Ibu bapa kurang atau tidak membimbing murid membaca di rumah. 5.1.4 Kesuntukan masa untuk guru memberi tumpuan lebih kepada bilangan murid pemulihan khas yang ramai. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Post Data Ujian Pra dan Ujian Post yang dijalankan adalah seperti berikut: Nama Murid 1 Murid 2 Murid 3 5.2.2 Soal selidik 5.2.3 Pemerhatian,data dan rekod 5.2.4 Soal jawab 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.3.1 Bagi mengatasi masalah ini,saya telah mencipta teknik Klik yang berasaskan teknologi maklumat.Dengan adanya unsur ICT saya berharap murid berminat untuk membaca suku kata dan seterusnya dapat mengingat kemahiran Kvkv dengan lebih baik. 5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian 5.4.1 Saya telah menunjukkan teknik klik kepada murid. Ujian Pra 43% 57% 50% Ujian Post 77% 90% 77%

5.4.2 Murid melihat ,mengeja dan cuba membunyikan suku kata Kv dan Kvkv. 5.4.3 Murid mencuba teknik klik secara individu. 5.4.4 Guru bersoaljawab dengan murid. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Murid-murid pemulihan adalah murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun SlowLearner.Murid-murid ini lambat menguasai sesuatu kemahiran,lambat mengingat dan mudah cepat lupa.Oleh sebab itu teknik klik ini dijalankan selama 4 minggu.Diharapkan dengan adanya teknik ini,murid akan dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam kemahiran Kv dan Kvkv dan seterusnya dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan baik.Setelah teknik di atas dilaksanakan saya dapati ada peningkatan peratusan daripada ujian Pra dan Ujian Post yang telah dijalankan.Murid berasa seronok semasa P&P dijalankan kerana adanya penggunaan ICT dalam pembelajaran.

6.0 CADANGAN Saya berhasrat untuk meneruskan teknik ini kepada murid lain yang mengalami masalah kemahiran yang sama,semoga masalah menguasai kemahiran Kv dan Kvkv berjaya diatasi sepenuhnya dan akhirnya mengatasi masalah 2M di sekolah saya.

Bibliografi Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Sharida Sharudin(2001), Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (M) Sdn.Bhd.

Isi Kandungan Penghargaan Abstrak

1.0 Refleksi P&P yang lalu 2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan masalah 5.2 Analisis tinjauan masalah 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatiaan

6.0 Cadangan Kajian seterusnya.

Bibliografi

Lampiran

LAPORAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH 2009

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama Pegetua / Guru Besar Nama dan Alamat Sekolah: Jenis Sekolah Gred Sekolah Surat Pekeliling Program Kajian Tindakan Peringkat Sekolah Tahun 2009 Tarikh Pembentangan Masa Tempat Mata Pelajaran Tajuk Kajian (Berkaitan dengan isu)

Pn. Rubiah Binti Abdul Karim Sek. Keb. Kampong Dew, 34400 Simpang Empat, Semanggol. SK = 1 A =1 Ada1. J.Pen.Pk.(AM)4941/Jld.10/(74) Bertarikh 23 Disember 08

Tiada

18 Julai 2009 (Sabtu) 8.00 am 10.00 am Makmal Komputer Sk. Kampung Dew Bahasa Melayu Pemulihan Khas Meningkatkan Penguasaan Murid Pemulihan Khas Dalam Kemahiran KVKV Melalui penggunaan Teknik Klik. Murid Pemulihan Khas lemah menguasai kemahiran KV dan KVKV. Jumlah kesalahan murid dalam membunyikan perkataan Kvkv ini berkurangan setelah teknik Klikyang berasaskan ICT dijalankan di dalam kelas. Mengatasi masalah murid dalam membunyikan dan mengingat suku kata Kv dan perkataan Kvkv. 3 orang murid Pemulihan Khas Hasrul bin Abdul Rahman Guru Pemulihan Khas

11 12

Isu /Keperihatinan/Masalah Kajian Refleksi Isu / Keperihatinan/Masalah

13

Objektif

14 15 16

Kumpulan sasaran Nama Pembentang Kumpulan Penyelidik

Guru Bahasa Melayu Bilangan guru yang hadir (Sila kepilkan senarai kehadiran) Senarai guru yang tidak hadir Sinopsis Pembentangan (Gunakan lampiran berasingan jika perlu) Masalah yang dihadapi ketika membuat ujian 22 orang Tiada Pembentangan menggunakan Power Point dan lampiran yang berkaitan. Kurang memberi tumpuan terhadap perkataan yang sama ejaan, malas bertanya dan murid juga sukar membezakan e taling dan e pepet disebabkan huruf e itu adalah sama. Murid mengaplikasikan hasil kajian dalam P&P Pemulihan Khas.

17 18 19 20

21

Cadangan tindak ikut

..(Tandatangan dan Cop Pengetua / Guru besar)

Catatan : Laporan hendaklah ditaip