kajian tindakan pdp

6
1. Abstrak Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengubah strategi pengajaran guru kepada murid bagi mata pelajaran matematik untuk darjah 1 hingga 6. Pengajaran harus berpusatkan murid dengan mengambil istilah guru adalah pembimbing dan murid adalah pelajar yang belajar. Ini adalah untuk memaksimumkan kemenjadian yang terhasil dari sekadar memenuhi agenda PPD atau JPN sahaja. Ini atas alasan bahawa guru adalah pelaksana akhir yang mengaplikasikan amali sedangkan pada peringkat atasan rendah iaitu peringkat saluran pertengahan kepada KPM atau Kerajaan adalah pada bab teori sahaja yang mana ia berkemungkinan besar mempunyai penambahan idea sendiri yang mana menjelaskan penggubahan sesuatu yang dikehendaki oleh KPM atau Kerajaan itu berlaku. Walaupun istilah penambahbaikan digunakan yang mana jelasnya ianya membawa kesan yang menyimpang dari tujuan asal. Kajian ini melibatkan murid dari tahun 1 hingga 6 seramai 80 orang murid dari keperbagaian ABP dan latar belakang yang berbeza. Kajian ini menjurus kepada penguasaan total murid kepada hafalan sifir dengan aktiviti yang tidak didedahkan atas sebab kemandirian sekolah terhadap peribahasa enau. Enau adalah system amalan yang digunapakai dalam menentukan siapa yang lebih dari yang kurang. Kesan yang buruk biasanya akan membawa padah kepada yang kurang. Pengajaran secara rahsia akan dijalankan

Upload: azlan

Post on 06-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan PdP

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan PdP

1.  Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengubah strategi

pengajaran guru kepada murid bagi mata pelajaran matematik untuk

darjah 1 hingga 6. Pengajaran harus berpusatkan murid dengan

mengambil istilah guru adalah pembimbing dan murid adalah pelajar yang

belajar. Ini adalah untuk memaksimumkan kemenjadian yang terhasil dari

sekadar memenuhi agenda PPD atau JPN sahaja. Ini atas alasan bahawa

guru adalah pelaksana akhir yang mengaplikasikan amali sedangkan pada

peringkat atasan rendah iaitu peringkat saluran pertengahan kepada KPM

atau Kerajaan adalah pada bab teori sahaja yang mana ia berkemungkinan

besar mempunyai penambahan idea sendiri yang mana menjelaskan

penggubahan sesuatu yang dikehendaki oleh KPM atau Kerajaan itu

berlaku. Walaupun istilah penambahbaikan digunakan yang mana jelasnya

ianya membawa kesan yang menyimpang dari tujuan asal.

Kajian ini melibatkan murid dari tahun 1 hingga 6 seramai 80 orang murid

dari keperbagaian ABP dan latar belakang yang berbeza. Kajian ini

menjurus kepada penguasaan total murid kepada hafalan sifir dengan

aktiviti yang tidak didedahkan atas sebab kemandirian sekolah terhadap

peribahasa enau. Enau adalah system amalan yang digunapakai dalam

menentukan siapa yang lebih dari yang kurang. Kesan yang buruk

biasanya akan membawa padah kepada yang kurang.

Pengajaran secara rahsia akan dijalankan

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

                 Saya telah ditugaskan mengajar Matematik murid-murid tahun

2A SK Seri Idaman Murid. Murid mempunyai buku latihan aktiviti yang

Page 2: kajian tindakan PdP

dibekalkan oleh kerajaan dan juga penggunaan buku latihan bertulis serta

juga lembaran-lembaran kerja yang selalu diberikan oleh guru.

                Murid menggunakan kesemua bahan-bahan diatas sepanjang

penggunaan latihan dan pembelajaran mereka. Meneliti kepada dua

bahagian iaitu buku latihan aktiviti serta lembaran kerja mempunyai fokus

yang difungsikan kepada lalai murid dan membelakangkan jalan kerja

yang sepatutnya. Ini secara tidak lansung menyah-kemahiran berkala

yang lazimnya dilakukan setiap kali pengujian, pengukuhan dan

penggayaan dilakukan yang membawa kesan-kesan tertentu kepada

murid. Maksud saya ialah “membina jalan kerja” sebagai pelaziman

berkala.

                Dalam pemerhatian saya, murid tidak menunjukkan

kesungguhan dalam membuat atau membina jalan kerja dan melakukan

dalam situasi yang bersikap lebih kurang sahaja serta ada yang

memadamkan kembali jalan kerja mereka dan ada pula yang menulis

jawapan sahaja. Apabila memudahkan sesuatu pasti akan wujud satu

masalah baru

Saya perlu mengubah kembali fokus murid serta pembetulan terhadap

kepentingan jalan kerja yang harus dilazimkan oleh murid. Bagi tahap 1

ianya adalah sebagai pengamalan awal yang mana ianya akan

memberikan kesan yang baik terhadap tahap seterusnya.

2. FOKUS KAJIAN

                        Murid bermasalah membuat jalan kerja yang betul terhadap

topik pembelajaran matematik yang melibatkan titik perpuluhan dan

wang. Selain itu kedudukan angka yang ditulis tidak sebaris dan tulisan

yang tidak sepadan dengan saiz, penggunaan pensel yang tidak terang

warna gelapnya serta garisan yang di garis secara ’free hand’.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: kajian tindakan PdP

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

i.             Objektif umum

         Mengatasi masalah penguasaan melakukan jalan kerja dengan betul dan tepat dahulu tanpa mengira sama ada jawapan akhir betul atau salah.

ii.            Objektif KhususObjektif khusus kajian ini adalah agar

         Murid dapat membuat jalan kerja yang sama.         Murid dapat membuat jalan kerja tanpa menghiraukan jawapan.

Murid dapat menggunakan alatan pembaris untuk menggaris ruang jawapan

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 14 orang murid Tahun 2 , SK Seri Idaman.

5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan

kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat

bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.

Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid

semasa proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan

didapati  murid tiada melakukan jalan kerja yang sempurna.

Latihan pemerhatian

Latihan pemerhatian telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk

melihat  penguasaan murid terhadap jalan kerja murid. Sebanyak 10

soalan telah diberikan.

KEPUTUSAN LATIHAN PEMERHATIAN

Page 4: kajian tindakan PdP

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah didapati keseluruhan

murid mempunyai kepelbagaian permasalahan masing masing dalam

menjanakan penulisan terhadap jalan kerja matematik. Kebanyakan murid

lebih menumpukan kepada jawapan yang betul berbanding jalan kerja

yang sempurna kerana berpendapat jawapan yang betul adalah lebih

utama. Dan pendapat ini harus disingkirkan dalam perihal matematik.

Terdapat juga murid yang sempurna dan berjaya dalam jalan kerja serta

tulisan yang memuaskan. Namun atas dasar, semua murid harus

menguasainya. Tindakan perlu dilakukan.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah Menjelaskan    Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid bagi jalan kerja

metematik, saya telah menggunakan Kaedah Menjelaskan iaitu murid

murid harus diperjelaskan terhadap apa yang mereka lakukan. Kerana

murid ada kalanya tidak faham mengapa perlu ada jalan kerja. Murid

harus difahamkan fungsi ’jalan kerja’ kerana jika murid tidak faham fungsi

’jalan kerja’ maka sikap lewa akan memusnahkan hasil dari jalan kerja itu

sendiri. Apabila murid faham apa yang perlu, secara tidak lansung

permasalahan itu akan hilang.

Aktiviti yang dijalankan

a) Penerangan Guru

b) Latihan jalan kerja

Aktiviti 1 :

a) Penerangan Guru,

b) Latihan Jalan Kerja

Page 5: kajian tindakan PdP

Tarikh : 28 jun 2015

Cara pelaksanaan,

Guru memahamkan fungsi jalan kerja,

Murid memahamkan diri terhadap fungsi jalan kerja,

Murid membuat jalan kerja di papan tulis tanpa isi jawapan,

Murid difokuskan kepada jalan kerja sahaja tanpa memikirkan

pengiraan

 

Refleksi dari aktiviti 1

Daripada pelaksanaan yang dijalankan didapati murid faham dan mengerti

kepentingan fungsi jalan kerja terhadap matapelajaran matematik.

Apabila murid memahami, maka pengamalan dilakukan secara berterusan

dan teliti pada bahagian sepatutnya yang perlu dipentingkan. Ini selaras

dengan ujian-ujian bahagian kertas 2 yang menghendaki jalan kerja

sebagai markah utama berbanding jawapan. Murid akur.

Penilaian dan refleksi

Berdasarkan apa yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa

memahamkan murid merupakan salah satu kaedah tunggal yang mudah

bagi membetulkan keadaan. Hasil dari soalan berikutnya yang diberikan

sebanyak 10 soalan. Semua murid dapat melakukan jalankerja dengan

baik sekali. Tajuk yang disasarkan ialah perpuluhan dan wang. Murid tidak

perlu menulis jawapan tetapi hanya jalankerja yang diwajibkan. Hasilnya

apabila murid tidak perlu memikirkan jawapan ialah semua murid berjaya

melakukan jalan kerja dengan baik sekali.

           

Page 6: kajian tindakan PdP

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

            

Tiada cadangan