kak 3013 mathematics for young children -words (4)
TRANSCRIPT
KURSUS :
(KAK 3013)
MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN
TUGASAN KUMPULAN
WAKTU
DISEDIAKAN OLEH :
NURUL AIDA BINTI NASRI D20101038540
MOHD AZMIR B ABD RAHMAN D20102039657
NUR ATIKA BINTI MENAWIR D20102039684
NOR FATIHAH BINTI IBRAHIM D20102039689
KUMPULAN B
ISMP PEND. AWAL KANAK-KANAK (AT 19)
SEMESTER
SESI 1 2013/2014
PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0 PENGENALAN
Penguasaan matematik awal oleh kanak-kanak tadika penting kerana ianya merupakan asas
untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran
matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana
menggembirakan akan dapat memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari matematik.
Konsep pranombor, nombor awal, operasi nombor, pengukuran, masa dan ruang perlulah
diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting
dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Konsep merupakan idea asas
yang diperlukan dalam pemikiran logik. Rangsangan yang menarik perhatian selalunya
ditentukan jenisnya menurut pengalaman yang sedia ada. Bagi kanak-kanak membentuk
konsep biasanya melalui permainan dan pengalamannya. Kanak-kanak mengenali konsep
masa dan waktu dengan apa yang berlaku dipersekitarannya. Masa dan waktu amat penting
untuk dipelajari oleh kanak-kanak kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kanak-
kanak.
Selain itu juga, konsep masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak boleh dilihat
dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Masa boleh
diukur dengan dua cara iaitu tempoh masa dan waktu berlaku. Unit arbitrari untuk pengukuran
masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi
pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Pengunaan bahan bantu
mengajar yang konkrit membantu kanak-kanak mengingati dan memahanmi dengan lebih
terperinci mengenai konsep masa dan waktu yang diajar oleh guru.
Konsep masa dan waktu amat penting diajar untuk kanak-kanak kerana ia dapat
menerangkan mengenai waktu dan aktiviti yang sesuai dijalankan. Konsep masa dan waktu
juga menceritakan mengenai waktu ke sekolah, bermain, tidur dan sebagainya. Penerangan
mengenai masa dan waktu ini perlulah dipericikan ajar kanak-kanak jelas mengenai konsep
masa dan waktu baik. Bahan bantu mengajar juga penting dalam melakukan aktiviti ini dan
konsep belajar sambil bermain penting bagi mengelakkan kanak-kanak cepat bosan dalam
sesi pembelajaran berlangsung dan ini akan mengakibatkan objektif tidak akan tercapai.
2.0 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Kelas : Tabika Kota Malim Prima.
Tarikh/ hari : 9/10/2013 (Rabu).
Umur murid : 6 Tahun.
Kehadiran : 18 Orang.
Masa : 50 minit (9.00 am – 9.50 am).
Tunjang utama : Tunjang sains dan teknologi ( Awal Matematik) (ST).
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi-Bahasa Malaysia (BM).
Tema : Matematik
Subtema : Waktu dan masa
Standard kandungan : (ST 6.1) Memadankan objek.
(ST 10.1) Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian
(BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.
Standard pembelajaran murid : (ST 10.1.2) Menyatakan waktu untuk menjalankan sesuatu aktiviti ( cth, jam 7 pagi- bangun tidur)
(BM 2.2.8) Bersoal jawab secara sopan.
(PM 12.1.2) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.
Aktiviti : 1. Aktiviti menyanyi
2. Aktiviti bercerita menggunakan kad imbasan
3. Aktiviti bermain sambil belajar (memancing kad bergambar)
Objektif pengajaran : Di akhir pengajaran kanak-kanak akan dapat:
1. Menyatakan waktu mengikut aktiviti dan masa yang dijalankan.
Bahan bantu mengajar : 1.Komputer.
2. Video lagu.
3.Kad imbasan bergambar
4. Jam besar
5. Papan putih
6. Kotak misteri ( kad bergambar)
Pengetahuan sedia ada : Mengetahui pra nombor
Kecerdasan pelbagai :Logikal Matematik, Kinestetik badan, Muzikal,
Kecerdasan interpersonal.
Penerapan nilai murni : Keyakinan diri, bersabar, berdisiplin.
Kemahiran berfikir : Berfikir cara untuk memadankan gambar mengikut peristiwa, kritis, kreatif
Masa Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan
Set induksi( 5 minit)
Pengenalan 1. Guru menanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak.2. Guru memperdengarkan lagu kanak-kanak iaitu, bangun pagi kepada kanak-kanak.
1. Kanak-kanak memberi respon terhadap soalan yang diajukan kepada mereka.2. Kanak-kanak mendengar dan menyanyikan lagu yang dimainkan oleh iaitu ‘pukul 6 pagi’.
BBM :1.Komputer2. Video laguNILAI :1.DisiplinKB: Kreatif KAEDAH:Nyanyian PENDEKATAN:
Berpusatkan murid
Perkembangan ( minit)
Aktiviti bercerita menggunakan kad bergambar dan jam besar.
1. Guru memulakan sesi bercerita dengan menggunakan kad bergambar dan jam besar.2. Guru menanyakan soalan kepada kanak-kanak berdasarkan kad imbasan.
1.. Kanak-kanak memberi respon mengenai cerita yang disampaikan oleh guru.2. Kanak-kanak memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
BBM :1.Kad bergambar2. Jam besarNILAI :1.Berdisiplin 2.Berkeyakinan tinggiKB: Kritis KAEDAH :Penerangan PENDEKATAN: Berpusatkan guru
Penilaian ( minit)
Aktiviti memancing gambar.
1.Guru menyuruh setiap kanak-kanak memancing gambar di dalam kotak dan menampal gambar tersebut di papan putih.
1.Kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut mengikut giliran.
BBM:1.Pancing2. Kad bergambarNILAI :1.Berdisiplin2. SabarKB:Kritis KAEDAH:Kaedah bermain PENDEKATAN:Berpusatkan murid
Penutup Bersoal jawab mengenai aktiviti yang dilaksanakan.
1.Guru meminta kanak-kanak menyebut waktu-waktu dalam sehari.
2. Guru memainkan lagu dan menyuruh kanak-kanak bernyanyi bersama-sama.
1. Kanak-kanak menyebut waktu-waktu dalam sehari. Contoh: Pagi, petang dan malam.2. Kanak-kanak menanyi lagu bangun pagi bersama-sama guru
BBM:1.Lagu2.Kad bergambarNILAI MURNI:1.BerdisiplinKB:KritisKreatif
3.0 LAPORAN PENGAJARAN
3.1 LAPORAN SET INDUKSI
Pada permulaan kami melakukan sesi soal jawab dengan kanak-kanak. Kami bertanya
khabar dan beberapa soalan yang berkaitan dengan dengan tajuk pengajaran iaitu waktu.
Kemudian kami mengajak kanak-kanak menyanyi lagu yang berkaitan dengan waktu. Lagu
tersebut bertajuk pukul 6 pagi. Semasa menyanyikan lagu tersebut, kami menggunakan video
sebagai tontonan. Kanak-kanak dapat menyanyikan lagu dengan baik secara beramai-ramai
dan dibimbing oleh kami.
3.2 LAPORAN LANGKAH SATU
Aktiviti yang kami laksanakan pada langkah satu adalah aktiviti bercerita berpandukan kad
bergambar dengan menggunakan jam besar sebagai penanda waktu. Guru menunjukkan
gambar dan menyuruh kanak-kanak untuk meneka gambar yang mereka lihat. Kanak-kanak
menyatakan gambar yang mereka lihat mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan.
Contohnya, pagi, tengah hari, petang dan malam. Kanak-kanak juga bercerita mengenai
pengalaman mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Seterusnya, kaedah yang kami gunakan dalam langkah satu adalah lebih kepada
kaedah penerangan, iaitu menerangkan konsep waktu dan masa melalui aktiviti bercerita dan
bersoal jawab. Guru menerangkan konsep waktu berdasarkan kad bergambar dengan
menggunakan kaedah bercerita dan kanak-kanak mendengar cerita yang disampaikan oleh
guru. Selain itu, guru juga memusingkan jarum jam yang terdapat pada jam besar
berdasarkan waktu yang terdapat pada kad bergambar. Seterusnya, kanak-kanak juga
memberi respon terhadap penceritaan yang disampaikan oleh guru. Pendekatan yang ada
kami gunakan iaitu, pendekatan berpusatkan guru. Guru memainkan peranan penting dalam
menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengambil semua
maklumat yang disampaikan oleh guru. Contoh aktiviti bercerita dalam langkah satu. Guru
menunjukkan kad gambar kepada kanak-kanak dan bercerita kepada kanak-kanak gambar
yang mereka lihat pada kad bergambar. Kanak-kanak akan mendengar cerita yang
disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa orang kanak-kanak yang memberi respon kepada
guru mengenai gambar tersebut, malah ada sesetengah kanak-kanak mencerita pengalaman
yang mereka lalui berdasarkan gambar yang mereka lihat. Dalam masa yang sama, guru
menerangkan mengenai konsep waktu dan masa berdasarkan kad bergambar dengan
menggunakan jam besar.
Bahan-bahan yang kami gunakan adalah jam besar sebagai petanda masa atau
waktu dan kad bergambar sebagai buku cerita (lampiran). Bahan-bahan ini kami gunakan
bagi melaksanakan aktiviti langkah satu. Kanak-kanak sangat gembira dan teruja apabila
melihat bahan-bahan yang kami gunakan semasa melakukan aktiviti tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar sangat penting dalam menarik minat kanak-
kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.3 LAPORAN LANGKAH DUA
Aktivit yang kami laksanakan pada langkah kedua adalah aktiviti bermain sambil belajar iaitu
aktiviti memancing gambar. Guru menyuruh kanak-kanak beratur mengikut kumpulan masing-
masing dan menyuruh setiap ahli dalam kumpulan tersebut menancing gambar yang terdapat
di dalam kotak misteri tersebut, seterusnya menampal gambar tersebut pada papan putih
mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Pendekatan yang kami gunakan dalam kedua adalah lebih kepada berpusatkan murid.
Pendekatan berpusatkan murid merupakan pendekatan yang melibatkan kanak-kanak secara
aktif di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Guru adalah sebagai pembimbing kepada
kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti. Kanak-kanak akan menggunakan kemahiran yang
mereka ada dalam aktiviti kedua. Contoh kemahiran psikomotor di mana kanak-kanak perlu
mahir untuk menggunakan pancing permainan yang diberikan oleh guru untuk memancing
gambar yang terdapat di dalam kotak tersebut. Selain itu, mereka perlu berfikir secara kritis
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, mereka perlu berfikir untuk
menampalkan gambar yang telah mereka pancing di bahagian waktu yang telah ditetapkan.
Kaedah yang kami gunakan dalam aktiviti kedua adalah kaedah bermain. Kaedah
bermain yang kami laksanakan dalam aktiviti kedua ini sesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak. Kaedah ini sesuai dengan kanak-kanak kerana permainan ini amat selamat,seronok
dan bermakna. Permainan yang kami laksanakan ini bukan sekadar permainan semata-mata,
tapi perisian maklumat yang kami ingin sampaikan kepada kanak-kanak dapat dicapai.
Contohnya, mereka dapat mengenalpasti dan menyatakan aktiviti rutin harian mengikut
konsep waktu seperti sarapan untuk waktu pagi. Selain itu, kaedah ini digunakan sebagai
latihan dalam menilai serta mengukuhkan konsep matematik yang mereka pelajari sebelum
ini. Seterusnya, bahan bantu mengajar yang digunakan adalah pancing, kad bergambar dan
papan putih (lampiran).
3.4 LAPORAN PENUTUP
Pada sesi penutup, kami bertanya semula apa yang telah mereka belajar tentang waktu.
Kami meminta kanak-kanak menyebut kembali empat jenis waktu yang telah mereka belajar.
Seterusnya kami menggunakan semula video lagu tadi sebagai pengakhiran. Kanak-kanak
dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
4.0 LAPORAN REFLEKSI
4.1 KELEBIHAN
Berdasarkan hasil pengajaran dan pembelajaran kami dapati kanak-kanak seronok dan amat
berminat dengan pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Kanak-kanak disini juga
kelihatan memberi tindakbalas sangat positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu juga, kanak-kanak tersebut juga memberikan kerjasama tehadap kami serta
mereka juga mendengar arahan yang diberikan dengan baik. Kami juga mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut berasa selesa dengan tahap pengajaran yang disampaikan oleh kami
kerana pengajaran kami menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. Dengan adanya
aktiviti nyanyian pada permulaan sesi pengajaran ia dapat menarik lagi minat kanak-kanak itu
sendiri.
Selain itu juga, bagi pembelajaran ini ada juga kelebihan dapat dilihat seperti dalam
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan ia juga
dapat memotivasikan kanak-kanak untuk terus belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang banyak juga memberi kelebihan dalam komunikasi seperti guru dapat berinteraksi
dengan baik dengan kanak-kanak. Bahan bantu mengajar yang menarik seperti memancing
gambar menaikkan semangat kanak-kanak menyertai aktiviti ini.
Seterusnya, pengunaan multimedia seperti laptop dan muzik membuatkan kanak-
kanak lebih berminat untuk sesi pengajaran ini. walaupun sukar untuk dikawal kerana kanak-
kanak teruja dengan muzik yang digunakan tetapi pengajaran dapat berlangsung dengan
baik. Kanak-kanak juga kelihatan begitu teruja dengan lagu yang digunakan kerana guru
mereka pernah mengajar mereka lagu yang digunakan untuk pembelajaran kali ini.
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini boleh membuatkan kanak-kanak tidak mudah
lupa apa yang telah diajar.
4.2 KELEMAHAN
Apabila selesai melaksanakan tugasan iaitu mengajar, kami mendapati bahawa banyak
kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelemahan ini
disebabkan oleh kurang mahir dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
kanak-kanak. Selain itu juga, kami tidak membuat persediaan yang secukupnya sebelum sesi
pembelajaran berlangsung. Semasa ingin mengajar kami mendapati kanak-kanak 4, 5 dan 6
tahun bercampur dan ini sedikit menyukarkan guru untuk mengajar kerana tahap mereka
berbeza-beza. Keadaan ini juga telah menyukarkan guru mengawal kelas itu kerana ada
kanak-kanak yang tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru . Keadaan kelas yang
sempit juga menyukarkan guru membuat aktiviti kerana kanak-kanak terpaksa duduk terlalu
dekat dan ini membuatkan kanak-kanak akan bergaduh atau bercakap dengan kawan-kawan
tanpa mendengar arahan yang diberikan.
Dia samping itu juga, kelemahan dalam alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar
kami sediakan kurang menarik minat kanak-kanak dan alat bantu mengajar tidak mencukupi
dengan bilangan kanak-kanak yang hadir ke sekolah pada hari itu. Semasa melaksanakan
aktiviti ini keadaan sedikit kelam kabut kerana kanak-kanak tidak dapat dikawal dengan baik
dan kanak-kanak juga tidak beratur untuk melakukan aktiviti ini. ada juga kanak-kanak tidak
sabar untuk melakukan aktiviti ini dan disebabkan ketidaksabaran mereka juga menyebabkan
pengajaran pada hari tersebut agak kelam-kabut.
Seterusnya, kelemahan kami semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah kumpulan kami hanya memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan
kurang memberi perhatian kepada objektif yang ingin di capai semasa melakukan sesuatu
proses pengajaran. Selain itu, guru tidak begitu yakin semasa sesi pengajaran dan begitu
kanak-kanak yang begitu aktif makin menyukarkan guru mengawalnya.
4.3 PENAMBAIKAN
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat, terdapat banyak
penambahbaikan yang perlu kami lakukan menjayakan sesuatu pengajaran itu.
Penambahbaikan ini haruslah dilaksanakan agar kesilapan yang dilakukan oleh kami tidaklah
diulangkan lagi pada masa akan datang. Antara penambahbaikan yang perlu kami lakukan
adalah mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai tahap kanak-kanak yang ingin
kami mengajar terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran. Apabila kami telah
mengetahui tahap kanak-kanak, ini akan memudahkan lagi kami untuk memberi tumpuan
terhadap kelemahan yang alami oleh kanak-kanak ini. Seterusnya, kami boleh memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap objektif sebenar yang ingin disampaikan kepada mereka.
Oleh itu, mereka tidak akan ketinggalan dengan setiap kemahiran yang hendak disampaikan
kepada mereka.
Selain itu, kami juga haruslah menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu
mengajar. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan salah satu langkah untuk
menarik perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran yang hendak kami sampaikan nanti. Di
samping, kami perlu memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang lebih menarik minat kanak-
kanak dan konsep bermain sambil belajar perlulah ada dalam pembelajaran supaya kanak-
kanak tidak mudah bosan dengan pembelajaran. Hal ini kerana, kanak-kanak tadika ini lebih
gemar melakukan aktiviti bermain daripada memberi perhatian kepada belajar semata-mata.
Seterusnya, guru juga perlulah membuat persediaan yang dari sudut mental dan
fizikal agar kami mudah untuk mengurus kerenah kanak-kanak di tadika. Hal ini kerana
kesabaran dalam mengalas tanggungjawab sebagai guru amatlah berat dalam mendidik anak
bangsa. Di samping itu, guru juga perlulah mempunyai kemahiran dalam mengawal kelas dan
pandai menarik minat kanak-kanak untuk terus memberi tumpuan kepada pembelajaran.
Guru perlulah mengetahui kanak-kanak yang aktif dan cuba asingkan kanak-kanak yang aktif
duduk berhampiran atau bersama kerana ini akan mendatangkan masalah kepada guru itu
sendiri dan pelajar yang lain.
5.0 PENUTUP
Masa dan waktu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu.
Pembelajaran matematik yang berkaitan dengan masa dan waktu kepada kanak-kanak boleh
mengajar kanak-kanak itu membahagikan masa yang betul dan kanak-kanak akan melakukan
aktiviti mengikut masa dan waktu yang sesuai. Dalam pembelajaran ini, guru perlulah
menekankan lebih mendalam dalam pembelajaran masa dan waktu kerana secara tidak
langsung akan dapat mendisiplinkan kanak-kanak itu sendiri. Guru juga memainkan peranan
yang penting dalam mengajar mengenai masa dan waktu kepada kanak-kanak. Selain itu
juga, guru yang kreatif dan kritis dalam berfikir akan dapat membina kefahaman yang jelas
kepada kanak-kanak. Guru yang baik dan bijak mampu mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, kanak-kanak akan
mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan ini dapat
mengelakkan kanak-kanak cepat bosan terhadap sesuatu pembelajaran. Jika aktiviti yang
membabitkan masa dan waktu sesuai ia akan dapat memudahkan kanak-kanak memahami
konsep matematik dengan baik. Bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud dan nyanyian
akan menyokong lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga,
menggunakan konsep bermain sambil belajar akan membuatkan kanak-kanak tertarik dengan
pembelajaran yang berlangsung. Apabila kanak-kanak minat dalam sesuatu pembelajaran ia
akan membantu kanak-kanak memahami sesuatu konsep dengan mudah dan cepat.
Lampiran
Bahan bantu mengajar
Aktiviti yang dilaksanakan
Ahli kumpulan