kanak-kanak kurang upaya di malaysia - · pdf filekeperluan khas dalam masyarakat. saya tidak...
TRANSCRIPT
Kanak-kanakKurang Upayadi MalaysiaKajian mengenai pengetahuan,sikap dan amalan
www.unicef.org/malaysia/
Ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya
Seorang remaja tanpa ketidakupayaan
“Kita tidak seharusnya memanggil mereka cacat. Bagi saya, sebagai ibu bapa, saya tidak suka kalau anak saya dipanggil begitu. Bukannya kita mahu mereka dilahirkan macam itu. Mereka sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun demikian, kita perlu menerimanya, tetapi janganlah panggil mereka cacat, kasihan mereka, saya tidak mahu. …”
“Saya rasa orang Malaysia mempunyai pandangan agak negatif terhadap orang kurang upaya dan orang yang mempunyai keperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai pandangan negatif terhadap mereka, malah terdapat sebilangan orang yang melihat mereka sebagai manusia biasa... tetapi saya nampak ada yang mempunyai pemikiran amat negatif. Saya rasa orang-orang seperti itu perlu mendapat lebih banyak maklumat. Mereka perlukan pengetahuan dan pendidikan bagi mengubah pandangan mereka dan melihat orang-orang kurang upaya sebagai manusia juga. ...”
GlosariOKU Orang kurang upayaCacat Kurang upaya atau cacatPBK Pemulihan berasaskan komunitiOBK Organisasi berasaskan komunitiPSA Pengetahuan, sikap dan amalanNGO Organisasi bukan kerajaan
03
Membentuk strategi untuk mengubah tingkah lakudan norma-norma sosial.
Mengapakahkajian ini dijalankan?
Menilai kepuasan hidup dan tanggapan kanak-kanak kurang upaya.
Menilai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak kurang upaya sendiri, dan rakan sebaya mereka.
Menganalisis sebab-sebab utamastigma dan diskriminasi yangdihadapi oleh kanak-kanak kurangupaya, dan pendorong mereka.
BILA?
Kajian inidijalankan antara
JANUARI- SEPTEMBER
2016
Kaji SelidikPerbincanganBerkumpulan
BAGA
IMANA?DI MANA?Kajian ini
dijalankan diSelangor,
Kelantan, Sabahdan Sarawak
TemudugaBengkelRemaja
04
Mengapakahkajian ini dijalankan?
Secara keseluruhan,756 responden/peserta
Penjaga kanak-kanak kurang upaya
Pihak berkepentingan peringkat kebangsaan,
seperti kementerian kerajaan
Kanak-kanak dan remaja(dengan dan tanpa ketidakupayaan)
Ahli komuniti,seperti pemimpin komuniti dan agama, dan penjaga
kanak-kanak tanpa ketidakupayaan
Pembekal perkhidmatan,seperti pekerja kesihatan,
pekerja pemulihan berasaskan komuniti (PBK), dan guru
05
Hanya 3 daripada 10 menganggap keadaan perihal tingkah laku dan mental sebagai
suatu ketidakupayaan.
Seperti hiperaktiviti,bersikap agresif, sukarmenumpu perhatian,
sukar belajar
Kurang 2 daripada 10 menganggap tingkah
laku pelik dan antisosial sebagai
suatu ketidakupayaan
Seperti sifat sukamemberontak,
melanggarundang-undang
Walaupun ini secara lazimnya diiktiraf sebagai kategori ketidakupayaan, bukan semua keadaan dianggap sebagai suatu ketidakupayaan oleh masyarakat lazim. Dalam kajian ini, kami mendapati bahawa tanggapan responden mengenai ketidakupayaan adalah seperti berikut:
Penglihatan
Pendengaran
Pembelajaran
Fizikal
Mental
PelbagaiPertuturan
seperti yang ditakrifkan olehKementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Apakah yang diketahui respondenmengenai kanak-kanak kurang upaya?
tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai kanak-kanak kurang upaya
inginkan maklumatlanjut mengenai ketidakupayaan58% 87%
KategoriKetidakupayaan7
Secara purata,8 daripada 10 responden menganggap keadaan fizikal sebagai suatu
ketidakupayaan.
Seperti hilangpenglihatan, tidak
berupaya berjalan, hilang pendengaran sepenuhnya dan kecacatan anggota
badan
80% 30% 20%
06
Penemuan:Responden mempunyai pengetahuanterhad mengenai punca sebenarketidakupayaan.Ramai tidak memahami apakah yang menyebabkan ketidakupayaan.Berikut adalah sebab-sebab yang dikenalpasti:
Kongenital
Genetik
Kemalangan
Penyakit
Kesalahan Ibu Bapa
Lain-lainTakdir/KarmaPersekitaranHukuman
Feng Shui Lemah
SumpahanSyaitan
Kehendak Tuhan
3.8%
3.2%
2.1%
2%
0.8%
0.1%
0.5%
0.3%
23.2%22%
17.8%
14.2%
10%
07
Di manakah responden mendapatmaklumat mengenai ketidakupayaan?
Berikut adalahSumber maklumat yangteratas mengikut bidang4
Apakah perasaan respondenterhadap kanak-kanak kurang upaya?
Bandar Luar Bandar
Penemuan:Responden mempunyai pengetahuanterhad mengenai punca sebenarketidakupayaan.Ramai tidak memahami apakah yang menyebabkan ketidakupayaan.Berikut adalah sebab-sebab yang dikenalpasti:
Simpati
Takut
Ingin membantuBersyukur merekatidak mempunyaiketidakupayaan
Biasa (tiada perasaan tertentu)
Ingin mengelak
Perasaan lain
34%
3%
28%
17%
8%
1%
9%
TV
Internet
Surat Khabar
Radio
31%
23%
20%
11%
26%
25%
20%
11%
08
“Lukisan ini memaparkan dua insan kurang upaya. Salah seorang daripada mereka tidak boleh berjalan kerana telah kehilangan kakinya dalam kemalangan manakala
seorang lagi dilahirkan buta. Mereka berada di taman permainan dan meminta bantuan dari orang lain. Kanak-kanak tanpa ketidakupayaan berasa sedih apabila
melihat budak lelaki yang berada atas kerusi roda sebab mereka kasihan pada beliau yang tidak dapat bermain bola sepak. Tetapi budak lelaki tersebut berasa gembira
mengenangkan masa lampau beliau bermain bola sepak sebelum kehilangan kakinya.”– Lukisan oleh budak-budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak
Ibu bapa kepadakanak-kanak kurang upaya
“Kita tidak seharusnya memanggil mereka cacat. Bagi saya, sebagai ibu bapa, saya tidak suka kalau anak saya dipanggil begitu. Bukannya kita mahu mereka dilahirkan macam itu. Mereka sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun demikian, kita perlu menerimanya, tetapi janganlah panggil mereka cacat, kasihan mereka, saya tidak mahu. …”
09
Sejauh manakah responden dapat menerima kanak-kanak kurang upaya?Adakah anda menggalakkan anak anda untuk berkawan dengan semua kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya? Kebanyakan ibu bapa yang mengambil bahagian dalam kajian ini membenarkan anak mereka bermain dengan kanak-kanak kurang upaya, bergantung pada jenis ketidakupayaan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan mental dan pembelajaran adalah antara mereka yang kurang diterima.
Kanak-kanakKurang Upayadi Malaysia
Ketidakupayaan yang paling diterima:ketidakupayaan pendengaran, pertuturan, fizikal dan pembelajaran
Kira-kira separuh daripada responden tidak mahu tinggal di
kawasan kejiranan yang sama dengan
kanak-kanak kurang upaya mental.
Kurang daripadasuku responden dapat menerima jika teman lelaki/teman wanita anak mereka
mempunyaiketidakupayaan
mental.
87% daripada responden tidak menerima anak
mereka berkahwin dengan seorang yang
mempunyai ketidakupayaan
mental.
Ketidakupayaan yang kurang diterima:ketidakupayaan mental dan pembelajaran
7 daripada 10 responden tidak
keberatan jika teman lelaki/teman wanita anak mereka ialah
seorang yang mempunyai
ketidakupayaan sedemikian.
6 daripada 10 responden tidak
keberatan jika anak mereka berkahwin
dengan seorang yangmempunyai mana-mana
ketidakupayaan ini.
9 daripada 10 responden tidak keberatan untuk
tinggal di kawasan kejiranan yang sama atau jika anak mereka berkawan baik dengan
kanak-kanak yang mempunyai salah satu
ketidakupayaan ini.
10
Apakah pengalaman responden dengan ketidakupayaan?Kanak-kanak kurang upaya biasanya disembunyikan dan tidak dapat dilihat.
1 daripada 3berpendapat bahawa kanakkanak kurang
upaya ‘disembunyikandari masyarakat’
1 daripada 8berpendapat bahawa kanak-kanak kurang
upaya membawa rasa malu kepada
keluarga mereka
1 daripada 4berpendapat bahawa kanak-kanak kurangupaya membebankan
keluarga mereka
Seorang abang remaja kepadabudak lelaki yang mempunyaiPalsi Serebral, Sarawak
“Tiada sesiapa yang kurang upaya di sekolah, hanya adik saya sahaja. Adik saya berumur sembilan atau sepuluh tahun. Dia OKU. Dia tak pandai bercakap dan tak tahu mengira, tak tahu buat apa-apa lah... Dia pergi ke PBK. Saya rasa dia OKU. Saya rasa mempunyai ketidakupayaan ialah sesuatu yang menyedihkan dan tersisih.Sukar mempunyai adik yang OKU, kadang-kadang saya kesepian juga. Di belakang rumah saya ada sebuah gelanggang bola keranjang. Saya bermain bola keranjang di sana setiap hari tetapi saya seorang sahaja di seluruh kampung yang bermain bola keranjang. Saya kesepian. Saya ingin mempunyai adik biasa seperti orang lain... Saya ingin mempunyai peluang untuk mengajar adik ‘biasa’ saya bermain bola keranjang... Saya impikan bahawa bukan saya seorang sahaja yang bermain bola keranjang di belakang rumah saya. Ini sungguh sedih bagi saya.Kadang-kadang saya rasa malu. Apabila saya keluar bersama keluarga dan mereka membawa adik saya, saya tidak berjalan dengan mereka. Kadangkadang masyarakat yang membuat saya sedih, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mereka menjadi lebih terbuka. ...Saya rasa orang kurang upaya boleh menyumbang kepada masyarakat. Seperti dalam sukan, di mana saya menonton banyak video mengenai orang tidak mempunyai kaki yang mengambil bahagian dalam sukan Paralimpik. Dan mereka dapat menyumbang kepada permainan bola keranjang berkerusi roda di Amerika Syarikat.”
11
Apakah kebimbangan masa depan untuk kanak-kanak kurang upaya?Kebajikan dan perlindungan ialah kebimbangan paling besar yangdihadapi oleh penjaga kanak-kanak kurang upaya.
“Saya dipukul sehingga berdarah.”– Lukisan oleh budak lelaki remajadengan Sindrom Down, Selangor
Ibu kepadaseorangkanak-kanakkurang upaya
“Saya pernah bertemu seorang ibu bapa yang berkata, ‘Saya rasa lebih baik kalau saya boleh hidup lebih lama daripada anak saya,kerana saya tak perlu fikir tentang siapa yang nak jaga dia’. Satu lagi ibu bapa berkata, ‘Apabila tiba masanya, saya akan membawanya bersama saya’, dan saya memahami maksudnya kerana anak lelaki beliau mempunyai autisme yang teruk. Beliau berkata, ‘Saya pernah lihat apa yang mereka lakukan... perkhidmatan yang mereka [rumah penginapan] sediakan, dan ia bukanlah kehidupan yang baik untuk anak saya. Walaupun dia mempunyai autisme yang teruk, saya tidak inginkan anak saya menghadapi kehidupan seperti itu’.”
Wakil pusat pemulihanberasaskan komunitidari Sabah
“Kita tidak tahu masa depan mereka... Katakan apabila kita meninggal dunia... apakah yang akan terjadi pada mereka?”
12
Adakah kanak-kanak kurang upaya lebih terdedah?Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran dan masyarakat di keliling mereka sebab mereka ‘mudah dipengaruhi oleh orang lain’ dan ‘tidak tahu yang betul dari yang salah’. Kegiatan buli dan manipulasi dilaporkan sebagai perkara biasa bagi kanak-kanak kurang upaya.
Mereka diajar oleh rakan mereka yang berupaya untuk mengakses bahan lucah dan kandungan lainyang tidak sesuai melalui telefon bimbit mereka.
Penjaga kanak-kanak kurang upaya(seperti guru dan pekerja PBK) berkongsi pemerhatian mereka
Kanak-kanak kurang upaya dipaksa menghisap vape, merokok, menjual dadah, menonton bahan lucah dan, dalam sesetengahkes, melacur.
bersetuju bahawa mereka lebih berisiko terhadap penderaan seksual.
Pihak berkepentingan bersetuju bahawa kanak-kanak dengan Sindrom Down dan ‘pelajar lembam’ adalah yang paling terdedah kepada penderaan seksual.
67.2%
Mereka dilihat sebagai mudah untuk diusik, dibuli dan dipukul, dan juga terdedah kepada penderaan seksual seperti rogol.
Kanak-kanak kurang upaya sering dilihat sebagai sasaran mudah dan dipersalahkan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankan dirimereka sendiri.
13
10%
Q:
Adakah pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya senang diakses?Patutkah kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses kepada pendidikan arus perdana? Pendapat yang diterima adalah berbelah-bahagi.
Tahap penerimaan kanak-kanak di sekolah, mengikut jenis ketidakupayaan
berkata bahawakanak-kanak perempuan ataupun lelaki kurangupaya tidak perlubersekolah.
daripadaresponden
Adakah ia mengganggu kanak-kanak untukbersekolah dengan kanak-kanakkurang upaya?
Secara purata,separuh daripadaresponden dapatmenerima
kanak-kanak kurang upaya fizikal di
sekolah.
Namun demikian, lebih daripada70% berpendapat bahawa kanak-kanak kurang upaya mental
tidak seharusnya berada di sekolah yang sama dengan kanak-kanak
tanpa ketidakupayaan.
Kira-kira separuhtidak keberatandengan kanak-kanakkurang upaya
pembelajaran disekolah.
7
SetujuTiada Jawapan
Tidak Setuju48.8%43.1%8.1%
80% 30% 20%
14
Patutkah kanak-kanak kurang upaya belajar di sekolah yang sama dengan kanak-kanak tanpa ketidakupayaan?
Guru dalampendidikan Khas“Jika kanak-kanak kurang upaya mempunyai kemampuan dan keupayaan, mereka harus diberi peluang untuk belajar dalam pendidikan arus perdana.”
“Mustahil untuk mengajar kanak-kanak dengan dan tanpaketidakupayaan dalam kelas yang sama.Mereka sepatutnya diajar dalam kelas khas atau di sekolah khas.”
Guru dalampendidikan arus perdana
15
Ibu kepada anaklelaki kurang upaya fizikaldi Sabah
“Saya membawa dia [anak saya] ke sekolah. Saya pergi ke sekolah ini kerana ia berhampiran dengan rumah saya, dan saya benar-benar ingin hantarnya ke sekolah itu. Saya tahu anak saya ingin belajar, jadi saya membawanya ke sana. Tetapi guru besar sekolah tersebut berkata, ‘Kami tidak menerima kanak-kanak jenis ini’. Saya menjawabnya dan terus bertanya, ‘Apakah anda bermaksud dengan JENIS INI?’Guru besar tersebut kemudian berkata, ‘Semua pelajar saya adalah biasa tetapi anak anda adalah macam itu, dan kami tidak menerima kanak-kanak jenis ini.’ Saya bercakap dengan terus terang dengan guru besar sebab saya ingin tahu apa yang beliau maksudkan dengan ‘kanak-kanak jenis ini’. Guru besar pula tidak ingin bercakap dengan saya. Dia membuka pintu dan terus keluar. Kemudian saya pergi ke sekolah lain dan meminta tempat untuk anak saya. Mereka juga berkata bahawa sekolah itu juga tidak mahu menerima kanakkanak jenis ini. Mereka kata saya perlu mencari sekolah yang akan menerima anak saya, dan pergi ke sekolah tersebut. Seorang lagi guru besar meminta saya pergi ke jabatan kebajikan untuk bertanya mengenai sekolah yang boleh dihadiri oleh anak saya. ..”
3%
1%
9%
16
Kanak-kanak Kurang Upaya: Bagaimanakah mereka dilihat?Adakah responden mempunyai maklumat mencukupimengenai kanak-kanak kurang upaya?
Membesar sebagai seorang kanak-kanak kurang upaya.
5 daripada 10responden tidak
mempunyai maklumatmengenai kanak-kanak
kurang upaya.
Namun demikian, 87% inginkan lebih maklumat
mengenai ketidakupayaan.
3 daripada 5tidak menganggap
masalah pembelajaran sebagai suatu
ketidakupayaan.
3 daripada 10berkata bahawa
kanak-kanak kurangupaya disembunyikan.
6 daripada 10bersetuju bahawa
kanak-kanak kurang upaya mempunyai risiko penderaan
seksual yang lebih tinggi.
1 daripada 10tidak berasa selesa
bekerja dengan seorang yang mempunyai
ketidakupayaan.
17
Pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya.
4 daripada 10bersetuju bahawa ia
mengganggu kanak-kanak yang berada di sekolah
yang sama dengan kanak-kanak kurang
upaya.
Hanya 16%dapat menerima kanak-kanakkurang upaya mental untuk
berada di sekolah.
Kekangan kewanganmenghalang kanak-kanak kurang upaya
dan adik-beradiknya menghadiri sekolah.
Lebih daripada separuh berpendapat bahawa
kanak-kanak kurang upaya mempunyai
kemungkinan yang lebih tinggi untuk didera.
Sebilangan respondenberpendapat bahawamengikat ataumengawal kanak-kanak kurang upaya boleh diterima.
Sebilangan respondenberpendapat bahawamereka perlukanmakanan yangkurang daripadakanak-kanak lain.
Kurang upaya mental mempunyai stigma paling tinggi.
Hanya 58% akantinggal dalamkawasan kejirananyang sama dengankanak-kanak kurangupaya mental.
Hanya 6% akanmenerima anakmereka mendapatteman lelaki atauteman wanita yangkurang upaya mental.
Apakah halangan yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya?
Diskriminasi dan stigma dikaitkan kepada orang yang mempunyai kad OKU.
Kekurangan infrastruktur di kawasan awam.
Pengangkutan yangterhad dan mahal.
60%6% 13%
Kanak-kanak kurang upaya menghadapi lebih risiko penderaan.
18
Betapa mudahkah akses perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak kurang upaya?
Penjaga berkongsi pengalaman mereka mengatakan pekerjakesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesionalkerana kurang kesedarandan latihan.Pendidikan
KhasPenjagaanKesihatan
KebajikanSosial
Lain-lainPemulihan (PBK) Infrastruktur
awam
Menurut responden kaji selidik, beberapa perkhidmatan khas disediakan untuk kanak-kanak kurang upaya
[Penjaga kesihatan] “tidak dapat memberi masa dan perhatian yangdiinginkan oleh setiap pesakit, dan mereka juga menghadapi pelbagaikekangan.”
Seorang penjaga
kekurangan penjagaan khas masa menunggu yang lama
bekalan alat bantuan yang terhad tempoh rundingan yang pendek
pengedaran dan liputan perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak saksama
Kekangan yang dihadapi dalamperkhidmatan penjagaan kesihatan adalah
Kanak-kanak kurang upaya mempunyai keperluan penjagaan kesihatan yang tertentu. Secara amnya, pekerja kesihatan adalah ‘titik hubungan pertama’ mereka dan dianggap sebagai hab maklumat mengenai kesihatan dan ketidakupayaan.
28%25%
8%9%
16%14%
19
Apakah kekangan yang dihadapi pada masa kini?
Pengedaran PBK di Sabah dan Sarawak ‘masih ketinggalan’ berbanding Semenanjung Malaysia
Kekangan pengangkutan dan kewangan untuk mengakses penjagaan di kawasan luar bandar
Penjagaan pakar yang disediakan di pusat PBK kerajaan tidak mencukupi, berkualiti rendah, dan tidak mempunyai kesinambungan dalam penjagaan
Latihan yang tidakmencukupi & kadar pusing ganti yang tinggi untukpekerja PBK
Pusat pemulihan berasaskan komuniti (PBK) menyediakan ruang yang penting untuk penyepaduan, rangsangan dan pembelajaran kanak-kanak kurang upaya.
Betapa bergunakah perkhidmatan pemulihan berasaskan komuniti (PBK) kepada kanak-kanak kurang upaya?
Kemajuan positif yang dilaporkan selepas menghadiri pusat PBK termasuk:
Pekerja PBK bukan sahaja memberi sokongan kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada keluarga dalam bidang berikut:
Pekerja PBK bersetuju penambahbaikan diperlukan dalam bidang berikut
SosialisasiPembangunankemahiran
Pengurusansendiri
Teknikpenjagaanrumah Maklumat mengenai
sumber-sumber utama
Penilaian kemajuandan pencapaiankanak-kanak
Peluanglatihan
Pengalamanteknikal
Insentif
Pengiktirafan
67.2%
20
11% tidak selesa bekerja dengan orang kurang upaya
Akibatnya, pekerjaan dalam sektor korporat dianggap sebagai tidak realistik/tidak bolah dicapai.
Diskriminasi ditempat kerja
Peluang pekerjaan yang terhad Sokongan terhad
di tempat kerja
Gaji yang kurang
Apakah prospek pekerjaan untuk remaja kurang upaya di Malaysia?
Orang memandang rendah apabila anda tidak mempunyai pekerjaan,
tidak dapat sara diri sendiri, tidak dapat memenuhi peranan anda dalam
masyarakat, tidak boleh menyumbang kepada
komuniti atau masyarakat.
Ini adalah kepercayaan umum yang dipegang oleh orang yang ada atau tiada
ketidakupayaan. Namun demikian, ia dianggap bahawa latihan tambahan atau peningkatan kemahiran tidak
disediakan untuk membimbing remaja kurang upaya menghadapi
peringkat dewasa dan juga di tempat kerja.
21
Pekerjaan adalah amat terhad untuk OKU [Orang Kurang/KelainanUpaya]. Seperti saya, saya telah menghadiri banyak temuduga. Sebab mereka [tidak memberi saya pekerjaan] ialah kerana mereka inginkan orang biasa. Saya juga pernah fikir, jika mereka hanya inginkan orang biasa yang boleh melihat, maka apakah kerja yang harus dilakukan oleh OKU? Kami tidak boleh menjual tisu dan membuat urutan sahaja. Kami juga ingin mengalami bekerja di pejabat, atau apa-apa kerja lain yang dilakukan oleh orang biasa... Iasedih bahawa kerajaan tidak begitumenghiraukan mengenai aspek pekerjaan OKU.
Seorang peserta cacatpenglihatan di SelangorApakah yang kanak-kanak
kurang upaya inginkanuntuk diri merekasendiri?
6 bidang penambahbaikan teratas untuk kanak-kanak kurang upaya, menurut responden
Mendapatpendidikantinggi
Mendapat pekerjaanyang stabil
Mempunyai keluargamereka sendiri
Tigaaspirasiutama:
1 Menambahkan bantuan kewangan 19%2 Peluang pendidikan yang lebih baik 18%3 Pemulihan berasaskan komuniti (PBK) 14%4 Perkhidmatan perubatan yang lebih baik 13%5 Kumpulan sokongan 12%6 Latihan vokasional yang lebih baik 11%
Sebaliknya, sekumpulan dewasa dengan Sindrom Down yang mengambil bahagian dalam kajian di Selangor tidak bimbang tentang pekerjaan dan yakin bahawa mereka akan bekerja di ‘McDonalds’, di ‘Stesen minyak Petronas’ atau di ‘pejabat besar’.
22
4 kekangan teratas yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya menurut responden
• Proses untuk memohon dan mendapatkan kad OKU dianggap sebagai rumit dan memakan masa.
1) Pendaftaran kanak-kanak kurang upaya
• Kawasan luar bandar mempunyai masalah pengangkutan yang lebih besar akibat jarak ke perkhidmatan.
• Penjaga yang tidak mempunyai kenderaan mereka sendiri menanggung kos yang lebih tinggi.
• Pelaksanaan dan pengawalan tempat letak kereta bagi orang kurang upaya merupakan suatu kebimbangan.
• Diskriminasi daripada pemandu bas dan teksi menjadikan pengangkutan awam sebagai satu cabaran.
3) Kekangan pengangkutan
2) Kekangan kewangan• Perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya termasuk
pengangkutan khas, bil perubatan, makanan tambahan kesihatan, lampin, dan alat bantuan.
• Penjaga sepenuh masa menerima elaun ketidakupayaan yang terhad, oleh itu meningkatkan lagi beban kewangan.
• Ini boleh menjejaskan kehadiran ke sekolah atau perkhidmatan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya dan adik-beradiknya.
• Kekangan infrastruktur seperti tiada lif, tanjakan tangga, atau bilik mandi yang diubah suai dan lain-lain ialah kekangan utama untuk dimasukkan.
• Kekurangan perancangan membuat tempat awam tidak dapat diakses oleh kanak-kanak kurang upaya.
4) Kekangan fizikal/infrastruktur
23
Bagaimanakah boleh kita menangani stigma, diskriminasi dan pendedahan yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya hariini? Dengan mengubah sikap kami terhadap mereka...
Berikut adalah beberapa cadangan utama yang diajukan oleh responden dan pihak berkepentingan:
Bagaimanakah boleh kita wujudkan masyarakat yang lebih inklusif?
Kanak-kanak dan remajatanpa ketidakupayaan
Penglibatan komuniti
Aktiviti-aktiviti bertumpukankanak-kanak untuk mengubahnorma sosial
Platform bagi remajamenyuarakan idea dan pendapat merekaBahan-bahan dan media
sosial yang bertumpukan remaja
Mewujudkan kesedaranmengenai toleransisifar untuk diskriminasi
Mengetengahkan orang kurang upaya dengan melibatkan duta berprofil tinggi
Menggunakan bahasa yang diseragamkan dan boleh diterima secara konsisten
Perkongsian Organisasi berasaskan komuniti dan NGO untuk memulakan dan melaksanakan inisiatif.
24
Penjaga kanak-kanakkurang upaya
Pendidikan penjaga, melaluikumpulan belajar dan platform maya
Kumpulansokongan
Model peranan danmenggalakkanpengalaman positif
Forum sokongan rakan ke rakan untuk menyatukan kanakkanak dan remaja dengan dan tanpa ketidakupayaan
Memperkenalkan duta kurang upaya sebagai model peranan positif
Mengkaji impak keganasan, penderaan dan manipulasi dalam talian ke atas kanakkanak dan remaja kurang upaya di MalaysiaPenyertaan konstruktif oleh
kanakkanak dan remaja kurang upaya untuk merancang, membentuk dan melaksanakan program
Mengetengahkan kanak-kanak dan remaja kurang upaya
Kanak-kanak dan remajakurang upaya
25
Meningkatkan kerjasama antara agensi dari segikesihatan, pendidikan,pemulihan dan perlindungan
Penggunaan bahasadan terminologi yang seragam dan konsisten dalam strategi komunikasi
Meningkatkaninfrastruktur dibangunan awam untuk orang kurang upaya
Memudahkan danmenyeragamkanproses pendaftaran
Menyediakanpendidikan inklusifuntuk kanak-kanakkurang upaya
Memperkukuhkanpolisi kebangsaan danmengekalkan piawaianantarabangsa
Penglibatan sektorswasta melaluitanggungjawab sosialkorporat
Meningkatkan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanakkurang upaya
Rundingan pelbagai pihak dengan pihak yang mempunyai kepentingan yang berlainan
Cadangan peringkat kebangsaan
26
Pembekalperkhidmatan
Latihan dalam pencegahan,pengesanan awal, diagnosis dan bantuan perubatan.
Sediakan bimbingankepada penjaga
Amalkan kod tingkah laku etika yang mantap.
Meningkatkan pengetahuan mengenai ketidakupayaan,perkhidmatan dan sumber.
Pekerja kesihatan
Mengiktiraf isuisu pembangunan dengan secepat mungkin.
Memberi keutamaan kepada organisasi berasaskan komuniti dan NGO yang berkenaan.Guru dalam pendidikan
inklusif, bersepadu dankhas dimaklumkanmengenai manfaatpendidikan inklusif.
Diperkasakan untuk membentuk rancangan pendidikan peribadiuntuk kanak-kanak kurang upaya.
Bimbingan pekerjaan dan kerjaya untuk kanak-kanakkurang upaya.
Latihan dalam kaunselingdan sokongan psikososial.
Latihan dalam kaunselingdan sokongan psikososial.
Semua sekolah bolehdiakses oleh kanakkanakkurang upaya.
Latihan ulang kaji yang berkala.
27
Perkhidmatan kebajikan sosial
Dilengkapi denganpengetahuanyang diperlukan
Sumber yang mencukupidengan peralatan yang diperlukan
Perkaitan yang lebih kukuhkepada perkhidmatan perubatan dan pendidikan
Menambahkanbilangan pekerjaPBK Menawarkan penjagaan
pemulihan di rumah
Gaji yang sewajarnyaLatihan yang diseragamkan dan latihan ulang kaji yang berkala
“Dalam gambar ini saya sedang mengajar kawan saya yang buta untuk bermain permainan komputer dan juga berjalan dengannya.
Dia memakai cermin mata hitam supaya orang lain tidak memperlinya. Ramai orang suka mempersendakan orang kurang upaya.”
– Lukisan oleh seorang budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak
Diterbitkan pada 2017
#ThisAbility