kanak pintar cerdas
DESCRIPTION
pintarTRANSCRIPT
Soalan 8
Hurai dan bincangkan dengan terperinci mengenai kanak-kanak Pintar
Cerdas dan Berbakat.Perbincangan harus kritikal dan disokong oleh
pembacaan.
Istilah dan Definisi Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat
Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi
yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan
seseorang yang normal.Pintar cerdas sering kali dikaitkan dengan seseorang
yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ
130 dan ke atas.
Menurut United States Office of Education, pintar cerdas menekankan
dua perkara iaitu :
:1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi.
2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan
potensi yang ada pada mereka.
Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap,
pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu
pekerjaan.Cerdas pula membawa maksud sempurna akal, cerdik, pandai serta
pintar.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai
kebolehan semula jadi.Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat
merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semula
jadi.
Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai
pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenal pasti
secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum,
bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif.seni visual dan seni tari (Bob
algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006).
Dalam Kamus Dewan edisi keempat, kreatif pula bermaksud mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru
atau idea asli.Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu
idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.
Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu
kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk
dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.Individu yang
pintar cerdas boleh mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri
malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka
serta meminimumkan kelemahan mereka.
Menurut Susan K.Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of
Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan
beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa
yang dimiliki oleh individu.Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai
kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran
persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Stanfort Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang
dikenali sebagai “The Stanford Binet Test” telah memberikan definisi pintar
cerdas sebagai merujuk kerpada keupayaan individu memahami, membuat
pertimbangan dan penaakulan dengan baik.
Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai
seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak.
Kaedah Mengenal Pasti Murid Pintar Cerdas
1) Ujian Kecerdasan Individu
Ujian ini biasanya tertumpu pada penilaian kebolehan yang berkaitan
dengan diskriminasi, generalisasi, tingkah laku motor, maklumat umum,
perbendaharaan kata, induksi, kefahaman, pengenalan perincian, analogi,
taakulan abstrak, ingatan dan pelengkap corak.Ujian ini gagal untuk menilai
kreativiti, kepimpinan, bakat seni dan juga kebolehan akademik.
2) Ujian Pencapaian Individu
Ujian pencapaian individu dibentuk untuk menilai sejauh mana seseorang
murid itu telah mendapat manfaat daripada pendidikan formal berbanding murid-
murid lain dalam lingkungan umur atau dalam kelas yang sama.
Ujian Pencapaian Peabody bertujuan untuk menilai pencapaian murid
dalam lima bidang akademik, iaitu matematik, pengenalan bacaan, kefahaman
bacaan, ejaan dan maklumat umum.Manakala, Ujian Beza Antara Luas pula
menilai murid dalam tiga bidang akademik iaitu bacaan, arimetik dan ejaan.
3) Pemeringkatan guru
Pemeringkatan yang dibuat melalui senarai semak tingkah laku atau soal
selidik yang menjadi sumber penilaian penting dalam mengenal pasti murid
pintar cerdas.
4) Pemeringkatan ibu bapa
Menggunakan senarai semak tingkah laku atau soal selidik kerana ibu
bapa mempunyai pengetahuan yang baik tentang perkembangan, minat, tabiat,
keperluan dan kebolehan anak-anak mereka.
5) Penilaian formal
Membabitkan ujian kecerdasan, pencapaian, kreativiti, pemikiran kritis
atau ujian kebolehan khusus.Ujian kecerdasan direka untuk menilai potensi
murid-murid supaya mereka mendapat manfaat daripada pendidikan formal.
Ujian pencapaian individu digunakan untuk mengukur perkembangan
kemahiran murid-murid dalam bidang akademik yang tertentu.Untuk mengukur
tahap kreativiti pula, antara popular yang digunakan ialah Ujian Torrance, Ujian
Struktur Guilford dan Ujian Wallach dan Kogan.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pintar Cerdas
1) Genetik dan persekitaran
Daripada kajian yang dibuat, ramai pakar bersetuju bahawa asas potensi mental
seseorang sedikit sebanyak sememangnya diwarisi daripada ibu bapa
seseorang itu.Namun, potensi tersebut perlu diperkembangkan dengan
menggunakan pelbagai kaedah ransangan dan pengalaman pembelajaran.Oleh
sebab itu, kajian jangka panjang haruslah dijalankan untuk membuktikan
kesahihannya dalam menentukan kecerdasan seseorang individu.
2) Pemakanan
Menurut Milgram (2002),sebenarnya untuk memperoleh anak yang pintar
cerdas, faktor pemakanan perlu ditekankan semenjak anak itu berada di dalam
kandungan lagi.Ibu yang mengandung seharusnya menjaga pemakanan semasa
mengandung kerana makanan yang dimakan oleh ibu akan mempengaruhi anak
di dalam kandungan terutama sewaktu janin itu berada pada peringkat 3 bulan
yang pertama.
Pemakanan yang tidak menurut aturan kesihatan ibu mengandung,
seperti pengambilan pil atau ubat-ubatan yang tidak menentu dan tidak dirujuk
kepada doctor perubatan terlebih dahulu berkemungkinan besar akan
menjejaskan pembentukan janin yang sempurna, cerdas dan pintar.
Aspek Kecerdasan
Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara
memproses maklumat dan juga cara berfikir.Beliau juga berpendapat bahawa
kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan
persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada
kecerdasan.
Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila
mematuhi lapan kriteria khusus berikut :
1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak.
2. Kewujudan golongan individu luar biasa.
3. Operasi teras yang boleh dikenal pasti.
4.Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang
menggalakkan.
5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal.
6. Disokong dari kajian psikologi.
7. Disokong oleh penemuan psikometrik.
8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol.
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama
seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan
dengan jenis maklumat yang akan diproses.( Sousa D.A.,2003).
Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang
telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan
pintar cerdas.Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang
praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut,
memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka.
Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu
topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik).Pintar cerdas
juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui
kesalahan yang telah dilakukan dan mempunyai minat yang umum kepada
dunia).
Walau bagaimanapun, di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada
mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas
sememangnya sesuatu yang baik.Walaupun begitu, menjadi kanak-kanak yang
pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir
dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa
berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya.
Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan
pintar cerdas dalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukkan kebolehan
yang luar biasa dalam mencapai pretasi yang menyerlah.Tiada definisi yang
spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak
buku panduan telah diterbitkan dan kebanyakan sekolah membina definisi
mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku
yang diterbitkan.
Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas
adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang memerlukan tahap
penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam
kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka.
Selain itu, terdapat juga definisi berdasarkan sekolah berkaitan dengan
pintar cerdas.Menurut Jane Piirto (1999), terdapat dua definisi pintar cerdas
berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama
dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru.
Di Amerika Syarikat, menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikan
kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan
bahawa kecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis
kecerdasan iaitu:
1. intelektual
2. akademik spesifik
3. kreatif
4. seni pertari dan visual
5. kepimpinan
6. psikomotor
Dalam definisi Marland, Public Law 91-230 telah mendefinisikan seorang
yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seorang
yang layak secara profesional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan
yang terserlah.
Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza
dengan atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan
program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk kanak-kanak normal yang
biasa.
Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka
terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian
yang cemerlang termaksud individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam
mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan.
Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula
mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam
kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya
berpandukan keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi secara dilihat dalam
kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik
alam.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan
iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan
kebolehan perkembangan (Jane Piirto,1999).
Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006)
menyatakan bahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah
seharusnya dalam keadaan yang sistematik untuk membentuk satu corak
intervensi untuk membantu perkembangan proses bakat individu
tersebut.Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung pada arahan guru sahaja
untuk mana-mana definisi yang tertentu terhadap pintar cerdas tetapi memberi
langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya
pintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu
perkembangan mereka.
Sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang membenarkan
pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi dapat mengenal pasti bahawa
individu tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih
kecerdasan, memberi makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang
merangkumi kadar kebolehan yang luar biasa, mengakui bahawa pintar cerdas
dan berbakat menunjukkan pengecualian dalam hubungan dengan rakan sebaya
yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang
berbeza untuk individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif termasuklah untuk
sokongan sosial dan emosional.
Ciri-ciri pintar cerdas, kreatif dan berbakat
Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas,
kreatif dan berbakat, tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang
mereka lakukan.Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad
kepada beberapa bidang yang khusus sahaja.
Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas, kreatif
dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu.Ciri-ciri mereka sebagai golongan
pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek kognitif, akademik, fizikal, tingkah laku
, komunikasi, personality, kreativiti dan gaya belajar.
Aspek Ciri-ciri
Kognitif 1.Ingatan yang kuat
2.Tahap pemikiran tinggi
3.Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar
minda.
4.Memproses maklumat dengan cepat.
5.Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang
diajar oleh guru dengan mudah.
6.Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu
tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah.
Akademik 1.Berpretasi tinggi dalam pencapaian.
2.Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan
mudah.
3.Berkebolehan dalam penyelesaian masalah.
4.Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan
pelajaran.
Fizikal 1.Kebolehan fizikal dan mental yang berbeza.
1.Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan
dan kesihatan.
Tingkah laku 1.Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat.
2.Pengamatan yang luar biasa.
3.Rasa humor yang tinggi.
4.Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa.
Komunikasi 1.Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur.
2.Penguasaan bahasa yang tinggi.
Personaliti 1.Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru
mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.
Kreativiti 1.Kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran.Mereka
dapat menggunakan barang ataupun peralatan yang biasa
secara kreatif.
Gaya Belajar 1.Suka belajar dengan sistematik, member tumpuan
sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta
rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru.
2.Belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin
tahu yang tinggi.
Emosi 1.Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik.
2.mampu bersosial dengan cepat.
Bahasa 1.Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan
mengekal/ mengingat apa yang dibaca dan didengar mudah.
Ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada
tujuh domain adalah hasil dari ciri yang yang disarankan oleh pelbagai
pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzuli, Clark (Gargiulo 2006) dan
Sousa (2003).Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam
diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas.Ciri ini dibahagikan
kepada domain-domain :
a. kebolehan intelek yang umum
b. kebolehan intelek khusus
c. pemikiran kreatif
d. kepimpinan
e. kebolehan psikomotor
f. kesenian visual/persembahan
g. sosial emosi
a) Kebolehan Intelek yang Umum
Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas, sekiranya mempamerkan cirri kebolehan
intelek umum yang lebih tinggi atau luar biasa jika dibandingkan dengan rakan
sebayanya.Kanak-kanak ini didapati :
1. Sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap
usianya.
2. Mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan.
3. Mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra.
4. Seorang usahawan yang bersedia untuk melakukan aktiviti atau projek
yang menghasilkan wang.
5. Mempunyai disiplin kendiri yang tinggi sehinggalah hanya sedikit
sahaja kawalan dari luar yang diperlukan.
6. Seorang yang bijak kerana menyelesaikan masalah dengan pelbagai
kaedah dan menjawab soalan dengan cepat dan tangkas.
7. Sangat kreatif dalam menghasilkan idea baru, melihat hubung kait dan
menjana inovasi.
8. Mempamerkan perasaan ingin tahu yang tinggi serta bijak meneka
tentang sesuatu objek, situasi dan peristiwa.
9. Berkebolehan untuk melihat dan mengkagumi sesuatu perkara dengan
lebih mendalam.
10.Mendedahkan keaslian ekspresi secara lisan dan bertulis.
11.Mempamerkan kesediaan untuk menerima sesuatu yang kompleks.
12.Tidak hanya sekadar menghafal tetapi berkebolehan menggunakan
pengetahuan dan maklumat yang diingati dalam satu situasi yang
bersesuaian.
13.Menunjukkan daya pertimbangan yang tinggi dalam menilai sesuatu
perkara.
14.Belajar dengan pantas, senang serta lancar dan sering mendapat gred
yang bak dalam kebanyakan mata pelajaran.
15.Menggunakan banyak logik minda ( common sense).
16.Menggunakan bilangan perkataan yang banyak dengan mudah dan
tepat ketika berbicara atau menulis.
17.Bertanya banyak soalan yang provokatif
18.Berkebolehan memahami perkara abstrak, mengaplikasi konsep dan
mensintesisnya.
19.Mempunyai minat yang tinggi terhadap hubungan kesan-akibat,
struktur, susunan dan konsistensi dalam sesuatu perkara.
20.Mempunyai kebolehan menumpukan perhatian dan tumpuan yang
mendalam sehingga mengabaikan yang lain di sekelilingnya.
21.Seorang yang tabah dan tidak mengalah serta sangat berdikari.
22.Mempunyai tahap tenaga yang tinggi.
b) Kebolehan Intelek yang Khusus
Selain dari kebolehan intelek umum, ada juga kanak-kanak yang menunjukkan
kebolehan intelek yang khusus terhadap sesuatu bidang.Kanak-kanak yang
dikatakan mempunyai kebolehan intelek yang khusus ini didapati:
1. Menunjukkan ciri yang hamper sama dengan ciri keupayaan intelektual
umum tetapi menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja.
2. Memberikan tumpuan yang mendalam terhadap bidang yang sangat
diminatinya.
3. Belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan
dalam satu atau beberapa bidang.( tidak semua bidang )
4. Sangat suka belajar mata pelajaran tertentu sahaja berbanding mata
pelajaran yang lain.
5. Menghabiskan tugasan projek yang diminatinya dalam tempoh masa
yang lama tanpa dipaksa.
6. Berkebolehan menunjukkan perpektif yang luas dalam satu atau lebih
bidang
7. Berkebolehan menilai kebolehan diri sendiri dalam bidang yang
diminatinya.
8. Hanya akan meminta bantuan dari orang lain yang lebih tua umurnya
atau rakan sebaya yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
bidang yang diminatinya.
9. Mempunyai kemahiran verbal yang sangat lancar serta memiliki dan
sering menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi termasuk
perkataan wang unik dan baru jika dibandingkan dengan umur atau
tahap akademik di sekolah.
10.Memiliki kemahiran berfikir yang tinggi serta berkemampuan
menyelesaikan masalah yang sukar ditafsirkan.
11.Berkebolehan untuk membentuk teori baru terhadap sesuatu perkara.
12.Mudah mengenali hubung kait antara perkara-perkara yang dilihatnya.
13.Mempunyai keinginan yang amat tinggi untuk tahu dalam semua
perkara seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
14.Menunjukkan minat mendalam sehingga menfokus sesuatu perkara
yang diminati dalam satu jangka masa yang lama.
15.Mempunyai daya ingatanyang tinggi dan pantas serta mampu
mengingati semula pelbagai perkara dengan cepat.
c) Pemikiran Kreatif
Satu lagi domain yang dapat membantu dan mengenali kanak-kanak pintar
cerdas ini adalah pemikiran kreatif.Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai
pemikiran kreatif adalah kanak-kanak yang didapati mempamerkan ciri seperti
berikut:
1. Sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea
yang telah difikirkannya.
2. Berkebolehan membuat hubung-kait antara dua idea terpencil yang
jarang difikirkan oleh orang lain.
3. Mempunyai pola pemikiran yang luas dan bersedia untuk meneka
serta membuat hipotesis.
4. Berkebolehan meneka kewujudan sesuatu masalah dalam situasi
tertentu dan bertindak secara spontan dan mengikut gerak hati dalam
menyelesaikannya.
5. Dapat menerima wujudnya ketaksamaan dan ketidakpastian dalam
sesuatu perkara serta sedar terhadap ketidak konsisten dan
ketidaksambungan.
6. Berkebolehan menimbang atau mendefinisikan semula elemen
sesuatu masalah atau tugasan dengan baik.
7. Menunjukkan tumpuan yang mendalam ketika melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan kepadanya.
8. Dapat mengekalkan idea sendiri dalam sebarang perbincangan atau
kolaborasi dengan orang lain.
9. Berkebolehan memberikan pelbagai penyelesaian atau respons
terhadap sesuatu masalah.
10.Tidak berubah akal fikiran apabila mengekpreskan diri dan ada
kalanya bersifat radikal.
11.Seorang yang periang dan berminat kepada cerita fantasi dan
imaginasi.
12.Selalu cuba untuk mengadaptasi atau memperbaiki sesuatu perkara.
13.Tidak kisah menjadi seorang yang berbeza dari orang lain disebabkan
oleh kepintaran serta kreativitinya.
14.Sering membuat penilaiannya sendiri sebelum menerima sesuatu
perkara yang dimaklumkan kepadanya.
15.Sering bertanya soalan provokatif, mencabar ibu bapa, guru, peraturan
bertulis dan pihak berkuasa yang lain.
16.Bosan dengan penghafalan dan pembacaan lisan.
17.Mempamerkan tingkah laku yang bertenaga dan ada kalanya
menggangu perjalanan pembelajaran dalam kelas.
18.Menghasilkan respons yang tidak dijangka dan ada kalanya tidak
munasabah pada pandangan orang lain.
19.Berkebolehan menunjukkan tahap yang mengkagumkan dalam
keasliannya, tumpuan dan ketekunan menghasilkan sesuatu tugasan
atau projek yang melibatkan minat dan imaginasi.
20.Sering tercabar dengan idea-idea baru dan banyak bertanya soalan
yang berbentuk ‘bagaimana kalau..’
21.Sangat sensitif terhadap ciri-ciri estetik dan menghargai objek di
sekelilingnya dengan mendalam.
22.Menyukai eksperimen, mencipta kaedah baru dalam penyelesaian
sesuatu tugasan dan ada kalanya suka berangan, bekerja sambil lewa
atau lupa perkara yang lain.
23.Mempamerkan sifat suka berjenaka, melihat sesuatu yang lucu dalam
situasi yang kompleks, seorang yang kelakar dalam kelas, membuat
jenaka pada situasi yang kurang sesuai.
24.Pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang
ada kalanya tidak difahami langsung oleh rakan-rakan sebanya.
d) Kepimpinan
Memiliki cirri kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh
mengenal pasti seseorang kanak-kanak pintar cerdas.Seorang kanak-kanak
dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan sekiranya menonjolkan ciri
kepimpinan berikut:
1. Berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain
dalam sesuatu perkara.
2. Berkebolehan mengenal pasti kemahiran dan kebolehan yang dimiliki
oleh orang lain.
3. Mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran
sosial yang tinggi.
4. Berkebolehan mengenal pasti matlamat sesautu perkara dan
menyatakannya dengan jelas.
5. Berkebolehan menerangkan idea dengan jelas kepada pendengarnya.
6. Sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan
mendengar serta merasai apa yang dirasai oleh seseorang yang
menghadapi masalah.
7. Berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap
orang lain.
8. Mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta
boleh mengkordinasi tugasan dari beberapa orang individu.
9. Berkebolehan menjana perasaan positif (mood) sesuatu kumpulan dan
sangat memahami perasaan orang lain.
10.Dilihat sebagai orang yang boleh membuat keputusan serta
menyokong ahli kumpulan bila perlu sahaja.
11.Selalu diminta untuk member penerangan dan cadangan.
12.Seseorang yang berani untuk melakukan sesuatu yang baru.
13.Ada kecenderungan untuk mengawal rakan sebaya dalam sesuatu
situasi.
e) Kebolehan Psikomotor
Dalam domain psikomotor pula, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang
mengkagumkan dalam aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang :
1. Mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari.
2. Sangat suka bersukan terutama sukan yang lasak.
3. Sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak.
4. Mempunyai bentuk tubuh yang sesuai dengan aktiviti fizikal sama ada
kesukanan atau tarian.
5. Sangat berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti
kesukanan fizikal.
6. Sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu permainan atau tarian
yang disertainya.
7. Sangat bertenaga apabila melakukan sesuatu aktiviti kesukanan.
8. Mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang
dilakukannya.
9. Menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam
aktiviti fizikal.
10.Mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam
aktiviti fizikal berbanding rakan sebanya.
f) Kesenian Visual dan Persembahan
Dalam domain kesenian visual dan persembahan, kanak-kanak akan dilihat dari
tiga sub domain iaitu muzik, drama dan seni lukisan.
Sub Domain Muzik
Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah yang :
1. Mempunyai kebolehan menghayati kordinasi irama, nada dan melodi.
2. Sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi.
3. Berkebolehan membezakan muzik dengan bunyi yang lain.
4. Memahami hubung-kait yang berkaitan dengan muzik.
5. Seronok melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik serta
menghayati muzik sepenuh hatinya.
6. Menunjukkan ingatan kuat terhadap nada bunyi.
7. Bersedia memberikan respons terhadap irama, melodi dan harmoni
sesuatu bunyian yang didengarinya.
8. Menggunakan muzik untuk mengekspresikan perasaan atau
pengalaman.
9. Mencipta nada bunyian yang asli.
10.Menggemari tarian dan aktiviti drama muzikal.
Sub Domain Drama
Sementara itu, kanak-kanak yang dikatakan berbakat dalam bidang drama
adalah kanak-kanak yang :
1. Menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan
aktiviti lakonan.
2. Berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain
sama ada sebagai manusia, binatang mahupun objek yang berbeza.
3. Menggunakan nada suaranya dengan baik untuk menggambarkan
perubahan mood dalam lakonan.
4. Menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu konflik bila
melakonkan sesuatu adegan.
5. Berkomunikasi dengan perasaan melalui wajah dan pergerakan tubuh
badan.
6. Sangat seronok dengan respons yang memberangsangkan yang
diberikan oleh penonton.
7. Mempamerkan kebolehan melakonkan sesuatu perasaan dan peranan
yang diberikan dengan mudah.
8. Mampu membawa pendengar ke klimak dengan penceritaan sesuatu
cerita secara lisan sahaja.
9. Mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu
sama ada baik atau buruk.
10.Boleh mencipta cerita yang bagus dalam menyatakan perasaan dan
pengalaman yang dialaminya.
Sub Domain Seni Lukisan
Satu lagi bidang dalam kesenian visual ialah seni lukisan.Kanak-kanak yang
berbakat dalam bidang ini ialah kanak-kanak yang :
1. Berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah.
2. Memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu
karya lukisannya.
3. Mempunyai perancangan teliti dan baik dalam pembahagian ruang
ketika menghasilkan sesuatu lukisan.
4. Sangat serius dan seronok dalam melakukan seni lukisan.
5. Menunjukkan keaslian dalam usaha menghasilkan sesuatu hasil karya
lukisan.
6. Bersedia untuk mencuba bahan-bahan baru dan juga pengalaman
dalam menghasilkan sesuatu karya.
7. Menggunakan sepenuh masa lapangnya untuk melukis.
8. Menggunakan lukisan untuk mengekpresikan perasaan dan
pengalamannya.
9. Berminat terhadap hasil karya lukisan orang lain termasuklah
menghargai serta mengkritiknya.
10.Suka menghasilkan karya yang berbentuk tiga dimensi seperti
menggunakan tanah liat, platersin dan mengukir sabun.
g) Sosial-emosi
Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting dalam melihat ciri kanak-
kanak pintar cerdas dan berbakat ini.Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
dalam sosial emosi adalah kanak-kanak yang didapati :
1. Sangat menitik beratkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan
yang mendalam terhadap keadilan dan ada kalanya mungkin akan
menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil.
2. Berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana
kebolehannya bukan kerana siapa dia.
3. Lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya.
4. Berkecenderungan menjadi seorang yang sangat mementingkan
kesempurnaan.
5. Sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin
melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat
menyempurnakannya atau menangguhkan kerja.
6. Persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi
bukan kerana umur yang sebaya dengannya.
7. Mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru dihadapinya.
8. Mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang
menarik minatnya.
9. Jujur, peramah dan suka membantu.
10.Sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku.
11.Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa
walaupun dalam hal-hal yang kecil.
12.Mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari
terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya.
13.Sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti
makan daging.
14.Sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja
untuk diri sendiri malah untuk orang lain.
15.Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak
dapat dilakukan dengan sempurna.
16.Gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serius
seperti masalah-masalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam
sekitar.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak Pintar Cerdas dan
Berbakat
Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat, guru perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kaedah
dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-
kanak mereka.
Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah
pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran koperatif.
1) Kaedah Pecutan
Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau
memendekkan masa belajar.Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana
kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaannya disediakan kepada
kanak-kanak gred yang lebih tinggi.Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan
kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan
tambahan dalam pembelajaran.Program pecutan lebih berkesan sekiranya
sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah
berterusan.
2) Kaedah Pengayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998)mendefinisikan program
pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari.
Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi
keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan
kekuatan mental seseorang pelajar itu.Ia memberi peluang murid mendalami dan
meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang
diberi.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak pintar cerdas mendapat peluang
tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan
yang ada pada diri mereka.Kaedah ini juga dapat mengelakkan kanak-kanak
pintar cerdas dari kebosanan.Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku
kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.
Tujuan kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan serta menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu mereka kea arah perkembangan diri dan
bakat mereka.Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.
3) Kaedah Pengelompokan
Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang
mempunyai kebolehan yang hamper sama dalam suatu kelas yang
khusus.Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang
membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan
bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar.
4) Kaedah Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang
boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar kecil di mana pelajar berinteraksi
sesame sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembejaran.Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di
antara ahli-ahli dalam kumpulannya.
Kurikulum Kanak-kanak Pintar Cerdas
Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat.Kurikulum bagi kanak-kanak pintar cerdas adalah sama
dengan kurikulum bagi kanak-kanak biasa.Perkara yang membezakan program
ialah pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas
kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang diminati murid-murid.
Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar kanak-kanak pintar iaitu
yang pertama menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai
dan memberi tugasan yang mencabar.
Kedua, memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum
atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai dan
mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi
tersebut.Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir
tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-
pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang
sewajarnya.
Ketiga, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan
yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi
menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran
yang meningkat dan semakin kompleks.Disebabkan tahap kesediaan pelajar
akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza
bergantung pada perubahan kurikulum.
Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan
individu dan tahap kandungan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk
mencabar diri mereka sendiri.
Keperluan Murid Pintar Cerdas
Pertama, mereka perlu berasa selesa dengan persekitaran sekolah dan
masyarakat, iaitu kehadiran mereka akan dihargai dan tidak dimanipulasikan
oleh orang lain.Mereka perlu berasa selesa dengan diri mereka sendiri dan boleh
bergaul mesra seperti orang lain tanpa melabelkan mereka sebagai istimewa
atau kebolehan mereka yang berbeza disalahertikan sehingga mewujudkan
masalah lain seperti mengasingkan diri dan tidak mahu bersosial yang
membawa kepada fenomena tidak mencapai tahap.
Kedua, mereka memerlukan ruang untuk mereka berkembang dan
mempertingkatkan potensi mereka secara semula jadi dan mengikut acuan
mereka sendiri tanpa dipengaruhi orang lain pada tahap yang terlalu
ketara.Pengaruh daripada orang luar dkhuatiri akan mendatangkan kesan
sampingan yang lain dan seterusnya akan menyebabkan murid pintar cerdas
mengalami kekecewaan.Hal ini member makna bahawa murid pintar cerdas
tidak memerlukan pengaruh orang luar untuk mengembangkan potensi mereka
tetapi mereka perlu dibimbing untuk mencapai potensi mereka. (Stephanie,1990)
Masalah yang sering dialami kanak-kanak pintar cerdas
Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar
cerdas merupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka
lakukan tanpa ada sebarang masalah.Tetapi, hakikatnya golongan pintar cerdas
ini mempunyai masalah mereka sendiri.
Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif.Kanak-
kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah
serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi
mereka.Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang
kompleks yang mencabar kebolehan mereka.Rakan-rakan sebaya mereka juga
tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan
terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara.
Dalam akademik pula, mereka sememangnya sering mendapat
keputusan yang cemerlang.Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk
menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar topik pengajaran malah
menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru di samping menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.Oleh itu, kanak-kanak
pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripada kanak-
kanak normal yang lain bagi mengelakkan proses pembelajaran kanak-kanak
yang lain terganggu.
Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah
semestinya membuatkan para ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa gembira
dan bangga dan menganggap mereka mampu menguasai semua mata pelajaran
yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka.
Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan
tugas lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa
bosan dan kemudiannya akan menggangu rakan-rakan yang lain di dalam
kelas.Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik tetapi
kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya akan menganggap golongan
pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka.
Kanak-kanak pintar cerdas kebanyakannya berkebolehan dalam bidang
yang terhad sahaja.Sebagai contoh, kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek
yang lain dengan baik.Ini menunjukkan bahawa kebolehan yang mereka miliki
selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja.
Dari segi tingkah laku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudah
tersinggung apabila dikritik atau ditegur.Mereka amat mementingkan
kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain
mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. (Bob Algonzine dan Jim
Ysseldyke, 2006).
Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-kanak Cerdas
Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas
adalah hamper sama tetapi masih berbeza.Perkembangan kanak-kanak pintar
cerdas boleh diukur dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Dari segi perkembangan fizikal, kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu
ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.Mereka mempunyai
perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-kanak biasa.
Dari segi emosi pula, kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa
tertekan.Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat
berkait rapat dengan satu sama lain.
Golongan pintar cerdas mencari persahabatan
Kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur
kronologi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama.Kebanyakan golongan ini
lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada
mereka.Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini mendapat seorang
rakan yang mementingkan persahabatan tetapi bukan untuk populariti semata-
mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yang lain.
Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada
kuantiti rakan mereka.Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang
untuk mereka meluahkan perasaan, pendapat dan kenyakinan mereka.
Bagi mereka, hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan,
kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang
sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa
menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri.Persepsi serta pendirian
mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai
ramai rakan.
Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang
merangkumi perkaitan peringkat umur, harapan dan kepercayaan mereka
terhadap persahabatan menjadi semakin kompleks apabila umur semakin
meningkat (Gross, 2002).Terdapat lima peringkat persahabatan mengikut tahap
umur.
Tahap pertama merupakan tahap awal sesebuah persahabatan itu
berlaku.Pada tahap ini teman bermain adalah penting yang mana mereka
memerlukan kawan dan saling membenarkan sesama sendiri berkongsi barang
mainan.
Tahap yang kedua pula akan kelihatan antara umur 7-9, satu peringkat
yang memerlukan seseorang untuk mereka berkongsi minat yang sama.Pada
peringkat ini mereka tidak lagi mementingkan teman bermain tetapi seseorang
yang boleh dibawa mendengar luahan mereka.
Selepas itu, tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan
bantuan dan sokongan daripada orang lain.Pada tahap ini, seorang rakan adalah
seseorang yang boleh membantu, menyokong dan menggalakkan.Tahap ketiga
ini merupakan ciri-ciri yang boleh dilihat pada seseorang yang berumur antara 9
hingga 11 tahun.
Tahap keempat ialah empati yang mana pada masa inilah kanak-kanak itu
menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk
memberi keselesaan dan sokongan antara satu sama lain.Tahap ini juga
merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi masalah serta akan
membina hubungan rapat dengan orang lain.Tahap ini sering berlaku pada
kanak-kanak yang berumur antara 11 atau 12 tahun.
Tahap yang terakhir ialah satu tahap yang memerlukan satu tempat yang
boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat.Pada masa ini
juga mereka akan menyedari bahawa persahabatan itu merupakan satu
hubungan yang mendalam dan berpandangan yang melibatkan kepercayaan,
kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat.
Seseorang yang pintar cerdas memang memandang hubungan
persahabatan dengan serius dan tidak memandang remeh sesuatu hubungan
yang telah mereka bina.
Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas
dewasa ini adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu :
1) Keistimewaan yang ada pada diri mereka .
2) Faktor luaran.Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar
cerdas ini akan dapat mencapai kejayaan hidup dengan begitu mudah.
Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai halangan yang
mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya potensi
yang sedia ada pada diri mereka.
Kanak-kanak pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi
memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Sebagaimana yang kita fahami,fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan
potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu
pelajar untuk berkembang.
Jika kita melihat dari perpektif pendidikan berpusatkan pelajar (student
centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi
keperluan perkembangan diri pelajar dan dalam aspek inilah pelajar pintar
cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik.
Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di
dalam pendidikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut
telah memberi gambaran terperinci lima masalah yang terpaksa dihadapi oleh
kanak-kanak ini(Gallagher & Gallagher, 1994) iaitu :
1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah;
2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya.
3. Mengelakkan sikap sinis, negatif terhadap autoriti.
4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri ( daripada orang lain
yang tidak secerdiknya dan
5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi
orang lain.
Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-
halangan tersebut.Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan
mereka yang unik.Semoga kesedaran mengenai kepentingan pendidikan pintar
cerdas dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.
Pengetahuan yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar cerdas
ini wajar disalurkan pada waktu ini kepada ibu bapa, guru-guru dan bakal guru
supaya mereka lebih sensitive terhadap keperluan unik golongan ini.
Sikap Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat
Mementingkan kesempurnaan
Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat kebanyakkannya amat
mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan.Menurut Patricia
Schuler (2002), seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah
merumuskan kajiaannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang
mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan.
Apabila berada dalam satu kumpulan, kanak-kanak pintar cerdas sentiasa
menekankan kesempurnaan.Mereka lebih suka untuk menjadi seorang yang teliti
dari pelajar yang sederhana.Sifat mereka yang sangat mementingkan
kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan ke arah pencapaian
yang cemerlang.
Schuler juga menekankan bahawa sikap mementingkan kesempurnaan ini
boleh dilihat sebagai teliti secara sihat ataupun neurotik.Seseorang yang
mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas hati
dengan hasil kerja mereka sendiri.
Seseorang yang mementingkan kesempurnaan neurotik pula adalah
seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka berpandangan
bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mengcukupi untuk
berasa puas hati.
Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila
mereka mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi.
2. Sentiasa mengkritik kesalahan diri sendiri.
3. Cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka sendiri: ‘saya
tidak bagus dalam semua benda’.
4. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain.
5. Takut untuk mencuba sesuatu perkara baru.
6. Tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk
mengelakkan hasil yang tidak sempurna: ‘saya lebih suka buat ini sendiri’.
7. Merasa sangat rendah diri dengan orang lain.
8. Cenderung untuk berasa tertekan dan akan berasa hilang yakin semula
walaupun telah berjaya mendapat kejayaan dalam suatu perkara yang
mereka lakukan.
Walaupun begitu, sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan
kanak-kanak pintar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah.Ibu bapa
mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung perkara ini.Ibu
bapa seharusnya memberi rasa sayang yang tidak berbelah bagi terhadap
mereka.
Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan tingkahlaku anak-anak mereka
terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau pujian dari diri mereka
sendiri.Sentiasa guna perkataan ‘Itu adalah perkara yang tidak baik untuk
dilakukan’ daripada menggunakan ‘Kamu tidak baik’.
Kebanyakkan ibu bapa masa sekarang sering memuji anak-anak mereka.
Contohnya paling cantik, paling bijak, paling pandai atau paling berjaya yang
secara tidak langsung akan menimbulkan jangkaan yang tidak realistik dan
menyebabkan mereka akan meninggi diri apabila bersama-sama dengan rakan
mereka.
Setiap perkara dan dorongan daripada ibu bapa sering memberi kesan
yang baik kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini.Ibu bapa perlu
sentiasa menasihati mereka untuk membuat yang terbaik supaya mereka
menggunakan usaha dalam melakukan sesuatu perkara selain daripada
memberitahu mereka bahawa sesuatu kejayaan itu hasil daripada usaha yang
gigih.Ibu bapa juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya
mengambil berat dengan pandangan orang lain.
Walaupun begitu, ibu bapa tidak boleh menjadi terlalu melindungi anak-
anak mereka.Adalah menjadi satu kepentingan ibu bapa kepada kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk
membimbing, melindungi dan mengawasi anak-anak.Walaupun mereka
merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas tetapi mereka tetap seorang
kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran dan pengalaman dalam
membuat sesuatu keputusan.
Dalam akademik, kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam
kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan pretasi yang lebih
baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-
sama kanak-kanak pintar biasa.
Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada
kanak-kanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka sombong tetapi memberi
kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar cerdas tersebut.Keadaan ini akan
mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu.
Dalam konsep kendiri, kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat kesan
positif atau negatif bergantung pada konsep mereka terhadap diri mereka
sendiri.Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik, sosial dan fizikal
mereka.
Dalam akademik, kanak-kanak itu akan berpandangan bahawa keputusan
mereka dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat
keputusan yang kurang baik.
Dari segi sosial pula, kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit
sensitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di sekeliling
mereka.Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yang berlaku
di sekeliling mereka.
Selain itu, mereka juga sensitif dari konsep kendiri fizikal.Kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan penampilan mereka
contohnya pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan yang langsing dan
sebagainya.
Penutup
Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang
memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan.Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih
sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah
negara.Kegagalan membantu kanak-kanak pintar cerdas bagi
memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar
kepada negara dan masyarakat keseluruhannya.Sekiranya penekanan sebegini
tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat kanak-kanak pintar cerdas ini
akan terbantut dan lambat berkembang.
Kanak-kanak pintar cerdas perlu diberikan peluang untuk mendapat
kurikulum yang lebih maju mengikut tahap keupayaan mereka berbanding
kanak-kanak yang kurang pintar.Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas perlu
mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan.
Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan
menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan
menghilangkan minat belajar.Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku
dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang
strategi pengajaran yang sesuai.
Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan
memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.Kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar
biasa.
Guru perlu mengetahui apakah keupayaan kanak-kanak pintar cerdas
mengenal pasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya.Tugasan
seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi
keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran
motor halus mereka sahaja.Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti
bukannya kuantiti.
Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha
melahir dan mendidik anak pintar cerdas dan berbakat ini.Ibu bapa perlu
mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka
mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas.Salah satu
kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang
sekeluarga.Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara
perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-
anak pintar cerdas dan berbakat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan
sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan murid-
murid.Ini penting supaya semua pihak berasa bahawa diri mereka dihargai selain
dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.
Rujukan
1. Piirto J.(1999) 2 nd ed. Talented Children And Adult ‘Their Development
And Education’.United States of America : Prentice-hall.Inc
2. Thomsom N. (2006).Supporting Gifted And Talented Pupils In The
Secondary School.London : Paul Chairman Publishing.
3. Schuler P. (2002).Perfectionism in gifted children and adolescents. In
M.Neithart, S.M.Reis, N.M.Robinson & S.M.Moon (Eds.).The Sosial and
emotional development of gifted children : What do we know? (pp.71-79).
Waco, TX : Prufrock Press.
4. Sousa D.A.(2003).How the gifted Brain Learns. California : Corwin
Press.Inc.
5. Sutherland M. (2008).Developing the gifted and talented young
learner.London : SAGE Publications Ltd.
6. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),keluaran Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
7. Zharulnizam Syah Z.A.(2010):Buku Kepimpinan Dan Pengurusan
Pendidikan Khas terbitan Utusan Publications.
8. www.permatapintar.edu.my/
9. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad ‘Buku Pengantar Pendidikan
Khas’keluaran Universiti Sains Malaysia.