kandungan muka surat rujukan muka...

25

Upload: vuthu

Post on 02-Feb-2018

373 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat
Page 2: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

2

KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURAT

1. Syarat – syarat Tawaran Kemasukan 3

2. Peraturan Pembayaran Pelajar 6

3. Arahan Pembayaran Yuran 10

4. Kalendar Akademik Sesi 2014/2015 11

5. Maklumat Keperluan Siswa 15

6. Senarai Semak Set Tawaran Pelajar 16

7. Tindakan yang perlu diambil oleh calon jika menerima tawaran ini. 18

8. Perkara – perkara penting untuk diambil perhatian/ tindakan oleh pelajar 19

9. Jadual Bayaran Yuran Pengajian 20

10. Kaedah Bayaran Yuran 22

Page 3: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

3

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN *Catatan : Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama-sama Surat Tawaran Kemasukan ke UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

1. Pengesahan oleh Senat, Universiti Malaysia Kelantan. 2. Segala maklumat yang saudara/i kemukakan dalam borang permohonan kemasukan ini hendaklah benar.

Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila masa.

3. Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan tidak memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa

Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat SPM/setaraf (bagi program dengan syarat kemasukan yang berkaitan sahaja) adalah dikehendaki untuk mengambil matapelajaran-matapelajaran tersebut (Kertas Julai) dan lulus dengan kepujian sebelum menamatkan pengajian di UMK.

4. Saudara/i diwajibkan menyertai program Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2015/2016 yang bermula pada 31

Ogos 2015 hingga 3 September 2015 pada minggu tersebut, saudara/i diwajibkan menandatangani ‘Surat Aku Janji’ yang disertakan bersama-sama surat tawaran ini.

5. Saudara/i mestilah cukup sihat. Ini hendaklah dibuktikan dengan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (UMK

1a) yang terdapat di dalam set borang-borang untuk diisi oleh Pelajar Baharu Sesi 2015/2016 yang disertakan bersama-sama ini. Keputusan muktamad pemeriksaan kesihatan ini tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

6. Yuran semester pertama hendaklah dijelaskan dengan menggunakan Slip Pembayaran yang disertakan di

Bank Islam Malaysia Berhad selewat-lewatnya sehari sebelum pendaftaran. Sila bayar atas nama Universiti Malaysia Kelantan, No Akaun: 03036010016919. Jika anda menghadapi masalah pembayaran, sila hubungi pihak Universiti (Unit Kewangan Pelajar) melalui telefon (09-7717105 / 7194). Bagi pelajar yang akan mendapat tawaran biasiswa/pinjaman/bantuan, sila bawa bersama salinan surat tawaran semasa pendaftaran untuk permohonan penangguhan pembayaran.

7. Saudara/i pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,

Perlembagaan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, Kaedah-kaedah UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2007, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain peraturan serta pindaan yang berkuatkuasa dan diterima pakai di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

8. Selama tempoh pengajian di Universiti ini, saudara/i juga adalah wajib mematuhi:

a. Keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dari Senat Universiti serta keputusan Fakulti yang

berkenaan dengan saudara/i. b. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan

perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa juga. c. Menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti. d. Mematuhi peraturan Lalulintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) 1987. e. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, kebudayaan, sukan, sosial, khidmat

masyarakat dan aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Universiti. f. Patuh kepada etika pemakaian.

9. Jika saudara/i adalah seorang guru/kakitangan kerajaan, kebenaran dan pelepasan daripada majikan

hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

10. Sila mendaftarkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti berikut:

Page 4: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

4

KAMPUS KOTA Tarikh : 30 Ogos 2015 Tempat : Kolej Kediaman, UMK Kampus Kota, Taman Bendahara Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

FAKULTI KEUSAHAWANAN

DAN PERNIAGAAN

& FAKULTI

PERUBATAN VETERINAR

SAB Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian

SAH Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian SESI PAGI

SAK Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian

8.00 Pagi – 12.00

Tengahari

SDV Doktor Perubatan Veterinar

SAP Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian

SAR Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian SESI PETANG

SAW Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian

1.00 Petang - 5.00 Petang

SAL Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian

KAMPUS JELI Tarikh: 30 Ogos 2015 Tempat: Dewan UMK Kampus Jeli Kelantan.

FAKULTI INDUSTRI ASAS

TANI &

FAKULTI SAINS BUMI

SBH Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian

SESI PAGI 8.00 Pagi –

12.00 Tengahari

SBP Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian

SEG Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian

SEL Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian

SEN Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian

SBL Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian SESI PETANG

SBT Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian

1.00 Petang - 5.00 Petang

SEB Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian

SEH

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian

Page 5: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

5

KAMPUS BACHOK Tarikh: 30 Ogos 2015 Tempat: Asrama IBS, UMK Kampus Bachok, Bachok Kelantan.

FAKULTI TEKNOLOGI

KREATIF DAN WARISAN

Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian

SESI PAGI 8.00 Pagi –

12.00 Tengahari

Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian

SESI PETANG 1.00 Petang - 5.00 Petang

11. Slot UMK bersama ibu bapa akan diadakan pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang pada hari pendaftaran.

12. Tempoh Pengajian a) Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian - 4 tahun b) Doktor Perubatan Veterinar - 5 tahun

13. Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan belum mengambil ujian “Malaysian University English Test (MUET)” atau mendapat keputusan kurang daripada Band 3, adalah dikehendaki mendaftar dan menduduki Ujian MUET tersebut dengan mendapat sekurang – kurangnya Band 3 sebelum menamatkan pengajian di UMK. Sila kemukakan keputusan Ujian MUET yang telah diambil ke Fakulti untuk direkodkan.

14. Saudara/i diwajibkan untuk menghadiri kursus Bina Negara anjuran Biro Tatanegara yang akan ditetapkan,

jika perlu.

15. Sila jawab sama ada MENERIMA atau MENOLAK tawaran berserta syarat-syarat seperti di atas sebelum atau pada tarikh yang telah dinyatakan di muka hadapan surat tawaran ini melalui laman web http://www.umk.edu.my/kemasukan/tawaran. Sekiranya pihak Universiti tidak menerima jawapan pada tarikh tersebut, tawaran ini terbatal dengan sendirinya. Jika saudara/i menerima tawaran ini, sila uruskan perkara-perkara yang diperlukan seperti dalam senarai semakan set tawaran yang disertakan bersama-sama ini.

16. Jika saudara/i menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik balik penerimaan itu selepas tarikh

pendaftaran, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada yuran pengajian tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa pada ketika ini. Pemulangan tidak akan dipertimbangkan selepas tarikh tersebut. Resit bayaran asal dan surat tawaran hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.

17. Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menggugurkan saudara/i sebagai pelajar Universiti ini jika

pada mana-mana peringkat pengajian saudara/i didapati melanggar mana-mana syarat seperti perkara (1) hingga (16) seperti di atas.

18. Pelajar diwajibkan menjelaskan yuran pada setiap semester sebelum membuat pra pendaftaran bagi

semester berikutnya. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan dikenakan ke atas pelajar mengikut peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini.

Page 6: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

6

PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR 1.0 Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan Peraturan Pembayaran Pelajar yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti.

1.2 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar

seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

2.0 Kaedah Bayaran 2.1 Pelajar Baharu

2.1.1 Pelajar baharu peringkat Sarjana Muda wajib menjelaskan semua bayaran yang telah

ditetapkan selewat-lewatnya sehari sebelum hari pendaftaran. (Rujuk Perkara 6, Syarat-Syarat Tawaran Kemasukan).

2.2 Pelajar Kanan 2.2.1 Pelajar peringkat Sarjana Muda

Semua pelajar kanan yang berpenaja, tiada berpenaja atau menerima wang tajaan penuh dari penaja dan tidak melalui Pejabat Bendahari diwajibkan menjelaskan semua bayaran dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan digugurkan status pendaftaran kursus pada semester berkenaan.

2.2.2 Pelajar Yang Tamat Biasiswa atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa.

Pelajar yang ditamatkan biasiswa atau sedang memohon perlanjutan biasiswa diwajibkan menjelaskan semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

2.2.3 Pelajar berpenganjur yang tidak ditaja sepenuhnya oleh penaja di mana wang tajaan

dibayar melalui Pejabat Bendahari.

Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak ditaja oleh penaja dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

3.0 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran

3.1 Pelajar seperti di para 2.1.1, 2.2.1, 2.2.2 dan 2.2.3 yang gagal menjelaskan semua bayaran atau mendapatkan pengecualian selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut :-

3.1.1 Digugurkan status pendaftaran kursus bagi pelajar yang telah mendaftar

3.1.2 Tidak dibenarkan daripada membuat pendaftaran kursus

Page 7: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

7

3.1.3 Ditahan daripada menghadiri kuliah 3.1.4 Ditahan daripada menduduki peperiksaan 3.1.5 Ditahan keputusan peperiksaan 3.1.6 Digantung pengajian 3.1.7 Diberhentikan 3.1.8 Tidak akan digraduankan 3.1.9 Ditahan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil 4.0 Peraturan Pembayaran Bagi Semester III 4.1 Jenis Yuran Yang Dikenakan (Untuk subjek yang ditawarkan sahaja) 4.1.1 Yuran Pelajaran

Yuran Pelajaran yang dikenakan mengikut Jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut:

Jenis Kursus Kadar Yuran Sarjana Muda (semua program) RM43.00 setiap kredit 4.1.2 Yuran Asrama Mengikut perkiraan berdasarkan tempoh semester III 4.1.3 Pelajar Yang Mengambil Latihan Industri/Praktikal

Pelajar-pelajar berkenaan yang mengambil untuk pertama kali adalah dikecualikan daripada yuran pengajian.

Pengecualian yuran pengajian tidak akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengulang latihan Industri/Praktikal.

4.2 Cara Pembayaran

Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran di atas sebelum membuat pra pendaftaran/pendaftaran kursus. Pelajar yang gagal menjelaskan pembayaran tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada semester tersebut. Pelajar yang telah menjelaskan pembayaran tetapi menarik diri tidak berhak menuntut pemulangan bayaran selepas tarikh rasmi pendaftaran matapelajaran.

5.0 Pelajar Sarjana Muda Dalam Semester Lanjutan

5.1 Pelajar Sarjana Muda yang mengikuti semester lanjutan (jika berkaitan; melebihi tempoh pengajian) dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya.

5.2 Pelajar Sarjana Muda yang berdaftar tahun akhir (semester lanjutan) yang telah menyempurnakan

syarat-syarat kursus kecuali syarat latihan praktikal dikecualikan daripada membayar yuran

Page 8: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

8

pelajaran manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya.

6.0 Peraturan Umum 6.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian

6.1.1 Untuk pelajar yang diluluskan penangguhan atau tarik diri dari pengajian dan menduduki asrama dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran pelajar (untuk pelajar baharu) ataupun sebelum cuti pertengahan semester (untuk pelajar kanan), hendaklah menjelaskan bayaran yuran asrama secara prorata seperti di lampiran II.

6.1.2 Pelajar yang tinggal di asrama semasa cuti hendaklah menjelaskan yuran asrama

mengikut hari pelajar menduduki asrama dan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak asrama. Yuran asrama tersebut hendaklah dijelaskan di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum menduduki asrama.

6.2 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas 6.2.1 Tindakan Tatatertib

Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib sama ada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester di mana tarikh hukuman dikuatkuasakan.

6.2.2 Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus

Pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang menarik diri dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.

Pelajar baharu yang diluluskan menarik diri daripada pengajian dalam masa tiga (3)

minggu (pada tarikh borang permohonan diterima) oleh Universiti dan yang telah

menjelaskan yuran sepenuhnya semasa hari pendaftaran akan mendapat pemulangan

50% daripada Yuran Keseluruhan yang terdiri daripada; 50% daripada RM 2,305.00 bagi

Yuran Sampingan dan 50% daripada Yuran Pengajian (Mengikut Program Pengajian).

Tiada pemulangan yuran akan dibuat kepada pelajar yang memohon dan menghantar

borang tarik diri selepas tiga (3) minggu daripada tarikh pendaftaran atau tarikh pelajar

melapor diri. Sila rujuk Jadual Bayaran Untuk Pelajar Lepasan STPM/Matrikulasi/Lepasan

Diploma Setaraf Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda seperti Lampiran II.

6.2.3 Penangguhan Pengajian/Cuti Sakit

Pelajar yang mendaftar dan diluluskan permohonan penangguhan pengajian/cuti sakit oleh pihak berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut:-

a. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester berakhir, pelajar

dikehendaki menjelaskan separuh dari yuran pelajaran. b. Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan semester berakhir, pelajar

dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pelajaran.

Page 9: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

9

c. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya untuk perkara (a) dan (b) di atas manakala yuran asrama mengikut kiraan sebenar menduduki asrama.

7.0 Peringatan Kepada Pelajar

Pelajar adalah diminta menyedari akan tanggungjawab serta kesan Perlaksanaan Pekeliling ini seperti yang dinyatakan di atas dan di Lampiran I.

8.0 Kadar Yuran Pengajian

Kadar yuran pengajian adalah berdasarkan kadar yang sedang berkuatkuasa. 9.0 Kuatkuasa Pekeliling Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia Kelantan

Page 10: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

10

ARAHAN PEMBAYARAN YURAN 1. ARAHAN BAYARAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

(a) Semua pelajar diwajibkan menjelaskan keseluruhan bayaran yuran seperti di (Lampiran II) melalui kaedah bayaran yuran seperti di (Lampiran III).

(b) Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual Bayaran Untuk Pelajar Lepasan STPM/Matrikulasi/Setaraf Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda di Lampiran ll. Sila bawa bersama Bukti Pengesahan Pembayaran dan diserahkan di Kaunter Pejabat Bendahari pada hari pendaftaran.

(c) Pelajar yang baru mendapat tajaan/biasiswa dikehendaki memberikan satu salinan surat tajaan

semasa hari pendaftaran dan hendaklah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan dalam slip penyata yuran yang disertakan kecuali yuran pelajaran pada hari pendaftaran.

2. LAIN-LAIN ARAHAN BAYARAN

(a) Sekiranya kemudahan Bank Islam Malaysia Berhad tiada/sukar diperolehi, pelajar boleh membuat bayaran melalui Bank Draf/Kiriman Wang atas nama “UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN” dengan menggunakan alamat seperti di bawah dan membawa Bank Draf/Kiriman Wang tersebut pada hari pendaftaran.

Bendahari Universiti Malaysia Kelantan Karung Berkunci 36 Kampus Kota 16100 Pengkalan Chepa NEGERI KELANTAN DARUL NAIM 3. LAIN-LAIN MAKLUMAT

Bagi pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan, mereka dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan di Bank Islam Malaysia Berhad sebelum mendaftar dan mengisi borang permohonan mengkredit bayaran melalui Borang ABPB. Borang yang lengkap diisi dan salinan buku bank yang mengandungi maklumat nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank hendaklah diserahkan di Kaunter Pejabat Bendahari ketika pendaftaran.

Page 11: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

11

KALENDAR AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SESI AKADEMIK 2015/2016

KALENDAR AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SESI AKADEMIK 2015/2016

TARIKH PERKARA

30 OGOS 2015 (Ahad) 31 OGOS - 3 SEPT 2015 (Isnin - Khamis)

Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar Baharu Minggu Mesra Mahasiswa Pelajar Baharu

2 SEPT (Rabu) Taklimat Fakulti

2 SEPT – 3 SEPT 2015 (Rabu - Khamis)

Pendaftaran Kursus Pelajar Kanan (Pendaftaran Wajib)

SEMESTER SEPTEMBER SESI 2015/2016 (6 SEPT 2015 – 16 JAN 2016)

TARIKH PERKARA TEMPOH

6 SEPT – 10 OKT 2015 Semester September (Bahagian Pertama) 5 Minggu

16 SEPT 2015 (Rabu) Hari Malaysia* 1 Hari

24 SEPT – 3 OKT 2015 Cuti Pertengahan Semester September 2015/2016 1 Minggu

24 SEPT – 25 SEPT 2015 (Khamis – Jumaat)

Hari Raya Aidiladha* 2 Hari

11 OKT – 19 DIS 2015 Semester September (Bahagian Kedua) 10 Minggu

14 OKT 2015 (Rabu) 1 Muharam (Maal Hijrah)** 1 Hari

10 NOV 2015 (Selasa) Deepavali ** 1 hari

11 NOV – 12 NOV 2015 (Rabu – Khamis)

Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan** 2 hari

28 NOV - 30 NOV 2015 Istiadat Konvokesyen UMK Ke – 5 3 hari

13 DIS – 19 DIS 2015 Pra Pendaftaran Kursus Semester Februari Sesi 2015/2016 1 Minggu

20 DIS – 26 DIS 2015 Cuti ulangkaji 1 Minggu

24 DIS 2015 (Khamis) Maulidur Rasul** 1 Hari

25 DIS 2015 (Jumaat) Hari Krismas**

27 DIS 2015 – 16 JAN 2016 Peperiksaan Akhir Semester September Sesi 2015/2016 3 Minggu

17 JAN 2016 – 13 FEB 2016 Cuti Akhir Semester September Sesi 2015/2016 4 Minggu

7 FEB 2016 (Ahad) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Semester September Sesi 2015/2016

8 FEB 2016 (Isnin) Tahun Baru Cina** 1 Hari

Page 12: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

12

31 JAN – 13 FEB 2016 Peperiksaan Gantian Semester September Sesi 2015/2016 2 Minggu

10 FEB – 11 FEB 2016 Pendaftaran Kursus Semester Februari Sesi 2015/2016 (Pendaftaran Wajib)

2 hari

28 FEB 2016 (Ahad) Mesyuarat Senat Peperiksaan Gantian Semester September Sesi 2015/2016

Nota : ( * ) Hari-hari cuti umum sepanjang Kuliah Bahagian Pertama ( ** ) Hari-hari cuti umum sepanjang Kuliah Bahagian Kedua Jadual 1(a) : Hari Efektif Kuliah Semester September sesi 2015/2016

Kuliah Bil. Hari sebenar ( - ) Bil. Hari cuti Hari efektif

Bahagian Pertama 20 2 18

Bahagian Kedua 50 4 46

Jumlah hari terkumpul 70 5 64

Page 13: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

13

SEMESTER FEB (14 FEB – 30 JUN 2016)

TARIKH PERKARA TEMPOH

14 FEB – 26 MAC 2016 Semester Februari (Bahagian Pertama) 6 Minggu

27 MAC – 2 APR 2016 Cuti Pertengahan Semester Februari 2015/2016 1 Minggu

3 APR – 28 MEI 2016 Semester Februari (Bahagian Kedua) 8 Minggu

1 MEI 2016 (Ahad) Hari Pekerja** 1 Hari

5 MEI 2016 (Khamis) Israk dan Mikraj TBC

22 MEI – 28 MEI 2016 Pra Pendaftaran Kursus Semester September Sesi 2016/2017 (Pelajar Kanan)

1 Minggu

29 MEI – 6 JUN 2016 Cuti Ulangkaji 1 Minggu

1 JUN 2016 (Rabu) Hari Wesak** 1 Hari

6 JUN 2016 (Isnin) Hari Keputeraan YDP Agong** 1 Hari

7 JUN 2016* (Selasa) Awal Ramadhan 1 Hari

7 JUN – 30 JUN 2016 Peperiksaan Akhir Semester Februari Sesi 2015/2016 3 Minggu

23 JUN 2016 (Khamis) Nuzul Al-Quran** 1 Hari

1 JUL – 3 SEPT 2016 Cuti Akhir Semester Februari Sesi 2015/2016 / Latihan Industri 9 Minggu

7 JUL – 8 JUL 2016 (Khamis-Jumaat)

Hari Raya Puasa** 2 Hari

24 JUL 2016 (Selasa) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Semester Februari Sesi 2015/2016

1 Hari

17 JUL – 30 JUL 2016 Peperiksaan Gantian Semester Februari Sesi 2015/2016 2 Minggu

14 OGOS 2016 (Ahad) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Gantian Semester Februari Sesi 2015/2016

1 Hari

31 OGOS – 1 SEPT 2016 Pendaftaran Kursus Semester September Sesi 2016/2017 (Pendaftaran Wajib)

2 Hari

Nota : ( * ) Hari-hari cuti umum sepanjang Kuliah Bahagian Pertama ( ** ) Hari-hari cuti umum sepanjang Kuliah Bahagian Kedua Jadual 1(b) : Hari Efektif Kuliah Semester Februari sesi 2015/2016

Kuliah Bil. Hari sebenar ( - ) Bil. Hari cuti Hari efektif

Bahagian Pertama 30 0 30

Bahagian Kedua 40 1 39

Jumlah hari terkumpul 70 1 69

Page 14: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

14

SEMESTER TAMBAHAN (5 JUL – 3 SEPT 2015 (8 Minggu)

TARIKH PERKARA

1 JUL – 4 JUL 2016 Pendaftaran Kursus Semester Tambahan Sesi 2015/2016

7 JUL – 8 JUL 2016 (Khamis-Jumaat)

Hari Raya Puasa

10 JUL – 3 SEPT 2016 Kuliah Semester Tambahan Sesi 2015/2016 (8 Minggu)

31 OGOS 2016 (Rabu) Hari Kebangsaan

20 SEPT 2016 (Selasa) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Semester Tambahan Sesi 2015/2016

* Tertakluk Kepada Perubahan

Page 15: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

15

MAKLUMAT KEPERLUAN SISWA

APA YANG PERLU ANDA BAWA 1. Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata. 2. Keperluan kolej kediaman : 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal, bantal dan selimut. 3. Keperluan untuk solat termasuk sejadah, baju melayu kebangsaan lengkap bersampin dan songkok berwarna

hitam atau biru tua (pelajar lelaki Islam sahaja) 4. Pakaian sukan yang sesuai termasuk seluar panjang sukan (track bottom), ‘t-shirt’ berlengan pendek (lelaki),

‘t-shirt’ berlengan panjang (perempuan), kasut sukan dan stokin. 5. Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi. 6. Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke Pusat Pendaftaran dan

ke bilik kediaman. 7. Untuk setiap upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua pelajar lelaki diwajibkan memakai kemeja

putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar gelap. Manakala pelajar wanita beragama Islam berpakaian baju kurung putih, kain labuh berwarna gelap dan bertudung putih. Bagi pelajar wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian baju lengan panjang putih berkolar dan memakai kain labuh berwarna gelap.

8. Pelajar lelaki hendaklah membawa :-

Kemeja lengan panjang berwarna cerah (sekurang-kurangnya 3 helai)

Seluar warna gelap

Stokin gelap, kasut kulit dan tali leher 9. Pelajar perempuan Islam, hendaklah membawa:-

Baju kurung

Tudung

Kasut bertumit dan bertutup yang selesa 10. Pelajar perempuan bukan Islam :-

Baju lengan panjang yang labuh melepasi paras punggung

Kain labuh berwarna gelap

Kasut bertumit dan bertutup yang selesa

Page 16: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

16

SENARAI SEMAKAN SET TAWARAN UMK SESI AKADEMIK 2015/2016

ARAHAN : SILA BUAT SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN KOLEJ, PROGRAM DAN KURSUS

BIL.

PERKARA

TINDAKAN

TANDAKAN ( / ) SEKIRANYA

TINDAKAN TELAH DIAMBIL

1.

A. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN KOLEJ Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Kolej) (UMK 5)

a. Serahkan borang di kaunter yang berkenaan semasa pendaftaran

2.

3.

4.

5.

B. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN PROGRAM

Pengesahan Bayaran Yuran Pengajian (Bukti Pengesahan Pembayaran)

Borang Butir-Butir Rekod Pelajar (UMKP1) Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran Melalui Bank Maklumat Pemeriksaan Kesihatan (UMK 1a, 1b, 1c)

a. Telah dibuat pembayaran melalui BIMB

b. Sila serahkan salinan kedua

berwarna biru ke Kaunter Bendahari.

a. Telah disemak, diisi serta dibuat pembetulan (sekiranya ada).

a. Telah diisi dan ditandatangani a. Telah diisi dan ditandatangani

6.

7.

C. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN KURSUS

(FAKULTI) Sijil Asal dan satu salinan semua dokumen berikut:

i) Salinan Sijil SPM/SPMV atau setaraf ii) Salinan Sijil STPM iii) Salinan Sijil MUET (jika ada) iv) Salinan Kad Pengenalan v) Salinan Surat Beranak Pemohon, Ibu, Bapa

dan Penjaga vi) Salinan Sijil Berhenti Sekolah vii) Salinan Sijil UiTM, Matrikulasi/PASUM/Tahun

Asas UMK/Politeknik/IKM/Pertanian/Sijil-Sijil lain yang setaraf termasuk salinan transkrip semester akhir.

viii) Salinan Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum ix) Surat Pengalaman Kerja (jika ada)

Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Fakulti) – (UMK 6)

a. Sila pastikan semua salinan

fotostat dokumen telah disah dan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar, Pegawai Kerajaan Kumpulan 1, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai (JP), Ketua Jajahan, Ketua Bahagian atau Ketua Kampung.

a. Telah diisi dengan lengkap.

Page 17: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

17

PERINGATAN : Sebelum mendaftar diri, semua borang yang dinyatakan di atas hendaklah diceraikan terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses pendaftaran.

8.

9.

10.

11.

12.

Borang Perakuan Pelepasan Tanggungan – (UMK2a) Borang Ikrar Pelajar (UMK 4) Borang Jaminan Kewangan Bagi Penjamin Pertama (UMK 3a) dan Penjamin Kedua (UMK 3b) Surat Aku Janji Pelajar Pengakuan Mengenai Penyalahgunaan Dadah (UMK2)

a. Telah diisi dengan lengkap dan

ditandatangani ibu/bapa/ penjaga.

a. Telah diisi dan ditandatangani

di hadapan Pegawai Universiti – serahkan di Kaunter Fakulti.

a. Telah diisi dengan lengkap.

b. Telah di’Matikan’ setem

(calon adalah bertanggungjawab untuk mematikan Setem Hasil di sudut kanan muka hadapan tiap-tiap Surat Jaminan Kewangan di mana-mana Pejabat Cukai sebelum mendaftar).

c. Telah diserahkan ke Fakulti.

a. Telah ditandatangani (2

salinan) (Satu versi bahasa) b. Serahkan 1 salinan ke

Fakulti

a. Telah diisi dan ditandatangani.

Page 18: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

18

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON JIKA MENERIMA TAWARAN 1. Pemeriksaan Kesihatan Untuk Semua Pelajar a. Perkara Umum Untuk Makluman Dan Tindakan Semua Pelajar

i) Semua pelajar wajib menjalani pemeriksaan kesihatan seperti dalam borang (UMK 1b) di hospital/Klinik Kerajaan/Hospital Universiti sebelum mendaftarkan diri di UMK.

ii) Pelajar yang sedang menjalani rawatan atau menghidap sebarang masalah kesihatan

yang memerlukan perhatian dikehendaki membawa laporan rawatannya dari doktor yang sedang merawatnya.

iii) Mengisi Borang Kebenaran Bius dan Pembedahan (UMK 1c) dan diserahkan pada hari

pendaftaran. 2. Borang Slip Wang Tunai Masuk

a. Semua pelajar dikehendaki menggunakan borang slip wang tunai masuk BIMB dan membayar jumlah yang telah ditetapkan pada borang slip penyata yuran di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atau menggunakan kaedah lain seperti di lampiran III

b. Borang Slip Wang Tunai Masuk ini mengandungi 3 salinan:

(i) Salinan pertama berwarna putih (untuk pihak bank) (ii) Salinan kedua berwarna biru/merah (untuk salinan Pejabat Bendahari UMK) dan dibawa

pada hari pendaftaran. (iii) Salinan ketiga berwarna kuning (untuk simpanan pelajar)

c. Penerimaan dianggap sah dengan cetakan komputer cawangan BIMB pada borang wang tunai masuk.

d. Tarikh akhir bayaran melalui bank ialah sehari sebelum tarikh mendaftar seperti yang dinyatakan

dalam surat tawaran kemasukan. e. Pertanyaan mengenai pembayaran boleh dibuat melalui telefon 09-7717105 / 09-7717194.

Page 19: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

19

LAMPIRAN I PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN/TINDAKAN OLEH PELAJAR 1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjelaskan semua bayaran bagi setiap semester pada tarikh yang

ditetapkan mengikut Peraturan Pembayaran Pelajar sehinggalah mereka menamatkan pengajian di UMK. 2. Pengeluaran bil tuntutan kepada pelajar merupakan proses pentadbiran sahaja. Sekiranya pelajar tidak

menerima bil tuntutan, mereka masih tertakluk kepada tindakan mengikut Peraturan Pembayaran Pelajar para 3 yang telah diedarkan kepada pelajar.

3. Bil tuntutan pembayaran akan dikemukakan kepada pelajar selewat-lewatnya seminggu sebelum semester

bermula. Pelajar boleh menyemak senarai hutang berkenaan melalui portal pelajar. 4. Bil tuntutan pembayaran juga akan dikeluarkan kepada pelajar berpenganjur jika biasiswa/pinjaman mereka

belum diterima, untuk makluman/semakan/tindakan pembayaran (jika berkenaan). 5. Pelajar juga boleh meminta Pejabat Bendahari (Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar) memberikan

maklumat keberhutangan mereka dengan bertanya di kaunter pelajar lebih awal atau sekiranya bil tuntutan hilang/tidak diterima.

6. Yuran/hutang yang perlu dijelaskan oleh pelajar meliputi semua bayaran termasuk yuran pengajian (Yuran

Pelajaran, Yuran Asrama, Yuran Perkhidmatan, Yuran Aktiviti, Yuran Khidmat Pelajar, Yuran Minggu Mesra Mahasiswa, Yuran Ko-Kurikulum, Yuran Pendaftaran, Yuran Alumni, Yuran Peperiksaan, Yuran Perkhidmatan Komputer, Yuran Khairat dan lain-lain termasuk Pinjaman Tabung).

7. Pelajar berpenganjur yang menerima biasiswa pelajaran mereka terus dari Penganjur akan dianggap sebagai

pelajar persendirian bagi maksud bayaran yuran yang ditetapkan dan tertakluk kepada tindakan yang dinyatakan terdahulu.

8. Pelajar yang memohon perlanjutan biasiswa melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kelulusan

mengenainya tidak diperolehi sehingga tempoh pembayaran yang telah ditetapkan tamat, dianggap pelajar persendirian dan mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

9. Pelajar yang digantung pengajian dianggap telah menggunakan satu semester pengajian dan mereka

dikehendaki menjelaskan semua bayaran semester di mana pelajar telah mendaftar kursus, sebelum diterima meneruskan pengajian pada semester berikutnya.

10. Pelajar yang telah membuat pra pendaftaran atau pendaftaran sebenar kursus dan layak meneruskan

pengajian pada semester berikutnya tetapi tidak bercadang meneruskan pengajian mereka kerana menarik diri atau memohon penangguhan pengajian, dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pentadbiran Akademik (BPA) dengan segera untuk pelarasan rekod serta tindakan berkaitan. Pelajar yang gagal berbuat demikian (sebelum semester bermula atau sebelum tarikh akhir pendaftaran matapelajaran) masih dianggap sebagai pelajar berdaftar dan dikehendaki menjelaskan semua bayaran untuk semester berkenaan.

11. Pelajar kanan (para 2.2) dikehendaki menjelaskan bayaran yuran pada setiap semester sebelum pra-

pendaftaran kursus bermula. Semua pembayaran yuran perlu dijelaskan mengikut kaedah yang diberikan seperti dilampiran III dan tertakluk kepada kelulusan Bendahari, Universiti Malaysia Kelantan.

Page 20: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

20

LAMPIRAN II

JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2015/2016

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN SESI 2015/2016 DAN BAYARAN BALIK SEBAHAGIAN DARIPADA YURAN YANG TELAH DIJELASKAN KEPADA PELAJAR YANG MENARIK DIRI DALAM TEMPOH TIGA MINGGU

DARIPADA TARIKH PENDAFTARAN

PERKARA JUMLAH

BAYARAN BALIK BAGI PELAJAR MENARIK

DIRI SEKIRANYA DILULUSKAN DALAM

TEMPOH TIGA MINGGU.

A. Yuran Sekali Sepanjang Pengajian (Tidak Berulang)

i) Wang Hemat Diri ii) Yuran Pendaftaran iii) Yuran Ko-kurikulum iv) Kad Matrik v) Minggu Orientasi vi) Alumni vii) Yuran Keusahawanan viii) Buku struktur Kursus ix) Graduasi

B. Yuran Berulang (Per Semester)

i) Yuran Pengajian Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan ~ SCK ~ SCW Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi

Yuran Makmal (Makmal sains/studio/bengkel)*

ii) Insurans Kelompok iii) Tabung Kebajikan Pelajar iv) Persatuan Mahasiswa Pelajar (PMUMK) v) Kegiatan Kolej Kediaman vi) Pengangkutan vii) Penginapan Pelajar viii) Kegiatan Pemajuan Pelajar ix) Yuran Komputer dan ICT x) Perkhidmatan Kesihatan xi) Perpustakaan

RM 100.00 RM 100.00 RM 300.00 RM 50.00

RM 300.00 RM 50.00

RM 100.00 RM 25.00

RM 300.00

RM 1,325.00

RM 750.00 + RM 200.00*

RM 900.00 + RM 250.00* RM 750.00 + RM 250.00* RM 1,212.00 + RM 250.00* RM 900.00 + RM 250.00* RM 900.00 + RM 250.00*

RM 25.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 100.00 RM 400.00 RM 100.00 RM 200.00 RM 30.00 RM 50.00

RM 980.00

50 %

50% 50%

Page 21: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

21

Jumlah perlu dibayar semasa pelajar mendaftar:-

1. Fakulti Keusahawanan & Perniagaan 2. Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

- Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian - Sarjana Muda Siberologi Dengan Kepujian - Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian

3. Fakulti Perubatan Veterinar 4. Fakulti Industri Asas Tani 5. Fakulti Sains Bumi

RM3,255.00

RM3,455.00 RM3,455.00 RM3,305.00 RM3,767.00 RM3,455.00 RM3,455.00

* Catatan :Yuran di atas adalah tertakluk kepada perubahan jika ada.

Page 22: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

22

LAMPIRAN III

KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN __________________________________________________________________________________ Adalah dimaklumkan bahawa bagi tujuan mempercepatkan proses pengemaskinian data pembayaran yuran pelajar, pelajar DIKEHENDAKI menggunakan kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. BIMB Internet Banking 2. Pindahan Wang melalui Mesin ATM Bank Islam 3. Bayaran melalui kaunter Bank Islam / Kaunter Pejabat Bendahari

Bayaran di Kaunter Pejabat Bendahari hanya dibenarkan kepada pelajar yang menggunakan selain daripada akaun Bank Islam sahaja. Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan ke Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat.

Page 23: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

23

PERHATIAN !!! Pembayaran menggunakan sistem ‘Cash Deposit Machine’ (CDM) dan ‘Interbank Giro’ (IBG) adalah TIDAK DIBENARKAN. CAJ YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD:

1. BIMB Perbankan Internet - RM0.50 2. Pindahan Wang melalui Mesin Perbankan ATM Bank Islam - RM0.50 3. Kaunter Bank Islam / Kaunter Pejabat Bendahari - RM2.00

Bayaran hendaklah dibuat atas nama : UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN beserta dengan NAMA, NO.KAD PENGENALAN DAN NO. MATRIK PELAJAR Sebelum membuat bayaran yuran pengajian pelajar perlu menyemak baki tunggakan yuran pengajian sama ada melalui :

i. Surat Tawaran / Pendaftaran Semester ii. Portal Pelajar iii. Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UMK

Pelajar yang berhutang tidak akan dibenarkan untuk mendapatkan transkrip keputusan peperiksaan untuk semester berkenaan. Pelajar yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Penyata Kewangan boleh berhubung dengan kakitangan Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar di talian 09-7717105 / 7194.

KAEDAH 1 : PEMBAYARAN MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

__________________________________________________________________________________

LANGKAH 1 : Pelajar perlu mendaftar untuk mendapatkan akses ke bankislam.biz user

LANGKAH 2 : Layari laman web www.bankislam.biz dan klik ikon login untuk menggunakan

perkhidmatan internet

LANGKAH 3 : Masukkan No. ID dan Password yang telah dipilih ketika mendaftar di medan yang

berkenaan. Tekan butang logon.

LANGKAH 4 : Menu Internet Banking akan dipaparkan. Klik ikon “Bill Presentment” di bawah

menu “Bill Payments”

LANGKAH 5 : Menu “Bill Presentment” akan dipaparkan untuk memasukkan maklumat bayaran.

Page 24: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

24

Pilih jenis bayaran kepada UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN untuk bayaran

yuran pengajian daripada senarai yang disediakan pada medan Service Provider.

Masukkan nombor kad pengenalan pelajar.

LANGKAH 6 : Pilih nombor rujukan bayaran dari senarai yang dipaparkan dan tekan butang “Pay”

untuk menu seterusnya

LANGKAH 7 : Semak semua maklumat pembayaran dan masukkan amaun yang ingin dibayar.

Setelah pasti semua maklumat adalah betul, tekan butang “Pay”

LANGKAH 8 : Sahkan maklumat pembayaran sekali lagi dan tekan butang “confirm” untuk

mengesahkan pembayaran. Cetak skrin tersebut untuk disimpan sebagai rujukan

serta bukti pengesahan bayaran. Klik ikon logout untuk keluar dari laman web

setelah selesai membuat bayaran secara online.

KAEDAH 2 : PEMBAYARAN MENGGUNAKAN ATM BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD __________________________________________________________________________________ LANGKAH 1 : Lawati ATM Bank Islam

LANGKAH 2 : Masukkan kad ATM dan sahkan nombor PIN anda

LANGKAH 3 : Pilih menu “Lain-lain”

LANGKAH 4 : Pilih menu “Pembayaran Bil & Yuran IPT”

LANGKAH 5 : Pilih “Yuran IPT”

LANGKAH 6 : Pilih akaun pembayar (akaun yang akan didebitkan)

LANGKAH 7 : Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar

LANGKAH 8 : Pilih No. Bil (No. Matrik Pelajar)

LANGKAH 9 : Masukkan amaun dan sahkan amaun yang ingin di bayar.

LANGKAH 10 : Transaksi selesai dan dapatkan resit untuk simpanan dan dihantar ke Kaunter

Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat.

KAEDAH 3 : KAUNTER BAYARAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD __________________________________________________________________________________

Page 25: KANDUNGAN MUKA SURAT RUJUKAN MUKA SURATadmissionintake.umk.edu.my/attachment/set_tawaran_panduan... · Buku Panduan Kemasukan Pelajar ... Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2015/2016

25

1. Slip pembayaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan di kaunter Bank Islam untuk tujuan

pembayaran

2. Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak Bank Islam sebanyak RM2.00

3. Peminjam perlu memastikan maklumat pembayaran adalah betul sebelum meninggalkan kaunter bank

terlibat

4. Salinan pendua slip perlu disimpan dan diserahkan kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas

pembayaran dibuat