kandungan - ums.edu.my › pnrf › images › download › buku...pendawaian elektrik untuk...
TRANSCRIPT
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 1
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
A. Pengenalan
Bahagian Perumahan Pelajar
Kolej Kediaman
Dasar Penginapan di Asrama/ Kolej Kediaman
Falsafah Penginapan
Asrama/ Kolej Kediaman
B. Punca Kuasa
C. Fungsi HEPA
D. Proses Pengurusan Penempatan
Pelajar di Kolej Kediaman
E. Kriteria-kriteria Pemilihan
Penempatan Pelajar
a) Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman
b) Kelayakan Istimewa c) Jawatankuasa Pemilihan
Penempatan Kolej Kediaman
F. Peraturan-Peraturan Kolej
Kediaman
G. Tatatertib Asrama
H. Penggunaan Barangan Elektrik
I. Peraturan Larangan Memasak
J. Waktu Senyap
K. Iklan Tampalan
L. Tetamu
M. Kegiatan Berdua-duaan/berkhalwat
dalam Kawasan Kolej Kediaman
N. Penggunaan Kasut dan Selipar
O. Kecurian dan Laporan Kehilangan
P. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej
Kediaman
Q. Kemudahan Televisyen
R. Penginapan Semasa Cuti
S. Sopan Santun
T. Larangan menyimpan Alat-alat Dan
Bahan-bahan Yang Berbahaya Di
Asrama/Kolej Kediaman
U. Peraturan Penggunaan Stor
V. Peraturan Pengendalian Surat,
Bungkusan,Pos Laju, berdaftar dan
Telegram
W. Etika Pakaian Pelajar
X. Peraturan Mengosongkan Bilik
Y. Peraturan Kenderaan
Z. Peraturan Kecemasan
Pertikaian Perhatian Tindakan Tatatertib Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Kediaman Peraturan Kewangan
Pembayaran
Kelewatan Pembayaran Yuran Penginapan
Rayuan Penangguhan Yuran Penginapan
Bayaran Balik Yuran Penginapan
Peraturan Ganti Rugi
Jenis Ganti Rugi
Kadar Ganti Rugi Yang Dikenakan
Kadar Bayaran Penginapan Luar Kadar Bayaran Denda Yang Dikenakan Kepada Penghuni-penghuni Yang Melanggar Peraturan
PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KANDUNGAN
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
A. PENGENALAN
BAHAGIAN PERUMAHAN PELAJAR
Bahagian Perumahan Pelajar (BPP)
merupakan Pusat Pentadbiran Induk Kolej -
Kolej Kediaman. Bahagian ini
bertanggungjawab menyelaras penempatan
penginapan pelajar, perancangan
pembangunan dan penambahbaikan polisi
dasar penginapan Universiti bagi
menyediakan kemudahan penginapan yang
kondusif kepada pelajar. Selain itu BPP juga
memainkan peranan penting dalam
menyumbang kepada kecemerlangan
pelajar di Kolej Kediaman dengan
menyediakan kelengkapan/kemudahan
prasarana dan sentiasa memastikan
kemudahan berada dalam keadaan yang
sebaik mungkin bagi keselesaan pelajar.
KOLEJ KEDIAMAN
Kolej Kediaman bersifat “kemudahan tetapi
bukan hak” merupakan tempat yang
eksklusif kepada pelajar untuk menjalankan
aktiviti harian. Selain tempat menginap ia
juga merupakan asas terpenting dalam
pembentukan sahsiah, berilmu, berakhlak,
berkemahiran, berdaya saing dan berdaya
tahan melalui proses pengajaran,
pembelajaran dan pembentukan peribadi
bagi meningkatkan budaya ilmu di Universiti.
DASAR PENGINAPAN DI ASRAMA/
KOLEJ KEDIAMAN
Penginapan di asrama/kolej kediaman
merupakan satu KEMUDAHAN untuk
pelajar, tetapi BUKANNYA HAK seseorang
pelajar.
Penempatan seseorang pelajar (tinggal di
asrama/kolej kediaman) ditentukan mengikut
budibacara dan kuasa mutlak Universiti.
Pelajar WAJIB memohon secara atas talian
di Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu
(SMPB) pada tempoh ditetapkan. Dendaan
dikenakan bagi rayuan permohonan
lewat/selepas tarikh ditetapkan.
FALSAFAH PENGINAPAN ASRAMA/
KOLEJ KEDIAMAN
“Asrama/ Kolej Kediaman adalah Pusat
kecemerlangan lanjutan dan pelengkap
kepada sistem pendidikan Universiti dalam
melahirkan graduan yang berakhlak mulia,
berpengetahuan luas, kritis, kreatif, inovatif,
insaf kepada permasalahan sosial serta
memperjuangkan keadilan sejagat dan
solidariti antarabangsa”
B. PUNCA KUASA
1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) ;
2. Perintah Universiti Malaysia Sabah (Perbadanan) 1994 [P.U.(A) 484/1994]dan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah [P.U. (A) 149/1998] dan
3. Perlembagaan UMS (P.U.(A) 460/2010 Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Universiti dan Kolej Universiti (Pengubahan dan Penambahan kepada, Perlembagaan) (Universiti Malaysia Sabah) 2010 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.
C. FUNGSI HEPA
Tertakluk kepada Peraturan Universiti
Malaysia Sabah dan Akta Universiti dan
Kolej Universiti, Jabatan HEP
bertanggungjawab dalam aspek-aspek
berikut ;
i. Memantapkan pembinaan sahsiah
pelajar selaras dengan visi dan misi.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 3
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
ii. Memastikan mutu penyampaian
perkhidmatan dan pengendalian
Kebajikan pelajar diurus dengan
cekap dan berkesan;
iii. Memperkasa jaringan alumni dan
hubungan kerjaya
iv. Melakukan apa-apa fungsi lain dan
mengambil apa-apa tindakan
sebagaimana yang diperlukan dalam
menjalankan dengan sewajarnya
tugas-tugas di bawah Perlembagaan,
Statut, Kaedah dan Peraturan.
D. PROSES PENGURUSAN
PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ
KEDIAMAN
1. Semua pelajar Tahun 1 disediakan
penginapan dan WAJIB tinggal di
kolej kediaman kecuali mendapat
kebenaran secara bertulis daripada
Timbalan Naib Canselor HEPA untuk
tinggal di luar Kolej Kediaman tetapi
yuran asrama tetap dikenakan untuk
semester 1 tahun pertama.
2. Perkara (1) di atas adalah tidak terpakai
untuk pelajar Antarabangsa.
3. Pelajar senior yang memerlukan
penginapan WAJIB memohon Kolej
Kediaman secara atas talian dalam
Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu
(SMPB) pada setiap sesi pengajian
pada tarikh dan tempoh yang telah
ditetapkan. Namun tidak menjadi
keutamaan untuk tinggal di Kolej
Kediaman
4. Penempatan pelajar senior di Kolej
Kediaman akan dipilih pada setiap sesi
dan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pemilihan Penempatan Kolej
Kediaman.
5. Penempatan pelajar yang ditawarkan
tempat penginapan pada setiap sesi di
Kolej Kediaman adalah mengikut
ketetapan dan keputusan pihak
Universiti.
6. Universiti berhak menarik balik tawaran
tempat tinggal/ penginapan atas sebab-
sebab kepentingan Universiti
/Disabitkan dengan kesalahan tatatertib
Universiti.
7. Penghuni yang telah ditawarkan
tempat penginapan, TIDAK boleh
bertukar/pindah bilik kecuali mendapat
kebenaran secara bertulis daripada
Pengetua Kolej Kediaman.
8. Pertukaran Kolej Kediaman hanya
dibenarkan pada semester dua setiap
sesi pengajian setelah mendapat
persetujuan Pengetua Kolej Kediaman
asal, Pengetua Kolej dipohon dan
Kelulusan Ketua BPP. Kelulusan
adalah tertakluk kepada kekosongan.
9. Pelajar yang menginap di kolej
kediaman perlu mengemaskini data
maklumat peribadi dalam Sistem
Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB)
setiap semester untuk rekod dan
kebajikan pelajar.
10. Pelajar yang tidak ditawarkan kolej
kediaman UMS secara automatik
dikategorikan status Non Resident
(NR). Namun perlu mengemaskini data
maklumat peribadi dalam SMPB untuk
rekod daftar NR dan pengecualian
yuran asrama.
11. Pelajar yang tidak memohon kolej
kediaman secara automatik menjadi
pelajar Non Resident (NR).
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 4
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
E. KRITERIA-KRITERIA ASAS PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK
KOLEJ KEDIAMAN
i. WAJIB memohon secara atas talian
(online) dalam Sistem Maklumat
Pelajar pada tempoh ditetapkan.
Dendaan dikenakan bagi rayuan
permohonan lewat/selepas tarikh
ditetapkan
ii. Pelajar yang memohon kolej
kediaman hendaklah pelajar yang
berstatus aktif dalam pengajian
iii. Tidak disabitkan kesalahan tatatertib
iv. Tidak berhutang dengan Pihak
Universiti
v. Aktif menyertai aktiviti
Kemahasiswaan di Kolej Kediaman/
Fakulti/ Universiti.
vi. Tertakluk kepada kekosongan
tempat di Kolej Kediaman.
KELAYAKAN ISTIMEWA
i. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
ii. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa
(JAKMAS)
iii. Unit Beruniform
iv. Orang Kurang Upaya (OKU)
v. Orang Asli (Semenanjung)
vi. Atlit UMS
vii. Mewakili UMS di peringkat
Kebangsaan/Antarabangsa.
viii. B40
Namun kelayakan istimewa di atas adalah
tertakluk kepada dasar penginapan semua
pelajar WAJIB membuat permohonan
secara atas talian (online) dalam Sistem
Maklumat Pelajar Bersepadu(SMPB)
JAWATANKUASA PEMILIHAN
i. Jawatankuasa Pemilihan
Penempatan pelajar senior
diperingkat Kolej adalah Pengetua,
Felo, Pentadbiran Kolej dan wakil
Bahagian Perumahan Pelajar.
ii. Keputusan pemilihan oleh
Jawatankuasa Pemilihan Peringkat
kolej akan dibentangkan dan
diluluskan dalam Mesyuarat
Pemilihan Pelajar senior yang
dipengerusikan oleh Timbalan Naib
Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni UMS
F. PERATURAN-PERATURAN KHAS
KOLEJ KEDIAMAN
1. Setiap penghuni dikehendaki mengisi
dan menandatangani beberapa borang
maklumat perabot yang ada dalam bilik
untuk mengesahkan samada lengkap
atau tidak semasa ia mula menginap di
bilik berkenaan. Bayaran denda atau
gantirugi akan dikenakan jika berlaku
kerosakan atau kehilangan perabot di
bilik tersebut. Tindakan disiplin akan
diambil oleh Pengetua jika sabit
kesalahan.
2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah
sahaja dibenarkan tinggal di Kolej
Kediaman. Pengetua boleh mengarah
keluar penghuni dibawah kuatkuasa
Kaedah tatatertib Kolej Kediaman jika
didapati ada setinggan di biliknya.
Penghuni tersebut boleh dikeluarkan
dengan serta merta dan tidak lagi
dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman
pada masa akan datang.
3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar
masuk di Pejabat Pentadbiran Kolej
kediaman pada setiap semester bermula
dan perlu mendaftar keluar semasa cuti
semester dalam tempoh ditetapkan.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 5
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
Dendaan RM20.00 akan dikenakan
kepada pelajar untuk setiap kesalahan
yang tidak mematuhi peraturan ini.**
4. TNC HEPA boleh mengarahkan
penghuni mengosongkan tempat tinggal
yang disediakan di Kolej Kediaman pada
bila-bila masa atas sebab kepentingan
universiti
5. Pengetua boleh dari semasa ke semasa
memberi apa-apa perintah atau arahan
secara bertulis atau lisan yang difikirkan
perlu untuk memelihara ketenteraman
dan tatatertib asrama.
6. Pengurusan dan Pentadbiran Kolej
Kediaman akan membuat
pemeriksaan mengejut di
asrama/kolej kediaman pada bila-bila
masa.
7. Sebarang kerosakan hendaklah
dilaporkan segera kepada pejabat
Pentadbiran Kolej Kediaman. Tindakan
denda/gantirugi kepada penghuni
berkenaan jika kerosakan yang
mendatangkan mudarat tidak dilaporkan
segera.
G. TATATERTIB ASRAMA
1. Penghuni tidak boleh berpindah bilik
tanpa kebenaran secara bertulis
terlebih dahulu daripada Pengetua
Kolej Kediaman.
2. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan
sendiri oleh penghuni. Bilik yang
didapati kotor akan dikenakan denda.
(Rujuk dalam Peraturan Kadar
Denda/Gantirugi penghuni yang
melanggar peraturan)
3. Penghuni adalah tidak dibenarkan
memindah /mengubah /mengalih
kedudukan perabot di dalam bilik atau
memasukkan perabot-perabot baru ke
dalam bilik tanpa kebenaran
Pentadbiran Kolej.
4. Penghuni tidak dibenarkan membuat/
melakukan penyambungan
pendawaian elektrik untuk sebarang
kegunaan di dalam bilik.
5. Penghuni tidak dibenarkan
memelihara/ membawa/ memiliki
sebarang jenis haiwan peliharaan di
dalam bilik/ kawasan Kolej Kediaman .
6. Penghuni yang dengan sengaja
merosakkan bahagian bangunan dan
barang universiti (Melakukan
Vandalisme) akan dikenakan denda
dan tindakan tatatertib oleh pihak
Universiti.
7. Penghuni tidak dibenarkan menampal
semua jenis poster atau sebarang
bahan berbentuk kertas pada dinding
bilik/unit/rumah atau memaku
sebarang jenis tampalan yang boleh
merosakkan dinding/cermin dengan
pin, paku, gam dan kertas tampalan.
(sekiranya berlaku poster akan
ditanggalkan)
8. Penghuni tidak boleh menghalang atau
menahan seseorang Pegawai
Pentadbiran Kolej daripada memasuki
dan membuat pemeriksaan di bilik
berkenaan. “seseorang pelajar
menetap tidak boleh melakukan
sesuatu untuk menghalang,
merintang dan menahan seseorang
pegawai/pekerja atau ejen Universiti
daripada memasuki bilik pelajar
menetap itu dan menjalankan
tugas-tugas kewajipan atau
tanggungjawab di dalam bilik itu”
(Petikan Akta Universiti dan Kolej
Kediaman)
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 6
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
“ Universiti boleh mengkehendaki
seseorang pelajar menetap
mengosongkan tempat tinggalnya atau
berpindah ke tempat tinggal lain yang
disediakan oleh Universiti pada bila-
bila masa tanpa memberi apa-apa
sebab”(Dipetik daripada Akta
Universiti dan Kolej Kediaman).
Timbalan Naib Canselor HEPA atau
mana-mana orang lain yang diberi
kuasa olehnya boleh dari semasa ke
semasa memberi secara lisan atau
bertulis apa-apa perintah, suruhan atau
arahan yang difikirkan perlu atau
sesuai untuk memelihara
ketenteraman dan tatatertib dalam
asrama dan perintah, suruhan atau
arahan itu boleh pada amnya
mengenai semua pelajar atau sesuatu
golongan atau seseorang pelajar
tertentu dan adalah menjadi kewajipan
tiap-tiap pelajar yang mengenainya
perintah, suruhan atau arahan itu
diberi, mematuhi dan
melaksanakannya.
9. Penghuni tidak boleh berada di luar
Kolej Kediaman selepas jam 11.00
malam kecuali dengan kebenaran
Pengetua atau wakilnya.
10. Pelawat luar tidak dibenarkan berada
dalam premis asrama kecuali dengan
kebenaran yang diberi oleh pengetua
atau wakilnya selepas jam 11.00
malam.
11. Penghuni tidak dibenarkan membuang
sampah atau benda yang tidak mudah
hancur di merata-rata tempat seperti
plastik, tuala wanita, sisa-sisa
makanan dan lain-lain ke dalam tandas
atau saliran parit (longkang).
12. Pelajar DILARANG MEROKOK di
dalam bilik dan kawasan asrama/Kolej
Kediaman
13. Penghuni tidak dibenarkan membawa
masuk, memiliki, mengguna,
menyimpan, mengedar, menjual apa-
apa bahan lucah, racun, dadah, rokok,
minuman keras, alat-alat perjudian dan
makanan/minuman yang haram disisi
agama Islam di asrama/Kolej
Kediaman.
14. Penghuni dikehendaki menutup lampu,
kipas dan lain-lain suis elektrik apabila
tidak berada di dalam Kolej Kediaman
untuk mengelakkan pembaziran dan
kebakaran. Penghuni yang didapati
tidak mematuhi arahan ini akan
dikenakan denda oleh pihak
pentadbiran Kolej Kediaman.
15. Pelajar lelaki tidak dibenarkan
memasuki kawasan yang dikhaskan
untuk pelajar perempuan dan juga
sebaliknya. (kecuali kakitangan
Pentadbiran Kolej yang bertugas).
16. Pelajar lelaki tidak dibenarkan
berambut panjang, berwarna, gaya
melampau dan berekor. Rambut
hendaklah tidak mencecah kolar bahu.
(sila rujuk Peraturan Akta Universiti
dan Kolej Kediaman)
17. Pelajar senior tidak dibenarkan
melakukan penderaan (ragging) ke
atas pelajar baru. Mereka yang
didapati berbuat demikian akan diambil
tindakan tatatertib, termasuk dibuang
daripada Universiti (melanggar Akta
Universiti dan Kolej Kediaman).
18. AUKU – Kebenaran berhimpun
(mengikut pindaan AUKU 2012 )
H. PENGGUNAAN BARANGAN
ELEKTRIK
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 7
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
L. TETAMU
M. KEGIATAN BERDUA-DUAAN/
BERKHALWAT DI SEKITAR KOLEJ
1. Setiap pelajar yang menginap di kolej
akan dikenakan caj penggunaan
barangan elektrik sebanyak RM35.00
setiap semester. Iaitu cerek elektrik,
seterika, pengecas telefon bimbit,
pengecas komputer riba dan mesin
pencetak (printer).
2. Barang elektrik selain dari yang
dinyatakan diatas adalah tidak
dibenarkan.
3. Bayaran yang dikenakan akan
dipotong melalui yuran pengajian
pelajar.
I. PERATURAN LARANGAN
MEMASAK
1. Penghuni kolej adalah dilarang
memasak di dalam Kolej Kediaman.
Sebarang peralatan yang digunakan
untuk memasak akan dirampas (tidak
dikembalikan) serta akan dikenakan
denda dan tindakan tatatertib.
J. WAKTU SENYAP
1. Penghuni tidak dibenarkan membuat
bising sehingga mengganggu
ketenteraman penghuni lain pada bila-
bila masa.
2. “Waktu Senyap” bermula jam 6.30
malam sehingga 6.30 pagi
3. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman
akan mengambil tindakan terhadap
mereka yang didapati melanggar
peraturan tersebut.
4. Pelajar juga tidak dibenarkan melepak
di kawasan tertentu tanpa tujuan yang
boleh menjejaskan imej Universiti.
K. IKLAN TAMPALAN
1. Sebarang iklan hanya boleh ditampal di
papan notis yang disediakan sahaja
dengan kebenaran pihak Pentadbiran
Kolej Kediaman.
2. Semua notis yang ditampal hendaklah
diturunkan setelah tamat tempoh notis
tersebut.
3. Penghuni tidak dibenarkan
menconteng/ menampal di dinding
asrama, bilik tidur dan lain-lain bagi
maksud-maksud tertentu.
4. Notis yang ditampal mesti
memaparkan nama pengiklan.
1. Penghuni tidak dibenarkan menerima /
membawa sebarang tetamu atau
keluarga di dalam bilik tidur.
2. Tetamu atau keluarga penghuni tidak
dibenarkan bermalam di bilik pelajar.
1. Penghuni Kolej dilarang berkelakuan
tidak sopan dan menjolok mata seperti
berdua - duaan (berlainan jantina
antara lelaki dan wanita), melakukan
aktiviti berkhalwat (berlainan jantina
atau sesama jantina) dengan
menimbulkan syak serta mencurigakan
di sekitar Kolej Kediaman / Universiti.
(Pelajar akan di rujuk pada
jawatankuasa tatatertib dan digantung
kemudahan penginapan sementara).
2. Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual, dan
Transeksual adalah dilarang
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 8
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
diamalkan didalam dan sekitar
kawasan Kolej Kediaman / Unversiti.
(Pelajar akan di rujuk pada
jawatankuasa tatatertib dan digantung
kemudahan penginapan sementara).
N. PENGGUNAAN KASUT DAN
SELIPAR
1. Penghuni dikehendaki meletakkan
kasut dan selipar dengan
teratur/tersusun (dalam bilik atau luar
bilik).
O. KECURIAN DAN LAPORAN
KEHILANGAN
1. Penghuni bertanggungjawab
memastikan biliknya sentiasa dikunci
pada setiap masa.
2. Penghuni hendaklah bertanggungjawab
keatas penyimpanan wang dan
barangan berharga masing-masing.
3. Penghuni yang kecurian hendaklah
melaporkan kes kecurian dengan
segera kepada Pentadbiran Kolej atau
anggota Keselamatan Universiti yang
bertugas.
4. Universiti tidak boleh
dipertanggungjawabkan di atas
kehilangan dan kerosakan harta benda
pelajar
P. PERATURAN PUSAT KEMUDAHAN
KOLEJ KEDIAMAN
1. Semua kemudahan yang disediakan
oleh universiti di asrama hendaklah
digunakan dengan cermat oleh
penghuni.
2. Surau bagi penghuni beragama Islam
adalah dikendalikan oleh Jawatankuasa
Masjid/Surau berkenaan di bawah
pengawasan TNC HEPA.
Q. KEMUDAHAN TELEVISYEN
1. Penghuni hendaklah menggunakan
kemudahan TV jika disediakan di
asrama/Kolej Kediman dengan cermat.
2. Penghuni hendaklah memastikan
sistem suara TV tersebut tidak
mengganggu ketenteraman penghuni
yang lain.
3. Penghuni juga tidak dibenarkan
membuat bising semasa berada di
dalam bilik TV sehingga mengganggu
ketenteraman penghuni yang lain.
4. Penghuni dilarang sama sekali tidur
dibilik TV.
R. PENGINAPAN SEMASA CUTI
SEMESTER
1. Bagi mereka yang menginap di kolej
semasa cuti semester hendaklah
memohon secara bertulis ke Pejabat
Bahagian Perumahan Pelajar (BPP).
Permohonan boleh dibuat bermula pada
tarikh yang ditetapkan oleh Bahagian
Perumahan Pelajar melalui notis yang
dikeluarkan.
2. Tindakan akan diambil terhadap mereka
yang tinggal di tanpa kebenaran.
Bayaran penginapan akan dikenakan
mengikut kadar ditetapkan sepanjang
tempoh tersebut dan perlu dibayar di
Kaunter Bendahari terlebih dahulu.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 9
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
S. SOPAN SANTUN
1. Pelajar diwajibkan menunjukkan sikap
bersopan santun dengan sesiapa
sahaja. Sentiasalah bertegur sapa/
memberi salam/ hormat menghormati /
menunjukkan sikap berkerjasama dan
bantu membantu.
T. MENYIMPAN ALAT- ALAT DAN
BAHAN-BAHAN BERBAHAYA DI
ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN
1. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan/
membawa/ memiliki/ menggunakan
bahan-bahan yang mudah terbakar
seperti minyak petrol dan bahan kimia
di dalam bilik.
2. Pelajar larang menyimpan/ membawa/
memiliki/ menggunakan senjata tajam/
merbahaya yang boleh mendatangkan
kecederaan.
3. Mereka yang didapati memiliki/
menyimpan/membawa/menggunakan
alat-alat tersebut akan dikenakan
tindakan tatatertib berdasarkan
peraturan Kolej Kediaman dan
Universiti.
U. PERATURAN PENGGUNAAN
STOR**
1. Semua barang yang hendak
ditinggalkan perlulah disimpan di
dalam stor sepanjang cuti semester
dengan memberikan maklumat butiran
peribadi yang ditetapkan.
2. Stor tersebut akan dibuka semula pada
tarikh pendaftaran akademik tiap-tiap
semester dan akan ditutup semula
sebulan selepas tarikh tersebut.
3. Barangan yang tidak dituntut selepas
tarikh yang ditetapkan akan disita
menjadi hak milik pengurusan kolej.
4. Barang-barang yang tidak disimpan di
dalam stor semasa cuti dianggap tidak
berguna dan akan dirampas/ dibuang.
5. Universiti tidak boleh
dipertanggungjawabkan atas
kehilangan dan kerosakan harta benda
pelajar.
** Pengendalian penggunaan Stor dibuat
oleh JAKMAS Kolej Kediaman masing-
masing.
V. PERATURAN PENGURUSAN
SURAT, BUNGKUSAN, SURAT
BERDAFTAR DAN TELEGRAM
1. Pejabat Kolej Kediaman hanya
bertanggungjawab ke atas surat-surat
yang beralamat lengkap sahaja.
2. Pelajar DIKEHENDAKI menunjukan
kad pelajar/matrik semasa berurusan
menuntut bungkusan, surat berdaftar
dan lain-lain.
3. Pengiriman pos yang dibenarkan
adalah berkaitan dengan pembelajaran
dan keperluan peribadi pelajar sahaja.
Barang-barang berunsurkan
perniagaan tidak dibenarkan.
W. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR
1. Pakaian mestilah KEMAS, BERSIH
dan SESUAI dengan amalan biasa
masyarakat Malaysia.
2. Amalkan PAKAIAN BERSOPAN (baju
kemeja biasa, baju T Berkolar,
berkasut, berseluar panjang dibawah
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 10
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
paras lulut) terutamanya dikhalayak
ramai seperti di dewan kuliah,
perpustakaan, pejabat, kafeteria/
kantin.
3. Pemakaian TALI LEHER adalah
DIWAJIBKAN kepada pelajar lelaki
pada setiap hari ISNIN, RABU,
KHAMIS dan juga semasa menghadiri
majlis rasmi. Pelajar wanita
DIKEHENDAKI berbaju kurung atau
pakaian lain yang sopan dengan
berskirt panjang atau seluar panjang
yang longgar. Pada hari tersebut,
pelajar juga dikehendaki
menggunakan Bahasa Inggeris
semasa berkomunikasi secara lisan.
4. Elakkan daripada BERPAKAIAN
TIDAK SOPAN dan yang TERLALU
MENDEDAHKAN TUBUH DAN
MENJOLOK MATA seperti berikut di
khalayak ramai ;
i. Berselipar ii. Berseluar pendek atau berskirt
di atas paras lulut iii. Berbaju T tanpa kolar bagi
pelajar lelaki iv. Berseluar terlampau ketat v. Berbaju ketat dan tanpa lengan
bagi pelajar perempuan
5. Pakaian yang menutup sebahagian
muka (BERPURDAH) juga TIDAK
DIBENARKAN kerana menyukarkan
pihak berkuasa Universiti mengenali
mereka.
6. Untuk aktiviti makmal, sukan dan
kebudayaan, pelajar hendaklah
mematuhi amalan pakaian yang telah
dikuatkuasakan
7. Pelajar lelaki dilarang berambut
panjang dan berekor. Rambut
hendaklah tidak mencecah kolar bahu.
8. Pelajar dilarang sama sekali
mewarnakan rambut kecuali hitam dan
putih.
9. Pelajar DIWAJIBKAN memakai Kad
Pelajar semasa berurusan di Pejabat
HEP/ Kolej.
POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI
UMS
X. PERATURAN PENGOSONGAN
BILIK
1. Dalam masa seminggu sebelum bilik
dikosongkan, pihak kolej kediaman
/wakil Bahagian Perumahan Pelajar
akan memeriksa alat perabot dan lain-
lain peralatan dan kerosakan. Jika
bersabit dengan kerosakan dan
kehilangan, penghuni akan dikenakan
denda atau membayar gantirugi.
2. Setiap penghuni hendaklah
memastikan pintu dan tingkap dikunci
sebelum meninggalkan bilik.
3. Kunci hendaklah diserahkan sendiri di
pejabat berkenaan semasa penghuni
membuat pendaftaran keluar pada
waktu pejabat dan menandatangani
buku rekod pendaftaran keluar.
4. Kunci yang hilang akan diganti oleh
pihak asrama dan penghuni akan
dikenakan tindakan denda.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 11
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
5. Penghuni hendaklah memindahkan
barang-barang milik sendiri daripada
bilik/almari ke ruangan stor yang
disediakan.
6. Barang-barang yang tidak disimpan di
dalam stor semasa cuti dianggap tidak
berguna dan akan dibuang.
Y. KENDERAAN
1. Penghuni asrama TIDAK
DIGALAKKAN membawa kenderaan.
Sekiranya penghuni kolej masih
membawa kenderaan, penghuni
tersebut WAJIB mengisi borang
pendaftaran kenderaan di Pejabat
Keselamatan UMS.
2. Kenderaan hendaklah diletakkan
diruang/petak yang dibenarkan sahaja.
3. Pelajar dilarang meletakkan kenderaan
di tempat yang boleh membahayakan,
menghalang atau menyusahkan orang
atau kenderaan lain. Kenderaan yang
tidak diletakkan pada ruang yang
dibenarkan meletak kenderaan akan
dikenakan saman.
4. Pemilik kenderaan tidak dibenarkan
membunyikan kenderaan mereka
sehingga mengganggu ketenteraman
penghuni lain.
5. Pelajar dilarang memandu kereta/
motorsikal di atas koridor,beranda/ kaki
lima, halaman berkepung atau dimana-
mana bahagian daripada mana-mana
bangunan kolej.
6. Pelajar dilarang memandu lebih
daripada had laju yang ditetapkan.
(Pemakaian Ordinan lalulintas Jalan,
1958 dalam Kampus Ordinan P.T.M
49/58)
Sila rujuk Peraturan Lalu lintas di dalam
Kampus Universiti
Z. PERATURAN KECEMASAN
1. Sekiranya berlaku kecemasan
(kebakaran, bencana alam, ancaman
keselamatan) penggera kecemasan
akan dibunyikan.
2. Setiap penghuni hendaklah keluar dari
bilik dengan berhati-hati dan
berkumpul di satu tempat yang
dikhaskan.
3. Jika kebakaran kecil berlaku gunakan
alat pemadam api.
4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman
akan mengadakan kawad keselamatan
dari semasa ke semasa dengan
kerjasama pihak Bomba dan jawatan
kuasa Pengurusan Keselamatan
Universiti.
5. Pelajar yang sengaja membunyikan
alat penggera kebakaran tanpa sebab
munasabah akan dikenakan tindakan
tatatertib.
6. Penghuni hendaklah menghubungi
Felo/Pihak Pentadbiran
Kolej/Pengetua sekiranya berlaku
kecemasan yang memerlukan
rawatan. Sekiranya Felo/ Pihak
Pentadbiran Kolej/Pengetua tidak
dapat dihubungi, pelajar bolehlah
menghubungi mana-mana ahli
JAKMAS atau ketua blok/ paras atau
Pengawal keselamatan yang bertugas.
7. Felo bertanggungjawab menghantar
penghuni yang berkenaan ke hospital/
klinik yang berdekatan sekiranya tiada
perkhidmatan ambulan.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 12
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
PERTIKAIAN
8. Pihak Pentadbiran Kolej akan
mengeluarkan surat pengesahan bagi
urusan kemasukan penghuni ke wad
hospital/ klinik
Jika berlaku sebarang pertikaian berhubung
pemakaian dan penguatkuasaan peraturan -
peraturan atau sub-sub peraturan diatas
maka keputusan pihak berkuasa tatatertib
berikut akan digunapakai sebagai pemutus
tindakan serta keputusan pihak berkuasa
tatatertib ini adalah MUKTAMAD.
1. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar
(Akademik)
Pengerusi :Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan
Antarabangsa)
Kuasa :Mendengar dan menghukum
kesalahan-kesalahan
akademik
Urusetia :Bahagian Perkhidmatan
Akademik
2. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar
(Sahsiah/Asrama)
Pengerusi : Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni)
Kuasa : Mendengar dan
menghukum kesalahan-
kesalahan berhubung kait
Sahsiah pelajar,kesalahan
asrama, kesalahan
lalulintas dan kesalahan-
kesalahan terdapat dalam
AUKU 1971.
Urusetia : Jabatan Hal Ehwal Pelajar
/ Bahagian Perumahan
Pelajar
PERHATIAN
1. Semua penghuni asrama diarah
mematuhi semua peraturan diatas demi
menjaga imej, ketenteraman dan
kebersihan di kolej kediaman.
2. Penghuni yang kerap melakukan
kesalahan akan dikenakan denda
berganda diatas kesalahannya dan tidak
akan dipilih untuk tinggal di kolej
kediaman pada semester berikutnya.
3. Seseorang pelajar yang didapati
bersalah melakukan sesuatu kesalahan
tatatertib boleh dikenakan mana-mana
dua atau lebih hukuman-hukuman yang
sesuai, disatukan sekali, daripada
hukuman-hukuman yang berikut:
i. AMARAN
ii. Denda tidak melebihi
RM200.00
iii. Penggantungan daripada
mana-mana atau kesemua
kemudahan Universiti selama
tempoh yang ditentukan.
iv. Pengecualian daripada
mana-mana bahagian
Universiti selama tempoh
yang ditentukan.
v. Penyingkiran daripada
Universiti.
JENIS KEBAKARAN
JENIS ALAT PEMADAM API
Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik
Gunakan alat pemadam Api (Fire Extinguisher
Kebakaran dari cecair yang mudah terbakar
Gunakan alat pemadam api yang mengandungi Foam dan Karbon Dioksida
Kebakaran yang berpunca dari api
Gunakan Alat Pemadam Api yang mengandungi Foam, Karbon Dioksida dan Bahan Kimia
TINDAKAN TATATERTIB MENGIKUT
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ
KEDIAMAN
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 13
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
i. PEMBAYARAN
i. Pembayaran hendaklah dibuat di kaunter pejabat bendahari.
ii. Pelajar yang menginap di asrama semasa luar semester hendaklah membuat pembayaran secara berasingan di kaunter pejabat bendahari.
iii. Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai/kiriman wang berpalang atas nama bendahari, Universiti Malaysia Sabah.
ii. KELEWATAN PEMBAYARAN YURAN
PENGINAPAN
i. Semua pelajar dikehendaki
menjelaskan bayaran sewa dan lain-lain bayaran yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
ii. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan bayaran yang ditetapkan akan dikenakan denda tambahan RM10.00 setiap minggu yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan.
iii. Bagi pelajar yang mendapat pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan adalah dikecualikan daripada peraturan diatas dengan syarat mereka dapat menunjukkan surat keterangan daripada pihak
penaja kepada pihak Bendahari.
3. RAYUAN PENANGGUHAN YURAN
PENGINAPAN
i. Pelajar-pelajar yang tidak dapat
menjelaskan sewa mereka
sepenuhnya seperti yang ditetapkan,
boleh merayu menangguhkan
bayaran sewa tersebut secara
bertulis kepada Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni.
ii. Rayuan hendaklah dibuat dalam
masa dua minggu selepas
pendaftaran. Rayuan yang lewat
daripada masa yang ditetapkan
tidak akan dilayan.
4. BAYARAN BALIK PENGINAPAN
i. Semua penghuni hendaklah
membayar yuran penginapan
untuk satu semester. Bagi
penghuni yang meninggalkan kolej
kediaman selepas pendaftaran,
wang mereka (baki wang mereka)
tidak akan dikembalikan kecuali
mendapat perakuan Pihak
Berkuasa Universiti dan caj
bayaran adalah seperti jadual
berikut:
Bil Tempoh
Menginap
Yuran
1. Kurang
daripada
Sebulan
Caj penginapan dikenakan
mengikut hari
3. Lebih
daripada
sebulan
Caj penginapan dikenakan
sepenuhnya
ii. Cagaran kunci bilik/bilik dan lain-
lain cagaran hanya dikembalikan
setelah tamat pengajian kecuali
pelajar menyumbang ke tabung
alumni UMS. Pihak Universiti
berhak memotong wang cagaran
sekiranya pelajar didapati
melanggar peraturan yang telah
ditetapkan oleh universiti.
Yuran Jumlah (RM)
Bayaran penginapan
setiap semester
600.00*
Bayaran Barangan Elektrik
35.00 /semester*
200.00/semester* (Rumah pelajar antarabangsa
yang berhawa dingin)
PERATURAN KEWANGAN
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 14
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
KADAR BAYARAN SEMASA CUTI SEMESTER
*Tertakluk pada perubahan dari semasa ke
semasa selaras dengan kelulusan PBPU.
5. PERATURAN GANTI RUGI
i. Penghuni adalah bertanggungjawab
diatas semua peralatan dan
kemudahan yang terdapat di dalam
unit kediaman/bilik tersebut.
ii. Sebarang kerosakan/kehilangan
kemudahan di bilik penginapan
pelajar, denda dan ganti rugi akan
dikenakan kepada penghuni.
iii. Ganti Rugi Individu
- Jika kerosakan akibat kecuaian/ disengajakan oleh penghuni berkenaan. Tindakan tuntutan ganti rugi akan dimajukan oleh pegawai pentadbiran kolej kepada TNC HEPA. Bahagian penilaian Universiti akan membuat penilaian jumlah ganti rugi yang akan dikenakan kepada penghuni berkenaan.
iv. Ganti Rugi Berkumpulan.
- Apabila berlakunya kerosakan di kolej/flat dimana pihak yang bertanggungjawab tidak dapat dikesan. Ganti rugi akan dikenakan ke atas semua penghuni.
6. KADAR GANTI RUGI YANG
DIKENAKAN
Berikut adalah kadar ganti rugi yang dikenakan:
Kadar bayaran tetap yuran penginapan pelajar
semasa luar semester;
Dengan Perintah,
PIHAK BERKUASA TATATERTIB
PELAJAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Jabatan Hal Ehwal pelajar Universiti Malaysia Sabah
PERKARA KADAR DENDA
Kerja pembersihan keseluruhan unit/ blok / lantai/ bilik kotor
RM 50.00
Kerosakan: i. Langsir (sehelai) ii. Tilam iii. Katil iv. Almari v. Kerusi vi. Meja vii. Paip shower* viii. Kipas* ix. Lampu* x. Powerpoint*
RM 50.00 RM 250.00 RM 250.00 RM 280.00 RM 150.00 RM 220.00
PELAJAR SEHARI SEORANG
Prasiswazah *RM5.00
Pascasiswazah *RM8.00
Antarabangsa (Prasiswazah/Pascasiswazah)
*RM15.00
*RM20.00 (hanya untuk penginapan pelajar di Kolej Kediaman KingFisher)
* Kadar bayaran tertakluk kepada perubahan dari
semasa ke semasa selaras dengan kelulusan
PBPU.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 15
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
KADAR BAYARAN DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI YANG
MELANGGAR PERATURAN
BIL JENIS KESALAHAN KADAR
DENDA(RM) DEMERIT
1 Hilang Kunci 10.00 (Setiap satu)
15
2 Tukar bilik tanpa kebenaran Pengetua Kolej Kediaman 20.00 15
3
Membenarkan setinggan di dalam bilik kolej kediaman
(Setinggan dan penghuni dikenakan denda)
50.00
30
4 Memiliki/menyimpan/mengguna alatan memasak (Dirampas dan
tidak dikembalikan)
30.00
15
5 Mengotorkan bilik/ruang luar/dalam blok kediaman 50.00 30
6 Memiliki/menyimpan/mengguna membuat pendawaian/
sambungan elektrik secara haram
30.00
15
7 Memaku/menampal/memasang poster dipintu/dinding/papan
atau kawasan yang tidak dibenarkan tanpa cop rasmi HEP 10.00 15
8
Lelaki yang didapati berada di ruang kolej kediaman atau dalam
bilik perempuan dan sebaliknya (kecuali kakitangan Pentadbiran
HEP Kolej Kediaman bertugas)
50.00
30
9
Memiliki/menyimpan/mengguna periuk nasi/hotplate/gelung
pemanas (Heater coil) di kolej kediaman (Dirampas dan tidak
dikembalikan)
30.00
15
10 Membiarkan lampu atau kipas terpasang semasa ketiadaan
penghuni di dalam bilik kediaman semasa pemeriksaan
10.00
5
11
Menjemur/menyidai pakaian di tingkap, bilik rehat,balkoni bilik,
bilik air, beranda, laluan ,bukan tempat dikhaskan menyidai
pakaian(setiap helai)
2.00 (Setiap
helai)
2
12 Peminjaman setiap kunci bilik di pejabat Pentadbiran Kolej
Kediaman 2.00 2
13 Membawa/mengalih/mengambil kemudahan perabot lain ke
dalam bilik / kediaman(denda dan kembalikan ke tempat asal)
20.00
15
14 Aktiviti memasak di dalam bilik atau kawasan kolej kediaman
(Alatan dirampas dan tidak dikembalikan) 30.00 15
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 16
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
BIL JENIS KESALAHAN KADAR
DENDA(RM) DEMERIT
15 Membawa/menyimpan motosikal/basikal di dalam
bilik/blok/ruang yang tidak dikhaskan
30.00
15
16
Meletak kenderaan di merata tempat/ kawasan larangan/
tempat khas kakitangan kolej kediaman/pengurusan kolej
kediaman
20.00
15
17 Memecah/membuang cermin tingkap/pintu tanpa
dilaporkan(setiap satu)
50.00* 30
18 Membiarkan kasut/selipar/sandal bersepah di luar bilik 10.00
15
19
Membuang sisa makanan diluar pintu bilik atau ke dalam bakul
sampah tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik dan dikat
kemas
10.00
15
20 Merosakkan dengan sengaja kemudahan bilik air (keseluruhan
blok/aras)
50.00** 30
21 Bilik tidak dibersihkan, berselerak,di dapati kotor semasa
pemeriksaan
20.00 15
22
Menyimpan/memiliki/membawa/barang-barang makanan dan
minuman tidak dibenarkan/tidak halal di sisi agama islam ke
bilik (Dirujuk Jawatankuasa Tatatertib dan kemudahan
penginapan digantung sementara)
50.00 30
23 Membawa/memiliki/menyimpan/merokok di dalam bilik /ruang
kolej kediaman (Rokok dirampas dan tidak dikembalikan)
50.00 30
24 Membawa/memiliki/menyimpan/memelihara binatang
peliharaan di dalam bilik/ruang atau kawasan kolej kediaman
50.00 30
25
Didapati berdua-duaan/berkhalwat dan mencurigakan dalam
kawasan kolej kediaman/Universiti (Dirujuk kepada
Jawatankuasa Tatatertib dan kemudahan penginapan
digantung sementara)
50.00 30
26. Tukar kolej tanpa kebenaran Bahagian Perumahan Pelajar
(BPP) 50.00 30
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 17
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
BIL JENIS KESALAHAN KADAR
DENDA(RM) DEMERIT
27. Permohonan kolej kediaman yang lewat dan tidak memohon
secara atas talian 30.00 15
28. Tidak mendaftar masuk kolej kediaman setiap semester
bermula 20.00 15
29 Tidak mendaftar keluar kolej kediaman semasa cuti semester 20.00 15
30. Tidak melaporkan dengan sengaja kerosakan yang berlaku di
bilik /blok sehingga mendatangkan mudarat 30.00 15
31.
Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian
bangunan dan barang universiti (melakukan vandalisme) akan
dikenakan denda dan tindakan tatatertib dan pihak universiti
(Dirujuk kepada Jawatankuasa tatatertib universiti)
Kos gantirugi
/ pembaikan 30.00
32. Berada di luar kolej kediaman selepas jam 12.00 malam tanpa
kebenaran pengetua atau wakilnya 30.00 15
33. Tidak mematuhi etika pemakaian pelajar yang telah ditetapkan
oleh universiti 30.00 15
34.
Membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur di
merata-rata tempat (Plastik/ tuala wanita/sisa makanan dan
lain-lain) ke dalam tandas atau saliran parit
30.00 15
35. Berambut panjang, berwarna, bergaya melampau, dan berekor
bagi pelajar lelaki 30.00 15
* Kad matrik akan dirampas untuk sebarang kesalahan yang dilakukan dan hanya akan
dikembalikan setelah bayaran denda dijelaskan
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 18
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAHAGIAN III ― Permohonan & Kebenaran
3.1 Kebenaran Bertulis Bagi Penggunaan Kenderaan Motor Di Dalam Kampus
3.1.1 Kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang bercadang hendak menggunakan kenderaan motor di dalam kampus hendaklah, memohon kepada Naib Canselor dan mendapatkan suatu kebenaran bertulis berkenaan dengannya; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam borang atau kaedah sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor.
3.1.2 Kakitangan, pelajar dan mana-mana orang yang telah mendapat kebenaran dan mendaftar mengikut peraturan 3.1.1 hendaklah mempamerkan di kenderaan yang telah didaftarkan itu suatu pelekat atau tanda yang ditentukan oleh Naib Canselor.
3.1.3 Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan peruntukan subperaturan 3.1.1 dan 3.1.2 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan.
3.1.4 Naib Canselor boleh enggan memberi
kebenaran atau membatalkan apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah peraturan ini jika dia berpuas hati bahawa kebenaran atau pembatalan apa-apa kebenaran yang diberikan itu adalah untuk kepentingan universiti.
3.2 Daftar Kenderaan Motor
Naib Canselor hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu daftar bagi semua kenderaan motor yang dipunyai oleh kakitangan, pelajar atau mana-mana orang dalam kampus dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Naib Canselor.
BAHAGIAN IV ― Larangan
4.1 Menggunakan Kenderaan Motor
Tanpa Kebenaran
Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang boleh memandu sesebuah kenderaan motor dalam kampus tanpa kebenaran Naib Canselor seperti dinyatakan pada peraturan 3.1.
4.2 Memandu Melebihi Had Laju
Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang boleh memandu sesebuah kenderaan motor dalam kampus pada kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalulintas.
4.3 Memandu Kenderaan Motor Tidak di
atas Jalanraya
Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh memandu kenderaan motor di mana-mana tempat kecuali di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan laluan bagi kenderaan motor; khususnya, tiada kenderaan motor boleh dipandu di laluan kecemasan, di atas laluan jalankaki, bahu jalan, atas rumput, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau dalam mana-mana
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 19
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
bahagian mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di sisi jalan laluan atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor.
4.4 Meletak Kenderaan Secara Menghalang
Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang menyebabkan bahaya halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan motor lain.
4.5 Menggunakan Ruang Letak Kereta Yang
Diuntukkan
Jika suatu ruang letak kereta diuntukkan bagi kenderaan motor tertentu, tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak kenderaan motor lain dalam ruang letak kereta motor itu.
4.6 Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa
kebenaran
4.6.1 Mana-mana orang selain daripada kakitangan dan pelajar, tidak boleh meletak kenderaan di mana-mana kawasan kampus secara bermalam tanpa kebenaran daripada Naib Canselor.
4.6.2 Kakitangan atau pelajar yang ingin
meninggalkan kenderaan di dalam kampus melebihi tujuh (7) hari hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor secara bertulis. Naib Canselor boleh memberikan kebenaran mengikut syarat-syarat lain yang ditetapkan.
4.6.3 Universiti berhak untuk memindahkan
atau melupuskan mana-mana
kenderaan motor yang diletakkan di mana-mana kawasan kampus yang menyalahi peraturan ini.
4.7 Meletak kenderaan bukan
dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan
Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak kenderaan motor di mana-mana tempat kecuali ditempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan.
4.8 Membonceng/Membawa
Penumpang Melebihi Had
4.8.1 Seseorang kakitangan, pelajar
atau mana-mana orang yang memandu motorsikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada seorang di atas motorsikal itu.
4.8.2 Tiada seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh membawa seseorang di atas motorsikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk menunggang motorsikal itu di belakang pemandu itu di atas tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurna yang dipasang dengan kukuh pada motorsikal itu.
4.8.3 Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas motorsikal beroda dua yang dipandu oleh seseorang, sama ada seorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang berlanggaran dengan subperaturan 4.8.1 dan 4.8.2.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 20
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
4.9 Menghalang Aliran Lalu Lintas
Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur dalam kampus.
4.10 Memandu/membonceng tanpa memakai
tali pinggang keledar/topi keledar
Mengikut mana yang berkenaan, seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah memandu/membonceng dengan memakai tali pinggang keledar/topi keledar semasa berada dalam kampus.
4.11 Tidak Mematuhi Arahan dan Isyarat Lalu
Lintas
Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah mematuhi semua arahan dan isyarat lalu lintas dalam kampus.
4.12 Gagal Mengemukakan Lesen
Memandu,Kad Pekerja atau Kad Pelajar
4.12.1 Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang memandu atau yang menjaga atau mengawal sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
4.12.2 Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah membenarkan lesen memandu, kad pekerja atau kad pelajar (jika berkaitan) diperiksa oleh penguatkuasa lalulintas.
4.13 Kenderaan bermotor tanpa Cukai Jalan/Insuran yang sah
Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah memandu/menunggang kenderaan motor yang mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah.
4.14 Melanggar Akta Pengangkutan Jalan
1987
Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dianggap sebagai melakukan kesalahan di bawah peraturan ini.
BAHAGIAN V ― Notis
5.1 Notis Pemberitahuan/ Saman
Kesalahan Lalulintas/ Kenderaan dikunci Roda (Clamp)
Penguatkuasa Lalulintas hendaklah memberikan notis─
(a) seperti pada Jadual 1 kepada
mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan pada Peraturan ini
(b) seperti pada Jadual 2 kepada
mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah peraturan 4.4, 4.5, 4.6, 4.7 dan 4.9.
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 21
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
BAHAGIAN VI ― Denda
6.1 Bayaran Denda
6.1.1 Jika penguatkuasa lalu lintas mengenakan hukuman denda ke atas kakitangan, pelajar atau mana-mana orang, pihak penguatkuasa lalu lintas itu hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah dibayar dan kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah membayar denda dalam tempoh tersebut kepada Bendahari.
6.1.2 Tempoh yang tersebut dalam subperaturan 6.1.1 hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh hukuman denda dikeluarkan.
6.1.3 Seorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peraturan ini atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah peraturan-peraturan ini, adalah melakukan sesuatu kesalahan.
6.1.4 Seorang kakitangan, pelajar
atau mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah peruntukkan bahagian IV boleh dikenakan denda pada kadar tidak lebih dari kadar yang ditentukan mengikut Jadual 3 peraturan ini.
6.2 Tidak Membayar Denda oleh Kakitangan
6.2.1 Jika kakitangan tidak membayar
denda dalam tempoh yang dinyatakan, penguatkuasa lalu lintas hendaklah melaporkannya kepada Pendaftar.
6.2.2 Pendaftar apabila menerima laporan daripada penguatkuasa lalulintas di bawah subperaturan 6.2.1 hendaklah mengeluarkan arahan pemotongan gaji kakitangan berkenaan kepada Bendahari.
6.2.3 Kakitangan yang dendanya
dibayar melalui pemotongan gaji hendaklah direkodkan kesalahannya di dalam buku rekod perkhidmatan kakitangan tersebut.
6.3 Tidak Membayar Denda oleh Pelajar
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib pelajar) 1999, kegagalan pelajar
membayar denda akan menyebabkan pelajar tidak dapat mendaftar pada semester berikutnya atau bergraduat sehinggalah hutang berkenaan dibayar.
6.4 Tidak Membayar Denda oleh mana-mana orang selain kakitangan atau pelajar
6.4.1 Jika mana-mana orang selain
kakitangan atau pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang dinyatakan, penguatkuasa lalu lintas hendaklah melaporkannya kepada Naib Canselor.
6.4.2 Naib Canselor apabila menerima laporan daripada penguatkuasa di bawah subperaturan 6.4.1 boleh mengeluarkan arahan untuk penguatkuasa melarang kenderaan atau orang itu daripada memasuki kawasan kampus; larangan ini jika
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 22
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
dikeluarkan oleh Naib Canselor hendaklah berterusan sehingga denda dibayar.
6.5 Merosakkan atau memusnahkan harta
benda
Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang menggunakan kenderaan dalam kawasan kampus telah merosakkan atau memusnahkan harta benda Universiti atas sebab kecuaian atau akibat daripada kesalahan lalu lintas yang terkandung dalam peraturan ini dikehendaki membayar balik sejumlah wang mengikut nilai harta benda yang dirosakkan atau dimusnahkan.
6.6 MENGUNCI RODA KENDERAAN
(CLAMPING)
Penguatkuasa lalulintas boleh mengambil tindakan mengunci roda kenderaan motor yang melanggar peraturan 4.4, 4.5, 4.6, 4.7 dan 4.9 dengan cara seperti berikut:
(a) mengunci roda kenderaan berkenaan;
(b) mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan dikunci roda mengikut Jadual 2;
(c) membuka kunci roda kenderaan dalam selepas pembayaran disahkan telah dibuat.
BAHAGIAN VI ― Peruntukkan Am
7.1 Peruntukkan Am
7.1.1 Peraturan ini hanya tertakluk
terhadap semua kesalahan dan perlanggaran lalu lintas di kawasan kampus atau apa-apa kawasan atau bangunan yang dijadikan premis atau bangunan Universiti Malaysia Sabah.
7.1.2 Tiada apa-apa jua dalam
peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa.
Dibuat …………………………….
..................................
Lembaga Universiti Malaysia Sabah
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 23
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
PERENGGAN 5.1 (a) JADUAL 1
PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014
Notis Pemberitahuan/Saman Kesalahan Lalu Lintas (Peraturan 5.1(a))
PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
No. Siri ……….
PEMBERITAHUAN/SAMAN KESALAHAN LALULINTAS
TARIKH…………………………………………… NO. KENDERAAN………………….......................................
MASA……………………………............................. JENIS…………………………………………………………
TEMPAT…………………………............................. WARNA………………………………………………………
JENIS KESALAHAN
Menggunakan kenderaan motor tanpa kebenaran ( peraturan 4.1)
Memandu melebihi had laju. (peraturan 4.2)
Memandu kenderaan motot tidak di atas jalanraya. (peraturan 4.3)
Meletak kenderaan secara menghalang. (peraturan 4.4)
Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan. (peraturan 4.5)
Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran (peraturan 4.6) Meletak kenderaan bukan di tempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan. (peraturan 4.7)
Membonceng/membawa penumpang melebihi had. (peraturan 4.8)
Menghalang aliran lalulintas. (peraturan 4.9)
Memandu/menunggang tanpa memakai tali pinggang keledar/topi keledar (peraturan 4.10)
Tidak mematuhi arahan dan isyarat lalulintas di dalam kampus. (peraturan 4.11)
Gagal mengemukakan lesen memandu. (peraturan 4.12)
Kenderaan motor tanpa cukai jalan/insuran yang sah (peraturan 4.13)
Melanggar peraturan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (peraturan 4.14)
…………………………………………………………….
NAMA……………………………………………………………………………………………………………………………..
NO. KAD PEKERJA/PELAJAR……………………………………………………………………………………………………
JABATAN/FAKULTI/PUSAT/INSTITUT……………………………………………………………………………………………………
Dengan ini adalah diberitahu bahawa anda telah melakukan kesalahan seperti yang tersebut di atas dibawah Peraturan Lalulintas Dalam
Kampus Universiti Malaysia Sabah 2014. Anda dikehendaki membayar denda sebanyak ………………… sebelum/pada ………………….
kepada Bendahari Universiti Malaysia Sabah. Sila bawa resit pembayaran kepada Unit Trafik sebagai bukti pembayaran.
Sekian, terima kasih.
……………………………….
Tarikh ………………………………….. Pegawai Yang Mengeluarkan
Logo
UMS
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 24
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
PERENGGAN 5.1 (b) JADUAL 2
PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014
KESALAHAN MELETAK KENDERAAN (KENDERAAN DI KUNCI RODA “CLAMP”)
Tarikh :.................................. Masa:.................................
Tempat:...................................................................................................................... .......................
Kenyataan Kesalahan :
BAHAWASANYA kenderaan anda bernombor pendaftaran.............................................................................. Jenis
kenderaan..................................................................................................................................................
telah di ‘Clamp’ pada....................................jam............................kerana didapati telah melakukan kesalahan:
1.
Meletak kenderaan secara menghalang
2.
Meletak kenderaan di ruang meletak kenderaan yang diuntukkan
3.
Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran
4.
Meletak kenderaan di tempat yang bukan dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan
5.
Menghalang aliran lalulintas
Dengan ini anda dikehendaki membayar denda sebanyak RM _________ (jumlah denda adalah megikut jenis
kesalahan yang dilakukan seperti pada Jadual 3) di Bahagian Keselamatan untuk urusan selanjutnya.
............................................................. Tarikh : ..........................................
Tandatangan Pengawal/Pegawai
Nama : ...................................................................................................................... ............................................
.............................................(Ceraikan Untuk Simpanan Pejabat Keselamatan).................................. .....................
(UNTUK KEGUNAAN PEJABAT BAHAGIAN KESELAMATAN)
NAMA PEMILIK KENDERAAN: ..........................................................................................
NO PEKERJA/KAD MATRIK : ..........................................................................................
NO KAD PENGENALAN : .........................................................................................
NO. RESIT BAYARAN NO SAMAN
NOMBOR
PENDAFTARAN KENDERAAN
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 25
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS
Jadual 3, subperaturan 6.1.4 Jadual Penyata Kesalahan dan Denda
JENIS KESALAHAN JUMLAH DENDA
(RM) Menggunakan kenderaan motor tanpa kebenaran ( peraturan 4.1)
20.00
Memandu melebihi had laju. (peraturan 4.2)
30.00
Memandu kenderaan motot tidak di atas jalanraya. (peraturan 4.3)
20.00
Meletak kenderaan secara menghalang. (peraturan 4.4)
20.00
Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan. (peraturan 4.5)
20.00
Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran (peraturan 4.6)
50.00
Meletak kenderaan bukan di tempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan. (peraturan 4.7)
20.00
Membonceng/membawa penumpang melebihi had. (peraturan 4.8)
20.00
Menghalang aliran lalulintas. (peraturan 4.9)
20.00
Memandu/menunggang tanpa memakai tali pinggang keledar/topi keledar(peraturan 4.10)
30.00
Tidak mematuhi arahan dan isyarat lalulintas di dalam kampus. (peraturan 4.11)
20.00
Gagal mengemukakan lesen memandu (peraturan 4.12)
30.00
Kenderaan motor tanpa cukai jalan/insuran yang sah (peraturan 4.13)
20.00
Melanggar peraturan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. (peraturan 4.14)
20.00
-
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 26
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS