karangan form 1

17
Amalan berjimat cermat dan menabung Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak- anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah

Upload: joanne-wong

Post on 04-Dec-2015

199 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

esei form 1 bm

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Form 1

Amalan berjimat cermat dan menabung

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Page 2: Karangan Form 1

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Page 3: Karangan Form 1

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum

Page 4: Karangan Form 1

berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya

Page 5: Karangan Form 1

mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Page 6: Karangan Form 1

Latihan :- Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

LANGKAH 1:  MEMBACA SOALAN YANG DIBERIKAN

Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SIKAP DIRI REMAJA PENGARUH RAKAN SEBAYA

PENGARUH MEDIA MASSA

LANGKAH 2: LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN

SASARAN

Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TAJUK:   punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

TEMA:  Lumba haram

KUMPULAN SASARAN: Para remaja

TUGASAN:  punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

LANGKAH 3:   MENYENARAIKAN  ISI KARANGAN BERDASARKAN BAHAN       RANGSANGAN

1.    Sikap diri remaja

Ingin mencuba Tidak bertanggungjawab Melanggar peraturan jalan raya Ingin berseronok-seronok / suka membuang masa

Page 7: Karangan Form 1

2.    Pengaruh rakan sebaya

Tasub kepada rakan Meniru apa saja yang rakan lakukan Lemah jati diri

3.    Pengaruh media massa

Menyiarkan filem-filem lumba haram Menonton aksi hero (hanya lakonan sahaja) Meniru aksi dalam filem Terdidik dengan memuja kehebatan hero

LANGKAH 4: MANULIS RANGKA KARANGAN DENGAN  LENGKAP

PENDAHULUAN

1.     Tema: Lumba haram2.     Kumpulan Sasaran: Para remaja3       Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya4.      Tugasan: Punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

ISI-ISI JAWAPAN

1.      Sikap diri remaja2.      Pengaruh rakan sebaya3.      Pengaruh media massa

PENUTUP

1.      Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.

2.      Ayat Cadangan:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.

3.      Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.

Page 8: Karangan Form 1

4.      Ayat Harapan

Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

LANGKAH 5:  MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN

Ayat Tema

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media massa di seluruh pelosok negara.

Ayat Kumpulan Sasaran:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera.

Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Ayat Tugasan:

Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?

LANGKAH 6: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN

Isi 1: Sikap diri remaja

Ayat Topik

Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri remaja.

Ayat Huraian                 

Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya.

Ayat Simpul

Page 9: Karangan Form 1

Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.

Isi 2: Pengaruh rakan sebaya

Ayat Topik

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara.

Ayat Huraian                 

Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.

Ayat Simpul                  

Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.

Isi 3: Pengaruh Media Massa

Ayat Topik

Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah pengaruh media massa.

Ayat Huraian                 

Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit.

Ayat Simpul                  

Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram semakin meningkat.

LANGKAH 7:  MENULIS PERENGGAN PENUTUP

Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.

Page 10: Karangan Form 1

Ayat Cadangan:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.

Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.

Ayat Harapan

Oleh itu, para remaja hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam lumba haram agar .

CONTOH KARANGAN LENGKAP

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?

Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.  Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.

Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit..Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram semakin meningkat.

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

Page 11: Karangan Form 1

Kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Huraikan peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Analisis soalan:

Isu: Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun

Tugasan: peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan

Tema: Kemalangan jalan raya Kata kunci soalan: Peranan kerajaan

Isi:

1. Kerajaan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah

2. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang secara lebih ketat

3. Kerajaan menyelenggarakan sistem jalan raya (Pastikan semua isi dimulakan dengan kata kunci soalan)

Panduan Menulis

Pendahuluan: Pastikan pendahuluan mengandungi 3 perkara dalam 3 ayat iaitu

a. Tema

b. Isu

c. Tugasan

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita.

(Tema) Apa yang pasti, kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.

(Isu) Persoalannya, apakah peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan?

Page 12: Karangan Form 1

(Tugasan) Panduan Menulis Isi: Pastikan perenggan isi mengandungi 4 jenis ayat iaitu

a. Ayat topik (AT) : menerangkan isi

b. Ayat huraian (AH) : menghuraikan isi

c. Ayat contoh (AC) : menyatakan contoh berkaitan isi

d. Ayat penegas(AP) : menegaskan isi

(AT) Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah’. (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. (AC) Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui surat khabar, papan tanda, media massa dan sebagainya. (AP) Tegasnya, kempen yang diadakan ini membantu mengurangkan kadar kemalangan.

(AT) Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti sebagai peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. (AH) Hal ini bermaksud, penguatkuasaan undang-undang mampu memberi peringatan kepada pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. (AC) Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesen memandu. (AP) Jelaslah, salah satu peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undangundang.

(AT) Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. (AH) Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan keselamatan pengguna. (AC) Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan lebih banyak papan tanda amaran. (AP) Saya optimis, jalan raya yang diselenggarakan dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

3 Panduan Menulis Kesimpulan: Pastikan perenggan kesimpulan mengandungi

a. Saranan

b. Harapan + Ungkapan

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan keselamatan di jalan raya agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum bak kata pujangga ‘pandu cermat jiwa selamat’.

Page 13: Karangan Form 1

Karangan Lengkap:

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Apa yang pasti, kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Persoalannya, apakah peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan?

Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah’. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui surat khabar, papan tanda, media massa dan sebagainya. Tegasnya, kempen yang diadakan ini membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti sebagai peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. Hal ini bermaksud, penguatkuasaan undang-undang mampu memberi peringatan kepada pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesen memandu. Jelaslah, salah satu peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undangundang.

Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan keselamatan pengguna. Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan lebih banyak papan tanda amaran. Saya optimis, jalan raya yang diselenggarakan dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan keselamatan di jalan raya agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum bak kata pujangga ‘pandu cermat jiwa selamat’.