karangan penulisan tahun 4 2013
TRANSCRIPT
Isi Kandungan:
Bil Tema Muka Surat
1 Sahabat AkrabContoh karangan: Jiran Saya 1Latihan Penulisan: Jiran Baharu SayaContoh karangan:Kebakaran 2Latihan Penulisan: Rumah TerbakarContoh karangan:Sukan Tahunan Sekolah 3Latihan Penulisan: Temasya Sukan Tahunan
2 Sekolah GemilangContoh Karangan: Melawat Taman Negara Kinabalu 4Latihan Penulisan: Melawat Ke Taman Rama-RamaContoh Karangan: Membantu Kawan Yang Dalam Kesusahan 7
Latihan Penulisan: Membantu Jiran Yang Dalam Kesusahan
3 Bumi BertuahContoh karangan: Kampung Saya 5Latihan Penulisan: Rumah SayaContoh karangan: Cara-Cara Menjaga Kebersihan Sekolah 6Latihan Penulisan: Pentingnya Menjaga Kebersihan Kawasan SekolahContoh Karangan: Pentingnya Air 8Latihan Penulisan: Kepentingan Sungai
4 Menuju Ke Puncak JayaContoh karangan: Seorang Murid Yang Cemerlang 9Latihan Penulisan: Seorang Ahli Sukan Yang Berjaya
5 Tekstil Kebanggaan KitaContoh karangan: Lawatan Ke Kilang Minuman 10Latihan Penulisan: Lawatan Ke Kilang Songket Warisan
6 Seni Mempertahankan DiriContoh karangan: 11Latihan Penulisan:
7 Cintailah Alam KitaContoh karangan: Kepentingan Sungai 12Latihan Penulisan: Kepentingan Menjaga Alam SekitarContoh karangan: Punca- punca Pencemaran Sungai 13Latihan Penulisan: Punca- punca Pencemaran Udara
8 Hargailah KesihatanContoh karangan: Cara- cara Menjaga Kesihatan Diri 14Latihan Penulisan: Kepentingan Menjaga Kesihatan
Contoh karangan: Faedah- faedah Bersenam 15Latihan Penulisan: Sukan dan Faedahnya
9 Makanan Berkhasiat Hidup SihatContoh karangan: Kebaikan Makan Sayur- sayuran 16Latihan Penulisan: Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan KitaContoh karangan: Buah- buahan Tempatan 17Latihan Penulisan: Kebaikan Makan Buah- buahan
10 Wira NegaraContoh karangan: Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi 18Latihan Penulisan: Pemimpin yang Paling Saya Sanjungi
11 Nikmati Kemerdekaan Contoh karangan: Sambutan Hari Kebangsaan 19Latihan Penulisan: Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan
12 Dunia MayaContoh karangan: Penggunaan Komputer dan Kepentingannya 20Latihan Penulisan: Dunia Maya
13 Alam SemestaContoh karangan: Kepentingan Matahari 21Latihan Penulisan: Kepentingan Air
14 Latihan Bahagian A16 Latihan Bahagian B
1
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 1 : Jiran Saya
Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah. Jiran saya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India. Saya akan menceritakan salah seorang daripada jiran saya.
Salah seorang jiran saya ialah Encik Chang Tsang Te. Isterinya bernama Puan Lim Chung Yang. Mereka mempunyai tiga orang anak.
Encik Chang sekeluarga mengambil berat terhadap jiran mereka. Mereka selalu bertanya khabar kepada kami sekeluarga. Kami menganggap mereka seperti saudara sendiri.
Apabila Encik Chang pulang dari makan angin, beliau tidak lupa memberi buah tangan kepada kami. Kami berasa terharu terhadap kebaikannya.
Nicole ialah anak sulung Encik Chang. Dia sebaya dengan saya. Saya selalu beromong kosong dengan Nicole.
Kami suka hati kerana mempunyai jiran yang baik. Kami berharap hubungan baik ini akan berkekalan. Mudah-mudahan sifat Encik Chang dicontohi oleh jiran yang lain.
Glosari 1. berdekatan- 附近 5. buah tangan- 纪念品2. mempunyai- 拥有 6. sebaya- 同年的3. mengambil berat-关心 7. berkekalan- 持久4. makan angin- 旅行 8. dicontohi- 榜样
Latihan1: Jiran Baharu Saya
Permulaan: nama jiran saya Encik Wong
Isi 1: baru berpindah; dua bulan yang lepas
Isi 2: Encik Wong seorang doktor; Puan Wong seorang jururawat
Isi 3: Encik Wong ada tiga orang anak
Isi 4: anak-anak Encik Wong selalu belajar dan bermain bersama
Penutup: saya bernasib baik mempunyai jiran yang baik
2
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 2 :
Kebakaran
Pada suatu hari, semasa saya pulang dari sekolah, saya ternampak asap berkepul-kepul keluar dari dapur jiran saya. Tanpa berlengah-lengah, saya segera berlari ke pondok telefon untuk
menghubungi pihak bomba.
“Tolong! Tolong! Kebakaran!” saya menjerit meminta tolong. Api di rumah itu telah
merebak dengan cepat kerana angin bertiup dengan kencang.Penghuni-penghuni kampung bergegas datang untuk memberi bantuan. Mereka
mengeluarkan barangan dan dokumen yang penting daripada dijilat api. Mereka memindahkan barang-barang tersebut ke tempat yang selamat.
Lima minit kemudian, kereta bomba dan kereta polis pun tiba. Ahli bomba bertindak dengan
cepat dan berusaha menghalang api merebak ke rumah-rumah yang lain. Polis pula bertugas
mengawal keadaan lalu lintas dan orang ramai daripada memasuki tempat kejadian.
Api di rumah Puan Lim berjaya dipadamkan dan kebanyakan harta benda musnah dijilat
api. Syukur tiada nyawa yang terkorban.
Glosari
1. berkepul-kepul- 成团的2. dijilat api- 被火烧3. harta benda-财物4. musnah-毁5. syukur – 幸好Latihan 2 : Rumah terbakar
Permulaan: petang semalam- sibuk membuat kerja rumah
Isi 1: terdengar orang menjerit, “Tolong, Tolong! Api, Api!”
Isi 2: membuka tingkap- rumah Pak Abu terbakar – asap keluar dari rumahnya
Isi 3: beritahu ayah- ke tempat kejadian- ayah dan jiran membantu
Isi 4: berjaya dipadamkan- harta benda- musnah dijilat api
Penutup: Pak Abu – terima kasih
3
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 3: Sukan Tahunan Sekolah
Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan April yang akan datang. Banyak
persediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan.
Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah, Rumah
Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat
bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan yang perlu
dijalankan.
Setiap murid dalam rumah masing-masing akan menyertai rumah masing-masing. Mereka
berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lompat
tinggi, lontar peluru, dan lain-lain lagi.
Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan membuat
persediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dan kawasan padang
dihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah.
Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya sukan
tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahuanan tersebut dapat
berlangsung dalam suasana yang meriah.
Glosari
1. persediaan-准备工作2. berlangsung-举行Latihan3: Temasya Sukan Tahunan
Permulaan: mengadakan temasya Sukan Tahunan yang Ke-15.
Isi1: diadakan di padang - guru besar - merasmikan temasya sukan ini
Isi 2: pertunjukkan tarian dan nyanyian
Isi 3: acara sukan bermula pada pukul 9.30 pagi
Isi 4: beberapa rekod baharu 新纪录 dicipta
Penutup: tamat -12.00 tengah hari – johan keseluruhan- olahragawan dan olahragawati
4
Tema: Sekolah Gemilang
Model Karangan 4 : Melawat Taman Negara Kinabalu
Pada hari Sabtu yang lalu, saya menyertai rombongan sekolah melawat ke Taman Negara
Kinabalu. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang murid. Kami diawasi oleh tiga orang guru.
Rombongan kami tiba di taman tersebut pada pukul 9.30 pagi. Saya terpegun melihat
suasana di situ. Kedatangan kami dusambut oleh kicauan merdu burung-burung.
Suasana di sekitar taman ini sungguh nyaman. Terdapat bunga-bungaan dan tumbuh-
tumbuhan yang beraneka jenis. Di taman ini juga terdapat rumah penginapan dan gerai makanan.
Dari jauh kelihatan gunung kebanggaan kita Gunung Kinabalu. Saya dan kawan-kawan menikmati
keindahan taman ini sepenuhnya. Kami tidak lupa bergambar.
Setelah menghabiskan masa selama lebih kurang enam jam di taman ini, kami pun pulang.
Glosari
1. menyertai-参加 5. nyaman- 清新2. rombongan- 团 6. kelihatan- 看见3. diawasi- 监视4. sekitar-四周Latihan 4 : Melawat Ke Taman Rama- R ama
Permulaan: minggu lalu- ke taman rama-rama
Isi 1: kagum- banyak rama-rama- pelbagai warna dan saiz
Isi 2: melihat kitaran hidup rama-rama- serangga lain – mengambil qambar
Isi 3: membeli cenderamata- menambah pengetahuan
Penutup: pukul 12.00 tengah hari- pulang - gembira
5
Tema: Bumi Bertuah
Model Karangan 5: Kampung Saya
Saya tinggal di sebuah kampung nelayan. Nama kampung
saya ialah Kampung Suli.
Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai nelayan.
Mereka rajin berusaha. Ada penduduk yang berniaga dan ada juga
yang makan gaji. Penduduk kampung selalu tolong-menolong di
antara satu sama lain. Kami hidup aman dan damai.
Di kampung saya ada sebuah sekolah rendah. Pada waktu
petang, kanak-kanak suka bermain di padang sekolah. Kampung
saya ada sebuah klinik kerajaan. Penduduk kampung yang sakit
akan pergi ke klinik kerajaan itu.
Saya suka tinggal di kampung saya. Di sini, udara bersih dan
segar.
Glosari
1. makan gaji-受薪2. klinik kerajaan-政府诊疗所3. segar-新鲜Latihan 5 : Rumah saya
Permulaan: rumah- terletak
Isi 1: rumah- tiga buah bilik tidur- ruang tamu – cantik- bersih
Isi 2: hadapan rumah- pokok bunga
Isi 3: hari minggu- bergotong-royong bersih rumah
Penutup: gembira- rumah bersih dan cantik
6
Tema: Bumi Bertuah
Model Karangan 6 : Cara-cara Menjaga Kebersihan Sekolah
Ada berbagai-bagai cara untuk menjaga kebersihan sekolah. Satu daripadanya adalah
dengan menyediakan bakul-bakul sampah.
Pihak sekolah juga patut mengadakan peraturan dan undang-undang. Pengawasan ketat terhadap murid-murid yang membuang sampah juga perlu. Penggunaan tandas yang betul hendaklah ditekankan kepada murid-murid. Guru-guru hendaklah menerangkan cara-cara
menggunakan tandas dengan sempurna kepada murid-murid. Dengan itu, kebersihan tandas akan
terjamin.
Poster-poster juga menekankan pentingnya menjaga kebersihan hendaklah ditampal di
kawasan sekolah. Langkah ini akan menimbulkan kesedran dalam kalangan murid tentang
perlunya menjaga kebersihan.
Apabila sekolah bersih, kesihatan murid akan terjamin. Kebersihan juga dapat mewujudkan
suasana belajar yang selesa.
Glosari
1. ketat-严格 4. ditampal-张贴2. membuang-丢弃 5. bersih-肮脏3. betul-对Latihan 6: Pentingnya Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah
Permulaan: sekolah- tempat kedua yang paling kerap kita kunjungi- kebersihan penting dijaga
Isi 1: belajar dengan tenang- menumpukan perhatian
Isi 2: indah- pokok bunga dijaga baik- berasa tenang
Isi 3: tidak menjadi tempat pembiakan haiwan perosak- terhindar daripada penyakit
Isi 4: nama sekolah- sebutan sekolah lain- menjadi harum
Penutup: warga sekolah- bergembleng tenaga- menjaga kebersihan
7
Tema: Sekolah Gemilang
Model Karangan 7 : Membantu Kawan yang Sakit
Pada suatu hari, kawan saya, Mun Chin telah mengadu kepada saya.
Dia memberitahu saya bahawa dia mengalami sakit perut.
Saya bertanya kepadanya untuk mengetahui punca dia mendapat sakit
perut. Mun Chin memberitahu dia telah termakan nasi lemak yang sudah basi.
Tanpa berlengah-lengah lagi saya mengeluarkan ubat sapu yang
dibawa. Ubat itu merupakan minyak angin. Saya menyuruh Mun Chin
menyapu ubat itu pada perutnya yang sakit itu.
Kemudian, saya telah membawa Mun Chin berjumpa dengan guru
kelas. Guru kelas kami telah membawanya ke hospital. Di hospital, Mun Chin
telah diberi rawatan oleh doktor.
Tidak lama kemudian, Mun Chin pulang ke sekolah semula. Dia
mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menolongnya.
Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menolong Mun Chin. Saya
berharap dia tidak akan mendapat sakit perut lagi.
Latihan 7: Membantu Jiran yang dalam kesusahan
Permulaan: pelajar budiman, simpati akan jirannya
Isi 1: melaporkan nasib malang jiran kepada Ketua Kampung
Isi 2: meminta bantuan daripada jiran-jiran
Isi 3: Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu
Isi 4: Ketua Kampung ucap terima kasih
Penutup: bangga kerana berjaya
8
Model Karangan 8: Pentingnya Air 水的重要
Air ialah bahan asas yang diperlukan oleh setiap makluk di dunia ini. Tanpa air, segala yang bernyawa akan mati.
Manusia memerlukan air untuk mandi, mencuci pinggang mangkuk, minuman dan sebagainya. Manakala tumbuh-tumbuhan memrlukan air untuk membuat makanan. Air diperlukan untuk menjaga kuasa hidroelektrik.
Kita yang hidup pada zaman moden ini beruntung dengan adanya kemudahan air di bandar dan di luar bandar. Pada zaman dahulu, penduduk luar bandar terpaksa bergantung kepada hujan, sungai, dan laut yang berhampiran.
Air sungguh penting dalam hidup kita. Oleh itu, jangan membazirkan air.
Glosari
1. bahan-物品 5. zaman- 时代2. bernyawa- 有生命/活的 6. membazirkan-浪费3. memerlukan-需要4. manakala-而Latihan 8: Kepentingan Sungai 河的重要
Permulaan: sungai sangat penting - menjalankan pelbagai kegiatan 进行各种活动Isi 1: sumber bekalan air – banyak kegunaan
Isi 2: sumber makanan - hidupan akuatik- membekalkan protein
Isi 3: sumber rezeki nelayan - menangkap hidupan air
Isi 4: medium perhubungan dan pengangkutan- menjimatkan kos dan tenaga
Penutup: banyak kegunaan - menjaga kebersihan sungai - terpelihara daripada pencemaran
9
Tema: Menuju Ke Puncak Jaya
(1) Seorang Murid Yang Cemerlang
Rangka:Pendahuluan
Wong Lai Yin- murid harapan- 7A dalam peperiksaan percubaan UPSRIsi- isi
anak sulung- bapanya jurutera- ibunya guru tadika berhemah tinggi dan menghormati orang lain- pengawas sekolah yang disegani aktif dalam sukan
Penutup bercita- cita- angkasawan- wanita pertama negara- belajar bersungguh- sungguh
(1)Seorang Murid Yang Cemerlang
Wong Lai Yin merupakan murid cemerlang di sekolah saya. Dia merupakan murid harapan sekolah saya. Dia telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru- baru ini.
Wong Lai Yin anak sulung daripada lima orang adik- beradik. Dia dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya jurutera manakala ibunya pula seorang guru tadika di sebuah tadika yang diusahakan oleh ibunya.
Wong Lai Yin seorang murid yang berhemah tinggi dan menghormati orang lain. Dia juga seorang pengawas sekolah yang disegani kerana menjalankan tugasnya dengan amanah dan dedikasi.
Selain itu, Wong Lai Yin juga aktif dalam sukan bola jaring dan mewakili sekolah pada peringkat daerah dalam sukan tersebut. Dia juga menjuarai acara lompat jauh pada peringkat negeri.
Wong Lai Yin bercita- cita untuk menjadi angkasawan wanita pertama negara. Oleh itu, dia belajar bersungguh- sungguh untuk memastikan impianya tercapai.
(2)Seorang Ahli Sukan Yang Berjaya
Arahan: Tulis sebuah karangan tentang seoarang ahli sukan berjaya yang terkenal
Rangka:
Pendahuluan Datuk Lee Chong Wei- pemain badminton tersohor
Isi- isi dilahirkan pada Oktober 1982 di Georgetown bermain badminton seawall usia 11 tahun- menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun menjuarai kejohanan- peringkat kebangsaan dan antarabangsa dikurniakan pangkat- gelaran “ Datuk” –wira kebangsaan
Penutup mengharumkan nama negara- dijadikan inspira
10
Tema: Tekstil Kebanggaan Kita
(1)Lawatan Ke Kilang Minuman
Rangka:Pendahuluan
tajuk laporan tarikh- lawatan ke kilang minuman 20 peserta dan 3 guru pengiring
Isi- isi tujuan lawatan – mendedahkan murid- murid tentang pemprosesan air minuman
berkarbonat- menambah ilmu pengetahuan bertolak dari sekolah- menaiki bas –disambut oleh penyelia kilang- menyampaikan taklimat
ringkas melawat beberapa bahagian memproses minuman- dilakukan oleh mesin- mesin
berteknologi tinggi- mengemukakan soalan- malumat diperolehi melalui pertanyaan memberi setin minuman- cenderahati- ketua guru pengiring- memberi cenderamata –
penyelia kilang- tanda penghargaanPenutup
bertolak pulang-berasa gembira- menimba pengetahuan
(1)Laporan Lawatan Ke Kilang Minuman
Pada 16 November 2012, Persatuan Bahasa Melayu SJK Chung Hua Batu 32 telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Kuching. Seramai 20 orang peserta dan 3 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang pemprosesan air minuman berkarbonat. dan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas sekolah. Apabila tiba di sana, kami disambut oleh penyelia kilang tersebut. Selepas itu, penyelia kilang menyampaikan taklimat ringkas tentang kilang tersebut .
Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Kami turut diberi peluang untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Pelbagai maklumat diperolehi melalui pertanyaan para peserta.
Selepas itu, penyelia kilang tersebut memberi setin minuman bagi setiap peserta sebagai
cenderahati. Ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain juga telah memberi cenderamata kepada penyelia kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu.
Kira-kira pukul 2.00 petang, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira kerana dapat menimba pengetahuan baru.
Laporan disediakan oleh: 19 November 2012
------------------------------(Liu Shiau Ni)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,SJK Chung Hua Batu 32.
10
(2)Lawatan Ke Kilang Songket Warisan
Arahan: Persatuan Seni dan Budaya sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Kilang Songket Warisan. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan itu.
Rangka:Pendahuluan
tajuk laporan- tarikh lawatan- bilangan peserta
Isi- isi diingatkan mendengar taklimat- memerhatikan proses pembuatan- dicatatkan disambut- pengawai kilang- memberikan penerangan pelbagai barangan lain berasaskan songket- turut dihasilkan jamuan ringan- cenderamata- tersenyum gembira
Penutup pengalaman berharga- bertekad- terus menganjurkan aktiviti bermanfaat-
11
Tema: Cintailah Alam Sekitar
(1)Kepentingan Sungai
Rangka:Pendahuluan
sungai memainkan peranan penting dipelihara demi kesinambungan kehidupan
Isi- isi sumber bekalan air- sektor pertanian membekalkan air- kawasan pertanian-pembinaan empangan dan saliran-kawasan penanaman
padi sumber rezeki- penduduk di kawasan pedalaman- bekerja sebagai nelayan- hasil tangkapan-
dijual- memperolehi pendapatan menjana kuasa hidroelektrik- membekalkan sumber tenaga- Empangan Batang Ai di Sarawak
Penutup wajar memelihara sungai- kebaikan manusia- kesinambungan kehidupan di muka bumi
(1)Kepentingan Sungai
Sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sungai sentiasa dipelihara demi kesinambungan kehidupan.
Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi sektor pertanian.Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian melalui pembinaan empangan dan saliran contohnya di kawasan penanaman padi.
Sungai turut menjadi sumber rezeki kepada penduduk di kawasan pedalaman. Hal ini kerana penduduk di kawasan pedalaman kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Hasil tangkapan mereka akan dijual di pasar untuk memperolehi pendapatan.
Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik bagi membekalkan sumber tenaga kepada rakyat contohnya Empangan Batang Ai di Sarawak.
Oleh itu, adalah wajar untuk memelihara sungai demi kebaikan manusia dan kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.
(2) Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”.
Rangka:Pendahuluan
alam sekitar- segala yang ada si sekeliling kehidupan kitaIsi- isi
memperoleh pelbagai benda- meneruskan kehidupan dengan sempurna penerokaan hutan- menjejaskan keseimbangan ekosistem alam sekitar bersih- menjamin kesihatan generasi akan datang berpeluang menikmati segala anugerah Tuhan
Penutup perlu menjaga khazanah ini- kebaikan diri kita- generasi akan datang
12
Tema: Cintailah Alam Sekitar
(1)Punca- punca Pencemaran Sungai
Rangka:Pendahuluan
sungai- penting bagi manusia- pencemaran sungai- semakin serius- perbuatan manusiaIsi- isi
punca pencemaran sungai- pembuangan sampah sarap- memyebabkan sungai- jernih- menjadi kehitam- hitaman
pembuangan sisa dari kilang- kilang- pencemaran sungai- mengalirkan sisa- sisa- sungai- cara mudah- melupuskan sisa- sisa- menjejaskan kehidupan akuatik
Penutup usaha- usaha- diambil- menangani masalah pencemaran sungai
(1)Punca- punca Pencemaran Sungai
Sungai amat penting bagi manusia. Namun pecemaran sungai menjadi semakin serius akibat daripada perbuatan manusia.
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai yang jernih menjadi kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan.
Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai akan mengalirkan sisa-sisa dari kilang mereka ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa- sisa tersebut. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik akan menjejaskan kehidupan akuatik dalam sungai.
Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran sungai
(1)Punca- punca Pencemaran Udara
Arahan: Tulis sebuah karangan tentang punca- punca pencemaran udara.
Rangka:
Pendahuluan pencemaran menyebabkan jerebu – menjejaskan aktiviti seharian manusia- pelbagai punca-
berlaku pencemaranIsi- isi
pengeluaran asap dari kilang- kilang industri- mengandungi sulfur dioksida- hidrokarbon- mencemarkan udara
memiliki kenderaandean sendiri- banyak pengangkutan- meningkatkan kadar pencemaran- kenderaan mengeluarkan asap- mengandungi karbon monoksida
Penutup tindakan perlu diambil - masalah pencemaran udara- dikurangkan
13
Tema: Hargailah Kesihatan
(1)Cara- cara Menjaga Kesihatan Diri
Rangka:Pendahuluan
penjagaan kesihatan- penting mengamalkan pemakanan yang seimbang- bersenam
Isi- isi mengamalkan pemakanan yang seimbang- mendapatkan zat yang penting untuk tubuh badan
kita- kuantiti makanan- tidak berlebihan- boleh menyebabkan obesiti melakukan senaman- bersenam- mengeluarkan peluh- bahan- bahan kumuh- disingkir dari
badan- senaman dilakukan pada waktu pagi atau petang- menghindari kita daripada penyakitPenutup
pemakanan yang seimbang- besenam amat penting- kesihatan diri
(1)Cara- cara menjaga Kesihatan Diri
Penjagaan kesihatan diri amat penting kepada kita. Terdapat pelbagai jenis cara untuk menjaga kesihatan diri kita.
Antaranya ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mendapatkan zat yang penting untuk tubuh badan kita. Seterusnya, kita juga perlu memastikan kuantiti makanan yang kita ambil supaya tidak berlebihan. Hal ini kerana, pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti.
Seterusnya,kita juga dapat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri. Bersenam dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung bahan- bahan kumuh dapat disingkir dari badan kita dan menghindari kita daripada penyakit.
Kesimpulannya, pemakanan yang seimbang dan bersenam amat penting untuk kesihatan diri kita.
(2) Kepentingan Menjaga Kesihatan
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menjaga Kesihatan”.
Rangka:Pendahuluan
Kesihatan penting- menjamin kehidupan yang sejahtera dan bahagiaIsi- isi
badan yang sihat,otak akan cerdas- murid- murid- mencetuskan idea- pembelajaran mereka melakukan aktiviti seharian tanpa halangan- tiada gangguan penyakit- hidup lebih ceria-
berfikiran positif “mencegah lebih baik daripada mengubati”- pelbagai ubat dan rawatan- diperlukan- sihat
semula- melibatkan wang ringgit yang banyakPenutup
Kesihatan yang baik- amat penting- menjamin kehidupan yang sejahtera
14
Tema: Hargailah Kesihatan
(1)Faedah- faedah Bersenam
Rangka:Pendahuluan
bersenam - banyak faedahIsi- isi
menambahkan kecergasan badan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit badan yang sihat – belajar dengan tenang dan selesa mengurangkan keresahan dan tekanan melegakan minda dan meningkatkan keyakinan diri
Penutup selalu bersenam kerana memberi banyak faedah dari pelbagai segi
(1)Faedah- faedah Bersenam
Terdapat ramai orang yang suka bersenam pada waktu pagi dan waktu petang. Bersenam dapat mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah bersenam ialah dapat menambah kecergasan badan. Dengan itu, apabila melakukan aktiviti yang lasak kita tidak mudah cedera. Selain itu kita juga dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan tekanan darah tinggi. Apabila badan sihat, sudah tentu kita dapat belajar dengan tenang dan selesa.
Bersenam juga dapat mengurangkan kereshan dan tekanan yang dihadapai. Selepas bersenam, ia akan melegakan minda kita dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.
Oleh itu, kita perlu selalu bersenam kerana “Badan sihat Otak Cerdas”.
(2)Sukan dan Faedahnya
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Sukan dan Faedahnya”.
Rangka:Pendahuluan
Sukan- aktiviti luar- melibatkan pergerakan badan- membantu pengaliran darah- seluruh badan
Isi- isi
senaman- badan berpeluh- badan menjadi lebih sihat- otak menjadi lebih cergas memupuk semngat berpasukan- sikap bertolak ansur- berdisiplin dapat dilahirkan melalui
kegiatan sukan mengenal ramai kawan- bercampur gaul dengan rakan- rakan daripada bangsa yang lain-
bangsa Melayu, bangsa India, bangsa Cina- mengeratkan perpaduan-kaum di selutuh Malaysia
Penutup banyak faedah bersukan- menyertainya- mental- fizikal- sentiasa dalam keadaan yang sihat
15
Tema: Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
(1)Kebaikan Makan Sayur- sayuran
Rangka:Pendahuluan
mudah ditanam, jenis sayur- sayuranIsi- isi
membekalkan zat makanan dan vitamin kulit,gusi dan gigi menjadi sihat serat membantu menghadam makanan, menghindarkan toksik
Penutup membantu meningkatkan ekonomi negara
(1)Kebaikan Makan Sayur- sayuran
Sayur-sayuran mudah ditanam kerana tanah yang terdapat di negara kita sangat subur. Sayur- sayuran banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.
Sayur- sayuran membekalkan zat- zat makanan serta vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Otak kita akan menjadi cerdas apabila makan sayur- sayuran.
Kulit, gusi dan gigi kita menjadi lebuh sihat dengan makan sayur- sayuran hijau. Vitamin C yang terkandung dalam sayur- sayuran hijau menjadikan kulit kita sentiasa segar dan gigi kita kuat. Gusi kita tidak akan berlaku pendarahan.
Sayur- sayuran mengandungi serat yang boleh menghadamkan makanan di dalam badan kita. Selain itu, serat turut dapat menghindarkan toksik yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit dalam tubuh badan kita.
Oleh itu, dengan makan sayur- sayuran bukan sahaja kita akan sihat malah kita dapat meningkatkan ekonomi negara.
(2)Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan Kita
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk” Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan Kita”.
Rangka:
Pendahuluan makanan berkhasiat- bermanfaat kepada kesihatan
Isi- isi makanan seimbang- mempunyai zat yang diperlukan karbohidrat- membantu memperoleh tenaga- tanpa karbohidrat- lemah- tidak bermaya protein- pertumbuhan badan- membaiki tisu badan- terbantut buah- buahan- sayur- sayuran- mencegah penyakit
Penutup amalan pemakanan betul- kesihatan baik
16
Tema: Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
( 1)Buah- buahan Tempatan
Rangka:Pendahuluan
Malaysia- terdapat pelbagai jenis buah- buahan Biasa ditanam di kampong atau di dusun
Isi- isi dibahagi kepada dua jenis- buah- buahan bermusim dan buah- buahan tidak bermusim jenis buah- buahan mengikut musim jenis buah- buahan yang berbuah sepanjang tahun sangat berkhasiat- tidak mahal- rasa sungguh enak
Penutup makan buah- buahan tempat yang berkhasiat- badan sihat
(1)Buah- buahan Tempatan
Di negara kita, Malaysia terdapat pelbagai jenis buah- buahan. Buah- buahan tersebut biasanya ditanam di kampung atau di dusun. Buah- buahan yang dihasilkan di Malaysia dipanggil buah- buahan tempatan.
Buah- buahan tempatan dibahagikan kepada buah- buahan bermusim dan buah- buahan tidak bermusim. Buah – buahan bermusim ialah buah- buahan yang berbuah mengikut musim iaitu durian, manggis, rambutan, langsat, dan sebagainya. Buah- buahan tidak bermusim pula ialah buah- buahan yang berbuah sepanjang tahun. Buah- buahan tersebut ilah pisang, tembikai,betik,nangka, dan sebagainya.
Buah- buahan tempatan sangat berkhasiat, harganya juga tidak mahal. Buah- buahan tempatan rasanya juga enak.
Banyak makan buah- buahan yang berkhasiat juga menjadikan badan kita sihat.
(2)Kebaikan Makan Buah- buahan
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kebaikan Makan Buah- buahan”.
Rangka:Pendahuluan
buah- buhan mudah didapati- buah- buahan
pencuci mulut selepas makanIsi-isi
kandungan serat dalam buah berperanan sebagai pelincir- memudahkan proses perkumuhan menyihatkan dan mampu menjadi ‘agen’ menghalang dan melawan penyakit membekalkan vitamin dan garam galian kepada badan- tidak memerlukan pil tambahan
untuk memperoleh vitamin dan garam galianPenutup
Oleh kerana banyak manfaat dengan makan buah- buahan, ia amat penting dalam pemakanan seharian masyarakat kini.
17
Tema: Wira Negara
(1)Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi
Rangka:Pendahuluan
mempunyai jaguh olahraga yang disanjungiIsi- isi
biodata merupakan olahragawati negara pada tahun 1965 dan 1966 kejayaan yang dicapai
Penutup kagum dengan kegigihan beliau
(1)Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi
Setiap orang mempunyai jaguh olahraga yang disanjungi. Saya juga mempunyai jaguh sukan yang saya sanjungi.
Jaguh sukan yang saya sanjungi ialah Rajamani Malvaganam. Beliau dilahirkan di Tapah, Perak pada tahun 1943. Beliau merupakan pelari pecut negara kita.
Acara yang disertai oleh Rajamani Malvaganam ialah acara lumba lari dan lumba lari berganti- ganti. Beliau berjaya merangkul pingat emas dalam dala Sukan Asia 1966. Selain itu, beliau yang bersemangat waja turut telah mengalahkan olahraga Asia seperti peserta Jepun dan China. Beliau memenangi anugerah Olahragawati Negara pada tahun 1965 dan 1966.
Saya amat kagum dengan kegigihan Rajamani Malvaganam yang membawa kejayaan kepada diri beliau. Saya ingin memcontohi sikap beliau untuk mencapai cita- cita saya sendiri.
(2)Pemimpin yang Paling Saya Sanjungi
Arahan:Tulis sebuah karangan tentang pemimpin yang kamu sanjungi.
RangkaPendahuluan
mempunyai pemimpin yang disanjungi
Isi- isi biodata pemimpin merupakan pemimpin yang berdedikasi mengambil berat tentang masalah orang kampung mengambil berat terhadap masa depan belia prihatin terhadap nasib malang yang menimpa penduduk
Penutup Amat menghormati dan menyayangi
18
Tema: Nikmati Kemerdekaan
(1)Sambutan Hari Kebangsaan
Rangka:Pendahuluan
menyambut Hari kebangsaan pada 31 Ogos bertuah- menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan bersama- sama ahli keluarga
Isi- isi penonton membanjiri kedua- dua belah dataran lagu- lagu patriotik dinyanyikan persembahan mendeklamsikan sajak bertemakan kemerdekaan diadakan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang Perdana Menteri memimpin para hadirin melaungkan perkataan “ Merdeka”
Penutup Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan tamat- pulang dengan perasaan yang gembira
(1)Sambutan Hari Kebangsaan
Setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pada tahun ini, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya bersama- sama dengan ahli keluarga saya.
Pada malam sambutan Hari Kebangsaan, para penonton telah membanjiri kedua- kedua belah dataran tersebut untuk menyaksikan perarakan tersebut.
Lagu- lagu patriotic dinyanyikan oleh penyanyi- penyanyi terkenal tanah air. Persembahan mendeklamasi sajak yang bertemakan kemerdekaan turut diadakan.
Kira- kira pada pukul 11.58 malam, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang diadakan. Perdana Menteri Malaysia memimpin para hadirin melaungkan perkataan “Merdeka!” sebanyak tiga kali berturut- turut.
Apabila aktiviti sambutan Hari Kebangsaan tamat, kami pun pulang dengan perasaan yang gembira.
(2) Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan
Arahan: Kamu dan keluarga kamu telah menyambut Hari Kemerdekaandi Dataran Merdeka, tulis pengalaman kamu semasa menyambut Hari Kemerdekaan.
Rangka:
Pendahuluan Saya dan keluarga- menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan
Isi- isi Dimulakan upacara- lintas hormat- tembakan meriam Perdana menteri memberi ucapan- perarakan kereta berhias pelbagai acara- memeriahkan suasana- merakamkan video laungan “ Merdeka!”- berakhirlah sambutan Hari Kemerdekaan
Penutup bangga- berpeluang menyaksikan sambutan ini
19Tema: Dunia Maya
(1) Kebaikan Kafe Siber
Rangka:Pendahuluan
Kafe siber- pusat sumber maklumat pelbagai kebaikan- diperolehi daripada kafe siber
Isi- isi mudah memperoleh pelbagai maklumat memudahkan perhubungan menyediakan kemudahan teknologi maklumat
Penutup tidak dapat disangkal bahawa kafe siber mendatangkan pelbagai kebaikan
(1) Kebaikan Kafe Siber
Dewasa ini, terdapat banyak kafe siber.Kafe siber merupakan pusat sumber maklumat yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada kafe siber.
Dengan menggunakan kafe siber, pengguna dengan mudah memperoleh pelbagai maklumat seperti mengetahui tempat- tempat yang menarik di sesebuah negeri.
Selain itu, kafe siber juga memudahkan perhubungan. Kafe siber memudahkan kita berkomunikasi dengan anggota keluarga. Contohnya, kita boleh menggunakan kafe siber untuk menghantar emel kepada ahli keluarga yang berjauhan dengan kita.
Akhir sekali, kafe siber menyediakan kemudahan teknologi maklumat untuk semua. Keluarga yang tidak mampu menyediakan computer untuk anak mereka boleh menggunakan kafe siber.
Dengan itu, tidak dapat disangkal bahawa kafe siber banyak mendatangkan pelbagai kebaikan.
(2) Penggunaan Komputer dan Kepentingannya
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Penggunaan Komputer dan Kepentingannya”.
Rangka:Pendahuluan
penggunaan meluas- alat komunikasi penting
Isi- isi menyimpan data- mudah dan sistematik- menjimatkan kos alat pembelajaran- menyiapkan tugasan- memperoleh maklumat merapatkan perhubungan- melalui penghantaran emel
Penutup banyak manfaat- tidak disalahgunakan- menjejaskan kehidupan
20
Tema: Alam Semester
(1)Kepentingan Matahari
Rangka:Pendahuluan
memainkan peranan penting dalam kehidupan sumber tenaga yang utama kepada manusia, tumbuh- tumbuhan dan haiwan
Isi- isi membolehkan tumbuh- tumbuhan menghasilkan makanan- gas oksigen dalam proses
fotosintesis- gas oksigen- digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas menghasilkan haba- mengeringkan pakaian tenaga matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik
Penutup amat berguna bagi kehidupan dan tidak dapat meneruskan hidup tanpa cahaya matahari
(1)Kepentingan Matahari
Matahari memainkan peranan yang penting dalam kehidupan di dunia ini. Matahari merupakan sumber tenaga yang utama kepada manusia, tumbuh- tumbuhan dan haiwan.
Cahaya yang dikeluarkan oleh matahari banyak kegunaannya. Cahaya matahari membolehkan tumbuh- tumbuhan menghasilkan makanan melalui fotosintesis. Semasa proses ini, gas oksigen dibebaskan oleh tumbuh- tumbuhan . Gas ini digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas.
Cahaya matahari yang panas akan menghasilkan haba. Haba digunakan untuk mengeringkan pakaian. Kita juga menggunakan tenaga matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik .
Matahari memang amat berguna bagi kehidupan dan tidak dapat meneruskan hidup tanpa cahaya matahari.
(2)Kepentingan Air
Arahan: Tulis sebuah karangan tentang kepentingan air bagi kehidupan.
Rangka:Pendahuluan
bahan asas yang diperlukan bagi setiap hidupan di dunia ini tanpa air- segala yang bernyawa akan mati
Isi- isi memerlukan air untuk mandi, mencuci pinggan mangkuk dan sabagai minuman
tumbuh- tumbuhan- hidup dengan subur dan segar menjana kuasa hidroelektrik
Penutup air sangat penting- jangan membazir air
21
Aku Sebuah Telefon BimbitSaya sebuah telefon bimbit yang berjenama
Nokia. Saya amat berguna kepada manusia.Saya dilahirkan di sebuah kilang yang terkenal.
Saya diperbuat daripada plastik dan alat-alat elektronik. Saya mempunyai saiz badan yang kecil. Setelah badan saya dipasang lengkap, saya dimasukkan ke dalam kotak.
Kemudian, saya dibawa dengan lori ke sebuah kedai menjual telefon bimbit. Setiba di kedai, saya dipamerkan di dalam rak kaca.
Pada suatu petang, datanglah seorang pemuda. Selepas membelek-belek diri saya, dia berbulat hati hendak membeli diri saya.
Saya bertugas menghubungi rakan-rakan tuan saya. Selain itu, tuan saya kerap melayari internet dengan menggunakan saya untuk mengetahui isu-isu semasa.
Selepas menggunakan saya, tuan saya akan mengelap badan saya. Dia sangat menyayangi saya.
Saya berasa sangat suka hati kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Saya akan berkhidmat untuk tuan saya selagi saya diperlukan.