karl pearson auto saved)

Upload: az-nieda

Post on 17-Jul-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Karl Pearson (1857-1936)

BIODATAKarl Pearson merupakan seorang warga British yang dilahirkan pada 27 Mac 1857. Beliau merupakan anak kepada seorang peguam yang berjaya iaitu William Pearson. Ibunya pula bernama Fanny Pearson ne Smith. Beliau mempunyai tiga orang adik beradik iaitu Aurthur, Carl (Karl) and Amy. Beliau dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan. Ayah Karl Pearson merupakan seorang penggubal undang-undang di Edinburgh dan juga seorang peguam yang Berjaya di Queens counsel(QC). Keluarga di sebelah ayahnya berasal dari Utara Riding Yorkshire. Beliau menerima didikan awal dirumahnya sendiri sehingga berumur sembilan tahun. Bapanya, William pearson sangat mempengaruhinya supaya beliau mengikut jejak langkahnya dalam bidang undang-undang. Beliau kemudian di hantar ke salah sebuah university di London. Beliau hanya sempat belajar di sana sehinnga berumur 16 tahun, kemudian beliau terpaksa pulang ke rumah kerana diserang sejenis penyakit. Ayahnya telah mengupah seorang guru swasta untuk mengajarnya di rumah. Setelah itu menamatkan pengajian dalam undang-undang secara persendirian ini, barulah Pearson mula menjejaki displin matematiknya di Kings College, Cambridge, yang mana bidang ini kelak yang akan menjadi ingatan masyarakat akademik terhadapnya. Memang, selama dua tahun (1879-1890), dalam penat dan lelah, beliau sudahnya berjaya meraih tahap kepujian dalam bidang ini. Beliau telah dianugerahi oleh Kings College, Cambridge satu geran pembiayaan kewangan di antara 1880 hingga 1886, tanpa sebarang masalah lantaran kecemerlangannya beliau dalam bidang ini. (Porter, 1994, p.541). Tahap dan pencapaiannya dalam fasa ini pernah diulas oleh Walker (1968, p. 692) yang menyifatkan sejarah beliau sejak dari kecil lagi telah menampilkan bakat untuk menjadi seorang intelektual yang luar biasa apabila dewasa nanti

SUMBANGAN Pada tahun 1884, hierarki intelektual Pearson kian meningkat apabila beliau telah dilantik sebagai Professor Goldsmid bagi Matematik Gunaan & Mekanik di University College, London, yang mana 23 tahun kemudian beliau akhirnya memimpin jabatan ini. Sebenarnya, dalam tempoh tahun 1891 hingga 1894, Pearson secara konsisten turut menyampaikan kuliah tentang geometri di Grisham College. Dan, atas sokongan Francis Galton, ketuanya di Grisham College, Pearson turut menjadi Professor pertama dalam bidang Eugenik sehinggalah beliau bersara sepenuhnya dalam dunia akademia pada tahun 1933. Karl Pearson, tidak boleh dinafikan, memang seorang intelektual sejati. Tulisan-tulisannya jelas menggambarkan bahawa beliau sememangnya mampu menguasai ragam ilmu dengan hampir sempurna, menarik lagi, dengan caranya yang tersendiri. Beliau telah menulis 18 kertas kerja di bawah tajuk umum, Sumbangan Matematik Pada Teori Evolusi (Mathematical Contribution to the Theory of Evolution) sepanjang hayatnya. Selain daripada itu, dalam bidang matematik khususnya dalam statistik, Pearson telah mencipta banyak penemuan dan rumusan-rumusan baru, di antaranya termasuklah teori sumbangan pada pekali kontigen (theoretical contributions to the coefficient), pekali biserial dan tetrakorik (tectrachoric and biserial coefficients), ogif, chi-square, skedastiviti (scedasticity), kurtosis, ragam pertalian dan regrasi (multiple correlation and regression), pertalian sebahagian (partial correlation), pekali momen (moment variation), pertalian ratio (partial ratio), variasi pekali (coefficient of cariation), simpangan ganda (standard deviation), dan lain-lain lagi. Sepanjang hanyatnya, beliau telah menulis lebih 300 kertas kerja, dalam yang telah disiarkan dalam pelbagai jurnal, media, malah termasuk buku-buku seperti mana yang diungkapkan oleh Lord (1995, pp. 1557-1558). Pearson merupakan seorang intelektual yang serba-boleh. Kalau dilihat antara tahun 1922 hingga 1934, beliau telah berjaya memperkemaskan jadual Statistian dan Biometrian serta jadual Ketidaklengkapan Fungsi Beta dan Fungsi Gamma. Pearson turut menulis rakaman perhargaan atas pemergian mentor dan sekaligus teman akrabnya juga, Francis Galton menerusi empat siri biografinya iaitu Kehidupan, Surat-surat dan Hasil Kerja Francis Galton, (The Life, Letters and Labours of Francis Galton, 1914-1930).