kata-kata hikmat - wk.kats.gov.my · kata-kata hikmat musibah banjir: mencari hikmah yang...
TRANSCRIPT
K A T A - K A T A H I K M A T
M U S I B A H B A N J I R : M E N C A R I H I K M A H Y A N G T E R S E M B U N Y I
2
K O N S E P A S A S P S I K O L O G I D A N K A U N S E L I N G I S L A M
4
P E R S O N A L I T I D A N B U A H -B U A H A N
5
T I N G K A P
J O H A R I 6
K E M U R U N G A N 7
J A D U A L W A K T U B A D A N M A N U S I A
8
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5
Berjalan sama
tidak mesti kawan.
Berjauhan jarak
tidak mesti lawan.
Sekampung
tidak mesti sejalan.
Tn. Hj. Roslan bin Abd Ghani
INSTUN
“ M E M B U R U K E J A Y A A N T I D A K S E P E R T I M E N J A M U
S E L E R A D I K E D A I M A K A N ; M A K A N D A H U L U B A Y A R
K E M U D I A N . M E M B U R U K E J A Y A A N U M P A M A M E N A N A M
P O K O K B U A H - B U A H A N . T A N A M , J A G A D A N N I K M A T I
H A S I L N Y A K E M U D I A N . ”
~O S M A N A F F A N
KANDUNGAN:
Sinergi Kaunseling Isu 01/ 2015
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5 2
Oleh: Tn. Hj. Noorazhar bin Ngatimin . AKRAB JMG
Penjanaan ini tertakluk kepada akal fikiran yang membentuk tingkah laku seseorang manusia selaras dengan tuntutan azali bahawa mereka memer-lukan komuniti dalam kehidupannya. Pemben-tukan akal fikiran yang rasional, waras dan sihat akan membantu mereka menjadi seseorang manusia mengikut lunas-lunas ajaran yang telah ditetapkan. Mizan et al., (2011) menjelaskan bahawa konsep pertolongan dalam ajaran Islam merupakan bantuan berasaskan syarak dan hukumnya untuk membantu sama ada golongan yang dizalimi atau menzalimi. Perkaitan kehidupan manusia juga jelas berasaskan fitrah manusia berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia ini dilahirkan sebagai individu yang bersih dan suci serta mempunyai elemen luaran (external) dan dalaman (internal). Unsur dalaman meliputi hati, nafsu dan juga akal. Mana-kala, unsur luaran ialah syaitan dan persekitaran luar hidup seseorang manusia. Unsur-unsur persekitaran inilah yang stimulus terhadap perubahan fitrah, sekaligus mengubah tarikan dalaman
sehingga mencemari fitrahnya (Mizan et al., 2011). Namun, proses pengembalian kepada kebaikan dan asal fitrah boleh tercapai apabila wujud kesedaran dala-man yang berkaitan dengan pengetahuan serta kesedaran diri seseorang manusia. Akhir sekali ialah Fadilah (2004) menyatakan bahawa perkaitan antara manu-sia dengan Allah sangat jelas dalam menentukan haluan kehidupan yang bersih, harmoni, sihat dan sejahtera berasas-kan Al-Quran dan As- Sunnah. Sebagai manu-sia yang diciptakan oleh Allah dari tanah di bumi, maka tuntutan keperluan hidup mereka lebih ber-sifat jasmani sebagaima-na keperluan untuk makanan, pakaian, tem-pat tinggal, perhiasan dan keamanan. Konsep ini telah banyak me-nyingkap seluruh dimen-si kehidupan manusia untuk mencapai kema-juan sama ada di dunia mahupun di akhirat (Fadilah, 2004). Disiplin berbentuk keagamaan sebegini bersandarkan peristiwa yang menyeru kepada kebaikan,
peringatan, kecergasan minda, panduan serta bimbingan menjadi tun-jang kepada nasihat dan pengajaran dalam hidup.
Oleh itu, pen-erapan ajaran Islam yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan manusia mampu mengharmoni-kan individu selaras dengan kehendak dan tuntutan agama yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Malah, teori yang diutarakan oleh Ibn Khaldun melihat kepada ‘Ad-Din’ sebagai jalan kebenaran ‘way of life’ yang bukan sahaja mencakupi bidang iba-dat sahaja, tetapi berkai-tan dengan keseluruhan cara hidup sama ada berpolitik, berekonomi dan bersosial (Fadhilah, 2004). Ibnu Khaldun melihat sejarah keluhuran manusia pada zaman Rasulullah lagi dan masyarakat yang semakin maju telah me-lahirkan pelbagai unsur ke-hidupan sama ada baik dan bu-ruk. Oleh
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5
itu, konsep kefahaman ke atas kehidupan manusia ini meliputi alam ghaib, alam nyata, manusia dan agama yang didukung oleh manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi mengikut nas-nas yang telah ditetapkan. Rujuk rajah 1 yang menun-jukkan Teori Ibnu Khaldun tentang ‘Ad-Din’ sebagai ‘Way of Life’ untuk seseorang khalifah.
Sebagai rumu-sannya, psikologi dan kaun-seling Islam ini merupakan satu pendekatan yang ter-baik untuk diterapkan ke atas sahsiah dan peribadi seseorang manusia. Ke-baikan penerapan itu akan menjadikan manusia itu celik akal dan merasakan bahawa mereka wajar kembali ke asal fitrahnya. Oleh itu, keterbatasan manusia dalam menghadapi segenap per-masalahan boleh dibantu melalui sesi penerapan nilai-nilai Islam yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran untuk jangka masa panjang.
...bersambung daripada Isu 01/ 2015
Oleh: Dr. Amran bin Hassan . Peg. Psikologi (Kanan)
Konsep Asas Psikologi & Kaunseling Islam
Bagaimana kita melihat diri
sendiri?
4
Hidup tak selamanya berjalan mulus…
Hidup perlu masalah supaya kita tahu kita punya kekuatan… Perlu pengobanan supaya kita tahu cara bekerja keras… Perlu air mata supaya kita tahu merendah hati… Perlu dicela supaya kita tahu bagaimana cara menghargai... Perlu tertawa supaya kita tahu mengucap syukur… Perlu senyum supaya kita tahu punya cinta… Perlu orang lain supaya kita tahu kita tak sendiri…
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5
Buah-buahan sememangnya elok dimakan kerana ia
mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan kita.
Menurut kajian yang dilakukan di US oleh Dr. Barnett, personaliti
seseorang dapat dinilai berdasarkan kepada buah-buahan
kesukaannya.
PERSONALITI KETERANGAN
OREN
LEMON
LIMAU
Cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar.
Menjadi rujukan dan menjadi tempat rakan-rakan meluahkan masalah kerana anda berkebolehan untuk mem-
berikan nasihat dan pandangan.
Orang luar sukar untuk menilai diri anda. Untuk mereka mengenali diri anda sepenuhnya memerlukan masa yang
lama.
Anda akan memperuntukkan masa yang singkat untuk bersendiri atau berehat.
Suka bergembira dan akan menggunakan waktu terluang dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
PISANG
BETIK
JAMBU
KIWI
NENAS
Anda gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan pelbagai perisa.
Suka kepada pengalaman-pengalaman yang baru.
Orang di sekeliling pasti akan menghadapi masalah dengan anda disebabkan cara hidup anda yang terlalu aktif.
Anda tidak suka sesuatu yang menyakitkan emosi anda.
Pasangan anda biasanya seorang yang tenang dan menerima diri anda dengan seadanya.
Anda suka meluangkan masa bersama individu yang rapat dengan anda.
Rakan-rakan anda menganggap anda mudah didekati dan gemar berseronok. Namun sebenarnya anda juga ada
pendirian tersendiri.
Anda tidak suka mengekspresikan perasaan sedih di hadapan orang lain.
EPAL
PEAR
Seorang yang kuat dan mampu menjadi tunjang kekuatan kepada orang di sekeliling anda.
Anda bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan anda tidak mudah mengalah.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain untuk hidup.
Ramai orang menganggap anda seorang yang berpengetahuan luas dan sememangnya anda begitu.
Anda suka mencari ilmu dan berusaha melakukan yang terbaik untuk sesuatu perkara berdasarkan kepada penge-
tahuan yang dimiliki.
Anda pasti akan berjaya di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
TEMBIKAI
TEMBIKAI SUSU
Seorang yang pemurah dan suka membantu mereka yang memerlukan. Pasti anda akan berasa puas apabila berja-
ya membantu orang lain.
Ánda pasti berhati-hati memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar rumah.
Memiliki ramai teman rapat kerana keperibadian anda yang romantik.
Berusaha gigih untuk mengatasi kegagalan serta kekecewaan dalam hidup.
Lambang keperibadian diri anda adalah seorang yang berhati-hati.
BLACKBERRY
STRAWBERRY
RASPBERRY
CARNBERRY
ANGGUR
TOMATO
Gemarkan party dan keseronokan.
Suka menggembirakan orang lain.
Mudah mendapat teman baru kerana seorang yang peramah.
Berusaha melakukan apa sahaja demi menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman anda walaupun dengan cara
yang pelik.
Bercitarasa unik, hinggakan makanan pilihan anda adalah makanan yang berperasa lain dari yang lain.
Pelbagai personaliti yang wujud dalam diri anda membuatkan anda sukar untuk dinilai.
Namun keseluruhan personaliti adalah saling berkaitan dan akan menonjolkan diri anda yang unik serta memiliki
keistimewaan tersendiri.
Lambang keperibadian diri anda adalah seorang yang berpersonaliti.
WALNUT
HAZELNUT
GAJUS
Seorang yang moody dan mood boleh berubah tanpa sebab.
Lambang keperibadian diri anda adalah ketegasan.
Jika anda yakin berada di pihak yang benar, pasti anda akan berdegil dan tetap dengan pendirian anda itu.
Orang di sekeliling anda pasti akan lebih berhati-hati dengan sikap degil anda itu.
Anda seorang yang setia di dalam hubungan percintaan. Sehingga sanggup untuk menyisihkan rakan-rakan hanya
kerana mahu meluangkan masa bersama kekasih.
Perlu memperuntukkan masa yang lama untuk seseorang itu memahami dan mengenali diri anda. Ini kerana anda
seorang yang berpendirian.
LABU
KUNDUR
Seorang yang berpandangan jauh. Anda merasakan bahawa kewujudan pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini
adalah melebihi apa yang manusia mampu lihat.
Sering berasa curiga.
Orang di sekeliling anda pasti berasa terkejut dengan pengetahuan yang anda miliki dan kebolehan anda
menghuraikan persoalan.
Tekanan kerja pada permulaannya pasti akan membuatkan anda berduka. Namun lama-kelamaan semangat anda
akan kembali pulih dan anda pasti lebih bersedia untuk menangani cabaran yang mendatang.
Cenderung kepada pelbagai warna.
Lambang keperibadian diri anda adalah bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.
5 Oleh: Pn. Sapuar binti Abdul Rahman . AKRAB JPS
Konsep Tingkap Johari adalah satu teori per-
sonaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft
dan Harrington Ingham. Tingkap Johari
menunjukkan satu cara melihat diri sendiri.
Keempat-empat bahagian di dalam rajah
Tingkap Johari menunjukkan sifat-sifat diri
apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika
satu daripada tingkap berubah ia akan
melibatkan tingkap-tingkap yang lain. Apa
perkara-perkara yang anda sedari tentang
diri anda dan ada juga perkara-perkara yang
anda tidak sedar tetapi disedari oleh orang
lain. Oleh itu sekiranya anda semua dapat
memahami konsep tingkap johari ini, ia akan
sedikit sebanyak membantu anda memahami
diri sendiri.
Tingkap 1 (Terbuka) mewakili diri anda yang
anda perlihatken kepada orang lain seperti
nama, keluarga, tempat tinggal dan lain-lain.
Maklumat-maklumat yang anda kongsi dengan
orang lain adalah selamat dan tidak
mengancam anda.
Tingkap 2 (Tertutup) mewakili diri anda yang
anda tidak tahu (nafas busuk) dan tidak sedar
tetapi disedari oleh orang lain seperti tingkah
laku anda, kesan suara atau bahasa yang anda
gunakan. Gaya berjalan dan lain-lain. Anda
tidak dapat menilai diri sendiri tetapi orang
lain akan menilai anda daripada apa yang
mereka lihat dan alami semasa
berinteraksi dengan anda.
Tingkap 3 - (Rahsia) mewakili diri anda yang
anda tidak mahu diketahui oleh orang lain dan
anda jaga dengan rapi. Anda tidak suka
apabila orang cuba mencungkil. Contohnya.
Perasaan anda terhadap seseorang atau
sesuatu. Rahsia yang dipendam. Keinginan
anda, angan-angan dan lain-lain. Anda berasa
terancam apabila rahsia atau perasaan yang
anda pendam cuba dicerobohi oleh orang lain.
Anda rela berkongsi maklumat sulit ini jika
telah ada kepercayaan.
Tingkap 4 (Gelap - Tidak Diketahui Lang-
sung) mewakili diri yang anda tidak ketahui.
Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawah
sedar dan mungkin timbul melalui mimpi,
gerak hati dan hipnosis (hypaoses). Hanya
Tuhan yang tahu.
Meluas atau mengecilkan tingkap-tingkap
tersebut bergantung kepada maklumbalas
dan pendedahan diri. Apabila satu perhub-
ungan telah bertambah mesra meklumbalas
dan pendedahan diri diberi tanpa ragu-ragu
kerana terdapat kepercayaan. Dengan ini
Tingkap 1 (bebas) bertambah besar. Hasilnya
tingkap 2 (Tidak Disedari) menjadi kecil
kerana maklum balas yang diterima. Tingkap
3 (tersembunyi) juga turut menjadi kecil
kerana pendedahan diri akan dilakukan
dengan lebih rela disebabkan kurang rasa
terancam. Tingkap 4 menjadi kecil secara
berturut-turut. Ini berlaku kerana interaksi
dan hubungan menjadi rapat, anda lebih rela
berkongsi pendapat, perasaan dan lain-lain
serta memberitahu kepada rakan-rakan
anda. Di antara anda dan rakan telah timbul
rasa percaya-mempercayai dan berani pula
mengambil risiko. Cara ini meneguhkan lagi
hubungan anda dengan orang lain.
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5 6
emurungan adalah gangguan
perasaan seseorang yang
menyebabkan seseorang itu
merasa sedih yang berpanjangan,
keletihan, dan ketiadaan tenaga,
cepat marah serta hilang minat
dalam aktiviti harian. Ia boleh
dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak
kira umur, jantina dan bangsa.
Kemurungan berlarutan sekurang
-kurangnya dalam masa dua
minggu. Kemurungan juga boleh
berlangsung sehingga berbulan-
bulan atau bertahun-tahun.
Salah faham tentang
kemurungan :
Tidak boleh dirawat
Tidak perlu dirawat dan
boleh hilang dengan
sendirinya
Sesuatu yang memalukan
Petunjuk seorang yang
mempunyai karektor
yang lemah
KEMURUNGAN
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5 7
Tanda-tanda kemurungan:
Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan
hampir setiap hari.
Berat badan merosot daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (imsomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih efektif atau kurang aktif.
Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau me-
rasakan diri tidak berguna.
Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Individu juga me-
rasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap
Apa yang anda perlu buat jika anda mengalami kemurungan:
Dekatkan diri kepada tuhan
Berjumpa dengan kaunselor
Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat
Bertenang dan sentiasa bersikap positif
Amalkan gaya hidup sihat
Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira
Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko ?
Sumber :
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/1294-apabila-kemurungan-kuasai-diri
http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq
www.moh.gov.my
Oleh: Cik Shazwani binti Yusoff . Peg. Psikologi NRE
Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak. Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempu-nyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu;
Awal Pagi 3:00 am - 5:00 am Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta ber-takafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. Pagi 5:00 am - 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. 7:00 am - 9:00 am Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. 9:00 am - 11:00 am Limpa - Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibat-kan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk. Tengahari 11:00 am - 1:00 pm Jantung - Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain. Petang 1:00 pm - 3:00 pm Usus kecil - Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. 3:00 pm - 5:00 pm Pundi Kencing - Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh. Senja 5:00 pm - 7:00 pm Buah Pinggang - Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing. Malam 7:00 pm - 9:00 pm Dinding Jantung - Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada. Lewat Malam 9:00 pm - 11:00 pm Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. Tengah Malam 11:00 pm - 1:00 am Hempedu - Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya. Awal Pagi 1:00 am - 3:00 am Hati - Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
S I N E R G I K A U N S E L I N G I S U 0 2 / 2 0 1 5 8
Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia mengikut fikiran dan kajian manusia.
Rahsia Allah, tiada siapa pun yang mengetahuinya. Oleh itu, ikhtiar kita adalah MENCEGAH SEBELUM PARAH..