kata sendi nama

2
KATA NAFI 1. Kata nafi ialah kata yang hadir di hadapan frasa nama, frasa sendi nama, frasa kerja dan fraesa adjektif. 2. Ia berfungsi sebagai unsure nafi dalam frasa. 3. Ada dua jenis kata iaitu bukan dan tidak. 4. Berikut ialah panduan penggunaan kata nafi : Kata Nafi Penggunaaan Contoh Ayat bukan Unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama 1. Saya bukan ibunya. 2. Aina bukan dari Kota Bharu. tidak Unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif 1. Saya tidak makan durian. 2. Bunga itu tidak harum. KATA PEMERI 1. Kata pemeri ialah kata yang berfungsi untuk menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 2. Hanya ada dua kata iaitu ialah dan adalah. 2. Berikut ialah panduan menggunakan kata pemeri : Kata Pemeri Penggunaan Ayat Contoh ialah Digunakan di hadapan frasa nama 1. Cikgu Azran ialah guru Matematik. adalah Digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama 1. Bentuk bumi adalah sfera. 2. Tujuan kami datang ke sekolah adalah untuk pelajar.

Upload: rusmaizan

Post on 03-Jul-2015

1.832 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata sendi nama

KATA NAFI

1. Kata nafi ialah kata yang hadir di hadapan frasa nama, frasa sendi nama, frasa kerja dan fraesa

adjektif.

2. Ia berfungsi sebagai unsure nafi dalam frasa.

3. Ada dua jenis kata iaitu bukan dan tidak.

4. Berikut ialah panduan penggunaan kata nafi :

Kata Nafi Penggunaaan Contoh Ayat

bukan Unsur nafi bagi frasa nama dan

frasa sendi nama

1. Saya bukan ibunya.

2. Aina bukan dari Kota Bharu.

tidak Unsur nafi bagi frasa kerja dan

frasa adjektif

1. Saya tidak makan durian.

2. Bunga itu tidak harum.

KATA PEMERI

1. Kata pemeri ialah kata yang berfungsi untuk menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek

dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

2. Hanya ada dua kata iaitu ialah dan adalah.

2. Berikut ialah panduan menggunakan kata pemeri :

Kata Pemeri Penggunaan Ayat Contoh

ialah Digunakan di hadapan frasa nama 1. Cikgu Azran ialah guru

Matematik.

adalah Digunakan di hadapan frasa adjektif

dan frasa sendi nama

1. Bentuk bumi adalah sfera.

2. Tujuan kami datang ke sekolah

adalah untuk pelajar.

Page 2: Kata sendi nama

KATA SENDI NAMA

1. Kata sendi nama ialah kata yang hadir di hadapan frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu.

2. Berikut ialah panduan menggunakan kata sendi nama.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat

akan Merujuk perasaan manusia. 1. Saya rindu akan awak.

bagi menunjukkan kegunaan sesuatu 1. Bantuan ini amat bererti bagi anak-anak

yatim itu.

dalam/antara Menunjukkan pengertian lingkungan yang tidak

mempunyai ruang atau jarak

1. Banyak panduan yang didedahkan dalam

program tekevisyen itu.

2. Antara punca jalan raya ialah kecuaian

pemandu.

dari Menunjukkan tempat, arah,masa dan waktu 1. Bas ekspres itu datang dari utara.

2. Dia duduk di situ dari pagi tadi.

daripada Menunjukkan perbandingan, perbezaan, asal

kejadian sesuatu.

1. Suzi lebih tinggi daripada kakaknya.

2. Zaidi menerima surat daripada ibunya.

3. Minyak kelapa dibuat daripada santan

kelapa.

dengan Menunjukkan maksud bersama-sama, cara sesuatu

itu dilakukan, dan menyatakan keadaan.

1. Dia ke kedai dengan Aminah.

2. Bercakaplah dengan sopan.

3. Ayah memotong tali dengan gunting.

demi Menunjukkan makna tujuan dan maksud urutan 1. Kerusi itu disusun satu demi satu.

2. Banyak pejuang bangsa yang terkorban demi

memerdekakan tanah air tercinta.

di Menunjukkan tempat 1.Tempat kerja abang di Kuala Lumpur.

hingga/sehingga/sampa

i

Menunjukkan maksud perihal peringkat, had masa,

waktu atau tempat

1. Ibu menumis bahan-bahan itu hingga berbau

wangi.

2. Dia telah ditumbuk oleh samseng itu sampai

pengsan.

ke Menunjukkan tempat atau arah yang dituju, masa

atau waktu.

1. Buang sampah itu ke dalam tong sampah.

2. Dia bekerja dari pukul 8 pagi ke pukul 5

petang.

kepada Menunjukkan sasaran, pecahan, dan perubahan

keadaan.

1. Wardina memberikan makanan kepada

kucingnya.

2. Buah epal itu dibahagikan kepada empat.

oleh Menunjukkan maksud sebab atau kena dalam ayat

pasif

1. Pinggan itu dibasuh oleh ibu.

2. Penjahat itu ditangkap oleh polis.

pada Menunjukkan masa atau waktu, tempat 1. Pada waktu petang adik bermain bola sepak.

2. Jam tangan kamu ada pada saya.

sejak/semenjak Menunjukkan masa atau waktu 1. Sejak bapanya meninggal dunia, dia lebih

suka menyendiri.

seperti/bagai Menunjukkan perbandingan 1. Hatinya keras seperti batu.

2. Dia kelihatan pucat lesi bagai dikejar hantu.

tentang Menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang tidak

tentu

1. Novel itu berkisar tentang perjuangan Tok

Janggut.

terhadap Menunjukkan maksud rujukan yang melibatkan

penyambut yang tentu.

1. Kita mestilah hormat terhadap ibu bapa kita.

2. Say bersimpati terhadap nasib kawan saya

itu yang kematian ibunya.

untuk Menunjukkan kegunaan sesuatu atau maksud

bahagian yang telah diperuntukkan.

1. Gamat digunakan untuk mengubati pelbagai

penyakit.

2. Buah limau itu saya bawa untuk awak.