kaum sikh

6
Aspek 1 : Adat Resam Kaum Sikh Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin mengambarkan mengenai sesuatu kaum Setiap kaum atau etnik mempunyai adat resam mereka yang tersendiri, di mana kebanyakannya hampir sama dengan kaum yang lain, dan ada juga yang mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Begitu juga dengan kaum Sikh. Seperi yang kita semua maklum, komuniti atau jumlah masyarakat Sikh di Malaysia tidaklah sebesar jumlahnya seperti kaum-kaum utama yang lain seperti kaum Melayu, India dan Cina. Namun, kewujudan mereka dapat dirasai oleh kerana adat resam mereka yang unik dan menonjolkan keistimewaan kaum mereka. Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum atau norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Selain itu, adat resam merupakan peraturan yang telah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. (Noriati A.Rashid, Budaya dan pembelajaran, 2011). Sama seperti kaum-kaum yang lain, kaum Sikh juga mempunyai pegangan adat resam mereka yang tersendiri. Kita akan melihat satu persatu adat resam yang diwarisi secara turun temurun oleh kaum Sikh melalui beberapa aspek dan kategori. Antara aspek yang paling unik dalam budaya kaum Sikh tentulah pada pakaiannya iaitu serban bagi lelaki dan baju Punjabi bagi wanita. Pemakaian serban juga ada beberapa jenis

Upload: chao-wei-wei

Post on 26-Jul-2015

178 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaum sikh

Aspek 1 : Adat Resam Kaum Sikh

Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin

mengambarkan mengenai sesuatu kaum Setiap kaum atau etnik mempunyai adat

resam mereka yang tersendiri, di mana kebanyakannya hampir sama dengan kaum

yang lain, dan ada juga yang mempunyai keistimewaan mereka sendiri.

Begitu juga dengan kaum Sikh. Seperi yang kita semua maklum, komuniti atau

jumlah masyarakat Sikh di Malaysia tidaklah sebesar jumlahnya seperti kaum-kaum

utama yang lain seperti kaum Melayu, India dan Cina. Namun, kewujudan mereka

dapat dirasai oleh kerana adat resam mereka yang unik dan menonjolkan keistimewaan

kaum mereka.

Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum atau

norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Selain itu, adat resam merupakan

peraturan yang telah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat

sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. (Noriati A.Rashid, Budaya

dan pembelajaran, 2011).

Sama seperti kaum-kaum yang lain, kaum Sikh juga mempunyai pegangan adat

resam mereka yang tersendiri. Kita akan melihat satu persatu adat resam yang diwarisi

secara turun temurun oleh kaum Sikh melalui beberapa aspek dan kategori.

Antara aspek yang paling unik dalam budaya kaum Sikh tentulah pada

pakaiannya iaitu serban bagi lelaki dan baju Punjabi bagi wanita. Pemakaian serban

juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna. Melihat kepada cara

mengikat serban, dapat dibayangkan betapa sukarnya untuk mereka yang tidak mahir

menggunakannya kerana kain serban itu sebenarnya sangat panjang untuk melingkari

keseluruhan kepala.

Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang di kepala dan baju Punjabi labuh

dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan pada pakaian mereka

juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan kecantikan wanita Sikh yang

terkenal dengan hidung mancung. 

Pakaian Punjabi juga digunakan khusus untuk majlis perkahwinan tetapi dengan

reka corak lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas. Itulah antara

Page 2: kaum sikh

kemahiran unik orang Punjabi kerana mereka terkenal dalam aktiviti menyulam kain

dan sulaman mereka juga berkualiti tinggi. 

Aspek kedua ialah dari segi perkahwinan. Dalam agama Sikh, perkahwinan

atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana

perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan mi disamakan dengan

penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan

setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara

hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan

semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan

kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan

menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing.

 Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan

belanja yang banyak, bukan setakat membayar dowri tetapi juga keluarga pengantin

perempuan perlu menyediakan cincin emas, bukan untuk pengantin saja tetapi juga

untuk ibu bapa pengantin lelaki.

Itu belum lagi dikira perbelanjaan lain untuk membeli kelengkapan rumah kerana

menjadi kebiasaan, keluarga pengantin perempuan juga perlu menyediakan set bilik

tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin. Ia pastinya

memerlukan belanja besar dan ia ditanggung keluarga pengantin perempuan.

Sama juga dengan proses meminang atau pemilihan jodoh. Ia bermula dari

pihak perempuan yang mesti memulakannya dulu. Pendek kata, jika dalam konsep

orang Melayu, umpama perigi mencari timba tetapi ia adalah adat yang diteruskan

dalam masyarakat Sikh di mana perempuan yang meminang lelaki.

Aspek yang ketiga ialah ketika mengandung atau kelahiran. Terdapat pelbagai

adat resam serta kepercayaan yang masih diwarisi oleh kaum Sikh apabila seorang

wanita itu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Antara kepercayaan yang paling

masyur ialah seorang ibu mengandung tidak dibenarkan untuk makan buah yang

bekembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Bukanlah

satu larangan dalam kaum Sikh untuk mendapat anak kembar, tetapi kelahiran anak

Page 3: kaum sikh

kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban bagi sesetengah keluarga,

terutamnya keluarga yang susah.

Seorang ibu yang mengandung juga tidak boleh memegang benda tajam seperti

pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa-apa ketika gerhana matahari. Ini

kerana boleh menyebabkan anak yang lahir dalam keadaan calar balar di muka dan

tidak cantik. Selain itu, ada juga persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu

sekiranya isteri mengidam sesuatu, suami perlu cuba untuk dapatkan kerana dikhuatiri,

boleh menyebabkan anak yang lahir akan terkena tulah seperti meleleh air liurnya.

Selepas kelahiran pula, mengikut kepercayaan kaum Sikh, sekiranya anak itu

tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu

untuk menghentikan tangisan. Apabila meraikan hari lahir pula, tidak boleh diraikan

sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh

menyebabkan pendek umur.

Aspek yang seterusnya ialah kesenian dan tarian. Kaum Sikh mempunyai

pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut gemar dalam aktiviti permainan

tradisional tetapi kebanyakannya dalam bentuk menguji kekuatan.

Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya

seperti muzik Punjabi. Ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana

yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan tabla adalah dua alat muzik

terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Punjabi berirama rancak dan sarat dengan

emosi. Ia menceritakan pelbagai variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan,

kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan lagunya yang turut mempunyai

melodi penuh emosi dan perasaan. 

Selalunya, apabila kita melihat tarian di filem Hindi, ramai akan mengaitkannya

dengan bhangra dan realitinya, itulah ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana

sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas,

malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang

digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh, Goldkartz. 

Page 4: kaum sikh

Bhangra yang membabitkan ramai penari lelaki dan wanita, kebiasaannya

melebihi enam orang, menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri

dalam rentak tarian itu memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya

sangat pantas dan lincah. 

Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika majlis perkahwinan,

begitu juga konsepnya dalam masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai

tarian bebas yang boleh disertai sesiapa saja apatah lagi tarian itu sendiri tidak

mengehadkan pergerakan tertentu dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut

alunan dhol (gendang atau rebana). 

Berdasarkan semua aspek yang telah diterangkan, kita dapat lihat keunikan dan

keistimewaan yang terdapat dalam adat resam kaum Sikh. Terdapat banyak lagi adat-

adat resam yang lain yang sebahagiannya masih lagi diamalkan sehingga sekarang

dan ada juga sebahagiannya sudah dilupakan oleh kerana arus pemodenan.

Kesimpulannya, adat resam merupakan satu lambang kebanggaan dan satu

symbol identiti yang masih lagi dan perlu dipertahankan untuk diturunkan kepada

generasi-generasi yang akan datang.