kebakaran 2011
TRANSCRIPT
HHHOOOSSSPPPIIITTTAAALLL TTTAAAMMMPPPIIINNN
222777 JJJUUULLLAAAIII 222000111222
1
PENDAHULUAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran juga boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Memandangkan hospital ialah tempat memberi rawatan kepada orang sakit dan mereka ini kurang upaya untuk menyelamatkan diri tanpa bantuan jika berlaku kebakaran, maka anggota hospital harus sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
Hospital Tampin mempunyai pelan kontigensi kebakaran dan setiap tahun mengadakan Mock Drill kebakaran untuk memberi pendedahan kepada anggota hospital supaya sentiasa siapsedia dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu bila berlaku kebakaran.
Latihan ini juga dapat mendedahkan anggota dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
1. OBJEKTIF LATIHAN
1.1 Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap anggota Hospital Tampin mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diisytihar selamat.
1.2 Mengenal pasti kelemahan–kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada, prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
1.3 Mendedahkan anggota Pasukan Keselamatan Kebakaran mengenai cara-cara mengggunakan peralatan pencegahan dan pemadaman kebakaran api dan memindahkan mangsa.
1.4 Untuk memantapkan kerjasama di antara pihak Polis, Bomba dan Hospital.jika berlaku sesuatu kebakaran
2
2. SENARAI ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN KEBAKARAN (PPK) HOSPITAL TAMPIN
1. En Mohd Nurul Azmi bin Sabtu Ketua Pasukan.
2. En Selvan a/l Muruthimuthu Ahli
3. En Mohd Fakrul Nizam bin Adam “
4. En Mohd Azmy bin Jantan “
5. En Kamarulzaman bin Jalal “
6. Mohd Hafizi bin Mohd Nor Hazalin “
7. En Aznan bin Malek “
8. En Zakaria bin Hj Abd Wahab “
9. Pn Vasandra Devi a/p Arumugam “
10. Pn Nithry Sri “
11. Pn Norhaslizan bte Md Yusof “
12. En Daud bin Sidin “
13. En China Tamby a/l Ramayah “
14. En Nazri bin Zainuddin “
15. En Zainal Abidin bin Aziz “
16. En T,Gunalan “
17. Pn Zahidah bte Md Rahim “
18. Hj Pilus bin Lebai Bador “
19. Pn Arsitah bte Radin “
20. Pn Siti Norini bte abu Hassan “
21. En Norisham bin Razali “
22. Pn Norlela bte Jantan “
23. Pn Norhayati bte Abdul Wahab “
24. En Zamri bin Salleh “
25. En Izat bin Nor Mokhtar “
26. En Mohd Rodzib bin Salim “
3
3. AKTIVITI DAN PERLAKSANAAN KEARAH LATIHAN
BIL TARIKH AKTIVITI
1 20/7/2011 Latihan penggunaan alat pemadam api oleh Pantai
2 8/7/2011 Kursus Keselamatan Kebakaran Peringkat Hospital
Tampin.
3 19/7/2011 Mesyuarat bersama polis dan bomba
4 21/7/2011 Taklimat untuk pelakon dan PPK
5 27/7/2011 Mock drill dijalankan
4. PERANCANGAN SENARIO PADA HARI LATIHAN KEBAKARAN DI HOSPITAL
TAMPIN 2010.
Tarikh : 27 Julai 2011 Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tghari Tempat : Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tampin
Masa Kejadian / Aktiviti 9 am Kebakaran bermula dari plug di bilik asthma (Beacon
digunakan sebagai simbolik api) Apabila menyedari kebakaran, Penolong Pegawai Perubatan satu akan Memberi amaran dengan menjerit “api, api, api”.
Mengunakan alat pemadam api untuk memadamkan
api tetapi tidak berjaya. Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan Dua
untuk menghubungi operator bagi meminta bantuan pihak bomba dan polis. Memaklumkan kepada Pengarah Hospital, Penyelia Hospital, Pengawai Keselamatan Kebakaran, Penyelia Jururawat dan semua Ketua Unit.
Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan Dua
menutup suis elektrik utama ( DB )
4
Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan Dua
dan Pembantu Perawatan Kesihatan memindahkan pesakit ke zon tempat berkumpul kebakaran.
Apabila api tidak dapat dipadamkan Penolong
Pegawai Perubatan Satu akan memecahkan “ Break Glass” dan berjalan cepat tanpa panik untuk memastikan tiada orang di tandas dan wad.
O902am Penolong Pegawai Perubatan satu akan melaporkan
situasi semasa kepada Pengawai Keselamatan Kebakaran Hospital.
0903am Bilik Pegawai Perkhidmatan Pelanggan ( Operator ) Pengawai perkhidmatan pelangan akan Menghubungi Balai Bomba Tampin dan Balai Polis
Tampin untuk memaklumkan satu latihan kebakaran sedang dijalankan di Hospital Tampin.
Meminta pihak bomba datang untuk memadamkan api.
Memaklumkan mengenai tempat kejadian di Jabatan
Kecemasan dan Trauma dan anggota bomba perlu menggunakan pintu nombor 4.
Menghubungi polis untuk menjaga keselamatan.
Memaklumkan kepada Pengarah Hospital, Penyelia
Hospital, Pengawai Keselamatan Kebakaran, Penyelia Jururawat dan semua Ketua Unit.
Staff yang Bertugas Di Jabatan Kecemasan dan Trauma
Penolong Pegawai Perubatan U32 1 orang Penolong Pegawai Perubatan 2 orang Pembantu perawatan kesihatan 1 orang Pekerja sinar jernih 1 orang Pegawai Perubatan 2 orang Jururawat 2 orang
5
Pesakit yang Perlu Dipindahkan Dua orang pesakit berdrip di tolak dengan kerusi
roda
Dua orang pesakit di tolak dengan katil bersekali dengan oksigen.
Tiga orang pesakit yang boleh berjalan
Seorang pesakit asthma yang melecur.
Semua pesakit dan waris pesakit yang datang untuk
ambil rawatan di klinik pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma .
Bilangan Mangsa
Seorang waris pesakit yang pengsan dekat katil
pesakit akan diselamatkan oleh staff Jabatan Kecemasan dan Trauma .
Seorang waris pesakit yang pengsan dekat meja doktor akan diselamatkan oleh bomba.
Semua mangsa dan pesakit akan dipindahkan
melalui pintu hadapan.
0903 Apabila Alarm Kebakaran Berbunyi. Pengosongan bangunan di. Jabatan Kecemasan
dan Trauma, makmal, bilik Ketua Jururawat, bilik pemandu dan unit Rehabilitasi.
6
Bilangan Staff Yang Berkumpul Disassembly point
Farmasi pesakit luar - 2 orang Pemandu - 2 orang Makmal - 3 orang Pejabat rekod - 2 orang Stor - 3 orang Unit Kewangan - 1 orang Unit HDU - 2 orang Jabatan Kecemasan & Trauma - 5 orang Unit Rehabilitasi - 2 orang Sinar Jernih - 2 orang Wad 1 - 2 orang Wad 2 - 2 orang Wad 4 - 2 orang UBBS - 2 orang Pejabat Pentadbiran - 3 orang Klinik Pakar - 2 orang
Tugas Pegawai Keselamatan Kebakaran Berada di tempat kejadian untuk mendapatkan
maklumat kejadian daripada Penolong Pegawai Perubatan 1.
Memberi laporan kepada Pengawai Bomba untuk tindakan selanjutnya.
Melaporkan situasi terkini kepada Pengarah Hospital.
Tugas Pegawai Keselamatan Hospital
Menghantar pasukan perubatan ke zon tempat
berkumpul (assembly point ).
Menyediakan walkie – talkie.
Membantu Pengarah Hospital di zon tempat
berkumpul untuk membuat head count. Mengarahkan Pegawal Keselamatan berkawal di
tempat kejadian dan kawalan lalu lintas.
7
Pantai Medivest Memasang red tape kawasan kebakaran.
Menyediakan lampu Beacon .
Pasukan Keselamatan Kebakaran Memadamkan api dengan menggunakan Hose Reel.
Membantu dalam mengusian bangunan.
Menghantar walkie – talkie dan hailer kepada
Pengarah Hospital. Menyediakan white board dan marker pen di zon
tempat berkumpul. Menyediakan payung, kerusi dan meja di zon tempat
berkumpul.
Pengarah Hospital Perlu berada di bilik gerakan bersama seorang
pencatit masa.
Menerima input daripada Pegawai Keselamatan Kebakaran dan Pegawai keselamatan Hospital.
Bertangungjawab sebagai PRO hospital dengan
ajensi lain dan media massa. Mendapatkan nasihat Pegawai bomba untuk “stand
down “.
Post Mortem Di Dewan Ilmiah.
Bersurai
8
5. SENARIO SEBENAR EVAKUASI MOCK DRILL JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
Satu kebakaran berlaku di BILIK ASTHMA Jabatan Kecemasan dan Trauma pada
27/07/2011 pukul 9.43 pagi .Senario dimulakan dengan menyalakan lampu beacon
merah dan asap CO2.sebagai simbolik kebakaran.
Pukul 9.43 am kebakaran telah disedari oleh Penolong Pegawai perubatan satu dan
menjerit api api dan menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api. Apabila
api tidak dapat dikawal dengan alat pemadam api Penolong Pegawai perubatan dua
telah break glass, loceng kecemasan berbunyi dan mengarahkan staff yang lain
memindahkan pesakit dari jabatan kecemasan (ED) dan trauma ke tempat
berkumpul(Assembly point).(tempat menunggu unit X-ray)
Beliau juga telah memberitahu operator untuk meminta bantuan Bomba . Staff Jabatan
Kecemasan & Trauma mula membawa pesakit keluar dari Jabatan Kecemasan &
Trauma. Staff klinik pakar dan wad 6 turut serta membantu untuk mengeluarkan
pesakit dan mangsa.
6. PADA MASA YANG SAMA
Pada pukul 9.45 pagi Pegawai Kebakaran telah memaklumkan kepada Pengarah
tentang kebakaran dan situasi sebenar di ED. Sebaik sahaja mendengar loceng
kecemasan berbunyi,semua staff dari wad klinik pakar, makmal dan pejabat
9
berhampiran telah keluar ke assembly point. Penyelia telah sampai di assembly point
dan melakukan head count.
7. BILIK OPERATOR
Pada pukul 9.45 am telah terima panggilan dari Jabatan Kecemasan & Trauma
tentang kebakaran. Pada pukul 9.46am operator dapat menghubungi Balai Bomba
Tampin dan memaklumkan tempat kejadian dan bangunan yang terlibat dan pintu yang
perlu digunakan. Beliau juga telah memaklumkan kepada Pengarah Hospital ,Penyelia
Hospital, Pegawai Kebakaran dan semua Ketua Unit serta Polis Tampin. Pada pukul
9.47, Pasukan Keselamatan Kebakaran telah sampai ke tempat kejadian dan cuba
mengawal kebakaran dengan hossreel . Mereka juga telah memindahkan pesakit yang
pengsan .
8. TEMPAT BERKUMPUL
Pada pukul 9.50 am pesakit dan mangsa kebakaran telah di bawa ke tempat
menunggu X-Ray manakala kakitangan berkumpul di hadapan bangunan Warisan
yang berbumbung. Head count telah dijalankan oleh Penyelia dan melaporkan kepada
pengarah di bilik gerakan.
10
9. KETIBAAN PASUKAN PERUBATAN
Pada pukul 9.49 am Pasukan Perubatan tiba di tempat kejadian dan merawat
mangsa kebakaran dan menghantar ke wad berhampiran dan rujuk pesakit yang
melecur ke Seremban.
10. KETIBAAN BOMBA
Pada pukul 10.00 am Pasukan bomba dan penyelamat telah sampai ke tempat
kejadian . Mereka telah disambut oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Pegawai
Keselamatan Kebakaran.
Pegawai Keselamatan Kebakaran telah memberi laporan awal telah kepada Pegawai
Bomba. Pasukan bomba telah terus ketempat kebakaran dan melakukan enyelamatan.
11
Mangsa yang terperangkap telah diselamatkan dan dibawa ketempat berkumpul pada
pukul 10.08 am. Mangsa telah di beri rawatan di tempat berkumpul . Api telah dikawal
dan dipadamkan bersama-sama Pasukan Keselamatan Kebakaran.
11. STAND DOWN
Pada pukul 10.15 pagi, Pengarah Hospital telah mengisytiharkan “stand down“
setelah mendapat laporan dari pegawai bomba yang api telah terkawal.
12 POST MORTERM 12.1 En.Razali Bin HJ Kadir ( Pengawai Penjaga Balai )
Tahniah kepada Hospital Tampin yang menjalankan mock drill kebakaran.
Ia mengeratkan kerjasama antara hospital dan bomba.
Hospital Tampin ialah hospital lama dan kawasannya terhad. Pengusian
bangunan agak sukar. Kawalan kepada orang ramai penting supaya tidak
mereka tidak melalui di tempat kejadian.
12
12.2 En.Wong Swee Wan (Pemerhati di Hadapan Jabatan Kecemasan)
9.45 pagi alarm berbunyi.
Kakitangan menunjukkan sikap bersungguh-sungguh semasa latihan.
Pengawai mengarahkan orang awam kosongkan bangunan ke assembly
point dengan cara yang baik dan peramah.
Pesakit dipindahkan cepat dan berhati-hati.
Ketua Pasukan Keselamatan Kebakaran telah mengarahkan PKK dengan
baik untuk mengeluarkan mangsa dan memedamkan api.
Kenderaan bomba tiba pada pukul 9.48 pagi. Anggota bomba telah
menyelamatkan mangsa dan membuat kerja-kerja pengawalan api.
Keadaan jabatan kecemasan yang sempit menyusahkan kerja-kerja
pemindahan pesakit.
12.3 En.Masron Bin Dahlan ( Pemerhati di Assembly Point )
Pada pukul 9.55 pagi kakitangan mula berkumpul di assembly point di
hadapan bangunan Warisan. Mereka beratur mengikut unit masing-
masing.
Dua pasukan perubatan telah datang ke ruang menunggu unit X-ray dan
memberi rawatan kepada mangsa.
Pada pukul 10.00 pagi bomba membawa mangsa yang melecur.
Pukul 10.00 pagi Penyelia telah membuat head count
12.4 Pn.Soo Kam Lin ( Pemerhati di bilik operator telifon)
Pada pukul 9.45 pagi terima panggilan daripada JT Noraziah dari Jabatan
Kecemasan & Trauma.
Operator telah maklumkan kepada Bomba, Polis, Pengarah Hospital,
Penyelia, Pengawai Keselamatan Kebakaran dan semua ketua unit.
13
12.5 En.Zairi Bin Othman ( pemerhati di hadapan jabatan kecemasan )
Pada pukul 9.46 pagi PKK membuat kerja-kerja penyelamatan dan
pengawalan api dengan hoss reel.
Pada pukul 9.47 pagi Pengawai Keselamatan Kebakaran melaporkan
kejadian kepada Pengarah Hospital.
Pada pukul 9.48 pagi pasukan bomba tiba.
Pengawai keselamatan kebakaran telah memberi laporan kepada
pengawai bomba.
Kakitangan jabatan kecemasan menjalankan tugas dengan baik.
12.6 En.Zulkifly Bin Abd. Rahman ( Pengawai Bomba )
Lampu perlu dipadamkan bila kebakaran supaya api tidak merebak.
PKK perlu menyelamatkan mangsa sebelum membuat kawalan
kebakaran.
Alat pemadam api hendaklah digunakan dulu sebelum menggunakan
hose reel.
TNB perlu dipanggil bila ada kebakaran.
Pengawai Keselamatan Kebakaran perlu melaporkan situasi tempat
kejadian dari masa kesemasa kepada bilik gerakan.
13 PENILAIAN LATIHAN Pada amnya tujuan dan objektif latihan tercapai .
Kakitangan Jabatan Kecemasan & Trauma telah menunjukan sikap bersungguh-
sungguh semasa menjalankan latihan.
Kakitangan yang terlibat faham dan tahu tindakan yang perlu diambi bila berlaku
kebakaran.
Kakitangan Jabatan Kecemasan & Trauma faham aliran kerja dan tindakan yang
perlu dibuat apabila berlaku kebakaran.
14
Pasukan Keselamatan Kebakaran faham cara-cara memadamkan dan
mengawal api dengan hose reel dan alat pemadam api sebelum ketibaan
pasukan bomba.
Tugas penyelamatan dan evakuasi dapat dijalankan dengan teratur dan
menggunakan laluan yang betul semasa mengosongkan bangunan.
14. PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU BUAT Pegawai Keselamatan Hospital hendaklah memberi laporan kepada Pengarah di
bilik gerakan dari masa ke masa.
Pegawai Keselamatan Hospital dikehendaki melaporkan kejadian dari assembly
point dan tempat pesakit di beri rawatan. Contohnya, bilangan mangsa, nama
mangsa, jenis kecederaan dan mangsa yang dirujuk.
Pegawai Keselamatan Kebakaran dikehendaki memberi laporan kepada
Pengarah Hospital situasi di tempat kebakaran ,mangsa yang terlibat dan
mangsa yang di pindahkan dari bangunan.
Pegawai Keselamatan Kebakaran dikehendaki melaporkan kepada Pengarah
Hospital bila perlu stand down setelah berbincang dengan Pegawai bomba.
Pihak TNB juga perlu dilibatkan bersama.
Pihak pengawal keselamatan perlu dimasukkan dalam kursus kebakaran yang
hospital anjurkan.
Pasukan Keselamatan Kebakaran di kehendaki mengeluarkan mangsa dahulu
sebelum memadamkan api.
Pasukan Keselamatan Kebakaran hendaklah menggunakan alat pemadam api
yang ada dahulu sebelum menggunakan hose reel untuk mengaawal api.
15
Hose reel yang digunakan hendaklah digulung semula untuk mengelakkan orang
tercedera.
Disediakan oleh : Disahkah oleh : Ayan a/l Arjunan Dr. Hjh Hatijah binti Hj. Mohd Tan Penolong Pegawai Perubatan U32 Pegawai Perubatan UD 54 Penyelia Hospital Tampin Hospital Tampin (Pegawai Keselamatan Hospital)