keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

11
Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 485 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Salha Mohamed Hussain Kementerian Pendidikan Singapura [email protected] Abstrak Pembelajaran Kooperatif mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Johnson and Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi untuk pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Maka, satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan kaedah ini dalam membina motivasi dan kesedaran para pelajar untuk lebih terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan beberapa orang pelajar Menengah 4 Normal Akademik yang kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran secara umum di sebuah sekolah kejiranan di Singapura. Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum balas dan wawancara dengan pelajar- pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Koperatif bagi menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Kata kunci: Pembelajaran Kooperatif, Motivasi, Gangguan Pembelajaran, Bahasa Melayu ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Di dalam bilik darjah, seseorang guru itu tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah gangguan pelajar dalam pembelajaran. Masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang memerlukan pelajar itu didisplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah, ataupun sekadar masalah- masalah gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian kepada masalah-masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah atau ‘off-task behaviours’ yang perlu ditangani oleh para guru sendiri. Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah lewat ke kelas, berbual- bual kosong dengan rakan, tidur, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab dan membuat cemuhan dan bersikap kurang sopan ketika guru atau rakan sedang bercakap. Seseorang guru yang tidak berupaya menangani masalah-masalah ini pastinya akan merasakan satu kegagalan dalam mengendalikan kelasnya. Gangguan-gangguan ini juga akan menyebabkan pengajaran tergendala dan banyak masa terbuang kerana guru harus memberhentikan pengajarannya berkali-kali untuk menegur perbuatan pelajar-pelajar yang melakukan perlakuan-perlakuan tersebut.

Upload: doanduong

Post on 09-Dec-2016

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 485

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR DALAM

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Salha Mohamed Hussain Kementerian Pendidikan

Singapura [email protected]

Abstrak

Pembelajaran Kooperatif mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Johnson and Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi untuk pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Maka, satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan kaedah ini dalam membina motivasi dan kesedaran para pelajar untuk lebih terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan beberapa orang pelajar Menengah 4 Normal Akademik yang kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran secara umum di sebuah sekolah kejiranan di Singapura. Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum balas dan wawancara dengan pelajar-pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Koperatif bagi menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.

Kata kunci: Pembelajaran Kooperatif, Motivasi, Gangguan Pembelajaran, Bahasa Melayu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Di dalam bilik darjah, seseorang guru itu tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah gangguan pelajar dalam pembelajaran. Masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang memerlukan pelajar itu didisplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah, ataupun sekadar masalah-masalah gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian kepada masalah-masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah atau ‘off-task behaviours’ yang perlu ditangani oleh para guru sendiri.

Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah lewat ke kelas, berbual-bual kosong dengan rakan, tidur, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab dan membuat cemuhan dan bersikap kurang sopan ketika guru atau rakan sedang bercakap. Seseorang guru yang tidak berupaya menangani masalah-masalah ini pastinya akan merasakan satu kegagalan dalam mengendalikan kelasnya. Gangguan-gangguan ini juga akan menyebabkan pengajaran tergendala dan banyak masa terbuang kerana guru harus memberhentikan pengajarannya berkali-kali untuk menegur perbuatan pelajar-pelajar yang melakukan perlakuan-perlakuan tersebut.

Page 2: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 486

Sebenarnya apabila kita kaji semula dan meneliti masalah utama yang menyebabkan perlakuan sedemikian, kita akan mendapati bahawa pelajar bosan dengan pengajaran guru. Ini terutama sekali apabila mereka terpaksa melalui pengajaran yang hanya tertumpu kepada guru, yang tidak langsung melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Apatah lagi jika mata pelajaran yang dipelajari itu dianggap satu subjek yang tidak penting.

Ada pelbagai cara yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masalah gangguan pembelajaran ini. Antaranya adalah dengan mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar tersebut, menegur perbuatannya sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal, atau bercakap dengan pelajar berkenaan untuk menasihatinya pada akhir pelajaran. Namun, dengan melakukan hal-hal ini tidak bermakna guru akan berjaya menangani masalah tersebut dalam jangka masa yang panjang. Apa yang penting adalah untuk guru itu meningkatkan semula semangat pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Amat penting bagi pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dan bertanggungjawab atas apa yang dipelajari.

2. Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif telah terbukti sebagai satu cara pengajaran alternatif yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Menurut Panitz (1998), Pembelajaran Kooperatif ialah “an instructional strategy that employs a variety of motivational techniques to make instruction more relevant and students more responsible.” Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar didapati lebih bermotivasi untuk belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Ini bertetapan dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) yang mahu sekolah-sekolah ‘Kurangkan Mengajar, Lebihkan Belajar.’ atau TLLM. i

Menurut Encik Tharman Shanmugaratnam, mantan Menteri Pendidikan Singapura, “The teacher is the heart of “Teach Less, Learn More” (TLLM). TLLM is not a call for “teacher to do less.” It is a call to educators to teach better, to engage our students and prepare them for life, rather than to teach for tests and examinations. This is why TLLM really goes to the core of quality in education. It is about a richer interaction between teacher and student — about touching hearts and engaging minds.”

Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan dengan kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi kehidupan masa depan – bukan setakat untuk menyediakan mereka untuk peperiksaan dan ujian semata-mata. Perinteraksian yang lebih mendalam antara guru dan pelajar amat penting bagi memastikan hubungan yang berpanjangan serta dapat mewujudkan minda yang sentiasa aktif dalam pencarian ilmu.

Pembelajaran Kooperatif merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang berkesan untuk mewujudkan suasana TLLM kerana ia dapat membantu pelajar belajar secara berdikari, mewujudkan semangat kekumpulan, menekankan dinamika kumpulan, menggalakkan komunikasi, di samping mengajar kemahiran sosial. Jacobs, Power dan Loh, (2002) mengemukakan lapan prinsip utama dalam melaksanakan Pembelajaran Kooperatif, iaitu:

i. Bekerjasama sebagai satu Nilai (Cooperation as a Value) ii. Kumpulan Pelbagai Jenis (Heterogeneous Grouping) iii. Kebergantungan Positif (Positive Interdependence) iv. Akauntabiliti Individu (Individual Accountability) v. Perinteraksian Serentak (Simultaneous Interaction) vi. Peluang Saksama untuk Penyertaan (Equal Opportunity to Participate) vii. Pengajaran Kemahiran Kolaboratif (Teaching Collaborative Skills) viii. Autonomi Berkumpulan (Group Autonomy)

Page 3: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 487

3. Latar Belakang Permasalahan

Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah sering kali dianggap sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai sebab perlakuan mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat dan bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan para pelajar ini bersikap sedemikian. Selain itu, kurangnya motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi penyebab utama masalah di dalam bilik darjah. Sikap seperti ini amat biasa dalam kalangan para pelajar Normal Akademik di Singapura. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar aliran Ekspress dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik mereka.

Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan dengan 'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing.

Misalnya, nilai hormat - dapat dipraktikkan apabila setiap anggota kumpulan berdiam dan mendengarkan pendapat atau input rakan mereka tanpa membuat sebarang 'judgement' atau pengadilan. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan. Nilai hormat juga dapat dilihat apabila para pelajar dididik agar menunjukkan reaksi melalui raut wajah atau gerak-geri yang positif ketika mendengar pendapat rakan.

Nilai bertanggungjawab - dalam Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan belajar bahawa 'we sink or swim together'. Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan/pembentangan. Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada kumpulan itu terlaksana dengan sebaik mungkin secara bekerjasama.

Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif juga membantu pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan guru bertindak selaku fasilitator. Aktiviti-aktiviti yang menarik dalam strategi Pembelajaran Kooperatif membantu pelajar lebih fokus terhadap apa yang dipelajari, justeru mengelakkan mereka daripada melakukan gangguan-gangguan di bilik darjah. Johnson and Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Dengan adanya motivasi sedemikian, sama ada motivasi intrinsik mahupun ekstrinsik, pelajar akan lebih fokus dalam pembelajaran, dan ini dapat membantu mengurangkan masalah gangguan atau ‘off-task behaviours’ yang dinyatakan tadi.

Bersandarkan teori behaviouris Skinner, kajian menunjukkan bahawa motivasi seseorang itu meningkat apabila diberikan ganjaran yang setimpal. Para behaviouris percaya bahawa untuk melazimkan dan mendorong pelajar agar bekerjasama dengan kumpulannya, sokongan positif atau positive reinforcement perlu dilakukan, terutama dalam bentuk ganjaran atau hadiah. Dalam Pembelajaran Kooperatif, guru digalakkan memberikan ganjaran ekstrinsik sama ada melalui pujian atau hadiah. Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif, ganjaran intrinsik dapat diraih melalui kepuasan yang didapati apabila kumpulan dapat bekerjasama menghasilkan satu tugasan yang

Page 4: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 488

dibanggakan dan berfaedah bagi semua. Ini tentunya akan semakin mendorong pelajar untuk mencapai hasil yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan.

Maka, melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi kesedaran tentang potensi Pembelajaran Kooperatif sebagai kaedah yang berkesan. Kajian ini juga diharap dapat memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Kooperatif untuk menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.

4. Fokus Kajian

Berdasarkan latar belakang permasalahan yang telah dinyatakan di atas, pengkaji ingin menyelidik keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan pembelajaran di kelas Bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar Menengah 4 Normal Akademik di sebuah sekolah menengah di sini. Sekaligus, kajian ini juga diharapkan dapat membuktikan bahawa Pengajaran Kooperatif dapat menimbulkan minat dan motivasi pelajar-pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Oleh itu, beberapa persoalan kajian akan dikemukakan:

• Adakah Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran?

• Adakah masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran Kooperatif?

5. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

• melihat keberkasanan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu;

• meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif sebagai pendekatan untuk menangani masalah gangguan pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar Bahasa Melayu di bilik darjah.

6. Kajian Lalu

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai Pembelajaran Kooperatif dan kesannya terhadap pembelajaran.

Dalam kajian mereka, Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni. Selain itu, kajian mereka membuktikan Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar-pelajar terhadap pelajaran Sains.

Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap Pembelajaran Kooperatif dalam Mata Pelajaran Sains di Selangor, mendapati terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan nilai-nilai murni kemahiran belajar dan pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap subjek Sains dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian Abdul Halim ini disokong oleh Effendi Zakaria dan Zanaton Iksan (2007) dalam artikel yang menekankan bahawa Pembelajaran Kooperatif harus digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar Matematiks dan Sains yang tradisional di Malaysia. Ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran di negara itu.

Page 5: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 489

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat kajian yang meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois pada tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Kooperatif merupakan strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan kemahiran sosial yang positif.

Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999) yang mendapati Pembelajaran Kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang guru Bahasa Melayu.

7. Metodologi Kajian

Kajian eksperimental ini menggunakan tiga jenis instrumen yang terdiri daripada:

Borang Catatan Perlakuan (Tally Sheet)

Instrumen ini digunakan oleh pengkaji untuk merekod kekerapan perlakuan para pelajar yang didapati menyebabkan gangguan pembelajaran di bilik darjah. Pengkaji membuat catatan pada dua pengajaran yang tidak menggunakan Pembelajaran Kooperatif dan dua lagi pengajaran yang menggunakan strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif. Pengkaji juga telah mengenal pasti beberapa jenis gangguan yang kerap berlaku dalam kalangan para pelajar yang dikaji, iaitu:-

i. lewat ke kelas ii. berbual-bual dengan rakan (tidak berkaitan dengan pelajaran) iii. berjalan di dalam kelas (tanpa kebenaran) iv. mencelah dengan kurang sopan

Borang Soal Selidik

Borang ini merupakan borang berskala Likert 1 – 4 yang meminta pelajar memberikan respons sama ada Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju bagi item-item yang disenaraikan. Borang soal selidik ini ingin mengukur sikap pelajar terhadap pengajaran Pembelajaran Kooperatif dan kesannya terhadap pembelajaran serta sejauh mana ia dapat mengurangkan gangguan di bilik darjah dan meningkatkan semangat pelaajr dalam pembelajaran.. Pengkaji meminta pelajar mengisikan borang ini selepas Pembelajaran Kooperatif telah dijalankan di akhir kajian. Pengkaji menerangkan maksud setiap item kepada pelajar sebelum mereka mengisinya.

Temu Bual Berstruktur

Pengkaji menjalankan temu bual yang mempunyai beberapa soalan berstruktur dengan beberapa orang pelajar. Soalan-soalan yang diberi merupakan soalan-soalan terbuka yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar secara bersemuka tentang kesan Pembelajaran Kooperatif yang mereka lalui di dalam kelas Bahasa Melayu. Temu bual ini membantu pengkaji mendapatkan penjelasan bagi soalan-soalan yang dikemukakan. Sebelum sesi temu bual dimulakan, pengkaji menerangkan kepada pelajar bahawa mereka harus berterus-terang dengan respons yang diberikan. Mereka juga diyakinkan bahawa nama mereka tidak akan disebut dalam kajian yang dilakukan agar mereka dapat memberi respons secara terbuka.

Page 6: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 490

8. Sampel Kajian

Memandangkan kajian ini berbentuk kajian eksperimental, maka sampling kajian ini merupakan single-subject research atau single-group research. Sampling yang disengajakan atau purposive sampling ini merupakan 14 orang para pelajar Menengah 4 Normal Akademik di sebuah sekolah menengah. Kebanyakan pelajar Bahasa Melayu di kelas ini mempunyai masalah disiplin di bilik darjah, yakni masalah gangguan dalam pembelajaran atau off-task behaviours. Sejak tahun lalu, pengkaji mendapati para pelajar ini memberikan pelbagai masalah kepada guru-guru yang mengajar mereka. Ini ditambah pula dengan sikap mereka yang agak negatif terhadap pembelajaran dalam setiap subjek yang diajarkan di sekolah. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk mencari dan menyelidik punca masalah bagi menangani masalah tersebut.

9. Prosedur Kajian

Pada awalnya, pengkaji cuba menjalankan pengajaran Bahasa Melayu yang menggunakan pedagogi teacher-centred, iaitu kaedah yang berpusat kepada guru. Pengkaji menjalankan dua pengajaran bahasa dan karangan di mana pelajar hanya terpaksa duduk diam di tempat masing-masing tanpa aktiviti berkumpulan yang berinteraktif. Pengkaji menyediakan bahan seperti slaid-slaid Powerpoint untuk menerangkan konsep tatabahasa dan format penulisan karangan surat kiriman rasmi kepada pelajar. Dalam pengajaran kedua-dua pelajaran tersebut, pengkaji mencatatkan perlakuan off-task behaviour pelajar seperti yang dinyatakan di atas. Pengkaji membuat catatan sambil mengajar menggunakan borang catatan perlakuan atau Tally Sheet.

Selepas itu, pengkaji mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada Pembelajaran Kooperatif. Sebanyak lapan pengajaran Pembelajaran Kooperatif dijalankan bagi komponen-komponen bahasa seperti lisan, tatabahasa, kefahaman dan karangan. Dalam dua pengajaran yang menggunakan strategi Pembelajaran Kooperatif, pengkaji membuat catatan pada borang catatan perlakuan atau Tally Sheet yang digunakan awalnya.

Pengkaji kemudian mengadakan sesi temu bual dengan beberapa orang pelajar - 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Setelah diterangkan tentang tujuan temu bual itu dan kerahsiaan identiti mereka, para pelajar diajukan beberapa soalan untuk membantu mereka memberikan respons yang sewajarnya. Ini semua dilakukan dalam masa tiga hingga empat minggu.

10. Dapatan Kajian

Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar menerima baik strategi Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Melalui Borang Soal Selidik, bagi Item 1: ‘Saya mendapati Pengajaran Kooperatif menarik.’, pelajar didapati memberi respons positif seperti yang berikut:

Item 1 : Sangat Setuju - 57.1% Setuju - 42.9% Para pelajar juga menyatakan bahawa mereka gemar belajar secara berkumpulan (Item 2), dan lebih terlibat secara aktif dalam pembelajaran (Item 5), seperti yang dilihat melalui respons-respons yang berikut:

Item 2 : Saya gemar belajar secara berkumpulan.

Sangat Setuju - 57.1% Setuju - 42.9%

Page 7: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 491

Item 5 : Pembelajaran Kooperatif membantu saya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Sangat Setuju - 57.1% Setuju - 42.9% Pembelajaran Kooperatif juga menjadikan pembelajaran lebih berfokus dan ini membuat pelajar lebih memahami pelajaran yang diajarkan. Malah, mereka lebih faham sekiranya konsep itu dterangkan oleh rakan sendiri. Ini terbukti melalui dapatan berikut:

Item 3 : Saya lebih fokus terhadap apa yang guru ajarkan melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif.

Sangat Setuju - 35.7% Setuju - 64.3%

Item 6 : Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi penerangan dalam kumpulan.

Sangat Setuju - 42.9% Setuju - 57.1% Dapatan ini juga dikukuhkan lagi melalui analisis borang temu bual pelajar yang menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa pengajaran Pembelajaran Kooperatif membantu mereka lebih fokus dalam pelajaran. Tiga daripada mereka yang ditemu bual berpendapat bahawa Pembelajaran Kooperatif menarik dan berkesan untuk membuat mereka lebih faham akan apa yang dipelajari. Dua orang pelajar menyatakan mereka terdorong untuk lebih fokus disebabkan ganjaran yang diterima daripada guru dan rakan-rakan mereka. Oleh itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran.

Adakah masalah gangguan di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran Kooperatif? Melalui temu bual, kesemua pelajar menyatakan mereka tidak melihat masalah disiplin di kelas pengkaji, seperti yang berlaku di kelas guru-guru lain. Sebabnya ialah kerana mereka dapati Pembelajaran Kooperatif yang dijalankan oleh guru secara berkumpulan membuat mereka lebih fokus terhadap apa yang diajarkan. Pelajar lebih mudah merujuk kepada rakan-rakan sekumpulan untuk masalah yang dihadapi sebelum merujuk guru. Empat orang pelajar menyatakan aktiviti-aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif tidak memberikan mereka ‘peluang’ untuk memberikan masalah disiplin di kelas pengkaji. Ini disebabkan mereka aktif melakukan aktiviti pembelajaran di kelas. Keenam-enam responden juga bersetuju bahawa gangguan pembelajaran (off-task behaviours) dapat dikurangkan sekiranya guru menggunakan cara pengajaran yang lebih menarik seperti Pembelajaran Kooperatif.

Dalam soal selidik pula, pelajar menyatakan Pembelajaran Kooperatif mengurangkan masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah. Ini terbukti melalui dapatan berikut apabila 100% pelajar memberikan respons yang positif.

Item 7 : Melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif, saya kurang memberi gangguan dalam bilik darjah. Sangat Setuju - 28.6% Setuju - 71.4%

Page 8: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 492

Item 8 : Saya mendapati rakan saya kurang memberi gangguan di dalam bilik darjah apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan. Sangat Setuju - 35.7% Setuju - 64.3% Apabila pengkaji merujuk kepada Borang Catatan Perlakuan yang digunakan, data seperti Jadual 1 didapati:

Jadual 1 : Data Daripada Borang Catatan Perlakuan

Masalah gangguan Pra – 1 Pra – 2 Pasca - 1 Pasca - 2

i. lewat ke kelas 5 kali 7 kali 3 kali 1 kali

ii. berbual-bual dengan rakan (tidak berkaitan dengan pelajaran)

7 kali 5 kali 2 kali 3 kali

iii. berjalan di dalam kelas (tanpa kebenaran)

2 kali 2 kali 1 kali 0

iv. mencelah dengan kurang sopan 4 kali 3 kali 1 kali 1 kali

Nota:

Pra – 1 - Pelajaran 1 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif Pra – 2 - Pelajaran 2 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif Pasca-1 - Pelajaran 1 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan Pasca-2 - Pelajaran 2 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan Sebelum menjalankan Pembelajaran Kooperatif, para pelajar ini agak bosan diajar dengan cara pengajaran yang bersifat ‘teacher-centred’ atau berpusat kepada guru. Menurut empat orang pelajar yang ditemu bual, tiga daripada enam orang guru yang mengajar mereka pada tahun ini lebih gemar menjalankan pengajaran didaktik yang seperti syarahan. Kebosanan itu yang menyebabkan mereka melakukan gangguan-gangguan pembelajaran seperti yang tersenarai di atas, sehingga menjadi kebiasaan. Ternyata, apabila pengkaji menjalankan pengajaran yang sama yang tidak berpusat kepada pelajar, masalah-masalah gangguan itu didapati lebih ketara.

Melalui strategi Pembelajaran Kooperatif, dapatan menunjukkan kurangnya perlakuan gangguan tersebut. Misalnya, masalah pelajar yang lewat ke kelas Bahasa Melayu turun daripada 12 kali kepada 4 kali apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan. Masalah pelajar yang berbual-bual tanpa kaitan dengan pelajaran juga merosot daripada 12 kali kepada 5 kali. Yang lebih penting lagi, pelajar didapati semakin kurang membuat celahan secara kurang sopan, iaitu kekerapnnya turun daripada 7 kali kepada hanya 2 kali. Begitu juga dengan masalah gangguan yang lain, kesemuanya merosot bilangannya, seperti yang tertera dalam rajah di atas

Dapatan ini dikuatkan lagi dengan dapatan temu bual di mana bagi soalan 2, keenam-enam responden menyatakan mereka dapat melihat gangguan-gangguan pembelajaran di kelas Bahasa Melayu semakin berkurangan. Kesemua mereka menambah bahawa salah satu sebab utamanya ialah cara pengajaran Pembelajaran Kooperatif yang dijalankan oleh guru yang dirasakan menarik. Ini lantas membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif berkesan untuk membantu guru mengawal disiplin dan masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah.

Page 9: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 493

Pembelajaran Kooperatif juga berupaya menerapkan sebahagian daripada nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan hormat. Respons para pelajar menunjukkan bahawa Pembelajaran Kooperatif dapat menerapkan nilai-nilai seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan hormat melalui:

Item 4 : Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya bekerjasama dengan rakan-rakan sekumpulan. Sangat Setuju - 64.3% Setuju - 35.7% Melalui temu bual pengkaji dengan pelajar pula, kesemua enam responden menyatakan bahawa mereka dapat melihat sikap-sikap dan nilai-nilai positif dalam diri mereka sendiri serta rakan-rakan mereka, seperti bekerjasama, membina keyakinan diri, menghormati pandangan orang lain, berkongsi pendapat dan idea, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul dalam kumpulan masing-masing untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diberi. Kesemua pelajar yang ditemu bual itu juga menyatakan dalam aktiviti kumpulan, mereka belajar untuk menunjukkan sikap hormat ketika rakan lain sedang berbual atau memberikan pandangan atau input. Keenam-enam pelajar mengakui bahawa mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik dan saling membantu. Mereka menambah bahawa mereka lebih gembira kerana berpeluang memberikan pendapat tanpa diperkecilkan, justeru membantu membina keyakinan diri mereka.

11. Rumusan Dapatan Kajian

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif ialah satu pendekatan pedagogi yang dapat membantu guru mengurangkan masalah disiplin yang mengganggu pembelajaran di bilik darjah. Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif bukan sahaja menarik, tetapi melibatkan para pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar akan mempunyai motivasi untuk belajar dan ini secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih fokus terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran akan dapat dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali.

Melalui kaedah berkumpulan dalam Pembelajaran Kooperatif, ini didapati memberi kesan kepada pembinaan sahsiah pelajar melalui pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif. Pembelajaran Kooperatif dilihat sebagai satu jambatan dalam aspek pengkaedahan yang dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, hormat dan bekerjasama dalam kalangan pelajar. Melalui kaedah ini, guru berupaya mengajarkan kepada para pelajar akan nilai-nilai murni yang ingin ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif.

Yang penting sekali, kajian ini membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam pembelajaran, khususnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar yang dahulunya tidak menunjukkan minat dalam pembelajaran, menjadi lebih bersemangat dalm melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, sehingga motivasi mereka terhadap pembelajaran Bahasa Melayu terus meningkat.

12. Saranan-Saranan

Pengkaji ingin mengemukakan beberapa saranan mengenai kajian ini.

1. Sebaik mungkin, dengan masa yang lebih panjang, pengkaji boleh menjalankan desain kajian yang lebih kukuh lagi, iaitu ‘The Randomised Posttest-Only Control Group Design’. Melalui cara kajian sebegini, pengkaji dapat mengeksperimen kesan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar dengan menggunakan dua kumpulan berbeza. Satu

Page 10: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 494

kumpulan boleh diberikan rawatan atau ‘treatment’ berupa pengajaran secara Pembelajaran Kooperatif, manakala yang satu lagi tidak diberikan rawatan sedemikian. Kemudian, kedua-dua kumpulan diberikan ‘posttest’ untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas sikap pelajar-pelajar berkenaan. Lebih baik lagi sekiranya subjek yang dieksperimen itu melebihi 40 orang supaya lebih kukuh lagi dapatannya.

2. Guru-guru, khususnya para guru Bahasa Melayu haruslah berusaha menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik lagi. Kajian-kajian yang dijalankan di peringkat rantau dan global menunjukkan pemenerimaan yang positif terhadap Pembelajaran Kooperatif dan kesannya untuk mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar serta melibatkan mereka secara aktif. Namun, masih ada dalam kalangan guru yang masih selesa berada di takuk lama dan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu yang hanya memberi perhatian kepada persiapan bagi pelajar menduduki peperiksaan. Pembelajaran Kooperatif harus diteroka sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang harus difahami pada tahap prinsipnya dan bukan sekadar strategi-strateginya sahaja.

3. Pengajaran yang menarik dan berpusat kepada pelajar akan mendatangkan banyak manfaat kepada kedua-dua guru dan pelajar. Dalam Pembelajaran Kooperatif, guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator yang memandu pelajar agar lebih bersikap mandiri dalam penimbaan ilmu. Inilah yang sepatutnya dibentuk oleh setiap guru – pelajar yang bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri dan pelajar yang berpegang pada nilai-nilai murni yang membentuk sahsiahnya sebagai insan yang mulia. Dengan kesedaran sedemikian, keadaan di dalam bilik darjah menjadi satu situasi ‘win-win’ di mana kedua-dua guru dan pelajar merasakan keseronokan dalam menyampaikan dan menerima ilmu.

13. Penutup

Sebagai kesimpulannya, Pembelajaran Kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja menarik dan dapat menimbulkan keseronokan dan minat, malah ia dapat membantu guru menangani masalah di bilik darjah. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan melaluinya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-gangguan di dalam bilik darjah. Guru-guru Bahasa Melayu harus lebih kerap dan mahir menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran Bahasa Melayu agar para pelajar kita lebih berminat untuk mempelajari bahasa tersebut dan meningkatkan motivasi mereka untuk mendalaminya.

Bibliografi

Abdul Halim Mohd Noh. (2000). Satu Kajian Kes Terhadap Pembelajaran Kooperatif Dalam Mata Pelajaran Sains KBSM Sekolah Bestari Di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Selangor: Kaedah Kumpulan Perbincangan. Abstrak didapati daripada Malaysian Thesis Online Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dishon, D., & O’Leary, W. (1984). A guidebook for cooperative learning: A technique for creating more effective schools. Holmes Beach, FL: Learning Publications.

Effendi Zakaria and Zanaton Iksan (2007). Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 3(1), Diambil pada Februari 2009, daripada http://www.ejmste.com

Page 11: keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 495

Jacobs, G. M., Power, M. A., & Loh, W. I. (2002). The teacher’s sourcebook for cooperative learning: Practical techniques, basic principles, and frequently asked questions. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999). Learning together. In Sharan, S. (Ed.), Handbook of cooperative learning methods (p. 115-133). Westport, CT: Praeger. Joliffe, W. (2007). Cooperative learning in the classroom: Putting it into practice. London: Paul Chapman Publishing. Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, Diambil pada Februari 2009, daripada http://www.pkukmweb.ukm.my Panitz. T. (1999). How cl motivates students and teachers: Benefits of cooperativelearning in relation to student motivation. Diambil pada Disember 30, 2008, daripada http:// home.capecod.net/~tpanitz/tedsarticles/motivation.htm Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008). Improvement of Off-Task Behavior of Elementary and High School Students through the Use of Cooperative Learning Strategies. Diambil Disember 1, 2008, daripada ERIC database. i TLLM merupakan satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan, Singapura, yang diperkenalkan pada September

2005. Dalam ucapannya pada Rapat Hari Kebangsaan tahun 2005, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee

Hsien Loong, telah menyeru agar para guru mengajar dengan lebih baik dan menarik lagi, demi

mempersiapkan para pelajar kita menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan apabila dewasa

kelak. Para pelajar harus menjangkau pencapaian akademik, dan bersiap-siaga – melalui pembinaan sahsiah

yang kukuh serta berpandukan nilai-nilai murni.