kecemasan 02 · tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan...
TRANSCRIPT
2018
Patient Safety Unit
2018
PELANTINDAKAN INSIDENPELAN
TINDAKAN INSIDEN
PANDUAN Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana
Dalaman Bagi Hospital-Hospital KKM
Hak Cipta Tepelihara © Kementerian Kesihatan Malaysia
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan
isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada
secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
pengarang.
Edisi Pertama 2018
Terbitan & Edaran Oleh :
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
ISBN
KANDUNGAN
LATARBELAKANG ................................................................................................... 2
SKOP PANDUAN ................................................................................................... 2
KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ............ 3
PENGGUNA SASARAN ........................................................................................ 3
OBJEKTIF PELAN TINDAKAN ............................................................................. 3
BAB 1 – PENGENALAN KEPADA INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN ................................................................................................................. 5
1.0 TAKRIF INSIDEN KECEMASAN ..................................................................... 5
1.1 JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN ............................................................ 5
1.2 INSIDEN BENCANA ........................................................................................ 6
BAB 2 – FASA-FASA PENGURUSAN BENCANA................................................... 9
2.0 PENDAHULUAN .............................................................................................. 9
2.1 FASA 1- PENCEGAHAN & MITIGASI (PREVENTION & MITIGATION) ........ 9
2.2 FASA 2- KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS) .......................................... 10
2.3 FASA 3- RESPONS (RESPONSE) ................................................................ 10
2.4 FASA 4- PEMULIHAN (RECOVERY) ............................................................ 11
2.5 AMALAN KUALITI ......................................................................................... 11
BAB 3 – STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ........................................ 13
3.0 ORGANISASI PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ........................................................................................ 13
3.1 PENGARAH HOSPITAL ................................................................................ 14
3.2 JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL .......................................... 15
3.3 PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN ....................................... 15
BAB 4 – PERANCANGAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ......................................................................... 23
4.0 PERANCANGAN KONTINGENSI .................................................................. 23
4.1 ELEMEN-ELEMEN PERANCANGAN KONTINGENSI .................................. 23
BAB 6 - AKTIVITI FASA KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS) ......................... 33
BAB 7 – AKTIVITI FASA RESPON ......................................................................... 39
7.1 KAWALAN INSIDEN ...................................................................................... 39
7.2 NOTIFIKASI & RESPONS AWAL INSIDEN KECEMASAN .......................... 40
7.3 KRITERIA PENGAKTIFAN PTIKBDH BAGI INSIDEN MAJOR .................... 42
7.4 MEKANISME HEBAHAN ............................................................................... 42
7.5 EVAKUASI ..................................................................................................... 43
7.6 PROSES ESKALASI ...................................................................................... 45
7.7 PUSAT MAKLUMAT PESAKIT ..................................................................... 46
7.8 PUSAT MEDIA ............................................................................................... 46
7.9 PUSAT PENDAFTARAN PASUKAN SUKARELAWAN ............................... 47
BAB 8 – AKTIVITI FASA PEMULIHAN ................................................................. 48
BAB 9- INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN SPESIFIK .............. 52
9.0 PENGENALAN ............................................................................................... 52
9.1 KEBAKARAN ................................................................................................. 53
9.2 BANJIR .......................................................................................................... 58
9.3 GEMPA BUMI ................................................................................................ 63
9.4 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS ............................................... 65
9.6 ANCAMAN KIMIA .......................................................................................... 67
9.7 INSIDEN RADIASI ......................................................................................... 74
9.8 INSIDEN BIOLOGI ........................................................................................ 82
BAB 10. SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN..................................................... 89
10.1 PENGENALAN ............................................................................................. 89
10.2 ANCAMAN BOM ATAU PAKEJ YANG MENCURIGAI ............................... 90
10.3 INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI HOSPITAL .................................. 95
10.4 SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN YANG EKSTREM .......................... 97
LAMPIRAN 1 ......................................................................................................... 100
TEKNIK-TEKNIK EVAKUASI PESAKIT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK BERJALAN SENDIRI (NON-AMBULATORY PATIENTS) ................................ 100
LAMPIRAN 2 ......................................................................................................... 107
SISTEM PEMADAMAN KEBAKARAN .............................................................. 107
RUJUKAN .............................................................................................................. 113
KATA PENGANTAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sihat Sejahtera
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas
di atas usaha keras dalam penghasilan dokumen Panduan
Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana
Dalaman sebagai panduan bagi hospital-hospital di
Malaysia.
Hospital adalah keperluan bagi setiap masyarakat di seluruh dunia. Sebagai tempat
setiap komuniti bertumpu untuk mendapatkan rawatan kesihatan ia harus menjadi
sebuah tempat yang selamat untuk semua pesakit, petugas dan pelawat.
Malangnya, setiap hospital mempunyai risiko-risiko tertentu sama seperti setiap
premis yang didirikan. Risiko-risiko ini ada yang boleh dikawal dan terdapat juga
yang hanya dapat dibendung dengan tindakan mitigasi.
Dengan berlakunya insiden-insiden kecemasan dan bencana yang melibatkan
premis hospital, garispanduan ini menjadi satu dokumen rujukan yang berharga bagi
memastikan premis hospital selamat untuk semua pesakit dan petugas.
Semua usaha haruslah diambil dalam setiap fasa pengurusan bencana iaitu fasa
pencegahan & mitigasi, fasa kesiapsiagaan, fasa respons dan fasa pemulihan.
Bermula dari usaha pencegahan, persediaan bagi semua kemungkinan dengan
merangka pelan dan strategi respons harus dibuat dan disusuli dengan latihan
simulasi dan dril bagi membiasakan semua petugas dengan tindakan apabila berlaku
insiden kecemasan dan bencana.
Pihak kementerian sentiasa menyasarkan semua hospital supaya mengambil
langkah-langkah proaktif dalam memastikan setiap hospital dalam keadaan yang
selamat disamping menyediakan perkhidmatan bermutu yang setaraf dengan
piawaian antarabangsa.
Saya percaya garispanduan ini akan menjadi panduan yang bernilai tinggi sebagai
dokumen rujukan untuk semua hospital mengambil tindakan yang holistik dan efektif
bagi menyediakan premis masing-masing di dalam menghadapi semua
kemungkinan.
Usaha kementerian untuk menjadikan setiap hospital sebagai tempat yang selamat
untuk semua pesakit, petugas dan pelawat adalah berterusan.
Adalah menjadi harapan saya agar garispanduan ini dapat dimanfaatkan untuk
menjadikan setiap hospital di Malaysia bukan hanya sebagai tempat pesakit-pesakit
mendapatkan khidmat kesihatan bertaraf dunia, tetapi setiap satunya mempunyai
pelan tindakan serta strategi keselamatan, pencegahan dan kesiapsiagaan yang
bermutu tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
[Tarikh]
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) YBhg Dato' Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar
Mantan Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Dr. Kalsom Maskon
Editor YBhg Datuk Dr Alzamani Bin Mohammad Idrose
Dr. Nor’Aishah Abu Bakar
Dr Ahmad Muzammil Bin Abu Bakar
PENYUMBANG
YBhg. Prof Dato’ Dr Abu Hassan Asaari Abdullah
Dr Sabariah Faizah bt Jamaluddin
Dr Rosidah bt Ibrahim
Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Dr Sarah Abdul Karim
Dr Ridzuan bin Mohd Isa
YBhg. Datuk Dr.Mohamed Alwi Hj. Abdul Rahman
YBhg Datuk Dr Alzamani Bin Mohammad Idrose
Dr Nor’Aishah Abu Bakar
Dr Hjh Siti Zaleha Mohd Salleh
Dr Kasuadi Husin
Dr Devan Kurup
Dr Zainal Abidin bin Mohamed@Ismail
Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Dr. PAA Mohamed Nazir bin Abdul Rahman
Dr Sarah Abdul Karim
Pengarah Perkembangan PerubatanYBhg Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah
Dr Fatahul Laham bin Mohamed
Dr Kamalul Haphidz bin Abdul Karim
Dr Khairi Kasim @ Hashim
Dr. Rozlan bin Ishak
Dr. Mohammad Fadhly Yahya
Dr. Bahari Bin Dato’ Tok Muda Hj. Awang
Ngah
Dr. Hj Anwar Hau Abdullah
Dr. Jenny Tong May Geok
Dr. Sharifah Mastura Syed Abu Bakar Dr.
Teo Gim Sian
Dr. Nurliza Abdullah
Dr. Hj Rahimi Goon
Dr. Aehtoosham Suleman
Dr. Hazliza Bt Abdul Shukor
Dr Ana Fizalinda Abdullah Sani
Dr Tan Hee Ting
Dr Amran Japar
En Zulkafli bin Zainuddin
En Kamarulzaman bin Malek
Dr Ahmad Muzammil Abu Bakar
Norhizan Othman
En Ahmad Zafri Abdul Rahman
En Ahmad Fauzi bin Md Shah
En. Zabarni bin Chik
En. Suhaimi Rashid
Hj. Mohd Hamdan Hj Ismail
Hjh Mariyana Hj. Abu Bakar
En. Rusli Hassan
En. Ahmad Radzi Mahamood
Ham Fin Lan
Foo May Lan
Thu Soo Yee
En Renu A/L Poonarangam
En Mohd Sarbani Abd. Halim
Azean Anuar
En Khalid Abdulr Rani
Puan Azizah Murid
Pn Shazleen Zakariya
En Suffian Mohamad Nor
En Mohd Fazil Ahmad
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 1
HURUF RINGKAS
Huruf Ringkas yang digunakan di dalam garispanduan ini adalah seperti berikut :
AELB : Pihak Lembaga Pelesenan Atom
CPRC : Crisis Preparedness and Response Center
ERT : Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team )
FEMS : Facility Engineering Medical Service
HEPA : High Efficiency Particulate Air
KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia
PKP : Plan Kesinambungan Perkhidmatan
PTKD : Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman
PPE : Peralatan Perlindungan Diri
PTIKBDH : Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital
UPS : Uninterrupted Power Supply
MSDS : Multiple Safety Data Sheet
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 2
LATARBELAKANG
SKOP PANDUAN
Skop Panduan ini merangkumi pengurusan situasi kecemasan atau bencana yang
melibatkan fasiliti hospital itu sendiri (internal). Ia tidak merangkumi situasi kecemasan
atau bencana yang dialami di luar hospital (external) yang mana hospital bertindak
untuk membantu memberi respons dan perawatan kepada mangsa-mangsa insiden
kecemasan atau bencana di luar hospital.
Buku Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman Bagi
Hospital ini bertujuan memberi panduan kepada hospital-hospital untuk:
1. Melakukan perancangan bagi kesiapsiagaan hospital menghadapi situasi
kecemasan dan bencana yang melibatkan premis hospital.
2. Sebagai panduan bagi mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan Bencana
Dalaman masing-masing bagi hospital mengikut kesesuaian fasiliti hospital,
struktur dan sumber sendiri.
3. Melakukan tindakan pemulihan selepas kecemasan
4. Menghadapi situasi kecemasan yang spesifik seperti kebakaran, banjir, gempa
bumi, bekalan tenaga elektrik terputus, ancaman bom, kimia, biologi, radiasi
dan nuklear.
Kejayaan hospital untuk berdepan dengan situasi kecemasan amat bergantung
kepada keupayaan anggota-anggota hospital untuk memberi respons yang segera
dengan pantas dan efektif.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 3
KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi
tanggungjawab pihak majikan untuk memastikan pekerja berada dalam persekitaran
kerja yang selamat. Majikan juga turut bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan orang-orang lain yang turut berada di kawasan tempat kerja. Ini
termasuklah keupayaan mengawal kejadian kecemasan yang boleh mengancam
nyawa pekerja, pesakit, pelawat atau sesiapa yang berada di hospital.
PENGGUNA SASARAN
Garis Panduan ini sesuai digunakan oleh:
1. Pihak pengurusan di peringkat hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan
Kesihatan Negeri dan ibu pejabat Kementerian Kesihatan.
2. Semua Ketua Jabatan Klinikal dan Unit Sokongan Hospital.
3. Pasukan Tindakan Kecemasan Hospital.
4. Semua warga kerja hospital dan kementerian.
5. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
OBJEKTIF PELAN TINDAKAN
1. OBJEKTIF UMUM
Untuk memastikan tindakan yang berkesan dapat diambil untuk mengawal
insiden kecemasan dan bencana yang berlaku di dalam premis hospital.
2. OBJEKTIF SPESIFIK
Objektif spesifik panduan ini adalah seperti berikut :
1. Untuk melindungi nyawa pesakit, petugas dan orang awam dengan membuat
langkah-langkah kesiapsiagaan bagi mengurangkan bilangan mangsa terlibat
serta memberi rawatan awal kepada mangsa.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 4
2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan dengan membuat persediaan
dan tindakan bagi menghadkan kemusnahan.
3. Sebagai panduan bagi menangani insiden-insiden kecemasan spesifik seperti
kebakaran, banjir, gangguan bekalan elektrik, gangguan sistem teknologi
maklumat, gangguan bekalan air, gangguan bekalan oksigen, insiden
kecemasan kimia, biologi, radiasi dan ancaman keselamatan serta terrorisme.
4. Untuk mengurangkan impak kecemasan dengan mengembalikan operasi
kerja seperti sedia kala dengan seberapa segera.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 5
BAB 1 – PENGENALAN KEPADA INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN
1.0 TAKRIF INSIDEN KECEMASAN
Insiden kecemasan adalah kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan berpotensi
mengganggu keselamatan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesuatu hospital.
1.1 JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN
1. Secara am insiden kecemasan yang berlaku di dalam hospital boleh dibahagikan
berdasarkan kepada magnitud dan impak terhadap perkhidmatan hospital.
Gangguan perkhidmatan boleh bersifat separa atau sepenuhnya dan boleh
berlaku secara sementara atau kekal.
2. Insiden Kecemasan Minor adalah kejadian kecil dan boleh ditangani oleh
anggota hospital. Jika diperlukan, agensi Kerajaan Tempatan atau Agensi
Kecemasan yang berkaitan boleh dilibatkan. Perkhidmatan hospital tidak terjejas
sepenuhnya. Contohnya kebakaran kecil yang boleh dipadamkan oleh anggota
hospital.
3. Insiden Kecemasan Major adalah kejadian di luar kemampuan kawalan anggota
hospital dan mempunyai impak yang signifikan kepada perkhidmatan hospital.
Bantuan agensi seperti Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian diperlukan
dalam insiden sedemikian (Rujuk jadual 1).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 6
ELEMEN INSIDEN MINOR INSIDEN MAJOR
Ancaman keselamatan
nyawa dan harta
Terhad kepada kawasan
yang kecil
Berpotensi merebak dan
melibatkan kawasan yang
besar
Perkhidmatan hospital Perkhidmatan tidak
terganggu
Satu atau lebih
perkhidmatan hospital
terganggu
Penglibatan hospital lain Tidak perlu Perlu
Penglibatan agensi luar Agensi Kecemasan
Tempatan
Agensi Tempatan
Agensi Kecemasan, Agensi
Tempatan, Jabatan Kesihatan
Negeri, Kementerian, Majlis
Keselamatan Negara
Pengurusan insiden Boleh ditangani di
peringkat fasiliti
Sukar ditangani di
peringkat fasiliti
Contoh Kebakaran kecil yang
tidak menyebabkan
penutupan mana-mana
perkhidmatan hospital
Kebakaran di Dewan
Bedah yang menyebabkan
penutupan khidmat
pembedahan dan potensi
untuk merebak
Jadual 1 Perbandingan Antara Insiden Kecemasan Minor dan Insiden Kecemasan Major
1.2 INSIDEN BENCANA
Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, kejadian ‘bencana’ ditakrifkan
sebagai sebarang insiden samada semulajadi atau kerana faktor manusia, yang
berlaku secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kecederaan atau kematian serta kerosakan
terhadap harta benda atau pesekitaran dan menyebabkan gangguan terhadap aktiviti
kehidupan seharian. Sesebuah hospital tidak terkecuali dari mengalami bencana.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 7
Hospital ditakrifkan mengalami bencana apabila berlaku kecederaan , kematian serta
kerosakan terhadap harta benda atau persekitaran sehingga menjejaskan
perkhidmatan hospital sepenuhnya.
1.2.1 Tahap-Tahap Bencana
Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, bencana boleh dibahagikan kepada
tiga tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2
dibawah.
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
Berlaku di kawasan
setempat dan tidak
berpotensi untuk
merebak
Berpotensi untuk merebak
ke luar kawasan dan
berpotensi untuk memberi
ancaman
Merebak ke luar
kawasan
Melibatkan daerah Melibatkan negeri Melibatkan kerajaan
pusat
Tidak kompleks Bersifat kompleks Sangat kompleks
Kehilangan nyawa dan
harta benda yang minima
Kehilangan nyawa yang
banyak serta kerosakan
harta benda dan
infrastruktur yang teruk
Kehilangan nyawa yang
banyak serta kerosakan
hartabenda dan
infrastruktur yang tidak
dapat dipulihkan.
Tidak mengganggu
pekerja harian penduduk
setempat
Mengganggu pekerjaan
atau aktiviti harian
kawasan terlibat.
Mengganggu pekerjaan
atau aktiviti harian
kawasan terlibat.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 8
Boleh dikendalikan oleh
pihak berkuasa tempatan
Pihak berkuasa tempatan
tidak mampu
mengendalikannnya dan
kepakaran luar mungkin
diperlukan.
Kepakaran luar
diperlukan.
Jadual 2 : Klasifikasi Tahap-tahap Bencana Majlis Keselamatan Negara.
“BUKAN SEMUA KECEMASAN ADALAH BENCANA, NAMUN SEMUA BENCANA ADALAH KECEMASAN.”
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 9
BAB 2 – FASA-FASA PENGURUSAN BENCANA
2.0 PENDAHULUAN Pengurusan bencana terbahagi kepada empat fasa seperti dalam Rajah 1 di bawah.
Rajah 1 : Fasa-Fasa Pengurusan Bencana
2.1 FASA 1- PENCEGAHAN & MITIGASI (PREVENTION & MITIGATION)
1. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau
mengurangkan kesan bencana sekiranya dapat dielakkan.
2. Langkah-langkah tersebut boleh dibahagikan kepada dua:
a. Perancangan struktur
b. Polisi pengoperasian
3. Langkah-langkah ini dibincangkan lebih lanjut dalam Bab 5.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 10
2.2 FASA 2- KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS)
1. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH) perlu diwujudkan bagi hospital masing-masing sebagai panduan
menghadapi insiden kecemasan dan bencana.
2. Semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa
bersedia menghadapi sebarang insiden kecemasan atau bencana.
3. Latihan simulasi menghadapi bencana seperti “tabletop exercise” dan latih amal
perlu diadakan bagi memastikan anggota hospital mengetahui Pelan Tindakan
Kecemasan Hospital masing-masing.
4. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity Plan” perlu
diwujudkan bagi perkhidmatan-perkhidmatan utama.
2.3 FASA 3- RESPONS (RESPONSE)
1. Anggota hospital bertindak menangani situasi kecemasan yang berlaku secara
berkesan dan sistematik mengikut Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan
Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH).
2. Setiap hospital perlu ada “Pelan Eskalasi” (Escalation Plan) dalam menghadapi
Insiden Kecemasan Major bagi mendapatkan bantuan tambahan efektif.
3. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity Plan”
diaktifkan serentak untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan hospital tidak
lama tergendala.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 11
2.4 FASA 4- PEMULIHAN (RECOVERY)
1. Usaha untuk mengembalikan semula operasi seperti sedia kala dan membaik pulih
kerosakan kepada keadaan asal dijalankan.
2. Aspek kesihatan fizikal dan mental pesakit, waris dan anggota perlu diberi
perhatian.
3. Post-mortem dibuat bagi mengenalpasti langkah pencegahan yang lebih baik dan
pengemaskinian PTIKBDH.
4. Dokumentasi dan pengumpulan data meliputi impak kewangan, infrastruktur,
logistik dan impak perkhidmatan secara keseluruhan perlu dikemaskini.
5. Setelah selesai fasa ini, kitaran akan kembali ke fasa pencegahan dan mitigasi (Rajah 1). Langkah-langkah penambahbaikan dikenalpasti bagi memastikan
pencegahan dan mitigasi yang lebih berkesan pada masa hadapan.
2.5 AMALAN KUALITI
Rajah 2 : Carta PDCA Kualiti (Plan-Do-Check-Act).
Tindakan proaktif diperlukan bagi memastikan persekitaran fasiliti kesihatan sentiasa
dalam keadaan bersedia menghadapi bencana dan langkah penambahbaikan perlu
dambil bagi mengatasi isu yang dikesan semasa berlakunya bencana atau insiden.
(RANCANG) (LAKSANAKAN)
(PERIKSA) (AMBIL TINDAKAN)
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 12
Bagi setiap fasa, rancangan berupa strategi harus dibuat. Ini diikuti oleh pelaksanaan
perancangan tersebut. Seterusnya, semua pelaksanaan harus diperiksa dan semua
kelemahan diperbetulkan melalui tindakan yang bersesuaian. Setelah itu, rancangan
dengan strategi penambahbaikan dibuat dan kitaran ini diteruskan. Amalan kualiti ini
diringkaskan dalam Rajah 2.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 13
BAB 3 – STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL
3.0 ORGANISASI PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL
Organisasi ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Tujuan organisasi ini adalah untuk
merancang dan menjalankan aktiviti mengikut fasa pengurusan bencana. Organisasi
ini perlu disesuaikan mengikut keperluan dan kapasiti sumber setiap hospital.
Rajah 2 memberikan contoh organisasi ini.
Rajah 2 : Organisasi Pengurusan Bencana Dalaman Secara Am Mengikut Fasa-fasa Bencana.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 14
3.1 PENGARAH HOSPITAL Pengarah Hospital bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan pelan ini
serta pemantauan evolusi bencana. Pengarah Hospital juga bertanggungjawab
dalam menjalankan respons eskalasi termasuk perolehan bantuan tambahan
semasa menghadapi Insiden Kecemasan Major atau Bencana (rujuk Rajah 3).
Semasa insiden kecemasan atau bencana dalaman, pengarah hospital akan
bertindak sebagai Ketua Operasi bagi Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman.
Rajah 3 : Pelan Eskalasi Pengurusan Sumber Bagi Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 15
3.2 JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan
menilai pengurusan insiden kecemasan dan bencana dalaman secara keseluruhan
di hospital.
Semasa fasa mitigasi dan persediaan, jawatankuasa ini memainkan peranan utama
dalam mengadakan program kesedaran, pencegahan dan audit bagi proses dan
operasi. Dokumentasi aktiviti jawatankuasa ini perlu meliputi elemen berikut:
Takwim aktiviti
Laporan program yang dijalankan
Tindakan pembetulan dan pembaikan.
Dalam fasa respons , jawatankuasa ini memainkan peranan pemantuan bagi aktiviti
pengurusan insiden kecemasan dalaman mengikut PTIKBDH yang telah dirancang.
3.3 PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN
Rajah 4 : Organisasi Respon Bencana Dalaman Hospital
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 16
Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD) adalah pasukan yang diaktifkan
apabila berlaku kecemasan dalaman (rujuk Rajah 4).
3.3.1 Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman
Pengarah Hospital adalah Ketua operasi tindakan kecemasan dalaman. Timbalan
Pengarah (Klinikal) akan mengambil alih sebagai Ketua Operasi dalam situasi
ketiadaan Pengarah Hospital.
3.3.2 Fungsi Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman:
1. Mengetuai keseluruhan respons terhadap insiden kecemasan dalaman yang
berlaku.
2. Memastikan segala keperluan bagi operasi disediakan.
3. Memastikan pelan kesinabungan perkhidmatan (PKP) hospital berjalan dengan
sebaik mungkin.
4. Memastikan semua komunikasi dalaman dan luaran insiden kecemasan
berjalan lancar.
3.3.3 Penyelaras Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD)
1. Pegawai yang dilantik oleh Pengarah Hospital boleh terdiri dari Timbalan
Pengarah, Ketua Jabatan dan Pakar yang bersesuaian (contoh : Pakar Perubatan
Kecemasan) atau pegawai lain yang berkelayakan.
2. Tugas dan tanggungjawab pegawai ini:
a. Menasihati dan membantu Pengarah Hospital dalam pemantauan semua
aktiviti semasa insiden kecemasan dan bencana.
b. Menyelaras dan memantau aktiviti respons kecemasan, perkhidmatan
klinikal dan pentadbiran berjalan dengan lancar.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 17
3.3.4 Ko-ordinator Klinikal
1. Memberikan fokus bagi perawatan pesakit bagi insiden major. Biasanya tugas ini
digalas oleh Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma atau wakil.
2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong respons Pasukan
Respons Kecemasan.
3.3.5 Ko-ordinator Pentadbiran
1. Memberikan fokus bagi sokongan pentadbiran bagi insiden major. Biasanya tugas
ini digalas oleh Timbalan Pengarah bahagian pentadbiran.
2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong respons Pasukan
Respons Kecemasan.
Nota : Peranan Ko-ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pentadbiran tidak perlu
diaktifkan jika insiden minor dan dapat ditangani oleh Pasukan Respons Kecemasan.
Dalam situasi sebegini, Pasukan Respons Kecemasan akan melapor terus kepada
Penyelaras PTKD.
3.3.6 Pasukan Respons Kecemasan
Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) berperanan untuk
menjalankan operasi respons kecemasan, evakuasi, kawalan keselamatan dan
perawatan pesakit dalam kawasan insiden kecemasan dan tempat berkumpul.
Pasukan Respons Kecemasan diketuai oleh Ketua Jabatan atau wakil beliau atau unit
di mana insiden berlaku.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 18
3.3.7 Pasukan Respons Kecemasan
1. Pasukan Respons Kecemasan adalah pasukan yang menangani setiap insiden di
jabatan atau unit di mana insiden berlaku. Pasukan Respons Kecemasan
beroperasi di Pusat Kawalan Insiden.
2. Pusat Kawalan Insiden boleh dibuka di tempat yang selamat dari tempat insiden
berhampiran jabatan atau unit terlibat supaya Ketua Pasukan Respons
Kecemasan, Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Evakuasi, Pegawai Perawatan
dan Pegawai Kawalan Keselamatan dapat menyelaras semua aktiviti. Seorang
pemantau boleh mendokumenkan semua aktiviti dan perkembangan. Sekiranya
keadaan tidak selamat untuk membuka Pusat Kawalan Insiden di dalam unit atau
jabatan masing-masing, pusat berkenaan boleh beroperasi di Tempat Berkumpul
untuk sementara sehingga tempat alternatif yang sesuai boleh dikenalpasti.
3. Sekiranya skala insiden adalah kecil, Pasukan Respons Kecemasan akan
beroperasi tanpa perlunya pengaktifan sokongan ko-ordinator klinikal dan
pentadbiran.
4. Dalam insiden berskala besar, pasukan ini disokong oleh Ko-ordinator Klinikal dan
Ko-ordinator Pentadbiran yang mana bantuan respons dari jabatan/unit lain
diperlukan. Bilik Gerakan Bencana hospital akan diaktifkan sekiranya situasi ini
berlaku.
3.3.7.1 Komponen Pasukan Respons Kecemasan
Pasukan Respons Kecemasan adalah terdiri daripada:
1. Ketua Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Manager).
2. Pegawai Kawalan Insiden.
3. Pegawai Evakuasi.
4. Pegawai Perawatan.
5. Pegawai Kawalan Keselamatan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 19
3.3.7.2 Ketua Pasukan Respons Kecemasan
Peranan digalas oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit bagi jabatan/unit yang terbabit.
Tugas-tugas Ketua Pasukan Respons Kecemasan adalah seperti berikut:
1. Menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa
bertindak keselamatan dari masa ke semasa.
2. Mengetuai operasi latihan/kecemasan bagi keseluruhan bangunan.
3. Semasa insiden bersedia di Pusat Kawalan Insiden untuk menerima laporan
dan membuat perhubungan dengan Pegawai Insiden, Pegawai Tingkat dan
Pegawai Keselamatan semasa berlakunya apa-apa insiden major.
3.3.7.3 Pegawai Evakuasi
1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan kanan atau kejururawatan yang
terlatih dan diberi kuasa dan tanggungjawab untuk keselamatan bahagian atau
tingkat tertentu hospital.
2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan penghuni atau anggota bangunan
secara menyeluruh.
3. Menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan evakuasi bangunan.
4. Dibantu oleh ketua tingkat dan pasukan perubatan.
5. Menyelaras semua aktiviti evakuasi dan komunikasi dengan ketua tingkat dan
bilik operasi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 20
3.3.7.4 Pegawai Kawalan Insiden
1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan atau kejururawatan yang terlatih
dan diberi kuasa dan tanggungjawab untuk keselamatan hospital. Pegawai lain
yang bersesuaian boleh memainkan peranan berdasarkan unit yang terlibat
dan petugas yang ada.
2. Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal kejadian kecemasan
supaya tidak merebak.
3. Mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat menjalankan tugas,
mengawal kerosakan akibat hazad dan menyelamat mangsa pada peringkat
awal insiden.
4. Membantu dan mendapatkan maklumat mengenai insiden daripada responder
dan skuad mencari dan menyelamat dari masa ke semasa.
3.3.7.5 Pegawai Keselamatan
1. Selalunya dipegang oleh Ketua Unit Keselamatan Hospital atau wakil. Ia boleh
terdiri daripada pasukan polis bantuan, anggota keselamatan swasta atau
pemegang konsesi yang dilantik berdasarkan hospital masing-masing.
2. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan trafik dan keselamatan orang
ramai di sekitar bangunan.
3.3.7.6 Pegawai Perawatan
1. Selalunya dipegang oleh anggota klinikal kanan di unit atau jabatan terbabit.
2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal yang melibatkan pesakit di
lokasi terlibat semasa respons kecemasan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 21
3. Bertanggungjawab memastikan kesinambungan perkhidmatan klinikal di
tempat berkumpul sekiranya evakuasi perlu dilaksanakan.
3.3.7.7 Ketua Tingkat /Kawasan (Floor/Area Marshall)
1. Selalunya dipegang oleh anggota kejururawatan wad atau pegawai yang paling
senior di unit terbabit.
2. Bertanggungjawab terhadap evakuasi penghuni daripada tingkat apabila
penggera amaran berbunyi atau arahan dikeluarkan.
3. Berhubung dengan Pegawai Evakuasi bagi laporan situasi evakuasi.
4. Bertanggungjawab mengemaskini dan menyediakan senarai nama pesakit dan
petugas.
5. Membuat pemeriksaan terakhir di tingkat sebelum meninggalkan lokasi
kejadian.
6. Memaklumkan kepada Bilik Kawalan sebelum meninggalkan tingkat atau
lokasi.
7. Membuat panggilan nama di tempat berkumpul (head count).
8. Melaporkan kepada Pegawai Evakuasi selepas membuat panggilan nama.
3.3.7.8 Pegawai Perawatan (Clinical Controller)
1. Dipegang oleh anggota klinikal kanan dari jabatan/unit yang terlibat dengan
insiden.
2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal semasa insiden. Misalnya,
memastikan semua keperluan perubatan pesakit dipenuhi semasa evakuasi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 22
3. Pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup paling baik diberikan keutamaan
untuk dievakuasi dahulu. (Lihat 6.2 dan 6.3)
4. Arahan diberikan kepada petugas wad untuk menggunakan ventilator mudah
alih atau bag oksigen (bag-valve-mask) yang dipam sepanjang masa
sementara dipindahkan ke wad alternatif.
5. Memastikan rekod pesakit (case note) dibawa bersama ke tempat berkumpul.
6. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul
sehinggalah semua pesakit dipindahkan ke tempat rawatan definitif.
3.3.7.9 Skuad Mencari dan Menyelamat
1. Skuad ini terdiri daripada mereka yang terlatih dalam kursus kebombaan.
2. Mereka ini mahir dan terlatih dalam mengendalikan peralatan.
3. Apabila insiden berlaku, skuad ini berkumpul di Bilik Kawalan dan menerima
arahan terus dari pegawai insiden.
4. Peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian harus dipakai dengan
lengkap sekiranya skuad ini memasuki kawasan insiden.
5. Skuad ini membantu mengawal kejadian dari merebak mengikut kemahiran
yang diperolehi semasa latihan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 23
BAB 4 – PERANCANGAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL
4.0 PERANCANGAN KONTINGENSI
Setiap hospital harus membuat perancangan kontingensi bagi mengenalpasti risikio-
risiko yang ada. Risiko-risiko yang dikenalpasti haruslah dipanjangkan kepada pihak
pengurusan. Ini supaya usaha dan tindakan bersepadu dapat dibuat dengan pihak
pengurusan untuk memastikan presmis adalah selamat dari risiko-risiko tersebut.
Dalam perancangan kontingensi, kapasiti hospital juga dikenalpasti dan
diperkukuhkan untuk menangani kemungkinan berlakunya risiko-risiko yang
dikenalpasti.
Dalam perancangan kontingensi, pelan insiden kecemasan dan bencana dalaman
haruslah dihasilkan sebagai strategi tindakan hospital apabila berlaku insiden-insiden
atau bencana berdasarkan risiko yang dikenalpasti.
4.1 ELEMEN-ELEMEN PERANCANGAN KONTINGENSI Elemen-elemen dalam perancangan kontingensi adalah seperti berikut:
1. Analisa situasi dan ancaman.
2. Penilaian Risiko.
3. Komunikasi risiko.
4. Mengenalpasti kapasiti respon.
4.1.1 ANALISA SITUASI Hospital perlu mengenalpasti ancaman (hazad) yang ada di dalam dan persekitaran
hospital. ‘Ancaman’ atau ‘hazad’ merujuk kepada sesuatu faktor atau kejadian yang
boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia, harta benda atau persekitaran.
4.1.2 PENILAIAN RISIKO Penilaian risiko perlu dilaksanakan bagi setiap ancaman yang telah dikenalpasti.
Terma ‘risiko’ merujuk kepada kebarangkalian sesuatu insiden berlaku.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 24
JENIS ANCAMAN CONTOH-CONTOH ANCAMAN
Fizikal Gangguan bekalan tenaga elektrik
Kegagalan sistem komunikasi dalaman atau luaran
Gangguan bekalan air bersih
Kerosakan sistem maklumat elektronik hospital
Keruntuhan atau ketidakstabilan bangunan
Gempa bumi
Kerosakan mesin dan alat perubatan
Banjir
Taufan
Kebakaran
Radiologi/Nuklear Bahan radioaktif.
Bahan nuklear.
Biologi Penyakit berjangkit (SARS, avian flu).
Nosocomial infection (MRSA).
Kimia Asid, alkali, pelarut, pengawet, gas anestetik, agen pencuci.
Ancaman bom
Psikososial Tingkah laku pesakit yang ganas
Persekitaran sosial hospital yang berisiko misalnya kewujudan kumpulan kongsi gelap,penagih dadah pengganas, penceroboh dan sebagainya di sekitar kawasan hospital
Jadual 3: Klasifikasi Jenis Ancaman
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 25
4.2.1 KEKERAPAN PENDEDAHAN Kebarangkalian insiden kecemasan berlaku akibat ancaman perlu dikenalpasti.
Setiap ancaman yang dikenalpasti perlu dinilai bagi menentukan tahap pendedahan.
Jadual 4 menunjukkan klasifikasi tahap pendedahan (exposure).
PENDEDAHAN KEKERAPAN
Sangat kerap Pendedahan berterusan
Kerap Pendedahan lebih dari sekali seminggu
Biasa Pendedahan lebih dari sekali sebulan
Jarang Pendedahan lebih dari sekali setahun
Sangat jarang Pendedahan kurang dari sekali setahun
Jadual 4 : Klasifikasi Tahap Pendedahan Terhadap Ancaman Insiden Kecemasan di Hospital
4.2.2 MAGNITUD KESAN ANCAMAN Magnitud sesuatu ancaman menggambarkan impak sesuatu insiden kecemasan dari
aspek kecederaan dan kerosakan struktur, aset dan juga perkhidmatan sesebuah
hospital. Jadual 5 menerangkan klasifikasi magnitud ancaman.
MAGNITUD ANCAMAN PENERANGAN
Tidak signifikan
Tiada kecederaan/penyakit, tiada impak kerosakan
harta benda dan persekitaran serta perkhidmatan
hospital tidak terjejas.
Kecil (minor)
Mangsa memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Impak terhadap harta benda boleh dipulihkan serta-
merta dan perkhidmatan teras hospital tidak terjejas.
Sederhana (moderate)
Mangsa memerlukan rawatan pesakit dalam wad.
Berpotensi mendapat kecederaan kekal/penyakit
serius. Impak kepada harta benda tidak boleh
dipulihkan serta-merta. Sebahagian perkhidmatan
teras hospital terjejas dan bantuan luar diperlukan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 26
MAGNITUD ANCAMAN PENERANGAN
Besar (major)
Potensi maut adalah tinggi. Terdapat risiko
kecederaan kekal dan rawatan pesakit dalam wad
diperlukan. Impak terhadap harta benda tidak boleh
dipulihkan dengan serta merta. Sebahagian besar
perkhidmatan teras hospital terjejas dan bantuan
luar diperlukan.
Sangat besar (catastrophic)
Potensi maut adalah tinggi. Kemusnahan
menyeluruh menyebabkan seluruh perkhidmatan
hospital terhenti.
Jadual 5 : Klasifikasi Magnitud Ancaman Insiden Kecemasan di Hospital
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 27
4.2.3 MATRIKS RISIKO Matriks risiko merupakan gabungan kekerapan pendedahan dan magnitud sesuatu
ancaman. Penilaian risiko sesuatu ancaman mestilah realistik dan tidak bergantung
semata-mata kepada senario paling buruk. Rujukan terhadap pengalaman lalu,
statistik mortaliti dan morbiditi, laporan metereologi dan situasi semasa boleh
digunakan. Ia boleh dirumuskan sebagai ”Matriks Risiko” seperti dalam Jadual 6.
Matriks ini boleh digunakan bagi setiap ancaman yang dikenalpasti.
MATRIKS RISIKO
KATEGORI
PENDEDAHAN
MAGNITUD ANCAMAN
Tidak Signifikan
Kecil Sederhana Besar Sangat Besar
(Sangat kerap) T T E E E
(Kerap) S T T E E
(Biasa) R S T E E
(Jarang) R R S T E
(Sangat jarang) R R S T T
E=Ekstrim T=Tinggi S=Sederhana R= Rendah
Jadual 6 : Matriks Risiko Ancaman Insiden Kecemasan dalam Hospital
Berdasarkan penilaian risiko menggunakan matriks ini, pihak pengurusan boleh
memberikan penekanan bagi persediaan hospital terutamanya terhadap ancaman dalam kategori ekstrim atau tinggi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 28
4.3 KOMUNIKASI RISIKO
1. Pengarah Hospital bertanggungjawab melantik seorang ahli dari Jawatankuasa Keselamatan Hospital untuk melaksanakan komunikasi risiko berdasarkan
analisa risiko yang dijalankan.
2. Tujuan komunikasi ini adalah untuk mendapatkan perhatian dan kesedaran semua
pihak dalam mengambil langkah-langkah persediaan yang bersesuaian bagi
menghadapi setiap risiko dan ancaman tersebut.
3. Jenis komunikasi risiko adalah seperti berikut:
a. Komunikasi Ke Peringkat Atasan (Dalaman). Ia melibatkan pemakluman
risiko kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Ibu Pejabat Kementerian
mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, risiko yang ada berdasarkan matriks
risiko boleh dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan. Berdasarkan
kepentingan menangani risiko berkenaan, maklumat berkenaan boleh
dipanjangkan kepada pengarah hospital dan dimajukan kepada Pengarah
Kesihatan Negeri, Pengarah Perkembangan dan seterusnya kepada Ketua
Pengarah Kesihatan. Maklumat berkenaan boleh dipanjangkan menurut
turutan ini jika tidak dapat diselesaikan pada setiap peringkat.
b. Komunikasi ke Peringkat Luaran. Ia melibatkan pemakluman risiko
kepada pihak lain yang berkaitan termasuklah agensi KKM di luar
organisasi atau agensi luar seperti bomba, polis dan sebagainya.
Komunikasi ini boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian jika penglibatan
bersama agensi luar dapat membantu mengurangkan risiko berkenaan.
Dalam keadaan tertentu, mesyuarat khas Ketua Pengarah Kesihatan boleh
digerakkan bersama cadangan penyelesaian yang melibatkan agensi luar.
c. Komunikasi Ke Peringkat Bawahan. Ia melibatkan program kesedaran
atau latihan seperti kursus, “tabletop exercise” dan latihan praktikal yang
dijalankan dari semasa ke semasa di peringkat jabatan dan hospital.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 29
4.4 KAPASITI RESPON Kapasiti respons merujuk kepada keupayaan menangani insiden kecemasan dalaman
yang berlaku meliputi perkara-perkara berikut:
1. Matriks sumber.
2. Kaedah komunikasi
3. Kapasiti waktu puncak (surge capacity) dikenal pasti iaitu jumlah pesakit
maksimum yang boleh ditangani oleh hospital. Ini membolehkan langkah diambil
bagi mendapatkan sumber luar jika kapasiti melebihi had maksimum yang boleh
ditangani.
4.4.1 Matriks Sumber (Resources Matrix)
Matriks sumber mengambilkira lokasi dan kuantiti sumber dalaman yang sedia ada
dan sumber luaran yang boleh digerakkan. Sumber meliputi tenaga manusia, fasiliti
hospital (jabatan dan unit), peralatan perubatan (aset, inventori dan alat pakai buang),
peralatan bukan perubatan (komunikasi), ubat-ubatan, pengangkutan dan kewangan.
Aktiviti pengurusan matriks sumber dalaman meliputi aspek:
1. Bantuan klinikal, pengurusan dan perkhidmatan sokongan..
2. Pengagihan semula sumber.
3. Penjadualan semula tugasan.
Matriks sumber bantuan luaran melibatkan Agensi Kesihatan, Agensi Kecemasan,
Pihak Berkuasa Tempatan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan lain-
lain yang berkaitan. Senarai perhubungan talian sumber ini perlu sentiasa
dikemaskini. Jadual 7 memberikan contoh bantuan-bantuan yang boleh diperolehi
dari organisasi atau agensi-agensi luaran.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 30
AGENSI JENIS BANTUAN
Hospital Rawatan, kepakaran, katil, aset peralatan (perubatan
dan bukan perubatan).
Jabatan Kesihatan Negeri & Pejabat
Kesihatan Daerah
Tenaga manusia, ambulan, aktiviti epidemiologi
Pejabat Daerah Bantuan logistik
Bomba dan Penyelamat Malaysia Tenaga manusia, operasi menyelamat,
pengangkutan, bot, helikopter
Angkatan Tentera Malaysia Proses pemindahan, hospital bergerak, bot,
helikopter, pembinaan jalan/ jambatan
Polis Diraja Malaysia Unit pemusnah bom, kawalan keselamatan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tenaga manusia, ambulan , bot
Bulan Sabit Merah Malaysia, St John’s
Ambulance
Tenaga manusia, ambulan, logistik,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Bekalan makanan, pakaian, kaunseling
Agensi bekalan Air Bekalan air bersih, tangki bergerak
Tenaga Nasional Berhad Janakuasa elektrik
Telekom Malaysia Unit Komunikasi Bergerak
Majlis Perbandaran/ Majlis Kerajaan
Tempatan
Khemah, tandas bergerak, sanitasi
SAPURA Pengukuhan komunikasi radio
Jabatan Kerja Raya Bantuan logistik dan kejuruteraan
Jadual 7 Contoh Matriks Sumber Luaran dari Agensi Kesihatan, Agensi Kecemasan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Konsesi Perkhidmatan Khas Negara.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 31
BAB 5 – AKTIVITI FASA PENCEGAHAN & MITIGASI
Fasa pencegahan dan mitigasi menggariskan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil
bagi mengelakkan kejadian bencana atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan
bencana sekiranya dapat dielakkan.
Aktiviti ini terbahagi kepada dua:
1. Perancangan struktur (structural)
2. Polisi Operasi (non-structural)
Analisa Situasi Perancangan Struktur Polisi Operasi
Banjir Pembinaan hospital di
kawasan tanah tinggi
Pemindahan aset kritikal
ke kawasan yang tidak
dinaiki air apabila amaran
banjir diterima.
Kebakaran Perancangan penetapan
peralatan cegah
kebakaran.
Memastikan laluan
kecemasan tidak
terhalang
Memastikan pemeriksaan
Parts Preventive
Maintenance (PPM)
berkala
Mendapatkan Sijil
Keselamatan Premis
Jabtan Bomba dan
Penyelamat
Insiden Biologikal Menyediakan
kemudahan
dekontaminasi
Menyediakan bilik isolasi
yang bersesuaian.
Penyediaan Personal
Protective Equipment
(PPE)
Amalan membasuh
tangan dan kawalan
jangkitan
Jadual 7 : Contoh Aktiviti Pencegahan dan Mitigasi
Setiap hospital harus mengambil segala langkah bagi mencegah insiden atau
bencana dalaman. Langkah-langkah yang bersesuaian boleh diambil bagi mitigasi
sebarang kejadian yang tidak diingini.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 32
5.1 PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL
Jawatankuasa Keselamatan Hospital terdiri daripada wakil-wakil pelbagai unit dan
jawatankuasa spesifik dan menjadi platform bagi pertukaran maklumat dan
menyepadukan semua tindakan dari entiti berbeza bagi memastikan keselamatan
hospital.
Jawatankuasa ini boleh memainkan peranan bagi langkah-langkah pencegahan
daripada berlakunya sebarang insiden kecemasan dan bencana di dalam hospital
berdasarkan maklumat yang diterima dalam mesyuarat yang diadakan.
Sebarang risiko yang dikenalpasti boleh dikemukakan dalam mesyuarat
jawatankuasa ini dan disalurkan kepada pengurusan hospital supaya langkah-langkah
bersesuaian diambil.
5.2 AHLI-AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL
Ahli-ahli dalam jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
1. Jawatankuasa Bencana
2. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerja
3. Jawatankuasa Kebakaran
4. Jawatankuasa Keselamatan Pesakit
5. Jawatankuasa Kawalan Infeksi
6. Jawatankuasa Perlindungan Sinaran
7. Jawatankuasa Keselamatan Makanan
8. Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik
9. Unit-unit lain atau jawatankuasa yang bersesuaian
Rujuk Rajah 2 Bab 3 bagi Organisasi Bencana Dalaman Secara Am Mengikut Fasa-fasa Bencana
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 33
BAB 6 - AKTIVITI FASA KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS)
6.0 PENGENALAN Fasa ini melibatkan segala aktiviti yang diambil dalam membuat persediaan bagi
menghadapi semua kemungkinan kejadian insiden atau bencana dalaman. Ini
termasuklah membuat strategi perancangan, menghasilkan pelan respon, latihan
simulasi dan sebagainya.
6.1 PENGHASILAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN HOSPITAL
Setiap hospital perlu menghasilkan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana
Dalaman Hospital (PTIKBDH) berdasarkan kepada analisa risiko yang telah
dijalankan. Komponen berikut perlu dinyatakan:
1. Tempat Berkumpul apabila berlaku proses evakuasi dalam insiden kecemasan.
2. Talian pengaktifan respons kecemasan hospital apabila berlaku kejadian insiden
kecemasan dalaman.
3. Mekanisme pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response
Team)
4. Pusat Kawalan Insiden
5. Bilik Gerakan Bencana Hospital sekiranya kejadian besar.
6. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) bagi memastikan kesinambungan
perkhidmatan hospital. Setiap hospital harus mempunyai pelan kesinambungan
bagi memastikan operasi hospital berterusan.
Pelan tindakan yang spesifik seperti Pelan Tindakan Kebakaran, Pelan Evakuasi,
dan sebagainya perlu disertakan mengikut analisa risiko setiap hospital.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 34
6.2 Tempat Berkumpul (Assembly Point)
1. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti di kawasan selamat di luar bangunan
hospital untuk anggota serta pesakit berkumpul sekiranya proses evuakasi perlu
dilakukan.
2. Kawasan lapang seperti tempat letak kereta, taman atau masjid boleh dijadikan
tempat berkumpul mengikut kesesuaian. Seelok-eloknya kawasan ini mempunyai
akses bagi laluan ambulans supaya pesakit dapat dipindahkan dengan mudah.
3. Kawasan yang dikenalpasti perlu mempunyai papan tanda yang jelas. Peta pelan
laluan ke tempat berkumpul perlu dipamerkan di lokasi yang strategik dalam
jabatan, unit atau wad sesebuah hospital.
6.4 Talian Kecemasan Hospital
1. Satu nombor talian kecemasan hospital yang khusus perlu diwujudkan bagi
memudahkan proses melaporkan insiden kecemasan.
2. Talian ini hendaklah sentiasa aktif secara berterusan selama 24 jam.
3. Nombor talian ini perlu dihebahkan kepada semua anggota hospital dan
dipamerkan di lokasi-lokasi strategik dalam jabatan, unit atau wad bagi makluman
orang awam.
6.5 Mekanisme Pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan
1. Sistem pengaktifan pasukan respons kecemasan yang mudah dan berkesan perlu
dikenalpasti.
2. Kaedah komunikasi yang digunakan hendaklah dalam pelbagai bentuk bagi
menangani situasi sistem komunikasi tergendala. Contoh kaedah yang boleh
digunakan adalah sistem siar raya hospital, infoblast, mySMS, radio komunikasi,
applikasi internet seperti Whats Apps, Telegram atau telefon bimbit. Penggunaan
aplikasi internet seperti Whats Apps dan Telegram boleh dimanfaatkan bagi
penyebaran maklumat yang relevan secara berkesan di kalangan kumpulan
pengurusan dan responder.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 35
6.6 Pusat Kawalan Insiden Kecemasan
1. Pusat kawalan ini diwujudkan oleh Jabatan atau Unit yang terlibat secara langsung
dalam insiden kecemasan.
2. Ketua Pasukan Respons Kecemasan mengetuai aktiviti Pusat Operasi ini di bantu
oleh Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Evakuasi, Pegawai Perawatan dan
Pegawai Kawalan Keselamatan.
3. Lokasi Pusat Kawalan ini perlu dikenalpasti selamat dan tidak terlalu dekat dengan
kawasan insiden kecemasan.
4. Laporan insiden dan keperluan sumber bagi menangani insiden kecemasan
dikenalpasti dan diselaraskan di sini. Maklumat ini perlu disalurkan ke Bilik
Gerakan Bencana peringkat hospital ( Bilik Gerakan ini diaktifkan hanya jika
insiden besar dan memerlukan penyelarasan peringkat hospital).
5. Pusat Kawalan ini tidak mengeluarkan sebarang maklumat media.
6.7 Bilik Gerakan Bencana Dalaman Hospital
1. Bilik Gerakan Bencana perlu diwujudkan dalam insiden besar bagi penyelarasan
aktiviti koordinasi respon, komunikasi maklumat terkini, aktiviti pentadbiran dan
pengumpulan data-data survelans insiden kecemasan.
2. Bilik Gerakan ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Beliau bertanggungjawab
melantik ahli jawatankuasa bagi membantu pengurusan laporan, pengendalian
media dan pengurusan waris.
3. Semua komunikasi dalaman atau luaran berkaitan insiden kecemasan hendaklah
melalui pusat ini. Skop komunikasi termasuk penyediaan nota makluman atau
sebaran media kepada Pengarah Kesihatan Negeri sehinggalah kepada Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia.
4. Lokasi Bilik Gerakan ini perlu dikenalpasti jauh dari lokasi-lokasi berisiko mengikut
analisa risiko yang dijalankan.
5. Bilik Gerakan ini perlu dilengkapkan dengan peralatan telekomunikasi dan
teknologi maklumat yang bersesuaian.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 36
6.8 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan “Business Continuity Plan” (PKP)
1. Satu strategi khusus bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan sesebuah
hospital dalam insiden kecemasan atau krisis perlu dibuat. PKP perlu merangkumi
aspek perolehan sumber manusia, aset, pengurusan perawatan dan rekod pesakit
semasa krisis berlangsung.
2. Jenis insiden kecemasan yang boleh mengganggu perkhidmatan tersebut perlu
diambil kira. Setiap pelan tindakan insiden spesifik perlu mempunyai PKP
tersendiri.
3. Langkah-langkah hebahan gangguan perkhidmatan kepada anggota, pesakit,
waris dan masyarakat yang melanggani hospital tersebut perlu ditetapkan.
4. Penetapan pelan tindakan alternatif bagi memastikan perkhidmatan hospital tidak
terjejas secara berterusan adalah seperti berikut:
a. Secara Internal (fasiliti dalam jaringan kesihatan dan organisasi yang
sama).
i. Pengurangan skop perkhidmatan yang bukan teras (downscaling).
ii. Menghantar atau menyalurkan pesakit ke fasiliti alternatif dalam
hospital yang sama.
iii. Membawa masuk sumber baru ke dalam fasiliti untuk sementara
(aset, sumber manusia termasuk kepakaran).
iv. Diversi Ambulans (Ambulance Diversion) ke hospital lain KKM.
b. Secara eksternal (fasiliti di luar jaringan kesihatan dan organisasi).
i. Perolehan perkhidmatan luaran semasa krisis perlu diperolehi dari
fasiliti KKM yang berdekatan terlebih dahulu.
ii. Perolehan perkhidmatan luaran (pembelian perkhidmatan) dari
fasiliti swasta yang memenuhi spesifikasi boleh dilaksanakan
dengan mendapat kelulusan kewangan dari Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia.
iii. Penggunaan fasiliti luar yang boleh dipertimbangkan sebagai tempat
rawatan alternatif termasuklah wad, khidmat pengimejan diagnostik,
dewan bedah, dan unit rawatan rapi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 37
5. Pengarah Hospital dengan bantuan Pasukan Pengurusan Insiden Kecemasan dan
Bencana Dalaman Hospital boleh menentukan tempoh perlaksanaan PKP.
6.9 PROGRAM KESEDARAN
Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital yang disediakan
perlu dijelaskan kepada semua anggota. Kaedah hebahan boleh dijalankan melalui
garis panduan, risalah, poster dan kursus-kursus latih amal teori, simulasi, “table top
exercise” atau latih amal. Setiap anggota hospital perlu mengetahui fungsi dan
tanggungjawab masing-masing apabila berlaku insiden kecemasan dalam.
6.10 PEMBANGUNAN KAPASITI (CAPACITY BUILDING)
Pembangunan kapasiti melibatkan aktiviti perolehan, penggantian, peminjaman,
penyewaan perkhidmatan dan modifikasi sumber yang telah dikenalpasti.
Aktiviti modal insan seperti kursus dan latih amal pula akan membina kapasiti respons
anggota semasa berlaku insiden kecemasan dalaman. Contoh-contoh program
pembelajaran berterusan dalam pembinaan modal insan adalah:
1. Sikap penghuni kepada faktor keselamatan.
2. Penyelenggaraan yang sempurna bagi mengelakkan hazad dari alatan berisiko.
3. Kaedah pemadaman api.
4. Prosedur evakuasi bangunan.
5. Prosedur melaporkan diri semasa kecemasan (reporting procedure).
6. Prosedur membunyikan dan menghentikan loceng kecemasan (alarm and warning
procedure).
7. Bahaya-bahaya kimia, biologi dan radioaktif yang ada serta prosedur respons
kecemasan.
6.11 SIMULASI DAN LATIHAN AMAL Simulasi dan latihan amal hendaklah dilaksanakan secara berkala di setiap hospital.
Ia penting bagi kesiapsiagaan anggota hospital tentang peranan masing-masing
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 38
apabila berlaku insiden kecemasan dalaman. Melalui aktiviti ini juga, penambahbaikan
berterusan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital dapat
dijalankan. Jadual 8 menerangkan klasifikasi jenis latihan kecemasan yang boleh
dijalankan.
Kawasan-kawasan berisiko tinggi haruslah diberikan keutamaan dalam menjalankan
latihan simulasi dan dril. Ini termasuklah wad, dewan bedah dan unit rawatan rapi.
Jenis latihan amal Kaedah Butiran
Latihan amal Teori
(Discussion Based)
Orientasi Penerangan mengenai peralatan, pelan
tindakan kecemasan dalaman hospital
berkenaan, kad tindakan anggota.
Table Top Simulasi lisan dan respons secara
lakonan.
Latihan amal Operasi
(Operational Based)
Simulasi
Respons
(Response
Simulation)
Simulasi respons sebenar atau
sebahagian komponen pelan tindakan
kecemasan dalaman hospital.
Simulasi
Fungsi
(Functional)
Simulasi aspek khusus dalam skala masa
sebenar dalam pelan tindakan kecemasan
dalaman hospital.
Simulasi
Penuh
(Full Scale)
Respons sebenar keseluruhan pelan
tindakan kecemasan dalaman hospital.
Jadual 8 : Klasifikasi Jenis Latihan Kecemasan
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 39
BAB 7 – AKTIVITI FASA RESPON
Secara am, pengurusan insiden kecemasan dan bencana dalaman hospital boleh
dirumuskan seperti dalam Rajah 5 di bawah. Respons awal dimulakan oleh petugas
di wad atau unit yang terbabit.
Rajah 5 : Pelan Tindakan Am Pengurusan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital.
7.1 KAWALAN INSIDEN
Apabila insiden berlaku, petugas yang sedang bekerja harus mengambil langkah
segera bagi mengawal insiden sekiranya situasi selamat dan mengizinkan.
Contohnya, jika kebakaran ditemui, petugas boleh cuba memadamkan api dengan
alat pemadam api. Jika keadaan tidak terkawal, loceng penggera boleh dibunyikan
dan talian kecemasan dihubungi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 40
7.2 NOTIFIKASI & RESPONS AWAL INSIDEN KECEMASAN
1. Aktiviti fasa respons bermula apabila mana-mana anggota hospital berhadapan
dengan insiden kecemasan.
2. Anggota tersebut perlu membuat notifikasi insiden tersebut kepada talian
kecemasan hospital yang khusus. Selepas notifikasi dibuat, anggota hospital
tersebut harus menjalankan aktiviti kawalan yang bersesuaian contohnya
memadamkan api apabila berlaku kebakaran.
3. Anggota yang mengendalikan Talian Kecemasan Hospital perlu mendapatkan
maklumat kritikal sesebuah insiden kecemasan serta membuat pemakluman
kepada pihak yang relevan misalnya Jabatan Penyelamat dan Bomba bagi situasi
kebakaran dan skuad mencari dan menyelamat hospital.
4. Petugas Talian Kecemasan Hospital bertanggungjawab memaklumkan anggota
Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) ke lokasi
kecemasan. Ketua Jabatan atau wakil unit yang berkenaan apabila dimaklumkan
harus memainkan peranan mengaktifkan pasukan ini dengan mengarahkan
petugas-petugas kanan untuk memainkan peranan sebagai Pegawai Kawalan
Insiden, Pegawai Kawalan Evakuasi, Pegawai Perawatan dan Pegawai
Keselamatan.
5. Skuad mencari dan menyelamat dari jabatan boleh diaktifkan untuk mengawal
insiden dan menyelamat. Skuad mencari dan menyelamat dari luar jabatan juga
boleh diaktifkan jika terdapat petugas yang terlatih.
6. Anggota Pasukan Respons Kecemasan bertanggungjawab menjalankan analisa
situasi setempat yang meliputi aspek berikut:
a. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda.
b. Risiko insiden kecemasan merebak.
c. Keperluan bantuan tambahan dalaman atau luar bagi menangani insiden.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 41
7. Berdasarkan analisa situasi setempat, Anggota Pasukan Respons Kecemasan
akan menentukan jenis insiden sama ada Insiden Kecemasan Minor atau
berpotensi menjadi Insiden Kecemasan Major. Insiden Kecemasan Minor boleh
diuruskan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan sahaja.
8. Insiden Kecemasan Minor merupakan insiden kecil yang boleh ditangani di
peringkat unit atau jabatan di mana insiden berlaku. Insiden Kecemasan Major melibatkan kesan yang lebih besar terhadap hospital dan memerlukan respons
yang lebih besar dengan sokongan pengurusan peringkat hospital yang lebih
besar. Contohnya kebakaran kecil yang dapat ditangani dan diselesaikan oleh
Pasukan Respons Kecemasan adalah Insiden Kecemasan Minor manakala
kebakaran yang merebak dan tidak dapat dikawal adalah Insiden Kecemasan
Major.
9. Bagi Insiden Kecemasan Minor, tindakan diuruskan oleh Pasukan Respons
Kecemasan tanpa perlu mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman.
Operasi memadai diselaraskan di Pusat Kawalan di Jabatan atau unit terbabit
sahaja.
10. Semua Insiden Kecemasan Major memerlukan pengaktifan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital sepenuhnya dan Bilik
Gerakan Hospital perlu dibuka. Ko-ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pengurusan
akan beroperasi dengan melapor kepada Penyelaras Pasukan Tindakan
Kecemasan Dalaman. Pengarah hospital akan memainkan peranan sebagai
Ketua Operasi dalam situasi ini.
(Rujuk Rajah 4 Bab 3 : Organisasi Respson Bencana Dalaman Hospital).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 42
7.3 KRITERIA PENGAKTIFAN PTIKBDH BAGI INSIDEN MAJOR
Antara kriteria yang boleh digunapakai bagi pengaktifan pelan adalah seperti berikut:
1. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda adalah jelas.
2. Insiden kecemasan berpotensi merebak.
3. Insiden berpotensi untuk menjadi tidak terkawal.
4. Evakuasi difikirkan perlu.
Apabila keadaan menjadi besar dan tidak terkawal, operasi Pasukan Respons
Kecemasan boleh diserahkan kepada pihak berkuasa misalnya, bagi insiden
kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
7.4 MEKANISME HEBAHAN
1. Dalam zaman kini, penggunaan komunikasi berasaskan internet seperti WhatsApp
dan Telegram digunakan secara meluas. Banyak hospital dan jabatan mempunyai
kumpulan petugas sedia ada dalam aplikasi ini yang terdiri dari Ketua Jabatan,
petugas pengurusan, kumpulan pegawai perubatan, kumpulan jururawat,
kumpulan pembantu pegawai perubatan dan sebagainya. Penggunaan medium ini
untuk hebahan boleh dibuat dengan berkesan. Namun berhati-hati dengan mesej
dan gambar yang dihantar untuk menjaga kerahsiaan bagi maklumat tertentu yang
melibatkan pesakit dan sebagainya supaya tidak disebar kepada media bagi
mengelakkan spekulasi.
2. Dalam situasi di mana Insiden Kecemasan Major berlaku dan terdapat risiko
terhadap pesakit, petugas dan pelawat, hebahan melalui mekanisme sistem siar
raya dan loceng keselamatan boleh dibuat.
3. Dalam menjaga kerahsiaan, sesetengah hospital juga boleh mengamalkan
penggunaan sistem kod bagi mengelakkan suasana panik. Hospital boleh
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 43
menentukan kod tertentu yang diputuskan oleh pengurusan. Contohnya ‘Kod
Merah’ sebagai melambangkan berlakunya kebakaran.
4. Maklumat dan arahan bersesuaian boleh diberikan dan ini termasuklah jenis
insiden, lokasi kejadian, pemberhentian perkhidmatan serta arahan untuk
evakuasi ke tempat berkumpul dengan selamat.
7.5 EVAKUASI
1. Evakuasi adalah proses pemindahan pesakit, anggota, orang ramai atau peralatan
khusus dari insiden kecemasan ke tempat yang lebih selamat (tempat berkumpul).
2. Proses evakuasi boleh dimulakan oleh anggota senior yang bertugas yang berada
berhampiran insiden kecemasan sekiranya insiden amat berbahaya dan tidak ada
banyak masa untuk menyelamatkan pesakit dan petugas. Ia sebaiknya
diselaraskan bersama Pegawai Kawalan Evakuasi. Dalam situasi insiden masih
selamat, petugas harus memaklumkan tentang insiden kepada Ketua Jabatan bagi
membuat keputusan evakuasi.
3. Proses evakuasi perlu dijalankan secara teratur dan berkesan dengan
mengutamakan keselamatan nyawa.
4. Wad, unit atau ruang alternatif yang selamat perlu dikenalpasti sebagai ruang
perawatan pesakit sementara.
5. Bantuan anggota tambahan boleh diminta dari jabatan/unit lain bagi membantu
proses evakuasi. Sukarelawan dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St.
John’s Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan sebagainya
boleh dipinta. Jika perlu, waris pesakit juga boleh membantu pesakit semasa
proses evakuasi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 44
7.5.1 PROSES EVAKUASI
1. Proses evakuasi harus diselia oleh Ketua Tingkat atau Kawasan (Floor or Area
Marshall). Tanggungjawab Ketua Tingkat / Kawasan adalah memastikan semua
pesakit dan petugas dievakuasi dengan selamat.
2. Evakuasi menggunakan prinsip mengutamakan mereka yang mempunyai
‘peluang dan kualiti hidup yang paling baik’. Setiap wad atau jabatan perlu
mempunyai kriteria klinikal pesakit yang perlu evakuasi terlebih dahulu.
3. Berdasarkan prinsip ini, mereka yang boleh berjalan sendiri diarahkan keluar
terlebih dahulu ke tempat berkumpul.
4. Bagi pesakit yang tidak boleh berjalan sendiri (non-ambulatory), proses saringan
(triage) hendaklah dibuat. Sekali lagi keutamaan diberikan kepada pesakit yang
mempunyai peluang kualiti hidup yang paling baik untuk dievakuasi lebih awal.
5. Pesakit yang bersambung dengan mesin ventilator dikeluarkan paling
terkemudian. Ventilator mudah alih (transport ventilator) atau teknik “bag-valve-
mask ventilation” secara manual digunakan semasa evakuasi ke tempat
berkumpul dijalankan. Keutamaan juga diberikan kepada pesakit yang mempunyai
peluang kualiti hidup yang paling baik di kalangan pesakit-pesakit ventilator.
6. Contoh kaedah pengangkutan pesakit semasa evakuasi boleh dirujuk seperti
Lampiran 1.
7. Sekiranya keadaan selamat, Ketua Tingkat / Kawasan boleh memastikan semua
suis, injap oksigen dan tingkap ditutup. Semua rekod pesakit dibawa bersama
pesakit.
8. Kiraan kepala (head count) dibuat di tempat berkumpul supaya tiada anggota dan
pesakit yang tertinggal.
9. Lokasi alternatif perawatan pesakit semasa insiden kecemasan atau bencana
perlu dikenalpasti oleh Pegawai Evakuasi bersama Pengurus Kecemasan.
10. Petugas dan pesakit boleh pulang ke wad masing-masing sekiranya keadaan
disahkan selamat. Jika tidak pesakit-pesakit akan ditempatkan di tempat rawatan
alternatif samada di dalam atau luar hospital. Arahan ini hanya boleh dibuat oleh
Pengarah Hospital.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 45
11. Semua Ketua Tingkat/Kawasan akan melaporkan situasi kepada Pegawai
Evakuasi di tempat berkumpul.
12. Semasa proses evakuasi berjalan, Pasukan Respons Kecemasan dari unit atau
jabatan terbabit akan digerakkan untuk mengawal insiden. Pasukan Respons
Kecemasan ini adalah seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. (Rujuk Rajah 4 :
Organisasi Respons Bencana Dalaman Hospital)
7.6 PROSES ESKALASI
1. Sekiranya insiden yang berlaku bersifat minor dan dapat ditangani oleh Pasukan
Respons Kecemasan dari Unit/Jabatan masing-masing, laporan boleh dibuat
kepada Pengarah dan operasi unit atau jabatan dapat diteruskan sekiranya semua
situasi dipastikan selamat dan tidak menjejaskan perkhidmatan.
2. Walaubagaimanapun, sekiranya insiden yang berlaku bersifat major, pengaktifan
penuh Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD) seperti yang dijelaskan
dalam Bab 3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 boleh dilakukan.
3. Dalam insiden major, Pusat Panggilan Kecemasan hospital harus dimaklumkan.
Pasukan ambulans akan diaktifkan ke tempat berkumpul dan berdasarkan triaj,
mangsa-mangsa tertentu yang memerlukan resusitasi akan dibawa ke Jabatan
Kecemasan untuk rawatan. Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit yang tidak
memerlukan resusitasi akan dibawa ke wad atau unit alternatif yang dikenalpasti.
4. Dalam insiden major, pasukan dari pihak Ketua Penyelia Jururuwat hospital yang
terdiri daripada penyelia-penyelia jururawat akan berkumpul di bilik gerakan untuk
menentukan lokasi rawatan alternatif dan menasihatkan Pegawai Evakuasi di
tempat berkumpul untuk penempatan setiap pesakit di tempat rawatan alternatif
yang ditentukan. Ambulans akan digerakkan untuk membantu pemindahan
pesakit ke tempat rawatan alternatif tersebut.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 46
7.7 PUSAT MAKLUMAT PESAKIT
1. Dalam insiden kecemasan major, pusat maklumat pesakit boleh dibuka bagi ahli
keluarga mendapatkan maklumat mengenai pesakit
2. Ketua Pusat Maklumat Pesakit boleh dilantik dari kalangan pegawai perhubungan
awam hospital. Petugas dari Jabatan Kerja Sosial perubatan dan kaunselor boleh
digerakkan ke sini bagi membantu waris pesakit mendapatkan maklumat tentang
pesakit.
3. Makanan ringan atau minuman juga boleh disediakan di sini dengan bantuan
Jabatan Dietetik hospital
7.8 PUSAT MEDIA
1. Dalam insiden kecemasan major, pegawai perhubungan awam harus memainkan
peranan bagi mengawal media dari awal.
2. Sidang akhbar boleh diuruskan dengan menetapkan masa dan tempat bagi
pengarah hospital sebagai ketua operasi dapat memberikan maklumat yang tepat.
Ini penting supaya wartawan dapat dikawal dan maklumat yang tepat dapat
disalurkan.
3. Pihak hospital juga perlu memberi perhatian terhadap maklumat yang dikongsi di
media dari awal. Petugas hospital perlu diberikan arahan supaya tidak sewenang-
wenangnya berkongsi gambar atau maklumat tentang insiden hospital bagi
mengelakkan spekulasi.
4. Walaubagaimanapun, pihak perhubungan awam hospital harus memainkan
peranan memberikan maklumat yang tepat dan tidak menimbulkan spekulasi salah
dengan saluran melalui akaun sosial media hospital seperti Facebook.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 47
7.9 PUSAT PENDAFTARAN PASUKAN SUKARELAWAN
1. Dalam insiden kecemasan major, akan ada sukarelawan yang datang mahu
membantu. Mereka mungkin terdiri dari badan kerajaan, badan bukan kerajaan
dan orang perseorangan.
2. Pusat pendaftaran pasukan sukarelawan boleh ditubuhkan di kawasan yang
dikenalpasti di hospital.
3. Ketua pusat ini boleh dilantik di kalangan pegawai perhubungan awam ataupun
petugas profesional yang dilantik oleh pihak pengurusan.
4. Semua sukarelawan didaftar dan bentuk sumbangan boleh dikenalpasti.
Sumbangan mereka sama ada dari segi kebendaan, perkhidmatan atau tenaga
boleh disesuaikan berdasarkan keperluan insiden.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 48
BAB 8 – AKTIVITI FASA PEMULIHAN
Fasa Pemulihan adalah penting bagi membolehkan hospital kembali beroperasi
dengan seberapa segera. Pengarah Hospital bertanggungjawab memastikan operasi
pemulihan hospital berjalan lancar. Fasa ini berlaku secara berperingkat. Pelan
Kesinabungan Perkhidmatan (PKP) digerakkan bagi memastikan kelangsungan
perkhidmatan. Ia melibatkan perkara berikut:
1. Keputusan untuk kembali ke fasiliti atau kawasan yang terlibat :
a. Arahan untuk kembali selepas evakuasi akan dilaksanakan selepas
penilaian pihak teknikal (Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat).
2. Pemulihan sistem dan perkhidmatan dengan mengambil kira perkara berikut :
a. Memastikan perkhidmatan kecemasan dan kritikal tidak terganggu.
b. Memastikan perkhidmatan rutin hospital dapat dikembalikan secepat
mungkin.
c. Mengembalikan semula imej hospital melalui sidang akhbar dan hebahan
media.
3. Pengumpulan data dan maklumat mengenai inventori aset dan sistem. Semakan
inventori meliputi:
a. Semakan bekalan atau alatan yang digunakan semasa insiden.
b. Audit peralatan yang telah rosak atau hilang serta perancangan bagi
mendapatkan gantian.
c. Perancangan penstoran peralatan sebagai persediaan menghadapi insiden
kecemasan atau bencana pada masa hadapan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 49
4. Analisa post mortem insiden dengan mengambilkira perkara berikut:
a. Analisa situasi dan audit.
b. Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma.
c. Perkhidmatan Klinikal.
d. Perkhidmatan Bukan Klinikal.
e. Maklumbalas agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Polis Di-Raja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
5. Audit klinikal bagi morbiditi dan mortaliti akibat insiden kecemasan harus
dilaksanakan.
6. Pelaporan insiden, kerosakan dan impak perlu dilaksanakan dan dihantar oleh
Pengarah Hospital ke ‘Crisis Preparedness and Response Center’ (CPRC)
peringkat negeri. Laporan tersebut mengandungi perkara-perkara berikut :
a. Laporan keseluruhan insiden kecemasan dan bencana.
b. Analisa komprehensif ke atas integriti struktur dan keselamatan.
c. Laporan perbelanjaan kewangan bagi sumber manusia, aset dan inventori
perubatan dan bukan perubatan.
d. Langkah pemulihan bagi mengatasi kekurangan dalam perkhidmatan,
anggota, alatan, kewangan dan lain-lain.
7. Pemulihan dan pengurusan kebajikan anggota serta pesakit.
a. Gejala Acute Stress Disorders dan Post Traumatic Stress Disoders di
kalangan anggota dan pesakit harus dikenalpasti dan dirujuk untuk rawatan.
Bantuan khidmat psikososial boleh diberikan sekiranya ini berlaku.
b. Pampasan atau saguhati yang bersesuaian boleh dipertimbangkan bagi
pembelian keperluan tertentu oleh petugas hospital.
c. Elaun lebih masa kepada petugas terlibat mengikut kesesuaian.
8. Surat penghargaan bagi sumbangan setiap anggota dan agensi luaran sebaiknya
dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 50
9. Di hujung fasa pemulihan, pihak pengurusan harus mengenalpasti bagaimana
hendak mencegah insiden berkenaan dari berulang lagi. Langkah-langkah
pembaikan harus diambil berdasarkan ‘pengajaran’ dari insiden yang berlaku.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 51
BAB 9
INSIDEN KECEMASAN
DAN BENCANA
DALAMAN SPESIFIK
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 52
BAB 9- INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN SPESIFIK
9.0 PENGENALAN
Setiap hospital perlu mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan Dalaman spesifik bagi
institusi masing-masing.
Anggota hospital harus didedahkan dan dilatih melalui program latihan bagi
kesiapsiagaan untuk bertindak sekiranya berlaku insiden-insiden spesifik seperti di
bawah. Prinsip evakuasi bagi setiap insiden spesifik adalah serupa seperti yang telah
diterangkan dalam Bab 7.
Dalam segmen ini, insiden kecemasan atau bencana dalaman spesifik yang akan
dirangkumkan adalah seperti berikut :
1. Kebakaran
2. Banjir
3. Gempa bumi
4. Gangguan bekalan elektrik
5. Ancaman bom
6. Ancaman kimia
7. Insiden radiasi
8. Insiden biologi
9. Situasi ancaman keselamatan
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 53
9.1 KEBAKARAN
Setiap hospital perlu mewujudkan satu Pelan Tindakan Kebakaran yang khusus untuk
hospital masing-masing.
9.1.1 AKTIVITI FASA PENCEGAHAN DAN MITIGASI
1. Pengarah Hospital perlu melantik satu Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran.
Jawatankuasa ini berada di bawah Jawatankuasa Keselamatan Hospital.
2. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran adalah:
a. Mengenalpasti kawasan di hospital yang berisiko kebakaran.
b. Memastikan keperluan pencegahan kebakaran kawasan berisiko adalah
bersesuaian dan berada di dalam keadaan baik. Jenis peralatan
pencegahan kebakaran boleh dirujuk di Lampiran 2.
c. Memastikan peralatan kebombaan yang sesuai, mencukupi dan tidak
terhalang.
d. Mengenalpasti pegawai-pegawai yang terlatih dan bertindak sebagai Skuad
Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran dan dapat berfungsi sebagai
Pasukan Respons Kecemasan.
9.1.2 AKTIVITI FASA PERSEDIAAN
1. Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran bertanggungjawab menyelaras dan
menjalankan latihan Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran bersama
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
2. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti bagi setiap zon.
3. Pelan laluan evakuasi perlu dipamerkan di lokasi strategik.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 54
4. Peralatan pencegahan kebakaran dan kebombaan perlu diselenggarakan secara
berkala.
5. Setiap unit atau wad perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kebakaran yang
tersendiri. Pelan ini perlu mengenalpasti anggota Pasukan Respons Kecemasan
Kebakaran seperti berikut:
a. Pegawai Kawalan Insiden.
b. Pegawai Kawalan Evakuasi.
c. Pegawai Kawalan Perawatan.
d. Pegawai Kawalan Keselamatan.
6. Setiap hospital perlu memastikan anggota mengetahui pelan kebakaran hospital
yang terkini.
7. Latih amal kebakaran perlu dilaksanakan secara berkala.
9.1.3 AKTIVITI FASA RESPON
9.1.3.1 Pelan Tindakan Apabila Api Kelihatan
1. Notifikasi Insiden :
a. Anggota yang melihat kejadian api hendaklah dengan segera mengaktifkan
talian kecemasan hospital dan sistem penggera kebakaran.
b. Jika keadaan selamat, anggota berkenaan hendaklah cuba memadamkan
api di samping mengawal laluan orang ramai ke kawasan berkenaan.
2. Pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan :
a. Anggota di Talian Kecemasan Hospital perlu mengaktifkan Pasukan
Respons Kecemasan berpandukan Proses Kerja yang telah ditetapkan.
Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran lokasi kecemasan
hendaklah diaktifkan cepat untuk memberikan respons yang pantas.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 55
b. Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran di lokasi kecemasan akan
menjalankan analisa insiden.
c. Skuad ini juga akan memberi maklumbalas kepada Pegawai Kawalan
Insiden dalam Pasukan Respons Kecemasan.
d. Pegawai Kawalan Evakuasi akan menyelaras aktiviti evakuasi ke tempat berkumpul mengikut analisa situasi.
e. Aktiviti respons akan mengikut garispanduan seperti dalam Bab 7.
3. Peranan anggota di tempat insiden:
a. Aktifkan sistem amaran seperti jeritan “API! API” dan pecahkan kaca
penggera.
b. Cuba padamkan api jika masih kecil dengan pemadam api.
c. Telefon bilik kawalan kebakaran hospital yang dikenalpasti oleh pihak
pengurusan. Jika bilik kawalan tidak dapat dihubungi, telefon Jabatan
Bomba dan Penyelamat di talian 999.
d. Evakuasi harus dilaksanakan jika perlu atau diarahkan. Prinsip evakuasi
adalah yang seperti yang telah diterangkan dalam Bab 7.
Apabila keadaan kebakaran menjadi besar dan tidak terkawal, operasi Pasukan
Respons Kecemasan boleh diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi
kawalan dan arahan ( command and control ) yang lebih berkesan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 56
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 57
9.1.4 TINDAKAN SELEPAS KEBAKARAN
Tindakan selepas kebakaran adalah sama seperti insiden-insiden kecemasan yang
lain. Aktiviti perlu dikhususkan kepada kesan kebakaran dan kecederaan. Aktiviti
lokasi yang terlibat perlu dipulihkan agar perkhidmatan yang diberikan dapat
diteruskan dengan segera.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 58
9.2 BANJIR
9.2.1 PENDAHULUAN
Pelan tindakan khusus untuk banjir wajar diwujudkan bagi setiap hospital yang
mempunyai risiko banjir yang tinggi. Insiden banjir dalaman hospital boleh melibatkan
sebahagian atau seluruh hospital. Dalam situasi ini , akses keluar masuk hospital juga
boleh terganggu. Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai Pelan Tindakan Banjir
yang lebih menyeluruh dan rujukan boleh dibuat terhadap pelan ini bagi situasi banjir.
Walaubagaimanapun, bab ini akan membentangkan garispanduan ringkas bagi
situasi yang mana banjir melibatkan hospital atau fasiliti KKM.
9.2.2 SISTEM AMARAN AWAL BANJIR
Setiap hospital perlu membuat penilaian risiko tentang kemungkinan terjadinya situasi
banjir yang melibatkan hospital. Bagi banjir yang melibatkan daerah atau negeri,
Hospital-hospital perlulah mendapatkan maklumat terkini daripada Bilik Gerakan
Daerah masing-masing tentang perkembangan terkini terutama semasa musim
tengkujuh.
Paras air sungai utama serta amaran sama ada bersedia untuk dipindahkan atau
kecemasan boleh diperolehi dari Jabatan Pengairan dan Saliran atau Majlis
Keselamatan Negeri.
9.2.3 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN BANJIR HOSPITAL
Jawatankuasa ini boleh ditubuhkan bagi menangani banjir. Fungsi Jawatankuasa ini
adalah untuk:
1. Merangka, mengemaskini dan melaksanakan Pelan Tindakan Banjir.
2. Memaklum dan memberi panduan kepada anggota hospital akan tanggungjawab
dan carakerja yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi banjir.
3. Mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bahawa pihak hospital adalah
sentiasa bersiapsedia menghadapi kemungkinan banjir.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 59
9.2.4 FUNGSI BILIK GERAKAN BANJIR
Bilik gerakan perlu dibuka apabila diarahkan oleh Pengarah Hospital / Pegawai yang
bertanggungjawab.
1. Memastikan semua anggota yang terlibat melaksanakan tindakan seperti
mana yang dirancang.
2. Menyelaras, menerima dan menyalurkan maklumat.
3. Menyelaras aktiviti banjir peringkat hospital.
9.2.5 PENUBUHKAN AHLI JAWATANKUASA BANJIR HOSPITAL
Setiap hospital harus menubuhkan ahli jawatankuasa (AJK) masing-masing bagi
menghadapi bencana ini. Fungsi AJK adalah seperti berikut :
1. Bersedia dan bertanggungjawab dalam pengurusan banjir di dalam kawasan
hospital yang terlibat.
2. Bertanggungjawab menjaga harta dan memindahkan barang-barang,
peralatan, dan pesakit ke tempat atau ruang yang selamat jika keadaan
memerlukannya.
3. Bertindak untuk menghubungi Bilik Operasi Banjir Hospital bagi mendapatkan
apa-apa bantuan kecemasan.
4. Menyimpan lengkap semua nombor telefon dan alamat lengkap petugas di
Jabatan, Unit, atau Wad berkenaan sekiranya keadaan memerlukannya.
5. Berbincang mengenai keberkesanan dan kegagalan serta cara untuk
menangani sesuatu masalah akibat banjir.
6. Mengenalpasti segala kerosakan semasa banjir dan membuat laporan kepada
Pengarah Hospital.
7. Mengadakan aktiviti gotong-royong bagi pembersihan dan pencemaran akibat
banjir.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 60
9.2.6 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Sebelum banjir berlaku, pihak hospital perlu mengenalpasti senarai anggota-
anggota yang boleh bertugas jika banjir berlaku dan anggota-anggota yang
tinggal di kawasan yang mungkin dilanda banjir dan tidak dapat hadir kerja
kerana lalulintas terputus.
2. Semasa banjir, semua ketua jabatan atau unit perlu menyelaras jadual kerja
petugas di jabatan masing-masing. Sekira berlaku kekurangan, Pengarah
Hospital perlu dimaklumkan.
3. Jika perlu, agihan semula anggota di antara jabatan dan wad dalam hospital
perlu dilakukan.
4. Sekiranya ada keperluan kerana kekurangan anggota yang akut, pihak hospital
perlu mendapatkan bantuan anggota daripada hospital lain yang tidak terlibat
dengan banjir melalui Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.
5. Senarai anggota-anggota hospital yang rumah mereka dilanda banjir perlu
dipantau di Bilik Gerakan.
9.2.7 PENGURUSAN BANJIR DI HOSPITAL
1. Ketua jabatan bagi unit atau kawasan terlibat harus membuat penilaian segera
dari segi kenaikan paras air.
2. Sekiranya banjir melibatkan jabatan atau unit di hospital, PTIKBDH boleh
diaktifkan dan Bilik Gerakan Hospital dibuka bagi menyelaras insiden.
3. Berdasarkan penilaian yang dilaksanakan, evakuasi pesakit dan pemindahan
aset boleh dipertimbangkan.
4. Sekiranya paras air naik cepat, evakuasi ke kawasan yang selamat harus
dilaksanakan.
5. Pasukan Respons Kecemasan boleh digerakkan bagi menyelaras kawalan
situasi seperti yang dihuraikan dalam Bab 7.
6. Kawasan alternatif untuk penyimpanan aset dan zon/wad klinikal perlu
dikenalpasti oleh Jawatankuasa Bencana. Pegawai Kawalan Insiden boleh
memainkan peranan bagi tujuan ini.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 61
7. Komunikasi Risiko:
a. Pengumuman harus dibuat tentang situasi semasa. Perkhidmatan
tidak kritikal boleh dihentikan dan pesakit luar dan waris
dinasihatkan pulang ke rumah supaya tidak keselamatan tidak
terjejas.
b. Pengumuman boleh dibuat melalui sistem siar raya dan hebahan
media bagi khidmat yang dihentikan atau tempat rawatan alternatif
bagi khidmat kritikal.
c. Tempat rawatan alternatif boleh ditentukan bagi memastikan
perkhidmatan rawatan kritikal seperti Jabatan Kecemasan dan Unit
Rawatan Rapi dapat diteruskan.
8. Pihak pengurusan harus membuat penilaian tentang bekalan tenaga elektrik,
air dan kemudahan yang lain semasa banjir. Penjana elektrik harus dipastikan
beroperasi bagi kawasan perkhidmatan kritikal yang memerlukan bekalan
elektrik seperti ICU, PICU, NICU dan unit hemodialisis. Sekiranya penjana
elektrik berisiko ditenggelami air, pelan alternatif seperti evakuasi hospital perlu
dipertimbangkan dengan lebih awal.
9.2.8 EVAKUASI KE HOSPITAL ALTERNATIF
Pihak hospital harus berhubung dengan Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengenal pasti hospital alternatif untuk evakuasi
pesakit sekiranya situasi memerlukan.Proses evakuasi perlulah dilaksanakan seperti
mana di dalam Bab 7 (evakuasi).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 62
9.2.9 PENGURUSAN ASET DAN PEMINDAHAN PESAKIT
1. Pergerakan aset dan pesakit perlulah direkodkan dan dibuat pemantauan.
2. Pergerakan pesakit harus didokumenkan.
3. Setiap pergerakan pesakit harus diiringi oleh anggota yang terlatih dan
dikoordinasi oleh Bilik Gerakan.
4. Bantuan pengangkutan seperti trak (jika ambulans tidak dapat meredah air yang
tinggi) boleh diperolehi dari agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat.
5. Di mana perlu, penggunaan helikopter juga boleh dipertimbangkan. Bantuan
helikopter boleh dipohon dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera
Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
9.2.10 TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS PENGISYTIHARAN TAMAT BANJIR OLEH PENGARAH
1. Penyelaras Bilik Gerakan mestilah menyediakan Laporan Inventori dan
menyerahkannya ke Bilik Gerakan Banjir.
2. Ketua-ketua Jabatan atau Unit mestilah menghantar laporan terkini mengenai
kedudukan/ kerosakan di Jabatan/ Unit serta anggaran kos yang diperlukan bagi
tujuan baikpulih.
3. Semua Jabatan mestilah membuat post-mortem untuk Jabatan atau Unit masing-
masing bagi mencari dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.
4. Segala harta modal yang rosak atau terjejas akibat banjir hendaklah disenaraikan
dan mesti diserahkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh seminggu selepas
banjir.
5. Kawasan yang terjejas perlu dibersihkan dan dilakukan dekontaminasi jika perlu.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 63
9.3 GEMPA BUMI
Malaysia terletak di luar kawasan lingkaran gempa bumi dan gunung berapi.
Walaubagaimanapun, gegaran gempa bumi masih boleh dirasai di hospital-hospital
apabila gempa bumi melanda negara- negara jiran.
9.3.1 KEPUTUSAN EVAKUASI APABILA BERLAKU GEMPA BUMI Keputusan evakuasi boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan tidak selamat. Faktor-
faktor yang dipertimbangkan adalah :
1. Gegaran yang kuat boleh dirasai.
2. Amaran dari Jabatan Metereologi bagi gempa bumi & tahap, gegaran selepas
gempa atau amaran Tsunami.
3. Saranan dan pendapat keselamatan oleh jurutera hospital - FEMS (facility
engineering medical service) boleh dipanggil untuk memeriksa struktur bangunan
terutamanya bagi mereka memastikan keselamatan selepas gempabumi.
4. Analisa oleh jurutera Jabatan Kerja Raya juga boleh dipohon bagi keselamatan
bangunan.
5. Analisa oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dari segi keselamatan struktur
bangunan juga boleh dipohon.
6. Maklumkan situasi kepada:
a. Jabatan Kesihatan Negeri.
b. Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia.
7. Keputusan sama ada evakuasi diperlukan dibuat berdasarkan faktor-faktor di atas
bagi memastikan keselamatan pesakit dan petugas.
8. Ikut prosedur evakuasi seperti dalam Bab 7 sekiranya evakuasi diperlukan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 64
9.3.2 LANGKAH SEMASA GEGARAN DIRASAI DI DALAM BANGUNAN HOSPITAL
Semua petugas tidak harus cemas dan elakkan dari bergerak semasa gegaran
dirasai.
1. Jangan lari atau panik.
2. Jangan meninggalkan bangunan sehinggalah gegaran berhenti dan keadaan
selamat. Jika berada di dalam bangunan, tunggu di dalam bangunan. Kebanyakan
kecederaan berlaku ketika orang ramai meninggalkan bangunan dalam keadaan
panik.
3. Semasa gegaran berterusan, berlindung di bawah meja, meja tulis (cardiac table),
kerusi atau di tepi bahagian dalam dinding atau di sudut bilik. Jangan berada
berdekatan dengan tingkap kaca atau di depan pintu. Perhatikan alatan atau apa-
apa objek yang mungkin jatuh dari atas. Jangan menggunakan lilin, mancis api
atau menyalakan rokok semasa gegaran.
4. Selepas gegaran berlaku, keluar dari tempat berlindung dan perhatikan kawasan
sekeliling. Jika perlu evakuasi, sila ikuti proses evakuasi seperti dalam Bab 7.
Lapor diri di Tempat Berkumpul (Assembly Area).
5. Semasa meninggalkan bangunan perhatikan objek-objek yang mungkin jatuh dari
atas. Jangan gunakan lif.
6. Jangan panik jika alat penggera atau air pemadam api beroperasi. Sistem ini
biasanya diaktivasikan dalam situasi gegaran. Bunyi-bunyi kaca pecah, rekahan
atau objek jatuh adalah situasi yang dijangka semasa gempa bumi.
7. Bantulah orang lain untuk pergi ke tempat selamat. Pastikan rakan sekerja
selamat.
8. Berikan rawatan kecemasan atau ‘first aid’ di mana perlu.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 65
9. Bersedialah untuk menerima gegaran susulan yang mungkin berlarutan hingga
berhari-hari lamanya selepas gegaran pertama.
9.4 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS Bekalan elektrik ke hospital adalah utiliti penting kerana hospital beroperasi dengan
menggunakan tenaga elektrik bukan sahaja untuk lampu dalam premis tetapi bagi
alatan perubatan yang kritikal.
9.4.1 PENGGUNAAN KRITIKAL
Kebanyakan peralatan di hospital menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ini
termasuklah peralatan yang penting untuk memastikan rawatan yang diberikan
kepada pesakit dapat diteruskan dengan berkesan. Sebagai contoh:
1. Ventilator.
2. Peti sejuk untuk vaksin, ubat, darah dan peralatan.
3. Dewan Bedah, zon resusitasi dan lain-lain.
Adalah penting untuk memastikan kaedah kontingensi untuk memastikan sumber
tenaga elektrik ini dapat disambung semula dalam masa yang sesingkat mungkin.
Semua hospital mempunyai generator yang seharusnya berfungsi sebaik sahaja
bekalan elektrik terputus.
9.4.2 OBJEKTIF PELAN PERSEDIAAN Pelan strategi dibuat dengan tujuan berikut :
1. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik dapat disambungkan seberapa segera.
2. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik yang lain diperolehi sekiranya penjana
elektrik di hospital tidak berfungsi.
3. Untuk memastikan kaedah alternatif dapat digunakan dengan segera.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 66
9.4.3 LANGKAH PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS
1. Menyediakan penjana elektrik sokongan yang diselenggara.
2. Mengenalpasti soket elektrik kecemasan (soket merah UPS).
3. Menyediakan peralatan yang menggunakan bateri yang berfungsi.
4. Menyediakan peralatan manual dan mekanikal.
5. Mengenal pasti dan menyenaraikan ubatan, peralatan dan unit yang memerlukan
sumber tenaga elektrik yang berterusan dan tempoh maksimum boleh bertahan.
6. Mengenalpasti sumber tenaga elektrik alternatif.
7. Sistem amaran dan pengumuman.
8. Keperluan evakuasi.
9. Menyediakan satu sistem kontingensi sokongan data pesakit (bagi hospital yang
menggunakan Teknologi Maklumat).
10. Meningkatkan kawalan keselamatan.
9.4.4 TINDAKAN SEMASA BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS.
1. Pengumuman kepada pelanggan dii tempat rawatan dengan menggunakan alat
pembesar suara (hailer).
2. Anggota di kawasan yang terlibat perlu menghubungi khidmat sokongan hospital
sekiranya penjana elektrik sokongan tidak berfungsi.
3. Pengendali khidmat sokongan hospital perlu membuat siasatan punca gangguan
dan bertindak untuk mengembalikan sumber bekalan elektrik.
4. Memeriksa dan memastikan peralatan yang menggunakan elektrik dapat
digunakan dengan sumber tenaga alternatif seperti soket elektrik sokongan dan
bateri atau secara manual.
5. Memastikan ubat-ubatan, vaksin dan darah yang memerlukan “cold chain” tidak
rosak.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 67
9.6 ANCAMAN KIMIA
9.6.1 PENGENALAN Risiko ancaman kimia di dalam hospital adalah rendah tetapi langkah perlu diambil
memandangkan kejadian insiden serangan pengganas semakin menular dan
penggunaan bahan kimia berbahaya seperti serangan gas saraf di Jepun pada Mac
1995. Pihak hospital perlu mengambil langkah-langkah persediaan bagi menangani
ancaman kimia bagi keselamatan anggota hospital dan pesakit.
Kategori bahan-bahan kimia berbahaya:
AGEN NAMA
Agen Saraf (Nerve agent) Tabun, Sarin, Soman, Cyclosarin, VX
Agen Lepuh (Vesicant / Blistering Agent) Mustard, Lewisite
Agen Darah (Blood Agents) Cyanide, Hydrogen Cyanide, Cyanogen
Agen Pernafasan (Pulmonary Intoxicants) Phosgene, Chlorine, Ammonia
Agen kawalan rusuhan (Riot control agents) Mace7, Pepper Spray
Agen Pelumpuh (Incapacitating Agents) BZ , Kolokol-1,Sleeping gas
Agen Saraf merupakan antara yang paling toksik di antara semua ejen tentera yang
digunakan. Ejen-ejen ini boleh menyebabkan pengsan, sawan , pernafasan terhenti
dan kematian. Sarin GB ialah salah satu agen saraf yang biasa digunakan. Ia boleh
digunakan dalam bentuk wap atau cecair. VX mudah diserap melalui kulit, mata, dan
paru-paru. Diagnosis mangsa diracun ejen saraf hendaklah dibuat secara klinikal atas
dasar tanda-tanda dan gejala seperti pengsan, sawan, sesak nafas dan kematian.
Agen saraf menghalang kolinesterase, enzim yang hadir dalam tisu saraf dan dalam
darah. Terdapat ujian darah makmal untuk menentukan aktiviti kolinesterase , namun
pengukuran aktiviti kolinesterase tidak praktikal semasa diagnosis dan pengurusan
keracunan agen saraf.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 68
Agen Lepuh (Vesicants) menyebabkan melepuh berlaku pada kulit. Sulfur mustard
boleh mempunyai bentuk wap atau cecair. Mustard menyebabkan kecederaan
kepada mata, kulit, saluran pernafasan, dan beberapa organ dalaman. Sebagai ejen
peperangan kimia ia mempunyai tindakan lambat, dan pendedahan kepadanya boleh
menyebabkan lepuh pada kulit, buta sementara, dan masalah pernafasan.
Kecederaan yang lebih luas boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan
pernafasan daripada kecederaan saluran pernafasan dan sepsis akibat kerosakan
sum-sum tulang, penurunan sel-sel darah putih, dan kemerosotan sistem imun.
Agen Darah seperti cyanide adalah bahan kimia yang digunakan secara meluas. Ia
digunakan dalam percetakan, pertanian, fotografi, dan dalam pembuatan kertas dan
plastik. Jumlah besar cyanide diperlukan untuk menyebabkan kematian di medan
perang, oleh itu, ia bukan senjata tentera yang sangat baik. Penggunaan cyanide
boleh disasarkan di ruang terkurung seperti tempat letak kereta bawah tanah, pusat
membeli-belah, pusat konvensyen atau bangunan bertingkat tinggi. Cyanide terikat
dengan cytochrome A3 dan menghalang kesan oksidasi yang bertanggungjawab
untuk penggunaan oksigen dalam sel. Akibatnya, sel-sel terpaksa menggunakan
metabolisme anaerobik, dan menyebabkan asidosis laktik yang teruk.
Agen Pernafasan menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa paru-paru
yang teruk selepas bahan tersebut dihidu. Kesan-kesan ini biasanya tidak dilihat serta
merta. Ia boleh menyebabkan ramai mangsa yang boleh di cemari agen tersebut.
Phosphogen digunakan secara meluas dalam pembuatan pewarna, tar arang batu,
racun perosak, serta dalam bidang farmaseutikal. Bencana Bhopal, India pada tahun
1984, di sebuah kilang Union Carbide, melibatkan pembebasan sebanyak 50,000
methylisocyanate. Kimia ini adalah terdiri daripada fosgen dan methylamine. Terdapat
150,000 orang terjejas, 10,000 cedera teruk, dan 3,300 dibunuh. Kesan dari
pelepasan itu telah dianggap disebabkan oleh gabungan isocyanide dan phosphogen.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 69
Agen Kawalan Rusuhan adalah bahan kimia yang merangsang kelenjar lakrimal
untuk menghasilkan air mata dan merengsa mata, hidung, mulut, kulit, dan salur
pernafasan. Ia digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa untuk mengawal
rusuhan, dan untuk melumpuhkan penjahat semasa situasi tebusan. Kesan agen
kawalan rusuhan adalah bersifat sementara. Kesannya hilang dalam tempoh
setengah jam.
Agen Pelumpuh menyebabkan mangsa dalam keadaan tidak sedar tentang apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Agen ini dikaitkan dengan "gas penyebab pengsan"
(knock out gas) atau "gas KO" yang ideal untuk menyebabkan seseorang tidak dapat
membahayakan diri mereka sendiri atau orang lain.
9.6.2 PRINSIP TINDAKAN
9.6.2.1 EVAKUASI SEMASA KEJADIAN ANCAMAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Jika ancaman bahan kimia berbahaya berlaku di peringkat hospital, penilaian risiko
perlu dibuat. Proses evakuasi dilaksanakan seperti dalam Bab 7.
9.6.2.2 PAKAIAN PERLINDUNGAN SEMASA BENCANA KIMIA Pakaian perlindungan personal (PPE) adalah penting dalam pengendalian situasi
ancaman bahan kimia. Walaubagaimanapun, jenis-jenis PPE tertentu tidak terdapat
di hospital. Dalam situasi sebegini, pakaian perlindungan paling asas menggunakan
apron/gown , ‘mask’ N95, dan penutup kepada adalah pakaian perlindungan yang
paling asas untuk dipakai oleh petugas.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 70
9.6.2.3 JENIS-JENIS PAKAIAN PERLINDUNGAN Terdapat 4 tahap pakaian perlindungan mengikut piawaian antarabangsa dan
diringkaskan seperti dalam Jadual di bawah.
TAHAP PERLINDUNGAN PEGGUNAAN
Perlindungan Tahap A 1. Sut kalis kimia tertutup penuh, dengan radas pernafasan sendiri (Self-contained Breathing Apparatus- SCBA)
2. Ia menyediakan pernafasan maksimum dan perlindungan kulit.
3. Ia digunakan apabila terdapat risiko tinggi percikan cecair, udara toksik dan bahaya wap kulit, atau di mana bahan kimia itu tidak dikenali.
Tahap perlindungan B 1. Sut kalis kimia tidak tertutup penuh dengan radas pernafasan sendiri (SCBA) dan hud 2. Ia memberikan perlindungan pernafasan maksimum dengan kurang perlindungan kulit, kerana ia tidak tertutup sepenuhnya. Tangki udara di luar sut. 3. Ia memberi perlindungan terhadap ejen yang tidak mempunyai risiko wap kimia pada kulit dan apabila terdapat potensi percikan cecair yang rendah.
Tahap perlindungan C 1. Pakaian kalis bahan kimia berpenutup kepala dengan alat pernafasan yang menulenkan udara (air purifier).
2. Hanya boleh digunakan apabila:
Bahan kimia tidak mendatangkan bahaya percikan
Respirator yang sesuai.
Kriteria air purifier dipenuhi
Kepekatan bahan terlibat di bawah tahap berbahaya kepada kehidupan dan kesihatan
3. Menyediakan perlindungan yang mencukupi terhadap agen biologi bawaan udara dan bahan-bahan radiologi.
Perlindungan Tahap D 1. Digunakan semasa tiada risiko penafasan atau kulit yang
berbahaya.
2. Pakaian perlindungan asas hospital (Universal precaution): Apron/Gown , Mask N95 , sarung tangan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 71
Tahap perlindungan yang disarankan :
Agen Perlindungan
Agen Saraf Tahap A di peringkat awal semasa
gas saraf disyaki.
Tahap B jika telah di pastikan tiada
risiko wap.
Agen Lepuh (Vesicant / Blistering
Agent)
Tahap A
Agen Darah Tahap B
Agen Pernafasan Tahap B
Agen Radiasi Penapis High Efficiency Particulate
Air (HEPA) bersama tahap C
Agen Biologi Penapis High Efficiency Particulate
Air (HEPA) bersama tahap C
Agen tidak dapat dipastikan Tahap A jika agen tidak dapat
dipastikan
Pakaian perlindungan di atas biasanya terdapat di kalangan petugas HAZMAT
(Hazardous Material). Bagi petugas hospital, sekiranya tahap ancaman tidak
memudaratkan, apa yang penting adalah untuk bergerak ke kawasan yang selamat.
Pakaian perlindungan asas seperti mask, sarung tangan dan apron boleh digunakan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 72
9.6.2.3 DEKONTAMINASI MANGSA
1. Dekontaminasi adalah proses di mana pakaian yang tercemar ditanggalkan dari
badan. Penanggalan pakaian dengan sendirinya membuang 90% dari bahan
cemar (conteminant). Lagi 10% disingkirkan dengan mandian air dan sabun.
2. Mangsa bencana kimia perlu menjalani protokol dekontaminasi. Proses
dekontaminasi boleh dilaksanakan oleh :
a. Perkhidmatan Bomba (HAZMAT) –bagi mangsa yang ramai
b. Anggota perubatan di ruang dekontaminasi hospital – jika melibatkan bilangan
mangsa yang kecil
9.6.2.4 RAWATAN (KHUSUS) Rawatan seelok-eloknya dilakukan selepas proses dekontaminasi. Rawatan
bergantung kepada jenis bahan kimia dan antidot atau ubat-ubatan sesuai boleh
diberikan seperti biasa.
Antidot atau ubatan yang sedia ada boleh dikenal pasti di farmasi hospital atau
didapati daripada sumber luar. Senarai bahan kimia , kesan dan pengurusan pesakit
yang tercemar diringkaskan seperti di bawah
.
AGEN SIMPTOM KLINIKAL MASA ONSET
DEKONTAMINASI RAWATAN / ANTIDOT
AGEN SARAF Tabun, Sarin, Soman, VX
Wap :
Anak mata mengecil (miosis)
Hidung berair
Sesak Nafas
Wap : Saat
Wap : Aliran udara bersih, Membersihkan rambut dan anggota badan terlibat.
1. Protokol Airway, Breathing & Circulation (ABC) 2. Atropine : 0.05mg/kg IV, IM (min 0.1mg , max 5mg) ulang setiap 2-5min jika perlu untuk bronchospasm, rembesan cecair yang banyak, bradikardia, dan lain-lain 3. Pralidoxime : 25mg/kg IV. IM ( max 1g IV ; 2g IM), Dos boleh diulang 30-60min prn bagi keperluan atropine yang tinggi dan lemah badan yang berlanjutan. Pendedahan teruk atau sawan : Diazepam : 0.3mg/kg ( max 10mg) IV; Lorazepam : 0.1mg/kg (max 4mg) IV; Midazolam : 0.2mg/kg (max 10mg)IM PRN
Cecair : Mata Berair , Muntah Cecair dan Wap: Koma, lumpuh, sawan, Pernafasan terhenti
Cecair: Saat ke minit
Cecair: menanggalkan pakaian, Membersihkan anggota badan dengan sabun, pengairan mata (ocular irrigation)
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 73
AGEN LEPUH ( VESICANTS )
Mustard
Kulit : lecur , keradangan Mata : keradangan Salur pernafasan : Sesak nafas, Sindrom masalah pernafasan akut (ARDS)
Berjam
Kulit : sabun dan air Mata : irrigasi mata Memberi kesan besar jika dilakukan serta-merta
Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs, oksigen, nebulizer, anagelsik dan sebagainya)
Lewisite
Segera
British anti lewisite (BAL)
AGEN PERNAFASAN ATAU PULMONARI
Chlorine, Phosgene
Radang hidung , mata , tekak
Minit
Aliran udara bersih Kulit : Pengaliran Air
Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs, oksigen, nebulizer, anagelsik dan sebagainya)
Edema Paru-paru, Bronkospasme
Bronkospasme: Minit Edema :Jam
Cyanide
Sakit Kepala, Muntah, Koma , sawan, Gangguan pernafasan atau Pulmonari edema
Saat
Aliran udara bersih Kulit : sabun dan air
1st line : IV Cyanokit(Hydroxocobalamin) 70mg/kg diberi berjangka 15min dan IV Sodium thiosulphate (12.5g diberi berjangka 10min) 2nd line : IV Sodium Thiosulphate sahaja. *Elakkan penggunaan IV Sodium Nitrate jika ada keracunan berserta carbon monoxide.
Agen Kawalan Rusuhan
CS,CN (Mace) Capsaicin (Pepper spray)
Mata : kesakitan, berair, radang Radang hidung dan tekak Kegagalan pernafasan adalah jarang Kegatalan kulit
Saat
Aliran Udara Bersih Mata: Pengaliran Air.
Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs) *Kesan akan reda dengan masa
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 74
9.7 INSIDEN RADIASI
9.7.1 PENGENALAN:
Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, agensi teknikal utama untuk
sebarang kecemasan radiasi ialah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).
Kementerian Kesihatan akan bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan
perubatan kepada mangsa-mangsa manakala kawalan penyebaran alam sekitar
bahan-bahan radioaktif, penilaian kesan kepada alam sekitar, makanan dan bekalan
air, hartanah serta langkah-langkah perlindungan akan menjadi tanggungjawab
AELB.
Risiko Sinaran terdapat di hospital yang mempunyai unit :
1. Jabatan Pengimejan dan Radiografi
2. Jabatan Perubatan Nuklear
3. Jabatan Onkologi dan Radioterapi
Antara isotop utama yang digunakan di Jabatan Perubatan Nuklear termasuklah 99mTechnetium, 131Iodine , 67Gallium , 51Chromium 137Caesium , 32Phosphorus, 90Yttrium), Isotop yang digunakan dalam radioterapi Jabatan Onkologi termasuklah 60Cobalt ,192Iridium dan 125Iodin.
Sinar Radiasi boleh di katagorikan kepada 3 jenis:
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 75
a. Sinar Alfa – Sinar ini bergerak pada jarak yang singkat dalam beberapa milimeter
seperti atom helium. Ia dapat dihalang dengan sekeping kertas.
b. Sinar Beta – Sinar ini bergerak pada jarak beberapa sentimeter. Ia dihalang oleh
sekeping kertas aluminium.
c. Sinar Gama – Sinar Gama dapat bergerak pada jarak beberapa meter. Ia hanya
dapat dihalang (tidak sepenuhnya) oleh lapisan plumbum yang tebal.
Nota: Sinar X-ray dan Sinar Gama adalah serupa tetapi berbeza dari segi sumber.
Sinar X-ray dapat dihentikan apabila suis dipadamkan.
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan
Sinaran Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]2 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), untuk pekerja sinaran, had
dedahan ditetapkan pada 20mSv setahun. Bagi orang awam (bukan pekerja sinaran)
atau pekerja sinaran yang hamil, had yang ditetapkan adalah pada kadar 1mSv
setahun.
9.7.2 PRINSIP RESPONS
1. Setiap respons haruslah melibatkan Pegawai Perlindungan Radiasi ‘Radiation
Protection Officer’ (RPO). Mereka ini dilantik daripada Pegawai Fizik
Perubatan. Setiap hospital yang mempunyai bahan radioaktif, mempunyai
seorang RPO. Dibawah RPO terdapat pegawai penilai radiasi ‘Radiation
Protection Surveyor’ (RPS) yang membantu peranan RPO. Kerjasama dengan
pihak RPO dan RPS adalah penting dalam menangani insiden radiasi .
2. Kadar radiasi akan dinilai dan risiko pencemaran akan ditentukan oleh pihak
RPO
a. Kawasan yang beradiasi tinggi akan disita. Petugas atau orang awam tidak
dibenarkan masuk ke kawasan yang disita melainkan dengan kebenaran
daripada pihak RPO
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 76
b. Pihak Lembaga Pelesenan Atom (AELB) - boleh dihubungi bagi membantu
proses dekontaminasi / pembersihan kawasan daripada radiasi
3. Pengendalian mangsa
a. Mangsa yang kritikal perlu diberikan rawatan segera. Penilaian kadar
radiasi oleh RPO boleh dibuat selepas pesakit distabilkan.
b. Sekiranya tidak kritikal, RPO akan membuat penilaian radiasi.
RPO akan mengkategorikan pesakit ke dalam dua kategori:
9.7.2.1 Terdedah Sahaja (Exposed)
a. Pesakit ini tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada anggota perubatan.
b. Mereka TIDAK mempunyai bahan-bahan radioaktif pada badan mereka.
c. Mereka mungkin mendapat kesan radiasi tetapi mereka tidak mengeluarkan
sinaran radioaktif dari badan.
d. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini tidak akan menghasilkan apa-apa
bacaan radioaktif yang ketara.
e. Pesakit TIDAK memerlukan pengasingan atau pemisahan daripada anggota
atau pesakit lain kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa bahaya kepada
orang lain.
9.7.2.2 Tercemar (Contaminated)
a. Pesakit ini mempunyai bahan radioaktif pada badan mereka.
b. Pesakit yang tercemar masih boleh memberi kesan kemudaratan kepada orang
di sekeliling mereka kerana terdapat pancaran sinaran radioaktif dari tubuh
mereka.
c. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini akan menghasilkan bacaan
radioaktif yang ketara.
Hotline AELB : 1800887999
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 77
d. Pesakit ini perlu diasingkan dan anggota yang merawat pesakit-pesakit ini perlu
diberi perlindungan radiasi dan mendapatkan nasihat daripada RPO atau ahli
fizik perubatan.
9.7.3 PRINSIP PERLINDUNGAN SINAR RADIASI
Perlindungan sinar radiasi adalah berdasarkan prinsip ‘DTS’ yang bermaksud
(distance, time, shield) yang merujuk kepada jarak sumber, masa pendedahan dan
perisai perlindungan.
DISTANCE ( JARAK ) D - RPO akan menilai menggunakan alat meter pengukur (Survey meter) untuk
mengenalpasti jarak selamat dari sumber
TIME ( MASA ) T – RPO akan membuat kiraan bagi kadar sinaran dan dos radiasi terkumpul yang
boleh diterima oleh petugas. Menurut garispanduan MOSTI seorang pekerja sinaran
boleh menerima sehingga 20mSv setahun. Bagi bukan pekerja sinaran hanya 1 mSv
boleh diterima setahun
SHIELD ( PERLINDUNGAN ) S - Perisai plumbum dapat mengurangkan sinaran gama tetapi bukan 100%.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 78
9.7.4 SIMPTOM-SIMPTOM AKIBAT TERDEDAH KEPADA RADIASI
Simptom-simptom boleh dibahagikan kepada dua ketegori:
1. Kesan awal :
a. Sistem gastrointestinal : loya, muntah - Simptom ini adalah yang paling kerap
dialami oleh mangsa radiasi . Tanda muntah menunjukkan bahawa pesakit
telah menerima dos radiasi yang tinggi
b. Sistem kardiovaskular : kadar nadi lebih laju, tekanan darah rendah.
c. Kulit : Kesan terbakar atau melepuh.
d. Sistem hemopoitik ( penghasilan darah ) : pengurangan paras sel darah
limfosit.
2. Kesan lewat :
a. ‘Deterministic effects’ :Kesan di mana kadar radiasi mencukupi untuk
membunuh sel atau menghalang sel daripada berfungsi atau membiak. Contoh
kesan adalah seperti:
Katarak radiasi
Dermatitis radiasi
b. ‘Stochastic effects’ : Kesan selepas pendedahan radiasi pada jangka masa
panjang yang menyebabkan penyakit genetik atau kanser. Contohnya
leukemia.
9.7.5 DEKONTAMINASI
Sekiranya terdapat pegawai terlatih dan kemudahan dalam proses dekontaminasi,
proses dekontaminasi boleh dilaksanakan tetapi sekiranya tiada, bantuan pihak
AELB boleh didapati melalui talian 24jam. Pihak HAZMAT dari Jabatan
Penyelamat BOMBA juga boleh dihubungi sekiranya proses dekontaminasi yang
melibatkan mangsa yang ramai diperlukan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 79
9.7.6 PERAWATAN PESAKIT
Rawatan boleh dilaksanakan mengikut simptom dan dengan bantuan pakar yang
mempunyai latihan berkenaan pengendalian pesakit yang terdedah kepada
radiasi. Bagi kebanyakan kes, rawatan yang diberikan adalah rehidrasi, ubat anti-
emetik, antibiotik ( bagi jangkitan kuman sekunder) dan rawatan simtomatik yang
relevan. Bagi kesan lepuh atau terbakar, rawatan adalah serupa dengan rawatan
mangsa terbakar seperti di Unit Rawatan Pesakit Terbakar (Burn Unit). Bagi kes-
kes tertentu, rawatan khusus bahan radioaktif boleh digunakan seperti : Growth
Factor Stimulator , transplant sum-sum tulang dan transfusi darah.
Memandangkan kebanyakan rawatan adalah simtomatik, tidak semua pesakit
perlu dipindahkan ke hospital yang mempunyai kepakaran rawatan radiasi.
Konsultasi boleh dibuat dengan pakar yang telah mendapat latihan rawatan
radiasi. Rujukan boleh dibuat ke Bahagian Perkembangan Perubatan ,KKM , bagi
pakar-pakar yang boleh dirujuk.
Penghantaran sampel darah adalah seperti berikut : Full Blood Count
(FBC), Renal Profile (RP) , Liver Function Test (LFT) , Thyroid Function Test (TFT)
, Ujian darah untuk biodosimetri , Absolute lymphocyte count dan ‘whole body
count’. Mesin ‘Whole Body Count’ terdapat di Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Agensi Nuklear Malaysia dan pesakit
boleh dirujuk ke sana.
9.7.7 PENYEDIAAN TEMPAT RAWATAN RADIASI
Zon dekontaminasi di Jabatan Kecemasan boleh dijadikan tempat rawatan radiasi.
Zon boleh disediakan dengan cara berikut :
a. Lantai dialas sama ada dengan ‘chinese paper’ atau ‘plastik tebal’.
b. Pesakit boleh diletakkan ke atas troli dekontaminasi .
c. Dekontaminasi setempat boleh dilakukan yakin dengan membuat irigasi air
pada kawasan yang mengeluarkan radiasi sahaja. (Dikenalpasti dari penilaian
oleh RPS atau RPO).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 80
d. Air yang digunakan untuk irigasi dikumpulkan dalam bekas.
e. Selepas proses dekontaminasi, pesakit akan dinilai semula oleh RPS atau RPO
menggunakan alat Geiger-Muller.
f. Jika tiada lagi radiasi, pesakit tidak memerlukan pengasingan.
g. Jika masih ada radiasi, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad isolasi.
RPO akan membuat penilaian bagi :
a. Jarak yang selamat dari pesakit.
b. Had masa untuk perawat berdekatan dengan pesakit.
c. Pakaian perlindungan yang bersesuaian.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 81
9.7.8 RAWATAN KHUSUS BAHAN RADIOAKTIF Senarai Bahan Radioaktif, sifat dan perawatan adalah seperti berikut :
UNSUR PENYERAPAN PADA SISTEM PERNAFASAN
PENYERAPAN SISTEM
PENGHADAMAN
PENYERAPAN KULIT
KESAN TOKSIK UTAMA
RAWATAN KHUSUS
Americium 75% Sedikit Segera
Skeletal deposition, marrow suppression, hepatic deposition
Chelation with DTPA or EDTA
Cesium Penuh Penuh Penuh Whole body irradiation Prussian blue
Cobalt Tinggi <5% Tidak diketahui Whole body irradiation Supportive
Iodine Tinggi Tinggi Tinggi Thyroid ablation, carcinoma
Potassium iodide
Phosphorus Tinggi Tinggi Tinggi Bone, rapidly replicating cells
Aluminum hydroxide
Plutonium Tinggi Sedikit Terhad Lung, bone, liver Chelation with DTPA or EDTA
Radium Tidak Diketahui 30% Tidak diketahui Bone marrow suppression, sarcoma
Magnesium sulfate lavage
Strontium Terhad Sederhana Tidak diketahui Bone Supportive
Tritium Sedikit Sedikit Penuh Panmyelocytopenia
Dilution with controlled water intake, diuresis
Tritiated
Water Penuh Penuh Penuh Panmyelocytopenia
Dilution with controlled water intake, diuresis
Uranium Tinggi Sederhana -> Tinggi Tinggi
Pulmonary, nephrotoxic
Chelation with DTPA or EDTA, NaHC03 to alkalinize urine
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 82
9.8 INSIDEN BIOLOGI
Ancaman biologi kepada hospital boleh di bahagikan kepada dua jenis, iaitu ancaman
disebabkan penularan virus atau bakteria baru yang menyebabkan penyakit serius
seperti MERS-CoV, SARS dan H1N1 serta ancaman disebabkan serangan agen
biologi bagi tujuan melumpuhkan sosioekonomi atau membunuh.
Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) memerlukan
pegawai perubatan bertugas untuk melaporkan kejadian penyakit berjangkit kepada
jabatan kesihatan negeri. Ini adalah kerana perlunya pengawalan dan pencegahan
awal jika terdapat penularan penyakit yang baru.
Penyakit yang mempunyai implikasi bioterorisme yang berpotensi hendaklah
dilaporkan serta merta (termasuk malam, hujung minggu dan cuti) melalui telefon
kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi semua kes-kes yang disyaki atau kes yang
disahkan. Ancaman bioterorisme boleh juga disasarkan kepada hospital. Oleh yang
demikian, pengetahuan berkenaan ancaman yang ada dapat membantu dalam
memahami risiko terhadap petugas dan pesakit.
9.8.1 KATEGORI A
Agen biologi kategori A mempunyai keutamaan tertinggi. Agen ini bersifat:
a. Mudah disebar atau mudah berjangkit.
b. Penyebab kematian yang tinggi.
c. Boleh menyebabkan panik kepada orang awam dan gangguan sosial
d. Memerlukan tindakan khas untuk persediaan dari pasukan kesihatan awam.
Agen Kategori A termasuk:
a. Anthrax (Bacillus anthracis).
b. Botulism (Clostridium botulinum toksin).
c. Plague (Yersinia pestis).
d. Small pox (variola major).
e. Tularemia (Francisella tularensis).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 83
9.8.2 KATEGORI B
Agen biologi ini bersifat:
a. Sederhana mudah untuk disebarkan.
b. Kadar morbiditi dan kematian sederhana rendah.
c. Memerlukan makmal diagnostik untuk merawat dan tujuan pengawasan.
Agen Kategori B termasuk:
a. Brucellosis (spesies Brucella).
b. Epsilon toksin daripada Clostridium perfringens.
c. Ancaman Keselamatan makanan (contohnya, spesies Salmonella, Escherichia
coli O157: H7, Shigella).
d. Glanders (Burkholderia mallei).
e. Melioidosis (Burkholderia pseudomallei).
f. Psittacosis (Chlamydia psittaci).
g. Q Fever(Coxiella burnetii).
h. Ricin toksin dari Ricinus communis (kacang kastor).
i. Staphylococcal enterotoxin B.
j. Typhoid Fever (Rickettsia prowazekii).
k. Viral Encephalitis(alphaviruses contohnya, Venezuelan equine encephalitis,
eastern equine encephalitis, western equine encephalitis).
l. Ancaman keselamatan air (contohnya, Vibrio cholerae, Cryptosporidium
parvum).
9.8.3 KATEGORI C
Agen biologi yang bersifat patogen baru muncul yang boleh dihasilkan untuk
penyebaran secara besar-besaran kerana:
a. Mudah didapati
b. Pengeluaran dan penyebaran adalah mudah.
c. Potensi untuk kadar morbiditi dan kematian yang tinggi.
Agen Kategori C termasuk:
a. Virus Nipah.
b. Hantavirus.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 84
9.9 PRINSIP TINDAKAN BENCANA BIOLOGI 1. Alatan Perlindungan Diri (PPE)
Pakaian perlindungan bergantung kepada organisma yang terlibat. sekurang-
kurangnya pakaian perlindungan asas seperti N95, sarung tangan , head cover , mask
, apron boleh dipakai di dalam situasi begini Jangkitan boleh merebak secara udara
(airborne) atau titisan cecair (droplet). Pakaian perlindungan harus dipakai di semua
peringkat yang melibatkan pertembungan dengan pesakit.
2. Pesakit akan dirawat oleh pakar perubatan dalaman atau penyakit berjangkit di
dalam wad. Di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diberikan rawatan awal oleh
petugas Jabatan Kecemasan di zon isolasi.
3. Aliran Pesakit dari Jabatan Kecemasan ke wad isolasi. Aliran pesakit adalah
seperti yang di tunjukkan dalam gambar rajah di bawah :
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 85
Anggota di Ruangan Triaj Suspek jangkitan penyakit berjangkit
Pesakit diberi mask Pesakit diiringi pada jarak 3 kaki
ke ruang dekontaminasi
Pesakit diserahkan pada anggota di ruangan dekontaminasi
Pesakit diperiksa oleh doktor
Gambar ihsan Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Kuala Lumpur
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 86
4. Dalam situasi di mana terdapat terlalu ramai pesakit / mangsa , khemah rawatan
boleh di buka. Semua petugas akan memakai pakaian PPE pada sepanjang masa.
5. Semua kes hendaklah dibuat notifikasi ke Jabatan Kesihatan Negeri bagi tujuan
pemantauan.
9.9.1 DUA FASA JANGKITAN
FASA PEMBENDUNGAN (CONTAINMENT) :
Semua pesakit yang mempunyai tanda-tanda atau suspek kes akan dimasukkan ke
dalam bilik pengasingan bagi mencegah penyakit merebak. Pesakit akan diperiksa
setelah diasingkan ke bilik pengasingan. Sampel daripada pesakit akan diambil dan
dihantar ke makmal berkenaan bagi pengesahan penyakit berjangkit.Dalam fasa ini,
pesakit yang terlibat tidak ramai. Pesakit atau kes suspek/contact case boleh di
masukkan ke dalam wad pengasingan sementara menunggu keputusan makmal dan
diberi rawatan tertentu seperti ubat antiviral.
FASA MITIGASI :
Dalam fasa ini, terdapat sejumlah pesakit yang terlalu ramai untuk ditempatkan di wad
isolasi, yang mana kapasiti katil sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit. Kes-
kes yang di masukkan ke wad adalah kes-kes yang memerlukan kemasukan atas
sebab yang lain seperti masalah pernafasan yang akut dan sebagainya. Dalam Fasa
ini pesakit biasanya akan dirawat dengan pemberian ubat ubatan mengikut polisi
sedia ada dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan pemberian nasihat dan
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 87
kertas makluman bila perlu mendapatkan rawatan selanjutnya berserta arahan
supaya di kuarantin di rumah supaya jangkitan tersebut tidak merebak. Pegawai
perubatan dan petugas dari jabatan kesihatan awam berperanan untuk membuat
susulan rawatan kes dan pengesanan kes-kes kontak.
9.10 ANCAMAN ANTRAKS Terdapat beberapa insiden sebelum ini yang mana sesetengah Jabatan Kerajaan
menerima surat yang mengandungi serbuk putih dan menimbulkan kegusaran akan
kemungkinan ancaman antraks. Anthrax Bacillus adalah sejenis bakteria Gram positif
yang digunakan oleh pengganas.
Terdapat kes-kes di mana surat yang berisi serbuk putih diposkan dengan tujuan
menakutkan penerima kerana serbuk putih kerapkalinya dikaitkan dengan ancaman
antraks. Jangkitan antraks boleh merebak melalui sentuhan kulit (cutaneous) atau
pernafasan (inhalational). Antraks juga boleh menyebabkan pendarahan hemorrhagic
mediastinitis serta ‘meningitis’.
9.10.1 SARANAN RESPONS DALAM SITUASI ANCAMAN ANTRAKS
1. Tinggalkan surat atau objek yang disyaki mengandungi antraks. Elakkan dari
bernafas secara berdekatan dengan serbuk putih. Basuh tangan jika
bersentuh. Maklumkan kepada Penyelia/Ketua Jururawat/petugas atasan.
2. Tempat berhampiran sampul disita supaya tiada anggota atau pesakit yang
menghampiri objek yang diragui.
3. Hubungi pihak HAZMAT dari Jabatan Bomba & Penyelamat. Pihak HAZMAT
mempunyai alatan untuk mengesan samada serbuk terbabit adalah benar-
benar antraks atau tidak. Serbuk tersebut juga akan dihantar ke Jabatan Kimia
bagi ujian analisa. Pihak HAZMAT dapat membantu untuk melaksanakan
dekontaminasi bagi mangsa atau persekitaran berdekatan objek yang diragui
tersebut. Pihak HAZMAT juga boleh membantu bagi proses dekontaminasi
mangsa sekiranya pihak hospital mempunyai masalah melaksanakan
dekontaminasi.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 88
4. Bagi petugas yang terdedah kepada ancaman antraks, rawatan yang boleh
diberikan adalah seperti berikut :
a. Rawatan (diberi selama 60 hari)
i. Bagi dewasa : Oral Ciprofloxacin 500mg
ii. Bagi pediatrik : IV Ciprofloxacin 20-30 mg/kg 12 jam sekali
b. Profilaksis (diambil sehingga pengesahan ancaman atau tiada lagi
ancaman)
i. Ciprofloxacin 1. Oral Ciprofloxacin 500 bid (dewasa)
2. Oral 20-30 mg/kg bid (pediatrik)
atau
ii. Doxycycline 1. Oral Doxycycline100mg bid (dewasa)
2. Oral Docycycline 2.5 mg/kg (pediatrik)
Vaksin untuk mangsa yang terdedah juga boleh digunakan sekiranya dapat diperolehi
dan diberi secara subcutaneous sebanyak 3 dos berselang 2 minggu bagi setiap
minggu (0,2 dan 4 minggu).
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 89
BAB 10. SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN
10.1 PENGENALAN
Situasi ancaman ketenteraman awam ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian atau
ancaman rusuhan sama ada berlaku secara spontan atau dicetuskan oleh kumpulan
yang berkepentingan, sama ada bermotifkan agama, politik, perkauman, ekonomi,
sosial dan lain-lain. Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa
dan kerosakan harta benda serta membawa implikasi terhadap keselamatan negara.
"Keganasan" ditakrifkan sebagai penggunaan kekerasan atau keganasan tanpa
kuasa undang-undang atau ancaman untuk menggunakan kekerasan atau
keganasan atau apa-apa bentuk serangan lain oleh mana-mana orang, kumpulan
atau negara, walau apa pun tujuan atau niat atau justifikasinya, yang ditujukan
terhadap sesuatu negara atau orang awamnya atau terhadap harta, sama ada harta
awam atau harta persendirian, atau terhadap perkhidmatan penting, yang dengan
apa-apa cara memudaratkan keselamatan awam atau ketenteraman awam atau
kepentingan asas lain sesuatu Negara dan yang diniatkan atau dirancang untuk
menimbulkan rasa gentar di kalangan orang tertentu atau sesuatu kumpulan orang
atau orang awam dengan tujuan untuk menakutkan orang awam atau sebahagiannya
atau untuk memaksa Kerajaan atau sesuatu pertubuhan antarabangsa melakukan,
atau tidak melakukan, sesuatu perbuatan, dan termasuklah sokongan bagi tindakan
sedemikian dengan apa jua cara pun, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Mengikut Konvensyen Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, hospital dan
petugas hospital adalah dilindungi dalam peperangan dan tindakan boleh diambil bagi
pihak yang mengancam keselamatan hospital di bawah mahkamah jenayah
antarabangsa.
Hospital yang berada di kawasan berisiko tinggi perlu mengambil langkah berjaga-
jaga.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 90
10.2 ANCAMAN BOM ATAU PAKEJ YANG MENCURIGAI
10.2.1 Pengenalan
Letupan atau ancaman bom boleh menghasilkan malapetaka yang besar dan
menyebabkan banyak mangsa dengan kecederaan kompleks. Mangsa mengalami
kecederaan yang berlainan dengan bencana seperti banjir atau gempa bumi.
Kecederaan-kecederaan yang boleh dialami adalah seperti berikut :
KATEGORI CIRI-CIRI BAHAGIAN BADAN TERLIBAT JENIS KECEDERAAN
Primary
Terhasil akibat kesan gelombang tekanan udara terhadap permukaan badan berpunca dari letupan dengan tenaga yang tinggi.
Anggota berisi udara adalah yang paling mudah terjejas seperti paru-paru, saluran usus dan telinga tengah.
•Kecederaan paru-paru - pulmonary barotrauma •Pecah gegendang telinga dan kerosakan telinga tengah. • Pendarahan perut dan kebocoran perut. • Bola mata pecah. • Gegaran otak (Traumatic Brain Injury) tanpa tanda-tanda fizikal kecederaan kepala
Secondary Hasil daripada serpihan bom berterbangan.
Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.
• Penembusan balistik
(fragmentasi) atau
kecederaan tumpul.
• Kecederaan mata yang tidak dapat dikesan.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 91
KATEGORI CIRI-CIRI BAHAGIAN BADAN TERLIBAT JENIS KECEDERAAN
Tertiary Hasil daripada individu yang terlanggar objek akibat letupan.
Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.
• Patah dan amputasi anggota badan. • Kecederaan otak tertutup dan terbuka.
Quaternary
Semua kecederaan atau keadaan yang disebabkan oleh letupan yang tidak memenuhi kriteria pada kategori yang lain (termasuk komplikasi penyakit yang sedia ada pada mangsa).
Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.
• Kebakaran anggota
badan (Separa, dan
penuh).
• Crush injury.
• Kecederaan otak
tertutup dan terbuka.
• Asma, penyakit paru-
paru kronik (COPD)
atau masalah
pernafasan yang lain
daripada habuk, asap
atau asap toksik.
• Angina, hiperglisemia dan tekanan darah tinggi.
10.2.2 Ancaman Bom
Ancaman bom adalah penemuan atau pemakluman bahawa terdapatnya bahan atau
objek yang disyaki boleh meletup di suatu lokasi.
Letupan dalam ruang terkurung (hospital, bangunan, kenderaan besar, lombong) dan/
atau keruntuhan struktur dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti yang lebih besar.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 92
10.2.3 PENEMUAN OBJEK YANG DISYAKI SEBAGAI BOM
1. Aspek keselamatan merupakan tanggungjawab setiap petugas.
2. Semua petugas perlu melaporkan ancaman atau kehadiran objek yang disyaki
kepada penyelia jururawat atau ketua jururawat terbabit. Penyelia jururawat
bertanggungjawab memaklumkan situasi kepada Ketua Jabatan dan Pengarah
Hospital.
3. Pegawai keselamatan atau petugas di kawasan berkenaan di mana objek
berkenaan ditemui harus memaklumkan supaya langkah keselamatan dapat
diambil. Misalnya wad atau zon terbabit ditutup dari laulan orang ramai.Petugas
harus sentiasa menjauhkan diri dari bom tersebut.
10.2.4 PENERIMAAN PANGILAN ANCAMAN BOM
1. Maklumat tentang pemanggil yang membuat ancaman bom sebaiknya dicatat
supaya maklumat dapat diserahkan kepada pihak polis. Contoh maklumat :
a. Masa panggilan dibuat.
b. Kumpulan atau organisasi yang mengaku bertanggungjawab (jika ada).
c. Deskripsi pemanggil : jantina, bangsa, nada serius /jenaka.
d. Bunyi bunyi kawasan sekeliling pemanggil, seperti loceng, bunyi
ambulan atau orang ramai.
2. Asingkan kawasan berisiko dengan mengadakan perimeter
keselamatan.Elakkan dari menghampiri objek berkenaan. Buat panggilan
kepada pihak polis melalui talian 999.
3. Pihak Polis akan melakukan penilaian terhadap ancaman tersebut dengan
Skuad Bom.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 93
4. Bahan atau objek yang disyaki tidak boleh dialihkan oleh sesiapa kecuali polis.
5. Pertimbangan untuk evakuasi boleh dibuat dengan mengambil kira kesahihan
situasi. Nasihat polis boleh diperolehi dalam situasi sebegini.
6. Menentukan kesahihan ancaman adalah amat sukar. Dalam hal ini,
pertimbangan harus dibuat berdasarkan semua sumber maklumat yang ada.
Penglibatan polis atau skuad bom dari awal adalah amat penting.
7. Sekiranya ancaman adalah sahih dan risikonya besar, evakuasi boleh
dilaksanakan.
8. Sekiranya proses evakuasi diperlukan, evakuasi boleh dilaksanakan seperti
dalam Bab 7.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 94
TINGGI
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 95
10.3 INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI HOSPITAL Semasa serangan atau ancaman pengganas di dalam hospital, kerjasama
dengan pihak polis adalah penting. Pihak pengurusan hospital perlu berkomunikasi
dengan pihak polis bagi menilai situasi di kawasan hospital. Langkah-langkah
keselamatan perlu diambil bersama pihak berkuasa dan pegawai keselamatan
hospital boleh digunakan untuk mengawal hospital daripada diambil alih atau
diserang.
10.3.1 SITUASI TEMBAK MENEMBAK
Dalam keadaan ini, prinsip yang penting adalah untuk mendapatkan perlindungan
dan mencegah daripada keadaan ini merebak. Tindakan yang boleh diambil adalah
seperti :
1. Mendapatkan perlindungan - meniarap di atas lantai
2. Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad boleh mengambil tindakan
mengunci wad bagi mengelakkan dari situasi ini merebak dengan lebih
melarat.
3. Berikan maklumat kepada pihak berkuasa, keselamatan dan polis jika situasi
mengizinkan melalui panggilan talian 999.
10.3.2 SITUASI TAHANAN (HOSTAGE SITUATION)
1. Dalam situasi tahanan, pegawai atau petugas yang terlibat harus bertenang
dan tidak mencetuskan situasi cemas serta tidak bertindak melawan tanpa
bantuan pihak berkuasa.
2. Keselamatan petugas dan pesakit akan menjadi keutamaan.
3. Rundingan akan di buat oleh pihak polis dan sekiranya perlu daripada
perunding dari Jabatan Psikiatrik atau mereka yang diknalpasti terlatih atau
mempunyai pengalaman.
4. Pegawai yang terlibat dalam keadaan tahanan boleh membantu dengan
mengumpul maklumat seperti rupa paras, ketinggian, warna kulit dan
pakaian pengganas yang menyerang. Maklumat ini boleh diberikan kepada
pihak berkuasa semasa keadaan telah diselesaikan.
5. Evakuasi hospital boleh diambil kira sekiranya terdapat unsur-unsur
berbahaya seperti bom, gas beracun dan sebagainya.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 96
6. Sekiranya berlaku ancaman - boleh berhubung dengan pihak berkuasa
seperti Jabatan Kesihatan , Pengarah Kesihatan , Pengurusan Tertinggi (
Menteri). Arahan 18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan jika perlu.
7. Selepas situasi - kerjasama bahagian kaunseling dan psikiatrik untuk
menilai post traumatic stress disorder (PTSD) , Acute Stress Disorder (ASD)
dan Chronic post traumatic stress disorder PTSD
10.3.3 SITUASI PENCEROBOHAN ATAU TAHANAN DI FARMASI HOSPITAL
Kawasan farmasi hospital boleh menjadi tempat berisiko bagi serangan pengganas
kerana terdapat dadah terkawal. Dalam situasi serangan, petugas boleh menyatakan
tiada dadah yang diminta atau tiada akses bagi kawasan dadah terkawal. Jika situasi
berbahaya, petugas perlu mengikut arahan dan mengelakkan diri daripada bahaya.
Semua ubatan atau alatan yang diambil perlu dicatit setelah insiden selesai.
10.3.4 KONSEP SILVER ALERT
‘Silver alert’ adalah sistem yang digunakan bagi komunikasi berkenaan serangan
pengganas. Pihak pengurusan hospital boleh menetapkan nombor telefon ‘hotline’
bagi mengaktifkan silver alert. Pusat panggilan hospital juga boleh digunakan bagi
mengaktifkan silver alert yang mana pusat ini boleh membantu menghubungi pihak
berkenaan semasa situasi sebegini berlaku. Contohnya, jika berlaku situasi tembak
menembak dlaam permis hospital, ‘silver alert’ boleh diaktifkan.
10.3.5 PIHAK YANG PERLU DIHUBUNGI SEMASA SILVER ALERT :
Pengarah Hospital
Ketua Polis
Ketua Jabatan
Pegawai keselamatan hospital
Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad atau unit
Pengarah Kesihatan Negeri
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 97
10.3.6 TINDAKAN APABILA SILVER ALERT DIAKTIFKAN
Apabila ‘silver alert’ diaktifkan, tindakan-tindakan yang diambil adalah seperti berikut:
1. Jururawat untuk mengunci wad-wad untuk mengelak pengganas masuk.
2. Pegawai keselamatan hospital menghalang pesakit, anggota atau waris
daripada memasuki kawasan kejadian.
3. Polis dihubungi dan hanya membuka pintu selepas arahan diberi oleh pihak
polis atau keadaan benar-benar selamat.
4. Pengarah hospital perlu bertenang dan mengambil langkah dan membuat
keputusan bagi keselamatan petugas yang lain seperti :
a. Menetapkan zon selamat.
b. Mengkoordinasikan petugas keselamatan untuk menghalang orang luar dari
masuk ke kawasan bahaya.
c. Memberikan maklumat dan ‘update’ berkenaan perkembangan situasi.
d. Membuat keputusan bagi evakuasi berperingkat.
e. Memastikan kebajikan petugas semasa dan selepas insiden terjaga.
10.4 SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN YANG EKSTREM Situasi ancaman keselamatan yang ekstrem merupakan keadaan di mana terdapat
risiko kemudaratan yang amat tinggi terhadap hospital atau kawasan tertentu hospital.
Contoh situasi sebegini adalah seperti situasi tebusan, penculikan atau serangan
pengganas. Dalam situasi seperti ini, tindakan ‘lock-down’ sama ada bagi kawasan
terbabit atau keseluruhan hospital boleh dipertimbangkan oleh pengurusan.
10.4.1 DEFINISI TINDAKAN ‘LOCK-DOWN’ ‘Lock-down’ adalah satu tindakan yang mana sama ada satu bahagian hospital
atau keseluruhan hospital disita. Dalam situasi ‘lock-down’, kawasan terbabit
ditutup dari laluan keluar atau masuk. Ia adalah satu terma yang diterimapakai
oleh Polis dan Angkatan Tentera.
Pengarah boleh membuat keputusan berdasarkan situasi. Pandangan dan
nasihat boleh diperolehi dari pasukan keselamatan seperti Polis dan pihak
angkatan tentera. Bagi melaksanakan ‘lock-down’ pihak Polis atau angkatan
tentera akan memainkan peranan bagi penyitaan dan kawalan keluar-masuk
kawasan yang telah dikenalpasti.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 98
10.4.2 TUJUAN ‘LOCK-DOWN’
1. Bagi mengehadkan kawasan berisiko tinggi.
2. Mengehadkan pergerakan keluar-masuk yang boleh mendedahkan risiko
terhadap kawasan yang dikenalpasti.
3. Memudahkan kawalan keselamatan.
4. Membolehkan kawasan pergerakan ancaman dikecilkan dan strategi dapat
difokuskan untuk meneutralkan ancaman di kawasan ‘lock-down’.
10.4.3 JENIS-JENIS ‘LOCK-DOWN’
‘Lock-down’ sebahagian kawasan Hospital
1. ‘Lock-down’ dilaksanakan bagi kawasan dengan ancaman tinggi yang
dikenalpasti.
2. Contohnya, bagi situasi tahanan tebusan di dalam wad, wad terbabit boleh
dikenakan tindakan ‘lock-down’. Pihak keselamatan akan menyita dan mengawal
lalan keluar masuk wad berkenaan sementara strategi disusun dengan pihak
pengurusan bagi membebaskan tebusan.
‘Lock-down’ keseluruhan Hospital
1. Dalam situasi ini, keseluruhan hospital berada dalam ancaman keselamatan yang
tinggi.
2. Contohnya, apabila berlaku ancaman serangan terhadap hospital, tindakan ‘lock-
down’ dapat mengelakkan hospital dari dicerobohi oleh penyerang yang mungkin
membawa masuk bom dan sebagainya ke kawasan hospital.
Penglibatan pihak polis diperlukan dalam situasi ‘Lock-down’ ini. Pihak angkatan
tentera juga akan memainkan peranan sekiranya diperlukan. Dalam situasi ini, Arahan
18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan supaya pelbagai agensi kerajaan
dapat berganding sumber untuk menangani situasi sehingga selesai.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 99
LAMPIRAN
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 100
LAMPIRAN 1
TEKNIK-TEKNIK EVAKUASI PESAKIT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK BERJALAN SENDIRI (NON-AMBULATORY PATIENTS)
Pesakit yang tidak berupaya untuk berjalan sendiri boleh dikeluarkan menggunakan
pengusung (stretcher), selimut, cadar dan tilam. atau evacuation sheets. Pesakit
boleh diangkat menggunakan teknik berikut:
Teknik
mengangkat Lampiran
Angkatan berdua
Depan Belakang
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 101
Memapah
Depan Belakang
Menggunakan
Kerusi
1.
2.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 102
Heretan
Cadar/selimut
Mengangkat
depan dan
belakang (Fore
and Aft Carry)
Menjadikan
selimut sebagai
stretcher
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 103
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 104
Cara
mengangkat
bomba (Fireman
carry)
1.
2.
3.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 105
Menuruni tangga
(Mengunakan
kerusi)
Menuruni tangga
(Angkatan
Berdua)
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 106
Menuruni tangga
(Angkatan depan
dan Belakang)
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 107
LAMPIRAN 2
Sistem Pemadaman Kebakaran
a. SISTEM HYDRANT Sistem ini menggunakan air bertekanan tinggi seperti yang terdapat pada sistem
pancur basah. Lokasi Alat : Sistem ini biasanya terdapat di tepi bangunan atau
laluan utama (jalan).
b. SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER) Sistem ini menggunakan air bertekanan sebagai bahan pemadam. Air yang
bertekanan tinggi ini dipancut melalui hos dan ’nozzle’ kearah kebakaran. Ia Hanya
boleh digunakan oleh anggota BOMBA dan anggota-anggota lain yang dilatih khas.
Sistem Hydrant
Sistem Pancuran Basah
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 108
c. SISTEM GEGELUNG HOS (HOSE REEL) Sistem pemadaman kebakaran untuk digunakan oleh penghuni di peringkat awal
kebakaran.
d. SISTEM SPRINKLER Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi. Air bertekanan disalurkan melalui
paip yang dipasang siap dengan ’nozzle’. Jumlah ’nozzle’ yang dipasang mengikut
luas kawasan. Biasanya jarak antara satu ’nozzle’ dengan yang lain ialah 8 kaki.
Tatacara Guna : Alat ini berfungsi secara otomatik. Sekiranya berlaku kebakaran,
bahang panas kebakaran akan menyebabkan kaca yang terdapat pada ’nozzle’ akan
pecah, lalu pancutan air akan keluar dalam bentuk semburan (’spray’). Sistem ini
dipasang pada kebanyakan bangunan tinggi dan ianya terletak di siling-siling
bangunan.
Sistem Gegelung Hos
Sistem Sprinkler
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 109
e. SISTEM CO2 (KARBON DIOKSIDA) Sistem ini menggunakan gas CO2 dalam balang bertekanan. Tatacara Penggunaan :
Semasa berlaku kebakaran, ’signal’ akan dihantar ke Unit kawalan melalui alat
pengesan asap dan haba bagi membolehkan ’plunger’ menghentak kepala pada
balang gas. Semburan gas akan keluar dan menutupi kawasan atau bilik yang
terbakar. Sistem ini kebanyakannya terdapat pada bilik-bilik terhad yang
menggunakan bahan api atau punca bekalan eletrik. Misalnya dapur, loji dandang
(boiler) dan Bilik Suis.
Sistem CO2
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 110
f. ALAT PEMADAM API (Fire Extinguisher) Terdapat beberapa jenis alat mudah alih dalam pasaran. Bagi kegunaan hospital,
debu kering (dry powder) dan karbon dioksida (CO2) adalah yang paling popular.
Selain daripada itu terdapat jenis air dan buih. Dari segi kegunaan, sila rujuk jadual di
bawah.
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 111
JADUAL ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH, KELAS DAN JENIS API
KELAS API JENIS API ALAT YANG SESUAI
A
Api Pepejal
***TYPING SETTING
Api kertas
Api kain
Api kayu
1. Jenis air
2. Debu kering
3. Karbon dioksida
B
Api Cecair
Api minyak
Api lemak
Api petrol
Api cat
Api varnish
1. Jenis buih
2. Debu kering
C
Api Gas
L.P.G
Acetylene
Methane
Butane
Propane
Alcohol
1. Karbon dioksida
2. Debu kering
D
Api Logam Tidak sesuai
E
Elektrik Peralatan elektrik
Karbon dioksida
Debu Kering
F Api dari minyak masak Tidak sesuai
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 112
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 113
RUJUKAN
1. Arahan 18 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012
2. Arahan 20 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012
3. Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran
Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]
4. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
5. Hospitals safe from disasters: reduce risk, protect health facilities, save lives.
Geneva, United Nations International Strategy for Disaster Reduction, 2008
6. National incident management system. Washington, D.C., U.S. Department of
Homeland Security, 2008
7. World Health Organization outbreak communication planning guide. Geneva,
World Health Organization, 2008
8. Effective media communication during public health emergencies: a WHO
handbook. Geneva, World Health Organization, 2005
Patient Safety Unit
2018
2018