kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)
DESCRIPTION
kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d). OBJEKTIF - Setelah menjalani aktiviti 2,para peserta akan dapat mengenali kelebihan dan kemampuan setiap anak yang mencerminkan kecerdasan pelbagai. Definisi. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
KECERDASAN PELBAGAIPEMBANGUNAN KELUARGA(D)
OBJEKTIF- SETELAH MENJALANI AKTIVITI 2,PARA PESERTA AKAN DAPAT MENGENALI KELEBIHAN DAN KEMAMPUAN SETIAP ANAK YANG MENCERMINKAN KECERDASAN PELBAGAI.
DEFINISI
Kecerdasan pelbagai atau IQ (intelligence quotient) adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pemikiran yang mencakupi sejumlah kemampuan.Menurut seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner, setiap kanak-kanak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang bersesuaian.
Ibu bapa perlu mengetahui bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kecerdasan yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Howard Gardner juga, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran dan juga suasana pembelajaran.
ASPEK KECERDAS
AN PELBAGAI
NATURALIS
PINTAR PENDENGARAN
PINTAR RUANG
PINTAR DIRI
PINTAR PERGERAKAN
PINTAR BAHASA
PINTAR PERGAULA
N
PINTAR LOGIK ANGKA
CIRI-CIRI ASPEK KECERDASAN PELBAGAI
PINTAR BAHASA Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
ini lebih suka bercerita,berjenaka dan berteka teki.
Mereka juga sentiasa menikmati permainan yang menggunakan perkataan seperti permainan yang melibatkan kemahiran untuk mengeja.
Sentiasa menghabiskan masa dengan membaca.
menikmati silang kata Boleh membaca dan melukis dengan baik. contoh kerjaya:- peguam,pelakon,
novelis
PINTAR LOGIK ANGKA Ciri-ciri yang dimiliki oleh kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan ini pula ialah:* mereka boleh menikmati corak dan koleksi barangan.* mereka juga gemar ujian minda dan permainan komputer.* bermain dan memikirkan sesuatu yang melibatkan angka.* lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk angka.* membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu.
o Contoh kerjaya:- akauntan, pengaturcara komputer, saintis
PINTAR RUANG Kanak-kanak yang tergolong dalam kategori
kecerdasan ini mampu menikmati aktiviti kesenian dan kraf.
Mereka juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan seperti drama.
Menikmati cantuman gambar (jigsaw), mencari jalan (maze), gambar dan video.
Gemar melukis dan mencipta. Contoh kerjaya:- pelukis, jurubina,
pengembara
PINTAR PENDENGARAN Bagi kanak-kanak yang memiliki kecerdasan
ini, mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut. Antaranya ialah:-
* suka menyanyi* sentiasa menikmati muzik* boleh mengingati melodi* mendengar dan membuat persembahan muzik* bermain atau membuat alat muzik* mengikut rentak muzik
o Contoh kerjaya:- pemuzik, penggubah, penyanyi
PINTAR PERGERAKAN Individu yang mempunyai kecerdasan pintar
pergerakan ini lebih gemar menari dan melakukan aktiviti olahraga.
Mereka juga berkemampuan untuk menghantar sesebuah mesej melalui pergerakan badan.
Suka bergiat dan suka menyentuh Suka berlakon dan memainkan ape jua
peranan atau pergerakan. Suka membaiki peralatan. Contoh kerjaya:- pakar bedah, juru ukir, penari.
PINTAR PERGAULAN Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini lebih
mudah untuk berkawan. Suka mendampingi orang lain. Mereka juga boleh menikmati permainan
yang memerlukan kerjasama. Suka menyelesaikan masalah secara
berkumpulan. Prihatin terhadap orang lain. Contoh kerjaya:- ahli politik,kaunselor,
jurujual
PINTAR DIRI Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri pintar
diri lebih cenderung dan seronok bersendirian.
Mereka juga lebih suka membayangkan sesuatu.
Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu.
Menyimpan catatan hadiah dan suka berhobi.
Bermotivasi untuk membuat sesuatu. Contoh kerjaya:- penyajak, psikologis,
ahli falsafah
NATURALIS Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini merupakan
seorang yang prihatin terhadap alam. Mereka juga mempunyai sikap penyayang yang tinggi. Mempunyai sikap ingin tahu yang amat mendalam. Mempunyai rasa empati (belas kasihan) terhadap
semua benda hidup. Berkebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara
mengikut ingatan. Mereka juga mudah terasa. Merupakan seorang yang sangat sensitif atau peka
terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar.
Contoh kerjaya :- ahli geologi, pendaki gunung, petani, ahli botani, penternak.
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM DIRI ANAK-
ANAK Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang
keinginan anak-anak dalam melakukan apa jua perkara yang mereka sukai.
Ibu bapa juga boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk merancang teknik, kaedah dan strategi yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada kanak-kanak.
Ibu bapa juga perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan.
RUMUSAN Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa
setiap anak yang dilahirkan mempunyai tahap dan aspek kecerdasan yang tersendiri.
Ibu bapa harus berusaha merangsang dan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi meningkatkan aspek kecerdasan yang kurang dalam kalangan anak-anak.
Ibu bapa tidak seharusnya memaksa harapan mereka ke atas anak di luar kemampuannya.