kegiatan dbp di sana sini peraduan penulis dan blog ... · mengira sama ada cerpen, novel, puisi...
TRANSCRIPT
AKTIVITI BAHASA
KEGIATAN DBP DI SANA SINI PERADUAN
BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 Halaman SembilanBH PILIH L9 16 (emel)
“Ada beberapa orang pengarang muda yang menghubungi saya seca
ra peribadi dan menyatakan rasa teruja untuk membina blog sendiri” cerita Nisah Haji Haron yang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Blog Kepada Penulis dalam seminar “Penulis dan Blog – Aliran Masa Kini” yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Mac yang lalu.
Blog yang pada mulanya merupakan catatan perjalanan seseorang di Internet telah bertukar menjadi salah satu media alternatif untuk mereka meluahkan atau memberikan pendapat mereka di dalam sesuatu perkara tanpa ada sekatan atau halangan oleh pihak tertentu.
Di samping itu, blog juga boleh menjadi sumber maklumat utama bagi mereka yang memerlukan sesuatu berita atau maklumat yang lebih tepat. Hal ini telah diperakui oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Nisah, pada masa kini, di Malaysia telah ramai penulis yang mempunyai laman blog sendiri. Antara tujuan mewujudkan blog ini ialah untuk mendekatkan pembaca dan pengarang, mempromosi karya, berkongsi maklumat pengkaryaan, menjual karya secara atas talian, memartabatkan kesusasteraan Melayu, dan menjalin ukhuwah dan dunia buku.
Menurut beliau lagi, penulis blog dalam Bahasa Melayu agak sedikit jika dibandingkan dengan penulis blog dalam Bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, amat penting kepada setiap penulis muda atau mapan yang mempunyai laman blog mereka sendiri agar terus memperjuangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan mengekalkan gaya penulisan yang formal, rasmi dan sesuai untuk bacaan semua peringkat pembaca.
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh setiap pemilik blog ia akan mengakibatkan kehancuran bahasa Melayu dengan wujudnya lebih banyak bahasa rancu, bahasa seperti dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menjadikan Bahasa Melayu tidak lagi dihormati di laman maya.
Tambahnya lagi, sesebuah blog itu mestilah mudah dicapai oleh pengguna. Sekiranya penulis blog tidak menggunakan bahasa dan ejaan Bahasa Melayu yang betul, ini akan menimbulkan kesukaran kepada pelayar blog untuk mencari bahan yang mereka perlukan. Kini, para pelajar sekolah atau IPT turut menjadikan blog sebagai tempat untuk mereka menulis atau berkongsi nota kuliah.
Oleh itu, tidak rugi sekiranya setiap penulis yang telah mempunyai karya di media cetak, tanpa mengira sama ada cerpen, novel, puisi ataupun karyakarya bukan fiksyen berkongsi hasil tulisan mereka di laman blog mereka sendiri di samping dapat mengangkat dan mempromosi produk yang telah mereka hasilkan.
Melintang1. Harta pusaka yang diwarisi dari-
pada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
7. Tidak hadir (bahasa percakapan). 8. Bahasa Arab bermaksud alamat,
tanda-tanda.9. Tajuk puisi karya penyair T. Alias
Taib dalam Pedoman Sastera. 10. Sejenis masakan yang banyak
kuahnya.. 11. Ikatan Penerbit Indonesia. 12. Baling atau lontar dalam dialek
Negeri Sembilan. 14. Air yg dibekukan, air batu. 18. Ringkasan kata sapaan Raja Dr.
Nazrin Shah. 19. Toreh yang agak dalam pada
pokok. 20. Misai kaum Murut..
Ke Bawah1. 46 peratus masyarakat Malaysia
yang serius membaca terdiri dari-pada golongan pelajar dan ................
2. Kolum Dr. Awang Sariyan: ............. Mengarang.
3. Cantik, bagus, elok.4. Kata Klasik yang bermaksud
sahabat karib, orang kepercayaan, orang harapan.
5. Maksud frasa Clean out dalam bahasa Melayu.
6. Sistem masyarakat yang sebahagi-an besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki.
13. Genap satu tahun (untuk mem-bayar zakat).
15. Rumah kecil yang didirikan untuk sementara.
17. Potongan rambut lelaki yang disikat dan dibentuk seperti ombak atau balung.
Syarat Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada semua pem-baca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Mei 2008. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda kepada:
Peraduan Teka Silang Kata April 2008, Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2894Faks: 03-2142 2029
Dalam usaha yang berterusan untuk memasyarakatkan bahasa dan sastera
kebangsaan di negeri Sarawak, Jerayawara Bahasa dan Sastera (JBS) fasa pertama diadakan. JBS yang merupakan kegiatan dalam Jawatankuasa Kerjasama Bahasa dan Sastera Bahagian (JKBSB) diadakan dari 23 hingga 27 Mac yang lalu. Memandangkan keluasan negeri, JBS dibahagikan kepada beberapa fasa mengikut bahagian. Fasa pertama meliputi bahagian Sri Aman, Sarikei dan Bintulu yang diketuai oleh Ketua Unit Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Encik Zasran Abdullah dan melibatkan seramai 16 orang staf lain.
JKBSB ditubuhkan pada tahun 2002 bagi membantu DBPCS dalam memastikan kegiatan bahasa dan sastera dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Antara aktiviti yang diatur semasa JBS bersempena sambutan ulang tahun ke30 DBPCS ialah Bengkel Pemurnian Karya, Ceramah Bahasa, Ceramah Sastera, Bengkel Majalah Sekolah, Bengkel Penerbitan, Hari Bersama Pelanggan DBP, Jualan Buku dan Malam Kesenian. Selain daripada itu, acara sukan seperti badmin
ton dan futsal turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara staf DBP dengan masyarakat tempatan.
Dengan kata lain, DBP perlulah ‘turun padang’ bertemu dengan masyarakat yang pelbagai kerana dengan cara ini DBP akan lebih mudah mengetahui kehendak dan harapan orang ramai umumnya.
Dalam ucapan pada Malam Kesenian, Encik Zasran Abdullah yang mewakili Pengarah DBPCS berharap agar masyarakat menerima JBS ini seperti masyarakat menerima acara lain yang bercorak hiburan seperti “Jom Heboh”. “Dalam rangka masa 30 tahun DBP wujud di Sarawak, banyak usaha telah dilakukan untuk mendekatkan dirinya dengan masyarakat.
Kini, sesuai dengan trend moden,
maka DBP mengambil pendekatan yang berbentuk jerayawara untuk menjalinkan kekitaan dan kerjasama dalam mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa, sastera dan penerbitan yang banyak mengalami persaingan dengan bentuk hiburan yang lain,” katanya.
Sementara itu, Residen Bahagian Bintulu, Dr. Razali Abon dalam ucapan semasa majlis Malam Kesenian di Bintulu, berpendapat bahawa mereka yang memperkasakan bidang kejuruteraan,. Pentadbiran, pengurusan dan sebagainya harus bersama mengangkat bahasa kebangsaan dengan memperluas penggunaan agar bahasa itu mendapat tempat dalam bidang yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris.
Oleh Abang Haliman Abang Julai
Penulis dan Blog: Aliran Masa Kini
Jerayawara Bahasa dan Sastera Negeri Sarawak
Oleh Wan Mohd Saophy Amizul
Oleh Norazlinda Misran
KongSi iDEA: Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP (tiga dari kiri) bersama penulis Blog dan nisah (empat dari kiri).
Wong Kah Peng,No. KP: 900125-08-6789Nur Azwani Mohd Supri,No. KP: 890212-02-5240Siti Wahidah Musman,No. KP: 901006-01-6838Norfarhani Sulaiman,No. KP: 901013-08-5428Khafidz Haji Mahmud,No. KP: 670316-10-5013
Azieah Ali,No. KP: 901011-12-6652Rahimah Jinawi,No. KP: 750511-12-5220Hussayna Shaik Daud,No. KP: 550125-07-5566Lela a/p Narayanan Nair,No. KP: 620730-01-5894Mohamad Khizar Haji Awang,No. KP: 621208-07-5231
PEMENANG
JAWAPAN DAN PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA SIRI 14
BERSATU: Encik Zasran (dua dari kiri), bersama staf DBPCS menjayakan JBS.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10