kejatuhan ringgit malaysia

14
7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 1/14 Kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku sejak awal tahun ini adalah antara perkara yanghangat dipaparkandi dadaakhbar dan media massa. Topik ini bertambah hangat apabila matawang kita jatuh keparas terendah sejak krisis ekonomi Asia pada September 1998 iaitu padakadar tukaran 1USDbersamaanRM3.8718, sebelum ditutuppadaRM3.8537per 1 USDpetang Selasa yang lalu. KejatuhanRM telahmenimbulkankeresahan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanyaapabila hal ini dikaitkan dengan situasi politik negara. Pada masakini terdapat beberapakemelut politik dalamnegara yangdikatakan menjadi puncautama kejatuhan RM; antaranya ialah kontroversi yang melibatkan syarikat milikan penuh KementerianKewangan Malaysia iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta rombakankabinet yangmelibatkanpemecatanmengejut TimbalanPerdanaMenteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin, PeguamNegara, Tan Sri Abdul Gani Patail, beserta beberapa menteri lain yang mengkritik pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Persoalannya, adakahbenar konflik politik dalaman negara yang menjadi faktor utama kejatuhan RM? Atau terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara ini? Siri analisis kali iniakancubauntuk memberigambaran sebenar tentang apakah yang berlaku di sebalik kejatuhan matawangnegara kita dengan harapania dapat difahami olehrakyat. Namunsebelum itu pentinguntuk kita faham mengenaikonsep asas tukaran matawang asing, sebelum beralih kepadapersoalan tersebut.  Apakahitukadar tukaranwangasing? Definisi kadar tukaran wang asing atau ‘foreign exchange’ adalah transaksi yang melibatkantukaranmatawang sesebuahnegara kepada matawang negara lain. Harga matawang diantara duanegara ini akan bergantung kepada permintaan dantawaran matawang tersebut. Sistemforeign exchange terbahagi kepada 2 jenis iaitu ‘Fixed (Pegged) Exchange Rate’  dan ‘ FloatingExchangeRate’ . Fixedexchangerate  adalahsistem yangmana kadar tukaranmatawang tidak berubah dan dikawal olehBank Pusat sesebuahnegara. Apabila berlakunya pertambahan atau pengurangan terhadap permintaan matawang, Bank Pusat akanmenjual atau membeli matawang negara tersebut supaya hargamatawang negara tersebut tidak berubah. Sistemini pernah digunakan olehMalaysia sewaktu Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1998 yangmanakita menambat RM 3.80untuk setiap1USD. Sistem ini memerlukan simpanan ( reserves ) yang besar untuk Bank Negara Malaysia campurtangan sekiranya berlaku volatility  yang terlalu tinggi padaRM berbandingmatawang asing. Sementara itu, floating exchangerate  pula adalah kadar tukaran yang ditentukan oleh permintaan dan tawaran terhadap kadar tukaran tersebut. Apabila terdapat pertambahan permintaan untuk sesebuahmatawang, nilai matawang tersebut akan

Upload: nor-fadhilah-zainudin

Post on 04-Mar-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FAKTOR KEJATUHAN RM

TRANSCRIPT

Page 1: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 1/14

Kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku sejak awal tahun ini adalah antara

perkara yang hangat dipaparkan di dada akhbar dan media massa. Topik ini bertambah

hangat apabila matawang kita jatuh ke paras terendah sejak krisis ekonomi Asia pada

September 1998 iaitu pada kadar tukaran 1 USD bersamaan RM3.8718, sebelum

ditutup pada RM3.8537 per 1 USD petang Selasa yang lalu.

Kejatuhan RM telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia

terutamanya apabila hal ini dikaitkan dengan situasi politik negara. Pada masa kini

terdapat beberapa kemelut politik dalam negara yang dikatakan menjadi punca utama

kejatuhan RM; antaranya ialah kontroversi yang melibatkan syarikat milikan penuh

Kementerian Kewangan Malaysia iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta

rombakan kabinet yang melibatkan pemecatan mengejut Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, beserta

beberapa menteri lain yang mengkritik pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya, adakah benar konflik politik dalaman negara yang menjadi faktor utama

kejatuhan RM? Atau terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara ini?

Siri analisis kali ini akan cuba untuk memberi gambaran sebenar tentang apakah yang

berlaku di sebalik kejatuhan matawang negara kita dengan harapan ia dapat difahami

oleh rakyat. Namun sebelum itu penting untuk kita faham mengenai konsep asas

tukaran matawang asing, sebelum beralih kepada persoalan tersebut.

 

Apakah itu kadar tukaran wang asing?

Definisi kadar tukaran wang asing atau ‘foreign exchange’ adalah transaksi yang

melibatkan tukaran matawang sesebuah negara kepada matawang negara lain. Harga

matawang di antara dua negara ini akan bergantung kepada permintaan dan tawaran

matawang tersebut. Sistem foreign exchange terbahagi kepada 2 jenis iaitu

‘Fixed(Pegged) Exchange Rate’ dan ‘Floating Exchange Rate’.

Fixed exchange rate adalah sistem yang mana kadar tukaran matawang tidak berubah

dan dikawal oleh Bank Pusat sesebuah negara. Apabila berlakunya pertambahan ataupengurangan terhadap permintaan matawang, Bank Pusat akan menjual atau membeli

matawang negara tersebut supaya harga matawang negara tersebut tidak berubah.

Sistem ini pernah digunakan oleh Malaysia sewaktu Krisis Ekonomi Asia pada tahun

1998 yang mana kita menambat RM 3.80 untuk setiap 1USD. Sistem ini memerlukan

simpanan (reserves) yang besar untuk Bank Negara Malaysia campurtangan sekiranya

berlakuvolatility yang terlalu tinggi pada RM berbanding matawang asing.

Sementara itu,floating exchange rate pula adalah kadar tukaran yang ditentukan oleh

permintaan dan tawaran terhadap kadar tukaran tersebut. Apabila terdapat

pertambahan permintaan untuk sesebuah matawang, nilai matawang tersebut akan

Page 2: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 2/14

bertambah berbanding dengan matawang lain. Pertambahan permintaan ini boleh

dipandu oleh imports and eksport, pendapatan relatif, kadar inflasi relatif, dan spekulasi.

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tukaran wang

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pasaran matawang sesebuah negara tetapi

faktor-faktor ini hanya memberi kesan terhadap negara yang mengamalkanfloating

exchange rate regime sahaja. Antaranya adalah kadar inflasi negara, kadarinterest

rates, public debt, dan kestabilan politik serta ekonomi.[1]

 

1.Kadar inflasi sesebuah negara memberi kesan secara terus terhadap permintaan

matawang negara tersebut. Sekiranya negara A mempunyai kadar inflasi yang tinggi, ia

bermaksud kuasa membeli pengguna matawangnya merosot berbanding negara lain

yang mempunyai kadar inflasi yang jauh lebih rendah.

Sebagai contoh kita ambil Malaysia dan Indonesia sebagai perbandingan. Jadual di

bawah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan Indonesia sejak dari tahun 2010

sehingga 2014 dan kita dapat lihat trend di Indonesia semakin meningkat dan jauh lebih

tinggi berbanding Malaysia. Kesan dari kadar inflasi ini dapat dilihat daripada exchange

rate RM dan Rupiah seperti carta di bawah yang mana RM semakin kuat (strengthening)

berbanding Rupiah.

Kadar Inflasi di Malaysia dan Indonesia[2]

Negara 2010 2011 2012 2013 2

Malaysia 1.7 3.2 1.7 2.1 3.

Indonesia 5.1 5.4 4.3 6.4 6.

Page 3: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 3/14

Kadar tukaran RM ke Rupiah

 

2.Hutang awam ( public debt) yang tinggi oleh pihak kerajaan untuk membiayai projek

mega akan menyebabkan kadar inflasi meningkat. Apabila kadar inflasi meningkat, ia

akan menyebabkan harga matawang negara A jatuh kerana inflasi menghakis kuasa

membeli menggunakan matawang tersebut. Selain dari itu, kadar hutang yang tinggi

 juga akan menyebabkan para pelabur asing lari kerana bimbang negara tersebut akan

bankrup dan tidak dapat memenuhi keperluannya. Di sinilah perananrating agency

international sangat penting dalam menilai rating hutang negara, adakah masih pada

paras yang sihat atau tidak dan ia mempengaruhi penentuan kadar tukaran matawang

negara A itu.

Sebagai contoh, European Union sedang berdepan dengan masalah beberapa buah

negara yang mempunyai kadar public debt yang tinggi seperti Greece, Cyprus, Italy,

Spain dan Portugal. Greece berada di penghujung talian hayat dan bakal diishtiharkanmuflis sekiranya tiada tindakan yang strategik diambil untuk menyelesaikan masalah

ekonominya. Apabila Greece berdepan dengan masalah kadar hutang yang tinggi, para

pelabur asing sudah bertindak lebih awal dengan menjual kesemua bon kerajaan

Greece dan membuat pelaburan di negara lain[3]. Ada sesetengah ahli ekonomi

menjangkakan krisis ekonomi Greece berkemungkinan besar akan

menyebabkandomino effectterhadap ekonomi negara di bawah European Union. Jadi,

kadar hutang negara yang terlalu tinggi tidak sihat untuk pertumbuhan ekonomi dan

menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara tersebut.

 

Page 4: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 4/14

3.Kestabilan politik dan ekonomi adalah antara faktor yang menentukan kenaikan

dan penurunan kadar matawang negara yang mana negara yang tidak mempunyai

struktur pemerintahan dan ekonomi yang kukuh menyebabkan pelabur asing kehilangan

keyakinan dan melarikan modal mereka ke negara yang lebih stabil.

Sebagai contoh, Thailand adalah antara negara yang mempunyai masalah kestabilan

politik di mana sejak tahun 1930 telah berlaku 12 coup d’état dan 7 cubaan menjatuhkan

pemerintahan Thailand namun tidak berhasil. Apabila berlaku protes jalanraya dan

cubaan coup d’etat, kesemua pekerja akan diarahkan untuk pulang ke rumah dan

menanti hasil penggulingan, adakah akan ada kerajaan baru atau tidak[4]. Dengan

ketidakstabilan politik di Thailand, telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi Thailand

 jatuh ke 2.9% pada tahun 2013, jauh lebih rendah dari negara ASEAN lain seperti

Filipina. Indonesia dan Vietnam.[5]Foreign Direct Investment di Thailand juga jatuh lebih

teruk berbanding Indonesia pada tahun 2014. Secara ringkas, kestabilan sesebuahnegara amat penting kerana ia menambah keyakinan pelabur luar untuk melabur.

 

4. Selain daripada faktor di atas, interest rates juga memainkan peranan penting

terhadap pergerakan sesebuah matawang, yang mana kadarinterest yang tinggi

menawarkan para peminjam pulangan yang lebih baik berbanding negara lain. Maka,

kadarinterest yang tinggi akan menarik modal asing ke negara A, meningkatkan

permintaan terhadap matawang negara A sekaligus menaikkan harga matawang A. Kita

akan bincang dengan lebih lanjut tentang faktor yang terakhir ini di siri yang akandatang.

 

Faktor Luaran 1 – Kejatuhan Harga Minyak Dunia

 

Page 5: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 5/14

Pada tahun 2014, harga minyak dunia mengalami kejatuhan mendadak di mana pada

Januari 2014, harga minyak berada pada paras USD106 setong dan secara beransur-

ansur mengalami kejatuhan sehingga ke paras USD50 setong pada hari ini. Kejatuhan

harga minyak dunia juga adalah disebabkan oleh masalah permintaan (demand) dan

bekalan (supply) yang mana terdapat lebihan minyak yang dihasilkan oleh pengeluar

minyak dunia. Ekonomi terbesar dunia, AS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini telahberjaya mengeluarkan minyak yang mencukupi untuk kegunaan domestiknya dan

mengurangkan kebergantungan kepada OPEC sebagai pengeluar utama minyak dunia.

Manakala ekonomi kedua terbesar dunia, iaitu China sedang mengalami kelembapan

ekonomi, menyebabkan bekalan minyak dunia melebihi permintaan (demand) dan

menekan harga ke bawah.

 

Apabila berlakunya kejatuhan harga minyak dunia, ia memberi impak negatif kepada

matawang komoditi (Commodity currency) seperti Ringgit Malaysia. Matawang komoditiadalah nama yang diberikan kepada matawang yang bergantung kepada hasil

pengeluaran bahan mentah sebagai sumber utama perbendaharaan negara.

Disebabkan Malaysia bergantung kepada hasil pengeluaran bahan mentah, terutamanya

sumber petroleum maka Ringgit Malaysia cenderung untuk bergerak selari dengan

pergerakan harga minyak mentah.

 

Selain daripada kejatuhan harga minyak, kejatuhan harga komoditi lain seperti Minyak

Sawit Mentah (Crude Palm Oil) dan getah turun memberi kesan terhadap RinggitMalaysia kerana Malaysia adalah pengeluar Minyak Sawit Mentah terbesar dunia

Page 6: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 6/14

selepas Indonesia. Walaupun kejatuhan harga minyak mentah (Crude Oil) dan Minyak

Sawit Mentah memberi kesan terhadap bajet kerajaan Malaysia, Kita tidak akan

membincangkan topik tersebut kerana fokus kita adalah untuk memahami pergerakan

Ringgit Malaysia berbanding matawang lain.

 

Faktor Luaran 2 – Jangkaan (Anticipation) kenaikan Interest Rates US

Interest rates adalah salah satumonetary policy yang digunakan untuk mempengaruhi

keseluruhan aktiviti dalam ekonomi bagi memastikan kadar permintaan dan bekalan

berada pada paras yang stabil. Daripada carta di atas kita dapat lihat bahawainterest

rates yang dikenakan olehThe Federal Reserves of US (The Fed) semakin menurun

dari tahun 2006, dan pada tahun 2009 kadarinterest rates adalah pada hampir 0%. Apa

yang berlaku pada tempoh tersebut sebenarnya adalah salah satu tindakan yang diambil

olehThe Fed untuk membangunkan ekonomi AS yang lumpuh kerana Krisis Ekonomi

Dunia pada tahun 2008.

 

Namun sehingga ke hari ini,The Fed masih tidak menaikkaninterest rates kerana data

yang diperoleh tentang aktiviti ekonomi domestiknya tidak memberangsangkan dan

dengan menaikkan kadarinterestsecara tergopoh gapah akan menyebabkan ekonomi

AS jatuh ke dalam krisis susulan yang tidak diingini.

 

Page 7: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 7/14

Sejak awal tahun ini,The Fed mula memberikan petunjuk untuk menaikkan

kadarinterestdi manaThe Fed akan membuat pertemuan berkala bagi menganalisa

situasi ekonomi AS dan membuat keputusan samada untuk menaikkan atau

membiarkan kadar interest untuk satu tempoh yang belum diketahui. ApabilaThe

Fed memberikan petunjuk tersebut, maka para pelabur dari luar AS yang sedangmemegangEurope and Japanese low yielding bonds, akan beralih

kepadabond AS kerana memberi pulangan yang lebih baik. Ini menyebabkan matawang

kebanyakan negara lain di dunia jatuh dan matawang AS pula semakin kuat. Secara

mudah, fenomena kejatuhan Ringgit ini bukanlah disebabkan oleh kelembapan ekonomi

Malaysia, tetapi disebabkan oleh faktor rangsangan (catalyst) dari jangkaan

kenaikaninterest rates olehThe Fed.

 

Persoalan samadaThe Fed akan benar-benar menaikkan kadarinterest adalah soalan

yang tidak diketahui jawapannya kerana terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira

olehThe Fed. Antaranya, apabila kadarinterest dinaikkan, maka kos peminjaman

(borrowing cost) akan meningkat dan menyebabkan syarikat akan menjadi tidak

kompetitif.

 

Ada juga kemungkinan kadar pengangguran semakin bertambah selepas kenaikan

kadarinterestkerana syarikat akan menghadapi kenaikan dalam kos pengoperasian

lantas mengambil tindakan untuk memberhentikan pekerja. Setakat ini data kadar

pengangguran di AS masih tidak menunjukkan tanda yang positif. Pasaran Saham AS

 juga akan terjejas kerana kebanyakan syarikat diniagakan di pasaran saham

adalahMultinational Corporation(MNC‘s) yang mempunyai operasi di kebanyakan

negara seluruh dunia. Dengan eksport yang semakin tidak kompetitif, juruanalisaWall

Street menjangkakan pendapatan syarikat ini makin berkurangan. Selain itu, apabila

USD semakin kuat, ia menyebabkan eksport AS semakin mahal dan permintaan kepada

eksport AS semakin berkurang.

 

Perbandingan antara negara Asia dengan USD – majoriti negara turut terkesan

Page 8: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 8/14

 

Secara jelas di sini kita dapat lihat bahawa matawang negara lain di Asia juga

mengalami kejatuhan, dan kesemua matawang di atas adalah matawang negara yang

mempunyai ekonomi yang jauh lebih besar dari Malaysia seperti Jepun, Singapura,

Korea Selatan, dan Indonesia. Secara ringkas, situasi yang dihadapi oleh Malaysia

adalah sama seperti negara-negara lain kerana faktor penyumbang terbesar kejatuhan

Ringgit Malaysia adalah faktor luaran iaitu jangkaan kenaikaninterest rates AS

 

Faktor dalaman – Fitch negative outlook

 

Credit rating agencyadalah agensi yang bertanggungjawab untuk menetapkancredit

rating,di mana ia menentukan keupayaan penghutang membayar kembali hutang

dengan membuat bayaran berkala dan kebarangkalian untuk bankrap. Terdapat 3Credit

Rating Agencyterbesar dunia yang membuat penetapancredit ratingsetiap negara

iaituMoody’s, Standard & Poor dan jugaFitch.Pada bulan Julai 2014, salah

sebuahcredit rating agencydunia,Fitch telah membuat semakan semularating

outlookMalaysia daripada stabil kepada negatif.

 

Antara punca utama yang menyebabkanFitch membuat semakan semula adalah

disebabkan oleh bajet defisit yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia telah mencecah

53.3% per GDP pada hujung tahun 2012.Fitch berpendapat bahawa agak sukar untuk

Page 9: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 9/14

kerajaan Malaysia mencapai target interim 3% defisit untuk tahun 2015 sekiranya tiada

tindakan konsolidasi diambil untuk menangani isu ini. Semakan semulaFitch

terhadapoutlook Malaysia membawa maksud secara tidak langsung bahawa ekonomi

Malaysia tidak kukuh dan terdedah kepadaexternal shock.

 

Pihak Kerajaan kemudiannya mengumumkan untuk mengambil tindakan rasionalisasi

subsidi dalam usaha untuk mencapai target defisit yang ditetapkan. Antara tindakan

yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan sistem harga petrol

apungan terkawal (managed float) yang mana harga minyak akan diselaraskan mengikut

purata harga minyak mentah pada bulan sebelumnya. Selain itu, kerajaan juga

mengambil langkah proaktif dengan membuat penyelarasan semula bajet 2015 pada

bulan Januari 2015 yang mana pengurangan bajet kerajaan sebanyak RM5.5 Billion

telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disebabkan oleh

kejatuhan harga minyak dunia.

 

Pada bulan Julai 2015,Fitch mengumumkan bahawaoutlook untuk Malaysia telah

disemak semula daripada negatif kepada stabil. Antara faktor yang menyebabkan

semakan semula itu adalah keranaFitch berpendapat langkah rasionalisasi subsidi dan

perlaksanaan GST oleh pihak kerajaan bakal menunjukkan kesan yang positif dan

menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.

 

Sungguhpun Fitch memberikannegative outlook kepada Malaysia, agensirating yang

lain sepertiStandard&Poors memberikan pendapat yang berbeza yang menyatakan

bahawaoutlook Malaysia masih lagi di tahap yang stabil. Sejauh mana impak yang

dibawa oleh tindakanFitch terhadap ekonomi Malaysia di mata pelabur asing tidak dapat

ditentukan dan saya yakin impaknya hanya minimal.

 

Tambatan Matawang Ringgit kepada US Dollar

Terdapat cadangan untuk menambat Ringgit kepada US Dollar apabila melihat kadar

tukaran Ringgit Malaysia ke US Dollar mencecah angka RM4 untuk setiap 1 USD,

namun adakah cadangan tersebut sebenarnya dapat menyelesaikan masalah kejatuhan

Ringgit Malaysia?

 

Apabila kita menambat Ringgit Malaysia ia tidak bermakna matawang Ringgit tidak akan

 jatuh lagi, tetapi ia akan menyebabkan Bank Negara Malaysia terikat untuk

Page 10: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 10/14

mempertahankan matawang kita daripada kenaikan atau kejatuhan dengan melakukan

transaksi jual dan beli.

 

Sekiranya matawang Ringgit Malaysia semakin menaik berbanding matawang luar,(semakin sedikit RM yang boleh dibeli oleh matawang luar), maka BNM mempunyai

tanggungjawab untuk menjual Ringgit untuk mengurangkan kenaikan Ringgit dan

supaya Ringgit kembali kepada harga asal tambatan. Ini tidak menjadi masalah kerana

BNM hanya perlu menjual matawang domestik.

 

Apabila matawang Ringgit Malaysia semakin menurun seperti masa yang ada sekarang,

BNM perlu mempertahankan Ringgit dengan membeli matawang asing,

menggunakanforeign reserves yang dimiliki oleh BNM serta menguatkuasakancapitalcontrol. Pembelian matawang asing menggunakanreserves akan menyebabkan

masalah yang besar keranaforeign reserves yang dimiliki oleh BNM akan susut dengan

kadar yang amat pantas, bergantung kepadavolatility tukaran matawang asing.

 

Selain itu, cadangan untuk menambat matawang kepada USD dilihat tidak praktikal

kerana secara asasnya, ekonomi Malaysia masih kukuh dengan kadar pertumbuhan

ekonomi kuarter kedua 2015 yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.9%, melebihi

sasaran 4.5%. Dengan kejatuhan Ringgit, pasaran domestik akan terus menjadi pemacu

kepada ekonomi negara dan menjadikan barangan eksport Malaysia jauh lebih murah

berbanding barangan daripada AS.

 

Seperti yang telah dibincangkan diatas, faktor luaran lebih banyak mempengaruhi

pasaran matawang, jadi dengan menambat Ringgit, kita tidak menyelesaikan masalah

asal kejatuhan Ringgit iaitu isu bekalan (supply) dan permintaan (demand) minyak dunia

serta isu kenaikan kadarinterest olehThe Fed pada September atau Disember ini. Kita

akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai impak kejatuhan matawang kepada

ekonomi domestik pada siri seterusnya.

Impak kejatuhan Ringgit Malaysia kepada ekonomi – Eksport

Secara teori, kejatuhan Ringgit Malaysia akan menjadikan produk eksport lebih

kompetitif berbanding sebelumnya. Ini adalah disebabkan dengan kejatuhan Ringgit

Malaysia berbanding matawang asing, harga eksport kita lebih murah dan tidak

menjejaskan kualiti produk. Sebagai contoh, pada Januari 2015, James dari US

membeli produk eksport dari Malaysia yang berharga RM35 (USD10) namun pada

August 2015, produk yang sama kini berharga USD 8.50.

Page 11: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 11/14

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

berpendapat bahawa kejatuhan Ringgit Malaysia akan membawa faedah kepada

pengusaha eksport. Beliau juga berpendapat bahawa kejatuhan Ringgit Malaysia ini

hanya bersifat sementara (short term) kerana fundamental ekonomi Malaysia yang

kukuh menjadi sebab utama pelabur luar memilih Malaysia sebagai destinasi pilihanuntuk mengembangkan perniagaan mereka. Definisi ‘pelabur luar’ di sini adalahForeign

Direct Investment,di mana syarikat asing meluaskan sayap perniagaan mereka di

sesebuah negara, samada melalui pemilikan majoriti atau memulakan syarikat baru.

Bagi membuktikan kekukuhan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata

bahawa terdapat pertambahan sebanyak 152.6% kepada RM33.6 billion jumlah

pelaburan pada suku pertama tahun ini berbanding dengan hanya RM13.3 billion pada

tahun lepas dan kebanyakannya disumbangkan oleh 189 buah projek pengilangan

(manufacturing)

Impak kejatuhan Ringgit Malaysia kepada ekonomi – sektor pelancongan

Sektor Pelancongan adalah antara penyumbang tertinggi KDNK (GDP) iaitu sebanyak

RM161billion (14.9% dari GDP)pada tahun 2014 dan dijangka meningkat kepada 20.2%

pada tahun 2015. Sektor ini juga adalah sumber pendapatan terbesar tukaran matawang

asing (foreign exchange)kepada negara. Kejatuhan Ringgit Malaysia akan memberi

sebuah pemangkin (catalyst) kepada sektor pelancongan dengan menarik lebih ramai

pelancong asing datang ke Malaysia kerana para pelancong merasakan yang mereka

mempunyai kuasa membeli ( purchasing power) yang lebih besar berbanding sebelumini. Para pelancong juga merasakan Malaysia kini lebih murah (affordable) berbanding

sebelum ini.

Ini dapat dilihat dengan kebanjiran pelancong negara jiran, Singapura yang berpusu-

pusu memasuki Malaysia pada bulan Jun yang lepas dan kadar permit kemasukan yang

baru tidak menghalang mereka dari memasuki Malaysia. Dengan kebanjiran rakyat

Singapura di Malaysia, ia akan memberi faedah kepada perusahaan kecil dan

serdahana kesan daripadaspillover industri pelancongan. Walaupun terdapat banyak

faedah dari kejatuhan Ringgit Malaysia, Presiden MATTA, Hamzah Rahmat berpendapat

bahawa krisis politik di Malaysia yang sedang berlaku ini sekiranya tidak diperbetulkan

akan menjadi faktor yang menyebabkan pelancong asing menjauhkan diri dari Malaysia.

Secara mudah, terdapat beberapa kesan positif dengan kejatuhan Ringgit Malaysia

kepada sektor pelancongan negara; namun sepertimana pelabur asing yang sentiasa

mahukan kestabilan politik dan ekonomi, begitu juga dengan pelancong asing yang

kebanyakannya hanya akan ke negara yang stabil politik dan ekonominya.

Kejatuhan matawang –Forward outlook in long term

Page 12: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 12/14

Kejatuhan matawang sesebuah negara boleh dianggap sebagai penunjuk utama

(leading indicator)untuk berlakunya krisis ekonomi sekiranya ia tidak dikawal dengan

baik.

Walaupun KDNK Malaysia untuk separuh tahun pertama ini menunjukkan kenaikan

melebihi jangkaan iaitu 4.9%, terdapat kemungkinan lain bahawa ekonomi negara masih

belum merasakan impak penurunan harga komoditi utama seperti minyak mentah,

minyak sawit mentah, getah, penurunan permintaan terhadap eksport negara, serta

kelembapan ekonomi (economic slowdown) di kebanyakan negara besar seluruh dunia.

Kelembapan ekonomi rakan dagang terbesar Malaysia, China yang merupakan ekonomi

kedua terbesar dunia berpotensi untuk menyebabkan penurunan permintaan terhadap

eksport Malaysia. China sedang mengalami kelembapan ekonomi dan untuk

memulihkan kembali ekonominya, China telah mencuba beberapa strategi; antaranya

adalah dengan menurunkan kadarinterest, menggunakanQuantitative Easing strategi,

dan RMBDevaluation.Pada penghujung tahun 2014, China telah menurunkan

kadarinterest sebagai langkahnya untuk merancakkan kembali ekonomi domestiknya

daripada 3.0% kepada 2.75% di mana ia adalah kali pertama China menurunkan

kadarinterestsejak tahun 2012.Namun impak yang dibawa hanya minima dan

menyebabkan China menurunkan lagi kadarinterest di mana secara keseluruhannya,

China telah membuat 4 kali penurunan kadarinterestdalam masa 7 bulan.

Penurunan kadarinteresttersebut masih belum memberi kesan yang diinginkan

olehPublic Bank of China (PBOC), maka China sekali lagi mengejutkan dunia denganmenggunakanQuantitative Easingversi China. Perbezaan QE China berbanding QE

yang dilakukan di Amerika adalah PBOC tidak terus mengepam duit ke program khusus

yang hendak diselamatkan tetapi PBOC mengepam dana kepada policy banks untuk

membiayai sebarang projek di bawah seliaan kerajaan China, membantu dana kerajaan

yang sedang membuat sokongan harga ( price support) terhadap pasaran saham China

dan menggalakkan bank untuk membeliMunicipal Bonds.

Terbaru China menurunkan nilai (devalue)matawangnya sebanyak 3% untuk menarik

kembali pelabur luar ke China dengan menjadikan eksport China lebih kompetitif demi

meningkatkan semula aktiviti ekonominya. Namun impak terhadap polisi tersebut masih

terlalu awal untuk diketahui samada ia berjaya mengembalikan ekonomi China seperti

sebelum ini atau ia tidak.

Kesemua ini adalah antara peristiwa penting yang kita perlu fahami kerana ia

menunjukkan bahawa ekonomi rakan dagang Malaysia yang terbesar sedang mengecut

(contract). Ia juga menandakan bahawa terdapat kemungkinan permintaan terhadap

eksport Malaysia daripada China akan mula berkurangan. Menurut Markits Nikkei

Malaysia Purchasing Manager’s Index (PMI) bacaan data untuk tahun 2015 memberi

signal bahawa permintaan hasil perkilangan (manufacturing) Malaysia semakinberkurang kepada 47.7 (bawah 50) disebabkan oleh kekurangan permintaan luar dan

Page 13: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 13/14

dalam serta cabaran kondisi ekonomi negara. Namun daripada informasi ini, kita tidak

dapat membuat kesimpulan bahawa pengurangan permintaan tersebut berasal dari

China atau dari rakan dagang utama Malaysia yang lain.

Secara ringkas, jangkaan ekonomi Malaysia di masa depan masih positif walaupun

ekonomi dunia sedang berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun

terdapat beberapa bacaan penganalisa tentang data kemungkinan penurunan

permintaan eksport negara, namun faktorslowdownyang berlaku di China adalah di luar

kawalan Malaysia dan kita tidak mampu untuk mempengaruhi ekonomi China, tetapi kita

boleh meletakkan fokus yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara seperti

keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia, mengurangkan penggunaan barang import,

dan membuat bacaan yang lebih banyak serta cuba untuk memahami situasi sebenar

yang berlaku di Malaysia.

Kesimpulan

Daripada 3 siri yang telah ditulis, kita telah melihat apakah teori yang perlu kita ketahui

untuk memahami isu kejatuhan Ringgit Malaysia, faktor yang menyebabkan kejatuhan

Ringgit Malaysia serta impak terhadap ekonomi Malaysia dalam jangka masa pendek

dan jangka masa panjang.

Dalam siri yang pertama, kita telah melihat secara teori mengenai faktor yang berkaitan

denganforeign exchangeseperti:

1. Kadar inflasi yang tinggi untuk sesebuah negara menyebabkan kejatuhan nilaimatawang

2. Kadar Hutang Awam sesebuah negara mempunyai hubung kait dengan

kejatuhan nilai matawang negara

3. Kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara

4. Interest ratesyang tinggi akan menjadikan matawang tersebut kukuh

Dalam siri yang kedua, kita telah membuat aplikasi daripada faktor yang disebutkan

secara umum dalam siri pertama dengan menjadikan Malaysia sebagai contoh spesifik:

1. Faktor Luaran – Kejatuhan harga komoditi dan rancanganThe

Fedsmenaikkaninterest rates dalam masa yang terdekat

2. Faktor Dalaman –Credit Rating Agency – Fitchmembuat jangkaan untuk

menurunkanratingMalaysia daripada stabil kepada negatif

Dalam siri yang terakhir, kita melihat implikasi dari kejatuhan Ringgit Malaysia terhadapkeadaan ekonomi semasa

Page 14: Kejatuhan Ringgit Malaysia

7/21/2019 Kejatuhan Ringgit Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/kejatuhan-ringgit-malaysia 14/14

1. 1MDB dan impak terhadap pasaran kewangan Malaysia

2. Impak terhadap sektor pelancongan – positif

3. Impak terhadap sektor eksport – positif

4. Jangkaan ekonomi pada masa depan

Dari sini kita dapat lihat bahawa Malaysia akan berdepan dengan keadaan ekonomi

yang mencabar selagi mana kesemua faktor luaran tidak menunjukkan tanda tanda

perubahan yang positif serta faktor dalaman di mana pihak berkuasa perlu memainkan

peranan dengan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan dan

mengembalikan semula persepsi negatif pelabur asing kepada Malaysia tanpa mengira

apa jua kos yang terlibat.

Orang awam juga boleh membantu dengan terus berfikiran positif terhadap ekonomi

negara dan tidak terlalu mempercayai dengan khabar angin yang mengatakan ekonomi

kita sedang berada di ambang krisis. Sentimen negatif yang disebarkan melalui mulut ke

mulut mempunyai impak yang merbahaya (contagious)dan ia adalah peranan kita

semua bersama untuk memastikan perkara tersebut tidak belaku.