kelemahan kaedah holistik

Upload: alex-long

Post on 04-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kelemahan Kaedah Holistik

    1/2

    Kelemahan Kaedah Holistik.

    (i) Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan

    sukar diselaraskan.

    (ii) Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor

    lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip

    jawapan.

    (iii) Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai

    bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.

    (iv) Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa

    dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

    Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah

    tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana

    pelajar dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan

    horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang

    rendah kerana jawapan itu datangnya daripada pelajar yang dianggap

    kurang berkebolehan.

    PEMARKAHAN DENGAN KAEDAH GABUNGAN ANALITIK DAN HOLISTIK

    Pemarkahan skrip jawapan boleh juga dijalankan dengan menggunakan

    kedau-dua kaedah analitik dan holistik. Ini bermakna pemeriksaan skrip jawapan

    berdasarkan point dan secara keseluruhan. Dalam menggunakan kaedah gabungan

  • 7/29/2019 Kelemahan Kaedah Holistik

    2/2

    ini, skema jawapan disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu

    menentukan sesuai atau tidak sesuainya soalan berkenaan berkaitan dengan

    (i) masa yang diperlukan,

    (ii) bentuk skema jawapan yang sesuai, dan

    (iii) kejelasan arahan dan tugasan soalan tersebut.