kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar...
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MUSA RIDHWAN BIN ABDUL HALIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“ Saya akui laporan projek ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………….
Nama penulis : MUSA RIDHWAN BIN ABDUL HALIM
Tarikh : 04 MEI 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat,
Bondaku Yang Disayangi
Che Fatimah Bt Daud
Kata – Kata Dan Ingatanmu Menjadi Panduan
Ayahandaku Yang Dikasihi
Abdul Halim B Abas
Yang Sentiasa Mendoakan
Serta
Untuk Rakan-Rakan Seperjuanganku,
Terima Kasih Di Atas Segala Sokongan Dan Pengorbanan Yang Telah Kalian Lakukan…
Semoga Allah Akan Membalasnya Dengan Sebesar – besar Ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian
yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dikesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia projek
Dr.Hjh Noraini Bt. Mohd Noor, yang telah banyak membantu dengan penuh komited
dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di
sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan
seperjuangan diatas kesudian mereka untuk meluangkan masa, berkongsi ilmu,
pandangan, dan maklumat yang amat bermakna dalam menjayakan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini
secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang tidak
terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan
setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau kemahiran employabiliti untuk bakal
guru di kalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (perdana), Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 126 orang pelajar
tahun akhir 4SPH (Perdana) telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Instrument kajian
yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Data yang telah diperolehi
dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science” SPSS versi 10.0
dan dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif iaitu peratusan dan min. Dapatan kajian
diperolehi daripada 3 pembolehubah yang dikaji menunjukkan peratusan dan min yang tinggi.
Pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) berpendapat kemahiran generik adalah penting. Selain
itu, dapatan kajian mendapati kaedah yang digunakan oleh pensyarah yang mendapat respon
yang tinggi terutama dalam menerangkan kepentingan kemahiran generik, menerangkan dengan
jelas sebab mengapa kemahiran generik perlu dipelajari, pensyarah mempunyai kemahiran
untuk mengajar meningkatkan kemahiran generik, dapat menguruskan masa dengan baik dan
melaksanakan sesi soal-jawab selepas tamat sesuatu aktiviti. Beberapa aspek kemahiran yang
dikaji terdiri daripada kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran
menggunakan idea dan teknik matematik, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti,
kemahiran komunikasi. Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara iaitu menjalankan kajian
kepada semua jurusan dan pihak fakulti disyorkan agar mengkaji semula kajian mengenai
kemahiran employabiliti untuk mempertingkatkan lagi tahap penerapan kemahiran generik di
UTM. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjut dilakukan dengan menggunakan
pendekatan atau kaedah pengumpulan data yang berbeza.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to observe the employability skills for
intended teachers among 4SPH (prime) final year students, Technical and Engineering
Education Department, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. As many
as 126 4SPH (prime) final year students were chosen in this study. Questionnaires were
used as research instrument. Collected data analyzed used “Statistical Package for the
Social Science” SPSS version 10.0 and the result is present in descriptive form such
percentage and mean. Study findings achieved from 3 variables that looked show the
percentage and min were high. 4SPH final semester students believe that generic skills
were important to them. Apart from that, this study found that students agreed their
lecturer were used some methods to implement generic skills in lesson and learning
process. The method that used by lecturer including describing the importance of
generic skill, explain clearly the reason why generic skills must studied, lecturer have
the skill to teach to increase generic skills, can manage time nicely and implement
question and answer session the end of activity. Several aspects that looked in this study
are consist team working skill, using mathematics idea and technique skill, problem
solving skill, management skill, choose and analyze information skill, planning and
organize activity skill and communication skill. The researcher suggested several ways
to doing this research to other courses and increasing the level of mastering the
employability skills. Finally, it is suggest that a further study can be carried out using
different approach or different data collection method.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definisi Bagi Pembolehubah-Pembolehubah Kajian 8
1.8.1 Kemahiran Hidup 8
1.8.2 Pelajar Tahun Akhir 4 SPH 9
1.8.3 Kemahiran Generik 9
1.8.4 Kemahiran Akademik 10
1.8.5 Kemahiran Mengurus Diri 10
1.8.6 Kemahiran Berpasukan 11
1.8.7 Pengajaran 11
1.8.8 Pembelajaran 11
1.9 Penutup 11
II SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Model Kajian 13
2.2.1 Kemahiran Akademik 14
2.2.1.1 Berkomunikasi 14
2.2.1.2 Berfikir 14
2.2.1.3 Belajar 14
2.2.2 Kemahiran Mengurus Diri 15
2.2.2.1 Sikap Dan Tingkahlaku Yang Positif 15
2.2.2.2 Bertanggungjawab 15
2.2.2.3 Membuat Penyesuaian 15
2.2.3 Kemahiran Berpasukan 15
2.2.3.1 Bekerja Dengan Orang Lain 16
2.3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional 16
2.4 Tugas, Peranan Dan Kemahiran Guru 17
2.4.1 Tugas 17
2.4.2 Peranan 18
2.4.3 Kemahiran Kerjaya Guru 18
ix
2.5 Kepentingan Kemahiran Guru 19
2.6 Kemahiran Generik Di Malaysia 20
2.6.1 Kemahiran Berkomunikasi 21
2.6.2 Kemahiran Menggunakan Teknologi 21
2.6.3 Kemahiran Merancang Dan Mengelola Aktiviti 22
2.6.4 Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dan Dalam
Kumpulan
22
2.6.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 22
2.6.6 Kemahiran Mengurus, Memilih dan Menganalisa
Maklumat
22
2.6.7 Kemahiran Menggunakan Idea dan Teknik Matematik 23
2.6.8 Kemahiran Memahami Budaya 23
2.7 Kemahiran Generik di UTM 23
2.7.1 Kemahiran Komunikasi 23
2.7.2 Bekerja Secara Kumpulan 24
2.7.3 Penyelesaian Masalah 25
2.7.4 Fleksibel Dan Mampu Menyesuaikan Diri 25
2.7.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat 26
2.7.6 Keyakinan Diri 26
2.7.7 Etika dan Moral 26
2.8 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran
Pendidikan Teknik Dan Vokasional
27
2.8.1 Kaedah Pembelajaran Berprinsipkan Pelajar Dewasa 27
2.8.2 Pendidikan Yang Berpengalaman 28
2.9 Kaedah pengajaran 29
2.9.1 Pengajaran Secara Kelas 30
2.9.2 Pengajaran Secara Individu 30
2.9.3 Pengajaran Secara Kumpulan 30
2.9.4 Perbincangan 31
2.9.5 Tunjukcara (Demostrasi) 31
x
2.9.6 Kaedah Penyelesaian Masalah 31
2.9.7 Kaedah Inkuiri 32
2.9.8 Kaedah Dapatan 32
2.9.9 Kaedah Inkuiri-Penemuan 33
2.9.10 Sumbangsaran 33
2.9.11 Simulasi 33
2.9.12 Projek 34
2.9.13 Main 34
2.9.14 Lawatan Sambil Belajar 35
2.10 Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran 35
2.11 Kajian Berkaitan 36
2.12 Kesimpulan 37
III METODOLOGI KAJIAN 39
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi Kajian 40
3.4 Instrumen Kajian 41
3.5 Kajian Rintis 45
3.6 Kajian Sebenar 45
3.7 Prosedur Kajian 46
3.7.1 Peringkat Pertama 46
3.7.2 Peringkat kedua 46
3.8 Analisis Data 47
3.9 Penutup 48
IV ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
xi
4.2 Penganalisaan Data 49
4.3 Kajian Rintis 51
4.4 Bahagian A - Latar Belakang Responden 52
4.5 Analisis Bahagian B 53
4.6 Rumusan 63
V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Kajian 66
5.3 Kesimpulan 67
5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelajar Semester Akhir 4SPH
(Perdana) Mengenai Kemahiran Employabiliti.
68
5.3.2 Persepsi Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana)
Terhadap Kepentingan Penerapan Kemahiran
Employabiliti
69
5.3.3 Bagaimanakah Kemahiran Employabiliti
Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
71
5.4 Perbincangan 72
5.4.1 Perbincangan Berkaitan Tahap Pengetahuan Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana) Mengenai Kemahiran Employabiliti
72
5.4.2 Perbincangan Berkaitan Persepsi Pelajar Semester
Akhir 4SPH (Perdana) Terhadap Kepentingan
Penerapan Kemahiran Employabiliti
74
5.4.3 Perbincangan Berkaitan Bagaimanakah Kemahiran
Employabiliti Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
80
5.5 Cadangan Tindakan 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
xii
5.7 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 94
xiii
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kaedah Pengajaran 29
3.1 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 43
3.2 Skala Yang Digunakan Untuk Tahap Pengetahuan 44
3.3 Skala Likert Yang Digunakan Untuk Persepsi Pelajar 44
3.4 Skala Likert Yang Digunakan Untuk Penerapan Kemahiran
Employabiliti
44
3.5 Skala Nilai Min 48
4.1 Skala Nilai Min 51
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja Di
Industri
53
4.4 Peratusan Respon Pelajar Terhadap Tahap Pengetahuan
Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana) Mengenai
Kemahiran Employabiliti
54
4.5 Peratusan Dan Min Persepsi Pelajar Semester Akhir 4SPH
(Perdana) Terhadap Kepentingan Penerapan Kemahiran
Employabiliti
56
4.6 Peratusan Dan Min Responden Kemahiran Employabiliti
Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
61
xiv
SENARAI SINGKATAN
RMK-9
ICT
IT
P&P
KHB
KI
-
-
-
-
-
-
Rancangan Malaysia Ke-sembilan
Teknologi Komunikasi Maklumat
Teknologi Maklumat
Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Insaniah
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
K-ekonomi - Knowledge – Ekonomi
CS - Communication skill
TW
PS
AD
LL
SE
ET
NCVER
PBK
FK
UKM
KPM
KBSM
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Teamwork
Problem skill
Adaptability
Lifelong Learning
Self-Esteem
Ethic
National Centre for Vocational Education Research Australia
Pembelajaran Berbantu Komputer
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kurikulum Bersepadu Sekolah
SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
xv
Hidup),
dsb - dan sebagainya
dll - dan lain – lain
SPSS - Statistical Packages for The Social Sciences
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A SOAL SELIDIK 94
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Institusi pendidikan menjadi tunjang kepada pendidikan negara bagi merealisasikan
agenda kerajaan dalam pembangunan modal insan sebagaimana yang terkandung
dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9). Ia bergantung kepada
kepimpinan pengurusan pendidikan dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada tenaga
pengajar (pendidik atau guru). Kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya
pembangunan modal insan untuk menghasilkan sumber tenaga kerja yang produktif
dan berpengetahuan luas bagi memenuhi kehendak majikan (Mohd Safarin, 2004).
Pihak institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha
telah dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu
menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak
rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang
dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Graduan
tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah,
kurang kemahiran komunikasi dan kerja kumpulan, kurang kemahiran menggunakan
kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara
keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan.
Realitinya, sama ada guru itu bertugas di sekolah rendah, sekolah menengah,
di kolej, di maktab perguruan atau di menara ganding, mereka perlu sentiasa
komited dalam memberikan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Profesion guru
2
sangat penting kepada masyarakat dan negara, kerana itu profesion ini setanding
dengan profesion lain misalnya doktor, jurutera dan akauntan. Andainya golongan
doktor merawat mereka yang sakit, jurutera bertanggungjawab membangunkan
infrastruktur negara, para peguam menegakkan keadilan, sebaliknya, guru
melaksanakan tanggungjawabnya dengan membentuk dan mendidik manusia supaya
menjadi ahli profesional yang terdiri daripada doktor, jurutera, peguam dan lain-lain,
yang bertanggungjawab meneruskan tamadun dunia.
Di samping itu, tugas guru sentiasa dipandang murni dan dihormati oleh
masyarakat. Namun begitu, profesion guru tidak semudah yang dijangka.
Sesetengah pihak menganggap bahawa profesion hanya sesuai untuk wanita kerana
kerjanya mudah, dan tempoh rehat serta cuti yang lebih panjang berbanding
profesion lain. Jika anggapan seperti ini berterusan dan tujuan menceburi profesion
guru juga atas sebab yang sama, maka dibimbangi gejala ini akan menular
dikalangan bakal guru dan berakar umbi sehingga mencetuskan anggapan dan
amalan yang boleh menjejaskan profesion perguruan.
Dalam bidang pendidikan, guru berhadapan dengan para pelajar yang
sememangnya berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal, emosi,
rohani dan intelek. Perkembangan tersebut perlu dibentuk secara halus, hikmah dan
berstrategi melalui profesionalisme yang tinggi. Guru tidak sahaja mendidik dan
menajamkan intelek anak didiknya, malah pada masa yang sama guru juga
membentuk peribadi, mendidik rohani, emosi, dan fizikal para pelajarnya.
Pendidikan ini dilaksanakan secara bersepadu dan guru perlu mempunyai pelbagai
ilmu yang mencakupi pedagogi, psikologi, agama dan juga bidang mata pelajaran
tertentu. Dengan itu, pendidikan terhadap manusia atau insan dapat mencapai
matlamat yang dihajatkan oleh masyarakat dan negara, seperti yang dituntut oleh
agama, falsafah pendidikan kebangsaan, wawasan 2020 dan keperluan dunia masa
kini yang berasaskan ilmu dan kemahiran tertentu. Oleh itu, tugas mengajar
memerlukan kepakaran tetapi juga kesenian dalam membentuk fizikal, intelek,
rohani dan emosi.
Dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai
3
kemahiran teknologi maklumat (IT). Guru perlu mempunyai kemahiran ini supaya
dapat digunakan dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan
tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat
kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.
Bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar
tanggungjawab serta cabarannya. Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam
profesion perguruan bertanggungjawab menjaga nama baik profesion tersebut
dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya.
Guru yang profesional menjadi teladan dan pembimbing kepada guru yang baru.
Selaras dengan usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti, maka bakal
guru atau guru yang masih dalam perkhidmatan hendaklah menanam kualiti guru
profesional dalam erti kata yang sebenar dalam diri mereka.
1.2 Latarbelakang masalah
Perkembangan ekonomi negara yang mendadak bukan sahaja menyebabkan struktur
dan sistem masyarakat berubah, malah sistem pendidikan turut berubah. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah mula diperkenalkan di Sekolah
Menengah mulai tahun 1989. Ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada
pelajar apabila memasuki alam pekerjaan. Dalam kurikulum baru 2003, guru-guru
terpaksa memperlengkapkan diri dengan ilmu mengikut sukatan pelajaran terkini, di
mana kandungan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan pilihan.
Bahagian teras, meliputi pembelajaran reka bentuk dan Teknologi, manakala
bahagian pilihan merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu kemahiran teknikal,
ekonomi rumahtangga, pertanian dan perdagangan dan keusahawanan (Pusat
perkembangan kurikulum: Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan (1-3).
Ishak (1992), menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan dalam
masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran
terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat
4
penyesuaian dengan cepat. Bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan dunia
pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan memiliki
sekeping sijil, diploma atau ijazah, belum pasti seseorang itu dapat meraih
pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki
ketrampilan diri yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman (Esa,
2000).
Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan,
perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai
pelbagai kemahiran generik, seperti kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan
kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.
Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat
Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia
(2005), kecemerlangan sesebuah institut pengajian tinggi bergantung kepada
kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007 diamalkannya.
Kecemerlangan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan
siswazah yang cemerlang. Oleh yang demikian, kurikulum merupakan komponen
yang amat penting dan rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Sejajar dengan itu,
kurikulum berasaskan atribut digunakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
iaitu menyediakan para siswazah UTM ke arah persaingan global, (Universiti
Teknologi Malaysia, 2005). Program akademik direkabentuk dan dibangunkan
berasaskan atribut yang telah ditetapkan oleh badan professional yang meliputi
aspek teknikal dalam bidang pengkhususan dan kemahiran generik untuk
menyediakan graduan UTM bagi menghadapi persaingan global yang berasaskan
pengetahuan dan k-ekonomi.
Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif bagi
melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang
dikenalpasti. Senat Universiti telah meluluskan tujuh atribut graduan yang harus
5
diterapkan dalam kalangan pelajar. Tujuh Atribut Graduan UTM (UTM Graduate
Attributes) yang telah dikenal pasti pada masa tersebut adalah:
i. Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills)
ii. Kerja Berkumpulan (Teamworking)
iii. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
iv. Penyesuaian Diri (Adaptability)
v. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)
vi. Harga Diri (Self-Esteem)
vii. Etika dan Integriti (Ethics & Integrity)
Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi mengiktiraf model
pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dalam merancang
dan melaksanakan program pembangunan kemahiran insaniah di kalangan pelajar
IPT. Sehubungan dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi, Senat UTM telah
meminda sedikit tujuh Atribut Graduan UTM menjadi:
i. Kemahiran Berkomunikasi
ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
iii. Kemahiran Kerja Berpasukan
iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
v. Kemahiran Keusahawanan
vi. Etika dan Integriti
vii. Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif
Dalam laporan muka depan Utusan Malaysia (16 Oktober 2004) memetik
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang
tidak kreatif dalam pengajaran sehingga meyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) membosankan, mendorong pelajar ponteng kelas. Malah,
menurutnya lagi, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi
terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.
Dalam Mingguan Malaysia (17 Oktober 2004) Menteri Pelajaran, Datuk
Hishammuddin Tun Hussien berpendapat, golongan guru perlu lebih kreatif dalam
kaedah pengajaran mereka agar dapat ‘menangkap’ dan mengukuhkan minat para
pelajar. “Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak
6
yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya
kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik
semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh,” jelasnya.
1.3 Penyataan masalah
Berdasarkan kepada permasalahan yang timbul, pengkaji mendapati masih terdapat
ruang dan berminat untuk melakukan kajian berkaitan dengan kemahiran
employabiliti untuk pelajar tahun akhir, Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Daripada masalah
yang timbul inilah maka, pengkaji ingin meninjau tahap pengetahuan pelajar
mengenai kemahiran employabiliti, persepsi pelajar terhadap kepentingan penerapan
kemahiran employabiliti dan kaedah kemahiran employabiliti dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Persoalan kajian
Memandangkan kurikulum kemahiran hidup mempunyai berbagai-bagai efektif,
sudah tentu ia mempunyai berbagai-bagai masalah yang perlu diatasi oleh guru-guru
kemahiran hidup. Selain daripada menyiapkan diri dengan persediaan mengajar
guru-guru kemahiran hidup terlebih dahulu menyiapkan kelengkapan peralatan dan
bahan sebelum dan sesudah mengajar di dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Sebagai professional dalam apa jua bidang, guru bukan sahaja setakat
mampu mengajar di bilik darjah tetapi perlu juga mahir di dalam mata pelajaran lain,
aspek pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan lain-lain
kemahiran yang diperlukan pada masa kini. Oleh itu, peyelidik telah mengutarakan
beberapa persoalan yang perlu dibuat kajian. Antara persoalan kajian tersebut ialah:-
7
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) mengenai
kemahiran employabiliti.
ii. Apakah persepsi pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) terhadap
kepentingan penerapan kemahiran employabiliti.
iii. Bagaimanakah kemahiran employabiliti dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.5 Objektif kajian
Kajian ini mempunyai objektif –objektif seperti berikut :
i. Mengenalpasti samada pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) sedar tentang
penerapan kemahiran employabiliti oleh pensyarah.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) terhadap
kepentingan penerapan kemahiran employabiliti.
iii. Mengenalpasti penguasaan kemahiran employabiliti pelajar semester akhir
4SPH (Perdana) yang diterapkan oleh pensyarah.