kemahiran pemikiran kritikal , penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik

28
* Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan Saintifik * NOR FADILAH BINTI ISMAIL * 941222-06-5876 * A145628 * FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

Upload: zytka

Post on 08-Feb-2016

133 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOR FADILAH BINTI ISMAIL 941222-06-5876 A145628 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. Kemahiran Pemikiran Kritikal , Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan Saintifik. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan SaintifikNOR FADILAH BINTI ISMAIL941222-06-5876A145628FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIPROGRAM MESRA 1 (MEMBUDAYAKAN SEMANGAT SUKARELAWAN)Program ini telah dijalankan pada 20-22 November 2013 di Kampung Pulau Manis, Pekan Pahang. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Integrasi dan Perpaduan Kaum, Kolej Ungku Omar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JPPel) UKM Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar (UPSP) dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pulau Manis,Pekan. Program ini telah disertai oleh 30 orang pelajar dari Kolej Ungku Omar, unit beruniform seperti PALAPES dan SISPA serta pelajar-pelajar dari kolej lain. Dalam program ini, saya telah memegang jawatan sebagai Pengarah Jamuan. Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan tugas ini adalah bagaimana saya dan kumpulan gerak kerja kami menguruskan sumber kewangan dan bantuan lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kampung ini. Semasa di kolej, kami telah memikirkan beberapa strategi untuk mengutip dana yang bakal disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir. Syukur kerana pendekatan kami membuahkan hasil apabila dana yang dapat dikumpul sangat memuaskan dan seterusnya dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut.Setibanya kami di kampung tersebut, kami terus membantu sukarelawan yang telah berada di sana mengagihkan dan mengasingkan pakaian untuk mangsa-mangsa banjir. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka. Hari kedua, kami membantu membersihkan kelas-kelas,mengagihkan pakaian ke rumah-rumah dan membersihkan dewan dan sekeliling sekolah. Kami juga sempat beramah-mesra dengan sebahagian mangsa banjir. Hari ketiga, kami membuat pembersihan keseluruhan kali terakhir di kawasan sekolah sebelum bertolak pulang.

KERTAS KERJA

Pembuktian Gambar

Pembuktian Video