kemahiran permainan bola keranjang

24

Upload: izzuliani-yassim

Post on 22-Jan-2018

874 views

Category:

Sports


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran permainan bola keranjang
Page 2: kemahiran permainan bola keranjang

PosisiPemain

LatihanAsas

Teknik Asas

Kemahiran( Hantaran)

Sejarah Tokoh

Kemahiran(MengeleceK)

Cara Bermain

Gelanggang

Page 3: kemahiran permainan bola keranjang

• Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.

James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan

Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej

Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H.

Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk

mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk.

Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggangsesebuah bangunan.

• Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar

Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan

permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).

• Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan

draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal.

Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle

pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan

ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan

Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional

dari Amerika Syarikat dan Kanada.

• Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia

Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang

dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya

separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.

Page 4: kemahiran permainan bola keranjang

Michael Jeffrey Jordan (lahir 17 Februari, 1963)adalah satu bola keranjang bekas Amerika pemainprofesional, Beliau merupakan orang yang menjaditunggak utama saya untuk bermain bola keranjang.Baju jersey yang selalu dipakai oleh beliau ialah No.23, 45, 9, 12. Posisi beliau semasa bermain ialahshooting guard/small foward. Ketinggian beliau ialah6 kaki 6 inci(1.98 m), manakala beratnya pula 98kg.Beliau bermain dalam pasukan chicago bulls(1984 -1998) dan bermain dalam pasukanwashingtonwizards(2001 - 2003). Beliau juga digelar The Legend.

Page 5: kemahiran permainan bola keranjang

Bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain,atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusihantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untukmenggerakkan bola ke arah keranjang.Apabila seseorangpemain tidak dapat mengelecekd isebabkan pemain ituterhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek,pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bolamasih dalam penguasaannya.

Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harusdimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiranindividu inilah kemahiran pasukan dibentuk. Dalam hal ini seringdianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaranmerupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Inibermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerimabola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.

Page 6: kemahiran permainan bola keranjang

Terdapat 3 jenis hantaran :

•Hantaran Aras Dada

Dengan menggunakan kedua-duabelah tangan pemain. Biasanya kedudukan pemain semasa melakukanhantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.

Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dankelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemainlawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akanmembuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagaisalah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran inihendaklah dikuasai oleh setiap pemain.

Page 7: kemahiran permainan bola keranjang

•Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawanyang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya.

Dalamhantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untukmenerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

Page 8: kemahiran permainan bola keranjang

•Hantaran Di Atas Kepala

Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan.

Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalam situasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.

Page 9: kemahiran permainan bola keranjang

Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranyaialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan.

2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.

3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.

4.Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.

5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan.

6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.

7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

Page 10: kemahiran permainan bola keranjang

Kelecek rendah

Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak olehpemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal inipemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

Kelecek tinggi

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauhdaripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakanapabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya.Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satutempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkangol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialahdalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurusatau menegak daripada kelecek rendah.

Page 11: kemahiran permainan bola keranjang
Page 12: kemahiran permainan bola keranjang
Page 13: kemahiran permainan bola keranjang
Page 14: kemahiran permainan bola keranjang
Page 15: kemahiran permainan bola keranjang

Apa latihan yang perlu ditekankan kepada pemain bola keranjang?

Kuasa pecutanLatihan : lari pecutUlangan : 3 kali seminggu ( 1 hari 10 set )

= Berlari pecut diatas gelangang bola keranjang secara ulang-alik. Selepas

itu berhenti rehat selama 3 minit dan lakukan larian pecut semula sehingga 10 set. Bagi permulaaan lakukan secara berperingkat.

StaminaLatihan : berlari/joggingUlangan : 3-5 kali seminggu ( 10 minit )

= Belari atau jogging( dilakukan secara selang -seli ),boleh dilakukan diatas gelanggang selama 10 minit tanpa henti.

Jarak lontaranLatihan : melakukan lontaran dari setiap sudutUlangan : tanpa had

= Lakukan lontaran di setiap sudut.

Page 16: kemahiran permainan bola keranjang

Leapups (menggunakan tali)

Langkah 1: pada mulanya berlutut turun pergi ke 1 / 4.

Langkah 2: melemparkan tali dan melompat naik apabila tali menyentuh hujung tanah .

Langkah 3: ulang sehingga 1 set sepenuhnya.

Page 17: kemahiran permainan bola keranjang

Leapups (tanpa menggunakan tali)

Langkah 1: Pada mulanya berlutut turun sehingga 1 / 4 letakkan kedua-dua lengan di sebelah pinggang.

Langkah 2: melompat naik manakala lengan anda mesti diluruskan terus di sebelah badan apabila kaki menyentuh hujung tanah tangan harus diletakkan semula ke pinggang.

Page 18: kemahiran permainan bola keranjang

Stepups

Langkah 1: angkat kaki sebelah letakkan satu di kerusi ,pastikan tinggi kaki tersebut sama tinggi dengan pinggang.

Langkah 2: langkah dengan semua kuasa naik dengan kekuatan hujung kaki danmelompat dari kerusi.

Langkah 3 : sewaktu di udara tukarkan kaki.

Langkah 4 : silih ganti meletakkan kaki sebelah diatas dan yang diatas tadi diletakkan di bawah. Lakukan secara berulang-kali seperti model 1.

Page 19: kemahiran permainan bola keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.

Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.

Page 20: kemahiran permainan bola keranjang
Page 21: kemahiran permainan bola keranjang

Memanjang : 28 meterMelebar : 15 meterSeparuh : 14 meterPapan jaring : 1.8 meterBulatan tengah : 3.6 meterBulatan balingan percuma : separa 1.8 / penuh 3.6Garisan 3 pointer : 6.25 meter

Page 22: kemahiran permainan bola keranjang

Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang kanak-kanak(mini basketball)

Lontaran lompat yang biasa dari dalamlengkungan bernilai 2 mata, di luarlengkungan bernilai 3 mata, dan setiaplontaran percuma bernilai 1 mata.

Page 23: kemahiran permainan bola keranjang

5 posisi pemain bola keranjang ialah :

Point guard : Pemain pertahanan

Shooting guard : Pengawal penjaring

Big Foward : Penyerang utama

Center : Pemain tengah

Small foward : Penyerang kecil

Page 24: kemahiran permainan bola keranjang