kempen ramadhan shahrul musawwah · pdf filedengan meluaskan amalan ibadat seperti solat...

21

Upload: phamthu

Post on 31-Jan-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan
Page 2: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kempen RamadhanShahrul Musawwah

Anjuran

Disokong Oleh

Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia

(PERSABAR)

Persatuan NoorMalaysia

Persatuan Cahaya HarapanKanak-Kanak Malaysia

Persatuan Kebajikan NiyazEhsan Malaysia

Pertubuhan MasyarakatBersatu Harapan Malaysia

Rumah Titian Kaseh Persatuan Kebajikan WanitaSatu Malaysia

Persatuan Kebajikan HaemodialysisMuhibah Satu Malaysia

Page 3: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia

(PERSABAR)

No. 73-1A, Jalan 3, Batu Caves Center Point, 68100 Batu Caves, Selangorwww.baktiramadhan.org

Tel | Fax: +603 6185 4305

Page 4: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia

(PERSABAR)

PENERANGAN LOGO

WARNA BIRU – ialah melambangkan semangat perpaduan sebagai satu ummah dikalangan masyarakat islam

WARNA PUTIH – membawa makna kesucian dan keikhla-san dalam melaksanakan kerja-kerja amal dalam mencari

keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

KETERANGAN REKABENTUK

Logo pertubuhan ini direkabentuk sebagai sebuah mas-jid bagi mengiktiraf peranan masjid sebagai institusi iba-dat umat Islam yang turut menjadi pusat penyatuan dan

kekuatan umat Islam seluruh dunia; Perkataan ramadhan dalam bahasa Arab yang dirangkumkan bersama rekaben-tuk logo tersebut adalah sebagai pengembelengan amal bakti pertubuhan ini sepanjang Bulan Ramadhan setiap

tahun.

Page 5: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia

(PERSABAR)

Objektif Pertubuhan

Menggalakkan umat Islam menghayati Bulan Ramadhan sebagai Bulan Ibadat dan sebagai Bulan Kebajikan dan Keprihatinan kepada umat Islam dan sesama

manusia;

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan meluaskan sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan dengan mendapatkan kebenaran

dari pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu;

Memakmurkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan amal jariah bagi golongan yang tidak bernasib baik;

Menggalakkan budaya sukarelawan di kalangan umat Islam dalam usaha menghayati dan melipat gandakan ibadat di Bulan Ramadhan dengan memberikan

harapan atau bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik di kalangan rakyat Malaysia;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, Tadarus kepada

amalan-amalan kebajikan sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Menubuhkan pasukan sukarelawan yang akan melaksanakan pelbagai kerjakebajikan dalam Bulan Ramadhan setiap tahun;

Mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan yang ditetapkan olehpertubuhan.

Page 6: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Pengenalan

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan 1432 Hijrah, Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia (PERSABAR) bakal melancarkan kempen khas yang dinamakan KempenRamadhan ShahrulMusawwah yang bermaksud Ramadhan Bulan Kesamarataan dan BulanKeprihatinan. Program ini diadakan bagi menggalakkan umat Islam menghayati bulan Ramadhansebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu golongan yang kurangbernasib baik. Kesemua program yang akan dijalankan di dalam kempen ini dirancang khusus bagimentransformasikan penghayatan bulan Ramadhan di Malaysia yang lazimnya terbatas kepadasolat terawih, majlis berbuka puasa dan tadarrus untuk turut merangkumi kerja-kerja kebajikan dansukarelawan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah yang miskin dan terpinggir di dalam Masyarakat.

Objektif Utama Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah:

Mengumpul dana bagi tujuan kebajikan

Dana Pembangunan Taman HarapanTaman Harapan merupakan satu konsep pembangunan hartanah berteraskan kebajikan dandiinspirasikan daripada perjuangan isteri Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat BerbahagiaDatin Paduka Sri Rosmah Bt Mansor yang sentiasa komited dan ikhlas membantu pelbagaipertubuhan kebajikan di Malaysia. Taman Harapan merupakan sebuah penempatan yang akanmenghimpunkan pelbagai NGO berlainan kepentingan seperti rumah anak yatim, kanak-kanakistimewa, ibu tunggal, golongan kelainan upaya dan lain-lain lagi. Taman Harapan juga akanmenyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, pusat dialisis, pusat ibadat,asrama dan lain-lain bagi penghuni di Taman Harapan. Selain daripada itu, Taman Harapan akan menjadi sebuah pusat sehenti bagi aktiviti amal kebajikan dan juga sebagai pusat kegiatan masyarakat. Sumbangan kepada Masyarakat Islam di luar negara.Hasil sumbangan yang berjaya diperolehi daripada Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah juga akan disalurkan kepada masyarakat Islam di luar negara. PERSABAR mensasarkan untukmenyampaikan sumbangan kepada komuniti di negara seperti Laos, Myanmar, Vietnam, Pakistan, TimorLeste dan Bosnia.

Page 7: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Dapur Ramadhan1-30 Ogos 2011 | Sekitar Lembah Klang

Tadarrus Perdana17 Ogos 2011 | PICC, Putrajaya

Iftar Perdana17 Ogos 2011 | PICC, Putrajaya

Kempen Ma' as-salamah15 Julai - 5 September 2011

Ramadhan & Raya 1 Malaysia

Sukarelawan PERSABARInfak Barangan

Madrasah Ramadhan

Iftar Mekah1-31 Ogos 2011 | Masjidil Haram, Mekah

Tabung Infaq Ramadhan1-30 Ogos 2011 | Seluruh Malaysia

Kembara Harapan Ramadhan26 Julai - 15 Ogos 2011

Page 8: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kembara Harapan Ramadhan

PengenalanKembara Harapan Ramadhan merupakan satu wadah perjuangan dalam membentuk satu persepsi baru kepada proses menghayati amalan dan suruhan Allah khususnya di dalam bulan Ramadhan. Ianya merupakan satu pengembaraan ke seluruh pelusuk Malaysia membantu golongan yang kurang bernasib baik dan menyuburkan semangat kesukarelawan di kalangan umat Islam bersesuaian dengan pengikhtirafan bahawa Ramadhan adalah bulan simpati dan bulan kesabaran.

Program ini diharapkan akan memberi impak positif bukan hanya kepada golongan yang memerlukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Kembara Harapan Ramadhan akan bermula lima hari sebelum tarikh 1 ramadhan yang dijangkakan jatuh pada 1 Ogos 2011. Kembara ini di jadualkan untuk dilepaskan oleh Dato’ Musa Aman Ketua Menteri Sabah bersama Datuk Rusnah Ketua Puteri Umno. Bagi perjalanan rombongn kembara ini, sebuah bas yang ditaja oleh Puteri Umno akan memulakan pengembaraan ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di seluruh Malaysia. Ahli rombongan ini terdiri daripada tenaga sukarelawan PERSABAR. Rombongan Kembara Harapan akan kembali daripada misi mereka pada 17 Ramadhan 1432 Hijrah iaitu pada Majlis Iftar Perdana

Selain daripada bas, PERSABAR akan menjemput penyertaan kelab –kelab kenderaan seperti mo-torsikal berkuasa tinggi, kereta bagi menyertai konvoi Kembara Harapan Ramadhan secara sukarela di sepanjang pengembaraan dalam misi memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan di bulan Ramadhan

Bantuan yang disampaikan dalam bentuk makanan dan mengenalpasti keluhan dan masalah masyarakat yang perlu diselesaikan dengan kerjasama pihak kerajaan. Antara yang menjadipusat persinggahan konvoi ini ialah di masjid, surau, kampung pendalaman, rumah aak yatim, rumah warga emas dan sekolah tahfiz.

Objektif

Menyalurkan sumbangan amal dalam pelbagai bentuk terus kepada golongan yang memerlukan.

Menghidupkan suasana keprihatinan di dalam bulan Ramadhan di kalangan rakyat Malaysia.

Menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat, Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu dalam menginfakkan sumbangan dalam bentuk barangan, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.

Mendekati permasalahan sebenar di kalangan golongan rakyat yang memerlukan perhatian.

Konsep ProgramSatu Skuad Kembara Harapan Ramadhan akan ditubuhkan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah ahli Puteri UMNO Malaysia dan wakil Persatuan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan

Kembara Harapan Ramadhan akan diadakan pada bulan Ramadhan dan dilancarkan 5 hari sebelum bermulanya ibadah puasa.

Pihak Sekretariat Persatuan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan dengan kerjasama Puteri Umno Malaysia akan mengenalpasti lokasi, destinasi dan tempat persinggahan bagi Skuad KembaraHarapan Ramadhan.

Setiap keperluan dan aktiviti amal bagi setiap lokasi dan destinati yang bersesuaian dengan tema Ramadhan Sharul Musawwah akan dicadangkan kepada pihak sekretariat.

Page 9: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Aktiviti amal yang dicadangkan adalah seperti berikut: Menyalurkan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula, kopi, selimut, peralatan sekolah dan lain lain bagi penghuni rumah kebajikan. Membaik pulih infrastruktur Masjid, Rumah Kebajikan, Rumah Fakir Miskin, Sekolah Pondok dan lain lain. Menganjurkan iftar bagi penghuni rumah kebajikan. Mengadakan sesi motivasi bagi penghuni rumah kebajikan. Membersihkan kawasan Masjid, Tanah Perkuburan dan Rumah Kebajikan.

Fokus Matlamat Kebajikan Kembara Harapan Ramadhan

1) Masyarakat Miskin& Daif • MatlamatutamaKembaraialahmengenalpastikelompokmasyarakatyanghidup miskin tanpa mengira kaum, agama mahupun pegangan politik. Butiran diri dan keluarga akan dicatat dan direkodkan bagi program jangka panjang. • Elemenutamayangperludifokuskanadalah:- o Mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar. (Tidak mempunyai pendapatan tetap) o Mereka yang tiada rumah perlindungan • Bagimerekayangtiadarumahdantanah,pihakPERSABARakanmembawa permasalahan ini bagi dibincangkan di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk diselesaikan. PERSABAR mencadangkan agar kelompok masyarakat ini ditempatkan di satu kawasan penempatan baru dan dibangunkan sebagai “HomeStay” bagi menjana pendapatan isi rumah. • Rumahyangbakaldidirikanadalahberkonsepkanpasangsiapdenganteknologi LIMAS dari Palembang yang dirasakan sesuai dari segi kos dan lebih mudah didirikan. • Dalamsetiaphentian,PERSABARmensasarkanuntukmenziarahi20keluargamiskin tegar bagi tujuan menghulurkan bantuan. • Disampingitujuga,kerja-kerjakebajikanlainakanturutdijalankansemasaprogram kembara berlangsung.

2) Rumah Anak-Anak Yatim Islam • PERSABARakanmengenalpastirumah-rumahkebajikandananakyatimislamyang ada dikawasan sekitar projek Kembara Harapan Ramadhan yang tidak memiliki tauliah dari pihak berwajib untuk dibantu bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah. • PERSABARakanmendapatkanbantuandaripihakberwajibsepertiJKM,bomba dan majlis berkuasa tempatan bagi membantu rumah kebajikan ini dapat didaftarkan secarasahdibawahJabatanKebajikanMasyarakat.Iniadalahpentingbagirumah anakyatiminiberoperasisecarasahdanmemperolehibantuandaripadaJKM. • PERSABARjugaakanmengambilinisiatifdalammembanturumahkebajikaninime dapatkan diskaun bagi penggunaan utiliti seperti air dan elektrik daripada pihak berkaitan. Ini bagi membantu mengurangkan kos operasi rumah kebajikan.

3) Masyarakat yang sakit • Fokusakandiberikanbagimeraikanpesakityangditempatkandihospitalawam PERSABAR akan berkongsi rasa keprihatinan bersama pesakit di samping menyampaikan sumbangan kepada mereka. • PERSABARjugaakanmengenalpastiindividuyangterlantarsakitdirumah.Ziarah Kembara Harapan Ramadhan akan berkongsi rasa dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. • KembarasukarelawanPERSABARjugaseterusnyaakanmenziarahipesakityang menghidap penyakit kronik seperti AIDS dan Kusta bagi meraikan ketibaan Syawal tahun ini.

Kembara Harapan Ramadhan

Page 10: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kembara Harapan Ramadhan4) RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM • KembaraPERSABARinijugaakanmenjalankanpengumpulandata-dataperibadi setiap penghuni rumah anak-anak yatim bagi direkodkan di dalam portal myyatimpiatu.com. • Myyatimpiatu.commerupakanportalyangdibangunkanbersamaolehYayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dengan kerjasama Persatuan Cahaya Harapan. • Datadidalaminiakanmemudahkanpihakberwajibmenyalurkanbantuanterus kepada penghuni rumah kebajikan terbabit. • Selaindariitu,PERSABARjugasedangmerangkapelantakafulperlindungandan pendidikan bagi setiap penghuni rumah kebajikan yang layak.

5) WARGA EMAS • Meraikandanmenyantuniwargaemasdisekitarkawasanprojekkembara. • Melaluiprogramini,akanmengeratkansilaturrahimpesertaprojekdenganpenduduk setempat dan mereka yang lebih berusia dari mereka. • Pesertajugadapatmenyelamipermasalahanpenduduksetempatdengan mendapatkan maklumat penting yang dirasakan sesuai seperti pembangunan kawasan setempat, masalah-masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat setempat. Secara tidak langsung para peserta akan menjadi mata dan telinga kepada pihak berwajib.

6) IBU TUNGGAL DAN IBU TINGGAL • PenglibatanPuteriUmnodalamprojekiniamatbertepatandalammerekamenyelami permasalahan kaum hawa yang menjadi ibu tunggal mahupun ibu tinggal iaitu ibu-ibu yang kematian dan mereka yang ditinggalkan oleh suami yang tidak bertanggungjawab • Mendapatkanbutiranlengkapberkaitanmasalahyangmerekahadapibagi perancangan tindakan susulan.

7) GOLONGAN MUALLAF DAN MEREKA YANG MENUNTUT ILMU • Antaragolonganyanglayakmenerimabantuantetapiseringdipinggirkanoleh masyarakat. • PERSABARakanmemfokuskankepadagolongansaudarabaruIslam(mualaf). PERKIM di PengkalanChepa merupakan satu destinasi baik bagi menzirahi pusat yang banyak melahirkan golongan Mualaf yang berkaliber dan berkualiti. • FokuskembarajugadapatdiberikankepadasekolahTahfizyangdaifdanserba kekurangan. Permasalahan dan kekurangan mereka akan direkodkan bagi mencari penyelesaian optimum.

8) ORANG KELAINAN UPAYA • Mendapatkanmaklumatberkaitanmerekayangkelainanupayayangmasihbelum mahupun yang sudah berdaftar agar dapat diberikan peluang kepada mereka dalam memajukan diri bergantung kepada tahap kemahiran dan keupayaan yang mereka miliki

Tentatif Program

Tarikh :26Julaisehingga15Ogos2011Tempat : Seluruh Malaysia

Page 11: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kembara Harapan RamadhanJadual Perjalanan (tentatif)

JADUAL KEMBARA RAMADHAN SHAHRUL MUSAWWAH

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN 1 26 Julai 2011

(Selasa) 8.00 pagi Sabah Libaran Puteri UMNO

Sabah Perasmian Ramadhan Shahrul Musawwah oleh CM Sabah

TBC

01.00 petang

Sabah Sandakan Puteri UMNO Sabah

Program Kebajikan

2 27 Julai 2011 (Rabu)

03.00 petang

Sabah Kota Kinabalu Papar

Puteri UMNO Sabah

Menyusur Akar (gotong royong)

3 28 Julai 2011 (Khamis)

09.00 pagi

Sarawak Kuching Saberkas (4B)

11.00 pagi

Sarawak Kuching Saberkas (4B)

29 Julai 2011 (Jumaat)

Sarawak Samarahan Saberkas (4B)

08.00 malam

Sarawak Saberkas (4B)

4 31 Julai 2011 (Ahad)

5 01 OGOS 2011(Isnin)

08.00 pagi

Johor Muar Puteri UMNO Johor

Menyusur Akar

04.00 petang

Johor Pagoh Puteri UMNO Johor

06.30 petang

Johor Pagoh Puteri UMNO Johor

Majlis Berbuka Puasa

08.00 malam

Johor Pagoh

Puteri UMNO Johor

6 02 Ogos 2011 (Selasa)

04.00 pagi

Melaka Masjid Tanah Puteri UMNO Melaka

Sahur Perdana bersama YAB Ketua Menteri Melaka

Puteri UMNO Melaka

Menyusur Akar

Puteri UMNO Melaka

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN 7 03 Ogos

2011(Rabu) 09.00 pagi

Pahang Muazam Puteri UMNO Pahang

Menyusur Akar

11.00 pagi

Pahang Pekan Puteri UMNO Pahang

Lawatan Kebajikan

06.30 petang

Pahang Pekan Puteri UMNO Pahang

Majlis Berbuka Puasa

8 04 Ogos 2011(Khamis)

03.00 pagi

Terengganu Kemaman Puteri UMNO Terengganu

Majlis Bersahur

10.00 pagi

Terengganu Dungun Puteri UMNO Terengganu

Menyusur Akar

06.30 petang

Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO Terengganu

Majlis Berbuka Puasa

11.00 malam

Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO Terengganu

9 05 Ogos 2011(Jumaat)

03.00 pagi

Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO Terengganu

*Bersahur

08.00 pagi

Kelantan Bachok Puteri UMNO Kelantan

Menyusur Akar

06.00 petang

Kelantan Bachok Puteri UMNO Kelantan

Majlis Berbuka Puasa

11.00 malam

Kelantan Bachok

10 06 Ogos 2011(Sabtu)

04.00 pagi

Kelantan Jeli Puteri UMNO Kelantan

Majlis Bersahur *Sahur

09.00 pagi

Kedah Baling 4B

06.00 petang

Perlis Bintong 4B *Buka Puasa

11 07 Ogos 2011 (Ahad)

04.00 pagi

Perlis Simpang 4 4B *Bersahur

08.00 pagi

Perlis Kangar 4B

06.00 petang

Kedah Sungai Petani 4B *Buka Puasa

Page 12: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kembara Harapan Ramadhan

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN 12 08 Ogos 2011

(Isnin) 04.00 pagi

Kedah Kuala Ketil 4B *Sahur

08.00 pagi

Pulau Pinang

Balik Pulau 4B - Pemberian sumbangan kepada ibu Tunggal dan warga emas ( 20 Hamper ) - Program baiki rumah

06.00 petang

Pulau Pinang

Tasek Gelugor 4B - Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk tempatan dan Anak – Anak Yatim - Tazkirah Ramadhan - Pemberian Sumbangan kepada Anak – Anak Yatim dalam Kawasan GB4B Tasek Gelugor - Solat magrib / Terawih berjemaah

Nibong Tebal - Penginapan di Jawi, Nibong Tebal (Kompleks Rakan Muda) - Majlis Bersahur dan Qiamullai bersama Penduduk Tempatan - Program baiki rumah, kepada 4 buah rumah yang telah disenaraikan

13 09 Ogos 2011(Selasa)

08.00 pagi

Perak Parit Buntar 4B - Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk tempatan dan Anak – Anak Yatim seramai 40 orang bagi Dun Titi Serong dan Kuala Kurau. - Tazkirah Ramadhan - Pemberian Sumbangan kepada Anak – Anak Yatim dalam Kawasan GB4B Parit Buntar

06.00 petang

Perak Ipoh Barat 4B -Majlis Berbuka Puasa bersama Presiden 4B Malaysia -Penyampaian sumbangan kepada golongan miskin tegar.

*rumah Presiden 4B

11.00 malam

Cameron Highland

-Bermalam

14 10 Ogos 2011(Rabu)

10.00 pagi

Perak Kuala Woh 4B - Program Bubur Lambok masuk kampung dgn motosikal - Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk tempatan dan Anak – Anak Yatim. - Tazkirah Ramadhan - Pemberian Sumbangan kepada Anak – Anak Yatim dalam Kawasan GB4B Tanjung Malim

TBC

06.00 petang

Perak Sungkai Tg Malim

4B Program Bubur Lambuk dan Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bawah 12 tahun.

*Berbuka Puasa

15 11 Ogos 2011(Khamis)

04.00 pagi

Selangor Kuala Selangor Puteri UMNO Selangor

Majlis Bersahur

09.00 pagi

Selangor Kapar Puteri UMNO Selangor

Menyusur Akar

02.00 petang

Selangor Kota Raja Puteri UMNO Selangor

Menyusur Akar

06.00 petang

Selangor Hulu Langat Puteri UMNO Selangor

Majlis Berbuka Puasa (bersama rumah kebajikan)

*Berbuka Puasa

16 12 Ogos 2011(Jumaat)

04.00 pagi

Negeri Sembilan

Kuala Klawang Puteri UMNO Negeri Sembilan

-Melawat 3 buah rumah -Bersahur di Padang Futsal Kg Kemin Tanjung

*Bersahur

10.00 pagi

Negeri Sembilan

Seremban Puteri UMNO Negeri Sembilan

Menyusur Akar,menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

06.00 petang

Negeri Sembilan

Ampangan Puteri UMNO NegeriSembilan

Majlis Berbuka Puasa di surau Kg Jiboi Baru

*Berbuka Puasa

17 13 Ogos 2011(Sabtu)

04.00 pagi

Wilayah Persekutuan

Putrajaya Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Bersahur di Kediaman KPUM TBC

10.00 pagi

Wilayah Persekutuan

Lembah Pantai 4B

06.00 petang

Wilayah Persekutuan

Masjid Wilayah Persekutuan

4B Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek

09.00 malam

Wilayah Persekutuan

Jalan TAR KIMMA Kutipan Derma

18 14 Ogos 2011 (Ahad)

04.00 pagi

Wilayah Persekutuan

Dataran Merdeka 4B -Bersahur dan Program bersama Presiden Majlis Belia Malaysia

08.00 pagi

Wilayah Persekutuan

Bandar Tun Razak Puteri UMNO BTR / 4B

Menyusur Akar

06.00 petang

Wilayah Persekutuan

Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak

Puteri UMNO BTR / 4B

Majlis Berbuka Puasa

Page 13: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Tadarrus Perdana

Pengenalan

Bersempena sambutan Nuzul Quran di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini 1432H,PERSABAR akan menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran Perdana dan Iftar Perdana pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17 Ogos 2011 bertempat di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya

Program Tadarrus Al-Quran Perdana ini akan menghimpunkan sejumlah lebih 645 orang Tahfiz dari seluruh negara bagi melengkapkan pembacaan tadarrus Al-Quran dalam masa 6 jam.

Setiap Kitab Al-Quran Mashaf Othmani yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi mempunyai 645 mukasurat. Bagi menyempurnakan majlis tadarrus ini, setiap pelajar akandipertanggungjawabkan menghabiskan satu muka surat Al-Quran dalam 30 halaqah dan akan disempurnakan secara tartil surah-surah Al-Quran yang ditugaskan kpada mereka.

Objektif

Menggalakkan umat Islam menghayati Bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan sebagai bulan kebajikan dan keprihatinan kepada umat Islam dan sesama manusia;

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan meluas sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih, Tadarus kepada amalan-amalan kebajikan sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Tentatif Program

Tarikh : 17 Ogos 2011Tempat : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa PutrajayaMasa : 8.00am – 6.00pm

Cadangan Aturcara Program

Page 14: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana

Pengenalan

Bersempena sambutan Nuzul Quran di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini 1432H,PERSABAR akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi program Tadarrus Perdana dan Iftar Perdana pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17 Ogos 2011 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi menutup Program Tadarrus Perdana.

Iftar Perdana akan menghimpunkan rakyat bersama kepimpinan negara di dalam satu majlis yang penuh keberkatan.

Pelbagai program sampingan turut akan dianjurkan bersempena majlis ini termasukMadrasahRamadhan,PameranKebajikan,JualanAmaldanpersembahanNasyid.

Iftar Perdana akan disusuli dengan Solat Isyak’ dan Solat Tarawih secara berjemaah.

Objektif

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan meluas sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih, Tadarus kepada amalan-amalan kebajikan sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Menghimpunkan Pemimpin Negara bersama Rakyat khususnya mereka yang kurang bernasib baik dalam meraikan keberkatan bulan Ramadhan.

Tentatif Program

Tarikh : 17 Ogos 2011Tempat : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa PutrajayaMasa : 6.00pm – 11.00pm

Cadangan Aturcara Program

Page 15: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Dapur Ramadhan

Pengenalan

Dapur Ramadhan merupakan salah satu daripada program teras Ramadhan Shahrul-Musawwah. Program ini diasaskan berpandukan kepada Hadis Rasulullah S.A.W. “ Allah S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberi walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”.

Sebuah program mengagihkan makanan yang telah siap dimasak untuk iftar (berbuka puasa) kepada orang Islam di Malaysia hasil derma/sedekah orang ramai sama ada individu atau organisasi.

Antara golongan sasaran yang bakal mendapat manfaat daripada program Dapur Ramadhan adalah seperti berikut: Pengguna pengangkutan awam seperti sistem aliran ringan (LRT), komuter dan bas. Penjawat Awam yang bertugas semasa waktu berbuka puasa seperti polis, doktor, jururawat, tentera, pekerja am dan lain-lain. Banduan di penjara Pemandu yang terperangkap di dalam kesesakkan lalu lintas. Golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.

Objektif

Memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sedekah bagi tujuan iftar pada bulan ramadhan.

Menguruskan derma dan sedekah daripada individu atau organisasi secara telus dan khusus untuk iftar dari soal menyediakan makanan sehinggalah mengagihkannya.

Menyemai rasa keperihatinan kepada golongan yang serba daif dan kekurangan.

Tentatif Program

Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011Tempat : Sekitar Lembah KlangMasa : 5.00pm – 8.00pm

Page 16: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Iftar Makkah

Pengenalan

Program ini diwujudkan untuk memberikan peluang kepada umat Islam di Malaysia yang tidak dapat mengunjungi Makkah dalam bulan Ramadhan untuk turut berpeluangmemperolehi pahala beribadat di Tanah Suci Makkah melalui sumbangan untuk penyediaan juadah berbuka puasa kepada jemaah umrah yang berada di Makkah di dalam bulanRamadhan.

Dengan sumbangan seminima RM50, PERSABAR akan dapat menyediakan juadahberbuka puasa untuk empat (4) orang jemaah umrah di Makkah

Program ini di jalankan dengan kerjasama rangkaian Restoran D’Tandoor yang beroperasi di Makkah. Sebahagian dari hasil ini juga akan disalurkan kepada dana pembangunan Taman Harapan.

Objektif

Memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sedekah bagi tujuan iftar pada bulan Ramadhan.

Menguruskan derma dan sedekah daripada individu atau organisasi secara telus dan khusus untuk iftar dari soal menyediakan makanan sehinggalah mengagihkannya.

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia denganmeluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih dan Tadarrus Al Quran kepada amalan kebajikan sesama insan sepanjang bulan Ramadhan

Tentatif Program

Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011Tempat : Kota Suci MakkahMasa : 5.00pm – 8.00pm

Page 17: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Ramadhan dan Raya 1 Malaysia

Pengenalan

Program ini akan memberikan peluang kepada kanak-kanak bukan beragama Islam merasai pengalaman berpuasa dan berhari raya bersama-sama masyarakat Islam. Matlamat program ini ialah untuk memberikan kanak-kanak Malaysia memahami dan menghargai pelbagai adapt resam, budaya dan agama yang terdapat di Malaysia diatas semangat Satu Malaysia. Kanak-kanak dari masyarakat bukan Islam yang terpilih menyertai program ini akan dijemput kerumah-rumah masyarakat Islam sehari sebelum Hari Raya untuk memberikan mereka peluang berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya. Inisiatif penganjuran program seperti ini pernah dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul RazakHussein dan berjaya mewujudkan persefahaman dan penghargaan budaya diantara masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Objektif

Menghidupkan suasana harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menjadi platform kepada rakyat Malaysia mempelajari resam masyarakat Melayu khususnya dalam berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut ketibaan Syawal.

Meraikan golongan yang serba kekurangan bersempena sambutan Aidilfitri.

Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama Homestay di Negeri Sembilan.

Pemilihan kanak-kanak bukan Islam akan diberikan keutamaan kepada anak-anak yatim di rumah-rumah kebajikan bagi menyertai program ini.

Peserta program ini akan belajar dan turut merasai pengalaman bersahur dan berpuasa pada hari terakhir berpuasa.

PERSABAR akan merangka pelbagai aktiviti yang bersesuaian bagi menggambarkan rutinpersediaan masyarakat Melayu dalam meraikan ketibaan Syawal. Antara aktiviti yangdicadangkan adalah seperti gotong-royongkeluarga, persediaan juadah hari raya seperti membakar lemang, memasak rendang, menganyam ketupat dan mengacau dodol. Selain daripada itu, rutin memohon maaf sesama keluarga serta ziarah menziarahi turut akan dijalankan bagi menghidupkan suasana sambutan Syawal.

Tentatif Program

Tarikh : 28 Ogos sehingga 1 September 2011Tempat : Negeri Sembilan

Page 18: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Madrasah Ramadhan

Pengenalan

Program Madrasah Ramadhan adalah program yang berbentuk seminar, ceramah dan tazkirah yang akan diadakan sepanjang bulan ramadhan di lokasi-lokasi yang terpilih.

Penganjuran ceramah dan tazkirah agama ini akan membantu menyemarakkan semangatibadat dan tarbiyah yang menjadi amalan umat Islam sepanjang bulan yang berkat ini.Pengurusan program dibawah Madrasah Ramadhan akan turut meliputi ceramah berbentukmotivasi dan bertema kesihatan.

Program ini akan menumpukan kepada aspek dan tip yang akan memandu umat Islam meraih keberkatan berlipat ganda yang dijanjikan Allah S.W.T setiap hari di dalam bulan Ramadhan.

Objektif

Mengimarahkan amalan perkongsian ilmu di dalam bulan Ramadhan.

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun danmeluaskan sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun olehpertubuhan dengan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

Perlaksanaan

Program-program dibawah Madrasah Ramadhan ini boleh dilaksanakan dalam dua peringkatiaitu pra-ramadhan dan sepanjang bulan ramadhan. Pra-ramadhan merujuk kepada seminar atauceramah berkaitan persiapan yang perlu dibuat oleh umat Islam untuk memperolehipencapaian optima dalam ibadat mereka dalam bulan ramadhan. Pendekatan Madrasah Ramadhan,pra-ramadhan akan menekankan puasa ramadhan dari sudut sejarah, kesihatan, ibadat danpersiapan keruhanian yang perlu dititikberat oleh umat Islam untuk mendapat ramdhan yangmabrurah.

Aspek penjagaan kesihatan dalam bulan ramadhan juga wajar dijadikan topik dalamprogram Madrasah Ramadhan. Umat Islam yang mengalami komplikasi kesihatan sepertipenyakit jantung, diabetic, kanser memerlukan panduan untuk menjalani ibadat puasa.Tokoh dalam bidang kesihatan seperti Dr. Hj. Wan Azman-Ketua Pakar Jantung PPUM, Dr AzizIshak-KolumnisTheSundayStar, boleh dijemput untuk mengisi program kesihatan Madrasah Ramadhan. Ceramah berkaitan mempersiapkan kanak-kanak melalui ibadat puasa. Kanak-kanak yang masih belajar mempraktiskan ibadat puasa memerlukan panduan dan dorongan dari golongan dewasa.

Program-program Madrasah Ramadhan tidak terbatas kepada program berskala besar. PERSABAR juga mengatur program-program tazkirah di surau-surau dan masjid-masjid terpilih sebagai mengisi aspirasi Ramadhan ShahrulMusawah.

Pada masa yang sama PERSABAR juga akan menggunakan medium seperti Youtube untukmenyiarkan program-program tazkirah Ramadhan ShahrulMusawah. PERSABAR akan mewujudkan satu program Youtube bertajuk Ramadhan ShahrulMusawah yang akan disiarkan melalui platformYoutube yang akan memberikan liputan yang lebih meluas kepada masyarakat untuk mengikutiprogram Madrasah Ramadhan dan menyokong Kempen Ramadhan ShahrulMusawah.

Page 19: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Kempen Ma’assalamah

Pengenalan

ProgramMa’salamahataupunDenganSelamat/SelamatJalanadalahprogramkhaskeselamatan jalanraya Kempen Ramadhan Shahrul Musawah. Setiap kali musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kita akan seringkali membaca dan menyaksikan berita-berita kemalangan jalanraya ngeri yang meragut ribuan nyawa yang menukarkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kepada suasana tragedi yang menyayat hati. Justeru,PERSABARmemutuskanuntukmenjadikanKempenKeselamatanJalanrayasebagaisebahagian komponen penting Kempen Ramadhan Shahrul Musawah. Kempen Keselamatan JalanrayatersebutakanmenggunakansloganMa’salamahiaitusatuperkataanBahasaArabyangbermaksud‘DenganSelamatataupunSelamatJalan’.Frasainiadalahmendoakankeselamatan pengguna jalanraya sepanjang perjalanan pulang mereka ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga tersayang.

Objektif

Menyokong hasrat kerajaan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya pada musimperayaanmelaluiKempenkesedaranKeselamatanJalanRaya.

Tentatif Program

Kempen Ma’salamah ini menjemput penyertaan daripada kanak-kanak yang berumur dari 5 tahun hingga 15 tahun untuk merekodkan pesanan mereka dalam bentuk video berkaitan keselamatan jalanraya dengan gaya yang penuh kreatif dan penyampaian yang berkesan. Video yang terbaik akan dimuat turun di laman Youtube dan disiarkan di media utamadengan kerjasama media-media yang bekerjasama dalam kempen Ramadhan ShahrulMusawah. Pemenang Program Ma’salamah ini akan berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke Negara Turki bersama Yayasan Harapan Kanak Kanak Malaysia, salah sebuah NGO yang menyokong kempen ini.

Page 20: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Tabung Infaq Ramadhan

Pengenalan

Derma Harapan merupakan satu program pengumpulan dana secara kutipan derma bagi merealisasikan pembentukan Taman Harapan. Hasil daripada pengumpulan dana ini akan disalurkan bagi pembangunan rumah rumah kebajikan yang akan bermastautin di dalam komuniti Taman Harapan dan juga komuniti Islam di luar negara.

Program ini akan dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan kerajaan, pertubuhan NGO, syarikat swasta, organisasi dan beberapa pihak individu.

Objektif

Mengumpul dana dalam bentuk kutipan derma ikhlas bagi mewujudkan Taman Harapan.

Menghidupkan suasana keprihatinan di kalangan rakyat Malaysia.

Menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat, Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu dalam meninfakkan sumbangan dalam bentuk materialistik, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.

Membantu pertubuhan kebajikan bagi mengumpul dana kewangan yang mencukupi untuk mendiami Taman Harapan.

Tentatif Program

Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011Tempat : Seluruh negaraMasa : Sepanjang masa

Page 21: Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah · PDF filedengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, ... menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, ... Membersihkan

Pertubuhan Sukarelawan AmalBakti Ramadhan Malaysia

(PERSABAR)

No. 73-1A, Jalan 3, Batu Caves Center Point,68100 Batu Caves, Selangor

www.baktiramadhan.orgTel | Fax: +603 6185 4305

Encik Azim | Tel: 010 435 7776Encik Marizwan | Tel: 017 667 9272