kencing manis original

Upload: adamfirdausdahlan

Post on 16-Jul-2015

566 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

DIABETES MELLITUS

OLEH : DR ADAM FIRDAUS DAHLAN

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC disebut Poliuria Pada tahun 400 sebelum Masihi, penulis India Sushrutha memberi nama penyakit itu Penyakit Kencing Madu (Honey Urine Disease). Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Sejarah Diabetes Mellitus

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best dari Canada menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 177 juta orang di dunia hari ini, menghidapi diabetes atau kencing manis. Penyakit ini merebak dengan pesatnya di Asia berbanding bahagian dunia yang lain. Sehingga tahun 2025, dianggarkan, di Asia saja, lebih 170 juta orang akan menghidapi kencing manis.

Diabetes Mellitus Di Malaysia Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Dijangkakan seramai 7.7% daripada penduduk di Malaysia iaitu hampir 1.4 juta pnduduk menghidapi diabetes.

APA ITU DIABETES? Apabila seseorang itu ada diabetes, dia tidak dapat mempergunakan tenaga dari makanan yang dimakan. Selepas seseorang makan, gula akan naik dalam saluran darahnya. Gula ini merupakan bahan api bagi badan menjalankan tugas harian. Hormon Insulin , yang dihasilkan oleh organ pankreas, diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut. Dalam diabetes, disebabkan Insulin ini tidak mencukupi ataupun ia tidak berfungsi dengan berkesan, gula dalam darah tersebut tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, gula tetap tinggi di dalam darah. Gula yang tinggi di dalam darah inilah yang akan memberikan masalah jangkamasa pendek dan panjang.

Apakah Insulin? Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk mencernakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Ada 3 jenis diabetes yang utamaDiabetes Jenis 1 (IDDM) Diabetes Jenis 2 (NIDDM) Diabetes Gestational (Semasa Kehamilan)

Lain-lain jenis diabetes Pra-Diabetes Diabetes kerana kekurangan makanan Gangguan toleran terhadap glukosa (IGT) - Impaired Glucose Tolerence Diabetes Sekunder - Diabetes jenis ini jarang berlaku dan akan berlaku apabila adanya penyakit lain atau pengambilan ubat-ubat kerana adanya penyakit lain

Diabetes Jenis 1 (IDDM) Dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin. Diabetes jenis ini merupakan satu keadaan di mana insulin tidak dibuat dengan secukupnya ataupun tidak dibuat langsung. Pesakit memerlukan suntikan insulin. Ia biasanya disebabkan oleh penghasilan antibodi oleh badan yang melawan sel di pankreas yang membuatkan insulin.

Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 5% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini.

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Walaubagaimanapun pesakit masih perlu menjaga pemakanan sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang.

. Diabetes Jenis 2 (NIDDM) Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 95% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis 2, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ini akan menyebabkan badan cuba menghasilkan insulin dengan lebih banyak sehingga ia tidak mampu lagi menghasilkan insulin dengan secukupnya kelak.

Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 35 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Perbezaan secara ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di bawah:Type I (IDDM) Bermula pada usia muda, sehingga lebih kurang 16 tahun Bermula dengan cepat bila pengeluaran insulin dari pankreas berhenti Bukan secara keturunan. Mungkin disebabkan jangkitan Pesakit tidak semestinya gemuk Memerlukan suntikan insulin di samping penjagaan diet Type II (NIDDM) Bermula lewat, selalunya melebihi 35 tahun Bermula secara perlahan-lahan (kronik) Penyakit keturunan Selalunya pesakit adalah orang yang gemuk Memerlukan ubat jenis makan dan juga penjagaan diet. Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan

Diabetes Gestational (GDM) Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20% hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat.

Bersifat sementara dan akan hilang selepas bersalin Biasanya dikesan melalui ujian darah pada 28 hingga 32 minggu kehamilan tetapi ibu yang berisiko perlu dikesan lebih awal. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat dan selalunya melalui suntikan Insulin

Nasihat kepada ibu-ibu mengandung yang mengidap kencing manis Lawatan ke klinik ibu dan anak yang lebih kerap Penjagaan cara pemakanan yang lebih ketat Ujian glukos dalam darah yang lebih kerap Kemasukan ke dalam hospital untuk memeriksa paras glukos di dalam darah Dos insulin yang perlu diawasi Waktu suntikan insulin Kepatuhan kepada arahan pengambilan suntikan insulin dan diet

Ubat Mana Sesuai untuk Ibu dan Selamat untuk Janin? Apabila menghidapi masalah kencing manis paras glukos (atau gula) yang tinggi dalam darah ibu mengandung boleh meningkatkan komplikasi kepada janin seperti bayi yang bersaiz besar dan air ketuban yang lebih banyak berbanding dengan semasa ibu normal. Laporan luar negara menunjukkan peningkatan dalam kejadian kecacatan bayi di kalangan ibu yang mengalami kencing manis. Laporan itu menyatakan 40% kes kematian bayi di kalangan ibu mengandung adalah akibat penyakit kencing manis yang tidak dikawal. Jika bayi tersebut selamat, saiz bayi yang besar boleh menyukarkan kelahiran dan memerlukan pembedahan, komplikasi kepada bayi kerana paras glukos yang tidak sempurna.

Kaedah pengurusan dan rawatan Biasanya doktor akan menasihatkan mereka agar mengawal pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula atau memberi suntikan insulin untuk mengawal kencing manis. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kencing manis sebelum mengandung dan makan ubat kencing manis oral (jenis hipoglisemik oral) sebagai rawatan perlu menukarnya kepada insulin apabila mengandung. Penggunaan insulin adalah paling sesuai untuk ibu mengandung dan selamat untuk janin. Doktor dapat mengawasi paras glukos dalam darah, mengubah paras insulin dan mengawasi perkembangan bayi dengan lebih sistematik.

Mengapa ubat kencing manis oral tidak sesuai? Penggunaan ubat kencing manis oral boleh memudaratkan bayi. Ubat kencing manis oral boleh merentasi uri manakala insulin tidak. Di antara jenis ubat kencing manis oral ialah Chlorpropamide, Glibenclamide, Gliclazide, Glipizide, Metformin, Tolazamide, dan Tolbutamide. Secara umumnya, ubat-ubat jenis ini memberi kesan serius kepada janin dan bayi. Ubat-ubat ini boleh mengurangkan paras glukos dalam darah janin. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ubatubat ini boleh menyebabkan kecacatan kepada janin. Tambahan pula sistem tubuh ibu mengandung mengalami banyak perubahan yang menyukarkan pengawasan dalam mematuhi penggunaan ubat.

Pra diabetes Keadaan terjadi apabila kadar gula dalam darah seseorang itu lebih tinggi dari normal tetapi tidak sampai ke peringkat kadar kencing manis. Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan keadaan sebegini akan terjadinya kerosakkan pada badan, terutamanya bahagian jantung dan pembuluh darah. Perkara ini boleh berlaku sebelum kencing manis dapat disahkan. Penyelidikan menunjukkan 11 dari 100 orang penghidap pra-diabetes, akan menghidapi kencing manis tahun berikutnya.

Kadar Glukos Plasma (Berpuasa)

30) Dislipidemia (Total Kolesterol > 5.2 mmol/L dan TG > 1.7mmol/L) Sejarah keluarga diabetes. Sejarah diabetes semasa kehamilan. Riwayat ibu yang melahirkan bayi > 4.0 kg Hipertensi (B/P > 140/90 mmHg) Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas

Lihat senarai di bawah, ia dapat membantu mengesan sama ada anda adalah antara golongan yang berisiko tinggi? Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kencing manis? Adakah anda antara wanita yang menghidapi gestational diabetes (tinggi kadar gula dalam darah sewaktu hamil) atau mempunyai bayi seberat 9 pound atau lebih sewaktu dilahirkan? Adakah anda Melayu atau India? Adakah anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, kolestrol dalam darah yang tinggi atau kadar trigyceride yang tinggi? Adakah anda terlalu gemuk?

Adakah anda berumur 35 tahun ke atas? Adakah anda pernah diberitahu bahawa kadar glokus dalam darah anda tidak normal namun ia mungkin tidak setinggi sehingga anda disahkan menghidapi kencing manis?

Menurut Urutan Penderita Diabetes Mellitus adalah:

Kedua orang tuanya atau salah satu saudara kandungnya mengidap penyakit Diabetes Mellitus Salah satu anggota keluarganya (nenek, pakcik, makcik, sepupu) mengidap penyakit ini. Pernah melahirkan bayi dengan berat lebih 4 kg Glukosa darah melebihi antara 140 200 mg/dl Menghidap penyakit hati yang kronik. Terlalu lama mengambil ubatan, suntikan atau pil kortikosteroid (digunakan oleh pesakit asma, penyakit kulit, dan reumatik) misalnya : Prednisone, Oradexon, Kenacort, Rheumacyl, Kortise, Hidrokortison) Terkena infeksi virus tertentu : misalnya virus Morbili, virus yang menyerang kelenjar air liur, seperti penyakit beguk, dll. Infeksi virus ini lebih sering pada kanak-kanak. Terkena ubat-ubatan anti serangga.

Tahap glukosa dalam darah Di sesetengah negara doktor membuat pemeriksaan tahap glukosa dengan MELLIMOLES SELITER (mmol/L) menggantikan MILIGRAM SEDECILITER (mg/dl) untuk menukar dari satu unit sukatan kepada yang lain, gunakan formula ini. Mmol/L = mg/dl 18 (contoh, 7.0mmol/L =126 mg/dl 18)

mmol/l Waktu Sebelum sarapan Sebelum makan 2 jam selepas makan Ideal 3.5 5.3 3.5 5.8 4.4 6.7 Diterima 3.9 7.8 3.9 7.8 4.4 10.0 Teruk > 7.8 > 7.8 > 10.0

0200 0400 ( jam)

> 3.9

> 3.9

DI MANA UJIAN SARINGAN BOLEH DILAKUKAN? Klinik Kesihatan Hospital Klinik-klinik dan hospital swasta Program-program Kesihatan

Rawatan Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Diet (Pemakanan) Diet yang baik merupakan tunjang rawatan serta kawalan diabetes yang optima. Diet untuk pesakit diabetes perlu seimbang demi tidak menjejaskan kesihatan. Amalkan makanan yang seimbang dan pastikan pesakit dapat melengkapkan pengambilan kesemua kumpulan di dalam piramid harian. Jumlah makanan yang dimakan bergantung kepada saiz badan, aktiviti harian dan jantina pesakit. Pilihan makanan yang terbaik adalah makanan yang dapat meningkatkan gula darah secara beransur-ansur.

Beberapa nasihat yang umum. Masa makan sebolehnya ditetapkan setiap hari. Ini membolehkan ubatan / suntikan insulin berjalan pada masanya. Masa makan yang tetap juga membolehkan pesakit mengawal serta memantau jumlah / jenis makanan yang dimakan. Simpanlah satu diari diet supaya boleh merancang diet serta memperbetulkan diet dengan lebih senang. Jikalau mempunyai glukometer, boleh juga menuliskan keputusan darah di dalam diari tersebut.

Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan: aiskrim kek kuih-muih manis coklat madu buah-buahan dalam tin susu pekat (misalan dalam teh tarik) sirap

Bahan yang berkanji seperti nasi, roti, mi dan capati perlu juga dihadkan. Ini kerana ia mengandungi bahan kabohidrat yang akan ditukarkan kepada gula di dalam badan kita setelah dimakan. Sumber protein seperti daging boleh dimakan dalam kesederhanaan.

Hadkan pengambilan makanan yang kaya dengan kolestrol dan asid lemak tepu seperti : Organ dalaman haiwan Makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan lain-lain Kuning telur Mentega, keju, susu penuh krim Kulit/lemak ayam, lemak daging Minyak kelapa dan santan (Pesakit dinasihatkan menggunakan minyak masak jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain)

Makanan yang boleh dimakan tanpa sekatan Cecair : air minuman(air masak), air mineral, teh, kopi, sup, minuman Bovril, air barli tanpa gula, jus limau tanpa gula Bahan perisa atau rempah-ratus : serbuk kari,serbuk cili, herba, rempah ratus, lada sulah, kicap, cuka, esen, cili botol Sayuran berdaun hijau : bayam, sawi, kobis, bunga kobis, broccoli, kailan, kacang buncis, kacang panjang, daun seladeri, mentimun, salad, cendawan, bawang, tomato, terung dan lain-lain

Pemakanan harian yang lain Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat. Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.

Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis. Ambil lebih vitamin C dan Zink. Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Pengiraan Diet Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) BMI = Berat (kg)______ Tinggi (m) x Tinggi (m)

Klasifikasi berat dengan pengukuran BMIKelas Kurang berat Normal (berat badan unggul) Berat badan berlebihan Pra-obes Obes Kelas 1 Obes Kelas 2 Obes Kelas 3 BMI (kg/m ) < 18.5 18.5 24.9 > 25.0 25.0 29.9 30.0 34.9 35.0 39.9 > 40.0

Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat dengan BMI

Langkah 2 : Pengiraan Keperluan Tenaga Harian Jadual : Kaedah pantas untuk mengira keperluan tenaga harian orang dewasa berbanding dengan tahap aktiviti dan berat badan Formula : Tenaga = Faktor (tahap aktiviti) x berat badan (kg) Untuk BMI = 18 30, gunakan berat badan sekarang. Untuk BMI > 30, gunakan berat badan ideal pada BMI = 22

Faktor (Kcal/kg/sehari) Tahap Aktiviti Berat badan Berlebihan (overweight) Berat badan normal (Ideal) Kurang berat badan (underweight) 35 40 45

Sedentari Sederhana Berat

20 25 25 30 30 - 35

30 35 40

Langkah 3 : Contoh Menu Setelah jumlah keperluan tenaga harian dikira, contoh diet harian boleh dirujuk berdasarkan sumber rujukan berikut : - Atlas Makanan: Saiz Pertukaran dan Porsi Atlas Of Food Exchanges & Portion Sizes . Dr Suzana Shahar et al.UKM, 2002. - Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia Nutrient Composition of Malaysian Foods. Tee E Siong et al. Institute for Medical Research, Kuala Lumpur 1997

Pengambilan makanan perlulah diagihkan samarata sepanjang hari bagi mencapai kawalan glukos yang baik dan mengelakkan hipoglisemia. Bagi mereka yang mempunyai berat badan unggul, corak hidangan terdiri daripada 3 hidangan utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) dengan 2 3 snek tambahan (minum pagi, minum petang atau supper)

DIET DIABETIK 1,200 kilokalori Sampel menu 1,200 kcal; Karbohidrat = 165 g (55%); Protein = 45 g (15 %); Lemak = 40g (30 %) Sarapan pagi (7.00 8.00 pagi) : a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping ATAU Mee/Mee Hoon/Kway Teow 1 cawan ATAU Bijirin 6 sudu makan b) Margarin polyunsaturated 1 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + tea/coffee Minum pagi (10.00 10.30 pagi) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas Makan tengahari (12.00 1.30 petang) : a) Nasi Putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul kecil (60 gram) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong /1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan tengahari = 2 sudu teh Minum petang (3.30 4.00 petang) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Margarine polyunsaturated 1 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + tea/coffee Makan malam (6.30 8.00 petang) : a) Nasi putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul kecil (60 g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan malam = 2 sudu teh Minum malam (10.00 10.30 petang) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas

DIET DIABETIK 1,500 kilokalori Sampel Menu 1,500 kcal ; Karbohidrat = 206 g (55%); Protein = 56 g (15 %); Lemak = 50g (30%) Sarapan pagi (7.00 8.00 pagi) a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping ATAU Mee/Mee Hoon/Kway Teow 1 cawan ATAU Bijirin 6 sudu makan b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + tea/coffee Minum pagi (10.00 10.30 pagi) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas Makan tengahari (12.00 1.30 petang) a) Nasi putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul sederhana (70 gram) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan tengahari = 2 sudu the Minum petang ( 3.30 4.00 petang) : a) Roti jagung 1 keping ATAU biskut Krim Kraker 3 keping b) Margarine polyunsaturated 1 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/Coffee Makan malam (6.30 8.00 malam) a) Nasi Putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul sederhana (70 gram) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan malam = 2 sudu teh Minum malam (10.00 10.30 malam) a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas

DIET DIABETIK 1,600 kilokalori Sampel Menu 1,600 kcal; karbohidrat = 225 g (55%); Protein = 60 g(15 %); Lemak = 53 g (30%) Sarapan pagi (7.00 8.00 pagi) : a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping ATAU Mee/Mee Hoon/Kway Teow 1 cawan ATAU Bijirin 6 sudu makan b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Telur biji ATAU Ikan/Ayam kotak mancis ATAU Keju 1 keping d) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/Coffee Minum pagi (10.00 10.30 am) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas Makan tengahari (12.00 1.30 petang) a) Nasi Putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul sederhana (70 g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan tengahari = 2 sudu teh Minum petang (3.30 4.00 petang) : a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/Coffee Makan malam (6.30 8.00 malam) : a) Nasi Putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul sederhana (70 g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan malam = 2 sudu teh Minum malam (10.00 10.30 petang) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas

DIET DIABETIK 1,800 kilokalori Sample Menu 1,800 kcal; karbohidrat = 248g (55%); Protein = 67.5 g (15 %); Lemak = 60 g (30 %) Sarapan pagi (7.00 8.00 pagi) a) Roti jagung 3 keping ATAU Biskut Krim Kraker 9 keping ATAU Mee/Mee Hoon/Kway Teow - 1 cawan ATAU Bijirin 9 sudu makan b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Telur biji ATAU Ikan/Ayam kotak mancis ATAU Keju 1 keping d) Susu Tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/coffee Minum pagi (10.00 10.30 pagi) a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 4 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas Makan tengahari (12.00 1.30 petang) a) Nasi Putih/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul besar (80 g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Minum petang (3.30 4.00 petang) a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/Coffee Makan malam (6.30 8.00 malam) : a) Nasi putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul besar (80g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan malam = 2 sudu the Minum malam (10.00 10.30 malam) a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas

DIET DIABETIK 2,000 kilokalori Sampel Menu 2,000 kcal; Karbohidrat = 275 g (55%); Protein = 75 g (15 %); Lemak = 67g (30%) Sarapan pagi (7.00 8.00 pagi) a) Roti jagung 3 keping ATAU Biskut Krim Kraker 9 keping ATAU Mee/Mee Hoon/Kway Teow 1 cawan ATAU Bijirin 9 sudu makan b) Margarine polyunsaturated 2 sudu teh c) Telur 1biji ATAU Ikan/Ayam 1 kotak mancis ATAU Keju 2 keping d) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/Coffee Minum pagi (10.00 10.30 pagi) a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping b) Margarine polyunsaturated 1 sudu teh c) Air kosong/tea/coffee tanpa gula 1 gelas Makan tengahari (12.00 1.30 petang) a) Nasi putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul besar (80g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan tengahari = 2 sudu teh Minum petang (3.30 4.00 petang) a) Roti jagung 2 keping ATAU Biskut Krim Kraker 6 keping b) Margarine polyunsaturated 1 sudu teh c) Susu tepung (skim/rendah lemak) 2 sudu makan + Tea/coffee Makan malam (6.30 8.00 malam) : a) Nasi putih/Mee/Mee Hoon/Kway Teow/Laksa 1 cawan b) Ikan/Ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit) 1 ketul besar (80g) c) Sayur daun 1 cawan d) Buah 1 potong/1 biji sederhana e) Air kosong Penggunaan minyak untuk makan malam = 2 sudu teh Minum malam (10.00 10.30 malam) : a) Roti jagung 1 keping ATAU Biskut Krim Kraker 3 keping b) Air kosong/Tea/Coffee tanpa gula 1 gelas

AlkoholPesakit diabetis yang mempunyai berat badan unggul dan kawalan glukos yang baik dibenarkan mengambil alkohol tetapi mereka patut mengetahui perkara- perkara berikut : Alkohol menambahkan nilai kalori tanpa sebarang nilai khasiat Alkohol boleh menyebabkan hipoglisemia Alkohol menyebabkan mabuk dan mengganggu pengawalan diabetis Sedikit alkohol tanpa gula (seperti wine, martini, champagne, wisky, brandy, gin, rum) mungkin dibenarkan tetapi alkohol yang manis (seperti liquour, sherry, port dan wine manis) patut dielakkan

Apa lagi tentang pemakanan? Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, dan sayur-sayuran harus diambil. Elakkan daripada menggoreng makanan, sebaliknya, pangganglah makanan. Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

Bincangkanlah diet dengan doktor ataupun pakar dietetik.

Senaman Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat.

Senaman juga merupakan aspek yang penting dalam rawatan serta kawalan diabetes. Senaman boleh menolong kawalan kencing manis dan menurunkan berat badan dan menguatkan otot jantung. Namun sebelum memulakan senaman adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu tentang jenis senaman yang paling sesuai untuk anda.

FAEDAH-FAEDAH SENAMAN Meningkatkan kadar metabolisma tubuh Membakar kalori dan membantu mencapai berat badan unggul. Meningkatkan keberkesanan insulin Meningkatkan peredaran darah. Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam darah

Menguatkan jantung Meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot Menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko strok Membantu mengurangkan tekanan (stress)

Panduan Senaman Bersenam setiap hari, setidak-tidaknya tiga kali seminggu. Senaman yang dibuat perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya 30-45 minit. Jenis senaman sebolehnya aerobik seperti joging, berbasikal, berenang, berkebun, bersukan dll. Mengangkat berat bukanlah aerobik dan tidak digalakkan. Jika tidak membuat senaman untuk jangkamasa yang panjang, memulakan sesi senaman dengan aktiviti yang ringan terlebih dahulu dan menambahkan kesusahan aktiviti perlahan-lahan.

Senaman harus dilakukan selepas memanaskan badan dan diakhiri dengan fasa menyejukkan badan Berjaga-jaga dengan gejala hipoglisemia Pakai pakaian yang bersesuaian dan kasut sukan Pastikan tempat senaman adalah selamat, rata dan tidak licin serta ventilasi yang mencukupi Jangan bersenam dalam masa 2 jam selepas makan. Minum air secukupnya bagi mengelakkan kekeringan (dehidrasi) Jangan bersenam semasa sakit atau demam. Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi Berhenti segera jika merasa semput atau sakit dada. Kadar nadi hendaklah sentiasa diambil. Berhatihati sekiranya tekanan darah anda menjadi rendah.

Petua Meningkatkan Aktiviti Fizikal: Letakkan kereta sejauh mungkin dari pejabat supaya anda berpeluang untuk berjalan atau melakukan senaman. Berjalan kakilah ke kedai atau pasar jika jaraknya tidak memerlukan anda memandu kereta. Gunakan tangga dan bukannya lif untuk naik dua atau tiga tingkat. Apabila mengendalikan kerja-kerja rumah (seperti menyapu dan mengelap lantai, berkebun atau mencuci kereta), cubalah melakukannya dengan lebih cergas.

Adalah unggul sekiranya anda dapat berjalan dengan cergas selama 30 minit selang hari ataupun setiap hari. Jika minat, ambil bahagian dalam aktiviti senam aerobik atau menari, berbasikal ataupun bersukan. Jika masa menjadi halangan, anda juga boleh mengamalkan senaman ringkas, walaupun selama 10 minit tiga kali sehari.

Ubatan Menggunakan ubat-ubatan makan adalah satu cara untuk mengawal diabetes. Ada beberapa jenis ubatan diabetes dan setiapnya bekerja dengan cara yang berlainan. Ada pesakit yang akan memerlukan lebih daripada satu jenis ubat diabetes. Adalah penting untuk mengikut arahan yang diberikan oleh doktor. Ubat tidak boleh ditambah atau dikurangkan dengan sendiri. Beritahu doktor jikalau menghadapi masalah semasa memakan ubat tersebut.

TIPS PENGAMBILAN UBAT UBATAN ANTIDIABETIK Semak arahan pada sampul ubat Jangan makan ubat sekiranya tidak mengambil sebarang makanan Jika terlupa makan ubat, segeralah mengambilnya apabila teringat semula Jika terlupa memakan ubat tetapi teringat semula semasa jadual berikutnya, tinggalkan dos tersebut dan ambillah dos ubat mengikut semula jadual yang asal. Jangan menggandakan dos !

Ikut jadual makan ubat seperti yang disyorkan samada sebelum atau selepas makan dan kekerapan mengambil ubat (sekali, 2 kali atau 3 kali sehari) Jangan mengambil ubat-ubatan lain kecuali yang dibenarkan oleh doktor bagi mengelakkan interaksi ubat. Elakkan minuman beralkohol apabila mengambil ubat-ubatan anti-diabetik

Antara ubatan yang ada:Tablet anti-diabetes Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan sampingan seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam.

Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu: Sulphonylureas eg DAONIL (Glibenclamide), Diamicron (Gliclazide), Glimepiride, Chlorpropamide Biguanides eg Metformin Alpha glucosidase inhibitors eg Acarbose Insulin secretagogues eg Repaglinide, netaglinide Thiozolidinediones eg Rosiglitazone, Pioglitazone, troglitazone

Sulphonylureas eg Daonil (Glibenclamide), Diamicron (Gliclazide), Glimepiride, Chlorpropamide Ubatan ini bekerja dengan memberangsangkan sel beta dalam pankreas untuk menghasilkan lebih insulin. Ia lebih berkesan jikalau dimakan sebelum sarapan walaupun ubatan yang lebih baru boleh dimakan pada bila-bila masa.

Kesan sampingan ubat ini yang paling ketara adalah hypoglycemia iaitu tahap gula yang terlalu rendah di dalam darah. Ini biasanya berlaku jikalau pesakit memakan dos yang berlebihan ataupun dia tidak makan sarapan walaupun masih memakan ubatan diabetes.

Biguanides Metformin

eg

Bekerja terutamanya dengan mengawal pengeluaran gula dari sel hepar (liver) dan menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin. Ia juga mungkin ada kesan dalam proses penggunaan gula oleh otot dan tisu lain dalam badan.

Alpha glucosidase inhibitors eg Acarbose Mengurangkan gula daripada diserap melalui usus kecil. Ia agak berkesan untuk mengawal gula yang tinggi selepas sarapan (postprandial hyperglycemia)

Insulin secretagogues eg Repaglinide, netaglinide Juga bekerja dengan memberangsangkan sel beta dalam pankreas untuk menghasilkan lebih insulin. berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat. Kesan hypoglycemia dikatakan kurang berbanding dengan ubatan kumpulan sulphonylureas.

Thiozolidinediones eg Rosiglitazone, Pioglitazone, troglitazone Menyelesaikan masalah "insulin resistance". meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat.

Insulin Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria dengan cara bertindak shortacting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.

Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit.

Pengkelasan insulin adalah berdasarkan: Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah). Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum. Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Suntikan InsulinInsulin boleh digunakan dengan 2 cara iaitu picagari dan jarum atau pen khas.Ia mengikut jenis insulin yang dibekalkan. Perkara-perkara penting yang perlu tahu sebelum, semasa dan selepas menggunakan insulin adalah : Tempat suntikan Masa suntikan Cara suntikan diberi Cara penyimpanan insulin Cara pemusnahan jarum

TEMPAT SUNTIKAN ?

MASA SUNTIKAN ? Mengikut arahan Doktor yang merawat anda. Suntikan diberi lebih kurang15 minit sebelum makan.

CARA SUNTIKAN DIBERI ? Bersihkan diri atau tempat yang hendak dicucuk. Jarak antara satu suntikan dengan satu suntikan hendaklah 2 jari. Ini untuk mengelakkan dari dicucuk berulang kali di tempat yang sama. Sekiranya terdapat tempat yang keras akibat dari suntikan yang berulang kali, ELAK dari mencucuk di tempat tersebut. Ini akan menganggu penyerapan insulin. Pesakit hendaklah duduk dengan selesa. Peralatan hendaklah tersedia diatas meja.

Botol insulin hendaklah digoncang terlebih dahulu dan sapu getah pada botol dengan menggunakan kapas beralkohol. Masukkan udara ke dalam picagari sebanyak sukatan insulin yang diarahkan. Contoh, 10 cc (unit) Cucuk picagari yang berudara ke dalam botol insulin dengan menolak kesemua udara tersebut. Tonggengkan botol insulin dengan picagari dibawah dan seterusnya tarik insulin kedalam picagari sebanyak yang diperlukan Contoh : insulin yang diperlukan 10 cc Cabut jarum dari botol insulin .

Dengan keadaan jarum picagari tegak ke atas, tarik picagari arah ke bawah untuk memasukkan udara 1cc. Ketuk perlahan-lahan picagari yang mengandungi insulin supaya udara berkumpul di atas. Dengan perlahan-lahan tolak picagari arah ke atas sehingga kelihatan setitik dua insulin terkeluar dari jarum dan pastikan jumlah insulin tidak kurang atau lebih dari sepatutnya. Sekarang insulin sedia untuk disuntik Tempat yang mudah dikendalikan sendiri oleh pesakit ialah di abdomen.

Sapu kapas beralkohol di tempat yang hendak dicucuk. Pegang picagari mengikut keselesaan . Picit sedikit bahagian abdomen dan cucuk jarum dalam kedudukan menegak iaitu 90 darjah dari kulit tetapi jangan tekan batang picagari Lepaskan bahagian yang dipicit dan tarik sedikit batang picagari tanpa menarik keluar jarumnya. Ini untuk melihat sekiranya ada darah di dalam picagari . Sekiranya tiada darah, terus menekan batang picagari yang mengandungi insulin ke dalam abdomen sehingga kesemua insulin masuk ke dalam kulit.

JANGAN tarik keluar jarum dengan serta merta. TUNGGU hingga 10 saat dengan mengira hingga 10 kemudian cabut jarum dan tekan menggunakan kapas beralkohol yang telah dibuka di tempat tersebut dalam masa 1 minit. Sekiranya terdapat darah di dalam picagari,cabut jarum dari abdomen dengan serta merta tanpa menekan batang picagari. Cucuklah di tempat yang lain, 2 jari dari tempat pertama. Jarum boleh digunakan untuk 2 atau 3 kali suntikan . JANGAN BERKONGSI JARUM DENGAN PESAKIT LAIN.

CARA PENYIMPANAN INSULIN ? Insulin hendaklah di simpan di dalam peti sejuk dengan suhu 2- 8 darjah celceus iaitu bahagian am atau dalam suhu bilik. Insulin hendaklah diletakkan menegak(berdiri). ELAKKAN dari cahaya matahari secara langsung atau tidak. JANGAN simpan di dalam kereta yang ditinggalkan dibawah panas matahari. JANGAN simpan di dalam bahagian beku (freezer) peti sejuk. Keluarkan dari peti sejuk 3 - 5 minit sebelum digunakan. Sebelum menggunakan insulin hendaklah memeriksa tarikh luput, nama insulin yang digunakan dan kandungannya tiada bendasing.

CARA PEMUSNAHAN JARUM ? Semua jarum yang telah digunakan hendaklah simpan di dalam tin sehingga banyak atau penuh. Tin yang telah dipenuhi dengan jarum yang telah digunakan hendaklah dihantar ke klinik yang berhampiran untuk dimusnahkan. JANGAN buang jarum dan picagari merata-rata . Ini untuk mengelakkan dari penyalahgunaannya oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Pengawalan paras glukosa darah Bagi pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan. Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima.

Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat.

Bagi orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Bagi pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ujian hemoglobin terglikosilat. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut.

Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula di bawah: 18.01 x mmol = mg/dl Pesakit kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi 11mmol/l semasa waktu berpuasa.Tahap ideal (darah) 3.5 5.5mmol/l 5.5 6.7mmol/l Tahap baik (darah) 4.4 6.7mmol/l 6.7 7.8mmol/l

Masa ujian dibuat Berpuasa contohnya pagi sebelum sarapan 2 4 jam selepas makan

Penjagaan kulit Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih.

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: Gunakan agen pembersih yang bersifat asid dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan. Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan iritasi kulit. Gunakan air suam untuk mencuci. Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi.

Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan. Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki. Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.

PENJAGAAN KAKI Penjagaan kaki adalah penting untuk mengawal dan mencegah komplikasi pada pesakit diabetes. Infeksi kulit oleh kulat dan bakteria terutamanya di celah-celah jari kaki sering terjadi pada penghidap diabetes kerana peredaran darah di kaki pesakit mungkin terganggu. Kehadiran glukos dalam air peluh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Dengan itu, pesakit diabetes perlu memeriksa kaki mereka dengan kerap dan kaki mereka akan diperiksa setiap kali datang ke klinik.

Tanda-tanda kaki diabetes Kehilangan deria rasa apabila kaki mengalami infeksi atau kecederaan. Kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kaki menjadi panas atau sejuk yang berpanjangan. Kebas atau kelemahan otot-otot badan. Perubahan warna dan suhu kaki Kehilangan bulu roma kaki

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Kaki perlu dibasuh setiap hari dengan menggunakan sabun Keringkan kaki dan celah jari dengan tuala lembut Gunakan losen pelembab atau krim pada kaki bagi mengelakkan kulit dan tumit menjadi kering atau merekah Periksa kaki dengan teliti di tempat yang terang Periksa kawasan di antara jari kaki dan gunakan cermin untuk periksa tapak kaki

Cari rekahan pada kulit, luka-luka, calarbalar, melepuh, kudis, bisul atau perubahan warna pada kulit kaki Segera mendapatkan nasihat perubatan sekiranya kaki luka atau keadaan kaki menjadi teruk. Sentiasa menggunakan alas kaki sama ada di dalam ataupun di luar rumah Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis benang bulu dan kapas. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang peredaran darah di kaki Tukar sarung kaki setiap hari Pakailah kasut yang sesuai dan selesa dipakai.

Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang objek kecil sebelum memakai kasut. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Kemaskan kuku dengan mengikis pinggir kuku untuk menumpulkan tepi yang tajam Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.

SENAMAN KAKI Berikut adalah beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan khas untuk kaki.

Duduk dengan betul di atas kerusi sambil meletakkan kaki ke lantai

Sambil meletakkan tumit di lantai, jari-jari keduadua belah kaki diluruskan ke atas dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kali.

Sambil meletakkan tumit di lantai, angkat tapak kaki ke atas. Kemudian, jari-jari kaki pula diletakkan di lantai sambil tumit kaki diangkatkan ke atas. Langkah ini diulangi sebanyak 10 kali

Tumit kaki diletakkan di lantai. Bahagian depan kaki diangkat ke atas dan putaran 360 dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali

Jari-jari kaki diletakkan di lantai. Tumit diangkat dan putaran 360 dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali

Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut. Putaran 360 dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali

Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kali. Ulangi langkah ini untuk kaki yang sebelah lagi.

Letakkan sehelai kertas suratkhabar di lantai. Renyukkan kertas itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian, bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan keduadua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja

Penjagaan mata Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan.

Penjagaan dental (gigi) Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat.

Puasa Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda. Berikut adalah contoh kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan Ramadan.

Masa Sahur

Perkara 1 - Makan ubat 2 - Makan sahur 1 - Buka puasa dengan mengambil makanan atau minuman 2 - Makan ubat 3 - Solat maghrib 4 - Makanan berat

Buka puasa

Insulin Resistance (IR) IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah. Akibatnya sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa dan hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis. Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup.

Dengan itu glukosa tidak akan dapat dimetabolismakan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi. Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa. Dua faktor utama penyebab IR, yang menyebabkan kencing manis ialah faktor genetik dan faktor persekitaran

Faktor Genetik Bermula sejak lahir, seperti berat badan semasa lahir yang rendah, dan pemakanan yang tidak baik

Faktor Persekitaran Bermula lewat, seperti cara hidup yang tidak aktif, pemakanan yang buruk (kalori tinggi, banyak lemak, dsb), dan juga proses biasa penuaan.

Care plan for patients diabetic mellitus and patients with diabetic ketoasidosis.Nursing Diagnosis Goals Nursing Interventions 1. Asses patient condition and education level. 2. Strict dm diet no food taken from outside. 3. Monitor dxt/rbs . 4. Give medication as dr order. 5. Monitor s/s of hypoglycaemic. and hyperglycaemic 6. Vital sign monitoring. 7. Educate pt regarding dm disease-exp; diet, excersise, body wt, medication. 8. Refer dr prn. Evaluation Dxt results acceptable for dm pts. Pts free from any s/s of hypo / hyperglycaemia. Pt able to understood explanation given

Uncontrolled blood sugar due to lack of knowledge.

Blood sugar will maintain within normal level.

Care plan for patients diabetic mellitus and patients with diabetic ketoasidosis.Nursing Diagnosis Goals Nursing Interventions 1. asses pt condition 2. Administer 0.9% saline sad r order. Adjust rate as indicated. 3. Vital sign monitoring. 4. Accurately record fluids intake and output as dr order. 5. Asses for sign of fluids overload: dysopnoea, pulmonary crackles & wheezes, increased of cvp. 6. Provide mouth care regularly. Evaluation Input and out put pt balance. Pt hydration well. Blood sugar controlled well.

Fluid volume deficit due to polyuria and glycosuria.

Fluid intake and urine output will be in physiological balance. Mucus membranes will be moist. Blood glucose will decrease towards normal.

Care plan for patients diabetic mellitus and patients with diabetic ketoasidosis.Nursing Diagnosis

Goals Serum glucose levels will 5.67.7mmol. Serum acetone level will be 51.6344.0mmol Urine will negative for glucose & ketones.

Nursing Interventions 1. Asses pt condition. 2. Administer regular insulin as dr order. 3. Monitor blood glucose & acetones levels, urinary output hly. 4. Maintain ivd regime as dr order. 5. Vital sign monitoring. 6. monitor for s/s of hypo / hyperglycaemia 7. Refer dr prn.

Evaluation Pt free from s/s of DKA. Ufeme showed ve for glucose & ketones. Dxt results maintain within acceptable level.

Metabolic imbalance: ketoasidosis related to decrees production of insulin.

Care plan for patients diabetic mellitus and patients with diabetic ketoasidosis.Nursing Diagnosis

Goals

Nursing Interventions 1. Asses pt condition. 2. Asses pt resp rate, depth & rhythm. 3. Change position 2hly & asses response to position changes. 4. Dr order4. Prop up position. 5. Administer oxygen npo as dr order. 6. Evaluate blood gases level. 7. Refer dr prn.

Evaluation Pt verbalizes able to breath within normal resp rate. Pt did not use oxygen. Abg normal.

Ineffective breathing pattern related to hyperventilati on in response to metabolic ketoasidosis.

Resp. will be 20-24/min & regular. Blood gases, ph & bicarbonate level will return to normal range.

Care plan for patients diabetic mellitus and patients with diabetic ketoasidosis.Nursing Diagnosis

Goals Pt & family will be able to describe the causes of ketoasidosis, & s/s of hyperglycaemi a. Pt & family will verbalize plans to begin learning about dm & its management.

Nursing Interventions 1. Assess level of education for pt & family & level of understanding of dm & ketoasidosis. 2. Provide explanation of all procedures & activities. 3. Answer questions from pt & family. 4. Develop an initial learning plan with pt & family as soon they able to participate.

Evaluation Pt & family able to know s/s of hypo/hyperglycae mic. Pt & family able to understood regarding dm diet and medication.

Lack of knowledge about dm, ketoasidosis & their management

Spirulina Kekurangan Insulin dan Magnesium yang dihadapi pesakit kencing manis boleh menghalang metabolisme Protein dan Lemak. Situasi ini akan menyebabkan penghidap kencing manis mudah diserang penyakit sampingan yang lain. Vitamin B Kompleks, Zink, Kalium dan Magnesium dapat membantu masalah kencing manis . Vitamin B6 + Magnesium boleh mengurangkan Asid Xanthurenic yang merosakkan sel Pankreas. Klorofil + Protein + Vitamin B1 dan B2, dan Asid Pantothenic + Zink boleh mengembalikan fungsi Pankreas dan penghasilan semula jadi Insulin. Vitamin E mengelakkan pengoksidaan lemak dan karbohidrat yang tidak dibakar menjadi Oksigen.

Berita Harian, 6 April 2004 Kaji Guna Sel Induk Rawat Kencing Manis (Translation: Reserach in Adult Stem Cell to Cure Diabetes) By Dewani Abbas SATU kajian menggunakan sel-sel induk bagi merawat penyakit kencing manis sedang dijalankan oleh gabungan usaha sama antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan sebuah syarikat bioteknologi di sini. Kajian melibatkan biaya awal $1.5 juta dengan syarikat Stem Cell Technologies (i) (SCTi) itu dimulakan Februari lalu dan dijangka berlangsung selama tiga tahun. Dalam sidang media semalam, Dr Susan Lim, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif SCTi, menyatakan kajian tersebut menarik kerana ia lebih praktikal dalam konteks hari ini. 'Sebagaimana yang diketahui, Singapura salah sebuah negara dengan kadar pesakit kencing manis tertinggi. 'Seramai 9 peratus penduduk di sini menghidapinya, berbanding 6 peratus di Amerika Syarikat dan trend ini kelihatan meningkat,' kata Dr Lim, pakar bedah yang merintis pembedahan pemindahan hati di rantau ini 14 tahun lalu. Dr Lim, 49 tahun, antara lebih enam orang yang terlibat dalam kajian itu. Para saintis yang terlibat akan mewujudkan sel-sel yang menghasilkan insulin (bahan yang menggerakkan glukos dari saluran darah ke sel-sel manusia) daripada sel induk pesakit itu sendiri atau orang lain. Sel induk boleh menghasilkan dirinya sendiri dalam bentuk sama atau berubah, dan menjadi pelbagai jenis sel khusus atau tisu lain. Oleh itu, ia berpotensi merawat banyak penyakit termasuk kencing manis. Untuk kajian tersebut, sel induk daripada sel lemak pesakit akan digunakan. Bagaimanapun, penggunaan sel-sel induk daripada sumber lain seperti tulang sumsum dan sel-sel darah dari bahagian sekitaran tubuh boleh juga dikaji. Projek tersebut dibiayai sama rata oleh NUS dan SCTi. Jika berjaya, NUS akan berkongsi 50 peratus hak harta intelektual dan semua royaltinya, sementara SCTi akan mempunyai hak pertama untuk memasarkannya.

Wednesday, May 04, 2005 Peria penawar kencing manis BUAH peria memang sejak dulu terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit. Rasa pahitnya itu tidak menghalang orang ramai mengambilnya dalam pemakanan harian terutamanya untuk di jadikan ulam. Dalam bidang perubatan moden, peria boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Jadi sebab itulah, pesakit kencing manis (diabetes) digalakkan makan peria atau rebusan buah peria untuk menyeimbangkan kembali kadar kandungan gula di darah mereka. Ia adalah ubat dan menghindari kencing manis yang paling mudah, murah dan berkesan sekali. Menurut kepercayaan tradisional, pengambilan buah peria dalam makanan seharian boleh mengekalkan status kesihatan seseorang pada tahap yang baik. Baru-baru ini ahli biokimia, Dr Pushpa Khanna mendedahkan bahawa hasil proses extraksi biji buah peria mengandungi Polypeptide-k yang boleh menurunkan nilai glukosa dalam darah dan kencing. Hasil penyelidikan yang dilakukan selama lebih 30 tahun, walaupun pada asalnya tidak dipercayai rakan saintis yang lain, mendapati biji buah peria mengandungi Polypeptide-k yang kaya dengan 18 jenis asid amino. Jumlah berkenaan adalah sama sepertimana yang terdapat dalam insulin bovine. Selain tiada kesan sampingan, ubat herba ini juga tidak mempunyai rasa pahit yang mana menjadi trademark buah peria. Kandungan yang terdapat dalam biji buah peria, mampu mengawal kandungan gula dalam darah. Kajian kami mendapati pengambilannya tidak memberi tindak balas bersilang atau menimbulkan sebarang kesan sampingan dengan ubat-ubatan doktor untuk rawatan diabetes termasuk insulin, katanya pada pelancaran produk Diabegard di sini baru-baru ini. Pada majlis berkenaan turut diadakan perjanjian persefahaman (MoU) pemindahan teknologi antara Pusph-Jyoti Herbal Enterprise dengan Magna Mission Sdn Bhd yang masing-masing diwakili Dr Puspha dan Pengarah Urusan Magna Mission Sdn Bhd, S Subramaniam. Ia disaksikan Pengerusi Magna, Tan Sri Datuk Dr Mohamad Yusof Hashim. Berdasarkan penemuan itu, Dr Puspha berkata ia mampu mengaktifkan insulin yang kurang aktif dalam pengaliran darah selain memulihara serta meningkatkan kembali keupayaan pankreas. Bagaimanapun menurutnya tempoh rejuvenasi itu bergantung kepada tahap kritikal penyakit yang berkaitan bagi setiap pengguna, dengan kata lain membantu mencegah atau menunda penyakit diabetes bagi seseorang yang mempunyai penyakit berkenaan secara genetik. Ia sebagai pembantu kepada pesakit. Mudahnya penggunaannya kerana ia boleh diambil bersama-sama dengan ubat-ubatan diabetes yang dipriskripsikan pegawai perubatan dan paling mustahak, tiada kesan sampingan sekiranya ia dihentikan pengambilannya, katanya yang menyatakan satu pil diambil empat kali sehari sepuluh minit sebelum makan, lebih baik dibiarkan ia melarut dalam mulut untuk kesan yang mujarab. Sementara itu Dr Mohamad berbesar hati dengan pemindahan teknologi itu yang disifatkan tepat pada masanya membantu individu memerlukan dalam situasi jumlah pesakit diabetes yang semakin meningkat kini. Ia juga diharap mampu memajukan lagi penanaman dan potensi tanaman herba yang sememangnya dikenali ke peringkat antarabangsa, katanya yang menyatakan promosi antara unsur paling penting dalam usaha merealisasikannya. Positif usaha itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana peria dikatakan kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan garam galian terutamanya Vitamin A, B1, B2, C dan ferum yang mana kesemua kandungan vitamin ini amat diperlukan bagi mengelakkan masalah kerunsingan dan hipertensi, masalah kabur penglihatan, kurang zat dan lemah metabolik karbohidrat. Pelbagai khasiatnya itu sekiranya dijaja mampu mengubah tanggapan terhadap kebolehan tumbuhan herba sebagai penawar pelbagai kesakitan.

Misai Kuching Misai Kuching (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi. Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubatubatan moden. Penyelidikan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik. Misai Kuching juga dikenali dengan nama Kumis Kuching, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, dan Yaa Nuat Maeo. Herba Misai Kuching adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae.

Unit Khas Kencing Manis Dan Darah Tinggi Di Semua Hospital K'jaan 16 Ogos, 2005

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Unit khas pesakit luar untuk rawatan penyakit kencing manis dan darah tinggi akan ditubuhkan di semua hospital dan klinik kerajaan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Chua Soi Lek hari Selasa. Beliau berkata unit itu akan dikendalikan oleh doktor, jururawat dan kakitangan sokongan yang dilatih khusus untuk mengendalikan pesakit yang menghidap kedua-dua penyakit itu. Pada masa ini, 30 peratus daripada jumlah seluruh pesakit yang dirawat di hospital dan klinik kerajaan ialah pesakit kencing manis dan darah tinggi, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'HealthCom 2005', sebuah persidangan antarabangsa mengenai Komunikasi Kesihatan, di sini. Dr Chua berkata rawatan awal bagi kedua-dua penyakit itu adalah penting untuk mengurangkan komplikasi seperti kegagalan berfungsi buah pinggang dan buta. Terdapat kira-kira 800,000 pesakit kencing manis dan lebih tiga juta pesakit darah tinggi di seluruh negara dan kedua-dua penyakit itu dianggap penyakit yang akan ditanggung lama oleh penghidapnya tanpa ada cara untuk menyembuhkannya, kata beliau. Dr Chua berkata: "Unit khas itu akan mencontohi model Pusat Penjagaan Ibu dan Bayi atau Wad Bersalin yang telah terbukti berjaya dalam mengurangkan jumlah kes-kes kematian ibu semasa bersalin." Katanya satu kajian telah dijalankan di empat hospital utama kerajaan, iaitu di Johor Baharu, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sebelum kerajaan memutuskan untuk menubuhkan unit khas pesakit luar itu. Kajian itu mendapati bahawa kedua-dua penyakit itu sedang meningkat di kalangan rakyat Malaysia yang berumur lebih 18 tahun dengan 90 peratus daripadanya menghadapi masalah untuk mengawal penyakit itu, katanya. Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan bahawa kaum Melayu adalah yang paling lemah di antara kaum-kaum di negara ini daripada segi mengawal dan merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi mereka. "Kita juga mempunyai ramai pesakit, yang selepas mereka dikenal pasti menghidap kencing manis dan darah tinggi, terus menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan lagi," kata Dr Chua. Dr Chua berkata kesimpulan kajian itu ialah sistem pendokumentasian dan pemantauan dalam banyak kes adalah lemah. "Sesetengah pesakit tidak menjalani ujian darah berjadual dan kadang-kadang tiada pemeriksaan rapi dijalankan oleh doktor terbabit, sebagai contoh, ujian penglihatan di mana anda memerlukan bilik yang gelap, tapi dalam sesetengah kes lampu tidak dipadamkan," kata beliau. Kajian itu juga mendapati pesakit yang menghidap kencing manis dan darah tinggi sering kali diberi hanya sejenis ubat yang diambil dalam kuantiti yang tinggi. "Terapi campuran dengan pelbagai jenis ubat diambil dalam dos yang rendah adalah lebih baik daripada mengambil hanya sejenis ubat dalam dos yang tinggi," katanya. Dr Chua berkata klinik-klinik swasta juga mengamalkan pemberian hanya satu jenis ubat dalam dos yang tinggi bagi mengurangkan bil pesakit dan mengelakkan kos yang lebih tinggi. -- BERNAMA

Rujukan1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Health & Financial Freedom http://www.cf2u.net Berita Melayu http://melayu1.blogspot.com Pusat Racun Negara USM http://www.prn2.usm.my Farmasi Anis http://www.anispharmacy.com Institut Diabetes Negara http://www.nadidiabetes.com.my Nutriweb Malaysia http://nutriweb.org.my Poliklinik Komuniti Temerloh http://diabetesmalaysia.com GS vision Sdn Bhd http://www.efarmasi.com.my PT Merch Tbk http://www.pandudiabetes.com Bali Chemist http://www.balichemist.com Kacip Emas http://www.kacipemas.com Misai Khucing Medicinal Herb http://misaikhucing.com Muslim Kidney Action Committee http://www.mkac.org National Fitness Counsil http://www.nfc.net.my Globe Net Indonesia http://www.rbcworld.com BERNAMA http://bernama.com An-Nisa Laboratories http://www.annisaalaboratories.com Novartis Indonesia http://id.novartis.com

Sekian, terima kasih.