kencing manis slide

25
Apakah yang anda perlu tahu tentang KENCING MANIS Definisi, punca, pengawalan, risiko, rawatan, pencegahan Disediakan oleh: Muhamad Ikhwan B Muhamad Sayuti Muhamad Saddam B. Mohd Shariff Mohamad Taufik B Yusof Penasihat: Prof Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali

Upload: saddam-shariff

Post on 25-Jul-2015

244 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kencing Manis Slide

Apakah yang anda perlu tahu tentangKENCING MANIS

Definisi, punca, pengawalan, risiko, rawatan, pencegahan

Disediakan oleh:Muhamad Ikhwan B Muhamad Sayuti Muhamad Saddam B. Mohd ShariffMohamad Taufik B Yusof

Penasihat:Prof Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali

 

 

Page 2: Kencing Manis Slide

Apa itu kencing manis?

Kencing manis merupakan sejenis

penyakit dengan tanda-tanda kenaikan

paras gula dalam darah daripada paras

biasa hasil daripada kecacatan dalam

pengeluaran insulin, tindakan insulin atau

kedua-duanya.

Page 3: Kencing Manis Slide

PERANGKAAN KENCING MANIS DI MALAYSIA?

Kini, kencing manis tidak memilih kumpulan dan menyerang lelaki, wanita, warga tua, muda dan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan sosio-ekonomi.

Perangkaan penyakit kencing manis di Malaysia dijangka meningkat dari 5.1% pada 2003 kepada 6.3% pada 2025. Peningkatan dalam penyakit kencing manis berlaku di semua negara terutamanya negara membangun dan sedang membangun.

Walaupun kecing manis Jenis 2 lebih banyak dihidapi oleh orang dewasa, namun sepanjang beberapa dekad yang lalu,bilangan penyakit kencing manis Jenis 2 dalam kalangan kanak-kanak dan remaja mempunyai peningkatan terutamanya di Malaysia. 

Page 4: Kencing Manis Slide

Apakah dua jenis utama kencing manis?

Kencing manis Jenis 1 disebabkan oleh kemusnahan autoimun dan pesakit memerlukan suntikan insulin ke dalam badan beberapa kali sehari. Pesakit yang mengidap kencing manis Jenis 1 mempunyai insulin yang sedikit atau tiada langsung dan harus mengambil insulin setiap hari.

Kencing manis Jenis 2 adalah disebabkan daripada kecacatan dalam penghasilan insulin dan rintangan kepada tindakan insulin. Kencing manis Jenis 2 adalah antara yang paling biasa berlaku bagi pesakit kencing manis. Insulin dihasilkan tetapi ia tidak berfungsi dengan betul yang membawa kepada keadaan yang dipanggil kerintangan terhadap insulin. Oleh itu, kebanyakan pesakit yang mengidap kencing manis Jenis 2 akan menderita akibat penghasilan insulin yang berkurangan.

 

Page 5: Kencing Manis Slide

Apakah tanda dan gejala?

Kerap membuang air kecil dan selalu dahaga

Penurunan berat badan

Berasa sgt letih sepanjang masa

Page 6: Kencing Manis Slide

Apakah faktor risiko?

Mengamalkan pemakan tidak sihat

Sejarah keluarga yang mengidap

kencing manis

Tidak aktif secara fizikal

Umur

Berat badan berlebihan

Page 7: Kencing Manis Slide

Apakah komplikasi kencing manis?

• Serangan jantung

• Buta

• Penyakit buah pinggang

• Tekanan darah tinggi

• Strok

• Koma

• Penyakit saraf

• Gangren dan kudis menular

Page 8: Kencing Manis Slide

Bagaimana hendak menjaga kencing manis anda setiap hari? A) Ikut pelan pemakanan anda• Makan makanan biasa. Makan setiap 4-5 jam boleh

membantu mengawal gula dalam darah

• Makan makanan kurang lemak. Elakkan makanan yang digoreng. Makanan yang dibakar, panggang, rebus atau kukus adalah lebih sihat untuk dimakan.

• Makan daging yang mempunyai lemak yang sedikit. Apabila anda makan produk tenusu (keju, susu, yogurt, dan lain-lain), pilih produk yang mempunyai sedikit atau tiada lemak atau krim.

• Kurangkan pengambilan gula.

• Pilih untuk makan pelbagai jenis makanan sihat, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

• Kurangkan juga pengambilan garam.

• Elakkan alkohol.

Page 9: Kencing Manis Slide

B) Aktif secara fizikal

• Adalah penting untuk menjadi aktif secara fizikal. Ia boleh membantu anda mengawal gula dalam darah dan berat badan anda. Aktiviti fizikal turut membantu mencegah masalah jantung dan aliran darah. Ramai orang berasa lebih baik apabila mereka melakukan senaman yang kerap.

• Jika anda tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti fizikal, berbincanglah dengan pasukan penjagaan kesihatan anda sebelum anda memulakannya. Berjalan, bekerja di halaman, dan menari adalah cara yang baik untuk memulakannya. Apabila anda menjadi lebih kuat, anda boleh menambah beberapa minit tambahan untuk aktiviti fizikal anda

•Jika anda berasa sakit, perlahan atau hentikan dan tunggu sehingga ia hilang. Jika kesakitan datang kembali, berbincanglah dengan pasukan penjagaan kesihatan anda dengan segera.

Page 10: Kencing Manis Slide

C) Ambil ubat kencing manis anda

• Jika anda mengambil pil atau suntikan insulin untuk mengawal kencing manis anda, minta penyelia kesihatan anda untuk menerangkan bagaimana kedua-dua ubat ini berfungsi.

• Adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk mengambil ubat kencing manis. Jika anda mengambil ubat-ubatan lain yang dijual dengan preskripsi atau tanpa preskripsi, tanya doktor anda mengenai kesan ubat ini terhadap kawalan penyakit kencing manis anda. Hal ini kerana, pengambilan suntikan insulin atau pil, boleh menyebabkan paras gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah.

• Jika anda menyuntik insulin, penyelia kesihatan anda sepatutnya dapat memberitahu anda

a) Bagaimana untuk memberi diri anda suntikan.

b) Bila anda perlu menukar dos insulin anda.  

Page 11: Kencing Manis Slide

D) Periksa paras gula dalam darah anda

• Adalah penting demi kesihatan anda untuk mengawal paras gula dalam darah.

• Memastikan paras gula dalam darah berada pada keadaan normal membantu mencegah atau melewatkan beberapa masalah kencing manis, seperti penyakit mata, penyakit buah pinggang dan kerosakan saraf.

• Satu cara untuk membantu mengawal paras gula dalam darah anda adalah dengan pemantauan kerap. Anda boleh melakukan ini dengan:

• Menguji paras gula anda sendiri beberapa kali setiap hari. Kebanyakan orang yang mempunyai kencing manis menguji paras gula dalam darah mereka 2 hingga 4 kali sehari.

• Anda boleh berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Page 12: Kencing Manis Slide

Bolehkah kencing manis disembuhkan?

Malangnya, kencing manis tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun ia boleh dikawal dengan berkesan.

Mereka yang menghidap kencing manis boleh menjalani kehidupan yang sihat jika paras gula dalam darah mereka dibawah kawalan dan mereka mengikuti diet yang betul serta mengamalkan senaman dengan kerap.

Kadang- kadang pesakit mungkin memerlukan insulin atau pil bagi memastikan paras gula dalam darah mereka di bawah kawalan

Faktor utama untuk menjalani kehidupan yang normal adalah dengan mendapatkan kawalan tekanan darah yang baik serta paras gula darah dan kolesterol yang terkawal.

Page 13: Kencing Manis Slide

UBAT-UBATAN UNTUK KENCING MANIS

Terdapat dua jenis asas ubat kencing manis:

• Ubat oral kencing manis.

• Insulin

 

Page 14: Kencing Manis Slide

Ubat oral kencing manis

Ubat oral kencing manis digunakan dalam rawatan penyakit kencing manis Jenis 2. Ubat dalam kategori ini tergolong dalam beberapa kelas, seperti:

Page 15: Kencing Manis Slide

1. Biguanides (Mengurangkan penghasilan

glukosa dan meningkatkan tindakan insulin dalam otot dan lemak)

Dos: Tablet 500mg, 1 biji sekali sehari diambil dengan makan malam.

Kesansampingan: Gangguan  perut, gangguan rasa,  penurunan kadar penyerapanVitamin B12 semasa penggunaan jangka panjang

Glucophage XR®

Page 16: Kencing Manis Slide

2. Sulfonylureas (Merangsang pengeluaran

insulin dari Beta-sel pankreas)

Dos: Permulaan 1 mg sekali sehari. Pengekalan 1-6 mg setiap hari. Telan keseluruhan tablet, jangan hancurkan/kunyah. Perlu diambil bersama makanan

Kesan sampingan: Paras gula darah yang rendah,  gangguan penglihatan, tindak balas hipersensitiviti kulit, simptom perut.

Amaryl®

Page 17: Kencing Manis Slide

3. Perencat Alfa-Glukosida

(Mengurangkan penyerapan usus terhadap kanji seterusnya mengurangkan peningkatan glukosa)

Dos: 50-100 mg tiga kali sehari. Perlu diambil bersama makanan.

Kesan sampingan: Kembung perut, cirit-birit, sakit perut.

Glucobay®

Page 18: Kencing Manis Slide

4. Perencat dipeptidyl peptidase

(Meningkatkan penghasilan insulin dan menurunkan paras glukosa.

Dos: Monoterapi atau gabungan terapi; 100 mg setiap hari. Boleh diambil dengan makanan atau tanpa makanan

Kesan sampingan: Sakit perut, loya, muntah, cirit-birit. 

Januvia®

Page 19: Kencing Manis Slide

5. Gabungan ubat-ubatan

Dos: Dos individual. Permulaan 50 mg/500 mg dua kali sehari. Perlu diambil bersama makanan.

Kesan sampingan: Kembung perut, muntah, sakit kepala, sakit perut, hilang selera makan.

Janumet®

Page 20: Kencing Manis Slide

InsulinPeranannya adalah untuk membantu sel-sel dalam badan menggunakan glukosa untuk tenaga.

 1.Tindakan pantas• Insulin lispro (Humalog®)• Insulin aspart (NovoLog®)

 2.Tindakan pendek• Humulin® R• Novolin® R

 3.Ttindakan pertengahan• Humulin N• Novolin N

Page 21: Kencing Manis Slide

 5. Pracampuran• Insulin lispro protamine/insulin

lispro (Humalog®Mix50/50, Humalog® Mix75/25)

• Insulin aspart protamine/insulin aspart (NovoLog®Mix 50/50, NovoLog® Mix 70/30)

• NPH insulin/regular insulin (Humulin® 70/30, Novolin®70/30).

4. Tindakan berpanjangan• Insulin

glargine (Lantus®)

Page 22: Kencing Manis Slide

Dimana anda boleh mendapatkan bantuan tentang kencing manis?

Bagaimana untuk mencari program tentang kencing manis?

Untuk mencari program atau maklumat tentang diabetis, hubungi 

The National Diabetes Institute (NADI)National Diabetes Institute (NADI)No. 1, Jalan

SS 3/50,University Garden,47300 Petaling Jaya,Selangor, MalaysiaTelefon: 03-

78761676/78761677Fax: 03-7876167E-mel: [email protected]:

www.diabetesmalaysia.com.my

Page 23: Kencing Manis Slide

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai kencing manis?

Untuk mendapat maklumat dan penjagaan kencing manis, hubungi:

 

Persatuan Diabetes MalaysiaPDM Secretariat:No. 2, Lorong 11/4E,46200

Petaling JayaSelangor Darul EhsanTelefon: 03-79574062      Fax: 03-

79604514Emel: [email protected]: www.diabetes.org.my

Waktu operasi: Isnin-Jumaat: 9.00pg - 4.30ptg (rehat -1.00ptg to 2.00ptg)Sabtu: 9.00pg -

12.30ptg Tutup hari ahad dan cuti umum

Page 24: Kencing Manis Slide

Rujukan1. Diabetes Information Hub. Can Diabetes Be Cured. [homepage on the

Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 24]. Available from: http://diabetesinformationhub.com/CanDiabetesBeCured.php

2. Malaysian Diabetes Association. What is Diabetes. [homepage on the Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 24]. Available from: http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=5

3. National Diabetes Institute. All About Diabetes. [homepage on the Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 23]. Available from: http://www.diabetesmalaysia.com.my/section.php?sid=1

4. Ucsf Medical Center. Diabetes Mellitus Signs and Symptoms. [homepage on the Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 23]. Available from: University of California San Francisco, Web site: http://www.ucsfhealth.org/conditions/diabetes_mellitus/signs_and_symptoms.html

5. Web Md. Risk Factors for Diabetes. [homepage on the Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 24]. Available from: http://diabetes.webmd.com/risk-factors-for-diabetes

6. Ministry of Health Malaysia. Diabetes Mellitus. [homepage on the Internet]. 2010 [cited 2012 Apr 21]. Available from: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/dewasa/01penyakit0102disease02/01kencing-manis0102diabetes-mellitus02  

Page 25: Kencing Manis Slide

7. International Diabetes Federation. Complications of Diabetes. [homepage on the Internet]. 2011 [cited 2012 Apr 21]. Available from: http://www.idf.org/complications-diabetes

8. U.S. National Library of Medicine. Type 2 Diabetes: Risk factors. [homepage on the Internet]. 2012 [cited 2012 Apr 23]. Available from: National Institutes of Health, U.S. Department of Health and Human Services Web site: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002072.htm

9. MIMS Malaysia. Antidiabetic Agents. [database on the Internet]. 2011 [cited 2012 May 6]. Available from: National Institutes of Health, U.S. Department of Health and Human Services Web site: http://www.mims.com/

10. MIMS. 127th ed. Malaysia: UBM Medica Asia Pte Ltd; 2011.

11. Hermans MP, Ahn SA, Rousseau MF. The multi-faceted outcomes of conjunct diabetes and cardiovascular familial history in type 2 diabetes. J Diabetes and its Complications 2012.

12. Kramer H, Cao G, Dugas L, Luke A, Copper R, Arvizu Rd. Increasing BMI and waist circumference and prevalence of obesity among adults with Type 2 diabetes: the National Health and Nutrition Examination Surveys. J Diabetes and its Complications 2010; 24(6):368-374.

13. Noto H, Osame K, Sasazuki T, Noda M. Substantially increased risk of cancer in patients with diabetes mellitus: A systematic review and meta-analysis of epidemiologic evidence in Japan. J Diabetes and its Complications 2010; 24(5):345–353.  

14. Bruce DG, Davis WA, Cull CA. Diabetes education and knowledge in patients with type 2 diabetes from the community: The Fremantle Diabetes Study. J Diabetes and its Complications 2003; 17(2):82-89.