kenegaraan topik 7 - vodppl.upm.edu.my (1).pdf · jenis sistem pemerintahan 1. ... contoh:...
TRANSCRIPT
26/10/2015
1
Dr Murni Wan Mohd Nor
KENEGARAAN
TOPIK 7
SISTEM PERSEKUTUAN
• Konsep asas persekutuan
• Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan
negeri
• Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan konsep persekutuan
Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia
Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri
Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara
kerajaan persekutuan dan negeri
Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan
26/10/2015
2
JENIS SISTEM PEMERINTAHAN 1. Kerajaan Persekutuan
satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia
2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politik dengan segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat.
Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang
Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar
Contoh: UK, New Zealand, Sweden, China, Indonesia, Perancis
3. Kerajaan Gabungan/konfederasi
kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaan negeri/Kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri
Ikatan yang longgar antara kerajaan. Contoh: Empayar Jerman abad ke 19, Kesatuan Eropah, PBB, OIC
KONSEP PERSEKUTUAN
(LATIN) Fides : ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang terlibat dalam membentuk negara
Foedus : perjanjian, persetujuan atau perikatan
K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepada satu penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (co-equal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain.
KONSEP PERSEKUTUAN Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politik dengan
kewujudan dua peringkat kerajaan – sebuah Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasa yang bersifat
tempatan seperti pengurusan sumber (tanah, air , perparitan)
Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untuk perkara-
perkara yang berkepentingan luas dan bersifat umum
seperti menyediakan kemudahan am dan kebajikan serta menjaga
keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll
26/10/2015
3
CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN
Kebiasaannya - pembahagian kuasa berdasarkan
perlembagaan bertulis : fungsi kerajaan – sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi
satu kerajaan – perlembagaan rigid bagi memastikan kedua-dua
kerajaan pusat dan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa
antara satu sama lain.
Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan
jelas
Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke
atas bidang yang diagihkan kepadanya
CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN
Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung
dengan rakyatnya
Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus
dari rakyat
Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang
ditentukan oleh perlembagaan dengan sendiri
Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri -
wilayah persekutuan – kawasan pentadbiran atau ibu kota Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan
pembangunan dan kemajuan antara negeri-negeri
KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN
PERSEKUTUAN Negeri yang kecil boleh bergabung dengan negeri yang besar
tanpa kehilangan kebebasan dan hak untuk membuat ketetapan sendiri.
Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akan menjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, penduduk dan politik.
Corak pemerintahan persekutuan membolehkan kepentingan tempatan disuarakan dan disalurkan kepada peringkat kerajaan pusat untuk penyelesaian.
Boleh memudahkan keseragaman dasar bagi seluruh negara
Membolehkan kepentingan tempatan diselesaikan.
Dapat mengawal kerajaan pusat supaya tidak terlalu kuat dan menjejas kepentingan kerajaan negeri (“check and balance”).
26/10/2015
4
KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN
PERSEKUTUAN
Mudah wujud masalah persaingan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya isu sumbangan kewangan kepada kerajaan pusat.
Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkan dasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya.
Pemerintahan persekutuan dianggap sebagai satu corak pemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan, kerana institusi pentadbiran yang sama/cawangan perlu diwujudkan di setiap negeri persekutuan.
Sering wujud rasa kurang berpuas hati dalam kalangan anggota negeri menyertai persekutuan.
SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI
MALAYSIA 1. Fasa konfederasi (sebelum 1895) Pulau Pinang, Melaka dan Singapura – Gabenor Inggeris Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang – sistem
Residen 2. Fasa persekutuan (1895 – 1946) NNMB NNMTB Fasa kesatuan • NNS • Kesatuan Malaya (Januari 1946 – Julai 1946) 4. Fasa persekutuan PTM 1948 Persekutuan Malaya 1957 Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini
SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN Malaysia mempunyai kecondongan pusat (central bias) kepada
Kerajaan Pusat
Suruhanjaya Reid (sebelum Merdeka) berpendapat bahawa Persekutuan Malaya (pada masa itu) memerlukan kerajaan pusat yang kuat
Penting untuk
menyatupadukan negeri-negeri
Megatasi masalah perebutan kuasa
Mengatasi masalah pentadbiran
Meningkatkan dan menyelaraskan sistem pertahanan (Jepun dapat menyusup masuk ke Tanah Melayu kerana sistem pertahanan yang lemah)
26/10/2015
5
PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN
DI MALAYSIA
TIGA ASPEK UTAMA:
Pengagihan bidang kuasa : Kuasa
perundangan dan kuasa eksekutif
Bidang kuasa kewangan (kuasa kerajaan
pusat)
Kedudukan perlembagaan kerajaan
persekutuan
PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN
DI MALAYSIA Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri
Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 :
“Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.
Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan
PEMBAHAGIAN KUASA 1. KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN : Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai Pertama
(Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama) Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak
diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adat Bumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah.
Dibawah Akta Imigresen 1963 – kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa – untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri itu.
Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama – dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki.
26/10/2015
6
Senarai (I)
Persekutuan
Senarai (II) Negeri Senarai (III) Bersama)
• Hal-Ehwal Luar Negara
• Keselamatan Dalam Negeri
• Pertahanan
• Kewangan
• Kewarganegaraan
• Buruh dan Keselamatan Sosial
• Pelajaran
• Pengangkutan dan Perkapalan
• Kerja Raya Persekutuan dan
Tenaga
• Penerbitan dan Penapisan
• Hal-Ehwal Agama Islam dan
Adat Istiadat Orang Melayu
• Pertanian dan Perhutanan
• Tanah
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan Tempatan
• Kerja Raya Negeri dan Bekalan
Air
• Hari Kelepasan Negeri
• Jentera Pentadbiran Kerajaan
Negeri
• Biasiswa
• Kebajikan Masyarakat
• Kesihatan Awam
• Perancangan Bandar dan
Kampung
• Perparitan dan Pengairan
• Pengembaraan
• Pemulihan Tanah Lombong
• Kebudayaan dan Sukan
• Ternakan Haiwan
• Kutu Rayau dan Penjaja
• Ukur
• Undang-undang Jenayah
dan Sivil
• Perdagangan dan Perusahaan
• Ubat dan Kesihatan
• Pilihanraya Persekutuan
• Hari Kelepasan Persekutuan
• Panggung Wayang dan Tempat
Hiburan
• Kebajikan Orang Asli
• Perumahan Persekutuan
• Syarikat Kerjasama
• Penyiasatan untuk maksud Negeri
• Penyu dan Penangkapan Ikan di
Sungai
• Perlindungan Binatang Negeri
dan Burung Liar
• Pengurusan Air
PENGAGIHAN KUASA
2. KUASA EKSEKUTIF Kuasa kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan. Kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai
Bersama. Perkara 94 –memperuntukkan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa
eksekutif meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu: mengumpulkan perangkaan menjalankan penyiasatan dan kajian menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan
kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan
PENGAGIHAN KUASA Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.
(1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan
menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan
bantuan teknikal kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti
dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara
yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang;
dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan mana-mana Negeri hendaklah menerima
apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini.
(3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan
daripada menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi
Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang
termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah
termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan perancangan bandar dan desa.
26/10/2015
7
PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua sumber hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan – kerajaan negeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan
Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberian kerajaan persekutuan
2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri Perkara 109 (1a) – „pemberian mengikut bilangan orang‟ di
sesebuah negeri
Perkara 109 (1b) „ pemberian jalan negeri‟ - berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan
PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN
Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan mengenakan sebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undang-undang
Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu.
Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan – tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun.
Kuasa Kerajaan Persekutuan
Mengatasi Kerajaan Negeri
Peruntukan berikut menunjukkan bahawa kuasa
kerajaan Persekutuan mengatasi kuasa kerajaan
negeri
i. mengubah undang-undang sempadan negeri (Per. 2b)
ii. perlembagaan persekutuan undang-undang utama (Per. 4
fasal 1)
iii. undang-undang negeri akan terbatal jika didapati
bercanggah dengan undang-undang persekutuan (Per. 75)
iv. kuasa persekutuan membuat undang-undang (Per. 73)
v. kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76)
26/10/2015
8
Kuasa Kerajaan Persekutuan
Mengatasi Kerajaan Negeri Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.
(1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan.
(2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri,
dan undang-undang Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam
kecuali daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun,
daripada suatu bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan bagi maksud itu oleh
Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan
Persekutuan.
3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa
undang-undang Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan
Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.
Kuasa Kerajaan Persekutuan
Mengatasi Kerajaan Negeri Kes-kes mahkamah untuk diteliti dan dibincangkan:-
The Government of State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya And Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963] MLJ 355 :- mahkamah memutuskan bahawa persetujuan negeri tidak diperlukan untuk membolehkan negeri lain memasuki Persekutuan.
Government of Malaysia v Government of the State of Kelantan [1968] 1 MLJ 129 :-Kerajaan Negeri membuat persetujuan kewangan dengan Timbermine Industrial Corp. Co. Ltd. Kerajaan Pusat tidak bersetuju dan mendakwa persetujuan Kerajaan Pusat diperlukan sebelum Kerajaan Negeri membuat pinjaman kewangan. Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan kewangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Timbermine untuk menjana dana sbyk rm2.5milion bukan “pinjaman,” maka tidak bertentangan dgn Perkara 111(2).
PENTADBIRAN NEGERI Sejarah pentadbiran negeri
Sistem dan struktur pentadbiran negeri Kuasa Pemerintahan Badan Eksekutif Negeri Badan Perundangan Negeri Penyelarasan Pentadbiran
Jentera pentadbiran negeri a. Perkhidmatan Awam Negeri b. Jabatan Kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Negeri
Penasihat Undang-Undang Negeri Unit Perancangan Ekonomi Negeri
Peringkat Pentadbiran Negeri Pentadbiran Daerah Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung
Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
26/10/2015
9
PELAKSANAAN PERSEKUTUAN DI
MALAYSIA
Kuasa diagihkan mengikut bidang kuasa
PERLEMBAGAAN
Kerajaan
persekutuan /pusat
Kerajaan negeri
Kerajaan tempatan
SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI:
Pentadbiran Inggeris
Negeri-
negeri
Selat 1826
Perjanjian
Pangkor 1874
NNMB
1895
NNMTB
1909
Inggeris menguasai pentadbiran negeri
kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu
Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir
PTM 1948
Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura
- Setiap negeri ada perlembagaan sendiri
- Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu
Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri
- Struktur pentadbiran di N9 berbeza
PENTADBIRAN NEGERI
Kuasa pemerintahan negeri
(berdasarkan perlembagaan)
-Senarai Negeri
-Senarai Bersama
-Kuasa Residual
26/10/2015
10
Jaminan Persekutuan ke atas
perlembagaan negeri Perkara 71 - Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan
Jadual Kelapan Perkara 71 (peruntukan perlu)
Bahagian I: Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan
Bahagian II: Peruntukan sementara
Bahagian II: Berkaitan dengan Melaka dan Pulau Pinang
Contoh Peruntukan tetap:
Raja atau Yang Di Pertua Negeri (YDN)
Pemerintahan – YDN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Perundangan – YDN dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kewangan – Berdasarkan peraturan persekutuan
PENTADBIRAN NEGERI
Badan Eksekutif/Pemerintahan:
Diketuai oleh Raja/YDPN
Kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau
MMK (peranan hampir sama kabinet di peringkat pusat) yang di
ketuai oleh MB/KM
Ahli MMK
MB/KM sebagai ketua
Empat hingga 12 orang yang dilantik dari kalangan ahli DUN
3 orang pegawai kerajaan (SUK, Penasihat Undang-undang Negeri dab
Penasihat Kewangan)
PENTADBIRAN NEGERI: Sistem badan eksekutif/kabinet negeri
Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa
MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu
Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK)
Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri
Sistem Pentadbiran Bermenteri
MMK berbentuk kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat
Sabah-kabinet negeri Sarawak-Majlis Tertinggi Seorang menteri
bertanggungjawab ke atas satu kementerian
dibantu oleh menteri muda
26/10/2015
11
PENTADBIRAN NEGERI:
Badan perundangan negeri Dewan Undangan Negeri
membuat undang-undang negeri
bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri
satu dewan sahaja
ahli dari pilihanraya DUN
3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri
Jabatan Kerajaan Negeri Pej. SUK
Pej. Kewangan Negeri
Penasihat Undang-undang Negeri
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Perkhidmatan Awam Negeri/Personel Awam Negeri
PENYELARASAN PENTADBIRAN
KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI
Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
disalurkan melalui:
Majlis Raja-raja
Majlis Kewangan Kebangsaan
Majlis Tanah Kebangsaan
Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
Dewan Negara
Mesyuarat Menteri-menteri/Ketua-ketua Menteri
26/10/2015
12
Struktur Jentera Pentadbiran Negeri
(ringkas)
Pejabat MB/KM
Pejabat SUK
Pejabat
Daerah
Pentadbiran
Bahagian
(Sarawak)
Pentadbiran
Mukim
Pentadbiran Kampung
Pentadbiran Daerah
cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat
bandar
sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa
(disentralisasi kuasa)
Devolusi (penurunan kuasa)
kuasa membuat keputusan dalam
daerah/wilayah diserahkan
kepada badan yang mentadbir
wilayah tersebut
spt pihak berkuasa tempatan
Dikonsentrasi (perkongsian
kuasa)
Kuasa membuat keputusan
pentadbiran diberikan kepada
suatu unit atau organisasi dengan
izin pentadbiran pusat spt
pentadbiran daerah
Kerajaan
Tempatan Pentadbiran Daerah
KERAJAAN TEMPATAN Tujuan penubuhan kerajaan tempatan - Memberi
autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri
Membantu peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan
Memberi peluang penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal dan kepentingan mereka
Berfungsi - Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan perbandaran seperti; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini – PENGUASA TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll
Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
26/10/2015
13
KERAJAAN TEMPATAN Selepas Akta 1976 /
Diluluskan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008
PBT
Lokasi Ketua
Eksekutif
Kriteria
1.Majlis Bandar Raya Bandar
raya
Datuk Bandar Penduduk:
lebih 500 ribu orang
Hasil tahunan:
lebih RM100 juta
2.Majlis
Perbandaran
Bandar Yang di
Pertua Majlis
Perbandaran
Penduduk:
lebih 150 ribu
orang
Hasil tahunan:
lebih RM20 juta
3.Majlis Daerah Luar
bandar
Yang di-
Pertua Majlis
Daerah
Penduduk:
Kurang 150 ribu
orang
Hasil tahunan:
Kurang RM20 juta
PENGUASA TEMPATAN/PBT Fungsi penguasa tempatan berdasarkan prinsip
1. ultra-vires – penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapka undang-undang
2. general competence – memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat mampu untuk membiayai kegiatan tersebut.
FUNGSI UTAMA PBT DI MALAYSIA
Mengawal pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya
Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah
Menjaga dan mengawal kesihatan awam, mengurus pasar dan gerai serta mengutip cukai seperti cukai pintu
Membina dan menyelenggarakan kemudahan awam dan rekreasi seperti taman awam
Membina, menyelenggarakan dan membaiki jalan-jalan awam, pembentungan, parit dan saluran air
PENGUASA TEMPATAN/PBT Sumber pendapatan PBT
Sumber utama – cukai taksiran yang dikenakan atas harta dalam
kawasan pentadbiran masing-masing
Punca lain :
Sewa dan bayaran lesen serta lain-lain caj yang dibayar kepada PBT
Contoh: lesen perniagaan.
Caj atau keuntungan daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan
atau perusahaan yang dikendalikan oleh PBT
Bunga terhadap wang yang dilaburkan oleh PBT dan semua
pendapatan yang dikutip daripada harta tak alih dan harta alih PBT
Semua hasil PBT daripada kerajaan persekutuan
26/10/2015
14
Contoh undang-undang Kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan Undang-undang Kecil : Pasar Penjaja Kedai Gunting Rambut Iklan Kolam Pembuangan pemungutan,
pembuangan dan pelupusan sampah
Tandas awam Pelesenan dan tempat letak
kereta Anjing Kolam renang
Contoh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Majlis Bandaraya Shah Alam MP Ampang Jaya MP Kajang MP Klang MP Petaling Jaya MP Selayang MP Subang Jaya MD Hulu Selangor MD Kuala Langat MD Kuala Selangor MD Sabak Bernam MD Sepang
Isu Dalam Pentadbiran Negeri
Isu penyelarasan
Maklumat tidak sampai/sistematik
Kelemahan perancangan ekonomi negeri
Tenaga kerja berkemahiran
Penyelarasan projek pembangunan
Masalah pentadbiran tanah
Prosedur dan peraturan/Birokrasi yang lemah
Kerjasama
MASALAH/ISU UTAMA DALAM HUBUNGAN
ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI
a. Isu keluar dari persekutuan
b. Isu darurat
c. Perbezaan ideologi politik- Kerajaan negeri
dipimpin parti pembangkang
d. Isu kewangan
e. Kemajuan yang tidak seimbang?
26/10/2015
15
FIKIRKAN…
Bagaimanakah sistem Persekutuan dilaksanakan di Malaysia?
Adakah Malaysia mengamalkan satu sistem persekutuan yang
baik?
Sejauhmanakah sistem persekutuan di Malaysia memberi
kebaikan kepada kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)?
Apakah isu-isu semasa mengenai sistem persekutuan Malaysia
masa kini?