kepentingan ibadat zakat

20
PERKARA MARKAH PENUH MARKAH Pengenalan / Pendahulua n 1 Isi / Fakta 4 Huraian 4 Cadangan / Kesimpulan 2 Bibliograf i / 2 TOPIK: IBADAT ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MENJANA EKONOMI DAN PERPADUAN UMMAH CTU 101: ﯾﯾﯾﯾﯾﯾDepartment of Estate Management Faculty of architect, planning and surveying NAMA NO. MATRIK 1. HAYAT HAIKAL BIN RAHMAT 2011868386 2. AKRAMIN BIN MAT NAWI 2011640654 3. MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMARUDDIN 2011653762 4. MUHAMMAD FAZLI BIN SAAIN 2011620976 5. MUHAMMAD NOOR ARIFF BIN HUSAIN 2011602488 6. MUHAMMAD ZULHILMI BIN ABDULLAH 2011859762 GROUP: AAP1151B GROUP’S NAME: AN-NAS - ﯾﯾﯾﯾﯾPREPARED FOR: USTAZAH KALSOM BINTI AWANG SEMESTER: 01

Upload: hafizdin93

Post on 27-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT CTU 101

TRANSCRIPT

PERKARA MARKAHPENUH

MARKAH

Pengenalan / Pendahuluan

1

Isi / Fakta 4

Huraian 4

Cadangan / Kesimpulan

2

Bibliografi / Rujukan

2

Etika dan Profesionalisme

2

TOPIK: IBADAT ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MENJANA EKONOMI DAN

PERPADUAN UMMAH

CTU 101:

ڤرینسیڨاسالم اساس

Department of Estate ManagementFaculty of architect, planning and

surveyingUniversiti Teknologi Mara Perak

NAMA NO. MATRIK

1. HAYAT HAIKAL BIN RAHMAT 2011868386

2. AKRAMIN BIN MAT NAWI 2011640654

3. MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMARUDDIN 2011653762

4. MUHAMMAD FAZLI BIN SAAIN 2011620976

5. MUHAMMAD NOOR ARIFF BIN HUSAIN 2011602488

6. MUHAMMAD ZULHILMI BIN ABDULLAH 2011859762

GROUP: AAP1151B GROUP’S NAME: AN-NAS - اناس PREPARED FOR: USTAZAH KALSOM BINTI AWANG SEMESTER: 01 SESI PENGAJIAN: DIPLOMA SEPENUH MASA (2011)

BIL. KANDUNGAN ( ن ( كاندوع� MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN............................................................ 32. PENDAHULUAN/PENGENALAN................................ 43. ISI PERBINCANGAN, FAKTA DAN HURAIAN

FIQH IBADAH ZAKAT(DEFINISI) ..................................PERANAN IBADAH ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH..............ZAKAT MAMPU MENJANA PERPADUAN UMMAH...

5

69

4. PENUTUP, CADANGAN DAN KESIMPULAN........... 145. RUJUKAN/BIBLIOGRAFI............................................. 156. LAMPIRAN..................................................................... 16

2 | P a g e

ISI KANDUNGANكاندوعن ایسي

3 | P a g e

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. ,Segala puji bagi Allah S.W.T. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. .Syukur kepada Allah atas limpah kurnia dan hidayahnya , kami dapat menyempurnakan penulisan laporan tentang ibadat zakat dan peranannya dalam menjana ekonomi dan perpaduan ummah. Laporan ini bertujuan untuk mendalami dengan lebih dekat tentang kaitan antara ibadah zakat dari segi ekonomi, ukhuwah dan ukhrawi. Pada kesempatan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan penulisan laporan ini. Penghargaan yang tinggi ditujukan khas kepada Ustazah Kalsom binti Awang – Pensyarah (CITU) Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) yang telah memberi dorongan, bimbingan dan membantu kami dalam menyempurnakan tugasan ini denagan jayanya. Kami sangat bersyukur atas bimbingan dan galakan Ustazah Kalsom dengan membuat pantauan/pemeriksaan sepanjang membuat tugasan supaya kami dapat memahami cara /kaedah untuk membuat tugasan dengan cemerlang. Dalam menjayakan penulisan laporan ini, kami memberi penghargaan yang tinggi kepada pengurus laporan dan semua ahli kumpulan yang terlibat antaranya Hayat Haikal, Akramin, Zulhilmi, Ariff dan Hafiz. Sumbangan yang besar dan keja keras dari mereka semua sepanjang tiga minggu amat dihargai. Kesemua laporan tidak akan berjaya disiapkan tanpa semangat/keghairahan dan imaginasi daripada mereka semua. Sementelahan itu, sepanjang menyiapkan tugasan ini membuatkan kami sedar tentang nilai atau kepentingan bekerjasama sebagai satu kumpulan dan meraih pengalaman bekerja di luar yang sentiasa memberi cabaran pada setiap minit. Tidak dilupakan juga peghargaan yang tinggi kepada staf CITU di mana pejabat pengurusan berpusat di Pusat Islam (PI) – UiTM Perak yang telah membantu kami dari semasa ke semasa sepanjang projek berlangsung.Kami juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada bahagian kurikulum, jabatan pendidikan islam dan moral, dewan bahasa dan pustaka, kumpulan editorial dan karyawan, orang perseorangan yang telah memberi sumbangan berupa buah fikiran dan pandangan yang bernas. Semoga jasa baik mereka diberi ganjaran yang sewajarnya Allah azza wajalla. Kami megharapkan keredhaan dan keberkatan daripda Allah terhadap usaha kami lakukan ini . Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih turut ditujukan khas kepada pihak ibu bapa atas keberkatan doa mereka dalam menjayakan laporan ini . Doa dan restu mereka menjadi keutamaan kami di samping bimbingan dan dorongan daripada mereka.

- MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMARUDDIN –- HAYAT HAIKAL BIN RAHMAT –- AKRAMIN BIN MAT NAWI –- MUHAMMAD FAZLI BIN SAAIN –- ZULHILMI –-MUHAMMAD NOOR ARIFF BIN HUSAIN -

Indahnya Zakat Apabila DihayatiProlog“Ayah nak kemana ni?” Satu suara halus bertanya. “Ke surau nak. ”  “Ayah, adik nak ikut…” sambil memakai songkok dan berbaju melayu labuh, terkedek-kedek si anak berlari mendapatkan si ayah yang sudah sedia memegang basikal tua. Dengan cepat si anak naik dan duduk di galang basikal lalu mereka menuju ke surau. Di surau, kelihatan si ayah membawa seuncang beras. Seorang pak aji sedang menunggu dengan tersenyum. Lalu si anak bertanya lagi… “Beras ni nak buat apa ayah?” “Ini untuk zakat fitrah kita tahun ini nak…”Demikianlah sedikit sedutan iklan di televisyen yang pernah disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Keharmonian amat terasa, dengan berlatar belakangkan sebuah desa, sawah padi menghijau, berbasikal tua meniti di batas-batas bendang dan pak aji yang senyum manis menanti di surau, lalu zakat dijadikan tema iklan raya tersebut. Intipatinya hanya satu, menjadikan hari raya medan berkongsi kegembiraan antara si kaya dan miskin yang kelaparan.

Zakat dan KewajipanZakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menggambarkan status hukum dan kepentingan zakat.Di samping itu, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia termasuk dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah SWT yang banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek aqidah. Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56: “Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat”Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: “Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.”

Falsafah ZakatFalsafahnya mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman Rasulullah. Apatah lagi zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan dari apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya. Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah .

4 | P a g e

PENDAHULUAN

FIKH IBADAH ZAKAT

Definisi ZakatApakah zakat? Dalam Bahasa Arab, zakat ialah kata nama dasar (ism masdar) dari kata fi’il (perbuatan) zaka. Zaka dari aspek bahasa ialah suci, bersih, subur, tumbuh, berkembang, berkat dan terpuji. Oleh itu kita boleh mengqiaskan, harta yang dizakatkan itu sebenarnya akan menjadikan harta si pemilik itu bersih, makin subur dan dapat terus berkembang. Manakala orang yang berzakat juga akan dikurniakan Allah SWT dengan sifat terpuji dan limpahan keberkatan di dalam kehidupannya. Sebab itulah Nabi pernah mengingatkan kepada kita semua: “Jika engkau telah tunaikan zakat hartamu, maka engkau telah menghindari kejahatannya daripadamu.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim) dan juga sebuah hadis lain: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pensuci kepada harta.” (Riwayat Al-Bukhari).Manakala, zakat dari aspek istilahiah atau kehendak syariat Islam ialah, harta-harta yang tertentu yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu dan diagihkan pula kepada asnaf-asnaf tertentu. Seterusnya, apakah harta-harta-tertentu itu? Apa pula syarat-syarat yang tertentu dan siapakah pula asnaf-asnaf tertentu itu?Harta-harta tertentu itu ialah seperti apa yang telah sabit di dalam nas naqli seperti emas, perak, hasil pertanian, penternakan, harta rikaz (yang tertanam di dalam perut bumi) dan juga harta-harta berkembang yang lain seperti zakat pendapatan atau gaji seperti royalti, pencen, bonus, zakat saham, zakat wang simpanan termasuklah di Skim Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga zakat perniagaan.

Manakala syarat-syarat tertentu yang mewajibkan zakat itu ialah:Islam – tidak wajib zakat bagi non-muslimMerdeka – zakat tidak tertakluk kepada hamba yang dimiliki oleh tuannyaSempurna milik – zakat hanya tunduk kepada harta yang 100% menjadi milik individu sama ada zat (fizikal) mahu pun manfaatnyaCukup nisab – zakat hanya dikeluarkan apabila harta itu mencapai paras minimum kadar wajib zakat yang bersamaan harga 85 gram emas pada harga semasaCukup haul – zakat hanya dikenakan pada harta yang telah cukup tempoh setahun sama ada tahun Masehi (qamariah) ataupun hijri (syamsiah)

Jika zakat perniagaan, syarat-syarat tambahan lain ialah, harta itu hendaklah diniatkan sebagai barang perniagaan, harta yang diniagakan itu pula adalah halal di sisi syariat dan perlaksanaan perniagaannya juga hendaklah mengikut syariat Islam.

Siapakah golongan tertentu yang berhak menerima zakat atau asnaf-asnaf tertentu itu? Golongan ini sebenarnya terdiri dari lapan jenis golongan yang secara spesifik telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, firman-Nya di dalam surah At-Taubah, ayat 60: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk tujuan di jalan Allah (fisabilillah), orang musafir yang (keputusan belanja) dalam perjalanan.

5 | P a g e

ذكاة - عبادة

PERANAN IBADAH ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH

Islam adalah agama yang diakui oleh Allah swt. Ia adalah agama yang sesuai untuk dianuti dan diamalkan pada setiap zaman dan suasana. Kehebatan pada Islam terbukti kerana ia adalah agama yang sangat menyeluruh Islam adalah agama dan dunia, ibadah dan muamalah, aqidah dan syariah, kebudayaan dan tamaddun.

Syariat Islam tidak hanya tertumpu kepada aqidah dan ibadah sahaja, Sebaliknya Islam juga memberi penekanan terhadap usaha-usaha positif untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kebajikan manusia seperti usaha-usaha perpaduan, kesepakatan, persefahaman dalam bidang ekonomi, dan kemasyarakatan.

Sejak akhir-akhir ini umat manusia diseluruh dunia telah merasakan kegawatan ekonomi dan perubahan kepada struktur perniagaan. Ramai yang menganggur dan menghadapi krisis kewangan. Peristiwa ini juga telah melanda negara kita, Singapura. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan dari bilangan tersebut lebih seperempat merupakan pekerja Islam. Ramai lagi mungkin terjejas sebelum ekonomi benar-benar pulih dan struktur ekonomi menjadi mantap semula. Bagaimana dengan keadaan pelajaran anak-anak mereka, perbelanjaan harian mereka, rumah tangga mereka? Adakah kita sebagai saudara dalam Islam akan menjadi penonton dan mengucapkan kata-kata kasihan sahaja, mendengar sahaja kelohan-kelohan mereka atau menyerahkan kepada keadaan sahaja? Apakah tindakan alternatifnya?

Dalam satu hadith sahih Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiyainya atau membiarkanya (teraniya).

6 | P a g e

Suasana yang tidak menentu ini masih belum ada sesiapa pun yang boleh menentukan bila ianya akan pulih, bertambah baik, atau sebaliknya. Tetapi apa yang paling penting bagi kita semua samaada individu atau badan-badan perlu mengambil iktibar daripada keadaan ini. Bagi badan-badan Bantu diri pula perlu mengatur strategi dan tindakan yang lebih berinovativ dan mempunyai nilai tambah (value add) untuk memberi khidmat yang lebih berkesan.

Alhamdulillah kita di Singapura mempunyai banyak badan-badan Islam bantu diri untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan. Samaada berbentuk kewangan, makanan, latihan pekerjaan, mendapatkan pekerjaan dan lain-lain. Namun keupayaan badan-badan ini amat terhad sekali kerana pergantungan mereka banyak kepada dua sumber, ia-itu derma yang berbentuk sukarela dan zakat yang dibayar oleh masyarakat Islam menerusi Muis kemudian disalurkan kepada sebahagian badan-badan tersebut.

Allah swt telah memfardhukan Zakat sebagai salah satu ciri perekonomian Islam. Zakat merupakan satu peraturan yang tetap atau Faridhah Minallah (kewajipan yang diperintahkan Allah). Ia bukanlah merupakan satu kewajipan yang diserahkan perlaksanaannya kepada pertimbangan dan kebijaksanaan individu. Sebab jika hal tersebut berlaku, maka hanya mereka yang percaya kepada Allah dan balasan hari kiamat sahaja yang menunaikannya, manakala mereka yang lemah imannya dan tidak takut terhadap seksaan hari kiamat tentu akan mengabaikannya.

Oleh yang demikian dalam surah Al Baqarah ayat 43, Allah berfirman,

bermaksud: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah Zakat dan rukuklah bersama bersama orang-orang yang rukuk..”

Dari ayat-ayat tersebut Allah swt telah menentukan ibadah zakat sebagai rukun Islam ketiga yang digandingkan dengan ibadah solat. Zakat membawa pengertian yang besar sekali dalam usaha membela kepincangan masyarakat. Zakat juga merupakan jaminan Allah swt terhadap penyelesaian masalah ekonomi dan sosial masyarakat Islam. Justeru itu, kepentingan rukun Islam tersebut hendaklah difahami secara menyeluruh dalam membina dan menyusun sistem bermasyarakat.

Tanpa institusi zakat penyusunan masyarakat berteraskan Islam sudah pasti akan menghadapi kepincangan.

7 | P a g e

Ini terbukti dalam Al-Quran dimana disebutkan delapan golongan (asnafs) yang berhak menerima Zakat. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60

bermaksud: “Sesungguhnya Zakat itu untuk orang-orang fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim, fisabilillah dan ibnussabil. Adalah kewajipan yang ditentukan Allah. Dan Allah Maha Mngetahui lagi Maha Bijaksana”.

Dari asnaf-asnaf yang disebutkan tadi jelas menggambarkan bahawa institusi zakat dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan ummah serta dapat meninggikan syiar agama di muka bumi.

Islam telah mengajar kita cara berekonomi dan pengembelingan modal menerusi pengumpulan dana samaada yang bersifat sukarela (derma & wakaf) atau wajib (berzakat). Sehinggakan Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar sekali kepada mereka yang melakukannya dan azab yang amat dahsyat kepada yang mengingkarinya.

Sebagaimana firmannya menegaskan:

Ertinya: “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu, sebab itu akan Aku sediakan bagi mereka yang bertaqwa, mereka yang mengeluarkan Zakat dan mereka yang beriman dengan keterangan-keterangan Kami (Allah).”

(Surah Al-A’raf 156)

Walaupun sistem zakat merupakan jaminan Ilahi dalam menangani masalah masyarakat, tetapi sejauh mana ia dapat dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya bergantung kepada ekonomi negara, keberkesanan pengurus zakat dan kesedaran oleh pembayar zakat.

8 | P a g e

zakat mampu menjana perpaduan ummah

Tidak dapat dinafikan bahawa zakat adalah asas kepada perkembangan ekonomi dan dasar fiskal (cukai). Selain itu zakat juga merupakan suatu instrumen pengagihan kekayaan dan penyelesaian kepada kemiskinan dan kefakiran yang harus dilaksanakan secara sepenuhnya. Selain dari ibadat, ia juga memerlukan pihak yang kaya memberi kepada yang memerlukan. Oleh itu, sepatutnyalah ia disatukan atau diselaraskan dengan sistem fiskal negara atau sistem percukaian dan pembiayaan negara. 

Peranan zakat kelak boleh dikembangkan untuk pembangunan khususnya jika digunakan untuk keperluan pendidikan asas di bawah ´asnaf fi sabilillah´. Zakat adalah rukun Islam, suatu asas yang wajib dibina tanpa alasan. Pelaksanaannya oleh pihak-pihak yang berkenaan pada setiap lapisan masyarakat, merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang menunaikan pembayarannya, tetapi juga pada mereka yang menerimanya; bukan sahaja pada tahap individu tetapi meluas ke seluruh masyarakat; bukan sahaja di dalam lingkungan kebajikan tetapi memanjang ke bidang ekonomi dan bukan sahaja sebagai kepentingan duniawi tetapi juga sebagai usaha pembinaan mahligai kita di akhirat kelak.

Sebelum membicara roh di sebalik pensyariatan zakat dan peranannya dalam menjana kekuatan Islam Hadhari, penulis berpendapat bahawa maksud kekuatan Islam Hadhari harus difahami dahulu. Bagi tujuan penulisan ini, kekuatan Islam Hadhari dilihat dalam konteks yang menyeluruh baik pada tahap individu mahupun masyarakat.

Kekuatan Islam Hadhari adalah puncak dan matlamat terakhir yang diperjuangkan oleh negara kita yang berasaskan perpaduan. Ia bermula daripada pembangunan pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan sahsiah, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan sebagainya.

Konsep universal Islam menyerlah dengan pensyariatan zakat. Setelah zakat dipungut dan dikumpulkan, ia tidak dibiarkan, malahan mesti diagihkan dan dikembangkan. Dalam konteks ini, syarak (rujuk surah At-Taubah: 60) telah menetapkan asnaf-asnaf yang berhak. 

Penetapan ini untuk memastikan ia tidak disalahgunakan malahan dialirkan pada tempat dan ruang yang sepatutnya. Peredaran pusingan harta ini menjanjikan peralihan dan perkembangan di dalam ekonomi umat Islam yang sekaligus menonjolkan kecemerlangan dan keunikan perundangan Islam di dalam konsep kehidupan bermasyarakat.

Zakat memainkan peranan penting dalam usaha pengagihan semula harta masyarakat kepada golongan miskin, meningkatkan produktiviti dan pengagihan sumber ekonomi yang terhad antara sektor. Fungsi yang sama dijalankan oleh kerajaan ketika memungut cukai dan membahagikan semula di dalam belanjawan negara. 

9 | P a g e

Sesungguhnya antara salah satu pendekatan gagasan Islam Hadhari adalah untuk mewujudkan ekonomi yang komprehensif dan seimbang kepada umat Islam khususnya bagi masyarakat Melayu yang ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi ini. Walaupun bangsa Melayu merupakan golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal tanah ini namun dasar pecah perintah yang diperkenalkan oleh penjajah telah menghadkan pembangunan ekonomi bangsa Melayu ketika pra dan pascamerdeka. 

Ini jelas terbukti masalah kemiskinan yang masih membelenggu bangsa Melayu terutama di pinggir-pinggir desa. Atas kebijaksanaan para pemimpin pascamerdeka, pelbagai usaha telah terlaksana untuk menjana ekonomi bangsa Melayu seperti DEB, PNB, dan DPN. Hasil usaha ini telah berjaya sedikit sebanyak menjana enjin kitaran ekonomi orang Melayu ke tahap yang lebih baik. Pun begitu, kita masih belum lagi menjadi penguasa ekonomi di bumi sendiri.

Oleh yang demikian, dengan kerangka gagasan Islam Hadhari pihak kerajaan mengambil kesempatan untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu khususnya orang Islam di negara kita. Selepas sahaja gagasan ini dilancarkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melakukan perubahan dan tranformasi kepada sektor utama negara daripada penumpuan sektor perindustrian kepada sektor pertanian. 

Tentu ada di antara kita yang akan bertanya, mengapa tindakan ini diambil oleh Perdana Menteri kerana sekali pandang seperti satu langkah ke belakang? Jawapannya, niat suci Perdana Menteri melalui Islam Hadhari adalah untuk memajukan ekonomi orang Melayu yang merupakan pelopor utama dalam bidang pertanian. Adakah wajar orang Melayu sendiri menolak hasrat murni beliau itu?

Suatu ketika dulu, pada waktu Islam datang, telah berabad-abad lamanya, Mekah menjadi salah sebuah pusat perdagangan dan transaksi komersial antarabangsa. Sebagai pusat perniagaan atau perdagangan, terjadinya berbagai akumulasi kapital tidak dapat dihindarkan. Gabungan antara suku telah melakukan penguasaan dan monopoli perdagangan. 

Perkara ini telah memicu akumulasi kekayaan (kapitalis) kepada beberapa keluarga yang menjadikannya kelas borjuis dan aristokrat di kota Mekah. Koalisi kelas borjuis inilah yang melahirkan kontrak-kontrak budaya untuk menjadikan tradisi dan kepercayaan baru yang berbeza dengan bangsa di sekitarnya. 

Golongan kapitalis telah menempatkan dirinya sebagai kelas penguasa dan berpengaruh dalam lingkungan bangsa Arab. Mereka tidak saja sebagai pemimpin politik, tetapi juga pemimpin sosial dan spiritual suku. Mereka berkuasa terhadap golongan pekerja (masyarakat awam) dan golongan hamba yang merupakan struktur masyarakat pekerja di Mekah. Stratifikasi ini telah menimbulkan kepincangan sosial dan kesejahteraan yang cukup besar di antara mereka. 

Lebih ekstrim lagi, golongan kapitalis sering kali melakukan penindasan dan ekploitasi terhadap golongan pekerja. Berbagai bentuk hak-hak kebebasan masyarakat (misalnya kebebasan memilih kepercayaan) dirampas dan pekerja terus disubordinasikan dengan kepentingan golongan kapitalis. Bahkan perampasan hak hidup dilakukan bagi para hamba yang memang diperdagangkan. 

10 | P a g e

Islam lahir dalam konteks sosio ekonomi yang penuh ketidakdilan. Islam menentang berbagai bentuk ketidakadilan dan penindasan tersebut. Ketidakadilan terhadap penguasaan harta yang berputar hanya di kalangan para kapitalis ditentang. Penindasan terhadap hak-hak kebebasan manusia juga turut ditentang. Doktrin keesaan Tuhan dan konseps egaliter manusia dalam Islam diperjuangkan. Islam tampil sebagai kepercayaan yang membebaskan masyarakat dari berbagai bentuk kepercayaan tahayul, sekaligus membebaskan masyarakat dari berbagai bentuk penindasan ekonomi, sosial, dan politik yang dibina oleh para kapitalis. 

Dalam perspektif inilah Islam tampil sebagai agama yang akan membebaskan kaum tertindas (masyarakat dan hamba) dari kaum penindas (kapitalis Mekah). Dengan demikian semangat keadilan dan pembebasan merupakan nilai-nilai dasar dalam agama Islam. 

Realitinya, Islam mendambakan bentuk masyarakat ´egaliter´. Sebuah konsep masyarakat yang bebas dari penindasan dan ekploitasi terhadap hak-hak kemanusiaan. Tiang-tiang bangunan sosial dan ekonomi dibina bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan bersama. Si kaya mahu menolong dan memberikan kesempatan kepada si miskin. Si miskin harus menjaga dan memegang amanah dari si kaya. Si kaya sedar bahawa sebahagian hartanya milik si miskin sehingga harus ditunaikan kepadanya. Sebaliknya, si miskin harus memanfaatkan dengan baik hak ekonominya tersebut, sehingga mampu mengangkat harkat dan martabat kemanusiaannya.

Dalam konseps demikianlah, zakat diperkenalkan oleh Islam sebagai elemen rukun Islamnya. Zakat tidak hanya berfungsi sebagai instrument keseimbangan kehidupan ekonomi, tetapi juga bentuk keadilan Islam untuk mentransformasikan kelebihan harta, kesempatan dan status si kaya kepada si miskin. Sehingga si miskin sedar dan bangkit dengan kelebihannya dan pada gilirannya mampu memberikan zakat kepada si miskin lainnya. 

Kesimpulannya, zakat merupakan salah satu asas dalam pembangunan umat Islam. Untuk itu zakat menjadi kewajiban yang diletakkan di atas bahu setiap Muslim yang telah mampu untuk mengeluarkannya. Tetapi satu persoalan cagun. Mengapa kemiskinan masih terjadi di tengah masyarakat? Inilah persoalan besar yang harus dijawab secara jujur dan rasional. 

Sebab boleh jadi faktor munculnya kemiskinan yang cenderung makin bertambah ini, kerana belum diberdayakannya fungsi zakat seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Padahal dalam realiti sejarah pernah dibuktikan bahawa melalui zakat dapat menghindarkan munculnya masyarakat miskin dan gejala sosial yang tidak baik. Contoh yang nyata iaitu pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Di mana dalam waktu lebih kurang dua setengah tahun pemerintahannya, zakat benar-benar berfungsi dan mencapai sasaran seperti dikehendaki oleh Allah s.w.t sesuai dengan ashnaf yang lapan.

Allah s.w.t sendiri telah memberikan prioriti bahawa yang pertama menerima zakat tersebut adalah kalangan fakir dan miskin. Maka perlu prioriti pemberian zakat kepada dua golongan tersebut. Dengan erti kata dalam pembahagian tersebut lebih cenderung kepada orangnya daripada amalan pembahagiannya.

11 | P a g e

Ketiga, belum berjalannya kewajiban menjalankan sistem ekonomi yang Islamik oleh umat Islam dalam aspek pembayaran zakat. Masih kurangnya perhatian terhadap pembinaan ekonomi umat secara baik dan berterusan. Padahal Islam telah menjelaskan bahawa rezeki itu 90 peratus berasal dari usaha perniagaan dan sepuluh peratus dari yang lainnya.

Ini adalah kerana jumlah pungutan meningkat dari setahun ke setahun. Menurut kajian, jumlah pungutan zakat telah meningkat daripada RM311 juta pada tahun 2002 kepada RM408 juta pada tahun 2003, jika diukur kepada zakat perkapita (dengan mengambil kira jumlah penduduk Islam Malaysia, tanpa mengira umur dan jantina; dan tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar zakat atau tidak) ia hanya berada pada tahap RM32.39 untuk tahun 2003. 

Jumlah itu agak kecil untuk seseorang, tambahan pula dalam suasana peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dewasa ini. Namun begitu, jika diuruskan dengan baik, masyarakat Islam khususnya mampu merancang pelbagai bentuk aktiviti yang boleh mendatangkan pulangan yang menguntungkan negara. Secara tidak langsung, kekuatan Islam Hadhari juga mampu dicagunkan sebagaimana yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri.

Yang jelasnya, setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang. Justeru, ia memerlukan perancangan menyeluruh untuk mencapai objektif tersebut. Antara yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan. 

Kenyataan ini mungkin agak janggal kerana untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Ironisnya, inilah yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani bermaksud: “Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”

Berpandukan hadis itu, pada masa ini, selain kekuatan akidah, umat Islam memerlukan harta untuk membolehkannya mencapai objektif kehidupannya. Dengan kata mudah, kekuatan ekonomi baik pada peringkat mikro atau makro, turut memainkan peranan penting bagi membolehkan umat Islam mencapai apa yang dirujuk sebagai al-falah (kejayaan di dunia dan akhirat). 

Hakikatnya, dengan jumlah umat Islam seramai 1.3 bilion atau 21.6 peratus penduduk dunia dan keluasan negara Islam mencakupi 32.2 juta kilometer persegi atau 24.2 peratus keluasan bumi yang didiami manusia pada tahun 2002, umat Islam hanya menyumbang sebanyak 4.4 peratus atau AS$1.3 trilion (RM4.94 trilion) kepada pendapatan dunia. 

Senario sama turut dialami Malaysia. Dengan penduduk Islam mewakili lebih 50 peratus penduduk negara, umat Islam (atau lebih tepat lagi kaum Bumiputera yang juga daripada etnik yang bukan beragama Islam) hanya berjaya menguasai 18.7 peratus ekuiti Malaysia. Ia berbanding 40.9 peratus penguasaan oleh bangsa Cina dan 26.9 peratus warga asing.

12 | P a g e

Perkara utama yang difokuskan di sini ialah kemiskinan. Kemiskinan pula sudah sinonim dengan umat Islam. Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam akhbar Utusan Malaysia memberitahu bahawa terdapat lebih kurang 50,000 keluarga di Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu bersamaan dengan satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia. 

Daripada jumlah tersebut, 40,000 keluarga tinggal di luar bandar dan 10,000 keluarga lagi tinggal di bandar. Lantaran itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha menangani masalah kemiskinan dan meletakkan sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh lima tahun lagi (2004-2009). 

Kemiskinan berada di mana-mana sahaja. Ia bukanlah satu isu baru kerana telah lama wujud dalam sejarah manusia tanpa mengira batasan dari segi agama, etnik, negara dan sebagainya. Malahan, pelbagai definisi umum tentang kemiskinan telah dicipta dan setiap satunya berbeza-beza. 

Namun apa yang dapat dirangkumkan di sini, sekiranya kemiskinan dinilai dari sudut ekonomi bermaksud ketidakcukupan penguasaan sumber-sumber material sehingga mengakibatkan seseorang itu tidak mampu untuk memainkan peranan yang berkesan sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah masyarakat.

Dalam ajaran Islam, kekayaan itu merupakan satu anugerah Allah s.w.t dan menuntut manusia untuk lebih banyak bersyukur. Sementara kemiskinan dilihat sebagai satu musibah yang harus dihindari dengan pelbagai cara dan suatu permasalahan yang mesti diselesaikan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.” (Riwayat Abu Nu´aim daripada Anas). 

Salah satu cara terbaik untuk mengangkat martabat agama dan umat Islam hari ini ialah melalui reformasi ekonomi. Sama ada Islam dan ummahnya dihormati atau dibenci, yang pasti perubahan ini telah membangkitkan kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan membina semula sebuah tamadun yang pernah mentadbir dunia. Yakni sebuah tamadun baru Islam yang berupaya menawarkan satu sistem alternatif meliputi bidang pendidikan, sosial, politik, pertahanan dan ekonomi. Khususnya di dalam bidang ekonomi, ummah kini semakin diberi ruang yang cukup promising. Lebih-lebih lagi untuk dimajukan secara jamai´ (bersama). 

Kesimpulannya, dalam era globalisasi ini, umat Islam harus menjadi lebih terbuka dan peka serta bijaksana (intelligence) seiring dengan perkembangannya. Ini kerana, keadaan masa depan tamadun manusia, akan sangat ditentukan oleh kekuatan sumber, kemampuan kreativiti dan keupayaan teknologi mereka. Justeru, dengan perkembangan senario sosio-politik-ekonomi ketika ini, sewajarnya, umat Islam kembali mengambil giliran menjadi golongan yang ´mencipta´ (creating) dan ´menyumbang´ (contributing) setelah sekian lama menjadi consumer kepada ´produk´ orang lain. Dan zakat tetap mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mencagunkan semua ini asal saja pengurusannya dapat dilaksanakan secara sistematik dan telus.

13 | P a g e

14 | P a g e

KESIMPULAN

كسيمڤ

KESIMPULAN

Sebenarnya menilai semula perakaunan zakat ke atas harta ini bukanlah sesuatu yang baru. Dari sejarah terbukti bahawa banyak kali berlaku perakaunan zakat harta telah dinilai semula. Ia berlaku baik di zaman Khalifah al-Rasyidin, zaman sahabat mahupun di zaman tabi’in. Antara harta yang kerap dinilai semula adalah kuda.

Walau bagaimanapun, harta kekayaan yang difardhukan zakat dapat dibahagikan kepada lima kategori sahaja. Ia meliputi emas dan perak, perniagaan, pertanian, ternakan, dan hasil dari perut bumi. Namum sebenarnya, dalam menentukan kaedah perkiraan zakat, harta kekayaan tersebut boleh dikategorikan hanya kepada tiga jenis. Pertama, harta kekayaan itu sahaja yang dikenakan zakat pada kadar 2.5%. Kedua, harta kekayaan dan hasil yang diperolehi dari harta kekayaan tersebut yang dikenakan zakat. Ia terpakai hanya kepada binatang ternakan. Dan ketiga, hasil yang diperolehi dari harta kekayaan itu sahaja yang dikenakan zakat pada kadar sama ada 5%, 10% atau 20%.

Oleh itu sekiranya taksiran sesuatu harta itu dibuat berasaskan kepada pendapatan, maka kadar yang perlu dipakai ialah, sama ada 5%, 10% atau 20%. Dari rumusan kaedah yang seperti yang telah dibincang di atas, tiada kaedah yang mengenakan zakat ke atas pendapatan pada kadar 2.5%. Dalam era globalisasi ini, umat Islam harus menjadi lebih terbuka dan peka serta bijaksana (intelligence) seiring dengan perkembangannya. Ini kerana, keadaan masa depan tamadun manusia, akan sangat ditentukan oleh kekuatan sumber, kemampuan kreativiti dan keupayaan teknologi mereka. Justeru, dengan perkembangan senario sosio-politik-ekonomi ketika ini, sewajarnya, umat Islam kembali mengambil giliran menjadi golongan yang ´mencipta´ (creating) dan ´menyumbang´ (contributing) setelah sekian lama menjadi consumer kepada ´produk´ orang lain. Dan zakat tetap mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mencagunkan semua ini asal saja pengurusannya dapat dilaksanakan secara sistematik dan telus.

Walaupun sistem zakat merupakan jaminan Ilahi dalam menangani masalah masyarakat, tetapi sejauh mana ia dapat dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya bergantung kepada ekonomi negara, keberkesanan pengurus zakat dan kesedaran oleh pembayar zakat

15 | P a g e

SENARAI RUJUKAN

سناراي روجوعکن

RUJUKAN BUKU

Abdul Aziz Muhammad, 1993. Zakat and Rural Develepment in Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Abu Dawud, 1984. Terj. Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud, Vol. II, Lahore : Sh. Muhammad Ashraf.

Afzalul-Rahman, 1994. Terj. Zaharah Salleh, Doktrin Ekonomi Islam, Jld. III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barjoyai Bardai, 2001. “Zakat Perniagaan : Implikasinya Terhadap Cukai Korporat”, kertas dibentangkan di Konvensyen Zakat Kebangsaan, 18 – 19 September

Malik Ibn Anas, 1989. Terj. Aisha Abdurahman Bewley, Al-Muwatta’ of Imam Malik Ibn Anas, London : Kegan Paul International.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 1999. “Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran”, kertas dibentang di Seminar Hukum Islam Semasa II di Peringkat Kebangsaan, 23 Jun.

Mohd. Daud Bakar, 1998. “The Malaysian Zakat System: Law and Policy Reform”, dlm. Jurnal Undang-undang IKIM, Vol. 2 No. 2, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Julai – Disember.

Mohd. Daud Bakar, 1999. “Faktor-faktor Semasa dan Setempat di Malaysia Yang Boleh Mempengaruhi Penentuan Hukum Berasaskan Qiyas”, kertas dibentang di Seminar Hukum Islam Semasa II di Peringkat Kebangsaan, 23 Jun.

Monzer Kahf, 1987. “Zakat - Unresolverd Issues”, dlm. Development and Finance in Islam, sunt. AbulHasan Muhammad Sadeq et. al, Kuala Lumpur : International Islamic Unversity Press.

RUJUKAN INTERNET

www.projekpengurusanpembangunanislam.com.my www.perananzakat.com.my www.lembagazakatmalaysia.com.my www.majlisugamaislam.com.my

ORANG SUMBER

Ibu bapa Pensyarah Citu (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam) Saudara Mara Sahabat handai (AAP1151B)

16 | P a g e

LAMPIRAN

لمڤیرن