kepentingan minuman susu dan kelebihannya di dalam diet harian pelajar untuk program susu...

8
KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Pengenalan Antara sedar atau tidak, populasi pelajar-pelajar sekolah rendah telah menghampiri jumlah 3 juta orang daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. Ianya menunjukkan golongan kanak-kanak di negara ini mendominasi sebanyak 10.6% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.Oleh itu mereka perlu diberi perhatian penuh kerana mereka ini bakal menerajui kepimpinan dan kestabilan negara dalam masa tempoh 30 tahun akan datang. Dalam proses pembentukan negara maju dan stabil, faktor pemakanan perlu diambil kira kerana faktor pemakanan turut menyumbang kepada pembentukan fizikal dan mental yang sihat dan sifat berdaya saing. Justeru itu,program susu 1 Malaysia telah diperkenalkan selaras dengan kehendak kerajaan untuk membekalkan makanan yang berkhasiatdenganmembekalkan susu berteknologi ‘UHT’ kepada pelajar sekolah peringkat rendah yang berumur daripada lingkungan 7 tahun sehinggalah pelajar yang berumur 12 tahun. Susu yang dibekalkan kepada pelajar sekolah rendahmelibatkan dua negeri iaitu Negeri Johor dan Negeri Pahang. Apabila susu dikaitkan dengan gaya hidup, pada awalnya ia banyak dikaitkan dengan cara hidup kaum India di

Upload: 6855653

Post on 24-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Pengenalan 

Antara sedar atau tidak, populasi pelajar-pelajar sekolah rendah telah menghampiri jumlah 3 juta orang daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. Ianya menunjukkan golongan kanak-kanak di negara ini mendominasi sebanyak 10.6% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.Oleh itu mereka perlu diberi perhatian penuh kerana mereka ini bakal menerajui kepimpinan dan kestabilan negara dalam masa tempoh 30 tahun akan datang. 

Dalam proses pembentukan negara maju dan stabil, faktor pemakanan perlu diambil kira kerana faktor pemakanan turut menyumbang kepada pembentukan fizikal dan mental yang sihat dan sifat berdaya saing. Justeru itu,program susu 1 Malaysia telah diperkenalkan selaras dengan kehendak kerajaan untuk membekalkan makanan yang berkhasiatdenganmembekalkan susu berteknologi ‘UHT’ kepada pelajar sekolah peringkat rendah yang berumur daripada lingkungan 7 tahun sehinggalah pelajar yang berumur 12 tahun.

Susu yang dibekalkan kepada pelajar sekolah rendahmelibatkan dua negeri iaitu Negeri Johor dan Negeri Pahang.

Apabila susu dikaitkan dengan gaya hidup, pada awalnya ia banyak dikaitkan dengan cara hidup kaum India di Malaysia. Malah budaya meminum susu ini kelihatan agak janggal apabila melibatkan kaum Melayu dan juga kaum Cina. Budaya meminum susu ini hanya berkembang selepas program susu di sekolah telah diperkenalkan oleh kementerian pelajaran pada tahun 1980an. Pada tahap sekarang, program susu 1Malaysia di teruskan bagi membantu keperluan nutrien pelajar dan juga membudayakan meminum susu kepada kalangan kanak-kanak.

Selain itu, program susu 1 Malaysia dapat membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar di luar bandar mengenai cara pemakanan berkhasiat kerana mereka yang tidak termasuk di dalam jalur lingkungan pemerhatian menyeluruh kerana kedudukan geografi mereka serta tiada kemudahan lengkap seperti pelajar di kawasan bandar.

Page 2: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

Jadual 1 ini menunjukkan jenis-jenis sekolah yang terlibat di dalam pemberian susu 1 Malaysia di Negeri Johor dan Negeri Pahang.

JENIS SEKOLAH CIRI-CIRI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN Sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

SEKOLAH KLUSTER Sekolah yang dikenal pasti sebagai cemerlang dan aspek pengurusan sekolah dan pencapaian murid sekolah

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Sekolah yang menggunakan bahasa Cina dan bahasa India sebagai bahasa pengantar

SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM

Sekolah yang memberikan pendidikan Islam sebagai asas pendidikan

Apakah itu susu?

Sebagai pengenalan, susu merupakan cecair putih yang dihasilkan oleh kelenjar mamalia samaada daripada sumber manusia ataupun haiwan dan ianya di dapati kaya dengan pelbagai sumber nutrien yang pentingdi dalam cara pemakanan pelajar peringkat rendah.

Secara amnya, komposisi susu terdiri daripada komponen karbohidrat, protein, lemak, pelbagai jenis vitamin, mineral dan juga air. Manakala ciri-ciri fizikal susu, ianya merupakan suatu jenis emulsi globul lemak ataupun dipanggil koloid. Susu terdiri daripada sistem suspensi kasein micelles, mengandungi laktosa yang terlarut, protein whey dan pelbagai mineral yang berperanan dalam kawal atur fungsi sistem fisiologi kimia badan.Susu dari sumber lembu mempunyai tahap keasidan di dalam julat 6.4 kepada 6.8. Ini menunjukkan susu mempunyai sedikit sifat keasidan.

Terdapat banyak sumber makanan yang lain dapat diedarkan kepada para pelajar seperti soya dan telur. Susu telah dipilih kerana ianya mempunyai kelebihan berbanding makanan yang lain. Kelebihan ini disebabkan susu adalah makanan yang hampir lengkap danterdapat keseimbangan nutrient yang didapati di dalam susu.

Susu juga mudah di hadam oleh sistem pencernaan manusia berbanding sumber makanan lain dan penyerapan nutrien sangat efisien terutama bagi kanak-kanak yangmempunyai sistem penghadaman awal. Manakala mutu protein dan lemak susu dikatakan lebih tinggi berbanding dengan sumber nutrien yang lain.

Berikut adalah kebaikan susu yang dapat diserap di dalam diet harian pelajar.

Page 3: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

1. SUMBER KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah molekul makanan di dalam sistem susu, yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan juga oksigen. Karbohidrat yang terdapat di dalam susu ialah dari jenis disakarida iaitu laktosa,struktur yang memberi rasa manis pada susu. Manakala laktosa dibentuk daripada monomer galaktosa dan glukosa.Kesemua sumber karbohidrat seperti glukosa,galaktosa dan laktosa ini penting dalam proses metabolisma kanak-kanak untuk penghasilan tenaga.

Kanak-kanak yang berumur daripada 7 tahun sehingga 12 tahun memerlukan sumber tenaga yang cukup untuk mereka membesar dan melakukan aktviti harian mereka. Oleh sebab itu susuyang mengandungi karbohidrat ini, berperanan membekalkan tenaga untuk aktiviti harian pelajar dari penggunaan tenaga bagi mental di dalam kelas ataupun untuk menjalankan aktiviti fizikal di luar kelas. Dianggarkan laktosa di dalam susu memberikan 40% tenaga daripada jumlah keseluruhan kalori susu.

2. SUMBER PROTEIN

Susu merupakan sumber protein yang penting untuk membentuk jisim badan, molekul untuk penggantian sel rosak, menyokong pertumbuhan dan juga bahan asas untuk DNA.Terdapat dua jenis protein iaitu kasein (80%) dan whey (20%) yang menyumbang sebanyak 3.2% bahagian dalam susu.

Whey protein adalah protein yang terlarut dalam serum susu. Kandungan whey diantaranya ialah beta lactoglobulin, alpha lacaalbumin, immunoglobulin dan lactoferrin.Manakala kasein merupakan sumber asid amino yang mampu mencegah hipertensi, menggalakkan pembentukan tenaga, membentuk sistem pertahanan terhadap penyakit bersumber daripada bakteria dan virus.

3. SUMBER LEMAK

Selain karbohidrat, lemak juga berperanan membekalkan tenaga dan sebagai tempat storan tenaga. Ini kerana lemak yang terdapat di dalam susu merupakan molekul tenaga yang efisien untuk proses metabolism bagi menghasilkan tenaga berbanding sumber lemak yang lain. Ini sesuai bagi kanak-kanak yang membesar, menggunakan tenaga untuk pertumbuhan dan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Ada kajian mendapati bahawa kolestrol berasal daripada susu berperanan merangsang pertumbuhan otak pada peringkat awal pertumbuhan.

4. SUMBER MINERAL DAN GARAM GALIAN

Page 4: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

Susu juga membekalkan beberapa jenis mineral dan garam galian untuk pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia. Jadual 1 menunjukkan jenis mineral dan garam galian di dalam susu serta fungsinya kepada sistem tubuh manusia.

Jadual 2: Jenis mineral dan garam mineral yang terdapat di dalam susu serta kepentingannya.

MINERAL DAN GARAM GALIAN FUNGSI UTAMA

MINERAL

Kalsium Memperkuatkan tulang dan gigi

Fosforus Untuk pelepasan tenaga

Magnesium Penting untuk fungsi otot

VITAMIN

Vitamin A Untuk visual dan fungsi imun

Vitamin B12 Untuk penghasilan sel badan yang sihat

Zink Untuk sistem imun

Riboflavin Untuk kesihatan kulit

Folate Untuk penghasilan sel badan yang sihat

Iodin Untuk kadar metabolism badan

5. MEMPUNYAI KESAN SIGNIKAN DENGAN KESIHATAN TUBUH-BADAN SEPERTI BERIKUT

A) Kesihatan Tulang 

Produk tenusu membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan perkembangannya. Kadar pertumbuhan tulang adalah tertinggi pada tahap kanak-kanak dan adalah penting untuk kanak-kanak minum susu untuk kesihatan tulang. Penyerapan optimum pada tahap kanak-kanak mampu mencegah risiko osteoporosis pada masa akan datang.

B) Gigi 

Produk tenusu mengandungi kalsium dan fosforus untuk membantu pertumbuhan gigi dan mengekalkan kesihatan gigi.

Page 5: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

C) Obesiti

Ada terdapat kajian yang menunjukkan golongan yang minum susu dan produk tenusu mempunyai masalah obesiti yang minimum berbanding golongan yang tidak minum susu. Selain itu susu merupakan produk yang tidak mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Whey protein jenis beta lactoglobulin mampu menstimulasikan asid lemak bebas untuk mengelakkan kegemukan.

Kesuluruhan susu mengandungi 4% lemak, susu semi skim mengandungi 1.7% lemak, manakala 1% lemak susu mengandungi 1% lemak dan susu skim mengandungi 0.3% lemak (berbeza-beza berdasarkan sumber yang diperolehi).

D) Tekanan Darah

Dengan meminum susu, tekanan darah dapat direndahkan. Gabungan diet susu yang mengandungi buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak dan makanan rendah garam membantu tekanan darah berada di bawah paras yang stabil.

Unsur-unsur yang terdapat di dalam susu seperti Potassium, Magnesium dan Kalsium di dalam susu mempunyai kaitan dengan kesihatan tekanan darah.

E) Kanser

Kajian saintifik mendapati nutrisi yang mengandungi susu dan produk tenusu secara signifikan merendahkan risiko kanser.

F) Penyakit Kardiovaskular

Minum susu dapat dikaitkan dengan penurunan risiko serangan jantung. Ini adalah permulaan yang baik untuk pelajar menjaga kesihatan jantung dan mempelajari kepentingan menjaga jantung.

G) Diabetes

Minum susu rendah lemak juga dikaitkan dengan penurunan risiko pembentukan diabetes jenis yang kedua.

H) Hidrasi

Pengambilan cecair secara kerap adalah penting untuk badan mengawal atur hidrasi secara berkesan. Pakar pemakanan mensyorkan 6-8 gelas air untuk sehari. Susu, yang juga mempunyai peratusan air yang tinggi, dapat digunakan untuk mengelakkan

Page 6: KEPENTINGAN MINUMAN SUSU DAN KELEBIHANNYA DI DALAM DIET HARIAN PELAJAR UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.doc

keadaan hidrasi.

6) PEMBENTUKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT

Pelajar-pelajar yang minum susu mempunyai cara pengambilan nutrien yang lebih baik. Pengenalan cara minum susu pada peringkat kanak-kanak dan remaja membantu membentuk cara pemakanan yang sihat

Dengan meminum susu, cara pemakanan telah diatur daripada peringkat awal dan dapat mengelakkan penyakit kronik dan kritikal pada masa hadapan yang kebanyakan kesan daripada makanan yang tidak teratur dan kurang berkhasiat.

Rujukan:

1. Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 20052. WHO 2003