keperluan dan keinginan asas kanak

Upload: ahmad-adzha

Post on 13-Jul-2015

444 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

keinginan untuk bergerak keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

keinginan untuk kefahaman

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAKKANAK

keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat

keinginan untuk pencapaian kreatif

keinginan untuk bersaing

keinginan untuk meneroka

keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang normal biasanya mempunyai keinginan dan keperluankeperluan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa dan guru.Antara keperluan dan keinginan itu ialah :

Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.

Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sahaja sekadar ingin berjaya tetapi mereka menginginkan kejayaan itu dihargai oleh orang di sekeliling mereka. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.

Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga menginginkan diri mereka diterima, disanjung,dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup

berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut. Keinginan mereka untuk bersaing. Pada zaman kanak-kanak, mereka suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik Kanak-kanak juga mempunyai keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.Ini kerana mereka gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya di dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.

Keinginan untuk meneroka Selain daripada itu, kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk

meneroka.Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan luar biasa tetapi menyeronokkan.Mereka juga gemar mencuba sesuatu benda atau perkara yang baru Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka.

Keinginan untuk pencapaian kreatif Mereka juga mempunyai keinginan untuk pencapaian kreatif iaitu kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanakkanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan Kanak kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan melalui

pergerakan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang memberi peluang untuk mereka meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

Keinginan untuk kefahaman Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempalajari perkara baru.Justeru itu, mereka dapat meneroka menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan seterusnya menjiwai watak tersebut.