kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan...
TRANSCRIPT
i
KERANGKA AMALAN JAMINAN KUALITI BAGI PELAKSANAAN
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN
TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING)
DI MALAYSIA
HILSHA BINTI HASHIM
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2012
v
ABSTRAK
Pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau
accreditation of prior experiential learning (APEL) adalah satu proses sistematik
yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan
pengalaman terdahulu yang diperolehi melalui pembelajaran formal, bukan formal
atau tidak formal. Namun begitu, APEL masih lagi di dalam proses pembangunan
sistem pelaksanaan yang lengkap. Justeru itu, kajian ini memberi fokus kepada
pembangunan kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan sistem APEL di
Malaysia di samping mengenalpasti domain amalan jaminan kualiti yang terlibat.
Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang
ditriangulasikan dengan instrumen temubual. Seramai 62 orang sampel daripada 80
orang populasi menjawab soal selidik yang diedarkan ke 6 buah lokasi iaitu MQA,
OUM, UNIRAZAK, AeU, UKM dan UTM serta 3 orang pakar dari UNIRAZAK,
OUM dan MQA dipilih untuk ditemu bual bagi menyokong dapatan kajian.
Seterusnya, data yang dikumpulkan dianalisis berbantukan perisian Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 17. Dapatan kajian mendapati 10 domain
yang dikaji jaminan kualitinya bagi pelaksanaan sistem APEL di Malaysia
mempunyai kepentingan. Hasil pemeringkatan mengikut kepentingan adalah bermula
dengan penubuhan sistem rekod pelajar, perkhidmatan sokongan calon,
pembangunan kurikulum, peruntukan sumber, pembiayaan proses, polisi institusi,
pendekatan kualiti, penilaian proses penyediaan, pemilihan pegawai penilai dan
kaedah penilaian. Selain itu, sebuah kerangka amalan jaminan kualiti bagi
pelaksanaan sistem APEL telah dibangunkan di akhir kajian ini melalui hasil
maklum balas responden dan sintesis hasil analisis. Pengkaji berharap agar satu
kajian Delphi yang terancang dijalankan bagi memantapkan lagi kerangka amalan
jaminan kualiti ini dalam usaha untuk membentuk satu panduan piawai bagi
pelaksanaan amalan jaminan kualiti dan hasilnya boleh diguna bersama di Malaysia.
vi
ABSTRACT
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) is a systematic process that
involves identification, documentation and assessment of prior experiential learning.
The learning maybe gained from formal, non-formal or informal learning. However,
APEL is still under a development process, in order to achieve effective
implementation system. Therefore, this study focuses on the development of quality
assurance practice framework for the implementation of the APEL in Malaysia in
besides to identify domains involved in quality assurance practices. This quantitative
research using questionnaires which were later triangulated with interviews. 62
respondents from 80 populations answered the questionnaires that were distributed to
6 different locations, namely MQA, OUM, UNIRAZAK, AeU, UKM and UTM.
Furthermore, 3 experts from UNIRAZAK, OUM and MQA were chosen for the
interview. Next, the collected data has been analyzed using SPPS (Statistical
Packages for Social Sciences) version 17. The findings in this research indicate that
10 domains being studied for implementation of quality assurance in Malaysia APEL
has the importance. The result of a ranking in order of importance starting with the
establishment of student records, candidate support services, curriculum
development, resource allocation, funding processes, institutional policies, quality
approach, the evaluation process of the preparation, selection of assessment officer
and assessment methods. In addition, a framework for the implementation of quality
assurance practices APEL system has been developed at the end of this study through
the result of the respondents and the synthesis of analytical results. Researchers hope
that a well-planned Delphi study undertaken to strengthen the framework of quality
assurance practices in an effort to develop a standard guide for the implementation of
quality assurance practices and the results can be used in Malaysia.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PERAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/ TATANAMA/ ISTILAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Tujuan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 8
viii
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Kerangka Konsep 9
1.11 Definisi Istilah 11
1.12 Rumusan 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat 18
2.3 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 21
2.4 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) 22
2.5 Kualiti 22
2.6 Pengurusan Kualiti 23
2.7 Teori Jaminan Kualiti 24
2.8 Keperluan Jaminan Kualiti Dalam Pendidikan Tinggi 25
2.9 Faktor Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi Di Malaysia 25
2.10 Kriteria Dan Standard Jaminan Kualiti IPTA 26
2.10.1 Visi, Misi, Dan Matlamat Pendidikan 27
2.10.2 Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum 27
2.10.3 Pemilihan Dan Khidmat Sokongan Pelajar 28
2.10.4 Penilaian Pelajar 28
2.10.5 Staf Akademik 28
2.10.6 Sumber Pendidikan 29
2.10.7 Pemantauan Dan Semakan Semula Program 29
2.10.8 Kepemimpinan, Governan Dan Pentadbiran 30
2.10.9 Penambahbaikan Kualiti Berterusan 30
2.11 Kriteria Dan Standard Jaminan Kualiti JPK 30
2.12 Model Awal Jaminan Kualiti Pusat Pendidikan Berterusan
UTHM
32
ix
2.13 Jaminan Kualiti Dalam Latihan Teknikal Berterusan 33
2.14 Kepentingan Kriteria Dan Standard Amalan Jaminan
Kualiti Latihan Teknikal Berterusan
34
2.15 Konsep Akreditasi 35
2.16 Sistem Penilaian 36
2.16.1 Penilaian Formatif 37
2.16.2 Penilaian Sumatif 37
2.17 Standard Bagi Jaminan Kualiti Dalam Penilaian Kredit
Pembelajaran
37
2.18 Definisi Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman Terdahulu (APEL)
38
2.19 Definisi Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL) 39
2.20 Sejarah Apel 41
2.21 APEL Di Luar Negara 41
2.21.1 APEL di Amerika Syarikat 42
2.21.2 APEL di Australia 43
2.21.3 APEL di United Kingdom 44
2.21.4 APEL di Afrika Selatan 44
2.22 Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu Di Malaysia 45
2.22.1 APEL di OUM, UNIRAZAK dan WOU 46
2.23 Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb 46
2.24 Proses Penilaian Bagi Prior Learning Assessment 48
2.25 Rumusan 49
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.2 Reka bentuk kajian 51
3.3 Kerangka Operasi Kajian 54
x
3.4 Lokasi Kajian 56
3.5 Populasi dan Persampelan kajian 56
3.6 Instrumen Kajian 58
3.6.1 Soal Selidik 58
3.6.2 Temu Bual 60
3.7 Kajian Rintis 60
3.7.1 Kesahan item Soal Selidik 61
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 63
3.9 Kaedah Analisis Data 63
3.10 Pengkodan dalam Data Temu Bual 64
3.11 Andaian Kajian 64
3.12 Kronologi kajian 65
3.13 Rumusan 66
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 67
4.2 Profil responden 68
4.3 Analisis dapatan kajian 69
4.3.1 Tahap kepentingan jaminan kualiti dalam domain
yang diamalkan bagi pelaksanaan APEL di
Malaysia
70
4.3.1.1 Polisi institusi 72
4.3.1.2 Peruntukan sumber (fizikal, kewangan dan manusia) 73
4.3.1.3 Pemilihan pegawai penilai 73
4.3.1.4 Pembiayaan proses APEL 74
4.3.1.5 Perkhidmatan sokongan untuk calon APEL 75
4.3.1.6 Penilaian proses penyediaan APEL 76
4.3.1.7 Kaedah penilaian APEL 77
xi
4.3.1.8 Penubuhan sistem rekod pelajar 78
4.3.1.9 Pembangunan kurikulum APEL 79
4.3.1.10Pendekatan kualiti 80
4.4 Analisis data temu bual 81
4.5 Analisis data soalan terbuka 87
4.6 Reka bentuk kerangka kaedah penilaian 87
4.7 Rumusan 95
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 96
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 96
5.2.1 Profil Responden 97
5.2.2 Tahap kepentingan amalan jaminan kualiti bagi
pelaksanaan APEL di Malaysia.
98
5.1 Kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan
pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman
terdahulu (APEL) di Malaysia
105
5.4 Cadangan 106
5.5 Rumusan 108
5.6 Penutup 110
RUJUKAN 111
LAMPIRAN 119
VITA 196
xii
SENARAI JADUAL
2.1 Tahap kemahiran NOSS (Jabatan Pembangunan
Kemahiran Kementerian Sumber Manusia)
31
2.2 Pelbagai terminologi APEL 41
2.3 Penilaian untuk proses prior learning assessment 48
3.1 Pembahagian bilangan sampel kajian 57
3.2 Pembahagian dan taburan bilangan item 59
3.3 Skala Likert 4 mata 59
3.4 Cadangan pemilihan saiz sampel 62
3.5 Kebolehpercayaan item bagi setiap domain 63
3.6 Analisis Skala Likert Tafsiran Min Kajian 64
3.7 Jadual Pengkodan 64
3.8 Kronologi Kajian 65
4.1 Profil Responden 68
4.2 Analisa Skala Likert Sumber 70
4.3 Skor min dan tahap kepentingan untuk domain
penjaminan kualiti
71
4.4 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain polisi institusi
72
4.5 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain peruntukan sumber
(fizikal, kewangan dan manusia)
73
4.6 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain pemilihan pegawai
penilai
74
xiii
4.7 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain pembiayaan proses
APEL
75
4.8 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain perkhidmatan
sokongan untuk calon APEL
76
4.9 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain penilaian proses
penyediaan APEL
77
4.10 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain kaedah penilaian
APEL
78
4.11 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain penubuhan sistem
rekod pelajar
79
4.12 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain pembangunan
kurikulum APEL
80
4.13 Skor dan tafsiran min bagi tahap kepentingan
jaminan kualiti bagi domain pendekatan kualiti
80
4.14 Tahap kepentingan domain dalam amalan
penjaminan kualiti APEL
81
4.15 Cadangan responden
87
4.16 Matriks kerangka pelaksanaan sistem APEL 93
xiv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka konsep kajian 10
2.1 Kaedah menguruskan kualiti 24
2.2 Carta aliran proses pembinaan NOSS 32
2.3 Model awal jaminan kualiti UTHM 33
2.4 Konsep rangka kerja kajian akreditasi 36
2.5 Model pembelajaran dua-dimensi Kolb dan empat
gaya pembelajaran
48
3.1 Reka bentuk kajian 53
3.2 Kerangka operasi kajian 55
4.1 Kerangka kerja penghasilan kerangka amalan
jaminan kualiti
89
4.2 Kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan
pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman
(APEL) terdahulu di Malaysia
92
xv
SENARAI SINGKATAN
AeU - Asia e-University
APL - Accreditation of Prior Learning
APEL - Accreditation of Prior and Experiential Learning
BJK - Bahagian Jaminan Kualiti
CAEL - The Council for Adult and Experiential Learning
CAPL - Centre of Assessment Prior Learning
CAPLA - The Canadian Association for Prior Learning Assessment
COL - Centre for Open Learning
COPPA - Kod Amalan Program Akreditasi
COPIA - Kod Amalan Audit Institusi
DKM - Diploma Kemahiran Malaysia
DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
EVC - Erkennen vanelders of informeel Verworven Competenties
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
ITLA - Institute of Teaching and Learning Advancement
JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran
KKM - Kerangka Kelayakan Malaysia
KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
KSM - Kementerian Sumber Manusia
LAN - Lembaga Akreditasi Negara
MQA - Malaysia Qualification Agency
xvi
MQF - Malaysian Qualification Framework
MQR - Malaysian Qualification Register
NGO - Badan Bukan Kerajaan
NOSS - National Occupational Skills Standards
NQF - National Qualifications Framework
OUM - Open University of Malaysia
PBF - Pendidikan Bukan Formal
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PLA - Prior Learning Assessment
PLAR - Prior Learning Assessment and Recognition
PLTV - Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional
PP-PPT - Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PPL-PPT - Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PPT - Pentauliahan Pengetahuan Terdahulu
PTV - Pendidikan Teknikal dan Vokasional
RDA - Reconnaisance des Acquis
RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-9
RPA - Recognition of Prior Achievment
RPL - Recognition of Prior Learning
R&D - Research and Development
SAQA - South African Quality Assurance
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
SLDN - Sistem Latihan Dual Malaysia
TQM - Total Quality Management
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia.
UMTECH - University of Management and Technology
UNESCO - United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
UNIRAZAK - Universiti Tun Abdul Razak
UTM - Universiti Teknologi Malaysia.
xviii
SENARAI LAMPIRAN
A Carta Gantt Projek Sarjana 1 119
Carta Gantt Projek Sarjana 2 119
B Surat kebenaran menjalankan dan mendapatkan maklumat kajian 122
C Pengesahan pakar 136
D Borang soal selidik 147
E Nilai alpha cronbach (kajian rintis) 155
F Analisis data soal selidik SPSS 167
G Analisis data temu bual 179
H Reka Bentuk Kerangka Amalan Jaminan Kualti Bagi Pelaksanaan
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu
(Accreditation Of Prior Experiential Learning) Di Malaysia
186
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dengan jumlah pertambahan penduduk yang menghampiri sekitar 28 juta orang telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sederhana manakala
pembangunannya pula boleh digambarkan sebagai ekonomi peringkat pertengahan.
Sesuai dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu bermula dari 2011
sehingga 2015 dan Pembangunan Modal Insan yang telah dibentangkan, sasaran
utama adalah dalam menjadikan negara tampil sebagai negara maju dan
berpendapatan tinggi yang produktif. Justeru itu, negara perlu menghasilkan tenaga
kerja yang berkualiti dari segi kemahiran dan kebolehan di samping mempunyai
pendidikan.
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berperanan dalam menghasilkan
tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi kehendak
majikan. Dalam masa yang sama tenaga kerja yang diperlukan ini berupaya dalam
memenuhi kuota dan peluang yang sedia ada. Melalui pendidikan, apa yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik di mana ia merupakan suatu fenomena
yang amat penting bukan sahaja kepada seseorang individu malahan juga terhadap
masyarakat dan negara. Namun demikian, ramai yang beranggapan bahawa proses
pendidikan seseorang itu akan tamat selepas mereka mengakhiri persekolahan
mahupun menamatkan pengajian di peringkat universiti sedangkan pendidikan
adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan walaupun seseorang itu telah
bekerja. Satu istilah yang amat sesuai untuk menggambarkan pembelajaran yang
berterusan ini ialah pembelajaran sepanjang hayat yang telah diterima dan
dipraktikkan di kebanyakan negara sebagai suatu perancangan pendidikan pada masa
kini dan masa hadapan (Conrad & Wardrop, 2010).
2
Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi. Menurut Ali (2010), pembelajaran sepanjang hayat kurang mendapat
perhatian di kalangan rakyat Malaysia kerana faktor kesedaran yang belum cukup
kuat terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat itu sendiri. Laporan Unit
Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi turut mendedahkan sebahagian
besar tenaga kerja di negara ini adalah dari kelompok yang tidak berkemahiran
tinggi. Setiap tahun, hanya sekitar 33 peratus dari kohort berumur 19 hingga 24 tahun
berpeluang memasuki universiti berbanding kohort sama di kebanyakan negara lain
yang sudah pun mencecah 60 peratus. Hal ini dikhuatiri akan menjejaskan mutu dan
kualiti yang terus menjadi kekangan kepada sasaran negara mencapai status negara
maju.
Dalam mengharungi arus dan cabaran perubahan globalisasi terutama dari
segi teknologi dan ekonomi pada hari ini, setiap manusia itu berpeluang
mendapatkan ilmu pengetahuan secara formal, tidak formal dan bukan formal demi
memajukan diri dalam meningkatkan pembangunan negara. Oleh itu, sebagai
persediaan awal, setiap individu perlu menggandakan usaha untuk mempertingkatkan
kompetensi diri masing-masing. Mereka perlu merebut peluang yang ada demi
melanjutkan pendidikan dalam apa jua cara dan dari sini rakyat Malaysia khususnya
akan mampu meraih masa depan yang lebih gemilang. Malangnya, tidak semua
mampu merealisasikan impian mereka dengan berbagai kekangan yang wujud,
namun ini tidaklah bermaksud mereka harus pasrah dengan ketentuan hidup.
Kebanyakan institusi pengajian cuba merealisasikan impian dengan memberi
peluang kepada setiap individu melanjutkan pelajaran mereka melalui pengakreditan
pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau lebih dikenali sebagai
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL). Seperti mana yang dinyatakan
oleh Mohamad (2002), pengalaman semasa bekerja sebenarnya boleh disamakan
dengan pengalaman semasa belajar di universiti. Pembelajaran sepanjang hayat perlu
dijadikan sebagai satu budaya di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, jika
pengajian tinggi dapat diperluaskan kepada masyarakat, setiap individu berupaya
membuat perubahan besar pada kehidupan mereka seterusnya kepada masyarakat
dan negara.
3
1.2 Latar belakang masalah
Di era globalisasi yang kian mencabar ini, terdapat banyak persaingan secara global.
Persaingan ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada ekonomi dan
pembangunan negara Malaysia. Agenda nasional Malaysia untuk menjadi negara
maju menjelang 2020 dilihat sebagai pemangkin untuk menjana pengetahuan
seterusnya meningkatkan sumber tenaga yang kreatif dan inovatif dalam semua
bidang. Dalam merealisasikan agenda ini, universiti atau institusi pengajian tinggi
perlu melahirkan produk yang berkualiti dari semua aspek seperti aspek akademik,
kemahiran teknikal dan nilai-nilai murni dalam diri.
Menurut Mohamad (2002), berdasarkan input daripada pakar akademik, perlu
difikirkan penetapan satu sistem bagi pekerja berpengalaman untuk dinilai dan
diterima ke universiti sebagai alternatif untuk mengikuti program pengajian.
Kenyataan tersebut juga secara jelas menyatakan pengalaman semasa bekerja adalah
setara dengan pengalaman di universiti.
Manakala menurut Ghadaffi Omar (2004) pula, akreditasi adalah satu
pengiktirafan rasmi kepada program sijil, diploma atau ijazah yang akan
dianugerahkan kepada graduan di mana ia adalah selaras dengan piawaian yang telah
ditetapkan. Sistem akreditasi ini adalah pemindahan kredit melalui pengalaman yang
ada di mana ia telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan tinggi termasyhur di
dunia seperti di negara Jerman, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan
Australia.
Di Perancis, sistem akreditasi adalah berdasarkan kepada institusi dan
penilaian yang dibuat bukan sahaja berdasarkan kepada aspek akademik dan
penyelidikan tetapi juga dari aspek kebajikan pelajar dan aspek-aspek lain yang
menyumbangkan kepada pembentukan persekitaran pendidikan yang sihat. Manakala
sistem pendidikan di United Kingdom pula, terdapat perbezaan dalam pendekatan
akreditasi ke atas institusi yang boleh menganugerahkan kelayakan pengajian tinggi
dan institusi dalam menganugerahkan pendidikan lanjutan.
Dalam melaksanakan sesuatu program, amalan jaminan kualiti merupakan
asas yang penting demi melahirkan produk yang berkualiti. Justeru itu, untuk
menghasilkan program yang bermutu dan berkualiti terutamanya untuk
4
pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau accreditation of
prior experiential learning (APEL), ia memerlukan satu kerangka sistem yang
khusus terhadap jaminan kualiti supaya diiktiraf oleh MQA (Kaprawi, 2011).
Ini turut disokong oleh Suleiman (2004), di mana kewujudan pendidikan
tinggi yang berkualiti merupakan hasrat kerajaan dalam usaha merealisasikan polisi
untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau
yang mana ia masih di tahap yang sederhana. Antara badan-badan berkaitan yang
menjalankan sistem akreditasi adalah seperti Agensi Kelayakan Malaysia atau
Malaysia Qualification Agency (MQA), Bahagian Jaminan Kualiti (BJK),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Namun demikian, pengajian tinggi di Malaysia baik di institusi pengajian
tinggi awam mahupun swasta menjanjikan kualiti yang terbaik dan nilai yang tinggi
dalam usaha untuk membentuk penanda aras dan akreditasi bertaraf antarabangsa.
MQA dan Bahagian Jaminan Kualiti telah ditugaskan dalam memikul
tanggungjawab ini. Justeru itu, pengajian tinggi sedang giat membuat tinjauan di
New Zealand, Australia, China, Ireland, Kesatuan Eropah dan kini Indonesia untuk
meneliti cara yang terbaik dalam melaksanakan akreditasi yang dapat diiktiraf dan
sama taraf antarabangsa. Langkah ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan dunia dan menarik lebih ramai pelajar dari pelbagai
negara yang tentunya mahukan nilai jaminan kualiti pembelajaran dan pengajaran
yang tinggi (Mohamed Yasin, 2007).
Pengurusan kualiti dipercayai mampu membawa perubahan gaya pengurusan
kerana ia mementingkan pembaikan proses kerja secara berterusan (Deming, 2002).
Pengurusan yang berkualiti dan cekap, amat diperlukan dalam bidang pendidikan
agar kecemerlangan akademik sesebuah institusi pendidikan dapat dicapai. Mana-
mana organisasi termasuk organisasi pendidikan yang berjaya melakukan elemen-
elemen pengurusan kualiti menyeluruh secara berkesanakan mencapai prestasi kualiti
yang tinggi. Oleh itu, kualiti telah menjadi satu agenda terpenting bagi sesebuah
organisasi pendidikan dan aktiviti penambahbaikan kualiti pula merupakan satu
tugasan yang mencabar dan perlu dihadapi oleh semua pihak (Fejes & Andersson,
2009).
5
Hal ini juga turut dikemukakan dalam International Association Continuing
Engineering Education (2003) yang menyatakan bahawa perlunya terdapat satu
jaminan kualiti yang menjadi garis panduan bagi pelaksanaan pengurusan pendidikan
berterusan supaya pendidikan adalah berkualiti dan kos efektif.
Di Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang ditubuhkan melalui
gabungan LAN (Lembaga Akreditasi Negara) dan Bahagian Jaminan Kualiti telah
dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pengiktirafan standard minimum dan
akreditasi program-program pendidikan sepenuh masa bagi kolej-kolej dan universiti
swasta. Bahagian Jaminan Kualiti Pendidikan Kementerian Pendidikan yang
ditubuhkan pada Disember 2001 pula merupakan agensi nasional yang
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelia sistem jaminan kualiti bagi
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Bahagian Jaminan Kualiti, 2003).
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Bahagian Jaminan Kualiti adalah dalam proses membangunkan penjaminan kualiti
bagi semua program di IPT-IPT Malaysia. Sehubungan dengan itu, bahagian ini telah
menyediakan Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA.Matlamatnya adalah untuk
memberi panduan kriteria dan standard bagi program bidang pendidikan (Jaminan
Kualiti Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia, 2003).
Jaminan kualiti memainkan peranan yang penting dalam setiap bentuk
pendidikan termasuklah pendidikan berterusan. Pendidikan berterusan yang
berfalsafahkan pendidikan sepanjang hayat adalah merupakan suatu bentuk
pendidikan yang berteraskan latihan dan pengetahuan, diberikan kepada masyarakat
terutamanya bagi mereka yang sudah bekerjaya untuk memperolehi penambahan
pengetahuan dan kemahiran masing-masing (Dyson & Keating, 2005).
Mengikut Sandberg (2010), pendidikan berterusan atau pendidikan sepanjang
hayat memerlukan pekerja memahami keseluruhan sistem kerja termasuk
perhubungan di antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pekerja
diharap memperolehi kemahiran baru, menggunakannya dalam kerja dan berkongsi
maklumat dengan pekerja lain.
Menurut Ghadaffi Omar (2004) lagi, dengan melihat kepada perkembangan
sistem penilaian kursus pengajian yang sedang dijalankan oleh MQA pada masa ini
dan juga amalan sesetengah badan kawalan kualiti pendidikan di luar negara, sudah
sampai masanya kaedah penilaian yang digunakan perlu dilihat dan disemak
kembali. Hal ini menunjukkan bahawa dari masa ke semasa, bahagian jaminan
6
kualiti mencari jalan untuk meningkatkan mutu dan kualiti mana-mana program yang
ditawarkan di semua IPT Malaysia.
Hal ini turut disokong oleh Mohd Salleh (2005) yang menyatakan
pembelajaran sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan
tinggi Malaysia, namun amalan sedia ada masih lagi terhad manakala skopnya pula
masih lagi belum jelas. Walau bagaimanapun disebabkan oleh perubahan keadaan
sosial, ia telah mengubah persepsi dan penerimaan pembelajaran sepanjang hayat itu
sendiri di kalangan masyarakat. Tambah beliau lagi, masanya telah tiba untuk APEL
menjadi lebih signifikan dan berfungsi pada tahap sebenarnya serta menggesa agar
pembelajaran sepanjang hayat tidak dilabelkan sebagai sesuatu yang negatif.
Sebagaimana Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui 2020 (2007)
yang menjadikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat sebagai salah satu
teras utamanya, ini menunjukkan bahawa pendidikan itu amat dipentingkan di negara
ini. Justeru itu, melalui dokumen Perancangan Strategik UTHM yang baru
dikeluarkan pada 2011, Pusat APEL akan diwujudkan mulai 2013 di institusi
berkenaan. Sehingga kini masih belum terdapat mana-mana institusi pengajian tinggi
yang mempunyai garis panduan untuk melaksanakan program tersebut, namun
demikian ia sedang cuba dibangunkan oleh UTHM. Ini turut disokong oleh Kaprawi
(2011), di mana APEL di Malaysia masih belum dilaksanakan secara meluas
disebabkan pemerolehan data yang kurang tepat untuk pelaksanaan program APEL.
Namun secara keseluruhannya ia masih dilihat di tahap yang rendah.
1.3 Pernyataan masalah
Berkaitan dengan isu yang diperkatakan ini, pembangunan sistem pendidikan di
Malaysia tidak seharusnya tersekat hanya disebabkan ketiadaan garis panduan yang
boleh dirujuk bagi membolehkan seseorang itu melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang dimilikinya
Menurut Mohamed (2007), jaminan kualiti dalam bidang pendidikan dan latihan
adalah semakin kompleks. Ini kerana, jaminan kualiti yang diperlukan tidak hanya
berfokuskan kepada kepuasan pelanggan, tetapi juga kepada pihak pengurusan.
Jaminan kualiti seharusnya diaplikasikan di dalam pendidikan dan latihan berterusan
kerana ianya merupakan suatu bentuk industri perkhidmatan yang penting bagi
sesebuah negara.
7
Persoalan yang wujud ialah dalam peningkatan kualiti secara berterusan
untuk melaksanakan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu
(APEL), apakah panduan dan standard kriteria khusus jaminan kualiti yang
bolehdirujukdi institusi pengajian tinggi Malaysia bagi memastikan kualiti dari
beberapa aspek agar dapat dicapai. Permasalahan yang wujud ini disebabkan hanya
terdapat maklumat yang sangat sedikit mengenai tahap pelaksanaan APEL di seluruh
institusi pengajian tinggi Malaysia terutama dari sudut kualiti (Kaprawi, 2011).
Pernyataan masalah ini disokong oleh kenyataan Hussein (2011) yang
menyatakan bahawa kajian semula perlu dibuat untuk amalan-amalan APEL bagi
mengenalpasti fungsinya serta cara terbaik untuk mengubah pengalaman terkumpul
kepada bentuk kredit di mana hasil dari kajian ini boleh dijadikan asas. Mohamed
(2007) pula, Kod Amalan Jaminan Kualiti bagi sistem kemasukan terbuka perlu
dibangunkan yang bertujuan untuk memelihara kepentingan pelajar di samping
memberi keyakinan kepada masyarakat tentang kualiti dan standard program
pengajian tinggi.
Bagi merealisasikan pendidikan sepanjang hayat serta mewujudkan peluang
pendidikan terbuka dan fleksibel tetapi menekankan kualiti, pengkaji merasakan satu
kewajaran untuk membuat kajian penganalisaan terhadap amalan jaminan kualiti
terhadap pelaksanaan APEL di institusi pengajian tinggi Malaysia. Justeru itu,
pengkaji ingin mengkaji beberapa domain untuk mendapatkan tahap kepentingan
dalam penjaminan kualiti. Seterusnya, pengkaji akan mereka bentuk satu kerangka
model jaminan kualiti yang boleh dijadikan asas pembinaan satu panduan piawai
kepada program pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu
(APEL) di institusi pengajian tinggi Malaysia.
1.4 Tujuan kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan yang telah
dihuraikan iaitu mereka bentuk dan menghasilkan kerangka amalan jaminan kualiti
bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau
accreditation of prior experiential learning (APEL) di Malaysia. Komponen yang
dikaji adalah berkenaan jaminan kualiti bagi beberapa domain yang telah
dikenalpasti.
8
1.5 Objektif kajian
Kajian ini akan dibuat berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :
i. Mengenal pasti tahap kepentingan bagi penjaminan kualiti setiap domain
yang diamalkan dalam melaksanakan APEL di Malaysia.
ii. Mereka bentuk kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan APEL di
Malaysia.
1.6 Persoalan kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan kajian
berikut :
i. Bagaimanakah tahap kepentingan bagi penjaminan kualiti setiap domain yang
diamalkan untuk pelaksanaan APEL di Malaysia?
ii. Bagaimanakah rekabentuk kerangka amalan jaminan kualiti yang sesuai bagi
pelaksanaan APEL di Malaysia?
1.7 Skop kajian
Skop kajian akan tertumpu kepada amalan jaminan kualiti dalam beberapa domain
yang telah dikenalpasti bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran berasaskan
pengalaman terdahulu (APEL) di beberapa institusi pengajian tinggi Malaysia seperti
di Open University Malaysia (OUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK),
Asian e-University (AeU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Walau
bagaimanapun, responden diberi peluang untuk mencadangkan domain lain jika
dirasakan sebagai keperluan. Responden terdiri daripada pakar-pakar yang dipilih
berdasarkan kepakaran dalam APEL.
1.8 Kepentingan kajian
Hasil kajian yang dijalankan ini diharap dapat:
i. Digunapakai dan menjadi garis panduan dalam pembangunan Kod Amalan
Jaminan Kualiti terhadap pelaksanaan APEL di Malaysia.
9
ii. Menjadi rujukan kepada institusi-institusi pengajian tinggi lain yang akan
melaksanakan APEL.
iii. Memberi input kepada MQA tentang amalan jaminan kualiti bagi APEL di
institusi pengajian tinggi Malaysia.
1.9 Batasan kajian
Batasan kajian merupakan had atau kekangan yang dihadapi oleh penyelidik dalam
melaksanakan sesuatu kajian. Kekangan atau had yang akan dihadapi oleh pengkaji
adalah seperti :
i. Kekangan terhadap faktor kewangan kerana melibatkan kos yang agak tinggi
serta peruntukan masa yang agak terbatas.
ii. Responden kajian ini adalah terdiri daripada golongan pakar dalam
pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL). Oleh
itu kerana bilangan pakar-pakar ini adalah terhad, maka responden kajian
hanya tertumpu kepada pakar-pakar daripada institusi dan agensi terpilih
iaitu:
a. Open University Malaysia (OUM)
b. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
c. Asian e-University (AeU)
d. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
e. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
f. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
iii. Ketepatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada ketepatan responden
dalam memberikan jawapan, cadangan dan pendapat terhadap soal selidik
dan temu bual yang akan dilakukan tanpa sebarang prejudis.
1.10 Kerangka konsep
Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang dianalisis untuk
mendapatkan amalan jaminan kualiti yang sesuai dan bertepatan dalam menghasilkan
kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran
berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) di Malaysia.
10
Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian. Diadaptasi dan diubahsuai daripada Fresen (2005) dan Motaung (2007)
10
INPUT PROSES OUTPUT
Proses merekabentuk Kerangka
Amalan Jaminan Kualiti Bagi
Pelaksanaan Pengakreditan
Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman Terdahulu (APEL) di
Malaysia
Proses Mengenal pasti Populasi
& Lokasi Kajian :
Institusi Pengajian
Tinggi Malaysia /
Agensi Berkaitan
Kenal pasti domain yang sesuai
untuk Jaminan Kualiti APEL
Analisis kualiti input setiap domain
yang telah dikenalpasti dalam
menghasilkan Kerangka Amalan
Jaminan Kualiti Program Pengakreditan
Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman Terdahulu (APEL)
KERANGKA AMALAN JAMINAN KUALITI BAGI PELAKSANAAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING) DI MALAYSIA
11
1.11 Definisi istilah
Dalam kajian ini, beberapa istilah telah didefinisikan dengan merujuk kepada buku-
buku rujukan, sumber-sumber bertulis yang berkaitan dan ditentusahkan serta
diadaptasi dari pakar-pakar dalam bidang sistem jaminan kualiti (MQA, 2012).
1.11.1 Pengiktirafan pembelajaran terdahulu (RPL)
Menurut MQF (2012), pengiktirafan pembelajaran terdahulu merupakan satu
penilaian tahap pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh secara formal atau tidak
formal bagi tujuan kemasukan ke program akademik atau bagi tujuan memperoleh
pindahan kredit terkumpul. Oleh yang demikian, maksud pengiktirafan pembelajaran
terdahulu dalam kajian ini ialah penilaian terhadap pengetahuan dan pengalaman
bekerja seseorang individu yang diperolehi secara formal atau tidak formal bagi
tujuan mendapatkan kredit yang bertepatan dengan pengetahuan dan pengalaman
tersebut dan sekaligus membolehkan individu itu meneruskan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi.
1.11.2 Akreditasi
Akreditasi merupakan proses tinjauan kualiti luaran yang digunakan oleh pendidikan
tinggi untuk meneliti kualiti program pendidikan di kolej dan universiti bagi jaminan
kualiti dan penambahbaikan kualiti (Council for Higher Education Accreditation
Washington, 2002). Akreditasi juga dapat didefinisikan melalui tiga kunci perkataan
utama iaitu pengiktirafan rasmi, jaminan kualiti dan penerimaan umum (Natarajan,
2007). Dalam istilah kajian ini, akreditasi adalah merujuk kepada satu proses
meninjau dan meneliti kualiti program pendidikan bagi jaminan kualiti dan
penambahbaikan kualiti untuk program / kursus di IPT Malaysia.
1.11.3 Akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL)
Menurut MQA (2012), akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu
ialah satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian
terhadap pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seperti ilmu pengetahuan,
12
kemahiran dan sikap, untuk menentukan tahap seseorang individu mencapai hasil
pembelajaran yang diinginkan, bagi mengakses sesuatu program pengajian.
1.11.4 Amalan baik
Amalan baik adalah satu set norma yang diterima pakai di peringkat antarabangsa
yang patut dipenuhi bagi mengekalkan kualiti yang tinggi (MQA, 2012).
1.11.5 Kemasukan terbuka
Merujuk kepada syarat kemasukan yang relevan kepada golongan dewasa yang
mempunyai pengalaman pembelajaran dan boleh dinilai untuk tujuan kemasukan ke
sesuatu program pengajian (MQA, 2012).
1.11.6 Kualiti
MQA (2012) mendefinisikan kualiti sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan.
Kualiti sering dikaitkan dengan kecemerlangan. Kualiti sesuai untuk tujuan
penggunaan.Ini bermakna keseluruhan sifat dan ciri sesuatu pengeluaran atau
perkhidmatan yang mempengaruhi keupayaan untuk memuaskan kehendak
pelanggan dapat dimanfaatkan. Menurut Harman & Lynn (2008) pelangganlah yang
akan menilai sama ada perkhidmatan atau pengeluaran yang dihasilkan itu memenuhi
ciri-ciri yang mereka tetapkan.
1.11.7 Jaminan kualiti
Dalam pendidikan tinggi, jaminan kualiti ialah keseluruhan sistem, sumber dan yang
diperuntukkan bagi mengekalkan dan memperbaiki kualiti dan standard pengajaran,
kesarjanaan dan penyelidikan serta pengalaman pembelajaran pelajar. Walters (2006)
dalam kajiannya mendefinisikan kualiti sebagai satu kebolehan menghasilkan produk
yang memenuhi keperluan pengguna. Harman & Lynn (2008) mendefinisikan
jaminan kualiti merujuk kepada pengurusan sistematik dan prosedur penilaian untuk
mengawasi pelaksanaan dan memastikan pencapaian berdasarkan spesifik kualiti dan
peningkatan kualiti.
13
1.11.8 Pengurusan kualiti
Menurut SAQA (2008), pengurusan kualiti merujuk kepada penggunaan jumlah
aktiviti-aktiviti dan maklumat organisasi untuk membolehkan ia kepada yang lebih
baik dan lebih konsisten dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan untuk
memenuhi dan melebihi keperluan dan jangkaan pelanggan serta menguntungkan,
kos juga menjadi lebih berkesan dan efisien untuk hari ini dan pada masa depan.
1.11.9 Taksiran
Taksiran bermaksud satu proses pengumpulan bukti-bukti pengalaman kerja
responden untuk dibuat penilaian dan penghakiman terhadap pencapaian atau bukan
pencapaian mengikut spesifikasi standard rangka kerja yang ditetapkan oleh badan
yang bertanggungjawab (MQA, 2012).
1.11.10Penilaian
Menurut Kaur et al. (2007), penilaian adalah satu proses pemeriksaan dan kelulusan
penghakiman pada kesesuaian atau tahap kualiti dan standard.
1.11.11Penilaian kendiri
Penilaian kendiri merujuk kepada koleksi pentadbiran data yang sistematik,
menjalankan kaedah temu bual bersama pensyarah dan pelajar serta penyediaan
dalam laporan kajian itu sendiri berpandukan format-format tertentu. Penilaian
kendiri pada dasarnya mencerminkan refleksi terhadap kolektif institusi dan melalui
kaedah ini, ia memberi ruang dalam membaiki kelemahan dan menggunakan
kelebihan yang ada untuk peningkatan kualiti. Laporan yang dihasilkan berfungsi
sebagai penyediaan maklumat bagi kumpulan yang bertanggungjawab menjalankan
penilaian secara luaran atau ‘external verifier’ (Ghadaffi Omar, 2003).
14
1.11.12Program
Kamus Federal-Chambers, National University of Singapore menyatakan bahawa
program adalah satu siri susunan perkara yang telah dirancang dan harus
dilaksanakan. Dalam konteks kajian ini, dengan merujuk Kod Amalan Jaminan
Kualiti Kemasukan Terbuka (2006), program adalah satu susunan kursus yang
distruktur atau direkabentuk melangkaui suatu tempoh tertentu dan isipadu
pembelajaran supaya tercapai hasil pembelajaran yang jelas dan menjurus kepada
penganugerahan sesuatu kelayakan.
1.11.13Standard
Standard dalam kajian ini merujuk Kod Amalan Jaminan Kualiti Kemasukan
Terbuka (2006) iaitu keperluan terperinci dan spesifik yang boleh diukur tentang
setiap kriteria.
1.11.14Pengiktirafan
Pengiktirafan bermaksud membenarkan pihak-pihak lain untuk melihat dan
memahami sudut pandangan orang lain atau memahami bagaimana mereka
mentakrifkan masalah dan mengapa mereka mencari penyelesaian tersebut (MQA,
2012).
1.11.15Pembelajaran formal
Pembelajaran yang disengajakan / program pengajian yang disampaikan dalam satu
konteks yang terancang dan berstruktur (pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, kolej teknikal dan universiti) di mana ia boleh membawa kepada
penganugerahan formal / kelayakan yang diiktiraf (MQA, 2012).
15
1.11.16Pembelajaran tidak formal
Pembelajaran secara berterusan sepanjang hidup serta pengalaman kerja (juga
dikenali sebagai pembelajaran berasaskan pengalaman). Ia biasanya pembelajaran
yang diperolehi secara tidak disengajakan (MQA, 2012).
1.11.17Pembelajaran bukan formal
Pembelajaran yang selari dengan sistem pendidikan dan latihan arus perdana. Ianya
boleh dinilai tetapi lazimnya tidak akan membawa kepada persijilan yang formal
(MQA, 2012).
1.11.18Pembelajaran terbuka
Pembelajaran terbuka mewakili pendekatan-pendekatan yang memfokuskan kepada
akses terbuka kepada pendidikan dan latihan, membebaskan para pelajar daripada
kekangan masa dan tempat, serta menawarkan peluang pembelajaran yang fleksibel
kepada individu ataupun kumpulan pelajar (MQA, 2012).
1.11.19Institusi pengajian tinggi
Dalam kajian ini, Institusi Pengajian Tinggi merujuk kepada pusat pendidikan atau
pengajaran dan pembelajaran yang tinggi selepas sekolah di mana menyediakan
bidang-bidang pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana,
Doktor Falsafah (Ph.D) dan Pendidikan Berterusan. Open University Malaysia
(OUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asian e-University (AeU),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan diambil sebagai sampel kajian.
16
1.12 Rumusan
Penetapan tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian dan skop kajian adalah
amat penting sebelum menjalankan kajian. Penetapan untuk kesemua item tersebut
bertujuan sebagai panduan kepada penyelidik agar tidak terpesong daripada objektif
sebenar kajian. Ia dijadikan sebagai panduan semasa menjalankan kajian dan menjadi
rujukan utama dalam merancang pelaksanaan kajian. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji merasakan keperluan bagi menjalankannya memandangkan di Malaysia
masih belum terdapat kajian atau data yang menerangkan tentang amalan jaminan
kualiti bagi pelaksanaan APEL. Justeru itu, pengkaji berharap dengan kajian yang
dijalankan ini, iadapat menjadi panduan kepada institusi lain di Malaysia dalam
melaksanakannya.
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Daya saing global dan kepelbagaian telah mendesak individu supaya sentiasa
memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh
majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar
dengan pembangunan ekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati
keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.
Untuk itu, peranan institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja dilihat sebagai
sebuah badan yang mengeluarkan sijil-sijil pencapaian pelajar tetapi ia juga
bertanggungjawab untuk mengembangkan potensi dan kreativiti di samping melatih
pelajar-pelajar supaya cekap dan mahir dalam menjalankan pekerjaan tertentu tidak
kiralah bidang kursus yang mereka ceburi. Dengan demikian, mana-mana institusi
pengajian tinggi seharusnya perlu berusaha meningkatkan kualiti graduan yang
dihasilkan.Kualiti ini dapat ditingkatkan melalui pengamalan jaminan kualiti yang
telah disediakan di sesebuah institusi pengajian tinggi tersebut.
Melalui pemerhatian dan tinjauan pengkaji, masih belum terdapat
penyelidikan yang dilakukan mengenai kualiti, khususnya dalam merekabentuk
kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran
berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) di Malaysia. Oleh itu, segala maklumat
yang diperolehi adalah daripada kajian-kajian terdahulu hanya mengenai kualiti
dalam pendidikan bukan khusus dalam jaminan kualiti.
18
2.2 Pembelajaran sepanjang hayat
Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan, malah di sepanjang hayat kita
tidak akan dapat lari dari istilah pendidikan. Bentuk pendidikan yang diterima tidak
kiralah sama ada secara formal atau tidak formal. Jarvis (1994) telah menekankan
bahawa pendidikan manusia adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat.
Corder (2008) pula telah menyatakan bahawa pendidikan berterusan adalah ciri-ciri
daripada perspektif pendidikan sepanjang hayat. Oleh itu, secara amnya boleh
dikatakan bahawa pendidikan berterusan adalah suatu bentuk pendidikan yang
diberikan secara formal atau tidak formal dan berteraskan falsafah pendidikan
sepanjang hayat. Berikutan konsep pendidikan sepanjang hayat ini, maka dewasa ini
kebanyakan institusi-institusi pendidikan tinggi telah berusaha melaksanakan
program pendidikan kepada semua peringkat individu tidak kira muda atau tua. Ini
memandangkan pembelajaran sepanjang hayat kian penting dalam ekonomi yang
berasaskan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran.
Holmes (2002) pula telah mentakrifkan bahawa pembelajaran sepanjang
hayat atau pendidikan berterusan ialah sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri
daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. Jarvis (1994) pula telah
mengenalpasti pembelajaran sepanjang hayat sebagai semua peluang pembelajaran
yang mana boleh diikuti selepas tamatnya alam persekolahan yang wajib. Ianya
boleh diikuti secara sambilan ataupun sepenuh masa dan merangkumi pendidikan
vokasional serta bukan vokasional. Pendidikan vokasional ini adalah melibatkan
pengaplikasian kemahiran diri seseorang individu. Bagi pendapat Andersson &
Osman (2008), pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu bentuk pendidikan
yang diberikan kepada individu yang dewasa atau matang, yang telah bekerja dan
individu yang hendak menambah ilmu pengetahuan walaupun telah mempunyai
ijazah dan sebagainya.
Pada pertengahan 1960, pembelajaran sepanjang hayat ini telah pun
diperkatakan di Eropah (Jarvis, 1994). Namun demikian beberapa ahli teori
pendidikan telah membahaskan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat terhadap
seseorang individu. Hal ini telah dikenalpasti dan disokong oleh UNESCO, di mana
ia telah menekankan kepentingan pendidikan sebagai pengalaman sepanjang hayat
bagi semua melalui laporan Learning To Be terbitan suruhanjaya yang telah
19
dipengerusikan oleh Faure (Ryan, 2001). Selain itu, UNESCO telah
memperkenalkan konsep Education for All kepada masyarakat dunia pada tahun
1991 (Salleh, 2005).
Perancangan yang rapi harus dibuat khususnya diperingkat pengajian tinggi
sesuai dengan dasar kerajaan yang menekankan aspek pembangunan modal insan.
Menurut Ahmad Badawi (2006), pembangunan modal insan merupakan pra syarat
penting untuk memacu pertumbuhan rantaian ekonomi bernilai tinggi yang
berpaksikan kepada pengetahuan dan teknologi. Hal ini akan menyebabkan sistem
pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula supaya pengetahuan, kemahiran
dan kepakaran yang diperolehi oleh rakyat Malaysia akan dapat menyokong dengan
berkesan pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan.
Menurut Andersson & Osman (2008) lagi, pembelajaran sepanjang hayat
memerlukan pekerja memahami keseluruhan kerja iaitu dari segi perhubungan di
antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Justeru itu, pekerja diharapkan
memperoleh kemahiran baru dan dapat menggunakannya dalam kerja serta berkongsi
maklumat dengan pekerja lain. Pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan
kepada proses seperti berikut:
i. Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan
meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang
pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada masa akan hadapan.
ii. Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak
akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan dan
ianya adalah proses sepanjang hayat.
Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan merupakan industri berjuta
ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah negara. Pendidikan
menentukan masa depan negara dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi pada
masa kini. Institusi pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah pencapaian
matlamat pendidikan iaitu mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Satu etika
kerja yang mantap dan berkualiti tinggi perlu diamalkan untuk memastikan tahap
kepuasan dan kualiti sesuatu kursus itu dapat dijana. Justeru itu, dalam menempuh
era persaingan yang mementingkan kualiti, satu tahap piawaian kualiti dalam
penjaminan kualiti bagi pelaksanaan pengiktirafan pembelajaran terdahulu yang
bermutu juga tidak ketinggalan (Muhammad, 2009).
20
Bidang pendidikan hari ini tidak kira awam mahu pun swasta, amat
mementingkan kualiti di dalam pengurusannya termasuklah dari aspek pentadbiran,
pengajaran dan pembelajaran (P&P), pengurusan sumber manusia dan bermacam-
macam lagi agar kepuasan pelanggan pendidikan dapat dicapai. Syed Bahaldin
(2005) telah menyatakan bahawa sistem pendidikan yang berkualiti akan cuba
memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan mereka secara berterusan melalui
pengurusannya yang cekap dan berkualiti.
Menurut Mohamed Arifin (2005), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM) telah menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai matlamat penting
yang perlu dicapai bagi menyediakan peluang dan kemudahan kepada masyarakat
untuk memperolehi kemahiran asas dan menyediakan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan perkongsian
dengan agensi dalam dan luar negara bagi meningkatkan kualiti dan
keberkesanannya serta meningkatkan kelayakan dan pengalaman terdahulu di
samping meningkatkan penglibatan komuniti.
Dalam konsep pendidikan negara kita hari ini, pendidikan berterusan telah
diberikan secara kursus jangka panjang dan kursus jangka pendek terutamanya
kepada golongan-golongan yang telah lama bekerja, sedang mencari kerja dan juga
kepada para graduan lepasan ijazah sarjana muda. Terdapat beberapa buah institusi
pengajian tinggi di Malaysia telah memberi perkhidmatan pendidikan berterusan ini.
Antara yang telah dikenalpasti adalah di Universiti Terbuka Malaysia {Kemasukan
Fleksibel OUM}, Universiti Kebangsaan Malaysia {Pusat Kembangan Pendidikan
UKM}, Universiti Teknologi Malaysia {School of Professional and Continuing
Education (SPACE UTM)}, Universiti Sains Malaysia {Program Pendidikan Jarak
Jauh USM}, Universiti Malaya {Centre of Continuing Education (UMCCed)},
Universiti Tun Hussein Onn {Pusat Pembangunan Penyelidikan dan Penyelidikan
Berterusan UTHM} dan Badan-badan swasta seperti KEJORA (Sumber : Laman
web OUM, UKM, UTM, USM, UMCCed dan UTHM, 2011).
2.3 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Pada masa kini, bidang pendidikan semakin berkembang pesat tidak kira dalam
sektor awam mahupun sektor swasta. Dalam sektor awam, terdapat lebih kurang 20
21
universiti telah didirikan dan ini tidak termasuk politeknik-politeknik dan institusi-
institusi perguruan. Enrolmen pelajar ini telah melebihi sehingga 150,000 orang
pelajar, begitu juga kedudukannya di sektor swasta. Statistik telah menunjukkan
lebih 50 IPTS telah ditubuhkan dengan enrolmen pelajar melebihi 100,000
orang.Terdapat mekanisme tertentu telah diwujudkan di peringkat institusi mahupun
kementerian dalam mengawal pentauliahan kepada pelajar yang melibatkan
akreditasi, standard dan kualiti disebabkan oleh desakan pendidikan yang berterusan.
Sehubungan dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007,
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah
dilancarkan pada 2 November 2007 oleh Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu.
Penubuhan MQA adalah disebabkan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara
(LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang
menjadi sebuah entiti baru di mana ia bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti
pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan
Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem
jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan
kebangsaan.MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras
jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.Antaranya ialah Kod Amalan
Program Akreditasi (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA).
Selain itu, badan ini juga berperanan untuk membangunkan kriteria dan
standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan
kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. MQA juga bertanggungjawab untuk
menjaga kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program serta
memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan
standard yang ditetapkan dan bertindak sebagai pemudah cara pengiktirafan dan
penyetaraan kelayakan. MQA juga akan mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Register, MQR). Johnson et.al (2004) mendefinisikan
akreditasi sebagai satu proses yang berdasarkan pendapat profesional untuk menilai
sama ada spesifikasi atau program institusi pendidikan memenuhi piawai kualiti
pendidikan. Ia bertujuan bagi memastikan pelajar atau siswazah yang diiktiraf
mencapai tahap kelayakan minimum di dalam bidang yang diceburi.
22
2.4 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) atau Malaysian Qualification Framework
(MQF) merupakan instrumen yang membangunkan dan mengklasifikasikan
kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan
dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa serta menjelaskan tahap pembelajaran,
hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar.
Kriteria ini diterima dan digunakan dalam penganugerahan kelayakan.
MQF juga bertanggungjawab dalam menyediakan laluan pendidikan yang
menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan secara sistematik yang membolehkan
individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan
pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (Accreditation of
Prior Experiential Learning) yang diperoleh daripada pembelajaran formal, tidak
formal dan informal tanpa mengira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran
sepanjang hayat.
Selain itu, salah satu kepentingan MQF adalah sebagai titik rujukan yang
sahih dan telus tentang maklumat setiap kelayakan yang berguna kepada pelbagai
pihak seperti majikan, pelajar, kerajaan dan juga agensi pengiktirafan di dalam dan
luar negara. Selain itu, ianya memudahkan proses pengiktirafan antarabangsa dan
mobiliti pelajar bagi tujuan pekerjaan dan akses kepada pendidikan lanjutan. MQF
juga akan memantapkan sistem pendidikan sedia ada dengan memberi garis panduan
yang jelas untuk rekabentuk program, menamakan kelayakan secara sistematik dan
menghapuskan kekeliruan tentang makna setiap kelayakan.
MQF juga tidak mengongkong perkembangan akademik, malahan
menggalakkan autonomi melalui kebertanggungjawaban dan rujukan luar. Dalam
pada itu, MQF menyediakan prinsip dalam merealisasikan dasar pembelajaran
sepanjang hayat dalam meningkatkan ekonomi dan tahap kualiti negara seiring
dengan ledakan teknologi yang kian hebat di alaf ini.
2.5 Kualiti
Perkataan kualiti sering digunakan dalam kehidupan seharian. Kualiti bukan sahaja
dititik beratkan dalam pengeluaran dan pembelian barangan tetapi juga telah menjadi
23
satu budaya dalam semua bidang pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta
malahan dalam pendidikan juga kualiti amat memainkan peranan untuk
menghasilkan suatu pendidikan yang berkualiti.
Menurut Oakland (2004), kualiti secara ringkas diterjemahkan sebagai
memenuhi keperluan. Istilah ini sering digunakan untuk menandakan
‘kecemerlangan’ sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Bagi Juran (1998) pula, kualiti
diistilahkan sebagai kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan.Ini bermakna
keseluruhan sifat dan ciri sesuatu pengeluaran atau perkhidmatan yang
mempengaruhi keupayaan untuk memuaskan kehendak pelanggan dimanfaatkan.
Manakala (Deming, 2002) berpendapat bahawa kualiti sebagai memenuhi
kehendak dalam menguruskan sesuatu dan bebas dari kecacatan atau ‘zero defect’.
Kualiti dianggap sebagai satu pelengkap bagi sesuatu dan bebas dari kecacatan atau
perkhidmatan. Dengan ini terbukti bahawa kualiti adalah amat penting ditekankan
dalam sebuah organisasi tidak kira sama ada dalam bentuk industri atau
perkhidmatan.
Dalam konteks kajian penyelidikan yang akan dijalankan ini, kita akan
melihat kualiti dalam konteks pendidikan yang mana hasilnya adalah berkenaan
dengan kualiti terhadap pelaksanaan pengiktirafan pembelajaran terdahulu.
2.6 Pengurusan kualiti
Terdapat tiga kaedah dalam menguruskan kualiti yang dilihat mampu untuk
meningkatkan tahap kualiti. Antaranya ialah kawalan kualiti, jaminan kualiti dan
peningkatan kualiti (Hoyle, 2001). Rajah 2.1 menggambarkan kaedah dalam
menguruskan kualiti.
24
Rajah 2.1: Kaedah menguruskan kualiti (Hoyle, 2001)
i. Kawalan Kualiti
Merupakan teknik dan aktiviti yang digunakan untuk memenuhi keperluan
kualiti. Ia merangkumi proses untuk mengekalkan standard pada proses yang
dipilih, pemantauan dan juga perubahan kerja yang telah dilakukan.
ii. Jaminan Kualiti
Perancangan dan perlaksanaan yang sistematik untuk memperlengkapkan
produk dan perkhidmatan yang disediakan agar dapat memberikan kepuasan
dan memenuhi keperluan di dalam kualiti.
iii. Peningkatan Kualiti
Merupakan proses untuk mengubah standard dimana standard ini diubah
sama ada melalui proses pemilihan, proses analisis, proses perubahan
tindakan, proses pelajaran dan proses latihan.
2.7 Teori jaminan kualiti
Menurut Freeman (1993), jaminan kualiti adalah suatu pendekatan yang sistematik
untuk mengenal pasti keperluan pasaran dan mengasah kaedah kerja bagi menangani
keperluan tersebut.Maka jaminan kualiti ini memainkan peranan dalam menjaga
kualiti sesuatu perkhidmatan dan pengeluaran. Pada pendapat Muller & Funnell
(2002) dalam Taylor (2004), jaminan kualiti boleh dihuraikan sebagai suatu makna
getting it right first time atau sebagai percubaan untuk memastikan yang kualiti
tinggi dapat dicapai buat pertama kali tanpa pengulangan yang mahal. Jaminan
kualiti juga adalah berkaitan dengan meletakkan satu rangka kerja yang direkabentuk
Kawalan kualiti
Jaminan kualiti Peningkatan kualiti
Pengurusan Kualiti
111
RUJUKAN
Abu, M. S. & Tasir, Z. (2001).Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS
10.0 For Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing. h. 252-255
Abdul Ghafar, M. N (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Ahmad Badawi, A. (2006). Laporan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Dicapai
pada 2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/RMK9/html/bahasa.htm.
Ali, A. (2010). Wawancara: Pembelajaran sepanjang hayat. Dicapai pada 2011, dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wawancara_Pembelajaransepanj
anghayat.
Andersson, P. & Osman, Ali. (2008). Recognition of Prior Learning as a Practice
for Differential Inclusion and Exclusion of Immigrants in Sweden. Journal of
Adult Education Quarterly, 59(1), 42-60.
Ariffin, S. R. (2003) Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Jaminan Kualiti. (2003). Panduan Kriteria dan Standard bagi Program
Bidang Pendidikan. Jabatan pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bateman, T. S., & Snell, S. A. (2002). Management: Competing in the New Era (5
ed.). New York: McGraw-Hill.
Bloom, B.S. (1984). Taxonomy of Educational Objective. Boston, MA: Allyn and
Bacon.
Centre for Learning Accreditation (2010). Prior Learning Assessment and
Recognition (PLAR) at Athabasca University: A Handbook for Preparing
Portfolios. Kanada: Athabasca University.
112
Conrad, D. & Wardrop, E. (2010). Exploring the contribution of mentoring to
helping learners learn in RPL practice. Canadian Journal for Studies in Adult
Education, 23 (1), 1-22.
Corder, N. (2008).Learning to Teach Adults: An Introduction. London and New
York: Routledge.
Council for Higher Education Accreditation Washington. (2002). Accreditation and
Assuring Quality inDistance Learning. Washington: CHEA Institute for
Research and Study of Accreditation and Quality Assurance.
Creswell, J.W. (2009). Research Design: qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. 3rd
Edition. California: SAGE Publications Inc.
Crosby, P. B. (2000). Quality is free: The art of making quality certain. New York:
Mcgraw Hill.
Deming, W. E. (2002). The New Economics for Industry, Government, Education,
2nd Edition. Cambridge. MIT.
Dharam Singh, H. K. & Md Yassin, [email protected] Experience In Implementation Of
Open Entry And Recognition Of Prior Learning In Ou Malaysia. Universiti
Terbuka Malaysia. Dicapai pada April, 11, 2011 dari,
eprints.oum.edu.my/106/1/initial_experience_in_implementation.pdf
Dyson, C. & Keating, J. (2005).Recognition of Prior Learning Policy and Practice
for Skills Learned at Work. Geneva. International Labour Office.
Fejes, A. & Andersson, P. (2009). Recognition of Prior Learning: Understanding the
Relation Among Experience, Learning and Recognition from a Constructivist
Perspectivist. Jurnal Vocations and Learning, 2, 37-55.
Freeman, R. (1993). Quality Assurance in Training and Education. 1st Ed. London.
Publisher: Kogan Page
Fresen, J. W (2005). Quality Assurance Practice in online (web-supported) learning
in Higher Education: An exploratory study. PhD Thesis. Pretoria: University
of Pretoria.
Ghadaffi Omar, M.M. (2004). Perakuan Akreditasi LAN: Benchmark Kualiti Kursus
Pengajian. Buletin LAN Vol 3 No. 2 .
Ghadaffi Omar, M.M. (2003). Penilaian Kendiri: Reformasi Proses Penilaian
Kursus Pengajian IPTS. Buletin LAN Vol 2 No. 2.
Goetsch, D. L. & Davis, S. B. (2003). Quality Management: Introduction to Total
Quality Management for production, processing and services (4th ed.). New
113
Jersey: Prentice Hall.
Harman, G & Lynn, M. (2000). Repositioning Quality Assurance and Accreditation
in Australian Higher Education. Evaluations and Investigations Programme
Higher Education Division. University of England.
Hamdan, H. (2003). Kebolehgunaan Pembelajran Berbantu Komputer bagi Mata
Pelajaran Sistem Elektronik 2 untuk Pelajara Politeknik. Kolej Universiti
Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.
Holmes, A. (2002). Lifelong Learning. Oxford OX4 IRE. United Kigdom: Capstone
publishing Hall, Inc.
Hoyle, D. (2001). Converting a Quality Management System Using the Process
Approach. Transition Support Ltd. Monmouth (UK)
Hussein, S.A (2011). Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dicapai pada 2011, dari
MQAhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web
&cd=5&sqi=2&ved=0CD4QFjAE&url=http%3A%2F%2Fwww.mqa.gov.my
%2Fportal2012%2Fgarispanduan%2FPS%2520CMM%2520BM%2520(090
12012).pdf&ei=UlpjULaA
Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.
International Association Continuing Engineering Education. (2003). Dicapai pada
2011, dari
www.iacee.org.
http://books.google.com.my/books/about/International_journal_of_continuing
_engi.html
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2009). Kursus Induksi Pegawai Penilai –
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) Persijilan Kemahiran
Malaysia 2009. Dicapai pada Januari,18, 2011 dari Jabatan Pembangunan
Kemahiran: http://www.ciast.gov.my
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2011). Kursus Induksi Persijilan Kemahiran
Malaysia Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) 2011. Dicapai pada
Disember,10, 2011 daripada:
http://www.ciast.gov.my/webciast/files/KIPPKM/PPPPT/Kursus%20Induksi
%20PPT%202011.pptx
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2007). Panduan Pelaksanaan Persijilan
Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu
114
(PPT). Dicapai pada Januari,18, 2011 dari Jabatan Pembangunan
Kemahiran: http://www.ejpk.com.my
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2009). Garis Panduan Pelaksanaan Persijilan
Kemahiran Malaysia Melalui Pengiktirafan Khas. Dicapai pada Januari,18,
2011 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran: http://www.dsd.gov.my
Jabnoun, N. et al (2005). TQM, Culture and performance in UEA manufacturing
firm. The Quality Management Journal, 12(4), 8-20.
Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia. (2003). (Kementerian
Pendidikan Malaysia, Ed.) Dicapai pada 2011, dari
http://Jaminan%20Kualiti%20Pendidikan%20Tinggi%20Awam%20di%20M
alaysia.htm
Jarvis, P. (1994). Adult Education and Lifelong Learning continuing Education. (3rd
Edition). London: Routledge.
Juran, J. M. (1998). Juran's quality control handbook. New York: Mcgraw Hill.
Johnson, B. et al (2004). Educational Research : Quantitative, Qualitative and Mixed
Approaches. (2nd ed.) Boston : Pearson. Edu.Inc.
Kaprawi, N. (2011). Leveraging Accreditation Of Prior Experiential Learning
(APEL) For Human Capital Development. Malaysia: UTHM.
Kaprawi, N., Md.Yunos, J., Razzaly, W & Rashid, F. (2005). Quality Assurance or
Engineering Continuing Education: The Tun Hussein Onn University College
of Technology Model; Technical and Vocational Conference, Brisbane,
Australia.
Kaprawi, N., Razzaly, W. & Raja Yunus, R. N. (2010). Portfolio Framework for
Recognition of Prior Learning for Technical Programmes in Malaysia.
Proceedings of The 3rd Regional Conference On Engineering Education
(RCEE & 2010) Research In Higher Education 2010 (RHED 2010). Jun, 7 –
9, 2010. Kuching Sarawak.
Kaur, K. et al. (2007). Human Capacity Building Through The Recognition Of Prior
Learning: Implications For Higher Education. Universiti Terbuka Malaysia.
Dicapai pada April, 11, 2011 dari,
eprints.oum.edu.my/108/1/human_capability_building.pdf
Kementerian Sumber Manusia (2008). Pelan Induk Latihan dan Pembangunan
Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008 – 2020. Selangor: Kementerian Sumber
Manusia.
115
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA di
Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan
Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning: Experience as the Source of Learning
and Development. Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs, New Jersey.
Konting, M. M. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Malaysians Qualifications Agency. (2012). Guidelines to Good Practices:
Accreditation of Prior Experiential Learning. Petaling Jaya. Agensi
Kelayakan Malaysia.
Malaysians Qualifications Framework. (2007). Kementerian Pengajian Tinggi.
Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor:
Prentice Hall.
Mohamed, M. (2007). MQA Perkukuh Jaminan Kualiti Dan Akreditasi Pendidikan
Tinggi
Negara. Dicapai pada 2011, dari
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/11/2/TERKINI/Mutakhir/M
QA_perkukuh_jaminan_kualiti_dan_akreditasi_pendidikan_tinggi_negara&s
ec=mstar_berita
Mohamed Arifin, M.Y. (2005). Memanfaatkan Karnival Jom Masuk U. Dicapai pada
2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0714&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Mohamad, M. (2002). Credit for Work Experience. International Postgraduate
Facilitator Management CENTRE, Malaysia.
Mohamed Yasin, M.S. (2007). Asia Pacific Quality Network (APQN) Conference
and General Meeting 2007. Dicapai pada 2011, dari
http://www.mqa.gov.my/berita20070216.cfm.
Motaung, M.J. (2007). Quality Assurance Practice in the Provisioning of RPL
(Recognition of Prior Learning) in Higher Education, Unpublished Phd
Thesis, University of Pretoria, South Africa.
116
Muhammad, A.M. (2009). Pembangunan Kerangka Sistem Untuk Pengiktirafan
Pembelajaran Terdahulu Bagi Latihan Guru Teknik Dan Vokasional Di
Malaysia. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Natarajan, R. (2007). The Role og Accreditation in Promoting Quality Assurance of
Technical Education. International Journal Engineering Education, 16(2),
85-96.
Nightingale, P. & O'Neil, M. (1994). Achieving quality in learning in higher
education. London: Kogan Page.
Noble, A. (1994). Enhancing the quality of academic life. The issue for the 90s?
HERDSA News, 16(3), 6-9.
Oakland, J.S. (2004). Oakland on Quality Management. London: Elsevier
Butterworth-Heinemann.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui 2020. (2007), Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia.
Portal Rasmi CIDB Malaysia (2011).Latihan dan Akreditasi Kontraktor CIDB.
Dicapai pada Disember, 8, 2011 dari:
http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/1028
Portal Rasmi Open University Malaysia (2011).Kemasukan Fleksibel. Dicapai pada
November, 15, 2011 dari: http://capl.oum.edu.my/v3/index.php
Portal Rasmi Wawasan Open University (2011).Entry Requirements.Dicapai pada
Disember, 18, 2011 dari: http://www.wou.edu.my/study_enrol_entry.html
Provincial Policy Framework (2009).Recognizing Prior Learning in Saskatchewan.
Kanada: The Recognizing Prior Learning Coordinating Group (RCG).
Piaw, C. Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Kaedah Penyelidikan Buku 1.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education
Raja Yunus, R. N. (2008).Kerangka Portfolio untuk Pengiktirafan Pembelajaran
Terdahulu (Recognition of Prior Learning) bagi Program/Kursus PLTV
dalam Membangunkan Kerangka Akreditasi di Malaysia.Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Ryan, R. (2001). Master Concept or Defensive Rhetoric: Evaluating Australian VET
Policy Against Past Practice and Current International Principles of Lifelong
Learning. International Educational Journal, Vol 2(No. 3), m/s 133-145.
Salleh, M.S. (2005). Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dicapai pada 2011, dari
117
http://utusan.malaysia.Kerajaan%Mungkin%Ubah%Tempoh%Belajar%di
Universiti.
Sandberg, F. (2010).Recognising Health Care Assistants’ Prior LearningThrough a
Caring Ideology Jurnal Vocations and Learning, 3, 99 – 115.
Scholten, A. M et al. (2004). Accreditation of Prior Learning : A Background Report.
Dicapai pada 2011, dari
http://www.web.uni-oldenburg.de/download/service/Background.pdf
Suleiman, M. (2004). Perakuan Akreditasi LAN: Benchmark Kualiti Kursus
South Africa Quality Assurance (SAQA) (2008). The Recognition of Prior Learning
in the context of the South Africa National Qualifications Framework.
Dicapai pada 2011 dari http://www.saqa.org.za/docs/policy/rpl01.pdf
Syed Bahaldin, S.A. (2005) Alternative Quality Management Standards – Islamic
Perspective. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd
Taylor, R. (2004). Total quality management in research and development. The
TQM Magazine, 6(1), 26-34.
The Council for Adults and Experiential Learning (CAEL) (2008).
InnovationStrategies for a New System of Workforce Development and
Lifelong Learning:The Challenge of Today and the Vision for
Tomorrow.USA: The Council for Adults and Experiential Learning (CAEL).
The Council for Adults and Experiential Learning (CAEL) (2010).Fueling the Race
to Postsecondary Success:A 48-Institution Study of Prior Learning
Assessment and Adult Student Outcomes, USA: The Council for Adults and
Experiential Learning (CAEL).
The Council for Adults and Experiential Learning (CAEL) (2010). Transforming Life
Long Learning. USA: The Council for Adults and Experiential Learning
(CAEL).
Travers, N. L. & Evans, M. T. (2011).Evaluating Prior Learning Assessment
Programs: A Suggested Framework.International Review of Research in
Open and Distance Learning 12(1).
Van Kleef, J. (2007, September). Strengthening PLAR: Integrating theory and
practice in post-secondary education. Journal of Applied Research on
Learning, 1(2), Article 5, pp. 1-22.
Walters, S. (2006). Adult Learning Within Lifelong Learning: A Different Lens, A
Different Light. Journal of Education, 39, 7 – 26.
118
Wiersma, W.& Jurs, S. G. (2005).Research Methods in Education.An Introduction.
Boston. Pearson Education.
Wihak, C. (2011). Prior Learning Assessment and Recognition: Emergence of a
Canadian Community of Scholars. International Review of Research in Open
and Distance Learning, 12(1).
Wiji Wahyuni, H. (2006). Pengaruh Gaya dan Aktiviti Penasihatan Akademik
Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Sistem Penasihatan
Akademik.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.