keratan akhbar 19 hingga 23 ogos 2016 bil akhbar hari/tarikh
TRANSCRIPT
KERATAN AKHBAR
19 hingga 23 Ogos 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1.
Sabah Times – Ahli keluarga veteran
R-A-E berkunjung ke Tugu Peringatan
Perang k‟gau.
Jumaat / 19 Ogos
2016 Online
2.
MalaysiaKini – Army veterans disagree with police report on Olympians‟ pension.
Jumaat / 19 Ogos
2016 Online
3. Harian Metro – „Semarak roh
kemerdekaan‟. Jumaat / 19 Ogos
2016 Online
4.
Bernama – Wira tidak didendang mengimbau Detik Berhadapan Dengan Pengganas Komunis Seorang Diri.
Jumaat / 19 Ogos
2016 Online
5.
Sabah Times - PVATM Tuaran minta
bekas anggota tentera hadiri Mesyuarat Sempena Kempen Hari Pahlawan hari ini.
Sabtu / 20 Ogos
2016 Online
6. Berita Harian – Syarikat senaraian
awam sumbang Tabung Pahlawan. Sabtu / 20 Ogos
2016 Online
7.
Utusan Malaysia – Bekas Tentera
mulakan larian 500km ke Dataran
Merdeka. Ahad / 21 Ogos 2016 Online
8. The Sun Daily – Letters – keep politics
out of the navy. Ahad / 21 Ogos 2016 Online
9. Utusan Malaysia – Masuk Tentera
atas restu ibu. Ahad / 21 Ogos 2016 Online
10. Harian Metro – „Durian Mentua‟ Isnin / 22 Ogos 2016 Online
11.
The Star Online – MB : we must
highlight people who have served the
nation. Isnin / 22 Ogos 2016 Online
12. Utusan Malaysia – PVATM cari jalan
Tingkatkan Sumbangan. Isnin / 22 Ogos 2016 Online
13.
Sabah Times – Kerajaan ambil berat,
bantu golongan veteran ATM, kata
Madius.
Selasa / 23 Ogos
2016 Online
14. Sinar Harian – „Pernah hidup
Gelandangan‟. Selasa / 23 Ogos
2016 Online
.
Ahli keluarga veteran R-A-E berkunjung ke
Tugu Peringatan Perang K'gau
KENINGAU: Seramai 32 ahli keluarga veteran Tentera Jurutera Diraja Australia (R-
A-E) berkunjung ke Tugu Peringatan Perang di sini kelmarin.
Delegasi yang diketuai oleh Judy Andrord, adalah merupakan sebahagian daripada
Program Memperingati Ulang Tahun ke 50 “Konfrantasi Indonesia” .
Program yang bermula 8.00 pagi itu didahului dengan upacara memperingati dan
memberi penghormatan kepada anggota tentera yang terkorban pada masa Perang
Dunia Kedua dahulu.
Bagi, Tomasz Ciesniewski salah seorang daripada Skuad Jurutera Diraja Australia
(yang berkhidmat sebagai Leftenan Muda dari November 1965 hingga Jun 1966
berkata,askar Australia mempunyai hubungan sangat ramah, mesra dan hormat
dengan rakyat Sabah dan beliau mengagumi semangat orang murut yang gigih
melalui perjalanan dari Sepulut ke Pekan Keningau selama tujuh hari berjalan kaki
bagi melakukan sebarang urusan.
Sementara Judy Andrord berkata, beliau sangat teruja kembali ke Keningau setelah
50 tahun melalui perisitiwa Konfrantasi dan gembira masyarakat Keningau
menerima kehadiran mereka dalam program yang julung kali diadakan.
Bagi Abednigo Chow, Penulis Buku Sejarah Keningau berkata, generasi sekarang
harus mengetahui sejarah asal usul tempat kelahiran mereka agar cerita tersebut
terus kekal diingati.
Mengenai program tersebut, kesudian veteran tentera Jurutera Diraja Australia hadir
bersempena ulang tahun 50 “Kronfrantasi Indonesia” mengambarkan persahabatan
antara Australia dan Malaysia dibentuk oleh pengalaman pahit semasa peperangan.
Rombongan itu turut melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pandiwan yang pernah
dijadikan markas Tentera Australia pada ketika itu. -OLEHMARUTIN
ANSIUNG ([email protected])
Army veterans disagree with police report on
Olympians' pension
As more Malaysians clinch medals for their feats in the Rio Olympic Games, the
spotlight is on a police report lodged by a retired armed personnel over the decision
to award RM3,000 monthlypensions to two Olympic medalists.
Rozzeli Pin wants the government to reconsider the move, saying that the
contributions of security force personnel – who risk their lives for the country – far
exceed that of Pandelela Rinong and Cheong Jun Hoon, who "only dived from a
plank".
To determine if this is a stance shared by other retired security force
personnel, Malaysiakini spoke to two top retired army veterans for their views on the
matter.
Semarak roh merdeka
Dari kiri, Askar, Zulkifli dan Megat menamatkan kayuhan di Dataran Merdeka.
Kuala Lumpur: Ingin menyemarakkan semula roh kemerdekaan, tiga sahabat ini
sanggup mengayuh basikal sejauh 5,000 kilometer (km) mengelilingi seluruh negara
termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh empat bulan yang berakhir kelmarin.
Tiga sahabat itu iaitu pesara tentera, Kapten (B) Zulkifli Ibrahim, 46, pekerja swasta,
Askar Dulmhit, 56, dan mekanik basikal, Megat Jailani Mohd Nordin, 38, ingin
menghayati erti kemerdekaan melalui pelbagai medium dengan membawa Jalur
Gemilang berbekalkan kenderaan dua roda.
Zulkifli yang berasal dari Kelantan berkata, tafsiran kemerdekaan begitu luas untuk
disampaikan, namun penghayatan makna sebenar sejarah negara boleh diterjemah
dalam pelbagai bentuk termasuk mengerah kudrat bagi menunjukkan semangat
cintakan tanah air.
“Kesedaran itu mendorong kami bertiga daripada Tbud Cyclist Club Kota Kinabalu
dan Harimau Malaya Riders mengayuh basikal sejauh 5,000 km melalui tiga
peringkat bermula 12 April lalu.
“Jelajah pertama kami bermula dari Kampung Sematan, Lundu, Sarawak ke Kudat,
Sabah sejauh 1,700 km selama 16 hari,” katanya ketika ditemui di Dataran Merdeka,
di sini, kelmarin.
Katanya, jelajah kedua sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang jalan bagi
memeriahkan Hari Pahlawan dan sambutan Hari Kebangsaan bermula di Kota
Kinabalu menggunakan 19 laluan berakhir di lokasi sama sejauh 1,800 km bermula
19 Mei hingga 3 Jun lalu.
“Seterusnya, kami mula mengayuh ke Semenanjung bermula di Gombak, Perak,
Kelantan, Terengganu, Kuantan dan tiba di Dataran Merdeka hari ini (kelmarin)
sejauh 1,400 km.
“Berbekalkan basikal kami, ia sebagai simbolik pahlawan menuntut kemerdekaan
sehingga ke satu tahap terpaksa meninggalkan pekerjaan, kampung halaman dan
keluarga,” katanya.
Wira Tidak Didendang Mengimbau Detik
Berhadapan Dengan Pengganas Komunis
Seorang Diri
Muhammad Nordin Tuah mengimbau detik cemas berdepan dengan pengganas komunis.
TELUK INTAN (Bernama) -- Usia Muhammad Nordin Tuah, yang kini mencecah 76
tahun digolongkan sebagai warga emas dan kadang-kadang mereka yang
menjangkau usia sebegini mungkin tidak lagi mampu mengingati banyak peristiwa
lama.
Namun bagi Muhammad Nordin, detik-detik cemas berdepan dengan pengganas
komunis sering menerjah ingatan dan terpahat kukuh dalam minda seorang wira
tidak didendang setiap kali menjelangnya hari kemerdekaan negara dan ia seolah-
olah baru berlaku semalam.
"Peluru datang bersimpang siur. Lima yang saya ingat melekat di tubuh dan
berbelas-belas lagi mencalar dan mengoyakkan kulit badan saya. Masa itu saya
hanya fikir Allah, matilah aku lepas ini," kata bekas sarjan Batalion ke-14 Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD), Muhammad Nordin ketika memulakan ceritanya
diserang sekumpulan komunis.....
PVATM Tuaran minta bekas anggota tentera
hadiri mesyuarat sempena Kempen Hari
Pahlawan hari ini
TUARAN : Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan
Tuaran menyeru semua bekas anggota tentera, srikandi dan belia
wira PVATM supaya menghadiri mesyuarat yang diadakan sempena Pelancaran
Kempen Hari Pahlawan bertempat di Majlis Daerah Tuaran (MDT),8 pagi, 20 Ogos
(Sabtu) ini.
Ketua Penerangan PVATM Cawangan Tuaran, Raimi Jukin, berkata minit mesyuarat
yang diadakan kali ini berkenaan peranan sebagai penyelaras kempen dalam
memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung sumbangan disalurkan kepada
Tabung Pahlawan untuk membantu meringankan bebanan bekas tentera khususnya
balu, cacat atau cedera ketika berkhidmat dan selepas bersara.
”Ramai Ahli berdaftar gagal dihubungi setiap kali kita mengadakan mesyuarat
walaupun isu yang diketengahkan ada penting termasuklah membela hak pesara
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
”Disebabkan itu, peranan AJK gagal berfungsi dan sehingga individu lain
menjalankan tugas berlebihan. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan
kesukaran PVATM untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang berhak”.
”Malah, masih ramai pesara belum berdaftar sebagai PVATM, menyebabkan pihak
atasan tidak dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak” katanya ketika
ditemu ramah wartawan.
Menurutnya, PVATM dan kerajaan komited memperjuangkan nasib serta membela
golongan veteran ini. Atas sebab itu, pihaknya sentiasa menghubungi pesara bagi
mencari dan mengenal pasti anggota yang seharusnya menerima bantuan.
”Ada dalam kalangan anggota yang tidak berdaftar dengan kami kerana mereka
tidak mengemas kini maklumat diri semasa atau ada juga yang tidak tahu di mana
mahu mendapatkan informasi berkenaan bantuan kebajikan ini”.
”Justeru, dengan bantuan dan kerjasama semua pihak, PVATMberharap semua
pahlawan negara yang memerlukan bantuan mendapat hak mereka,” katanya.
Difahamkan, isu yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai
kempen dalam memastikan tabung pahlawan demi menjaga kebajikan dan
kemanusiaan kepada penerima, selain sebagai bukti rakyat dan kerajaan
menghargai pengorbanan veteran tentera, katanya. – Oleh Izham Waidi
Syarikat senaraian awam sumbang Tabung
Pahlawan
SULTAN Nazrin berkenan memeriksa perbarisan pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet
Palapes Universiti Awam ke-35 di Universiti Malaya, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
SULTAN Nazrin berkenan memeriksa perbarisan pada Istiadat Pentauliahan Diraja
Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam ke-35 di Universiti Malaya, hari ini. - Foto
Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu lebih
banyak syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan syarikat
persendirian yang meraih keuntungan jutaan ringgit setiap tahun tampil memberi
sumbangan kepada Tabung Pahlawan. Baginda menarik perhatian bahawa
berasaskan kenyataan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Tabung
Pahlawan tidak mendapat sokongan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia.
"Jumlah derma yang diperoleh baik daripada syarikat mahupun daripada individu
membuktikan bahawa tahap apresiasi masyarakat terhadap anggota keselamatan di
negara ini, terutama pengorbanan besar mereka kepada negara bangsa, berada
pada tahap amat rendah," titah baginda. Sultan Nazrin bertitah pada Upacara
Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam (UA) ke-35, di sini
hari ini. Justeru, titah baginda, amatlah penting masyarakat di negara ini disedarkan
supaya memberi penghargaan lebih bermakna atas pengorbanan anggota
keselamatan yang membolehkan keamanan dan kemakmuran negara dinikmati.
"Gerakan menyedarkan masyarakat agar menghargai pengorbanan anggota
keselamatan hendaklah dimulakan daripada bangku sekolah hingga ke peringkat
pusat pengajian tinggi," titah baginda. Dalam pada itu, Sultan Nazrin memuji usaha
universiti awam yang berjaya menarik minat siswa-siswi untuk menyertai Pasukan
Latihan Pegawai Simpanan (Palapes). Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja
Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sultan Nazrin turut menyempurnakan istiadat pengurniaan
Watikah Tauliah Diraja kepada 1,675 pegawai kadet Palapes merangkumi 774
pegawai kadet lelaki dan 901 pegawai kadet wanita daripada 18 universiti awam
seluruh negara. Ia adalah upacara terbesar dalam sejarah pentauliahan Palapes
sejak 1982 dengan melibatkan 1,173 pegawai kadet darat, 205 pegawai kadet laut
dan 297 pegawai kadet udara. - BERNAMA
Bekas tentera mulakan larian 500km ke
Dataran Merdeka
PELAJAR Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kepada bekas anggota tentera, Nasir Abas, 61, (tengah) yang melakukan Larian
Merdeka sejauh 500 kilometer dari Dataran Masjid Zahir ke Dataran Merdeka hari ini. - BERNAMA
ALOR SETAR 21 Ogos - Bagi menyemarakkan semangat patriotisme terutama
dalam kalangan belia bersempena Hari Kebangsaan ke-59, bekas anggota tentera,
Nasir Abas, hari ini memulakan Larian Merdeka sejauh 500 kilometer (km) dari Alor
Setar ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Majlis pelepasan dari Masjid Zahir di sini pada 7.30 pagi itu disempurnakan oleh
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun.
Turut hadir anggota keluarga dan rakannya untuk memberikan sokongan moral dan
semangat.
Nasir, 61, dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah berkata beliau berharap usahanya itu
dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan golongan belia yang
dilihatnya semakin melupai erti sebenar kemerdekaan.
"Saya berharap golongan belia dapat melihat usaha yang diperjuangkan saya
walaupun sudah bergelar warga emas," katanya di sini.
Katanya, beliau menyasarkan tempoh 10 hari untuk menamatkan larian itu yang
turut diiringi dua buah kereta.
Beliau yang merupakan imam Masjid Putra, Kuala Kedah berkata, walaupun telah
bersara dari tentera pada 1998 selepas berkhidmat selama 21 tahun, semangat
sayang dan cintakan negara masih kuat dan ianya menjadi salah satu pendorong
untuknya memulakan Larian Merdeka itu.
Nasir pernah mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Records selama dua
tahun berturut-turut iaitu pada 2002 kerana berjaya berlari sejauh 1,754 kilometer
selama 30 hari di seluruh Semenanjung bermula dari Kelantan hingga Perlis dan
pada 2003 atas kejayaannya berlari sejauh 2,068 kilometer dari Tawau hingga
Kuching selama 53 hari.
Pada Ogos tahun lalu, beliau turut berlari lebih 500 kilometer dari Stadium Shah
Alam hingga Stadium Darul Aman sebagai tanda sokongan kepada skuad Helang
Merah untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. - BERNAMA
Letters - Keep politics out of the navy
IN “More non-Malays urged to join navy” (News Without Borders, Aug 19), Naval
Human Resources Assistant Chief of Staff Datuk Abdul Rahman Abd Karim
suggested that retired naval personnel continue contributing to the navy.
Consider this my contribution as a former naval commander in getting more non-
Malays to join the navy.
First, stop propagating the armed services as a political Malay entity with polemics
from politicians and serving military personnel.
Second, stop giving a platform to people like Ridhuan Tee Abdullah whose divisive
speech and books were launched at the Ministry of Defence and endorsed by the
minister.
Third, carry out roadshows in urban and rural areas with large non-Malay
demographics highlighting the contributions of non-Malays in the various armed
services.
Finally, make it official policy that non-Malay personnel are free to practise their
religion without interference from the chain of command and publicise this policy.
Hopefully, the top brass of the navy will consider my suggestions.
S. Thayaparan
Commander (Rtd)
Royal Malaysian Navy
Masuk tentera atas restu ibu
Bakal Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman (kiri) dan Tun Razak (kanan) ketika bertemu
kadet Malaya di Sandhurst pada tahun 1956.
General Tan Sri (Dr) Mohamed Hashim bin MOHD Ali (Rtd). Aman who has always served his nation
with pride.
GAMBAR yang diambil ketika bertemu bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell
yang juga bekas jeneral empat bintang.
“Saya berterima kasih kepada ibu saya. Saya faham ibu saya itu amat mengambil
berat tentang saya dan menghargai bagaimana sukarnya dia untuk menerima
kerjaya pilihan saya itu,” katanya.
Imbauan nostalgia dan penghargaan Mohamed Hashim itu diluahkannya menerusi
buku berjudul Mission Accomplished yang menceritakan tentang detik-detik awal
pembabitannya dalam tentera sehingga bersara dan menyertai dunia korporat.
Buku itu antara lain memaparkan perjalanan hidup beliau sejak dari kecil bersama
ibu, bapa dan adik beradiknya, zaman persekolahan sehinggalah pembabitannya
sepanjang bersama ATM.
Restu yang pernah diberikan oleh arwah ibu beliau itu merupakan suatu
penghargaan yang amat berharga dan ia sentiasa menjadi titik tolak dalam kejayaan
yang telah dikecapinya selama ini.
Nostalgia itu paling kuat muncul apabila bekas pegawai tertinggi ATM itu berucap
sewaktu menerima Ijazah Kedoktoran dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pada Oktober 2012.
Ternyata restu ibu beliau itu tidak sia-sia, malah Mohamed Hashim yang kini berusia
81 tahun telah membuktikan minat dan komitmennya yang tinggi menyebabkannya
cemerlang dalam tentera.
“Selepas lebih 60 tahun berlalu, restu ibu itu masih bergema dan menyentuh hati
saya. Saya bercakap mengenai perkara itu sewaktu menerima Ijazah Kedoktoran
empat tahun lalu.
“Sejak menyertai tentera pada 1953, apa juga yang saya buat saya dedikasikan
untuknya. Saya mahu ibu bangga dan membuktikan bahawa dia salah
membenarkan saya menyertai tentera,” ujarnya.
Mohamed Hashim memulakan kerjaya tenteranya apabila terpilih menjadi antara 16
anggota kadet yang memohon menyertai Kolej Ketenteraan Persekutuan di Port
Dickson pada September 1954.
Beliau kemudiannya telah memasuki Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di
England pada Julai 1955 bagi mengikuti latihan skill kepimpinan selama 18 minggu
untuk menjadi pegawai tentera.
Disenangi rakan
Sepanjang berada di England, Mohamed Hashim disenangi dalam kalangan rakan-
rakan seperjuangannya terutama teman sebiliknya, Donald Pell yang memanggilnya
dengan nama Freddy.
Sewaktu mengikuti pelbagai kursus berkaitan bidang ketenteraan, beliau telah
melalui pengalaman menjalani latihan-latihan yang lasak termasuk menggunakan
senjata api dan senjata berat lain.
Latihan yang sertainya secara intensif serta tahap disiplin yang tinggi menjadikan
anak kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya mengharungi setiap halangan yang
dilaluinya sewaktu di England.
“Kami anggota-anggota kadet dari Malaya telah membuktikan bahawa kami juga
mampu bersaing dengan pelatih-pelatih lain seperti dalam latihan menggunakan
senjata dan dalam sukan,” katanya.
Selepas kembali ke tanah air pada 1956, beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda
dalam Rejimen Askar Melayu Diraja bertugas termasuk dengan Batalion ke-3 dan
ke-5 pasukan itu di Sarawak.
Banyak sumbangan beliau dalam ATM dan antaranya melumpuhkan keupayaan
pengganas komunis dalam pemberontakan bersenjata kumpulan itu melalui
perjanjian damai pada 1989 di Thailand.
Pada tahun 1980 selepas menghadiri kursus di National Defence College di India
beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Staf di Kementerian Pertahanan Malaysia
dengan pangkat Mejar Jeneral. Pada November 1985, beliau dilantik sebagai Ketua
Turus Tentera Darat dan pada Oktober 1987 mengambil alih jawatan Ketua Turus
Angkatan Tentera sehingga bersara pada April 1992.
Selepas berkhidmat selama 38 tahun 9 bulan dalam Angkatan Tentera Malaysia,
tiada apa yang lebih memuaskan hati beliau apabila berjaya dalam kerjaya itu sekali
gus berbakti kepada negara tercinta.
SEBELUM menyertai bidang ketenteraan, Jeneral Tan Sri Dr. Mohamed Hashim
Mohd. Ali serba sedikit sudah mula menyelami sekali gus menaruh minat untuk
menjadi askar sejak kecil.
Pakaian seragam dan cara disiplin yang tegas dalam kalangan anggota tentera
antara sebab yang menarik perhatian bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia
ini menyertai bidang tersebut.
Apatah lagi, sewaktu menuntut di Victoria Institution, beliau aktif dalam sukan, drama
dan persatuan pengakap sekolah yang juga mempunyai pakaian seragam sendiri
yang telah menarik hatinya.
Menurut Mohamed Hashim, minatnya itu turut didorong oleh pakciknya, Sarjan
Mohd. Noor yang ketika itu berkhidmat dalam Regimen Askar Melayu Diraja akan
tarikan menjadi anggota tentera.
Malah, bapa beliau iaitu Mohd. Ali Taib yang berasal dari Sumatera juga tiada
halangan akan niat serta minatnya itu untuk menjadikan bidang ketenteraan sebagai
kerjayanya pada masa depan.
Sayangnya, anak kesembilan daripada tujuh beradik ini terpaksa berdepan dilema
apabila ibunya, Siti Khatijah Ahmad menentang hasratnya itu pada 1953 kerana
menganggap bidang itu penuh risiko.
Bagaimanapun, bantahan ibunya itu tidak lama apabila seminggu selepas hasrat itu
disuarakannya, ibunya telah memberi restu kepada beliau untuk menyertai bidang
yang diminatinya itu.
Durian mentua
Mohd Safee memungut hasil durian di kebunnya.
Jelebu: Lelaki ini pernah berulang-alik lebih 60 kilometer dari rumahnya di Kampung
Pandan, Kuala Lumpur ke Kampung Chennah, Titi, di sini, dengan menaiki „kapcai‟
membawa segala kelengkapan untuk berkebun.
Semuanya kerana minat mendalam untuk berbakti pada tanah peninggalan arwah
ibu mentuanya seluas 1.2 hektar biarpun waktu itu masih berkhidmat di dalam
tentera di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Mohd Shafee Yaacob, 62, berkata, niatnya pada waktu itu hanya satu, menyuburkan
tanah berkenaan dengan semua jenis tanaman termasuk durian untuk dinikmati
anak cucu, keluarga dan sahabat handai pada masa hadapan.
“Waktu itu, saya tidak pernah terfikir untuk menjual buah-buahan di tanah berkenaan
terutama durian yang boleh memberi pendapatan lumayan hari ini.
“Malah, sehingga hari ini pun, saya bukanlah hendak jual sangat durian di dusun,
tetapi apabila jumlahnya semakin banyak dan tidak „termakan‟ ahli keluarga, saya
fikir elok dijual daripada membazir selain menjadi pendapatan sampingan,” katanya.
Menurut bapa lima anak berusia 30 hingga 36 tahun ini, selepas 36 tahun
mengusahakan tanah berkenaan menggunakan wang pencen bulanan untuk
membeli baja dan racun, dia kini mempunyai lebih 100 pokok durian, selain
manggis, duku, cempedak, langsat, limau kasturi, petai dan pelbagai tanaman
kontan lain.
“Awalnya saiz tanah cuma tiga ekar (1.2 hektar), tetapi selepas mendapat dana
Projek Baik Pulih Dusun daripada Pejabat Pertanian Jelebu, kawasan kebun
dibersihkan sehingga seluas hampir 12 ekar (4.8 hektar).
“Walaupun mendapat permintaan tinggi dalam kalangan kenalan supaya
mengkomersialkan dusun dengan cara mengenakan bayaran kepada mereka yang
mahu makan durian di sini, saya tidak terfikir ke arah itu kerana terlalu sayangkan
dusun ini,” katanya.
Menurut Mohd Shafee, dia lebih selesa menjual sendiri durian berkenaan kepada
peraih kampung dengan menghantarnya kepada mereka sebelum dijual kepada
peraih luar untuk pasaran Kuala Lumpur dan Selangor.
“Lagipun jual durian bukan sumber pendapatan utama saya sebaliknya hanya
memenuhi hobi yang memberi kepuasan tidak ternilai apabila melihat semua hasil
tanaman ini menjadi.
“Sebab itu, setiap hari saya hanya menjual 30 kilogram durian dengan harga
sekilogram dijual kepada peraih hanya RM4 hingga RM5.50 atau bersamaan RM120
sehari,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya, jumlah pendapatan itu bukan tetap setiap hari, malah jauh
lebih rendah berbanding kos yang ditanggung untuk mengusahakan durian
sepanjang tahun.
“Jika dihitung, kos untuk baja dan racun setahun saja lebih RM500 tidak termasuk
kos tenaga kerja dan sistem pengairan dan perparitan yang sempurna untuk
meningkatkan hasil buah.
“Tetapi mungkin disebabkan niat asal bukan untuk berniaga, saya tidak kisah semua
itu asalkan dusun ini subur pada musimnya setiap tahun yang menjadi tempat saya
mengumpulkan keluarga serta sahabat handai untuk menikmati hasilnya,” katanya.
MB: We must highlight people who have
served the nation
Mohamed Khaled (third from left) launching the Tabung Haji Pahlawan campaign and Johor district
Armed Forces Veterans Association annual delegates conference in Taman Kota Jaya multi-purpose hall.
KOTA TINGGI: The state government will rope in experts from higher learning
institutions in Johor to organise educational programmes and activities to highlight
the contributions and sacrifices made by the nation‟s outstanding men and women.
Mentri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin said through the programmes and
activities, the people, especially youngsters, would be exposed to the contributions,
sacrifices and struggles made by the personalities including the unsung heroes.
“They have contributed so much to the peace and stability enjoyed by our country
today and we must remember their good deeds,‟‟ he said at the opening of the
Warrior‟s Day state-level celebration and the Johor District Armed Forces Veterans
Association annual delegates conference here on Saturday.
Also present at the event were state secretary Datuk Ismail Karim and Johor
Legislative Assembly speaker Tan Sri Mohamad Azia.
Some 500 Johor armed forces veterans attended the conference.
Mohamed Khaled also proposed that each of the district office in Johor donates at
least RM5,000 to the Warrior‟s Fund as a gesture of appreciation to the military men
for keeping the country safe, adding that without peace and stability, Malaysia would
not be what it was today.
He said starting from August next year, Johor would commemorate the
Remembrance Day celebration with activities to be held in schools, museums and
libraries.
He said all places of worship could also hold relevant activities and programmes to
honour the contributions by the outstanding men and women of the country.
PVATM cari jalan tingkatkan sumbangan
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
(PVATM) bersama Kementerian Pertahanan akan mencari usaha baru untuk
memastikan Tabung Pahlawan terus mendapat sambutan masyarakat dan
sumbangan pelbagai syarikat di negara ini.
Presiden PVATM, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, pihaknya menyasarkan
kutipan sebanyak RM5 juta pada tahun ini, namun setakat ini hanya berjaya
mengumpul sebanyak RM1.47 juta sahaja.
Justeru katanya, pihaknya amat menghargai keprihatinan Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah yang dukacita dengan kutipan Tabung Pahlawan yang tidak
menggalakkan.
“Jumlah kutipan setakat ini adalah yang dijalankan di setiap negeri. Kita akan
mencari jalan penyelesaian untuk memastikan masyarakat tidak melupakan tujuan
tabung ini dilancarkan.
“Usaha itu akan dijalankan dengan kerjasama Unit Komunikasi Kementerian
Pertahanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Nazrin yang melahirkan rasa dukacita
apabila pengorbanan anggota tentera menerusi kutipan Tabung Pahlawan tidak
mendapat sokongan menggalakkan daripada syarikat dan masyarakat tempatan.
Sementara itu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata,
kemerosotan ekonomi mungkin menjadi salah satu punca kutipan Tabung Pahlawan
tidak menggalakkan.
“Semasa zaman saya dulu, kita mendapat sokongan yang baik daripada orang
ramai. Keadaan sekarang dan dulu tidak sama, lihat sahaja harga barang juga
sudah meningkat.
“Mungkin mereka ada sebab tidak memberi sumbangan, biarlah ia dilakukan secara
ikhlas, bukan paksaan. Kalau mereka prihatin dan mempunyai rezeki lebih insya-
Allah ada yang membantu,” katanya.
Kerajaan ambil berat, bantu golongan veteran
ATM, kata Madius
LANCAR TABUNG PAHLAWAN ... Madius ketika melancarkan Tabung Pahlawan bagi daerah
Tuaran.
KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengambil berat dan membantu golongan
veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Menteri Sains, Inovasi dan
Teknologi, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata kerajaan juga memandang serius keluhan bekas-bekas tentera yang
satu ketika dahulu menjadi pejuang mempertahankan keamanan negara.
“Saya mendengar keluhan veteran dan difahamkan hanya segelintir pihak yang sudi
menghulurkan sumbangan,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Tabung
Pahlawan 2016 peringkat daerah, di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran,
kelmarin.
Sehubungan itu Madius menyeru badan-badan korporat, syarikat kerajaan dan
swasta supaya menyumbang kepada Tabung Pahlawan bagi menghargai
pengorbanan dan membela nasib golongan itu.
“Justeru, saya menyeru supaya mana-mana badan syarikat memperuntukkan sedikit
keuntungan yang diperoleh kepada Tabung Pahlawan dan pada masa sama
memberi kesedaran kepada pelbagai pihak demi memperingati jasa
bekas ATM sehingga ada yang terkorban.
“Ingatlah keamanan yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada darah dan
keringat veteran kita yang terdahulu,” katanya.
Madius yang dilantik sebagai Penaung Persatuan Veteran Angkatan Tentera
Malaysia (PV-ATM) cawangan Tuaran mengingatkan semua ahli PV-ATM agar
sentiasa memberi kerjasama menjalankan kutipan Tabung Pahlawan.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan
untuk bersama-sama memberi penghargaan sama ada dalam bentuk kewangan
atau sokongan kepada pahlawan yang masih ada.
“Apa salahnya jika kita menderma dan menyumbang dengan penuh rasa keinsafan
dan ikhlas di hati demi kelangsungan hidup veteran dan keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PV-ATM Negeri, Murshid Hj Abdul Salleh
berkata, Tabung itu bertujuan mengutip derma daripada orang ramai untuk memberi
sumbangan kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Melalui sumbangan ini, kita akan agihkan kepada keluarga pesara ATMyang terdiri
daripada golongan daif, balu, anak yatim, cacat anggota semasa dan selepas
berkhidmat kepada negara,” katanya.
Bagi daerah Tuaran, orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi Ketua
Cawangan PV-ATM Tuaran, Justin Matanggal di talian 014-8631675.
'Pernah hidup gelandangan'
Noor Zaima menunjukkan produk yang dijualnya iaitu jus buah selepas bersara daripada perkhidmatan tentera.
MUAR - Siapa sangka, wanita ini suatu ketika dahulu pernah menjadi tentera kini
beralih kerjaya kepada usahawan.
Bekas tentera, Leftenan Noor Zaima Mohd Shukur, 38, berkata, dia tidak pernah
menyangka akan menceburi bidang perniagaan setelah bersara daripada
perkhidmatan.
Menceritakan semula penglibatannya dalam bidang ketenteraan, bekas Pegawai
Istiadat dan Protokol Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Kementerian
Pertahanan (Kementah), Putrajaya ini akui mencintai kerjayanya sebagai parajurit.
Menurut Noor Zaima, selama 12 tahun berkhidmat sebagai tentera, dia terpaksa
bersara apabila perkhidmatan wanita dalam ketenteraan ditamatkan secara
berperingkat.
Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, sejak bersara daripada perkhidmatan
TLDM, banyak cabaran yang dihadapinya sebelum dia berjaya bergelar usahawan
jus buah-buahan atas nama Juyce Juz yang baru sebulan ditubuhkan.
“Malah saya pernah hidup sebagai gelandangan selama seminggu kerana ketiadaan
wang selain gagal membayar sewa rumah,” katanya.
Bagaimanapun nasibnya berubah setelah bertemu Persatuan Veteran Angkatan
Tentera Malaysia (PVATM) Kulai pada 2014 apabila pelbagai bantuan dan sokongan
yang diberikan pihak berkenaan.