kerja kursus edu 3103

Upload: kamal-mal

Post on 05-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    1/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    1 | P a g e

    Pengenalan

    Soalan Tugasan

    Tokoh tokoh behavioristik dan kognitif telah membawa aliran pemikiran yang

    tersendiri dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ke

    arah pembentukan dan perubahan tingkahlaku pelajar. Bincangkan sejauh mana anda

    berpendapat bahawa operasi pengajaran dan pembelajaran kedua mazhab ini boleh

    memberi kesan ke arah tingkahlaku pelajar yang dikehendaki. Tunjukkan bagaimana

    anda memilih serta mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    kepada kanak-kanak pemulihan di dalam bilik darjah.

    KAEDAH PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    TOKOH

    KOGNITIF

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    2/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    2 | P a g e

    Behavioristik

    Pendekatan behavioris dipelopri oleh John. B. Watson di Universiti John Hopkins,

    Amerika Syarikat pada tahun 1913. Menurut Watson kajian psikologi bersifat objektif

    iaitu kajian berdasarkan sesuatu yang dilihat secara nyata seperti tindakbalas manusia.

    Sesuatu siri tindakbalas yang berlaku melibatkan rangsangan.Setiap perhubungan di

    antara gerakbalas dan rangsangan boleh dilihat. Sebagai contoh :

    Rangsangan Gerak balas

    Arahan Guru : Semua murid sila berdiri. Tindakan murid : Semua murid bangun

    berdiri.

    Guru meunjukkan gambar bola sambil

    bertanya: Ini gambar apa?

    Murid menjawab: Itu bola

    Secara ringkasnya mengikut teori mazhab behavioris pengajaran dan pembelajaran

    adalah suatu proses yang aktif melibatkan pertalian atau perhubungan di antara

    rangsangan dan gerakbalas. Antara tokoh-tokoh ahli behavioris selain daripada Watson

    adalah seperti B. F. Skinner,I. P. Pavlov,E.L. Thorndike.

    Pavlov membuat kajian tentang kucing dan anjing memperihalkan pertalian antara

    loceng dan makanan.(gerakbalas terlazim) manakala Skinner kajian tentang tikus dan

    tuil (ganjaran dan dendaan) iaitu tekan tuil dapat makanan dan tekan tuil tidak dapat

    makanan,(tidak buat lagi) bersifat dendaan.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    3/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    3 | P a g e

    KOGNITIF

    Tokoh-tokoh kognitif menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah

    melibatkan stuktur kognitif individu. Mazhab kognitif menekankan kepada proses mental

    yang berlaku secara dalaman yang mana setiap individu mempunyai sistem

    pemprosesan yang tersendiri dan unik. Anarlogi yang dibuat adalah seperti komputer di

    mana maklumat yang diterima (input) diproses dengan membuat

    pemilihan,perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada berada

    di dalam minda individu. Maklumat ini diubah dan disusun semula bagi menghasilkan

    maklumat baru (output) berdasarkan proses mental tersebut.

    Tokoh-tokoh kognitif memberi penekanan kepada proses pengamatan,penyelesaian

    masalah,ingatan dan pemikiran . Antara tokoh-tokoh kognitif seperti :

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    4/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    4 | P a g e

    Mazhab Behaviuoris

    IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN.

    Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai

    kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan

    gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu

    dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Sebagai

    contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil

    yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik

    dan berterusan.

    Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,

    sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu

    mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak

    memberikan rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak

    akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan.

    Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan

    keberkesanan pembelajaran. Di sini setiap kesalahan murid yang dikenalpasti

    diperbetulkan segera secara respondsive. (maklumbalas timbalbalik).

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    5/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    5 | P a g e

    IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN J. B. WATSON DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN.

    Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan tidak terlazim supaya murid

    dapat menghasilkan gerak balas terlazim. Sebagai contohnya, guru dapat

    menggunakan teknik pelaziman ini dalam pengawalan kelas. Guru memberikan

    rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan manakala murid pula memberikan gerak

    balas tidak terlazim untuk senyap dan duduk di tempat masing-masing. Oleh itu,

    semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-murid akan menjadi senyap dan

    duduk di tempat masing-masing.

    Selain itu, guru turut harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim yang

    diberikan kepada murid. Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan,

    murid akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses penghapusan.

    Setelah murid telah berlaku proses penghapusan guru haruslah berlatih semula

    rangsangan serta gerak balas untuk mendapatkan pelaziman.

    Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa berunsur positif.

    Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Guru-guru dapat pelbagaikan

    pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya.

    Disamping itu, tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses

    pelaziman. Sebagai contohnya, apabila murid berjumpa dengan guru (rangsangan)

    murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam kepada guru. Amalan sebegini

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    6/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    6 | P a g e

    boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sekolah mahupun semasa di

    rumah.

    Dengan teori pelaziman ini, guru turut dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan

    pencapaian murid dengan rangsangan yang bersesuaian. Guru dapat memanipulasikan

    pelaziman murid dalam kelas dan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran

    yang lebih aktif dan menarik. Dengan pelaziman juga, guru dapat mengawal kelas

    dengan baik dan teratur.

    IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN THORHDIKETERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu

    diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran

    yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh

    berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik

    agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.

    Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan

    di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap

    serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid

    tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    7/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    7 | P a g e

    Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan

    keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid.

    Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.

    IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN SKINNER TERHADAP PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN.

    1. Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah

    memberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala.

    2. Berbanding peneguhan negatif yang membawa kesakitan, penggunaan peneguhan

    positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan.

    3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah lebih sesuai

    digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini, misalnya

    menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau

    peneguhan negatif.

    4. Konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan membantu murid untuk

    memperolehi ilmu serta kemahiran dengan tepat.

    5. Prinsip Jadual Peneguhan Skinner dapat digunakan untuk merancang serta

    melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar

    menjamin tingkah laku operan dapat dikekalkan.

    6. Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    8/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    8 | P a g e

    7. Guru harus berhati-hati dalam memberi peneguhan negatif kerana murid akan

    menganggapnya sebagai hukuman.

    TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL (KOGNITIF)

    Teori ini menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran

    secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada

    pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala

    pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri

    dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran

    resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan

    maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik

    akal.

    Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu:

    1. Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri

    pelajar.

    2. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam

    struktur kognitif dengan pelajaran baru

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    9/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    9 | P a g e

    Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna

    Konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu

    yang sedia ada pelajar.- Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan

    maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu

    yang sedia ada melalui kaedah ekspositori.

    Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah

    (1) Pengajaran secara ekspositori

    (2) Jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun

    (3) Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth)

    (4) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru.

    KOGNITIF BRUNER

    IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan:

    a) Teorem pembelajaran Matematik

    Dalam mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat Bruner dan Kenny (pembantunya)

    telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik. Hasilnya mereka telah Berjaya

    membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    10/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    10 | P a g e

    Teorem Pembinaan

    Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep,

    prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk

    konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan

    sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami.

    Teorem Tatatanda

    Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu

    sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar

    pada waktu itu.

    Teorem Kontras dan Variasi

    Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada

    perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna

    kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor

    ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang

    berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.

    Teorem Perhubungan

    Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran

    yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep,

    prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    11/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    11 | P a g e

    b) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik

    Seseorang murid belajar dengan cara menemui strukturkonsep-konsep yang dipelajari.

    Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan

    mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu,

    pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan

    sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan

    menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang

    berbentuk abstrak.

    c) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran

    Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau

    menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang

    dikemukakan oleh beliau sendiri.

    Prinsip motivasi

    Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua

    jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik

    ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di

    sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti

    yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan

    menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    12/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    12 | P a g e

    Prinsip struktur

    Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk

    pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu

    sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit

    kepada abstrak.

    Prinsip sekuen

    Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang

    pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set

    induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti

    pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah

    prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah

    dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan

    perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat

    mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat

    menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan

    pembelajaran dapat ditingkatkan.

    Prinsip peneguhan

    Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi

    pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat

    kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya,

    demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    13/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    13 | P a g e

    d) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)

    Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

    Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar

    mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan

    menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.

    e) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif

    Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian

    membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru

    memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang

    sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti

    dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu,

    mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.

    IMPLIKASI TEORI KOHLER TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan

    pengajaran. Bagaimana seorang guru itu perlu mengaplikasikan konsep kognitif ini di

    dalam kelas? Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu sentiasa mendorong

    murid-murid atau pelajarnya untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif,

    deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    14/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    14 | P a g e

    Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan anak murid atau pelajarnya

    mempunyai atau sering membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara

    perkara yang difahami dengan mudah yang dimaksudkan dalam bahan bacaan. Untuk

    memenuhi keperluan atau tuntutan ini, guru tersebut haruslah memberi atau mengajar

    pelajarnya supaya membuat pengukuhan kendiri. Dalam hal ini pelajar perlu memerhati

    dirinya sendiri. Contohnya, pelajar perlu menyiapkan atau menyelesaikan kerja rumah

    sebelum menikmati hidangan. Ini adalah antara cara pengukuhan kendiri yang boleh

    diambil oleh pelajar supaya dapat membina keyakinan positif.

    Pemerhatian perlu untuk membuat perbandingan dan memberi tumpuan kepada

    pelajar-pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru terhadap

    pelajar perlu untuk mendorong pelajar menjadi lebih yakin. Pemerhatian yang positif

    akan merangsang pelajar untuk berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tugasan

    walaupun tugasan tersebut amat sukar baginya.

    Selain itu, pengawalan bermaksud penguasaan individu terhadap pemahamannya.

    Strategi dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri

    semasa proses pembelajaran. Misalnya penguasaan pengiraan dengan menggunakan

    jari oleh murid berusia tujuh tahun. Pengaplikasian jari dalam pengiraan itu membantu

    murid tesebut untuk memahami konsep pengiraan sebenar. Sebagai contoh, 3 + 5 = 8,

    murid tersebut akan menggenggamkan kedua-dua tangannya. Kemudian murid

    tersebut akan membuka tiga jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Hasilnya, dia akan

    membuka lapan jari. Murid tersebut boleh mencipta soalan dari kaedah ini. Misalnya, 4

    + 4 jawapan juga lapan dan 6 + 2 juga lapan. Melalui kaedah ini, murid atau pelajar

    akan belajar membentuk lebih banyak soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.

  • 7/31/2019 kerja kursus edu 3103

    15/15

    Kerja kursus EDU 3103 [email protected]

    15 | P a g e

    Pengawasan amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang

    guru itu perlu bijak mengawasi situasi bilik darjah agar sentiasa berada dalam keadaan

    terkawal dan selamat. Selain itu, guru juga perlu mengurus pelajarnya dari segi emosi,

    tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bearjalan lancar.

    Hasil dari pengawasan ini, maka lahirlah pelajar yang berdisiplin, bermotivasi dan

    memberi tumpuan dalam pelajarannya dan proses mengingat subjek yang dipelajari

    mudah dilaksanakan.

    Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan di

    sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk mengingati perkara yang telah

    dipelajarinya. Melalui cara ini, murid-murid di sekolah dapat mengaplikasi pelajaran

    dengan lebih baik.Para pelajar yang mudah mengingat fakta dan dapat berfikir dengan

    lebih bijak secara kritis dan kreatif.