kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

35
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAJUK: TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA NAMA:JUNI IZYAN BT. JOHARI KELAS:3 RK GURU:EN.SHUKRI

Upload: juni-izyan

Post on 03-Dec-2014

3.967 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

KERJA KURSUS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAJUK:

TOKOH-TOKOH

YANG BERJAYA

NAMA:JUNI IZYAN BT. JOHARI

KELAS:3 RK

GURU:EN.SHUKRI

Page 2: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA

1.TUNKU ABDUL RAHMAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak

Page 3: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Page 4: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan

Page 5: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun

Page 6: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Page 7: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Dengan pakaian rasmi.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Kehidupan kemudian

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.

Page 8: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.

Meninggal dunia

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

2.TUN ABDUL GHAFFAR BIN BABA

Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. [1]Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi / pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman.

Page 9: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan tidur di bilik darjah sahaja.

Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman.

Politik

Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang guru lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris]]) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMM diharamkan oleh kerajaan British.

Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka.

Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan 'Hidup Melayu' ditukar kepada 'Merdeka' , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri Aishah Ghani. Catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai

Page 10: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluar UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empat kali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka yang pertama. Waktu itu jawatan Setiausaha bukan dilantik tetapi dipilih. Terus menerus, tidak terputus walau sehari jua pun, beliau memegang jawatan dalam UMNO selama 42 tahun sehingga saya meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada 30 Oktober 1993.[2]

Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar British mengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan Perundangan Persekutuan (Legco). Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha Kerajaan British menolak usul itu. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina / Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA. Satu rombongan dihantar ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana.

Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

Pada 15 Jun 1955 Ghafar meletak jawatan sebagai guru bergaji tetap dan menyertai pilihan raya umum Malaysia yang pertama 1955 di parlimen Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar 23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi menolak.

Pada 20 Februari 1956, Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar-besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi di Lapangan Terbang Batu Berendam dan ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000 rakyat menanti. Tan Cheng Lock, V. T. Sambanthan dan Datuk Panglima Bukit Gantang mewakili Raja-Raja Melayu, Abdul Ghafar dan Tunku Abdul Rahman telah berucap.

Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Abdul Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Kesatuan guru mengecam UMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini dan mengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958. Abdul Ghafar memberi alasan kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran . Guru-guru seperti Hajah Ibu Zain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan menyokong penjelasan itu dan hanya 40 orang guru keluar UMNO.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjung Kling, menang dengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua

Page 11: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Menteri selama dua penggal 1959- 1967. Pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi MARA dan MARA.Abdul Ghafar meletak jawatan KM Melaka dan dipindahkan ke Pusat.

Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabila transit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara, menang dengan majoriti 6,811 undi .Pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam Kabinet Tun Abdul Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siri Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dan sebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahir YPEIM.

Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976 di London, Hussein Onn dilantik Perdana Menteri. Hussein meminta Ghafar terus kekal dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap dengan pendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi.

Pada 1983 , Dr Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja dilanjutkan kepada 60 hari.

Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan 1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara pasukan Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sanusi Junid dll . Ghafar berundur untuk memberi laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Pada 15 Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. UMNO menghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO. [3]

Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11

Page 12: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau memperoleh 25,559 undi mengalahkan calon Pas dan Parti Melayu Semangat 46. Kedua-dua calon pembangkang itu hilang wang pertaruhannya. Majoriti Abdul Ghafar meningkat daripada 14,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 kepada 22,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 itu.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Melaka

Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.[4]

MARA

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Masalah kepimpinan MCA

Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Ketika krisis ini, Abdul Ghafar menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional .

Menolak jawatan Menteri

Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan

Page 13: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Perdana Menteri

Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.

Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[4]

Jawatan

Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951, Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955 Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973 Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993 Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962 Naib Presiden UMNO 1962 - 1987 Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985

dan 1986) Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.

Page 14: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

3.MOKHTAR DAHARI

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya

Page 15: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.

Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Page 16: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Tahukah Anda

Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia.Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai.

MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu.

Page 17: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.

Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."[1]

Garis Masa Karier Mokhtar Dahari

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Page 18: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi

Page 19: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

4.DATO’ UNGKU DR.ZETI AKHTAR

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang

merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang

pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang

wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh

majalah Global Finance

Kehidupan Awal [sunting]

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah

Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana

dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Kerjaya [sunting]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank

Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada

tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank

Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1

September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk

Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank

Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Page 20: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari

tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak

tahun2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi

tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[1]

Keluarga [sunting]

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia [sunting]

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh

majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan

mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat

Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan

Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah). [2]

5.NICOL ANN DAVID

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang

menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau

pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaranTerbuka

Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali;

iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain

skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini

dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu

mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya

sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau

menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David

dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal

Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan

Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia

oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998,

2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi

kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham

Page 21: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah

selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Kehidupan peribadi [sunting]

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah

berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India [3] [4]  yang pernah menjadi

olahragawan dan pemain bola sepak negeri.[5][6] Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan

Cheryl,[7] yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.[8] Sewaktu muda, Nicol

paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;[9] beliau pernah bercita-cita menjadi

jurutera.[9] Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil

Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green

Lane di Green Lane, Pulau Pinang.[10] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Anugerah dan penghormatan [sunting]

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)[11] sempena sambutan hari

keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[12] Beliau merupakan penerima pertama

anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[12] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang

melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.[11][12]

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena

hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[13] Nicol merupakan

antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),[14] yang membawa

gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau

Pinang.[13] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari

Pulau Pinang,[15] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[5] Pada tahun 2007, Nicol

menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[10] Nicol turut

menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[16][17]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik

Athens 2004,[18][19] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program

Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[20]

Kerjaya [sunting]

Page 22: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Sebelum 2000: Zaman junior [sunting]

Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih

sejak usia lapan tahun.[9] Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee

Phoeh Hoon,[21] yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang,

bersama adik-beradiknya.[8] Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol

pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang.[22] Juga pada tahun 1992,

beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior

Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16.[22] Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk

temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara

pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu.[4] Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran

antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.[22]

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya

pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun.[23] Yang menariknya,

beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu.[23] Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau

merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy;[24]

[25] ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.[26]

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior

British (juara Bawah-17),[27] Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[4] Sukan SEA (Juara kategori

Senior dan Pasukan),[4] dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.[28]

Page 23: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di

mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan

seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus

menjadi juara termuda kejohanan itu.[4][23] Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia

yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul

kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998.[23] Nicol juga

merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di

Terbuka Junior British.[27]

2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak [sunting]

Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini

pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk

menjadi juara skuasy termuda di dunia.[49] Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang

memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara

tersebut.[50] Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka

Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan

Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah

menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit.[51] Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga

teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para

ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.[52]

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga

Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini.[53][54] Beliau juga

menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada

Page 24: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

April 1983.[54] Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa

Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis[55] dan Terbuka Kuala

Lumpur[56]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2

dalam ranking dunia.[57] Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-

turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia.[58] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara

Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam

perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita.[59] Beliau

menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan

orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.[60] Nicol turut

menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[61] Kejohanan Terbuka British Dunlop,[62] Terbuka Hong Kong,[63] Terbuka Pulau Pinang[64] dan Terbuka Malaysia CIMB.[65] Nicol mengungguli

ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing

terdekatnya, Rachael Grinham,[66] dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama,

beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.[67]

2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi 

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael

Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.[68] Sebulan

kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di

tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit.[69] Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April

2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan

Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.[70] Pada bulan Disember, Nicol memenangi

anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga

kesukanan.[71]

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah.[72] Nicol David

melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong

Kong Cathay Pacific[73] buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah

dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan.[73][74] Nicol meraikan setahun kalendar penuh

keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah

30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas.[75]Kejayaan WISPA Nicol pada tahun

2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,[76] diikuti dengan Terbuka KL

di Malaysia,[77] Terbuka British di England,[78] Terbuka Seoul di Korea Selatan,[79] Terbuka Malaysia,[80] Masters Singapura,[81] Terbuka Belanda,[82]Terbuka Dunia di England,[83] Qatar Classic[84] dan Terbuka

Hong Kong.[73] Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang

kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun

pada Julai 1998,[85] kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di

Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.

Page 25: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

2009–kini: Mencapai rekod [sunting]

Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol

menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2;

kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4.[75]Dalam

pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17

bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan

akhir.[87] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman

yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan

kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya

yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA.[88] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi

gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat

set.[89]

Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.

Page 26: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul

keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.[90] Sebulan kemudian, pada 24 Julai,

beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie

Grinham dari Belanda dalam tiga set.[91][92] Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan

Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison

Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang

memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada

tahun 1975.[93]

Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk

memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam

sebulan.[94] Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA

kelimanya dalam tahun itu.[94] Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya

skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia

Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang

ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.[95] Pada 12 September, Nicol tewas

kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari

kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan

Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat.[96] Nicol mengakhiri tahun ini dengan

hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.[97]

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.[98] Wajahnya

muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari.[99] Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah

Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac;[100] beliau memenangi semua perlawanannya

dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu

dimahkotakan juaranya.[101] 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya

Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan

WISPA kedua pada tahun itu.[102] Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas

dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.[103] Nicol meneruskan kecemerlangannya

sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij”[104][105][106] pada 22

September.[107] Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai

rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.[108] Pada bulan Oktober, dalam

perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny

Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.[109] Kemudian, Nicol ke

kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau

menumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.[110]

Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia

WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi

menewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja[111], sekaligus

melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010.[112] Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan Asia dengan

menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou, China.[113] Di temasya

yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol sebutir lagi pingat emas

dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong juga.[114]

Page 27: Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol

David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–

11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat.[115] Sebulan kemudian, pada awal bulan

Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai,India, tetapi beliau direhatkan

pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun

pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England.[116]Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran

Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011.[117] Pada 20 Mac, tuah kembali

menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan

menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja