kerja kursus projek pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah - bmm3107
DESCRIPTION
Ini merupakan draf kerja kursus projek yang telah saya jalankan bagi memenuhi tuntutan subjek BMM3107 - Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diharapkan agar ia boleh memberi manfaat kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan dalam subjek ini.TRANSCRIPT
KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH (PBS)
Pentaksiran dan penilaian merupakan dua perkara yang berbeza namun saling
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini mempunyai peranan
penting dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan aspek ini adalah untuk melengkapkan keperluan kurikulum itu sendiri dan
dalam perkara yang dibincangkan ini, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan taksiran sebagai hasil anggaran
nilaian manakala pentaksiran pula merujuk kepada hasil perbuatan menilai yang dilakukan.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), pentaksiran ialah sebahagian
daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur pentaksiran boleh membantu
pengurusan biik darjah yang baik. Kovalik (2002) dalam Haliza Hamzah et. All (2009) pula
menjelaskan bahawasanya pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang
membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar mampu memenuhi
keperluan muridnya.
Sumber daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikel Pentaksiran
Dalam Pendidikan Khas mendefinisikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks
pendidikan pula ia dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Pentaksiran juga boleh dinyatakan sebagai proses pengumpulan, menterjemah,
merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan
(David Lambert dan David Lines, 2000 dalam Siti Nur Farhana Ridzuan, 2010). Manakala
Blog Taman Ilmu (2011) mendefinisikan pentaksiran sebagai satu proses mendapatkan
malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk
sesuatu proses pendidikan.
Kesimpulannya, pentaksiran boleh dinyatakan sebagai satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
Penilaian pula merupakan perkara yang berbeza dengan pentaksiran. Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005), nilai ialah kualiti, darjat, mutu atau taraf manakala penilaian ialah
perbuatan atau proses melihat kualiti sesuatu perkara.
Nordin Tahir (2011) menakrifkan penilaian sebagai proses memperolehi maklumat
dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. D. Stufflebeam melalui
1 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
bukunya, Educational Evaluation and Decision Making pula menjelaskan penilaian sebagai
proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untak membuat
pertimbangan dan tindakan susulan (dipetik daripada Nordin Tahir, 2011).
Blog d JouRNeY oF mY LiFe menyatakan dua pandangan dari dua tokoh berbeza
mengenai penilaian. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu
mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala Gay (1985) pula
berpendapat bahawa penilaian boleh diertikan sebagai proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) pula telah mendefinisikan
penilaian sebagai proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
Penilaian akan menghasilkan satu keputusan berdasarkan gred, sijil dan pemarkahan.
Kesimpulannya, penilaian boleh diertikan sebagai satu proses menentu dan
mengumpulkan maklumat daripada pelbagai punca bagi membuat perbandingan dengan
kriteria berkenaan supaya penghakiman mengenai kebaikan, nilai atau kesan seseorang
atau sesuatu objek dapat dilakukan.
TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
a) Tujuan Pentaksiran
Pelaksanaan pentaksiran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah mempunyai pelbagai
tujuan penting. Antaranya adalah untuk mendapat maklumat mengenai prestasi murid dalam
sesuatu sesi pembelajaran. Guru dapat mengenal pasti kelemahan murid melalui
pentaksiran yang dijalankan.
Selain itu, guru juga boleh menilai atau membuat refleksi terhadap kaedah
pengajaran masing-masing dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
mereka laksanakan. Secara tidak langsung, guru boleh membuat penambahbaikan terhadap
kaedah pengajaran mereka supaya keberkesanan proses P&P dapat ditingkatkan dari
semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, matlamat utama pelaksanaan pentaksiran bukan hanya
berfokus atau berpusatkan murid semata-mata tetapi ia turut melibatkan proses penilaian
keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.
2 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
b) Tujuan Penilaian
Pelaksanaan penilaian mempunyai matlamat utama yang tertentu. Rajah di bawah
menunjukkan tujuan utama penilaian dilaksanakan dalam proses pembelajaran.
Rajah 1: Tujuan Penilaian.
3 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Tujuan Penilaian
Diagnosis
Pencapaian
Pemilihan dan Penempatan
Bimbingan dan
Kaunseling
Penerangan mengenai tujuan penilaian adalah seperti rajah di bawah ini:
Rajah 2: Penerangan Tujuan Penilaian.
4 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Diagnosis Penilaian dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Diagnosis atau analisis untuk melihat sebab dan punca kelemahan murid boleh dilakukan melalui penilaian.
Guru boleh menyusun strategi bagi memastikan kemajuan murid meningkat dari semasa ke semasa.
Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru.
Pemilihan dan Penempatan
Penilaian diguna pakai dalam meletakkan murid dalam kelompok mereka yang tersendiri,mengikut tahap penguasaan mereka.
Hal ini membolehkan guru melaksanakan kaedah pengajaran mengikut tahap pemikiran murid serta aliran yang mereka ambil.
Bimbingan dan Kaunseling
bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.
satu usaha galakan kepada murid untuk berjaya.
PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Amir Syamimi Ibrahim (2011) telah menggariskan lima prinsip utama bagi pentaksiran
Bahasa Melayu. Berikut adalah lima prinsip utama bagi pentaksiran bahasa Melayu.
Rajah 3: 5 Prinsip Pentaksiran Bahasa Melayu
5 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Skor adalah alat atau bahan bagi melaksanakan pentaksiran.Skor menggambarkan hasil yang diperolehi daripada ujian yang telah dilaksanakan.Skor ini akan menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Pentaksir akan melihat skor ini bagi menganalisis keputusan yang akan dikeluarkan.
Skor
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut.Instrumen membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi.
Instrumen
Kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang mendiami sekolah tersebut. Murid-murid ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan serta pencapaian mereka dari semasa ke semasa.
Kumpulan yang ditaksir
Tindak balas yang dimaksudkan ialah hasil yang diperolehi daripada kumpulan yang ditaksir.Tindak balas juga boleh diertikan sebagai hasil pencapaian yang diperolehi. Tindak balas ini membolehkan guru melihat perubahan pencapaian murid mereka dan menilai kembali sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
Tindak balas
kumpulan yang mentaksir boleh diertikan sebagai kumpulan yang diamanahkan untuk menyemak jawapan soalan ujian.
Kumpulan yang mentaksir
Prinsip utama penilaian pula adalah berbeza sama sekali dengan prinsip
pentaksiran. Penilaian yang baik dan bermutu ialah penilaian yang hasilnya dapat
dimanfaatkan untuk menambah baik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi
memastikan penilaian yang dilakukan berkesan dan berkualiti, terdapat dua prinsip utama
yang perlu dititikberatkan seperti berikut:
Rajah 4: Prinsip Utama Penilaian.
6 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Sifat Kesahan
Menurut Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan ialah ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur.Kesahan ialah ketepatan sesuatu instrumen penilaian untuk mengukur, menilai atau menguji sesuatu.Menurut Messick (1989) dalam Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan adalah satu pertimbangan evaluatif yang bersepadu setakat mana bukti-bukti empirikal dan rasional teori yang menyokong kecukupan dan kesesuaian inferens yang dibuat.Semakin tepat maklumat diperolehi daripada penilaian yang dilakukan maka semakin nilai kesahan sesuatu instrumen yang digunakan.
Kebolehpercayaan ujian
Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada persoalan sama ada sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.keboleh percayaan ini dikaitkan dengan ketepatan ujian.Ketepatan ujian dilihat pada sejauh mana ujian yang dilaksanakan menepati objektif ujian.
PERBEZAAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Terdapat beberapa aspek yang membezakan antara pentaksiran dan penilaian. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara
pentaksiran dan penilaian.
CIRI
JENIS
PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIAN
DEFINISI1. Alat pengukuran perubahan
sesuatu aspek tingkah laku.
1. Proses menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan
pelajar.
1. Proses menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat
pertimbangan nilai.
TUJUAN/
KEGUNAAN
1. Menentukan pencapaian
sesuatu pembelajaran.
1. Untuk membuat pengelasan
bagi pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran.
1. Memberi maklumat tentang
pencapaian objektif
pembelajaran, kaedah mengajar
dan kurikulum.
BENTUK
1. Pemerhatian.
2. Ujian lisan.
3. Bertulis.
1. Set ujian bertulis dengan
markah dan gred.
1. Jadual.
2. Gred berdasarkan teknik
perangkaan.
CARA/PROSES
1. Persediaan Ujian.
2. Pentadbiran.
3. Pemeriksaan.
1. Proses pengujian.
2. Merekod markah/gred.
1. Proses pengukuran.
2. Proses penganalisisan.
3. Proses interprestasi.
4. Melapor.
5. Tindakan.
7 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
MASA 1. Selepas pembelajaran. 1. Selepas pembelajaran.1. Sebelum, semasa, selepas
pembelajaran.
LIPUTAN
1. Terhad pada sesuatu
kemahiran atau
pembelajaran.
1. Sesuatu peringkat
pembelajaran.
1. Dari sesuatu pembelajaran
tertentu ke seluruh kurikulum.
KEPUTUSAN
1. Menunjukkan prestasi
sesuatu kemahiran atau
penguasaan pembelajaran
yang spesifik.
1. Menunjukkan pencapaian
secara relatif.
1. Menunjukkan pencapaian
keseluruhan tetapi tidak
semestinya membayangkan
kebaikan seorang individu.
Jadual 1: Perbezaan Antara Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian.
8 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Konsep Pentaksiran, Penilaian dan Pengujian boleh dirumuskan dalam grafik seperti berikut:
Rajah 5: Konsep Pentaksiran.
9 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
KONSEP DAN TEORI PENTAKSIRAN
Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
Tahap, status, nilai.
Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.
Merangkumi skala ordinal atau skala selang.
Menentukan kedudukan / pencapaian murid.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
Rajah 6: Konsep Penilaian.
10 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
KONSEP PENGUJIAN :
o Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang
nyata, menjawab secara lisan atau bertulis.
Persediaan
PelaksanaanPemeriksaan
Peringkat pengujian :
KONSEP PENGUJIAN :
KONSEP PENILAIAN
Proses pengumpulan maklumat.
Proses membuat analisis.
Selepas peperiksaan dan pentaksiran.
Tindakan selanjutnya.
Prosedur :
1) Persediaan Ujian.
2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
4) Buat Analisis.
5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.
Rajah 7: Kepentingan Ujian.
11 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah
Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan.
Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.
Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.
REFLEKSI INDIVIDU (CONTOH)
NAMA : Opsyen:
No. Kad Pengenalan: No. Angka Giliran:
Assalamu’alaikum wbt. saya ucapkan. Selangit kesyukuran saya panjatkan ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, naskhah KKP ini berjaya dihasilkan akhirnya.
Tugasan yang terdiri daripada tiga komponen ini harus diselesaikan dalam masa sebulan
dan inilah hasilnya.
Ini adalah pengalaman pertama saya dan rakan-rakan menghasilkan tugasan
berdasarkan format baharu yang lebih dikenali sebagai Kerja Kursus Projek (KKP). Bentuk
laporan yang perlu kami sediakan juga sedikit berbeza dengan format Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) mahupun Kerja Kursus Pendek yang pernah kami laksanakan
dahulu.
Tugasan ini adalah tugasan yang lebih kurang sama dengan tugasan kami untuk
subjek major pada semester lalu. Namun begitu, ada beberapa komponen yang tidak
mempunyai persamaan dan kami lihat banyak perkara baharu yang dapat kami pelajari
daripada tugasan ini khususnya yang melibatkan aspek pentaksiran.
Memandangkan tugasan ini dilaksanakan semasa praktikum dan secara
berpasangan, maka saya dan Mohd Fahmi telah membahagikan antara kami tugasan yang
perlu dilakukan bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan pada masa
yang telah ditetapkan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan ke-2 iaitu
pembinaan JSU berdasarkan set soalan yang diperoleh dari pihak sekolah dan
mendapatkan beberapa bahan tentang pentaksiran. Mohd Fahmi pula telah mendapatkan
beberapa bahan tentang pentaksiran daripada sumber-sumber lain dan menjawab soalan 1
dan 3. Namun begitu, untuk soalan 1 dan 3, saya ada membantunya dalam mendapatkan
sumber yang baik dan menyusun atur laporan kami dengan baik.
Tugasan kali ini membuka mata saya untuk menyediakan JSU bagi ujian Bahasa
Melayu di sekolah nanti. Jika dibandingkan dengan JSU bagi mata pelajaran major kami
iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa, JSU Bahasa Melayu ini
lebih menumpukan kepada aspek penguasaan kemahiran bahasa dan aplikasi kemahiran
tersebut di dalam ujian dan juga dalam kehidupan seharian. Berdasarkan instrumen
pengujian yang baik, kita akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid
terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah.
12 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
Saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang aspek pentaksiran ini melalui
pembacaan tambahan 3 jurnal pendidikan. Sesungguhnya kajian yang teliti telah dilakukan
dan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki sistem pentaksiran sedia ada seterusnya
membantu meningkatkan kemahiran murid-murid di sekolah. Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) haruslah diteruskan dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi
memastikan matlamat kurikulum dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang
sesuai.
Selain itu juga, melalui tugasan ini saya telah belajar 1 perkara penting iaitu untuk
menghasilkan JSU yang ideal adalah amat sukar. Ini adalah kerana kemahiran yang ingin
dinilai juga amat banyak untuk dikumpulkan di dalam set ujian yang sama. Namun begitu,
semua penggubal soalan khususnya para guru di sekolah harus sedar akan kepentingan
menggubal JSU sebelum membina item pengujian yang akan digunakan. Kadangkala,
sudah menjadi tabiat para guru yang hanya mengambil soalan-soalan daripada buku-buku
latihan yang dibeli di pasaran dan terus digunakan untuk pengujian. Daripada aspek
perancangan, ternyata ia melanggar etika akan tetapi, ia tidaklah salah 100% pada
pandangan saya. Asalkan komponen pengujian tersebut merangkumi kebanyakan aspek
kemahiran yang ingin diuji, maka ia dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
terhadap item pengujian tersebut.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan sendiri
atas bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Mohd Fahmi
Bin Mohd Radzi yang sudi meluangkan masa membantu saya dalam menjayakan tugas ini.
Buat rakan-rakan yang ada turut sama memberikan pendapat, hanya terima kasih yang
mampu saya ucapkan. Diharapkan kita menimba pengalaman yang baik untuk persediaan
sebelum masuk ke alam pekerjaan nanti di mana keadaannya pasti berbeza sekali daripada
alam pengajian di IPG dan semestinya penuh dengan pelbagai cabaran buat kita selaku
pendidik. Sekian, terima kasih.
13 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H
BIBLIOGRAFI
Buku dan Jurnal
Baharom, H. N. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Murid. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Malaysia, L. P. (2003). Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rujukan Internet
Davian, J. (2010, Disember 22). PENTAKSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN. Retrieved
Ogos 24, 2012, from JOEDAVIAN:
http://joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1.pdf
Ibrahim, A. S. (2011, September 24). Amir Syahmi Ibrahim. Retrieved Ogos 24, 2012, from
KONSEP PENTAKSIRAN: http://amirgassi.blogspot.com/2011/09/bmm3103.html
Mahfuzah, S. (2010, Julai 12). d JouRNeY oF mY LiFe. Retrieved Ogos 24, 2012, from PKU
3106: DEFINISI PENTAKSIRAN: http://snfr-siti-edu.blogspot.com/2010/07/pku-3106-
pentaksiran-dalam-pendidikan_12.html
Mohktar, R. (2011, Julai 27). KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DALAM BAHASA
MELAYU. Retrieved Ogos 22, 2012, from Taman Ilmu:
http://suriaangkasa.blogspot.com/2011/07/konsep-dan-prinsip-pentaksiran-
dalam.html
14 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H