kertas-3-bab-3 (1)

Upload: zarascha-hemoi-hemoy

Post on 16-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

KERTAS 3:BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.Soalan Umum:Negara dan bangsa Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.Soalan Khusus:Bincangkan tanggungjawab generasi kini dalam memastikan proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu.

1. Pengenalan (5 markah)Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Pelajar perlu menerangkan konsep negara dan bangsa. Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 65-67)

2. Memahami(30 markah)Jelaskan pembentukan negara Eropah dan Malaysia Pelajar mengemukakan jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan bangsa moden di Eropah(10 markah),Itali(10 markah),Jerman( 5 markah) dan Malaysia(5 markah) Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 67-71)

3. Menganalisis(15 markah)Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat Melayu tradisional dan proses pembentukan negara dan bangsa Malaysia. Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 65-71)

4. Mengaplikasi(15 markah)Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara.Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mengeratkan perpaduan bangsa Mengamalkan prinsip Rukun Negara Malaysia Menghormati bendera Malaysia Taat setia kepada raja dan negara Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghormati adat dan budaya setiap kaum Menghormati kebebasan beragama Menghormati prinsip demokrasi Mengamalkan konsep satu Malaysia Bersemangat menyanyikan Lagu Negaraku Menyahut cabaran Malaysia Boleh Menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Menghormati suara ramai Mewujudkan hubungan harmoni antara kaum contoh mengunjungi rumah terbuka sewaktu perayaan. Membudayakan aktiviti gotong-royong contoh di kawasan tempat tinggal( taman perumahan) Semangat kejiranan contoh menziarahi dan menolong jiran sewaktu sakit Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan Melibatkan diri dalam program perpaduan

5. Menilai ( 10 markah)Nyatakan kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang membanggakan kita?

Kejayaan Malaysia menghasilkan jenama buatan sendiri seperti terciptanya kereta nasional(PROTON),kini kita ada proton Saga,Wira,Iswara dan sebagainya. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai Kejayaan Malaysia membina Menara Berkembar Petronas Malaysia berjaya membina sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Malaysia Malaysia berjaya membina Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia(421 meter) Malaysia berjaya membina KLIA yang diiktiraf antara sepuluh lapangan terbang terbaik di dunia. Malaysia berjaya melahirkan dua orang angkasawan negara yang amat membanggakan iaitu datuk Sheik Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz Khaleed. Malaysia berjaya membina Litar Antarabangsa Sepang untuk Formula Satu,Grand Prix A1,Grand Prix Motosikaldan sukan permotoran yang lain. Malaysia mampu melahirkan tokoh sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang dan lain lagi. Membina lebih banyak Pusat pengajian tinggi dan melahirkan lebih ramai intelektual bijak pandai

6. Menjana Idea(10 markah)Berikan beberapa cadangan anda untuk menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang maju.

Melahirkan insan yang seimbang dalam pendidikan Melahirkan pemimpin yang berwawasan seperti Dato Seri Dr Mahadir Mohammad Melahirkan pemimpin yang cemerlang Bangsa malaysia haruslah sentiasa bersedia untuk bekerjasama Menambah bilangan penuntut PHD Menghargai sistem pendidikan negara Membudayakan pendidikan sepanjang hayat Menghargai para ilmuan Meluaskan capaian internet Meningkatkan perpaduan kaum Bersemangat kekitaan Menyokong dasar-dasar negara

7. Ikhtibar ( 10 markah)Apakah cara untuk melahirkan generasi yang patriotik?

Cintakan negara Setia kepada negara Berani berjuang Bersemangat kental Menghormati keluhuran perlembagaan Menghormati raja dan pemimpin negara Menghormati lambang-lambang negara Menyanjung warisan bangsa Bersyukur dengan kemerdekaan negara Mengibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan negara Sangup mempertahankan maruah negara Mempertahankan hak bangsa Menghargai pejuangan tokoh tanah air

8. Merumus( 5 markah)Merumus isi yang telah dibincangkan. Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada bangsa,diri dan negara Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlangPembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita dan dibentuk melalui prinsip rukun negara, penggunaan satu bahasa kebangsaan dan pengamalan dasar kebudayaan kebangsaan.Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk cintakan negara, mempertahankan negara serta menjaga kedaulatan negara.Harapan untuk masa hadapan malaysia yang lebih gemilang adalah dengan melahirkan warga negara yang setia kepada negara dan berkorban apa sahaja untuk negara.

KERTAS 3BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Khusus: Bincangkan dasar luar Malaysia dan sumbangannyadi peringkat serantau atau antarabangsa.

1. PendahuluanJelaskan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia Pelajar perlu menerangkan asas-asas dasar pengubalan dasar luar Malaysia Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 236-237)

2. Memahami(30 markah)Jelaskan faktor-faktor dalam proses pengubalan dasar luar Malaysia Pelajar perlu menjelaskan faktor-faktor dalam proses pengubalan dasar luar Malaysia. Seperti faktor Sejarah,ekonomi,politik,geografi dan demografi( 30 markah) Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 237-239)

3. Menganalisis(15 markah)Bincangkan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 240-242)

4. Mengaplikasi(15 markah)Bagaimanakah cara untuk mewujudkan ketenteraman dan keharmonian hidup dalam kalangan masyakat pelbagai kaum? Meningkatkan perpaduan kaum Sedia bekerjasama Saling menghormati antara satu sama lain Saling menghargai Menghormati pengangan agama Menghormati amalan budaya lain Mengamalkan nilai-nilai murni Membudayakan aktiviti bergotong royong Bertolak ansur antara rakan Berbaik-baik dengan jiran Menziarahi jiran sama ada semasa senang atau susah Mengamalkan akhlak mulia Menjaga hubungan persahabatan Membantu rakan tanpa mengira bangsa dan agama Tidak membesarkan perbezaan yang wujud Berkongsi maklumat dan ilmu antara kaum( mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Menilai ( 10 markah)Bincangkan kepentingan Dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara? Mengukuhkan pertahanan negara Mengamalkan pasaran bebas Membantu negara yang memerlukan Mengelakkan peperangan Bersahabat dengan semua negara Menghapuskan diskriminasi Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Meluaskan pasaran Menghapuskan gejala negatif Mengekalkan kedaulatan negara Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah)Nyatakan usaha yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk mengahadapi cabaran era globalisasi? Melahirkan masyarakat bijak teknologi Menyediakan kemudahan prasarana ICT seluruh negara Membangunkan sistem pendidikan melalui ICT Meluaskan capaian internet Mengggalakkan penyelidikan bidang ICT Mampu mereka cipta pelbagai prasarana untuk semua Meningkatkan kemajuan Sains dan teknologi Menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal Mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa.( mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Ikhtibar ( 10 markah)Nyatakan nilai murni yang dapat dihayati daripada dasar luar Malaysia? Bersahabat dengan semua negara Menghormati negara lain Mengelakkan peperangan Adil kepada semua negara Membantu negara yang memerlukan Menyokong usaha-usaha keamanan Mengamalkan prinsip berkecuali Berbaik-baik dengan semua negara Bekerjsama dengan negara lain dalam ekonomi dan politik Berkongsi kepakaran dalam bidang pendidikan dan perubatan( mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Merumus( 5 markah)Merumus isi yang telah dibincangkan. Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada bangsa,diri dan negara Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlangMalaysia mengambil langkah berbaik-baik dengan semua negara agar negara dapat bersaing dengan semua negara dengan bijak dan sihat.Malaysia juga menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua negara agar mendapat manfaat dan kebaikkan bersama.Keamanan, kesejahteraan dan kerjasama yang dilakukan memberi kesenangan kepada bangsa Malaysia dan negara akan sentiasa di dalam keadaan aman dan sejahtera.Semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara maju yang berjaya setanding dengan negara-negara yang lain.

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG MERDEKA

Para pemimpin Tanah Melayu telah berjuang melalui pelbagai cara seperti pakatan murni, diplomasi untuk mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu dan menjamin perpaduan yang erat.

Bincangkan kepentingan perpaduan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan maju.

1. PendahuluanJelaskan konsep Pakatan Murni Pelajar perlu menerangkan konsep pakatan Murni yang digunakan di Tanah Melayu Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 119)

2. Memahami(30 markah)Jelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mengadakan pakatan murni sebelum Parti perikatan dituubuhkan. Pelajar perlu menjelaskan ( 30 markah) Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat ........)

3. Menganalisis(15 markah)Bincangkan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat......)

KERTAS 3BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Umum:Pemimpin tempatan menentang penguasaan British ke atas Tanah Melayu kerana penjajahan tersebut merampas hak bangsa dan negara yang berdaulat.

Soalan Khusus:Bincangkan kesungguhan pejuang-pejuang Tanah Melayu menentang British demi mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara.1. Pendahuluan( 5 markah)Jelaskan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap penguasaan British di Tanah Melayu Pelajar perlu menjelakan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 119)

2. Memahami(30 markah)Terangkan peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan berikut menentang penguasaan British.I. Penghulu Dol SaidII. DatoMaharajalelaIII. Tok Janggut Pelajar perlu menerangkan pejuangan Dol Said, Dato Maharajalela dan Tok Janggut ( 30 markah) Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 31-44)

3. Menganalisis(15 markah)Nyatakan kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap penguasaan British? Pelajar mengemukakan jawapan dengan menjelaskan kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap penguasaan British Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 30-31 )

4. Mengaplikasi(15 markah)Mengapakah semangat perjuangan pemimpin Tanah Air wajar dicontohi oleh generasi hari ini? Semangat setia kepada negara Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa Berani berjuang Bersemangat kental Sanggup mempertahankan maruah bangsa Mengambil ikhtibar peristiwa masa lalu Ketabahan menghadapi cabaran Mempertahankan hak bangsa Mentaati raja dan pemimpin Menghargai perjuangan tokoh tanah air Mempunyai jati diri yang tinggi Tidak mengulangi kesilapan ( mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Menilai ( 10 markah)Pada pendapat anda apakah kesan yang timbul sekiranya semangat perjuangan yang tinggi tiada dalam diri untuk mempertahankan Tanah air ? Tanah air kita mudah dirampas oleh orang lain Mudah berputus asa Mudah mengaku kalah Hak bangsa dan negara tidak terpelihara Cabaran sukar dipatahkan Kesilapan lalu mungkin akan berulang Pengaruh luar akan mudah menular Tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu Tidak yakin pada diri sendiri Tiada kesungguhan yang jitu Tidak pandai berdikari( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah)Nyatakan usaha yang perlu dilakukan oleh generasi hari ini untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia? Mengekalkan keamanan negara Menghormati hak asasi manusia lain Menghormati agama dan budaya lain. Menghormati prinsip demokrasi Menguasai ilmu pengetahuan Memelihara jati diri Mengamalkan budaya hidup sihat Tidak mamainkan isu sensitif Mengamalkan konsep 1 Malaysia Menghormati suara ramai Mewujudkan perpaduan kaum

( mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Ikhtibar ( 10 markah)Nyatakan nilai murni yang dapat dihayati daripada perjuangan para pemimpin tempatan dalam mempertahankan Tanah air?

Menjaga kedaulatan negara bersama-sama Sanggup berkorban untuk negara Pemimpin mestilah berdedikasi Menjaga nama baik negara Negara kita adalag tanggungjawab kita Bijak merancang strategi sebelum merancang Berani berjuang menentang musuh Setia kepada negara Cintakan negara Bersemangat waja Mempertahankan hak bangsa Menyokong perjuangan yang membawa kebaikan Menghargai pejuang Tanah air

( mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Merumus( 5 markah)Merumus isi yang telah dibincangkan. Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada bangsa,diri dan negara Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlangPenentangan pemimpin tempatan merupakan tindak balas mereka untuk memelihara hak dan maruah bangsa dan tanah air mereka yang dicerobohi oleh British.Kita harus mencontohi perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berkorban jiwa dan nyawa demi mempertahankan negara dan hak bangsa.Kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negara Malaysia agar kesenangan, keamanan dan kesejahteraan sedia ada dapat kita kecapi selamanya.Semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan terpelihara daripada apa jua bentuk penjajahan.Generasi hari ini mestilah mengambil ikhtibar daripada peristiwa lalu demi menjamin keamanan yang berpanjangan.

KERTAS 3BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIASoalan Umum:Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963 dan kegemilangannya kekal sehingga kini.Soalan KhususBincangkan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah membawa kepada kegemilangan dan keamanan malaysia sehingga kini.

1. Pendahuluan( 5 markah) Jelaskan secara umum tentang pembentukan Malaysia. Pelajar perlu menjelaskan latar belakang pembentukan Malaysia Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 136)

2. Memahami(30 markah) Terangkan cadangan pembentukan Malaysia berdasarkan perkara berikut: (a) Idea cadangan pembentukan Malaysia (b) Sebab-sebab pembentukan Malaysia dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial Pelajar perlu mengemukakan cadangan-cadangan pembentukan Malaysia dan sebab-sebab pembentukan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 137-138)

3. Menganalisis(15 markah)

Terangkan reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Pelajar mengemukakan jawapan dengan menerangkan reaksi terhadap pembentukan Malaysia Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 141-148 )

4. Mengaplikasi(15 markah) Bagaimanakah para pelajar dapat menunjukkan rasa sayang terhadap negara Malaysia? Menghayati sejarah negara Mencontohai tokoh negara Beilmu pengeetahuan yang mantap Bijak berfikir dan menilai Sentiasa bersyukur dengan keamanan negara Sedia berkorban harta dan nyawa Mengutamakan kepentingan negara Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan Sentiasa menjaga nama baik negara Sentiasa mengharumkan nama negara Mematuhi undang-undang negara kita( mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Menilai ( 10 markah)Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga hari ini. Malaysia berjaya melahirkan tokoh sukan yang bertaraf duni seperti Dato Lee Chong Wei Penghasilan produk makanan halal ke antarabangsa Model Perbankan Islam Pengeluar kereta seperti PROTON dan PRODUA Sebagai pusat pelancongan terkenal di mata dunia Mempunyai bahan mentah yang banyak seperti kelapa sawit Membina litar Formula One Mengadakan Le tour de Langkawi Malaysia Membina Litar Antarabangsa Sepang Membina Menara Berkembar Petronas( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah) (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia kini. (5m) Kadar kemiskinan yang masih tinggi Perpaduan yang kadangkala tergugat Kekurangan modal Penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat Kekurangan tenaga pakar dalam pelbagai bidang Masih bergantung kepada tenaga luar Kestabilan nilai mata wang Mewujudkan masyarakat penyayang dan perihatin Tenaga kerja kurang mahir Melahirkan modal insan kelas pertama Ancaman lanun di perairan Gejala sosial berleluasa Jenayah rasuah Meningkatkan taraf pemikiran rakyat (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m) Menjamin kesihatan rakyat Tiada gejala sosial Mengukuhkan perpaduan rakyat Menambah peluang pekerjaan Meningkatkan intergriti Meneroka teknologi baru Meningkatkan pendapatan negara Menggalakkan perlaburan asing Memajukan sistem pendidikan Menguasai ilmu teknologi maklumat( mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Ikhtibar ( 10 markah)Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia Kita bangga dengan negara Malaysia Kita dapat hidup aman dan damai Perpaduan dapat dijalinkan walaupun terdapat pelbagai kaum Menghargai kemerdekaan negara Malaysia Bangga sebagai rakyat Malaysia Tolak ansur dalam menghadapi konflik Ketabahan dalam menghadapi cabaran Tidak mementingkan diri sendiri Sentiasa muhasabah diri Tidak berputus asa Menghormati budaya dan agama kaum lain( mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Merumus( 5 markah)

Pada peringkat awal pembentukan Malaysia pelbagai rintangan dan tentangan di terima sama ada dari dalam mahupun luar negara seperti Indonesia dan Fillipna. Namun dengan kesabaran dan perbincangan yang baik akhirnya pembentukan Malaysia dapat dilakukan Justeru itu dalam mendapat sesuatu hasrat kita perlu bersungguh-sungguh dan berbincangan dnegan car yang etrbaik seperti dalam usaha pembentukan Malaysia Oleh itu perpaduan pelbagai kaum perlu diperkukuh untuk memastikan Malaysia sentiasa berada di dalam kemakmuran Mampu bersaing dengan mana-mana negara maju yang lain dalam ekonomi, politik dan sosial( mana-mana jawapan yang munasabah)