kertas cadangan pendidikan seni visual
DESCRIPTION
tugasan OUMTRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Pada tahun ini saya (pengkaji) telah diberi kepercayaan untuk mengajar mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk Tahun 4 Gemilang. Saya dapati murid-
murid kelihatan bersemangat dan begitu seronok untuk mempelajari mata
pelajaran ini. Akan tetapi, mereka masih lagi kurang pendedahan mengena
kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual menyebabkan pengetahuan
mereka mengenai subjek ini sangat terhad. Di samping itu, mereka tidak tahu
terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dipelajari yang secara tidak langsung
dapat membantu menjana kreativiti murid-murid sekolah.
Sebagai guru, saya berasa begitu terpanggil dan bertanggungjawab
untuk mendedahkan dan menyampaikan ilmu yang ada dan segala kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini
terutamanya kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai kerana
ini merupakan peluang saya untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan saya
tentang subjek ini.
Pada tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid-murid tahun 4
(dua kelas) bermula dari kelas elit hingga ke kelas cerdas (pelajar lemah dari
segi akademik). Sebagai persediaan awal untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, seperti biasa saya telah merangka rancangan
pengajaran mingguan bagi tahun 4. Saya membuat perancangan tersebut
mengikut tahap keupayaan dan kemampuan murid-murid kerana setiap kelas
mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Jadi saya perlu memastikan
bahawa aras yang digunakan adalah bersesuaian dengan keupayaan murid-
murid.
Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah mengajar murid-murid Tahun 4
Gemilang iaitu bidang Membuat Corak dan Rekaan. Untuk itu, murid perlu
melukis corak geometri ulangan untuk menghasilkan corak terancang dan
dijadikan sebagai alas dulang. Apa yang saya dapati adalah, terdapat beberapa
orang murid yang mengalami kesukaran untuk menghasilkan corak seperti yang
diarahkan oleh guru. Seperti yang diketahui umum, corak geometri terdiri
daripada pelbagai bentuk termasuk segi empat, segi tiga, bulat dan sebagainya.
Ada diantara murid yang tidak tahu melukis bentuk bulat. Secara tidak langsung
ia melemahkan semangat murid untuk menjalan aktiviti pada hari tersebut.
Apabila melihat situasi seperti ini, saya berasa sangat bimbang kerana
terdapat murid yang tidak tahu melukis bentuk-bentuk asas atau menghasilkan
dengan baik. Mereka lebih mengharapkan guru untuk menunjukkan beberapa
contoh hasil karya yang telah siap. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat
keputusan untuk mecari jalan untuk membantu murid memperbaiki kelemahan
atau teknik melukis supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lebih lancar.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pendidikan Seni Visual telah menggantikan nama Pendidikan Seni yang
terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di
sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual
sahaja manakala Pendidikan Seni sahaja merujuk merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sering dianggap mata pelajaran yang kurang penting untuk dipelajari kerana
ianya tidak berorientasikan peperiksaan seperti mata pelajaran Matematik,
Sains, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Adalah perlu bagi guru-guru yang
mengajar Pendidikan Seni Visual untuk mengubah tanggapan stereotaip tersebut
kerana Pendidikan Seni Visual adalah merupakan mata pelajaran yang sangat
2
penting untuk dipelajari kerana ia mampu untuk membantu murid untuk bermain
dengan kreativiti murid-murid dan bukan hanya sekadar aktiviti melukis dan
mewarna sahaja. Selain itu, mata pelajaran ini memberi peluang dan ruang
kepada murid untuk meneroka seberapa banyak kemahiran dan teknik yang
membolehkan murid bereksperimen dengan daya kreativiti masing-masing
dalam penghasilan karya.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan
mata pelajaran lain. Di samping itu, ia menjurus kepada seni tampak dan tidak
kepada seni-seni lain. Mata pelajaran ini juga lebih menegaskan dalam
penghasilan karya seni yang menekankan apek pemahaman, penghayatan, dan
kritikan di mana proses itu menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya
kreativiti individu.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu:
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal kraf tradisional
1.3 Penyataan Masalah
Setelah beberapa kali mengajar di kelas yang sama, saya dapati bahawa ramai
yang masih berfikiran ortodoks di mana mereka mengatakan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang tidak
berorientasikan peperiksaan. Ia juga dikatakan tidak wajib atau tidak penting
3
untuk dipelajari di sekolah rendah dan di peringkat menengah rendah. Namun
begitu, dalam penulisan kertas cadangan ini aspek yang dikaji ialah tentang
kemahiran murid dalam aktiviti melukis.
Saya mendapati 10 orang daripada 30 orang murid di dalam kelas itu
tidak menggunakan daya kreativiti masing-masing dan hanya meniru corak dan
warna yang ditunjukkan di papan putih. Murid-murid yang bermasalah dalam
proses melukis bentuk geometri terutama sekali bentuk bulat seringkali merungut
dan mengatakan bawaha mereka sukar untuk melukis bentuk tersebut sehingga
menyebabkan mereka cepat berasa bosan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang sedang dijalankan.
Masalah utama murid yang sebenarnya adalah mereka tidak mahir dalam
mengendalikan motor halus terutama apabila menggunakan pensel, gunting
serta alatan melukis yang lain. Ramai murid boleh melukis dengan baik tetapi
apabila aktiviti yang melibatkan mereka untuk melukis bentuk-bentuk asas
terutamanya bentuk bulat mereka tidak mampu untuk menghasilkannya tanpa
menggunakan bantuan alat seperti jangka lukis, protaktor dan alatan
seumpamanya sepertimana yang mereka pernah gunakan dalam mata pelajaran
Matematik.
1.4 Tinjauan Awal
Saya telah menjalankan satu tinjauan awal untuk memastikan murid-murid yang
dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian kertas cadangan adalah murid-
murid yang benar-benar menghadapi masalah dalam proses melukis bentuk
betuk asas atau bentuk geometri. Tinjauan awal dibuat untuk mengesan sejauh
mana masalah yang dialami oleh murid-murid tersebut. Ia juga dibuat
berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada
waktu sebelum ini.
4
Hasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari kelas Tahun 4
Gemilang, seramai 10 orang murid yang dikenal pasti menghadapi masalah
dalam proses melukis bentuk bentuk asas berdasarkan tingkah laku mereka di
dalam kelas yang sering termenung, mengeluh dan dan kelihatan tertekan
dengan sesi pengajaran dan pembelajaran serta hasil karya yang dihantar.
1.5 Sorotan Kajian
Merujuk kepada kajian yang terdahulu, iaitu kajian yang dibuat oleh Bayrei bin
Asrin, Rohaya bte Kamis, Roseidayu bte Elias dan Jered Yutui bertajuk menilai
Perkembangan Psikomotor Halus Kanak-kanak Prasekolah (2008), secara
umumnya, kajian yang telah dijalankan oleh mereka adalah untuk melihat pada
aspek perkembangan psikomotor halus responden. Pengkaji menggunakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan psikomotor halus kanak-kanak dan
melalui aktiviti ini juga, pengkaji akan merekod segala tingkahlaku responden
dan mengenal pasti sama ada aspek psikomotor halus dan koordinasi mata
tangan responden sudah mempunyai perkembangan yang sesuai dengan
umurnya. Ini adalah sejajar dengan objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji iaitu
untuk mengenal pasti tahap perkembangan psikomotor halus kanak-kanak yang
diperhati, mengenal pasti aktiviti yang sesuai bagimerangsang perkembangan
psikomotor halus kanak-kanak dan dapat membantu merangsang
perkembangan psikomotor halus responden.
Perkembangan psikomotor halus berkait rapat dengan perkembangan
melukis bagi kanak-kanak. Hal ini demilikian, kemahiran melukis mereka dapat
dilihat menerusi hasil lukisan mereka mengikut beberapa peringkat iaitu sejak
dari kecil sehingga dewasa.
Menurut kajian Victor Lowenfeld dan Brittain (1986), perkembangan
kanak-kanak dapat dilihat menerusi lukisan yang dihasilkan oleh mereka yang
mana perkembangan itu dapat menerangkan subjek yang dilukis serta keadaan
persekitaran mereka. Manakala Fox & Diffi pula “golongan profesional dapat
5
mengenal pasti perkembangan kanak-kanak dari segi sosio emosi,
psikomotor ,kognitif dan seterusnya dapat menyediakan peluang kepada kanak-
kanak untuk meluahkan idea dan kreativiti mereka.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Lukisan merupakan salah satu daripada aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni
halus. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej
yang dilukis secara teliti. Unsur-unsur seni merangkap garisan, rupa, bentuk, jalinan
serta warna. Sudah jelas dinyatakan di situ bahawa bentuk dan rupa merupakan
elemen penting dalam penghasilan sesebuah lukisan yang baik. Walaupun saya
mengesan terdapat pelbagai masalah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual tetapi
saya hanya memfokuskan kepada masalah murid tahun 4 yang tidak dapat melukis
bentuk geometri dengan betul. Perkara ini perlu diberi penekanan yang lebih supaya
murid-murid tidak lagi mengeluh sekiranya mereka ditugaskan untuk menjalankan
aktiviti yang melibatkan langkah membuat bulatan.
2.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan pengamatan saya, murid-murid tahun 4 Gemilang mengalami
masalah untuk melukis bentuk-bentuk geometri terutamanya bentuk bulat. Oleh
itu, beberapa langkah perlu diambil dalam usaha meningkatkan kemahiran
murid untuk dalam proses melukis terutamanya melukis bentuk bulat. Oleh itu,
beberapa langkah-langkah telah diambil untuk mengetahui sejauh mana
masalah tersebut mempengaruhi murid. Berikut adalah langkah-langkah dalam
tinjauan masalah yang telah diambil.
6
2.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual yang berkaitan dengan tajuk yang memerlukan
murid untuk melukis bentuk bulat dan bentuk-bentuk asas yang lain
seperti segi empat, segi tiga, dan segi empat tepat. Tujuan pemerhatian
dibuat adalah untuk melihat perbandingan hasil lukisan murid-murid
(lukisan bentuk-bentuk asas). Elemen-elemen yang diambil kira dalam
pemerhatian saya ialah elemen persekitaran, tingkah laku dan reaksi
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
Permerhatian akan dibuat oleh guru secara langsung dan tidak langsung.
2.1.2 Ujian Pra
Ujian pra dibuat untuk mengesan murid-murid yang menghadapi masalah
dalam aktiviti melukis bentuk bulat. Saya menyediakan soalan-soalan
dalam ujian pra untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
permasalahan tersebut. Menerusi ujian Pra, saya dapat mengetahui
tahap masalah yang dihadapi oleh murid.
2.1.3 Ujian Pos
Ujian pos dilakukan setelah saya mengenal pasti murid-murid yang
bermasalah dalam proses melukis bentuk bulat. Seramai 10 orang murid
dari tahun 4 Gemilang yang mengalami kesukaran untuk melukis bentuk
bulat. Murid-murid tersebut akan dipilih sebagai sampel kepada kajian
saya. Ujian pos pula akan diberikan kepada sampel untuk melihat
7
perbandingan dan hasil yang diperolehi setelah kaedah ‘Geometri Kit’
dan bantuan teknologi iaitu penghasilan bentuk menggunakan ‘Microsoft
Office’ digunakan dalam sesi pengajaran yang yang berikutnya. Ia
bertujuan untuk melihat keberkesanan menggunakan kaedah tersebut
samada membantu murid atau tidak.
2.1.4 Soal Selidik
Borang soal selidik juga saya edarkan kepada mereka yang terpilih
(lemah), bagi mendapatkan respon ataupun maklumbalas daripada
mereka terhadap aktiviti yang melibatkan proses melukis. Dengan cara ini
saya juga boleh mendapatkan punca-punca masalah yang mereka
hadapi dalam proses menguasai kemahiran membuat bentuk-bentuk
asas terutamanya bentuk bulat. Borang ini diisi selepas tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan dibuat secara telus dan
jujur. Selepas ujian pos juga, satu lagi borang soal selidik akan diberikan
bagi mengetahui tahap keberkesanan dan tarikan permainan tersebut
kepada murid yang lemah sebentar tadi.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
2.2.1 Pemerhatian
Guru mengambil kira elemen-elemen eskpresi dalam penghasilan karya
murid-murid untuk mengenal pasti sejauh mana tahap daya kreativiti
mereka. Sebagai contoh, daripada cara mewarna menggunakan warna
pensel atau ‘oil pastel’, penggunaan warna samada warna sejuk atau
8
warna panas, susun atur bentuk geometri dalam penghasilan corak
(menghasilkan alas meja), kekemasan warna hasil karya, tingkah laku
murid semasa menghasilkan karya dan cara interaksi antara murid dan
guru dan antara murid dan murid.
Guru akan menyediakan satu borang yang merujuk kepada
tingkah laku murid sepanjang berlakunya sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara item-item yang akan dilihat
dalam borang pemerhatian tersebut ialah tingkahlaku murid semasa
menjalankan aktiviti melukis bentuk bulat, reaksi muka mereka, faktor-
faktor yang menyumbangkan kepada berlakunya masalah.
2.2.3 Soal Selidik
Bil PerkaraRespon
Ya Tidak
1 Saya minat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
2
Guru Pendidikan Seni Visual dapat menarik
perhatian saya untuk menyertai setiap aktiviti P&P
yang dijalankan.
3 Saya suka melukis
4 Saya suka mewarna
5Saya sukakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan melukis
6Saya sukar melukis bentuk-bentuk geometri
dengan tepat
7Saya boleh bezakan bentuk-bentuk asas (segi
empat, segitiga, bulat, segi empat tepat)
9
8Bidang menggambar merupakan bidang
kegemaran saya.
9Saya sentiasa bersedia untuk mempelajari
Pendidikan Seni Visual
10
Saya akan memberikan kerjasama yang baik
setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.
Jadual 2 : Soal Selidik Perkara Berkaitan
Melalui tinjauan-tinjauan yang dilakukan seperti pemerhatian, ujian pra dan pos, soal
selidik dan temu bual yang akan saya lakukan, saya yakin punca kepada masalah ini
akan dapat saya temui seterusnya saya dapat mengatasinya dengan kaedah baru yang
telah saya cipta. Memandangkan golongan sasaran kajian tindakan saya merupakan
murid-murid peringkat rendah, maka saya yakin dengan menggunakan bantuan
teknologi iaitu dengan menggunakan ‘Microsoft Office’, murid-murid dapat meningkatkan
kemahiran motor halus mereka dalam melukis bentuk bulat seiring dengan tahap dan
keupayaan mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
3.1.1 Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk melukis
bentuk geometri dengan menggunakan ‘Microsoft Office - Powerpoint’.
10
3.1.2 Khusus
Murid dapat melukis bentuk bulat dengan lebih baik dan tepat.
Murid dapat membezakan antara bentuk bulat dan bujur.
Murid dapat mengaplikasikan teknologi (Microsoft Office – Powerpoint)
dalam penghasilan karya.
3.2 Soalan Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan berikut :
Adakah murid dapat melukis bentuk bulat dengan mudah dan betul?
Adakah murid dapat membezakan antara bentuk bulat dan bujur apabila
ditanya?
a. Adakah murid dapat merasakan perbezaan sebelum dan selepas
mengaplikasikan bantuan teknologi ‘Microsoft Office - Powerpoint’ dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran?
3.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual, murid serta
penggubal kurikulum kerana kajian ini membolehkan guru mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid terhadap mata pelajaran ini. Kajian
ini juga penting bagi membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka
untuk melukis bentuk bulat. Hal ini demikian, aspek seni sangat mementingkan
11
bentuk-bentuk asas sebagai langkah awal sebelum menghasilkan imej yang
ingin kita lukiskan seperti imej manusia, pemandangan dan sebagainya.
Selain itu, hasil kajian ini juga dapat mengubah persepsi murid tentang
minat mereka terhadap aktiviti melukis dalam bidang kegiatan membuat corak
dan rekaan. Perkara yang paling penting ialah selepas ini murid tahu
mengaplikasikan kaedah ini dalam bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual
selain daripada bidang membuat corak dan rekaan dan seterusnya dapat
mencapai objektif pengajaran dan hasil pembelajaran dengan lebih baik dan
efektif.
3.4 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid tahun 4 Gemilang, Sekolah
Kebangsaan Simpang Pulai yang juga merupakan murid yang dipilih
berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran melukis bentuk-bentuk
geometri. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu bagi mengenal pasti
murid-murid yang benar lemah dan kurang berkemahiran melukis.
12
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 10 orang yang terdiri daripada murid kelas elit Tahun
4 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai. Murid-murid ini dipilih berdasarkan
pencapaian mereka di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
13
5.0 Cadangan Tindakan
5.1 Perancangan Tindakan
Setelah menjalankan ujian Pra ke atas murid-murid tahun 4 Gemilang, 10 orang
dipilih dan akan manjalani bimbingan klinikal menggunakan ‘Microsoft Office -
Powerpoint’. Antara aktiviti yang akan dijalankan dalam bimbingan ini ialah :
5.1.1 Aktiviti 1 (perkenalkan alat bantuan mengajar)
a. Setiap murid (10 orang yang dipilih) dibawa ke makmal komputer.
b. Kemudian, setiap daripada mereka juga akan diberi peluang untuk
menggunakan sebuah komputer seorang.
14
5.1.2 Aktiviti 2 (Cara untuk menggunakan ‘Microsoft Office - Powerpoint’)
a. Setiap murid diminta untuk mendengar arahan guru dengan baik
tentang cara mengendalikan perisian ‘Microsoft Office - Powerpoint’.
b. Guru memperkenalkan setiap fungsi butang dan menu yang terdapat
pada ‘toolbar’ dalam perisian ‘Microsoft Office - Powerpoint’
c. Guru menerangkan tentang cara melukis bentuk-bentuk geometri
menggunakan ‘Microsoft Office - Powerpoint’
d. Setelah faham, murid menyusun atur bentuk-bentuk sehingga
menjadi corak terancang.
e. Murid digalakkan untuk bereksperimen dengan warna.(warna kontra
adalah amat digalakkan)
f. Murid persembahkan hasil kerja.
5.1.3 Model Kurt Lewin
a. Mengenalpasti idea
- Mengenalpasti masalah yang ketara ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu
kemahiran melukis bentuk bulat.
b. Pencarian fakta
- Mencari fakta-fakta berkaitan kemahiran menggunting
melalui sumber-sumber seperti artikel, jurnal dan internet.
c. Perancangan pelan tindakan
d. Pelaksanaan tindakan
15
e. Penilaian tindakan yang diambil
f. Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari
langkah e.
g. Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu berikutnya
melalui beberapa kitar.
16
Mengenalpasti
idea
Pencarian fakta
Perancangan pelan
tindakan
Pelaksanaan
tindakan
Ambil langkah
tindakan yang
seterusnya melalui
beberapa kitar
Ulangkaji pelan
tindakan
Ulangkaji pelan
tindakan
5.2 Prosedur cara mengumpul data
5.2.1 Instrumen Kajian
Bagi mendapatkan data kajian, saya menggunakan ujian pra
sebanyak dua kali bagi mengenal pasti murid-murid yang lemah
dari segi kemahiran melukis bentuk bulat. Kemudian 10 orang
daripada murid-murid yang kurang bimbingan menggunakan
kaedah yang saya cipta.
Selepas itu,saya telah menyediakan beberapa soalan
yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk sesi temu bual bagi bagi
mencari punca atau faktor yang menyebabkan mereka menjadi
kurang berkemahiran bagi melukis bentuk asas iaitu bulat. Saya
juga menggunakan pemerhatian dalam kajian saya ini di mana
saya melihat reaksi-reaksi fizikal mereka semasa saya mengajar
dan semasa mereka menjalani bimbingan menggunakan kaedah
yang telah dicipta.
Di samping itu juga, borang soal selidik juga disediakan
dan diedarkan kepada responden/murid yang dipilih bagi
mengukuhkan lagi faktor atau punca yang menyebabkan murid
lemah dalam aktiviti yang menyebabkan mereka lemah dalam
17
melukis bentuk bulat dalam bidang kegiatan menggambar.
Seterusnya borang soal selidik akan diberikan semasa ujian Pra
dan selepas ujian Pos bagi mendapatkan respon terhadap
keberkesanan kaedah yang telah diperkenalkan semasa aktiviti
bimbingan.
5.2.2 Kebolehpercayaan Data
Soalan pra yang dilakukan sebanyak dua kali adalah bertujuan untuk
memastikan murid yang dipilih merupakan murid yang betul-betul
menghadapi masalah dalam melukis bentuk bulat.
Soal selidik juga dijalankan kepada murid-murid yang menghadapi
masalah sahaja dan borang soal selidik ini dijalankan ditempat yang
dipilih khas oleh guru bagi mengelakkan gangguan daripada rakan-rakan
lain. Jawapan yang diberikan juga tidak boleh ditiru daripada rakan-
rakan lain.(rujuk jadual 2 dan 3 ).
Ujian pos dijalankan selepas bimbingan diberikan kepada murid-
murid yang lemah tadi. Bimbingan yang dimaksudkan adalah bimbingan
yang menggunakan ‘Microsoft Office - Powerpoint’. Soalan ujian pos
adalah sama dengan ujian pra bagi mengenal pasti dan menilai tahap
keberkesanan penggunaan kaedah ini.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.3.1 Kaedah Eksperimen
- Saya akan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen jenis reka
bentuk berkumpulan-kawalan. Ia dijalankan ke atas satu kumpulan
subjek kajian sahaja.Ujian pradiberikan sebelum rawatan diberikan
18
kepada subjek kajian,sementara ujian pos dijalankan selepas
rawatan diberikan.
5.3.2 Data kuantitatif
- Hasil ujian pra dan pos yang saya telah jalankan,saya akan
sediakan satu carta bar supaya data itu dapat dinilai dengan lebih
jelas. Carta bar ini juga saya akan bandingkan bagi melihat
perbezaan selepas ujian pra dan pos.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Tindakan ini dirancang mengambil tempoh seminggu iaitu dari ______ 2015.
Manakala sesi bimbingan pula mengambil masa seminggu atau 7 kali
pusingan permainan bermula ________ 2015.
19
5.4.1 Jadual perlaksanaan kajian
Bil AktivitiTarikh
perlaksanaan
1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
data awal
2 Menulis kertas cadangan
3 Merancang tindakan
4 Melaksanakan tindakan aktiviti
5Membincangkan masalah yang timbul dalam
aktiviti
6 Refleksi kajian
7 Menulis laporan kajian
8 Pembentangan dapatan kajian
6.0 Kesimpulan
Menerusi kertas cadangan ini, diharapkan murid-murid dapat
menggunakan kemahiran, teknik-teknik dan teknologi sebagai elemen ekpresi
dalam penghasilan hasil karya dan mampu untuk meningkatkan daya kreativiti
masing-masing.
20
7.0 Rujukan
Dr. David Lim Chong Hin, Dr Nor Azizah Salleh (UKM), Prof Madya Dr Saat Md Yassin, Prof
Madya Dr Mohd Kidin Sahran, Prof Madya Dr. Alias Mohd Yatim, Prof Dr Abdul Razak Habib.
(MAC 2007), HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, Unitem Sdn Bhd.
Prof. Dr. Haji Shukur Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria. (2007).
HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Unitem Sdn.Bhd.
Lim Chong Hin, 2007, Penyelidikan Pendidikan-Pendidikan Kuantitatif dan Pendekatan
Kualitatif.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Kuala
Lumpur : DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).(2000).Huraian Sukatan Pelajaran
21
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Terengganu, (2007), Jabatan Pelajaran Terengganu.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2067887
22