kertas kerja iq-best 1435h.doc
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA
KERTAS KERJA DASAR PROGRAM IQ-BEST SKKR 2014
KERTAS KERJA DASARPROGRAM RAMADHAN2014 M / 1435 H IQ-BESTSK KAMPONG RAJA,
PAGOH, MUAR.
( JBA 5029 )1.0 PENDAHULUANRamadhan sudahpun menjelang tiba. Bulan penuh rahmat dan keberkatan ini disambut penuh meriah oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi yang mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup mereka, Ramadhan menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri dan keluarga yang lebih dekat dengan Allah S.W.T. Nabi S.A.W. bersabda dalam suatu hadith yang bermaksud:
Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan keimanan dan penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.
Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut, seluruh warga SK Kampong Raja telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. dengan menjayakan suatu program pembentukan yang diberi nama IQ-BEST.
Pembentukan program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk kelangsungan tarbiyah warga SKKR di bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini merangkumi manfaat 3 dalam satu yang mana meliputi Kem Bestari Solat, Iftar Jamaie dan Qiamullail.2.0NAMA PROJEK
IQ-BEST
Program ini diberi nama IQ-BEST dengan singkatan rangkuman daripada 3 program kerohanian di dalamnya.
I = Iftar Jamaie
Iaitu satu bentuk aktiviti berbuka puasa secara bersama-sama dan bermai-ramai. Selain menggalakkan sunnah berbuka secara berjemaah, ia secara tidak langsung merapatkan hubungan warga SKKR seperti sebuah keluarga.Q = QiamullailQiamullail merupakan satu daripada sunnah Nabi s.a.w yang tersembunyi pelbagai rahsia keberkatan dan kenikmatan bagi yang melaksanakannya. Ia menjadikan hubungan diantara hamba dan Pencipta bertambah erat dengan komunikasi kerohanian secara terus dihening kepekatan malam hari.BEST = Kem BESTari SolatSolat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam kehidupan seharian3.0TARIKH/MASA
*
TARIKH / HARIMASA
11.7.2014 ( JUMAAT )2.30 petang Hari Jumaat sehingga 7.00 pagi Hari sabtu
12.7.2014 ( SABTU )
*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan4.0TEMPAT
Sk Kampong Raja, Pagoh, Muar, Johor.
5.0 OBJEKTIF1) Iftar dan Qiamullail ini diadakan bertujuan :1. Menghidupkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang tersusun demi melahirkan masyarakat yang beriman, bertaqwa, berakhlak dan beramal soleh.
2. Meraih keberkatan dan fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
3. Mengimarahkan surau dan sekitar sekolah dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan berkebajikan
4. Merapatkan ukhuwah sesama Muslim di antara guru-guru, murid-murid dan warga SKKR sebagai sebuah keluarga.2) Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan: 1. Mengetahui kepentingan solat
2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancer
6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
6.0 KUMPULAN SASARAN
1. KEM BESTARI SOLAT = semua 96 orang murid Tahun 1- Tahun 4.2. IFTAR
= semua 138 orang murid Tahun 1- Tahun 6
3. QIAMULLAIL
= semua 43 orang murid Tahun 5- Tahun 6
7.0JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 17.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA1. Pengerusi: Membentuk jawatankuasa pelaksana Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan2. Setiausaha:
Menguruskan surat-menyurat
Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
3. Bendahari:
Menyedia anggaran perbelanjaan
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
Menyedia laporan kewangan
4. Pendaftaran/buku program:
Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan fail
Menyediakan buku program
5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat: Menentukan perkataan untuk backdrop
Menentukan pengerusi majlis
Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
Mengagihkan kumpulan peserta
Menyediakan borang-borang
6. Makanan minuman:
Membentuk jawatankuasa kecil Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program
Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.7. Fasilitator/Pengisian:
Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK
8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula
Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
Menyedia senarai barangan keperluan peserta
9. Dokumentasi/Penilaian:
Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
Menyelaras agenda post-mortem program
10. Multimedia/Publisiti:
Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
Menyediakan banner dan sepanduk publisiti
11. Teknikal dan peralatan
Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon, pembesar suara dan lain-lain.
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
9.0 KEWANGANRujuk Lampiran 3LAMPIRAN 1JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHATTN HJ LOKMAN BIN HASSAN
PENGERUSIEN ZAM ZAM BIN TUMIJAN ( GPK KOKO )
NAIB PENGERUSIEN ASYRAF BIN AHMAD BAJURI ( GPK 1 )PN HJH AZAH BT NAMAN ( GPK HEM )
SETIAUSAHAEN MAZHAM BIN ABDULLAH
BENDAHARICIK NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN
PENDAFTARAN / BUKU PROGRAMCIK NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN
URUSETIA / PROTOKOL / PERSIAPAN TEMPATEN NORIZAM BIN MOHAMEDPN ZALINA BT ZAKARIA
PN SITI MAHANUM BT BEBIT
IFTAR / JAMUANPN HALIMAH BT MAERAJPN NORHAYATI BT MOEN
MULTIMEDIA / PUBLISITIPN NOOR ADREEN BT MD HAMDANI
PN SHAHRIZAN BT WAHAB
DOKUMENTASI DAN PENILAIANEN MAZHAM BIN ABDULLAH
CIK NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN
FASILITATOR KBSSEMUA GURU PEMBIMBING
KESELAMATAN / KEBAJIKAN / DISISPLINEN MISMAN BIN NGADINON
PN SITI ROHANI BT TALIB
TEKNIKAL / PERALATANEN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
EN IKMAL FIRDAUS BIN ABD WAHAB
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM
JUMAAT ( 11.7.2014 )
MASAAKTIVITIGURU BERTUGAS
2.30 pm1. Pendaftaran peserta
2. Murid-murid berkumpul.Noor Syahidah bt Shabuddin
Pn Zalina bt Zakaria
3.00 pm1. Taklimat ringkas Kem Bestari Solat kali ke-3
2. Bacaan Asmaul Husna dan nyanyian Lagu Tema, Sepohon Kayu Noor Syahidah bt Shabuddin
3.15 pm1. Pembahagian Kumpulan
Iman KidsPn Farhana bt Abd AzizPn Shahrizan bt Wahab
Ihsan KidsEn Mazham bin AbdullahEn Norizam bin Mohamed
En Ikmal Firdaus bin Abdul Wahab
Ikhlas KidsPn Norhayati bt MoenPn Halimah bt Maeraj
Ilham KidsPn Zalina bt ZakariaCik Noor Syahidah Shabuddin
Pn Noor Adreen bt Md Hamdani
Itqan KidsPn Siti Rohani bt TalibPn Siti Mahanum bt Bebit
Ilmu KidsEn Mohd Misman bin NgadinonEn Abdul Razak bin Ismail
3.30 pmLDK 1, LDK 2, Amali WudhukSemua guru pembimbing kumpulan
4.30 pmSolat Asar BerjemaahEn Norizam bin MohamedEn Abdul Razak bin Ismail
4.45 pmTazkirah AsarEn Asyraf bin Ahmad Bajuri
5.00 pmSlot Tayangan VideoPenutup Kem Bestari SolatPn Shahrizan bt WahabPn Noor Adreen bt Md Hamdani
Cik Noor Syahidah Shabuddin
6.00 pmPendaftaran Qiamullail murid Tahun 5 dan 6
Taklimat QiamullailEn Mazham bin Abdullah
6.30 pmPersiapan IftarPn Halimah bt MaerajPn Norhayati bt Moen
7.30 pmIftar PerdanaSemua guru
7.45 pmSolat Maghrib dan TazkirahMurid-murid Tahun 1-4 pulang ke rumahEn Asyraf bin Ahmad Bajuri
8.15 pmPersiapan Solat Sunat TarawihEn Mazham bin Abdullah
Pn Zalina bt Zakaria
Pn Siti Mahanum bt Bebit
10.00 pmMinum MalamPn Siti Rohani bt Talib
10.30 pmSlot Muhasabah / Motivasi Kerohanian / Jati DiriPn Hjh Azah bt Naman
Fasilitator Jemputan
11.30 pmPersiapan tempat tidur
TidurCik Noor Syahidah Shabuddin
4.30 amPersiapan QiamullailEn Mazham bin AbdullahCik Noor Syahidah bt Shabuddin
SABTU ( 12.7.2014 )
MASAAKTIVITIGURU BERTUGAS
5.00 amSahur PerdanaCik Noor Syahidah bt Shabuddin
Pn Hjh Azah bt Naman
5.45 amSolat Subuh BerjemaahEn Mohd Misman bin Ngadinon
En Ikmal Firdaus bin Abdul Wahab
6.15 amTakirah SubuhEn Mazham bin Abdullah
6.30 amUcapan / Ulasan guruPn Hjh Azah bt Naman
En Asyraf bin Ahmad Bajuri
En Zam Zam bin Tumijan
7.00 amMajlis Bersurai
Murid-murid pulang ke rumah masing-masingCik Noor Syahidah bt ShabuddinPn Zalina bt Zakaria
*Tentatif program tertakluk kepada sebarang pindaan / perubahan.
LAMPIRAN 3
KEWANGANDalam usaha untuk menjayakan Program Ramadhan IQ-BEST bagi Tahun 2014 ini, pihak jawatankuasa telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan dana mahupun peruntukan demi memastikan kem ini berjalan lancar. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan kewangan adalah seperti berikut:
PENDAPATANBilPerkaraKosKuantiti / UnitJumlah
1Peruntukan Kem Bestari Solat KPMRM 1.5585 orang muridRM 131.75
2Panitia Agama Islam SKKRRM 2138 orang muridRM276
JUMLAH :RM 407.75
PERBELANJAAN
BilPerkaraKosKuantiti / UnitJumlah
1Jamuan Iftar / Berbuka PuasaRM 5138 Orang ( Tahun 1-6 ) RM 690
30 Orang (Guru, Ibubapa, Fasilitator )RM 150
2Jamuan SahurRM 443 Orang
( Tahun 5-6 )RM 172
17 Orang(Guru, Fasilitator )RM 68
3Pengisian Kem Bestari Solat / QiamullailRM 50
4Edaran / Publisiti / Brosur / BannerRM 100
5Lain-lainRM 100
JUMLAH :RM 1330
10.0 PENUTUP
Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Besarlah harapan kami di pihak penyelaras program agar program ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang jasmani, rohani, intelek dan sosialnya selaras dengan perintah Allah Taala dan dengan itu membentuk jiwa pelajar yang murni dan berakhlak mulia melalui kembara rohani seperti ini. Aminn ya Rabbal Alamiin..Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Disahkan oleh:Noor Syahidah binti ShabuddinEn Mazham bin Abdullah
Guru j-QAF
Ketua Panatia Pendidikan IslamSk Kampong Raja, Pagoh, Muar.Sk Kampong Raja, Pagoh, Muar.
PAGE 1