kertas kerja karnival keusahawanan siswa ( … · karnival keusahawanan siswa (kks) 26 mac 2014 3...
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS )
TEMA
BERKONGSI KECERIAAN BERSAMA KOMUNITI
“PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN”
TARIKH
26 MAC 2014
LOKASI
DATARAN 3B 301, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK),
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
2
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
KERTAS KERJA PROJEK
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa/i yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial
& Kemanusiaan (FSSK) , Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti
Sains Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2013/2014 berbesar hati ingin
menganjurkan program KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Projek ini
diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UKM terutamanya
pelajar gugusan Sains Sosial tentang kepentingan nilai-nilai keusahawanan disamping tidak
melupakan isu sosial. Projek ini dilihat selaras dengan inisiatif pihak fakulti dan universiti
untuk mengantarabangsakan pelajarnya di samping memberi gambaran dan cabaran sebenar
mengenai dunia luar dan tidak hanya menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat
pengajian kelak. Projek ini turut berfungsi menyuntik semangat pelajar untuk mencabar diri
agar lebih maju ke hadapan seterusnya memperkasakan kemampuan diri sedia ada agar lebih
berketrampilan, berdisiplin dan berwawasan, seiring dengan usaha melahirkan pelajar minda
kelas pertama. Dengan adanya peluang program seperti ini, segala nilai yang bermanfaat
dapat diterap dan diaplikasi dalam diri pelajar.
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan bagi merealisasikan projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN
SISWA (KKS) yang ingin dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (PMFSSK) .
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya
PMFSSK merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, UKM. Dahulunya, PMFSSK dikenali sebagai PRISSMA dan ia
telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bertujuan membentuk
imej baru kepada persatuan tersebut.
2.2 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan ikatan siraturrahim dan mahu
mewujudkan pelajar minda kelas pertama, maka PMFSSK ingin mengambil inisiatif
untuk mengadakan satu program bentuk keusahawanan iaitu projek KARNIVAL
KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Program ini diadakan buat pertama kalinya,
bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar FSSK mengenai pengurusan berkesan
dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
3
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
keusahawanan. Di samping itu, program ini turut membuka peluang kepada peserta
untuk berinteraksi dengan pelajar Fakulti lain agar ilmu dan pengalaman dapat
dikongsi bersama di peringkat antarabangsa dan global kelak.
2.3 Projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) merupakan projek jangka
panjang yang dicadangkan pelaksanaan secara bersiri setiap tahun. Promosi jualan
dan slot bimbingan usahawan akan diadakan kepada warga Fakulti dan pelajar
warga universiti secara keseluruhannya. Selain itu, sub-sub projek KKS akan
diteruskan untuk jangka masa panjang.
3.0 MISI
Misi utama KKS adalah untuk menangani isu sosial dengan menggunakan pendekatan bisnes
dan menjadikan golongan muda sebagai sukarelawan utama supaya mereka dapat menjadi
orang yang membantu dalam meningkatkan ekonomi gologan yang kurang berupaya.
4.0 OBJEKTIF
a. Memberi latihan, kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa dan membantu mereka
meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui perniagaan dan mereka akan berkongsi ilmu dalam
perniagaan dan pengalaman sebagai usahawan asli.
b. Memberi pendedahan kepada mahasiswa FSSK mengenai pengurusan berkesan dan mengasah
bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program keusahawanan.
c. Memberi gambaran dan cabaran sebenar kepada pelajar mengenai dunia luar dan tidak hanya
menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat pengajian kelak.
d. Melatih minda pelajar agar berfikiran kreatif, kritis dan profesional dalam meneroka
bidang keusahawanan global.
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
4
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
5.0 RANCANGAN PEMASARAN
5.1 Pelanggan
Lokasi dan sasaran pasaran
Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan Universiti
Kebangsaan Malaysia seperti di FEP,FSSK,FUU,FPI,FST dan lain-lain. Kawasan pasaran ini
dipilih kerana ramai pelanggan (pelajar) atau sasaran pelanggan berkunjung untuk
mendapatkan alatan keperluan atau barang kehendak bagi yang berkemampuan. Selain itu,
kemudahan fasiliti antara sebab kami memasarkan produk kami di kawasan ini.
Selain itu, kami juga mempunyai pelan untuk memberi peluang kepada usahawan siswa
memasarkan produk mereka di universiti lain dalam Malaysia dalam jangka masa panjang.
Anggaran bilangan pelanggan
Kami mensasarkan jualan kami kepada semua pelajar yang sering berkunjung ke FSSK sama
ada dengan tujuan pengkuliahan, perbincangan kumpulan dan lain-lain. Anggaran bilangan
pelajar pula adalah sekitar 300 hingga 400 orang sepanjang program berlangsung.
Ciri-ciri pelanggan :
1. PENGGUNA AKHIR
- Individu yang membeli dan menggunakan produk kami untuk kegunaan
peribadi atau ahli keluarga.
- Individu yang mempunyai lebihan pendapatan untuk mendapatkan produk
ini.
2. PENGGUNA FAKULTI
- Organisasi yang menggunakan atau membeli untuk tujuan operasi syarikat
atau dihadiahkan kepada pengguna akhir.
- Pihak Kedekanan Fakulti dan orang persendirian mendapatkan produk
KKS bagi tujuan cenderamata kepada pengguna lain.
5.2 Strategi Penetapan Harga
SPiNE mengenalpasti harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna iaitu para
pelajar kami dan memastikan nilai yang dibayar oleh pembeli sebagai petukaran untuk
mendapatkan keberkesanan penggunaannya. Oleh itu, KKS memilih penetapan harga
berdasarkan harga produk baru iaitu harga penembusan. Harga penembusan ialah strategi
meletakkan harga permulaan pada tingkat harga yang rendah untuk menembusi pasaran yang
lebih luas. Melalui harga penembusan syarikat kami meletakan harga yang rendah iaitu
RM2.00. Dengan harga ini, kami berharap untuk mendapatkan kesetiaan pengguna terhadap
produk kami.
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
5
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
Strategi harga penembusan ini dapat menggalakkan pembelian dengan lebih meluas
lagi untuk menembusi pasaran di Universiti. Ini boleh membantu KKS meningkatkan syer
pasaran dengan lebih besar kelak.
5.4 Konsep Promosi
KKS menggunakan promosi sebagai satu medium untuk mempromosi, menggalakkan, dan
meyakinkan pengguna supaya mencuba dan membeli produk KKS. Objektif utama promosi
KKS ialah untuk memyampaikan maklumat mengenai produk kami iaitu jenis produk, harga,
fungsi dan manfaat. Selain itu,promosi diharap dapat menstabilkan dan meningkatkan jualan,
memposisikan, serta membina imej KKS. KKS memilih promosi dari segi pengiklanan,
jualan peribadi dan promosi jualan yang akan diperkembangkan kepada Facebook, Twitter,
Vlog dan juga Youtube.
6.0 PRODUK JUALAN KKS
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
6
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
8.0 PERANCANGAN PROGRAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA
Rujuk Lampiran B
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
7
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
10.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila
hubungi:
Urusetia KKS,
Persatuan Mahasiswa FSSK,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor.
(u/p : Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir )
Tel. : +6017-4065764
Faks. : +603-89252836
Emel : [email protected]
11.0 PENUTUP
.
Projek perintis keusahawan sosial seperti KKS yang berbentuk satu organisasi diurus dan
ditadbir oleh pelajar gugusan sains sosial dibawah bimbingan dan pemerhatian dari HEJIM,
FSSK dan juga CESMED-UKM. Projek KKS ini akan melibatkan mahasiswa yang
berdedikasi dan berwawasan dalam bersama mewujudkan suatu peluang pembangunan yang
mapan dari segi sosial dan ekonomi buat masyarakat yang memerlukan. KKS dijangka
menjadi platform terbaik untuk pelajar gugusan sains sosial untuk mengasah dan
meningkatkan nilai dan kebolehpasaran mahasiswa.
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
8
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
9
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
STUDENT-LED PEOPLE-IN-NEED ENTERPRISE (SPiNE)
Penaung
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM
Penyelaras
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat Kehormat
Prof. Dr. Hazita Azman
Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Penasihat I
Prof. Madya Dr. Tengku Nor Rizan Tengku Maasum
Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, FSSK, UKM
Pegawai Pemantau
En. Abdul Karim Osman
Penolong Pendaftar, FSSK, UKM
Pengerusi KKS
Wan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar (A140520)
Pengarah Urusan
Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir (A145415)
Timbalan Pengarah Urusan
Aisah Bt Husin (A145265)
Setiausaha
Nor Hazila Bt Mat Lazim (A145326)
Bendahari
Suhaniya A/P Kalaisilven (A145206)
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
10
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
BARISAN EKSEKUTIF
EKSEKUTIF PENGELUARAN & PEMBUNGKUSAN
1) INTAN JUITA BINTI MENAN ( A145335)
2) NUR HAFIZAH BINTI RASID ( A145349)
3) NUR HAZWANI BINTI RAMLEE ( A145314)
4) NURULAFIZAH BINTI ISHAK ( A145385 )
5) NUR AZREEN BINTI RASHIDI (A145410 )
6) NUR IZZATI BINTI CHE RAMLI ( A145376 )
EKSEKUTIF PROMOSI DAN PEMASARAN
1) NURUL SYAFIZA BT RUSLI (A145275)
2) NUR NASIHA BINTI CHE SEMAN (A145259)
3) KHAIRUN NAFIFAH BT MASKURI (A145198)
4) NUR NINI FAUNAZ (A145189)
5) NUR AFI’QAH BINTI MOHD RAFE ( A145192 )
EKSEKUTIF PROTOKOL
1) MARSYA FAKHIRA BINTI MOHAMED FAHLAVEI (A145442)
2) FIDA EZZANI BT ISMAIL (A145435)
3) NAJIHAH BT MOHD NOOR (145465)
4) NUR AIN BINTI MOHD NAZRI ( A 141153 )
5) NOOR SULEEYA BINTI SULAIMAN ( A 141047 )
EKSEKUTIF PENGEDARAN & PENJUALAN
1) NUR AZIRA BT AHMAD SUPI (A145463)
2) NURUL SYAMIRA BINTI DZULKEPLE (A145251)
3) NURUL SHUHADA BINTI RASID (A145350)
4) MUHAMMAD NU’MAN BIN MOHD NASIR (A145169)
5) SITI HAJAR BINTI ABDULLAH ( A141105 )
6) NABEELAH BINTI RUSLI ( A146535 )
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
11
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS
1) NURSUHADA BINTI NORDIN ( A145311)
2) HASNIZA BINTI ALIAS (A145313)
3) FARAH HANIM BT MAHMUD (A145182)
4) NOR ATIKAH ABDUL RAHIM ( A145437 )
5) AMNI MU’IZZAH BT AHMAD AZMY ( A 145552 )
6) SYAIDATUL FARA BT SAIDIN ( A145084 )
7) FATIN NABILA BT ZAILANI ( A145069 )
Fungsi Dan Tanggungjawab:
Chief Executive Officer
a) Membuat perancangan jangka masa panjang bagi syartikat dan produk.
b) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari
semua aspek.
c) Membuat keputusan-keputusan untuk syarikat dan produk.
d) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Bahagian Pemasaran
a) Terdiri daripada peserta sebagai kumpulan pemasaran.
b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan
sasaran.
c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna
terhadap kualiti produk.
d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan
kepada pelanggan.
CEO
EKSEKUTIF PENGELUARAN&
PEMBUNGKUSAN
EKSEKUTIF PROMOSI &
PEMASARAN
EKSEKUTIF KEWANGAN &
SUMBER MANUSIA
EKSEKUTIF PENGEDARAN &
JUALAN
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
12
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat
menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.
Bahagian Pengeluaran
a) Terdiri daripada peserta akan mendapatkan produk daripada mana-mana pihak.
b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua
produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang
terbaik.
d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik
dan selamat digunakan
Bahagian Jualan
a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan
memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.
b) Memastikan jualan dapat mencapai sasaran.
c) Pastikan barang jualan tidak mengalami sebarang kecacatan apabila diserahkan
kepada pelanggan.
d) Memastikan kepuasan setiap pelanggan yang menggunakan produk syarikat.
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
13
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
PERJALANAN AKTIVITI
LAMPIRAN B
PERANCANGAN PROGRAM KKS, FSSK
HARI JUALAN PRODUK KKS, FSSK 2014
26 MAC 2014 ( RABU )
MASA PERKARA TEMPAT
9.00 a.m-10..00 a.m
Pendaftaran ajk dan peserta
- Ucapan alu-aluan oleh Ketua Projek
Karnival Keusahawanan Siswa (KKS)
DEWAN KULIAH
3B 301 dan
DATARAN 3B 301,
FSSK, UKM.
10.00 a.m-4.00 p.m
- Gerai jualan mula beroperasi
- Kunjungan VIP ke gerai jualan
- Cabutan bertuah
10.00 a.m-10.40 a.m
10.40 a.m-11.00 a.m
1.Slot “ Pitching for Business ” oleh
Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul
Razak
(Penyelaras CESMED FSSK, UKM)
-sesi soal jawab
11.30 a.m -12.10 p.m
12.10 p.m-12.30.p.m
2.Slot “ Jom Jana Pendapatan secara
Online” oleh Saudara Khairul Nazmi
Ahayat
(Usahawan Internet berjaya)
-sesi soal jawab
*Tentatif program adalah tertakhluk pada pindaan.
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)
26 MAC 2014
14
PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM KKS, FSSK, UKM
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1. Pengurusan
Bayaran penceramah
Pakaian peserta RM 35.00 x 35 orang
500
1225
2. Promosi dan Publisiti
Helaian edaran & banner ( RM 300.00 )
Buku Program ( RM 16.00 x 5 orang )
380
3. Jamuan
VIP - RM 20.00 x 5 orang ( RM 100.00 )
Peserta – RM 15.00 x 35 orang ( RM 525.00 )
100
525
4. Perhubungan/ Pengangkutan
-pengurusan program
200
5. Cenderamata Penghargaan
Penceramah - RM 50.00 x 2 orang
100
6.
Bayaran gerai jualan - RM 100.00 x 20
2000
7. Rencam 200
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5230