kertas kerja keceriaan makmal sains

Upload: nurashikin-mohd-said

Post on 03-Apr-2018

1.268 views

Category:

Documents


64 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains

    1/4

    SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI

    REMBAU

    KERTAS KERJA

    KECERIAAN MAKMAL SAINS

    SK TAMAN SERI REMBAUTARIKH PERLAKSANAAN :

    1 JULAI 26 JULAI 2013

    ANJURAN :

    GURU PELATIH

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS RAJA MELEWAR

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains

    2/4

    1. PENDAHULUAN

    Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah yang memberi

    peluang dan kemudahan kepada murid dan guru untuk menjalankan aktiviti dan

    penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak

    kemudahan bahan dan alatan yang disediakan di dalam makmal sains. Bahan-

    bahan dan alat radas ini sangat berguna untuk digunakan di dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta

    persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk

    mempelajari subjek sains.

    2. OBJEKTIF

    2.1 Menyusun semula bahan dan alat radas di dalam makmal secara sistematik.

    2.2 Melabel bahan dan alat radas yang disusun mengikut nama dan jenis bahan.

    2.3 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.

    2.4 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan alat radas yang terdapat

    di dalam makmal sains.

    3. SASARAN

    Projek ini akan dilaksanakan oleh guru pelatih subjek major sains sebagai salah

    satu projek semasa internship. Guru pelatih yang terlibat ialah :

    1. Nurul Solehah Binti Md. Zulfakar

    2. Nurashikin Binti Mohd Said

    4. TARIKH DAN MASA

    Tarikh : 1- 26 Julai 2013

    Masa : Waktu Persekolahan (7.40 pagi - 1.00 petang)

    Tempat : Makmal Sains SK Taman Seri Rembau

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains

    3/4

    5. AKTIVITI

    Aktiviti yang dicadangkan.

    1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan alat radas di dalam makmal

    secara sistematik.

    2. Menceriakan persekitaran makmal sains.

    3. Melabel bahan dan alat radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.

    4. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.

    5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.

    6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan alat radas di dalam

    makmal.

    7. Membersihkan dan membuang alat radas yang telah pecah dan tidak boleh di

    gunakan lagi.

    6. KEWANGAN

    Anggaran perbelanjaan

    Bil Perbelanjaan Kuantiti Amaun (RM)

    1 Sugar paper 5 x RM 1.00 RM 5.00

    2 Kertas warna kuning 20 x RM 0.20 RM 4.00

    3 Pita pelekat 2 x RM 1.50 RM 3.00

    4 Kertas laminate 1 x RM 15.00 RM 15.00

    JUMLAH RM 27.00

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains

    4/4

    7. Penutup

    Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih

    teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar

    melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Penyusunan bahan dan alatradas sains yang tersusun memudahkan murid-murid untuk merasai dan meneroka

    bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat

    meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang

    selesa. Oleh itu, makmal dapat digunakan secara maksimum.

    Disediakan oleh, Disokong oleh,

    .

    ( Cik Nurashikin Binti Mohd Said) ( Pn. Ruzila Binti Md. Hashim )

    Guru pelatih (Major Sains) Ketua Panitia Sains

    SK Taman Seri Rembau SK Taman Seri Rembau

    Disahkan oleh,

    .

    ( Pn. Fadzilah BInti Md. Isa)

    Guru Besar

    Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau