kertas kerja kursus kepimpinan perdana · pdf fileprogram-program anjuran sendiri seperti kem...

13
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA TARIKH 25 & 26 APRIL 2015 TEMPAT HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM ANJURAN URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (UPSM) DENGAN KERJASAMA PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI TEMA “KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI BAHARU

Upload: dohanh

Post on 31-Jan-2018

677 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA

TARIKH

25 & 26 APRIL 2015

TEMPAT

HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM

ANJURAN

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (UPSM)

DENGAN KERJASAMA

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN

ALUMNI

TEMA

“KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI

BAHARU”

Page 2: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Memohon kelulusan dan bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan

Perhubungan Alumni bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Perdana.

2.0 PENGENALAN

2.1 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan sebuah urusetia yang

ditubuhkan atas kesedaran untuk mengatasi kekurangan tenaga dalam membantu pihak Jabatan Hal

Ehwal Pelajar UKM memberikan latihan kepimpinan dan menganjurkan program tertentu kepada

pelajar-pelajar UKM.

2.2 Di awal penubuhannya, UPSM yang dahulunya dikenali sebagai Fasilitator Siswa mengambil

wakil-wakil pelajar daripada kolej, fakulti atau persatuan/kelab tertentu yang berkebolehan

memimpin untuk berada di bawah satu bumbung dan diberikan latihan yang lebih intensif sebagai

persediaan untuk membantu HEP menyempurnakan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi UKM yang

lain.

2.3 Perubahan struktur dan dasar telah menyaksikan UPSM hari ini mendaftarkan ahlinya sendiri

melalui Minggu Pengenalan Persatuan seterusnya memberikan latihan-latihan yang direncanakan

sepanjang tahun tanpa lari daripada konsep latihan di awal penubuhannya hinggalah ke hari ini.

Latihan kepimpinan yang dirancang diberi keutamaan kepada ahli-ahli UPSM sendiri sebagai peserta

sebelum diteruskan kepada pelajar-pelajar UKM yang lain. Setiap modul latihan yang ditetapkan oleh

JPPel mengikut tahap-tahap tertentu akan menggunakan khidmat/tenaga kepakaran dari dalam UKM

sendiri di samping dibantu oleh alumni-alumni UPSM yang sentiasa bersedia menurunkan ilmu dan

menyumbang bakti kepada UKM.

2.4 Selain bertindak sebagai tulang belakang kepada JPPel, UPSM juga kerap menganjurkan

program-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti Siswa, OPKIM (Operasi Khidmat

Masyarakat), Deligasi Patriotik (DETIK) dan sebagainya sebagai pelengkap kepada ilmu berorganisasi

yang diperolehi.

Page 3: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

2.5 Program ini direncanakan untuk memberi laluan yang baik kepada para pelajar untuk

memotivasikan diri sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Program ini juga sebagai medium bagi menjana pelajar untuk membina keyakinan dan keberanian

dalam diri supaya ianya dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memperkukuhkan hubungan antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pihak luar.

3.2 Memberi kesedaran terhadap peserta tentang tanggungjawab dan amanah yang telah

diberikan.

3.3 Membentuk semangat pasukan yang mengaplikasikan konsep kerjasama dan semangat saling

melengkapi.

3.4 Memantapkan peserta dengan ilmu pengucapan umum yang baik.

3.5 Mendedahkan dengan lebih jelas kepada peserta tentang konsep kepimpinan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan generasi yang dinamis, berakhlak mulia dan mampu berdikari.

4.2 Memperkaya dan menjana pelajar dari segi moral, kedinamikan kepimpinan, kerja

berpasukan dan berdikari.

4.3 Melatih pelajar tentang persediaan menghadapi segala bentuk cabaran yang bakal dihadapi

di sekolah dan kerenah pelajar-pelajar lain.

5.0 TEMA

“KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI BAHARU”

6.0 ANJURAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa

dan Perhubungan Alumni.

Page 4: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

7.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 25 & 26 APRIL 2015

8.0 TEMPAT PROGRAM

8.1 Hutan Pendidikan Alam, UKM

9.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Peserta: 120 orang pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long yang terdiri daripada Pengawas,

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan AJK Koperasi Sekolah.

Urusetia: 75 orang mahasiswa.

10.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Page 5: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

12. 0 PERINCIAN PROGRAM

12.1 Ice Breaking

Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan saling berkenalan antara

mereka supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini memudahkan mereka

mengenali satu sama lain dan menghilangkan rasa malu dalam diri antara mereka sendiri. Selain itu,

aktiviti ini akan membentuk sebuah kumpulan yang mana mereka akan kekal dalam kumpulan yang

sama sepanjang program ini dijalankan. Hal ini adalah untuk mengeratkan antara mereka dan

mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam pelbagai generasi.

12.2 Nightwalk

Aktiviti ini dilakukan di dalam hutan melibatkan semua peserta untuk berjalan di dalam hutan sambil

melihat keindahan hutan di waktu malam.Objektif aktiviti ini adalah untuk menanamkan rasa rendah

diri kepada Tuhan akan alam ciptaannya dan juga menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.

12.3 Idea & Create

Aktiviti ini akan dilaksanakan secara serentak oleh semua kumpulan. Peserta diminta untuk berfikir di

luar kotak untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang diberikan dan mencatat masa

terpantas. Objektif utama aktiviti ini adalah menanam pemikiran bahawa tidak ada apa yang

mustahil sekiranya kita berusaha.

12.4 Blindfold (Aktiviti Ekor Ikan)

Peserta dikehendaki untuk menampal ekor binatang yang telah diberikan oleh urusetia dengan mata

diikat dengan kain hitam.Markah akan diambil untuk setiap percubaan yang berjaya.Peserta

dibenarkan untuk mengganggu atau tidak mengganggu peserta yang sedang melakukan aktiviti

ini.Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih peserta untuk yakin pada diri sendiri dan juga tidak

terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

12.5 Pembentukan Kumpulan

Peserta akan beberikan beberapa ayat untuk dibaca dengan menggunakan gaya tubuh dengan betul.

Aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara diluar kebiasaan.

Peserta dapat menjadikan komunikasi lebih menarik dalam usaha meyakinkan orang.

Page 6: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

12.6 Malam Kebudayaan

Aktiviti ini melibatkan semua peserta untuk mengimbas kembali kisah-kisah yang telah mereka lalui

sepanjang hidup mereka.Aktiviti ini disertai dengan muzik yang menyedihkan dan turut disertakan

dengan peristiwa yang bakal terjadi sekiranya peserta tidak ambil endah dengan

sekelilingnya.Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang

pentingnya mengejar cita-cita seiring dengan hasrat ibu bapa peserta.

12.7 Obstacle

Aktiviti ini ala-ala seperti “Explorace” tetapi peserta dikehendaki untuk menyelesaikan setiap

tugasan di checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan.Setiap checkpoint mempunyai tugasan yang

berbeza dan tahap kesusahan yang berlainan.Aktiviti ini bertujuan untuk menguji daya fizikal peserta

dan juga menguji kreativiti peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.Semangat

kerjasama antara setiap ahli kumpulan akan terserlah melalui aktiviti ini.

13.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

Page 7: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

14.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi :

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

Paras 2, Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan

(u/p : Wan Nadhirah binti Wan Rusli )

Tel : 0112-3309917

Faks : 03-89253352

E-mel : [email protected]

Laman Web : upsm-ukm.blogspot.com

15.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan kewangan

daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni. Semoga program ini berjalan

dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah disasarkan. Terima kasih kepada pihak

Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni di atas kerjasama yang diberikan.

Page 8: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat
Page 9: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM MOTIVASI

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Azizah Binti Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat 1

Cik Najwa Ahmad Zawawi

Ketua Pusat Khidmat Siswa,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat 2

Encik Abdul Qaiyum Borhan

Eksekutif Pusat Citra,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 10: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

Ketua Pengarah

Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/3/A139392)

0112-3309917

Timbalan Ketua Pengarah

Siti Nazariah Binti Mohd Nasil (FPEND/2/A143884)

0111-7938303

Setiausaha

Siti Khairunnazurah Binti Kaspari (FTSM/2/A146308)

017-3306824

Bendahari

Nurul Syakinah Binti Shabudin (FST/2/A146705)

0111-5629569

.

Page 11: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

Pengarah Program : Asyraf Bin Aman (FST/2/A146168)

: Muhammad Razali Bin Mohd Azaman (FKAB/2/A143914)

Pengarah Pemasaran : Nursyahirah Binti Dzulkifli (FPI/2/A144951)

: Muhammad Amirul Rafiq Bin Ahmad Affendi (FST/2/A146184)

Pengarah Kebajikan dan : Hairol Anuar Bin Md. Isa (FKAB/2/A144016)

Penginapan : Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)

Pengarah Pengangkutan dan : Zulfazri Bin Ismail (FST/2/A145902)

Keselamatan : Nurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/3/A142416)

Pengarah Protokol : Nurul Hidayah Binti Jamil (FTSM/2/A146705)

dan Cenderamata : Suraiya Musfirah Binti Razalan (FST/3/A141638)

Pengarah Tugas-tugas Khas : Norazana Binti Awang Kechik (FSSK/3/A140760)

: Nor Hafiza Binti Kassim (FSSK/3/A140904)

Pengarah Teknikal : Siti Aqilah Binti Mohammad Hadzir (FST/3/A141837)

: Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/3/A142182)

Pengarah Jamuan : Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/3/A140203)

: Farhan Noor Bin Ishak (FSSK/3/A140784)

Page 12: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA

25 & 26 APRIL 2015

Tarikh dan Masa Program Tempat

25 April 2015 (Sabtu) 9.00 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tengah hari 1.00 petang 2.00 petang 3.30 petang 5.00 petang 5.30 petang 6.30 petang 7.00 petang 9.00 petang 11.00 petang 12.00 tengah malam 3.30 pagi

Tiba di Hutan Pendidikan Alam/Pendaftaran Peserta Taklimat Program -Ketua Pengarah -Program -Kebajikan & Penginapan -Pengangkutan & Keselamatan -Disiplin Minum Pagi Ice Breaking dan Pembahagian Kumpulan Pembentukan Kumpulan Kemas Diri/Makan Tengah Hari/Solat Zohor Pembentangan Pembentukan Kumpulan Idea & Create Minum Petang/Solat Asar Blindfold (Ekor Binatang) Makan Malam Kemas Diri/Solat Maghrib & Isyak/Bacaan Yassin Malam Kebudayaan Minum Malam/Rehat Night Walk Rehat Diri

Hutan Pendidikan Alam

26 April 2015 (Ahad) 6.00 pagi

Kemas Diri/Solat Subuh/Tazkirah

Hutan Pendidikan Alam

7.00 pagi Riadah Pagi Sekitar Kawasan Hutan Pendidikan Alam

8.00 pagi Sarapan Pagi 9.00 pagi Obstacle 11.30 pagi 12.30 tengah Hari 1.00 petang 3.00 petang

Minum Pagi/Kemas Diri Makan Tengah Hari Majlis Penutup Bertolak Pulang

Page 13: KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PERDANA · PDF fileprogram-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti ... Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara RM

1 Sumbangan

Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long (RM40 X 120)

Tabung UPSM

Badan-badan Swasta

2000.00

4800.00

200.00

2000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 9000.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara RM 1 Tugas-tugas Khas

Banner (RM100 X 1)

Tag Nama (RM2 X 195)

Baju (RM30 X 75 )

100.00 390.00

2250.00

2 Cenderamata

Pihak Sekolah

Hamper / Hadiah (RM50 X 2)

VIP

100.00 100.00 100.00

3 Jamuan

Sarapan Pagi (RM3 X 195 X 1)

Minum Pagi (RM3 X 195 X 2)

Makan Tengah Hari (RM6 X 195 X 2)

Minum Petang (RM3 X 195 X 1)

Makan Malam (RM5 X 195 X 1)

585.00

1170.00 2340.00 585.00 975.00

4 Runcit dan Kontinjensi 305.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 9000.00