kertas kerja penggunaan pantun bm dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah jenis...
DESCRIPTION
Penggunaan pantun bahasa melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan cina, rancangan mengajar harianTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Dalam memperkukuhkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
didapati beberapa perkara yang harus dikuasai oleh murid. Diantaranya adalah kemahiran
berbahasa khususnya yang melibatkan kemahiran menulis. Dan kemahiran menulis sungguh
penting untuk diterapkan dalam kemahiran berbahasa murid. Ini kerana melaluinya, murid
mampu menghasilkan idea ke dalam bentuk penulisan yang lebih baik. Penulisan yang baik
dan berkualiti ini merangkumi aspek-aspek bahasa. Walaupun begitu pengetahuan yang baik
dalam aspek kebahasaan ini perlulah berlandaskan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan
kebahasaan yang ada, supaya ia tidak terpesong daripada ketatabahasaan itu sendiri. Bagi
mengapai hasrat ini, pantun mampu membantu pelajar ke arah kemahiran berbahasa yang
melibatkan penulisan.
Bagi membicarakan penggunaan puisi klasik seperti pantun dalam aspek kemahiran
menulis ini juga, Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan bahawa
pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi sesuatu
karya sastera, dapat mengetahui ilmu sastera secara ringkas, dapat mengenali penulis serta
sejarah perkembangan negara, ia berdasarkan karya yang dibaca serta dapat mengukuhkan
kemahiran berbahasa murid dari segi kemahiran mendengar dan juga bertutur, membaca serta
menulis.
Dalam keinginan memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa
Melayu, Kamaruzaman Abdullah (2000:20) menyatakan pendapatnya iaitu, pelaksanaan
komponen sastera ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati serta
menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan kemahiran dan meningkatkan ketrampilan
berbahasa di kalangan pelajar.
Manakala pernyataan yang diberikan oleh Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj
Abdul Aziz (1998:108) lebih melihat ke arah pengajaran. Menurut mereka, perhatian
pengajaran adalah kepada tujuan yang khusus untuk meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu
membaca, menulis dan bertutur di samping penekanan kepada peribahasa dan tatabahasa.
1
2.0 DEFINISI PANTUN DAN JENIS-JENIS PANTUN
2.1 Definisi Pantun
Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan
keperihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang persekitaran budayanya.
Ruang persekitaran budaya masyarakat Melayu dahulu bukan sekadar berkisar tentang dalam
diri, antara lainnya seperti hiba , sedih, kasih, sayu dan benci tetapi melebar kepada soal-soal
kiasan serta sindiran.
Penyusunan sesuatu pantun itu dapat dilihat dari segi kemahiran penciptanya
melahirkan rima dengan baris-baris maksud pantun tersebut. Ini kerana, keelokan bentuk
pantun adalah bergantung pada rima tengah dan rima akhir seperti dalam contoh ini.
Bakar gaharu dalam taman
Asamkan karat si pisau raut
Kalau berguru salah pedoman
Sesat di darat karam di laut.
( Bunga Gerimis, 1986:3)
Menurut Zainal Abidin bin Ahmad ( za’ba) dalam buku Pelita Bahasa Melayu
Penggal III (1957:164) bahawa pantun adalah hak milik masyarakat Melayu. Menurut beliau,
pantun ini ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-
betul mengandungi semangat orang Melayu. Malahan ianya kaedah Malaya yang sejati bagi
menggubahkan alun perasaan ‘syair’ yang sebenar iaitu menggambarkan suasana hiba, sedih,
sayu, suka, giat, sindir dan warna-warna perasaan yang indah seperti hal ehwal berkasih-
kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan kekasihnya.”
Ramai pengkaji telah membuat kajian yang mendalam tentang pantun. Antaranya
ialah Hoessin Djajadiningrat, Pijnapp, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Winstedt, Wilkinson,
Ophuijsen dan Harun Mat Piah. Terdapat juga pendapat di kalangan mereka yang
mengatakan bahawa pantun mempunyai pelbagai bahasa di Nusantara seperti toen (bahasa
Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun
2
(bahasa Jawa), panton (bahasa Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Namun begitu, pengertian
kata-kata tersebut dalam bahasa-bahasa yang berlainan itu tidak jauh berbeza.
Menurut (Kamus Dewan Edisi Ketiga:977) pantun ialah puisi lama yang biasanya
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan
pembayang dan dua baris lagi adalah maksudnya).
Menurut kamus Ensiklopedia Malaysiana (Jilid 9:377) mengatakan pantun ialah puisi
tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum mengenal
membaca dan menulis. Pantunlah yang menjadi pengucapan untuk menyampaikan fikiran
yang sayu, sedih, hiba, gembira, rindu dan marah serta lain-lain perasaan terhadap seseorang
atau mengenai sesuatu perkara.
2.2 Jenis-jenis Pantun
Pantun terdiri daripada banyak bentuk dan jenis. Antara jenis pantun ialah pantun 2
kerat, pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat dan pantun 10 kerat. Manakala pantun
yang lebih daripada 4 kerat disebut juga sebagai talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat
sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Selain itu, bentuk-bentuk pantun ini pula
bermacam-macam. Terdapat pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki",
"jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu tradisional. Pantun dikenali sebagai jenis
puisi Melayu tradisional yang tertua dan asli amat diminati. Ia terbukti apabila pantun
digunakan secara melata dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat
Melayu lama, seperti dalam acara hiburan, permainan, majlis keraian, adat istiadat atau
upacara serta majlis keramaian seperti kenduri kahwin.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada
umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas
bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan
meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang
pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Misalnya, persoalan adat yang ada
3
berkaitan dengan norma-norma masyarakat, peraturan masyarakat atau undang-undang dan
persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali melalui penyampaian isinya
menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun
"kias dan ibarat" pula, ia sesuai dengan namanya maka dengan itu setiap isi yang
disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Oleh
seba itu, pernyataan isi lazimnya ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran
pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan
jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara
spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran
keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan
sindirannya di dalamnya.
Jadual di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti
dikemukakan di atas :-
Jenis Pantun : Dua Kerat
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki
Fungsi : Bagi berseronok serta menduga
kebolehan dalam berfikir
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
Jenis Pantun : Empat Kerat - Jenaka
Fungsi : Semata-mata untuk hiburan
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
4
Melihat ayam lumba berenang
Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib
Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah;
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.
5
Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
6
Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak
Fungsi : Untuk lagu sedih serta
bersuka-ria
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.
Jenis-jenis pantun lain;
Jenis Pantun : Pantun Enam Kerat
Belayar perahu membawa kuini,
Ke tanjung Jati mengadap Paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih saja orang lain.
Jenis Pantun : Lapan Kerat
Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belana,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.
Jenis Pantun : Sepuluh Kerat
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
7
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.
Jenis Pantun : Dua Belas Kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasululah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
Di bawah merupakan contoh pantun berkait;
Jenis Pantun : Pantun Berkait
- Kebiasaannya terdiri dari empat kerat juga,
namun antara satu pantun dengan satu pantun
berkait-kait pembayang dan maksudnya.
Seterusnya. pembayang kedua untuk pantun
pertama dijadikan pembayang pertama pada pantun
Pergi kehulu menjala ikan,
Belayar sampan ke Tanjung Jati;
Masa lalu jangan ditangiskan,
Masa depan jangan ditakuti.
Belayar sampan ke Tanjung Jati,
8
kedua dan maksud kedua dalam pantun pertama
dijadikan maksud pertama
bagi pantun kedua.
Cuaca redup di tepi muara;
Masa depan jangan ditakuti,
Bahtera hidup kemudinya usaha.
Cuaca redup di tepi muara,
Angin Barat bertiup nyaman;
Bahtera hidup kemudinya usaha,
Tanamkan kudrat pada keazaman.
Angin Barat bertiup nyaman,
Burung gagak terbang ke rimba;
Tanamkan kudrat pada keazaman,
Bulan tidak jatuh ke riba.
3.0 RANCANGAN PELAJARAN KOMSAS
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SJKC DAMANSARA
TAHUN 5B
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5B
Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)
Masa : 60 Minit (7.50 pagi - 8.50 pagi)
Bilangan Murid : 38 orang
Tema : Kesusasteraan (Pantun)
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
9
(i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan soalan
pelbagai aras.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
gaya yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
(i) menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
secara bertatasusila.
(ii) membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi
kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan gaya yang sesuai.
Sistem Bahasa : Tatabahasa - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.
Kosa Kata - Kolek, menoreh
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kemasyarakatan, kesusasteraan
Nilai Murni - Patriotisme, bekerjasama
Kemahiran bernilai tambah : Menjana idea, menghubungkait, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik
Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis
Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid,
lembaran kerja.
Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
10
Set
Induksi
(5 minit)
Video lagu :
Buah-buahan
tempatan.
Soalan
- Apakah yang
ditunjukkan dalam
video?
- Buah apakah
yang ditunjukkan?
- Dari negara
manakah kita
boleh dapat buah-
buahan ini?
1. Guru menayangkan video lagu
buah-buahan tempatan
2. Murid memerhati tayangan
video buah-buahan tempatan.
3. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang video.
4. Murid meneka tajuk pelajaran.
5. Guru memberitahu tajuk
pelajaran hari ini.
Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
BBM :
- video
Langkah
1
(10 minit)
Slaid
Pantun teka-teki
bertajuk “Kenali
Buah-buahan
Tempatan”.
Teks pantun
Pantun teka-teki
bertajuk “Kenali
Buah-buahan
Tempatan”.
1. Setiap kumpulan diberikan 1
teks pantun.
2. Guru membuat demonstrasi
pembacaan pantun di hadapan
kelas.
3. Murid diminta meneliti cara
sebutan, intonasi serta gaya guru
ketika guru berpantun.
4. Wakil setiap kumpulan diminta
membaca pantun dengan
menggunakan sebutan intonasi
Teknik :
- Tunjuk cara
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
BBM :
- Slaid dan teks
pantun teka-teki
11
dan gaya yang betul.
Langkah
2
(15 Minit)
Teks Pantun
Teka-teki bertajuk
“Kenali Buah-
buahan
Tempatan”.
Soalan:
- Apakah
perkataan yang
kamu tidak faham
dalam pantun
rangkap (pertama,
kedua, ketiga,
keempat kelima
dan keenam)
- Perkataan:
Belanga
(periuk tanah)
Meranduk
(mengharungi)
Paras
(rupa muka)
Kolek
(sampan kecil)
Jawapan pantun:
1. Rambutan
2. Durian
1. Soal jawab antara guru
dan murid berkaitan perkataan
yang tidak difahami.
2. Secara berkumpulan
murid diminta menyenaraikan
nama buah-buahan yang tersirat
di berdasarkan teka-teki, di atas
lembaran kerja yang disediakan.
3. Murid diminta menyebut
kembali nama buah-buahan
tersebut secara lisan.
4. Guru memberikan jawapan
bagi pantun teka-teki yang
diberikan.
Teknik :
- Soal jawab
- Perbincangan
- Sumbangsaran
Nilai :
Kerjasama
Teguh
BBM :
Lembaran Kerja
Teks pantun
Slaid
12
3. Nenas
4. Manggis
5. Kelapa
6. betik
Langkah
3
(15 Minit)
Pengajaran
Kata Adjektif
Contoh :
- cantik
- tajam
- manis
- merah
- hitam
-
1. Guru menerangkan secara
ringkas definisi kata
adjektif.
2. Murid dikehendaki
membaca secara
berkumpulan efinisi kata
adjektif secara kuat.
3. Murid diminta mencari
dan membulatkan kata
adjektif yang terdapat
dalam rangkap pantun
teka-teki. Kemudian
menulis semula dalam
kotak yang disediakan.
4. Perbincangan antara guru
dan murid menegani kata
adjektif yang terdapat
dalam teks pantun.
5. Wakil murid setiap
kumpulan diminta
membuat ayat lain
berdasarkan kata adjektif.
Teknik :
- Tunjuk cara
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
- Mendengar
arahan
BBM :
Teks pantaun teka-
teki, lembaran kerja
dan slaid
13
Langkah
4
(5 minit)
Nyanyian lagu.
Pantun teka-teki
berdasarkan rentak
lagu ikan kekek
1. Murid diperdengarkan terlebih
dahulu rentak lagu „Ikan Kekek”.
2. Guru membuat demonstrasi
terlebih dahulu cara nyanyian
menggunakan rentak lagu “Ikan
Kekek” dan rangkap pantun
sebagai lirik lagu.
3. Murid diminta menyanyi
beramai-ramai seperti nyanyian
yang telah ditunjuk oleh guru.
Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
Penutup
(10 minit)
Nilai murni:
- Kesyukuran
- Patriotisme
- Rasional
Isi pelajaran :
1.Cara membaca
pantun dengan
betul.
2.Konsep Kata
adjektif
1. Guru menyimpulkan pelajaran.
2. Soal jawab antara guru dan
murid berkaitan isi pelajaran dan
nilai murni berdasarkan teks
pantun teka-teki, secara lisan.
3. Guru memberikan aktiviti
latihan pengukuhan.
Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- Teku
BBM :
Lembaran kerja
4.0 RUMUSAN
14
Melalui pengajaran Bahasa Melayu menggunakan puisi klasik ini murid dapat
diperkenalkan dengan berbagai-bagai jenis perbendaharaan kata, misalnya yang
menggambarkan kegembiraan, kesedihan, nasihat, jenaka, keagamaan dan sebagainya.
Dalam membicarakan perluasan perbendaharaan kata ini, Sharifah Maimunah Syed
Zin (2000:23) mengatakan bahawa pendedahan Kesusasteraan Melayu dapat
memperkembangkan perbendaharaan kata, struktur ayat, gaya bahasa, jalinan idea dan
sebagainya.
Ini bermakna dengan unsur-unsur kesusasteraan dalam bahasa Melayu seperti
KOMSAS sekarang ini sedikit sebanyak ia dapat memperkayakan perbendaharan kata
pelajar. Pendedahan ini juga adalah bertujuan untuk menarik minta membaca di kalangan
para pelajar dan sekaligus dapat memperkayakan perbendaharan kata, gaya bahasa , struktur
ayat dan sebagainya. Ini adalah kerana di dalam KOMSAS terdapat pelbagai bahan yang
boleh membantu pelajar-pelajar menambahkan perbendaharan kata mereka seperti sajak,
pantun, drama, cerpen , novel dan sebagainya. Melalui pembacaan pantun sedikit sebanyak
dapat menambahkan perbendaharaan kata murid di samping dapat memperkukuhkan lagi
struktur bahasa dan gaya bahasa yang terdapat dalam bahan tersebut.
Penggunaan bahan sastera seperti pantun dan sebagainya dalam pengajaran
pembelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung dapat memberikan kefahaman kepada
pelajar tentang laras dan gaya bahasa sastera dan keindahan bahasa itu sendiri. Walau
bagaimanapun, pemilihan bahan perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa
perkara secara menyeluruh.
Menurut Asmah Hj Omar (e.d) (1984:107), pengambilan dan pemilihan bahan sastera
teruatamanya pantun perlu dilihat dari tiga aspek iaitu:
i) Pandangan guru bahasa Melayu , apakah tujuan dia memilih sesuatu petikan
itu?
ii) Kemampuan murid yang bergantung pada umur mereka, tingkat kesedaran
mereka, pengalaman mereka, pencapaian bahasa mereka dan jantina mereka..
iii) Linguistik dan pedagogi. Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa
yang akan diajarkan?
15
Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998:105) menegaskan
bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penggunaan bahan puisi adalah
untuk memberi penekanan kepada aspek-aspek bahasa dan bukan kepada aspek-aspek
kesusasteraan. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid juga seharusnya bertujuan
untuk menguji dan mengajar kebolehan murid bagi menulis semula isi-isi tersurat dan tersirat
dengan bahasa yang betul.
Pendekatan kreatif merupakan pendekatan estetik dalam pengajaran pantun yang
memusatkan kegiatan pelajar dalam bilik darjah kepada usaha membawa, melibatkan dan
membimbing murid supaya dapat bersama-sama menikmati, merasai, menghayati
estetikanya, memahami isi dan maksud serta menilai pantun sebagai sebuah karya seni.
Manakala pendekatan tradisional pula ialah pendekatan yang menumpukan kegiatan di dalam
bilik darjah dan dalam usaha menerangkan dan menghuraikan pantun yang dipelajari kepada
murid-murid.
Dari sudut kaedah pengajaran, Dharmawijaya (1998:260-261) telah mencadangkan
tiga kaedah pengajaran kesusasteraan iaitu “kaedah Struktural” Kaedah Mengalami-
Menghayati” dan Kaedah Berfokus” yang sesuai digunakan. Ini kerana menurut beliau
pengajaran puisi ke arah pemupukan nilai-nilai kewarganegaraan lebih mengutamakan
memahami dan menikmati penyataan, perasaan , pemikran serta sikap dalam sesebuah puisi
sebagi objektifnya.
Tegas beliau lagi, dalam proses pengajaran para murid perlu lebih aktif atau lebih
banyak mengambil peranan. Para murid perlu lebih aktif atau lebbih bnayak mengambil
bahagian dan memainkan peranan. Murid-murid juga diminta membaca puisi (pantun) yang
dipilih sebagai bahan pengajaran. Setelah itu, mereka akan diminta menyatakan pandangan
mereka terhadap pantun berkenaan sama ada ia memberi satu gambaran yang positif dalam
jiwa murid berkenaan atau sebaliknya. Seelok-eloknya murid diberikan keluwesan dan
kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka dengan seikhlas hati mereka.
Dalam memperkatakan kesan penggunaan kaedah terhadap pembelajaran puisi,
Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan semasa
16
penggunaan pantun dalam pegajaran Bahasa Melayu. Cadangan yang akan dikemukakan ini
ialah rumusan hasil penyelidikan beliau tentang pembelajaran pantun.
Antaranya, beliau mengatakan teknik penerangan yang berlebihan daripada guru
semat-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang
mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak melibatkan dan menggerakkan
penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak mengaitkan isi pelajaran dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang menggunakan cara ini menggambarkan yang
dia kurang berminat membuat persediaan dan perancangan untuk mengajar. Akibatnya
pengendalian pelajaran tidak tersusun dan kabur, kesannya pelajar tidak dapat mengikuti isi
pelajaran dengan baik dan tidak memupuk terhadap pelajaran pantun.
17