kertas kerja program motivasi waris dan murid
DESCRIPTION
Contoh Pelaporan Aktiviti Program Motivasi Di Sekolah RendahTRANSCRIPT
NAMA PROGRAM : PROGRAM “ TOWARDS 1st CLASS “
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
KERTAS KERJA
PROGRAM “MOTIVASI WARIS DAN MURID”
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
8 JULAI 2013
1. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siong bagi menjalankan Program “ Ceramah Motivasi Waris dan Murid “ anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah.
2. LATAR BELAKANG
Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang mereka perlu diberi bimbingan dan sokongan yang betul dan berterusan oleh ibu bapa selain daripada peranan guru di sekolah bagi mengekalkan dan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan hingga ke peringkat kelas pertama. Justeru, ibu bapa dan murid-murid perlu sentiasa bersedia terutamanya dari segi mental serta mempunyai motivasi yang tinggi untuk memajukan diri dan keluarga mereka. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ceramah ini bagi membolehkan para waris dan murid mendapat input yang sesuai tentang bagaimana mencapai kecemerlangan tersebut.
3. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :
3.1 Memupuk hubungan mesra dan silaturrahim yang lebih kukuh di antara para guru, pelajar dan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Siong.
3.2 Meningkatkan kesedaran di kalangan waris akan peri pentingnya memberikan bimbingan dan sokongan moral yang berterusan kepada anak-anak bagi menjamin kecemerlangan mereka.
3.3 Para waris dapat mengaplikasikan pengetahuan keibu bapaan yang baik.3.4 Dapat meningkatkan motivasi pelajar Sekolah Kebangsaan Siong untuk
mencapai kecemerlangan diri dalam bidang akademik dan ko-akademik.3.5 Memberi pendedahan pelajar tentang kaedah memajukan diri sendiri. 3.6 Dapat melahirkan anak-anak didik yang mempunyai kecemerlangan
akademik serta sahsiah yang mulia pada masa akan datang.
4. BUTIRAN PROGRAM:
4.1 Bilangan PesertaPeserta terdiri dari 82 orang waris dan 82 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Siong.
4.2 Tarikh Cadangan8 Julai 2013
4.3 Aturcara Program
8 Julai 2013 (Isnin)
9.45 a.m. - 10.00 a.m. : Pendaftaran peserta
10.00 a.m. - 10.15 a.m. : Bacaan doa
10.15 a.m. - 12.15 p.m. : Ceramah motivasi
12.15 p.m. - 12.45 p.m. : Sesi bersoal jawab
12.45 p.m. - 1.15 p.m. : Jamuan ringkas dan bersurai
4.4 Tempat Program
Dewan Hijrah SK Siong.
4.5 Ahli Jawatankuasa Program
Penasihat : En Mahali bin Mahat Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Siong
Penyelaras : Encik Mohd Syam Fadhli bin Zakaria Guru Bimbingan dan Kaunseling
Setiausaha : Mohd Sanusi bin Sidik
Penceramah : Encik Sukiman bin HarunKetua Unit Perkembangan Pelajar
IPGKSAH
Ahli Jawatan kuasa : Pn Azizah bt HussinEn. Bazli bin Hj AzizanPn Suhaila bt Khalid En Azhar bin Asuak
5. Kewangan
5.1 Sumber Kewangan
Menggunakan Peruntukan Kaunselinh.
Anggaran Perbelanjaan
1. Bayaran penceramah RM 200.00 x 1 RM 200.00
2. Perbelanjaan jamuan
peserta
RM 2.00 x 164 orang
RM 328.00
3. Perbelanjaan jamuan VIP RM 5.00 x 6 orang
RM 30.00
Alat tulis dan ‘handouts’ RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH RM 608.00
6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.
Sekiranya para waris dan murid-murid ini tidak diberi kesedaran dan motivasi yang tinggi, kemungkinan besar para waris akan lalai akan kepentingan tanggung jawab mereka untuk membimbing anak-anak mereke ke arah kecemerlangan. Para pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pula dikhuatiri tidak akan sedar akan harapan ibu bapa mereka terhadap diri mereka dan secara tidak langsung, mereka tidak akan mempunyai kesedaran untuk memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah yang terpuji.
7.0 PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon agar tuan dapat mempertimbang dan meluluskan usul Program “Motivasi Waris dan Murid” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
...................................... .................................................(MOHD SANUSI B SIDIK) (MAHALI B MAHAT)Setiausaha Guru Besar,Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Siong.Sekolah Kebangsaan Siong.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG.
Tarikh : 27 Jun 2013
Hari : Khamis
Masa : 1.15 p.m.
Tempat :Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Mohd Sanusi bin Sidik
Kehadiran guru : Semua hadir
Turut hadir : En. Mohd Fuad bin Abdullah (GPK HEM)
1. Ucapan pengerusi Majlis
1.1 Ucapan Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa program kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat
pelaksanaan program tersebut.
1.2 Beliau berharap agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara bagi
menjamin kelicinan perjalanan program.
2. Ucapan En. Mohd Fuad (GPK HEM )
2.1 En. Mohd Fuad mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
hadir ke mesyuarat pada hari ini.
2.2 En. Mohd Fuad mengulas secara ringkas mengenai program ceramah yang
akan diadakan dan menyerahkan agenda seterusnya kepada En. Mohd
Fadhli Syam selaku penyelaras program.
3. Taklimat ringkas dari penyelaras program
3.1 Tempat : Dewan Hijrah Sekolah Kebangsaan Siong
Tarikh : 8 Julai 2013
Masa : 9.45 pagi hingga 1.15 tengah hari
3.2 Aturcara majlis adalah mengikut deraf tentatif program yang diedarkan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian sekiranya ada.
3.3 Pembahagian tugas di buat dengan melantik Ahli Jawatankuasa selaku ketua
bidang dibantu oleh guru-guru lain seperti yang dicatatkan di dalam senarai
nama yang telah diedarkan.
4. Hal hal lain
4.1 En. Mohd Fuad berpesan agar jawatankuasa memastikan segala perbelanjaan disertakan resit pembayaran untuk memudahkan urusan audit.
5. Perkara berbangkit
Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_____________________________ _____________________________
(MOHD SANUSI B SIDIK) (EN. MAHALI B MAHAT)
Setiausaha, Guru Besar,
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Siong.
Sekolah Kebangsaan Siong.
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG,09100 BALING,
KEDAH DARUL AMANTEL/FAX: 044721258
Tarikh : 25 Jun 2013
Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………..
Tuan ,
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID
Merujuk perkara di atas , mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 27 Jun 2013Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Siong
2. Sehubungan dangan itu, tuan selaku ahli jawatankuasa pelaksana program adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara-perkara berikut;
Agenda 1 : Pembahagian tugasAgenda 2 : Tentatif program
3. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“BERHKIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang Menurut Perintah………………………………………………(MOHD SANUSI B SIDIK)Setiausaha,Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK. Siong, Baling, kedah.
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG,09100 BALING,
KEDAH DARUL AMANTEL/FAX: 044721258
Tarikh : 23 Jun 2013
Encik Sukiman b HarunKetua Unit Perkembangan Pelajar,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman.
Tuan ,
JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH
Merujuk perkara di atas , Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Siong telah merancang untuk mengadakan Program Ceramah Motivasi Waris dan Murid seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 8 Julai 2013 (Isnin)Masa : 10.15 pagi Tempat : Dewan Hijrah Sekolah Kebangsaan Siong
2. Sehubungan dangan itu, pihak jawatankuasa pelaksana telah bersetuju dan amat berbesar hati untuk menjemput tuan bagi menyampaikan ceramah tersebut.
3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi respon segera kepada pihak kami agar kami dapat menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“BERHKIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang Menurut Perintah………………………………………………(MOHD SANUSI B SIDIK)Setiausaha,Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK. Siong, Baling, kedah.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
Penasihat : En. Mahali b MahatPengerusi : En. Rosli b ShaariN. Pengerusi 1 : En. Mohd Fuad b AbdullahN. Pengerusi 2 : Pn. Azmah bt Che HimPenyelaras : En. Mohd Fadhli Syam b ZakariaSetiausaha : En. Mohd Sanusi b SidikBendahari : Pn. Faridah bt Hassan
AJK
Siaraya JuruacaraEn. Azhar b Asuak En. Zulkarnain b Che HarunEn. Mohd Khotib b Hj. Majid En. Zaini b Razak
Persiapan Tempat Kawalan MuridEn. Hilmi b Mustafa En. Jasli b YomEn. Harun b Ahmad Cik Nur Lina bt HabibEn. Yusuf b Din Pn. Nor Hafizah bt MiswanEn. Abd. Rahim b Wan Ahmad
Buku Program Bacaan DoaEn. Mohd Fauzi b Abdullah En. Bukhori b Yahman
Banner DokumentasiEn. Mohd Saufi b Yassin Pn. Noreha bt Nawawi
KebersihanSemua guru
Alatan PendaftaranEn. Bazli b. Hj. Azizan Pn. Suhaila bt KhalidPn. Rogayah Hanim bt Ismail Pn. Irma Surjani bt ZawawiPn. Norazimah bt Sani Pn. Zumaida bt Sharifuddin
Jamuan
Pn. Azizah bt HussinPn. Rohaiza bt Abd. RazakPn. Moliyati bt Mokhtar
LAPORAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG, BALING, KEDAH.
Program ceramah ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif
yang telah ditetapkan iaitu untuk memberi pendedahan serta motivasi kepada
para waris dan guru dalam membimbing anak-anak pelajar Sekolah Kebangsaan
Siong kearah kecemerlangan pendidikan. Di samping itu, ia juga diharapkan
akan menjadi platform kepada pemupukan hubungan yang lebih erat antara
warga sekolah dan komuniti setempat agar dapat menjalinkan kerjasama yang
lebih bermakna pada masa akan datang.
Kekuatan
Beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti hasil daripada perlaksanaan program
ini adalah seperti berikut;
i. Ia berjaya memberikan informasi yang berguna kepada para
peserta.
ii. Memberi peluang kepada para waris untuk mempelajari tentang
kemahiran keibu bapaan yang lebih baik.
iii. Meningkatkan motivasi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR tidak lama lagi agar lebih berkeyakinan untuk
mencapai kecemerlangan.
iv. Merapatkan silaturrahim di antara warga Sekolah Kebangsaan
Siong dan masyarakat setempat.
v. Berjaya melahirkan kerjasama erat di antara Ahli Jawatankuasa
Kerja dan semua yang terlibat.
Kelemahan
Di samping kekuatan yang dikenalpasti sepanjang sebelum, semasa dan selepas
perlaksanaan program ini, terdapat juga beberapa kelemahan seperti berikut;
i. Peruntukan masa yang tidak mencukupi kerana para waris dan
guru yang bertanyakan soalan agak ramai dan ada di antara
mereka yang tidak berpeluang mengajukan soalan oleh kerana
kekangan masa.
ii. Kehadiran waris terhad untuk waris pelajar Tahun 6 sahaja
sedangkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat
adalah melebihi jangkaan.
iii. Masa program tidak begitu sesuai kerana terdapat di kalangan guru
tidak dapat melibatkan diri kerana perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas lain yang tidak terlibat
dengan program tersebut sedangkan mereka berminat untuk
mengikuti ceramah tersebut.
Cadangan Penambahbaikan
Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang diperolehi daripada
perlaksanaan program ini beberapa perkara didapati perlu diberi perhatian
khusus. Terdapat beberapa cara yang didapati sesuai untuk memberikan
penambahbaikan serta penyelesaian kepada permasalahan yang timbul agar
program yang seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa
akan datang. Di antaranya adalah seperti berikut;
i. Memilih tarikh, hari dan masa yang lebih sesuai agar tidak berlaku
kekangan masa dan keadaan tergesa-gesa supaya dapat
memberikan impak maksima kepada semua yang terlibat.
ii. Penyertaan dibuka lebih luas kepada semua komuniti setempat
yang berminat menghadirkan diri, terutamanya kesemua para waris
pelajar SK Siong.
iii. Melibatkan Ahli Jawatankuasa PIBG di dalam senarai
Jawatankuasa Kerja Program agar mereka turut berpeluang
memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran serta secara tidak
langsung mengeratkan lagi hubungan mereka dengan pihak
sekolah.
iv. Program ini dijalankan di luar waktu persekolahan bagi memberi
peluang kepada para guru untuk terlibat sepenuhnya.
Penutup
Kejayaan melaksanakan program ini telah benar-benar memberi kepuasan
kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana. Ia secara tidak langsung telah
menimbulkan keinginan dan keazaman untuk menjadikan program ini sebagai
program tahunan di Sekolah ini disertai dengan beberapa aktiviti lain yang
difikirkan sesuai untuk pelbagai tujuan ke arah kecemerlangan akademik dan
sahsiah anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Siong. Selain itu, pengalaman
merancang dan melaksanakan program ini adalah merupakan suatu inspirasi
bagi semua Guru SK Siong amnya dan Ahli Jawatan kuasa Unit Bimbingan dan
Kaunseling khasnya untuk merancang dan melaksanakan program seperti ini
pada masa akan datang. Sesungguhnya, program seperti ini banyak memberi
manfaat kepada semua yang terlibat terutamanya anak-anak didik Sekolah
Kebangsaan Siong.
REFLEKSI KENDIRI PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURIDSEKOLAH KEBANGSAAN SIONG, BALING, KEDAH.
Tugasan menganjur dan melaksanakan program seperti ini adalah merupakan
sebahagian daripada tugas utama seorang pendidik. Ini bukanlah pengalaman
kali pertama saya terlibat selaku peneraju dalam menganjurkan program seperti
ini bersesuaian dengan tempoh perkhidmatan yang telah mencecah tahun yang
kesepuluh. Walau bagaimanapun, setelah melalui pengalaman melaksanakan
program pada kali ini, saya dapat merasakan perbezaan dari beberapa aspek
terutamanya dari segi kepuasan dapat merealisasikan perancangan mengikut
prosedur yang betul. Banyak perkara yang perlu dilaksanakan semasa
menganjurkan sebarang program sebelum ini saya ketepikan kerana tidak
merasakan kepentingannya dan hasil yang diperolehi juga tidaklah sehebat
program yang dijalankan pada kali ini. Tahap kepuasan dapat melaksanakan
tugasan yang diamanahkan juga jauh lebih rendah. Namun setelah berjaya
melaksanakan tugasan pada kali ini dengan jayanya, saya benar-benar
memahami akan kepentingan setiap prosedur yang dilakukan.
Justeru, saya amat berterima kasih kepada para pensyarah pembimbing kursus
Bina Insan Guru, terutamanya Encik Mohd Kholid bin Salleh kerana telah
memberikan suatu tugasan yang amat berfaedah kepada saya bagi
membolehkan saya mendapat pengalaman yang berguna ini. Selain itu, segala
bimbingan dan buah fikiran yang telah diberikan sepanjang perlaksanaan
tugasan ini amat bermakna kepada saya.
Saya juga amat menghargai segala kerjasama yang saya perolehi dari rakan-
rakan sejawat di SK Siong. Kami telah bersama-sama berusaha bagi
menjayakan program ini. Ia telah menjadikan kami semua lebih memahami dan
saling menghargai antara satu sama lain. Kami telah belajar cara-cara
menjalankan tugasan secara individu dan berkumpulan yang mana amat
berguna untuk dijadikan panduan sewaktu memberi tugasan individu dan
berkumpulan kepada anak-anak didik kami nanti. Segala pengalaman ini akan
diaplikasikan pula kepada mereka di dalam dan di luar bilik darjah.
Selain itu, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk
mempelajari cara-cara komunikasi yang berkesan dengan pihak-pihak tertentu
terutamanya dengan pihak pentadbir sekolah dalam urusan-urusan rasmi.
Sesungguhnya, komunikasi yang berkesan adalah amat penting dalam
memastikan kejayaan sesuatu program yang ingin dilaksanakan.
Harapan saya adalah agar saya turut diberikan peluang untuk menimba
pengetahuan dan pengalaman yang lebih mendalam dalam bidang-bidang lain.
Setiap pengetahuan dan pengalaman tersebut akan saya gunakan dengan
sebaik mungkin dalam memastikan kecemerlangan anak-anak didik saya dalam
bidang akademik, ko-akademik dan sahsiah.
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan rakan-rakan dalam
menjayakan program ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG,09100 BALING,
KEDAH DARUL AMANTEL/FAX: 044721258
Tarikh : 4 Julai 2013
Tuan/Puan/Encik/Cik
………………………………………………………….
JEMPUTAN KE PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
Merujuk perkara di atas , Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling SK Siong akan menganjurkankan Program Ceramah Motivasi Waris dan Murid seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 8 Julai 2013 (Isnin)Masa : 9.45 pagi Tempat : Dewan Hijrah Sekolah Kebangsaan Siong
2. Sehubungan dangan itu, tuan/puan/Encik/Cik berbesar hati menjemput tuan hadir selaku peserta dalam majlis ceramah tersebut.
3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi respon segera kepada pihak kami dengan menyatakan sama ada bersetuju untuk hadir ataupun tidak di dalam borang yang dilampirkan di sini dan memulangkannya kepada pihak kami agar kami dapat menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“BERHKIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang Menurut Perintah………………………………………………(MOHD SANUSI BIN SIDIK)Setiausaha,Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK. Siong, Baling, kedah.
Saya ,………………………………………………………………. waris kepada
…………...........……………………………………………………. .pelajar tahun
……………dengan ini ***bersetuju / tidak bersetuju untuk hadir sebagai peserta
di dalam Program Ceramah Motivasi Waris dan Murid Sekolah Kebangsaan
Siong.
Yang benar,
............................................................................
( )
*** sila potong bahagian yang tidak berkenaan.
BORANG PENDAFTARAN PESERTA
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
(WARIS)
BIL NAMA PESERTA TANDA TANGAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4218621/4218622/4218648. FAX : 04-4218582
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(DENGAN KEPUJIAN)
NAMA : MOHD SANUSI BIN SIDIK
NO. KAD PENGENALAN : 740428 – 02 – 5123
NO.TELEFON : 019 - 5660074
KUMPULAN : 4M
KOD / KURSUS : WAJ 3114 / BINA INSAN GURU
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD KHOLID B SALLEH
TARIKH SERAHAN : 5 OKTOBER 2013