kertas kerja seminar fsk

24
1 Analisa tajuk projek tahun akhir yang dihasilkan pelajar di bawah penyeliaan, 2008-2012 1 Dr Haryati Hasan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak ([email protected]) 05-4505116 atau 012-4321941 Abstrak Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah Negara banyak bergantung kepada perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negara tersebut. Ini bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan. Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu tanggungjawab penting dalam pembangunan seseorang pelajar. Pencapaian akademik pelajar merupakan kayu-ukur pembangunan pelajar sesebuah universiti. Sebelum bergraduat pelajar dikehendaki menghasilkan projek tahun akhir. Di Jabatan Sejarah projek tahun akhir atau HSR3996 diambil oleh pelajar semasa di tahun akhir pengajian yakni pada semester 8. Kursus ini merupakan latihan untuk menghasilkan satu penulisan sejarah secara ilmiah. Penekanan diberikan kepada proses penulisan berdasarkan metodologi penulisan sejarah seperti pentakrifan, objektif, permasalahan kajian, mentafsir dan menganalisis data. Idea dipersembahkan dalam bentuk penulisan projek penyelidikan sepanjang 18,000-20,000 patah perkataan. Artikel ini tidak membincangkan kandungan kursus sebaliknya memfokuskan kepada pemilihan tajuk projek tahun akhir. Analisa menumpukan kepada 1 Kertas Kerja ini diubahsuai daripada sebahagian bab 3 penyelidikan Geran Universiti yang sedang diusahakan.

Upload: ibrahim-fadzlullah

Post on 13-Apr-2016

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian bandaraya muar

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Seminar FSK

1

Analisa tajuk projek tahun akhir yang dihasilkan pelajar di bawah penyeliaan, 2008-20121

Dr Haryati HasanFakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjung Malim Perak

([email protected])05-4505116 atau 012-4321941

Abstrak

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah Negara banyak bergantung kepada perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negara tersebut. Ini bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan. Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu tanggungjawab penting dalam pembangunan seseorang pelajar. Pencapaian akademik pelajar merupakan kayu-ukur pembangunan pelajar sesebuah universiti. Sebelum bergraduat pelajar dikehendaki menghasilkan projek tahun akhir. Di Jabatan Sejarah projek tahun akhir atau HSR3996 diambil oleh pelajar semasa di tahun akhir pengajian yakni pada semester 8. Kursus ini merupakan latihan untuk menghasilkan satu penulisan sejarah secara ilmiah. Penekanan diberikan kepada proses penulisan berdasarkan metodologi penulisan sejarah seperti pentakrifan, objektif, permasalahan kajian, mentafsir dan menganalisis data. Idea dipersembahkan dalam bentuk penulisan projek penyelidikan sepanjang 18,000-20,000 patah perkataan. Artikel ini tidak membincangkan kandungan kursus sebaliknya memfokuskan kepada pemilihan tajuk projek tahun akhir. Analisa menumpukan kepada projek tahun akhir yang dihasilkan oleh pelajar di bawah penyeliaan sepanjang tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012. Analisa ini penting sebagai menyediakan satu garis panduan agar pelajar tidak memilih tajuk yang sama atau mengulangi apa yang telah dihasilkan sebelumnya. Selain itu usaha kecil ini diharap dapat membantu jabatan sejarah untuk mengenalpasti ruang yang masih boleh dikaji oleh pelajar dan sekaligus mampu memperkembangkan pelbagai bidang penyelidikan dalam sejarah seperti sejarah politik, ekonomi atau sosial.

Analisa, Projek, Pelajar

1 Kertas Kerja ini diubahsuai daripada sebahagian bab 3 penyelidikan Geran Universiti yang sedang diusahakan.

Page 2: Kertas Kerja Seminar FSK

2

Pengenalan

Penulisan ilmiah merupakan penulisan yang dijalankan secara saintifik. Ia mengkaji secara

teratur dan teliti tentang sesuatu masalah atau persoalan. Ia berbeza daripada kaedah lain seperti

penulisan novel yang berasaskan khayalan dan rekaan, dan generalisasi daripada pengalaman.

Kaedah saintifik berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima apabila disokong

oleh bukti. Seseorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat

sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan

mana-mana yang tidak selari dengan kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan

pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah (sains), ia harus melalui jalan yang panjang.

Proses tersebut yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti berikut;2

i- Pengumpulan dataii- Pengamatan dataiii- Pemilihan dataiv- Penggolongan datav- Penafsiran datavi- Kesimpulan Umumvii- Perumusan hipotesisviii- Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empirisix- Penilaian: menerima, menolak, menambah, ataupun mengubah hipotesisx- Perumusan teori ilmu pengetahuanxi- Perumusan bukti atau hukum ilmu pengetahuan

Kaedah ilmiah ini telah diajar kepada pelajar di dalam kursus HSR3023 Penyelidikan

dan Penulisan Sejarah dan mereka telah mengambilnya semasa di semester enam.3 Ini

bermakna apabila mereka menjalankan penyelidikan dan menghasilkan latihan ilmiah secara

2 Sivachandralingam Sundara Raja, Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2001, hlm. 1-2.3

Kursus ini membincangkan sumber/dokumen primer, tradisional dan moden yang digunakan dalam penyelidikan dan penulisan sejarah. Ia juga menekankan kepentingan mengenal pasti kesahihan sumber termasuk unsur-unsur plagiat. Ia diikuti dengan penyediaan satu kertas cadangan penyelidikan yang mengandungi tajuk, tinjauan kajian terdahulu dan objektif kajian. Sila lihat Buku Panduan Akademik FSK, Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2012/2013, hlm. 58.

Page 3: Kertas Kerja Seminar FSK

3

umumnya mereka telah mempunyai ilmu dalam bidang penyelidikan. Namun, sejauhmana mana

mereka memahami dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari masih menimbulkan tandatanya. Ini

kerana ramai pelajar pada hari ini, termasuk yang di pusat-pusat pengajian tinggi4 menghadapi

masalah yang sama, apabila mereka menjalankan penyelidikan. Masalah pertama ialah kegagalan

mereka untuk menyediakan satu format penyelidikan yang konkrit, lengkap dan kemas. Masalah

ini disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan panduan. Masalah yang kedua ialah

kebanyakan daripada mereka kurang meneliti prinsip-prinsip utama sesuatu penyelidikan. Ini

termasuklah pemahaman tentang konsep pendekatan, kaedah dan persoalan-persoalan teknik

yang lain.5

Sungguhpun terdapat pelbagai masalah, namun tidak dinafikan kebanyakan pelajar

berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan latihan ilmiah yang baik. Mereka perlu difahami

dalam kerangka kekangan waktu, batasan kewangan dan persekitaran yang kurang selesa dan

peruntukan masa yang minima dalam penyeliaan kerana bebanan tugas pensyarah harus

dijadikan kayu ukur dalam menilai hasilan pelajar ini.

Tulisan ini hanyalah merupakan usaha kecil dalam mengumpulkan maklumat mengenai

tajuk-tajuk pelajar di bawah penyeliaan sebagai menyediakan satu panduan kepada pelajar akan

datang agar tidak mengulangi tajuk-tajuk yang pernah dikaji. Tulisan ini juga cuba memberi

cadangan mengenai tema-tema yang masih boleh diterokai selaras dengan perkembangan semasa

khasnya pada menjelang pasca kemerdekaan dan arus globalisasi.

4 Semasa saya menjalankan penyelidikan di Arkib Negeri Cawangan Kelantan, pada Oktober 2012, beberapa orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat mengenai tajuk yang telah mereka pilih. Di masa yang lain ada yang belum mengetahui apa yang patut mereka buat dan masih meninjau apa maklumat yang mereka akan perolehi di Arkib. Januari lalu sekali lagi saya ke sana, kali ini saya bertemu dengan beberapa orang pelajar dari Universiti Malaya. Mereka nampaknya tidak segan untuk meminta nasihat dan panduan dalam menghasilkan tesis yang baik. 5

Selain pelajar di bawah penyeliaan dan penasihatan akademik saya terdapat juga sekumpulan pelajar lain dari Jabatan Sejarah datang untuk berbincang dan meminta pandangan mengenai tajuk, sumber dan teknik penulisan.

Page 4: Kertas Kerja Seminar FSK

4

Analisis tema tesis yang dihasilkan antara 2008-2012

Sebanyak 82 buah latihan ilmiah telah diselia sepanjang tempoh antara 2008 hingga 2012. Pada

sesi 2008/2009 sebanyak 11 buah tesis. Pada sesi 2009/2010 sebanyak 12 buah. Pada sesi

2010/2011 sebanyak 19 buah. Pada sesi 2011/2012 sebanyak 22 buah dan pada sesi 2012/2013

sebanyak 18 buah. Terdapat pelbagai tema yang dipilih oleh pelajar. Tema-tema ini ditentukan

semasa mereka menyediakan proposal. Di peringkat ini perbincangan adalah antara pelajar

dengan penyelaras kursus. Ini bermakna semasa pelajar diagihkan kepada penyelia masing-

masing mereka telah mempunyai tajuk dan tema. Namun begitu ada juga segelintir pelajar yang

masih belum mempunyai tajuk bila berjumpa dengan penyelia. Dalam keadaan yang lain pula

ada dalam kalangan mereka yang berubah fikiran dan menukar tajuk lain walaupun proposalnya

telah diluluskan dengan tajuk asal.

Perbincangan di sini mencerakinkan kepada tema-tema kecil yang dibahagikan kepada

tema sejarah ekonomi, sejarah keluarga, sejarah tokoh, sejarah persatuan/pertubuhan/syarikat,

sejarah sekolah dan lain-lain.

1- Sejarah Ekonomi

Setelah menganalisa tajuk-tajuk latihan ilmiah yang dihasilkan sepanjang tempoh 2008 hingga

2009, terdapat beberapa tema yang sering menjadi tumpuan. Antaranya tema ekonomi.atau

sosioekonomi. Terdapat sebanyak 16 buah tesis mengenai tema ini. Sila lihat Jadual 1

Page 5: Kertas Kerja Seminar FSK

5

JADUAL 1: Tema Ekonomi

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Sosioekonomi Petani Melayu di Tumpat, Kelantan

1930an-1950an

2010/2011

2- Sejarah Perkembangan Sosio-ekonomi Masyarakat Masai, Johor Bahru

1949-1981 2010/2011

3- Pembangunan Ekonomi dan Sosial di Daerah Kulim Kedah

1960-1970 2010/2011

4- Perkembangan Sosioekonomi Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan

(1990-2010) 2011/2012

5- Sosioekonomi Masyarakat Melayu di Kampung Sabak, Kelantan

(1957-2010) 2011/2012

6- Pintu Kawalan Ekonomi di Sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok

2000-2008 2011/2012

7- Kegiatan Ekonomi Penduduk Kg. Ulu Legong, Baling

(1980-2010) 2012/2013

8- Penanaman Tembakau di Kelantan 1985-2005 2009/20109- Sejarah Perkembangan Tanaman Koko

di Kota Samarahan Sarawak1987-2000 2010/2011

10- Perkebunan Kecil Getah di Muar, Johor 1950-1970an 2010/201111- Perkembangan Tanaman Getah di Pasir

Mas, Kelantan1945-1991 2011/2012

12- Perkembangan Perlombongan di Sungai Lembing oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL)

1906-1966 2010/2011

13- Kesan Perlombongan Emas Terhadap Persekitaran

(1940-1960) 2010/2011

14- Perlombongan Bijih Timah di Kulim 1850-1940 2011/201215- Perikanan Daerah Sabak Bernam 1970-1980 2010/201116- Kegiatan Perikanan di Tumpat 1960-2000 2012/2013

Page 6: Kertas Kerja Seminar FSK

6

Berdasarkan Jadual 1 pelajar memilih tema sosioekonomi (no.1-5). Tiga daripada latihan

ilmiah tersebut memperkatakan mengenai sosioekonomi di Kelantan dan masing-masing satu di

Johor dan Kedah. Selain itu dua buah latihan ilmiah memfokuskan kepada kegiatan ekonomi di

Sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok dan di Kg. Ulu Legong, Baling. Kegiatan ekonomi

yang sering diberi tumpuan ialah pertanian saradiri seperti padi dan tanaman eksport seperti

getah (no.10 dan 11). Tanaman tembakau (no.8) dan tanaman koko (no.9) turut diperkatakan.

Selain kegiatan pertanian terdapat juga dalam kalangan pelajar yang memilih untuk

menghasilkan tesis mengenai perlombongan. Ini termasuklah perlombongan emas di Sungai

Lembing, Pahang dan kesan daripada perlombongan serta perlombongan bijih timah di Kulim,

Kedah. Mengenai kegiatan perikanan pula terdapat dua buah latihan ilmiah mengenainya yang

membincangkan kegiatan perikanan di Sabak Bernam Selangor dan di Tumpat, Kelantan.

Sungguh pun terdapat pelbagai tajuk dihasilkan di bawah tema ekonomi tapi ini tidak

bermakna ruang untuk mengkajinya sudah terbatas. Banyak lagi tajuk yang boleh diterokai di

bawah tema ini. Di sini diperturunkan cadangan tajuk-tajuk yang masih boleh dikaji6

1- Menjual buah-buahan dan sayuran 2- Menjual bahan-bahan ternakan 3- Berkedai runcit 4- Meraih beras

6 Tajuk-tajuk tersebut boleh diubahsuai mengikut dapatan sumber dan perbincangan yang serius dengan penyelia. Sila lihat, Haryati Hasan, “Kegiatan Ekonomi Wanita Kelantan”, Seminar Sehari Fakulti Sains Kemanusiaan 2011.

Page 7: Kertas Kerja Seminar FSK

7

5- Meraih ikan, udang dan segala tangkapan laut 6- Menjual tikar, bantal, tilam dan hamparan 7- Menjual kuih muih 8- Menjual ikan kering, jenis-jenis keropok 9- Menjual alat-alat keperluan dapur 10-Menjual kain dari rumah ke rumah 11-Menjual barang-barang kemas secara ansuran 12-Membuat berbagai-bagai jenis rempah dan mengedarkannya 13-Menenun kain dan mengambil upah membatik 14-Menjadi tukang jahit 15-Menjual alat-alat solek 16-Menjadi agen ansuran nyawa 17-Menjadi bidan dan tukang urut 18-Menjadi tukang pelamin dan mak andam 19-Menjadi pembantu di kedai-kedai 20-Membuat perusahaan batik dan kain songket 21-Menjadi pengurus gudang 22-Membuat tonik, makjun dan menjadi pengedarnya 23-Membuat budu, sos-sos lain dan mengedarkannya 24-Bekerja di kilang-kilang seperti kilang-kilang mancis, berlian dan batik25-Bekerja sebagai tukang masak di restoran

2- Sejarah Keluarga

Selain tema ekonomi, turut mendapat perhatian pelajar mengkajinya ialah tema keluarga.

Sebanyak 15 buah latihan ilmiah dihasilkan. Kecenderungan menghasilkan latihan ilmiah

mengenai tema tersebut dapat dilihat dengan jelas pada sesi 2008/2009. Sila lihat Jadual 2.

JADUAL 2: Tema Keluarga

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Salasilah Keluarga Awang Mumin 1880an-1990an 2008/20092- Salasilah Keluarga Shabudin bin

Ibrahim 1920an-1990an 2008/2009

3- Sejarah Keluarga Kayin@Kain bin Kasandoriat

1930an-1980an 2008/2009

4- Sejarah Keluarga Rubani bin Kasni 1940an-1990an 2008/2009

Page 8: Kertas Kerja Seminar FSK

8

5- Susur Galur Keluarga Mohd Khalis bin Che Hussin

1880an-1990an 2008/2009

6- Susur Galur Keluarga Suhaya Mohd Arif

Dari 1927 sehingga 2007

2008/2009

7- Memorabilia Keluarga Norlina Rahmat (1920an-Kini) 2008/20098- Perjalanan Kehidupan Keluarga Suhana

binti Noh1930an-1990an 2008/2009

9- Melayu Banjar: Satu Kajian Sejarah Keluarga Johari bin Ahmad

1910an-199 2008/2009

10- Enam Generasi Keluarga Khairiyah Md Noor

2008/2009

11- Meniti Sejarah Keluarga Nadhilah binti Zakaria

1870-2007 2009/2010

12- Lima Generasi Keluarga Norul Farha binti Mohd Nor

2009/2010

13- 108 Tahun Keluarga Tok Wan Taraq 2009/2010

14- Lipatan Sejarah Keluarga Enam Generasi Akib Bugis

Dari Pertengahan Kurun ke-19 hingga Dekad Pertama Kurun ke-21

2010/2011

15- Sejarah Keluarga Nur Zatia binti Zolmaldi

1908-an hingga 1990

2011/2012

Jadual 2 menunjukkan pada sesi 2008/2009 terdapat sebanyak 10 buah latihan ilmiah

dihasilkan dan pelajar telah memilih mengkaji tema keluarga (no. 1-10). Kecenderungan pelajar

menghasilkan tema ini kerana galakan daripada penyelaras latihan ilmiah pada waktu itu, iaitu

Prof. Madya Dr Badriyah Hj. Salleh. Menurut beliau,

Tema ini sebagai penting dalam mengangkat mertabat penulisan sejarah khasnya

berhubung dengan sejarah golongan bawahan yang masih tidak begitu banyak dikaji dan

kurang diberi perhatian sewajarnya. Biasanya tema yang mendapat tumpuan pengkaji

melibatkan isu besar seperti Negara atau orang atasan. Dengan itu secara tidak langsung

telah meminggirkan tema-tema kecil termasuklah tema tempatan ini sedangkan sejarah itu

Page 9: Kertas Kerja Seminar FSK

9

hasil daripada sumbangnan dari bawah atau garapan dan tulisan orang kecil. Kerana tanpa

mereka siapalah orang atasan itu… 7

Pada sesi berikutnya semakin kurang tema kelurga diperbincangkan. Ini dapat diperhatikan

pada sesi 2009/2010 hanya tiga buah, pada 2010/2011 dan 2011/2012 masing-masing sebuah

latihan ilmiah dihasilkan mengenai tema ini. Pada pandangan saya, tema ini perlu dihidupkan

kembali dalam konteks memartabatkan sejarah tempatan. Pada sisi lain meminimakan pelajar

untuk menciplak tulisan terdahulu kerana sumber yang digunapakai sebahagian besarnya

berkisar pada sumber pertama milik ahli keluarga terdekat atau orang yang berkaitan.

3- Sejarah Persatuan/Pertubuhan/Syarikat

Selain tema kegiatan ekonomi dan keluarga, terdapat sebanyak 14 buah latihan ilmiah mengenai

sejarah persatuan, pertubuhan atau syarikat. Pelajar cenderung mengkaji tajuk-tajuk seperti

sejarah Felda, Felcra, KESEDAR, Pertubuhan Peladang dan Hutan. Ada juga yang memilih tajuk

seperti Jabatan Penjara, Kesihatan dan Majlis Perbandaran. Rumah Seri Kenangan dan Rumah

Warga Tua turut dikaji. Selain itu pertubuhan berbentuk politik iaitu UMNO dan syarikat

persendirian turut diperkatakan. Persatuan sukan mula mendapat tempat dengan terhasilnya

sebuah latihan ilmiah mengenai FAM. Sila lihat Jadual 3.

JADUAL 3: Persatuan/Pertubuhan/Syarikat

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

7 Petikan perbualan dengan Prof. Madya Dr Badriyah Hj. Salleh melalui telefon pada 10.30 pagi, 14 Mei 2013. Beliau bersara sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah pada Disember 2010.

Page 10: Kertas Kerja Seminar FSK

10

1- UMNO bahagian Pasir Mas Kelantan 1950-1978 2009/20102- Syarikat Nordin Batik Kelantan 1972-2003 2010/20113- Pembangunan Felda Trolak Timur, di Perak 1976-2007 2010/20114- Sejarah Felcra Weng Berhad Baling, Kedah (1979-2007) 2011/20125- Sejarah Pertubuhan Peladang di Beruas,

Perak (1960-1990) 2011/2012

6- Peranan generasi kedua dalam perkembangan sejarah felda Lui Timur, Negeri Sembilan

1980-2008 2010/2011

7- KESEDAR 1978-1990 2009/20108- Sejarah Rumah Seri Kenangan, Taiping,

Perak(1950-an hingga 1980-an)

2011/2012

9- Sejarah Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang

(1800-1976) 2011/2012

10- Perkembangan Pusat Jagaan Harian Warga emas Tanjung Malim

(2002-2011) 2011/2012

11- Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak 1970-1983 2012/201312- Perkhidmatan Kesihatan di Kemaman 1970-1980 2012/2013

13- Sejarah dan Perkembangan Penjara Simpang Renggam

(1987-2009) 2012/2013

14- Sumbangan FAM kepada Pembangunan Bola Sepak di Malaysia

1950-an-1990-an

2012/2013

4- Sejarah Tokoh

Tema mengenai tokoh bukanlah sesuatu yang asing dalam penghasilan kajian sejarah. Terdapat

banyak tulisan mengenai tokoh-tokoh politik. Selain itu, ada usaha dilakukan menghasilkan

mengenai tulisan yang berkaitan dengan individu seperti pemimpin tempatan, yang mempunyai

latarbelakang dalam bidang agama dan pendidikan. Mereka mendapat tempat di hati masyarakat

setempat kerana sumbangan terhadap bidang kebajikan dan pendidikan di tempat mereka tinggal

atau berkhidmat. Secara lebih terperinci sila lihat Jadual 4.

JADUAL 4: Tokoh

Page 11: Kertas Kerja Seminar FSK

11

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Haji Mat Nawawi bin Jusoh 1944-1999 2008/20092- Belasungkawa Zakaria bin Yusoff 1945-2003 2008/20093- Pemikiran Hassan Adli dalam Politik

dan Hasil Karya1950an-1980an 2010/2011

4- Datuk Haji Jalani bin Jaffar 1982-1990 2010/20115- Ariffin bin Said 1960-1997 2011/20126- Razali bin Mamat 1969-2003 2011/20127- Che Min bin Che Ahmad 1947-2010 2011/20128- Tuan Haji Suhaimi Dzajuli: Pengasas

Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang

1989-2010 2011/2012

9- Abdul Rahim Hj. Otsman: Pengetua Kanan SMKA Falahiah

(1951-2010) 2012/2013

10- Haji Zakaria bin Haji Sulaiman 1954-2010 2012/201311- Matlob: Sasterawan dan Pejuang

Jawi Johor1989-2010 2009/2010

Jadual 4 menunjukkan pelajar cenderung memilih tokoh politik untuk diperbincangkan

(no.1-7). Kebanyakan pelajar berjaya membuat kupasan yang menarik di dalam tema ini. Latihan

ilmiah yang bertajuk Haji Mat Nawawi bin Jusoh, 1944-1999 dan Pemikiran Hassan Adli

dalam Politik dan Hasil Karya, 1950an-1980an telah mendapat gred A. Selain tokoh politik, tiga

lagi latihan ilmiah membincangkan mengenai tokoh yang mempunyai latarbelakang pendidikan

dan berkerjaya sebagai pengetua sekolah agama (no.9) dan pengasas Persatuan Kebajikan

Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang (no.8). Ketua kampung dan sasterawan tempatan di

Kelantan dan Johor turut diperkatakan. (no.10 dan 11).

Masih terdapat banyak ruang kosong yang boleh diperkatakan mengenai tokoh. Selain

dalam bidang politik, pelajar perlu digalakkan untuk mengkaji tokoh ekonomi dan pemimpin

dalam pertubuhan sosial, kelab serta NGO selaras dengan perkembangan Negara khasnya

menjelang pasca kemerdekaan.

5- Sejarah Sekolah

Page 12: Kertas Kerja Seminar FSK

12

Ada dalam kalangan pelajar menjadikan sekolah sebagai tema kajian latihan ilmiah mereka.

Terdapat sebanyak tujuh buah latihan ilmiah mengenai tema ini. Dua buah latihan ilmiah adalah

mengenai sekolah Tamil di Jalan Khalidi Muar dan Kulim Kedah. Dua latihan ilmiah lagi

mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan di Taman Kluang Barat, Johor dan Rantau Panjang

Kelantan. Masing-masing sebuah latihan ilmiah mengenai sekolah Cina, sekolah Mubaligh dan

sekolah Tahfiz. Sila lihat Jadual 5.

JADUAL 5: Sekolah

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Sejarah Sekolah Yuk Cheng 1930an-1980an 2009/20102- Sejarah Perkembangan Sekolah Mubaligh

Kristian di Kuching, Sarawak 1841-1946 2010/2011

3- Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Khalidi Muar

1910-2008 2010/2011

4- Sejarah Penubuhan dan Pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat

1994-2006 2010/2011

5- Sejarah Sekolah Tamil Methodist Kulim, Kedah

(1948-1974) 2011/2012

6- Perkembangan Sekolah Tahfiz di Pasir Mas 1990-2010 2012/20137- Pelajar Melayu Selatan Thai di SMKRP 1970-1990 2012/2013

6- Lain-lain Tema

Selain tema-tema yang telah disebutkan terdapat latihan ilmiah yang memperkatakan mengenai

isu masyarakat dan kepercayaan (Sila lihat Jadual 6), isu-isu terpilih hasil daripada analisa

penggunaan sumber akhbar dan majalah (Lihat Jadual 7) dan pengangkutan (Jadual 8).

JADUAL 6: Masyarakat/Kepercayaan

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke Kampung Jelatok

2009/2010

2- Masyarakat Siam di Kampung Terbok, Tumpat, 1900-2000 2010/2011

Page 13: Kertas Kerja Seminar FSK

13

Kelantan 3- Sistem Kepercayaan Masyarakat Murut di Sabah 1915-2005 2010/20114- Komuniti Chetti di Gajah Berang, Melaka 1957-2010 2011/2011

JADUAL 7: Surat khabar/Majalah

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Masalah Sosial dalam Utusan Malaysia 1967-1972 2012/20132- Isu Sukan dalam Utusan Malaysia 1967-1969 2012/20133- Isu-Isu Terpilih dalam Majalah Guru 1920-an hingga

1960-an2012/2013

JADUAL 8: Pengangkutan

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Kepentingan Sistem Pengangkutan Keretapi Tanjong Malim

1900-1980 2011/2012

2- Perkembangan Sistem Pengangkutan di Pasir Mas

1957-1990 2011/2012

3- Pengangkutan Darat di Kuala Lumpur 1860 hingga 1960

2012/2013

Selain itu, terdapat pelbagai isu turut diperkatakan antaranya ialah mengenai isu

perceraian (no. 5 dan 7), perubatan tradisional dan penyakit (no. 4 dan 8), kajian teks

pensejarahan Melayu (no.2), Laporan Jawatankuasa Kabinet (no.1), undang-undang Buang

Negeri (no.3), seni bina (no. 6) dan peranan wanita (no.9). Untuk maklumat terperinci mengenai

tajuk-tajuk yang berkaitan sila lihat Jadual 9.

JADUAL 9: Lain-Lain Tema

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

Page 14: Kertas Kerja Seminar FSK

14

1- Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan Akta Pendidikan 1996.

2009/2010

2- Teks Kisah Pelayaran Abdullah dan masyarakat Melayu Kelantan

2009/2010

3- Undang-Undang Buang Negeri 1940-1948 2010/20114- Perubatan Tradisional Abu Dakam bin Ahmad (1970-an-1990-

an)2010/2011

5- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Bachok, Kelantan

(2005-2010) 2011/2012

6- Seni bina rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak

1963-2010 2011/2012

7- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Islam di Pasir Putih, Kelantan

(1980-2000) 2012/2013

8- Malaria di Ulu Kelantan 1955-1980. 2012/20139- Peranan dan Sumbangan Wanita dalam bidang

Pendidikan dan Dakwah di Daerah Pendang(1930-1970) 2012/2013

Kesimpulan

Selain tema-tema yang telah dibincangkan, saya mencadangkan agar skop penyelidikan

diperluaskan kepada berbagai bidang. Tema wanita salah satu daripadanya. Para pelajar perlu

digalakkan agar mengkaji mengenai;

1- Pekerjaan/gunatenaga wanita dan sumbangan kepada isi rumah2- Wanita bekerja dan kesan terhadap rumahtangga3- Penglibatan wanita luarbandar dalam industri4- Penghijrahan luar Bandar5- Peniaga-peniaga kecil wanita6- Peranan wanita dalam pembangunan luar Bandar7- Usahawan wanita8- Moral, akhlak dan sosial wanita Islam9- Kedudukan dan peranan wanita Islam10- Kekeluargaan11- Politik dan Kepimpinan12- Hal-hal wanita dan perlindungan undang-undang keluarga Islam13- Lain-lain

a. Wanita dan Akhlak

Page 15: Kertas Kerja Seminar FSK

15

b. Wanita dan Demografic. Wanita dan Genetikd. Wanita dan Islame. Wanita dan Kedudukan/Perananf. Wanita dan Keluargag. Wanita dan Kepenggunaanh. Wanita dan Kesusasteraani. Wanita dan Komunikasij. Wanita dan Pekerjaank. Wanita dan Pembangunanl. Wanita dan Perniagaanm. Wanita dan Perubatann. Wanita dan Politik/Kepimpinano. Wanita dan Psikologip. Wanita dan Sosialq. Wanita dan Sukanr. Wanita dan Undang-Undang

Usaha perlu diambil untuk mendokumentasikan hasil-hasil kajian pelajar. Sekurang-kurangnya

langkah perlu diambil untuk menghasilkan satu pengkalan data atau bank maklumat yang

lengkap dan terkini mengenai penyelidikan dalam kalangan pelajar yang diusahakan di Fakulti

Sains Kemanusiaan amnya dan Jabatan Sejarah khasnya.

Page 16: Kertas Kerja Seminar FSK

16